Tuesday, June 30, 2009
keadilan untuk rakyat
Mahu tidak mahu kali ini Demang terpaksa menulis agak panjang. Memangpun Demang selalu menulis panjang walaupun Demang tahu para pengunjung menghadapi kekangan masa. Demang mohon, baik bumiputra mahupun bukan bumiputra, bacalah sampai habis dan tolonglah faham realiti di negara kita. Bertolak ansurlah dan berlapang dada.
Kelmarin, kerajaan mengumumkan biasiswa pelajaran akan diberikan berdasarkan merit sahaja. Justeru tidak ada lagi kuota untuk kaum bumiputra.
Cadangan tersebut nampak bagus, yakni tidak ada pilih kasih. Setiap yang berhak akan mendapat haknya.
Namun, benarkah ia adil dan merupakan hak kepada yang berhak?
Jika dilihat pada hak individu, memang betullah. Namun bagaimana dengan faktor-faktor lain yang berlegar di keliling kita? Bolehkah kita abaikan begitu sahaja?
Mari kita berfikir secara kritis.
Seorang pelajar bukan bumiputra mendapat biasiswa pelajaran sehingga tamat pembelajaran di universiti. Beliau akan masuk ke dunia pekerjaan dan berhadapan dengan tiga pilihan.
Pertama, beliau boleh bekerja dengan pihak kerajaan. Oleh kerana tidak ramai kaum bukan bumiputra berminat untuk menjadi penjawat awam maka peluang beliau agak cerah untuk diberikan tempat.
Kedua, beliau boleh bekerja dalam syarikat swasta. Kebanyakan syarikat swasta dan gedung perniagaan dimonopoli oleh pengusaha yang sebangsa dengannya. Maka peluang beliau dalam sektor ini juga terbuka luas. Jika ada dua orang calon pekerja iaitu bumiputra dan bukan bumiputra, yang manakah akan dipilih oleh syarikat swasta tersebut?
Ketiga, beliau boleh bekerja sendiri iaitu menjadi usahawan. Lihatlah sekeliling anda sekarang. Kaum manakah yang menguasai perniagaan dan perusahaan? Semua itu adalah ‘jaringan niaga’ yang akan menentukan jaya-gagalnya sesebuah perniagaan, terutama bagi pengusaha baru. Siswazah bukan bumiputra tersebut akan mendapat keistimewaan dari segi tapak, bekalan, kemudahan kredit, produk, harga pembekal, dan sebagainya.
Bagaimana pula jika siswazah tersebut dari kaum bumiputra?
Pertama, sebagaimana majoriti siswazah bumiputra lain, beliau akan turut beratur bagi mengisi kekosongan penjawat awam yang berhenti, bersara, atau meninggal dunia. Berapa tempat yang ada? Jika sebuah universiti mengeluarkan 2000 orang setahun, darablah dengan jumlah IPTA dan IPTS serta puluhan kolej yang kita ada. Belum lagi dikira universiti luar negara.
Kedua, beliau bolehlah mencuba memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoritinya kepunyaan bukan bumiputra. Namun, pengusaha syarikat tersebut sudah tentu mempunyai anak-anak, anak buah, sanak saudara, kaum kerabat, jiran tetangga, dan sebagainya yang jikapun tidak melebihi, sekurang-kurangnya sama kelayakan akademik dengan siswazah bumiputra tadi. Siapakah yang akan dipilih? Mahukah mereka bersikap 'kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan?
Ketiga, siswazah bumiputra tersebut boleh memulakan perniagaan sendiri. Namun beliau akan mendapati syarikatnya dikelilingi syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kaum lain yang mempunyai jaringan perniagaan cukup kukuh. Beliau boleh memilih untuk berada di kawasan perniagaan sesama bumiputra yang terpencil dan tidak disinggahi orang ramai, atau menempatkan kedai di celah-celah rangkaian syarikat bukan Melayu yang begitu hebat lagi terkenal.
Beliau juga akan mendapati para pembekal barang-barang yang akan dijualnya diambil daripada gergasi perniagaan yang dimiliki oleh bukan bumiputra. Masalah bahasa dan bangsa sering mempengaruhi urusan perniagaan. Walaupun syarikat-syarikat besar tersebut berasaskan keuntungan dan tidak bersifat perkauman, namun mereka perlu menjaga hubungan baik yang telah lama terjalin antara mereka.
Sekarang, bagaimana pandangan anda? Adakah wajar biasiswa nasional diberi kepada semua pelajar mengikut merit dan bukan mengikut kuota kaum mengikut keperluan?
Demang percaya, ramai yang akan mempersoalkan pula tindakan kerajaan BN bertindak demikian.
Jawapannya mudah sahaja dan ada pada kita semua (orang Melayu). Apabila kita berpecah belah, kita adalah lemah. Apabila kita lemah, pihak lain yang selama ini begitu mengidam segala keistimewaan tersebut segera mengambil kesempatan.
Inilah padahnya apabila tidak mahu bersatu.
Kepada pembaca bukan bumiputra, Demang tahu memang ada pelajar bukan bumiputra yang hidup susah. Kalian masih ada banyak pilihan terutama meminta bantuan daripada persatuan, ahli korporat, dan orang kaya yang memang ramai dari kalangan kaum kalian. Jika tidak boleh, barulah minta pada kerajaan. Sudah tentu kerajaan akan membantu sebab kalian juga ada kuasa mengundi.
Marilah kita bersatu padu dan jangan sekali-kali mengambil kesempatan.
(sumber;http://waadat.blogspot.com/2009/06/keadilan-untuk-rakyat.html)
zmsegamat kata;
Itulah nasib melayu yang telah berpecah belah di tanah airnya sendiri, yang rela berkorban jiwa dan raga demi memuaskan hati orang lain...
Mana dia pejuang melayu UMNO, pejuang melayu PAS, pejuang melayu KEADILAN dan juga pejuang melayu DAP,..
Edisi Manik Urai : Mari pakat baca kisah Berhala di Kelantan ini dan edarkan !!!
Tuesday, June 30, 2009
Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.
Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.
Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.
Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.
Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.
Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.
Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.
Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;
1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.
Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.
Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.
Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.
Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.
Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.
Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.
Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.
Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.
Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.
Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.
"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.
Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.
Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.
Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!
Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.
Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.
Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.
Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.
Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.
Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.
Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.
Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.
Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.
Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.
Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.
Buktinya?
SEJARAH... Belajarlah sejarah.
Lagi buktinya?
Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.
YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.
Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.
Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.
Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?
Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.
Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.
Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.
ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...
Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.
Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...
Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.
Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.
ARTIKEL INI SAYA TEMUI DI FACEBOOK ABE RAMLY OTAI
http://www.facebook.com/note.php?note_id=116484686527&ref=nf
SEBELUM SAYA SALIN KEMBALI DARI BLOG ASALNYA DI SINI :
http://manzaidiamn.blogspot.com/2009/06/hati-luka-seorang-anak-muda.html
HARAP KITA SEBARKAN UNTUK SEDARKAN RAKYAT TENTANG PAS SEBENAR...
tambahan : gambar dari blog http://malaysiatrekking.blogspot.com/2008/02/kelantan-kota-bharu.
(sumber;http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/06/edisi-manik-urai-mari-pakat-baca-kisah.html)
Wajarkah?
Salam Sejahtera,
Minggu lepas saya telah menerima emel daripada seseorang yang meminta agar indentiti beliau tidak dinyatakan. Di dalam emel beliau itu, beliau telah menyenaraikan beberapa peguam-peguam pakatan pembangkang yang telah mendapat faedah/manfaat daripada institusi perbankan (dimana Kerajaan Barisan Nasional mempunyai kepentingan, samada secara langsung atau tidak) dan juga syarikat milik Kerajaan (GLCs) dan sekarang memberi perkhidmatan undang-undang secara 'pro bono' (percuma) kepada pakatan pembangkang di dalam tindakan undang-undang di Perak.
Apakah ini suatu yang wajar? Kenapakah tidak berlaku sebaliknya iaitu firma saya ataupun mana-mana rakan di dalam pasukan saya mendapat kerja daripada PKNS, PKINK ataupun Penang Development Corporation? Siapakah yang bersalah di dalam situasi ini?
Dibawah ini, saya telah mengadaptasikan emel tersebut di dalam blog saya dan saya bersetuju 100%.
"THE MAKING OF BARISAN NASIONAL'S GOVERNMENT ASSASIN
These are the lawyers whom have benefited from the good deed of Barisan Nasional Government governing the country and made it conducive for them to earn a wealthy and luxurious life style.
We oxygenate them and let them censure us, live a life to fight us out and make continuous attempt to discredit and where possible kick the Government of the day out of power. They threw their absolute support to the opposition irrespective of right or wrong.
1. Ranjit Singh of Ranjit Ooi & Robert Loh and getting work/fees from Ambank
2. Edmund Bon of Chooi & Co. and getting work/fees from OCBC, ING Merchant
3. Chan Kok Keong of Chan & Associates and getting work/fees from Perwira Affin Bank &
CIMB
4. Tommy Thomas of Tommy Thomas and getting work/fees from CIMB, Bank Islam,Petronas, BP International Finance, Dana Harta, Kerajaan Negeri Terenganu
5. Philip Koh of Mah Kamariah & Philip Koh and getting work/fees from AmBank, Affin Citibank, RHB, Petronas and IOI Properties
6. Leong Cheok Keng of Leong & Tan and getting work/fees from BSN
We are the one who enrich these lawyers who instead of thanking us bite us to bleed. It is suggested that all banking institutions and GLC cease from engaging them either directly or indirectly.
It is also important to ensure all banking institution and GLC only refer work to firms which are pro-government.
Zaid Ibrahim & Co. is on the panel of most banks and GLC and yet they squeeze the Government to a point of no return.
If we do not put a stop to all these they will grow bigger and stronger and by then we will be too late to stop them. "
Sekian, terima kasih.
Posted by hafarizam at 11:34 PM
(sumber;http://puu-umno.blogspot.com/2009/06/wajarkah.html)
Sunday, June 28, 2009
UMNO antara persepsi, manupulasi dan provokasi…
Kelemahan organisasi, komunikasi dan pemasaran adalah punca utama UMNO mengalami banyak kekalahan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-12. Selain itu sikap sombong, kegagalan menangani persepsi serta tidak bijak memanupulasi perkara untuk kebaikan turut menjadi faktor sampingan.
Zaharin Yasin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai, berkata untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, langkah pertama perlu dibuat oleh parti itu ialah memusnahkan persepsi buruk yang telah ditanam oleh pembangkang.
“Cara terbaik untuk menangani persepsi yang dicipta oleh pembangkang ialah dengan mencipta persepsi kita sendiri. Bagaimanapun persepsi yang dicipta itu mestilah positif dan profesional. Apabila orang sudah dapat menerima persepsi itu, kita boleh memanupulasinya dengan cara yang positif dan seterusnya dapat menimbulkan provokasi yang sihat,” katanya.
Beliau menyampaikan pandangan itu semasa forum bual bicara anjuran UMNO berjudul Antara Persepsi, Manupulasi dan Provokasi di ibupejabat UMNO, pada Jumaat malam,
Menurut Zaharin yang pernah dipecat oleh UMNO kerana kelantangannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membina persepsi positif terhadap dirinya sebagai pejuang Islam dan penentang rasuah di kalangan penyokongnya, dan kegagalan UMNO menangkis persepsi ke atas Anwar membuatkan pemimpin pembangkang itu terus dipercayai rakyat.
Selain itu katanya UMNO harus menggunakan strategi bertarung dengan musuh di gelanggang sendiri selain melakukan sebanyak provokasi yang boleh untuk membangkitkan semangat rakyat kembali mempercayai dan menyokong parti.
“Isu kerajaan perpaduan adalah contoh terbaik. Pembangkang bijak mencipta persepsi dan memanupulasikan keadaan sehingga ia kelihatan seperti UMNO yang bersalah,” katanya.
Forum berkenaan turut disertai oleh mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain sementara Datuk Chamil Wariya bertindak sebagai moderator.
Dalam penerangannya, Tan Sri Isa pula berkata, satu lagi kelemahan orang UMNO ialah sikap malas dan takut serta tidak tahu mencetuskan provokasi. Katanya orang UMNO lebih bijak berprovokasi sesama sendiri tetapi apabila berdepan dengan pembangkang, mereka menyerah kalah.
Menurutnya jika UMNO gagal mengubah persepsi negatif rakyat terhadapnya, parti akan mengalami kekalahan lebih besar dalam PRU akan datang. Beliau berkata UMNO harus mencontohi cara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berdepan dengan persepsi.
“Ketika Datuk Seri Anwar berusaha menjatuhkan Tun Mahathir, beliau telah berjaya menimbulkan persepsi bahawa Tun Mahathir mengamalkan nepotisme dan kronisme serta kononnya seorang dikator, firauan dan sebagainya.
“Tetapi Tun menguruskan persepsi itu dengan bijak dan sebaliknya berjaya mengembalikan persepsi negatif terhadap Anwar pula.
“ Selain itu UMNO juga bergerak lembab. Contohnya semasa pilihanraya Bukit Gantang, ketika UMNO sedang merancang mengadakan ceramah, pembangkang sudahpun mengedarkan risalah dan membuat penerangan di setiap pelusuk kampung,” katanya.
Isa juga mengingatkan UMNO supaya jangan mengambil ringan setiap perkara, terutama isu tempatan, negeri dan nasional. Bagaimanapun katanya, UMNO harus bijak mengurus dan memanupulasikan isu-isu berkenaan.
“ Kita boleh memanupulasi, tetapi kita janganlah berbohong. Tetapi apa yang jelas, untuk PRU akan datang isu pembangunan tidak boleh dijadikan modal lagi,” katanya.
Prof Ahmad Atory pula berkata, berdasarkan kajian yang dibuatnya, PAS telah banyak menyimpang dari landasan asal perjuangan mereka, tetapi disebabkan parti itu bijak menanamkan persepsi, memanupulasikan isu dan melakukan provokasi, mereka dilihat hebat.
Katanya, antara persepsi masyarakat terhadap UMNO ialah ia sebuah parti yang sombong dan kerajaan pula dilihat gagal melaksanakan DEB serta mendiskriminasikan kaum dalam perkhidmatan awam dan polis.
Beliau juga berkata UMNO masih relevan dan kemerosotan sokongan kepada BN pada PRU ke-12 banyak disumbangkan oleh parti-parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC.
“Sejak selepas PRU ke-12, pembangkang dan blogger pro-pembangkang terus menerus melakukan manupulasi dan provokasi untuk memberikan persepsi kononnya BN sudah jatuh sehingga ia tertanam dalam benak fikiran rakyat.
“Jika kita tidak menguruskan UMNO dengan baik, maka Perdana Menteri sekarang akan menjadi Perdana Menteri yang terakhir menjelang PRU ke-13. – 27/06/09.
Printable Version | Email to a Friend
(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_241da182-7f000010-96478e00-36f1f6f0)
PAS: Bukan Islam jadi ahli penuh
Wednesday, June 24, 2009
KUALA LUMPUR, 24 Jun: Orang bukan Islam akan diterima sebagai ahli penuh dalam PAS apabila selesai parti Islam itu meminda perlembagaannya nanti.
Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu.Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.
Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.
Untuk itu, jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh PAS untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan mereka menyertai parti Islam itu sedang membuat persiapan ke arah itu.
Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.
(sumber;http://siasahdaily.blogspot.com/2009/06/bukan-islam-jadi-ahli-penuh_24.html)
zmsegamat; teringat kat amanat Haji Hadi Awang
Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Saturday, June 27, 2009
TAHNIAH BUAT ISA SAMAD!
UMNO hanya takut dengan bayang-bayang....
Pilihan raya ke 12, UMNO menang 79 kerusi parlimen Melayu, PAS menang 23 kerusi Melayu dan PKR 31 kerusi tetapi hanya 20 kerusi Melayu. Maknanya daripada tiga parti Melayu. PAS dan PKR hanya mewakili 43 kerusi parlimen Melayu.
Manakala UMNO sebanyak 79 kerusi. Kerusi PAS bertambah menjadi 24 selepas pilihan raya kecil Trengganu.
Itu belum kira kerusi Bebas Dato Ibrahim Ali.
Persoalannya kenapa orang Melayu tidak yakin UMNO masih boleh memerintah selepas PRU ke13? Jawapannya kerana presepsi. Orang Melayu kalau bercakap memang suka menambah dan membesar-besarkan cerita. Ular sebesar lidi, di kata sebesar lengan. Banjir 2 kaki dalam dikata sampai paras dada.
Malam tadi saya di jemput mengikuti siri perbincangan anjuran Ibu Pejabat UMNO. Tajuk “Antara Persepsi, Manipulasi dan Provokasi”. Ahli panel, Tan Sri Isa Samad, Prof Ahmad Atory Hussien dan Zaharin Mohd Yassin atau dikenali dengan nama blognya Sang Kelembai. Moderator ialah Dato Chamil Wariya.
Program yang bermula jam 9 malam itu saya ikuti sampai tamat kira-kira jam 11.15 malam kerana perbincangannya lively dan factual. Kebanyakan yang hadir juga tidak bangun dari tempat duduk. Jarang program parti yang audience tidak berganjak seperti malam tadi.
Program itu menarik kerana seorang tokoh UMNO iaitu Tan Sri Isa Samad. Beliau mengulas topik dengan bersahaja dan membuat analogy yang mudah. Kadang-kadang disertakan dengan jenaka yang tidak melampau. Banyak contoh daripada pengalamannya selama 23 tahun sebagai MB Negeri Sembilan. Begitu juga dengan Sang Kelembai yang berhujah dalam konteks peranan cyber.
Prof Atory seperti biasa memperkuatkan hujahnya dengan fakta dan angka-angka. Katanya terdapat 131 kerusi Melayu/bumiputera Islam dalam Dewan Rakyat, 58 kerusi Cina dan 9 India. Yang 9 orang India ini macam mereka yang punya Dewan Parlimen. MP Melayu hanya beberapa kerat saja yang berani bercakap. Itu pun orang yang sama, Seri Gading, Kinabatangan, Pasir Salak.
Kesimpulan perbincangan itu,parti UMNO mestilah bijak mengurus persepsi sebelum ianya dimanipulasi parti-parti lawan. UMNO juga mesti menjawab isu yang dibangkitkan. Zaman bercakap soal pembangunan sudah berlalu. Rakyat mesti diberi penjelasan terhadap apa juga isu yang dibangkitkan sebelum isu menjadi krisis keyakinan.
Tahniah, pertama saya berikan kepada pihak penganjur terutama Dato Rauf kerana mengadakan satu program yang begitu baik dan berkesan. Tahniah kedua kepada Tan Sri Isa Samad. Beliau begitu bersemangat mempertahankan UMNO sungguhpun pernah digantung keahliannya. Pada pemilihan lalu Isa bertanding jawatan Naib Presiden tetapi tidak terpilih. Calang-calang pemimpin, sudah tentu telah kecewa dan tidak ambil peduli dengan UMNO.
Karakter seperti Isa Samad adalah pemimpin yang dikehendaki golongan grass-roots. Saya sentiasa berharap kepimpinan tertinggi UMNO, akan memberi peranan lebih penting kepada beliau di masa akan datang. Fikir-fikirkanlah
Posted by musli oli at 2:59 AM 0 comments Links to this post
(sumber;http://muslioli.blogspot.com/2009/06/tahniah-buat-isa-samad.html)
Persepsi, Manipulasi Dan Provokasi Perlu Diurus Dengan Baik
Jun 27th, 2009 | By administrator | Category: Berita Eksklusif
forumKUALA LUMPUR, 27 Jun – Persepsi, manipulasi dan provokasi sememangnya lumrah dalam politik apatah lagi apabila adanya perbezaan idealogi dalam menyampaikan manifesto dan agenda parti.
Dalam hal ini, antara persepsi, manipulasi dan provokasi perlu diuruskan dengan sebaik mungkin kerana ia akan mampu memberikan impak negatif kepada pihak yang terlibat atau yang menjadi mangsa dalam agendanya.
Menerusi Forum Bual Bicara anjuran Ibu Pejabat UMNO yang meneruskan penganjuran sirinya dengan perbincangan melibatkan pelbagai golongan sebagai kesinambungan info terkini bagi mengupas isu-isu semasa yang wajar diperjelaskan kepada masyarakat.
Dalam siri kali ini, ahli panel yang terdiri daripada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selaku pemimpin politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain ahli akademik/penganalisis politik di samping bloggers ‘Sang Kelembai’, Saudara Zaharin Mohd Yasin dengan moderatornya Datuk Chamil Wariya mengupas tajuk Ántara Persepsi, Manipulasi dan Provokasi’.
Dalam penerangannya, Tan Sri Isa menjelaskan bahawa isu-isu yang timbul perlu dikenalpasti dan ditangani dengan baik agar tidak dimanipulasi oleh pihak pembangkang khususnya.
“Kegagalan menangani manipulasi akan menimbulkan persepsi yang pastinya akan lebih sukar untuk diselesaikan,” katanya yang turut menceritakan berkaitan pengalaman beliau sepanjang menjadi pemimpin.
Jelasnya lagi, provokasi parti lawan terhadap perkara-perkara yang gagal diurus dengan baik akan menjadi isu besar ekoran daripada manipulasi yang dilakukan lantas akan mewujudkan persepsi kepada masyarakat setempat.
“Apa yang pasti, parti-parti pembangkang sering menggunakan manipulasi dan provokasi kerana mereka tahu ia berkesan dalam menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan,” katanya.
Mengambil contoh, beliau menegaskan bahawa telah wujudnya satu persepsi di kalangan ahli-ahli PAS terhadap Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz hinggakan apa sahaja yang diperkatakan olehnya dianggap benar biarpun ia adalah salah dan bertentangan dengan Islam sendiri.
Terbaru, Nik Aziz menyamakan UMNO dengan Ayah Pin dan komunis dan apabila ia dikecam maka Nik Aziz menganggapnya sebagai kiasan sahaja.
Begitu juga dengan Zaharin yang turut menyentuh berkaitan pengalamannya berkecimpung sebagai penulis bloggers yang seringkali menggunakan manipulasi dan provokasi bagi mengetahui maklumbalas dari masyarakat.
“Sememangnya pemimpin adalah bahan paling sukar untuk dibersihkan dengan persepsi,” katanya.
Bagi Prof Ahmad Atory pula, beliau memaklumkan bahawa berdasrkan kajian yang dilakukannya, PAS sememangnya banyak menyimpang dari landasan asal perjuangan mereka tetapi oleh kerana persepsi yang wujud ekoran kebijaksanaan pemimpinnya melakukan provokasi.
Forum yang berlangsung, di Dewan Seri Endon, Menara Dato Onn ini dihadiri sekitar 120 khalayak yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.
(sumber;http://umno-online.com/?p=2963)
Perilaku seorang ‘ ulama besar ’…
Datuk Nik Aziz Nik Mat mungkin dilihat sebagai seorang ‘ ulama besar’ bagi orang PAS.Cuma yang menjadi tandatanya sekarang apakah seorang ulama ada lesen untuk cakap ikut suka hati.
Kenyataannya ketika berceramah di Padang Awam Laloh,Manek Urai pada 21 Jun yang menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat ‘Ayah Pin’ dikira sudah langgar batas perilaku seorang ulama.
Ini kerana dihati kecil Tok Guru itu beliau sendiri pasti tahu ia tidak benar.
Berpolitik ada batasnya.Cubaan memberi gambaran seolah-olah orang Islam lain tidak berpegang pada anutan Islam adalah petunjuk jelas tahap pemikiran Menteri Besar Kelantan itu dan beliau ulama kategori apa.
Mungkin baginya hanya orang PAS saja yang Islam di dunia ini.
Para pemimpin UMNO sendiri selama ini tidak pernah menuduh orang PAS tidak Islam kecuali mendakwa mereka mengunakan agama untuk tujuan politik.
Ramai orang yang terguris dengan kenyataannya yang keterlaluan itu.
Bagi Nik Aziz mungkin beliau merasai peduli apa kerana orang PAS tetap akan berdiri teguh dibelakangnya walau apa sekalipun karenahnya.
Mungkinkah baginya masjib,surau yang bertaburan disegenap peluduk negara dan begitu juga prasarana agama lain serta entiti yang menunjung agama Islam di negara ini seperti Lembaga Tabung Haji dan sebagainya muncul sekelip mata dari lampu Aladin yang digosok oleh orang PAS.
Jumaat, Mursyidul Am PAS itu cuba untuk melembutkan keceluparannya pada 21 Jun yang mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat, dengan berkata iai hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.
"Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya.
Bagi kebanyakan orang maknanya tidak lari jauh dari kenyataan asalnya.
Makanya tidak salah bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menilai kenyataan itu amat bertentangan dengan dasar perjuangan parti itu yang mendakwa bergerak atas landasan Islam.
Menurutnya Nik Aziz semakin keterlaluan dalam berpolitik mungkin kerana terlalu letih lama memimpin negeri ini sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan umat Islam.
“UMNO yang berjuang untuk menghapuskan komunis di negara ini, UMNO juga yang bermati-matian mempertahankan tanah air ini, kalau tidak kerana UMNO yang mengharamkan komunis Nik Abdul Aziz pun belum tentu lagi hidup di Malaysia.
Katanya Barisan Nasional sama sekali tidak menyokong perjuangan komunis atau Chin Peng dan sebaliknya yang rakan sekutu PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan bekas pemimpin parti itu dibawa masuk ke negara ini.
“Nik Abdul Aziz selalu marah-marah bukan perkara baru, dia marah sejak beberapa tahun lalu dan meluahkan pelbagai kata-kata serta mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas.
‘‘Kita rasa ini satu reaksi seorang pemimpin yang lama sangat memimpin di Kelantan dan mungkin beliau sudah terlalu lama dan letih,” katanya di majlis pelancaran jentera Pemuda BN di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru Jumaat.
Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah juga anggap apa yang dikata Nik Aziz tidak wajar dan tidak munasabah.
Katanya kepada wartawan selepas mengadakan satu majlis di Manek Urai Jumaat ini kerana Nik Aziz sendiri pernah bertanding di Kelantan atas tiket Barisan Nasional semasa PAS bersama BN.
"PAS pun parti politik seperti UMNO dan kita tak kurang juga berjuang untuk Islam. Segala-galanya yang kita lakukan untuk Islam juga. Tak munasabah dia cakap macam ini.
"Dia dulu bersama BN juga. Tahun 1967 dia bertanding pada pilihanraya kecil di Kelantan dia bersama kita. Pada tahun 1974 masa Kelantan dikuasai BN, dia bertanding di Bachok atas tiket BN. Kenapa nak timbulkan perkara yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat," katanya.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Nik Aziz menjatuhkan harga dirinya sendiri dengan membuat tuduhan itu.
Sambil menggesa Nik Aziz segera meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Syed Ali berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar itu telah diperalat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP untuk menghancurkan perpaduan Melayu.
Syed Ali meminta kepimpinan PAS menasihati Nik Aziz agar mengawal percakapannya bagi mengelak berlakunya perpecahan umat Islam.-27/6/2009
(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)
Thursday, June 25, 2009
Apabila Ketua Dewan Ulama PAS Mahu Seks Hari-Hari...
SITI ROSMALA menunjukkan laporan polis mendakwa didera suami, Abdul Rashid Rahman (gambar kecil) di Mahkamah Syariah Kangar, semalam.
Wednesday, 24 June 2009 10:18
Seorang ustazah mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam.
Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.
Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.
"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.
Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.
"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.
Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara.
Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.
Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan.
Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry.
Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun.
Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.
Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu
(sumber;http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=8603:apabila-ketua-dewan-ulama-pas-mahu-seks-hari-hari&catid=51:berita-tempatan&Itemid=83)
Wednesday, June 24, 2009
Dilema Ekonomi Melayu
Hari ini orang Melayu juga mengalami dilema ekonomi. Walaupun mulai 1970-an kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan kemudiannya Dasar Pembangunan Nasional (DPN), ekonomi orang Melayu masih tercorot dan amat ketinggalan.
Malangnya, segolongan bukan Melayu asyik mengecam dan mengkritik kerajaan, kononnya kerajaan tidak bersikap adil bila memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ada segolongan bukan Melayu juga mendesak agar kuota pemilikan saham Melayu sebanyak 30 peratus dimansuhkan.
Segolongan bukan Melayu juga mendesak supaya kuota biasiswa untuk pelajar bukan Melayu mesti ditambah. Kata mereka, orang Melayu wajar berlumba-lumba dalam hal pendidikan dan ekonomi negara menerusi sistem meritokrasi, iaitu sistem siapa hebat dia yang dapat, sistem siapa yang kuat, dia dapat semuanya. Kalau sistem ini dilaksanakan, orang Melayu akan terpinggir dan akhirnya lesap daripada bumi tercinta ini.
Dalam hal ini, sekali lagi saya ulangi, suara-suara yang mengungkit-ungkit keistimewaan Melayu pada hari ini adalah suara orang yang sudah dapat betis, mahukan paha. Ini suara orang tamak dan haloba, tidak menghargai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera yang mundur akibat penjajahan British. Kepada kelompok ini, fahamilah maksud perangkaan atau statistik di bawah.
Akibat dasar British membawa masuk orang asing ke Tanah Melayu tanpa sebarang kawalan, banci penduduk Tanah Melayu pada tahun 1931 mendapati jumlah orang asing ketika itu mengatasi pribumi di Tanah Melayu.
Pada tahun 1932-1933 ada kemelesetan ekonomi dunia. Orang asing pun ramai yang balik ke negara asal mereka. Biarpun begitu, banci penduduk Tanah Melayu pada 1947, pun masih mendapati orang asing mengatasi pribumi. Selepas Perang Dunia Kedua pada 1945, bancian penduduk Tanah Melayu, termasuk Singapura, mendapati daripada 5.7 juta penduduk ketika itu, orang Melayu dan Bumiputera hanya 2.5 juta orang, bukan Melayu seramai 3.2 juta orang (Cheah Boon Kheng 2007).
Perkembangan kependudukan seperti ini menyebabkan jumlah orang asing berbanding orang Melayu dan Bumiputera pada 1957 adalah hampir seimbang. Daripada keseluruhan rakyat Tanah Melayu ketika itu, 3.12 juta adalah orang Melayu dan Bumiputera. Orang Cina seramai 2.33 juta, India 690,000 dan 120,000 daripada lain-lain etnik (Federation of Malaya Year Book 1959).
Biarpun begitu, daripada segi ekonominya, keturunan Cina pada 1957 telah menguasai ekonomi negara secara kukuh sementara orang Melayu masih dalam kemiskinan. Contohnya, sejak 1937, pelaburan orang Cina di Tanah Melayu sudah pun menjangkau AS$200 juta berbanding pelaburan asing lainnya sejumlah AS$454.5 juta (Ling Liong Sik 1995:3).
Pada tahun 1950-an, syarikat-syarikat Eropah menguasai 65 peratus hingga 75 peratus perdagangan eksport dan 60 peratus hingga 70 peratus perdagangan import. Syarikat-syarikat milik orang Cina ketika itu menguasai 10 peratus agensi eksport. Syarikat-syarikat etnik India pula menguasai dua peratus perdagangan berkenaan. Pada ketika itu, orang Melayu langsung tidak memiliki sebarang ekuiti dalam mana-mana perdagangan. (Gomez & Jomo, 1997:14-15).
Pada tahun 2008, penduduk Malaysia adalah 25.056 juta. Melayu 13.667 juta, Bumiputera 2.963 juta, etnik Cina 6.256 juta, etnik India 1.880 juta, lain-lain etnik 290,000 dan bukan rakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi:2008).
Bagaimanapun, pemilikan modal saham pada 2008 adalah RM100 bilion atau 18.9 peratus sahaja di tangan Bumiputera, RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat nomini, dan RM172.3 bilion atau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing.
Ekuiti Bumiputera sebanyak RM100 bilion pada tahun 2008 terbahagi kepada RM79.4 bilion atau 15 peratus milik individu, RM11.9 bilion atau 2.2 peratus milik institusi, dan RM8.7 bilion atau 1.7 peratus milik agensi amanah. Ekuiti milik bukan Bumiputera, RM207 bilion atau 39 peratus dikuasai oleh etnik Cina, RM6.4 bilion atau 1.2 peratus dalam tangan etnik India, dan RM1.9 bilion atau 0.4 peratus kepunyaan lain-lain kaum. (The Star: 27.6.2008).
Statistik di atas membuktikan jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera berbanding lain-lain etnik yang hampir seimbang sewaktu kemerdekaan tanah air, meningkat secara prominen pada 2008. Tetapi, kenyataan mengenai kemiskinan serta lain-lain petunjuk ekonomi di era sebelum merdeka adalah manifestasi dan dampak dasar pecah dan perintah penjajah British yang memihak kepada bukan Bumiputera dan menindas orang Melayu dan Bumiputera.
Petunjuk ekonomi di era sesudah merdeka, seperti pada tahun 2008, adalah realiti dan manifestasi bahawa sehingga hari ini, orang Melayu dan Bumiputera adalah golongan rakyat Malaysia yang jauh ketinggalan berbanding bukan Bumiputera dan berbanding kedudukan pemodal asing di negara ini.
Hakikat ini jadi lebih ketara jika dikaji lain-lain petunjuk sosio-ekonomi seperti pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan relatif dan kemiskinan tegar, jumlah profesional Melayu dan Bumiputera dan sebagainya. Dikaji ikut perspektif mana sekalipun, adalah jelas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) terbukti belum berjaya mengatasi jurang perbezaan ekonomi dan kadar kemiskinan antara orang Melayu dan Bumiputera dengan bukan Bumiputera di Malaysia.
Oleh sebab itu, apakah asas yang menghalalkan segolongan orang bukan Melayu untuk mempersoalkan DEB, DPN, keistimewaan orang Melayu, biasiswa untuk Bumiputera dan segala-gala dasar yang disifatkan memihak kepada orang Melayu dan Bumiputera kebelakangan ini?
Apakah alasan kerajaan melayan desakan demi desakan, termasuklah dalam bidang pelajaran rendah, pelajaran menengah dan pendidikan tinggi, daripada sesetengah kelompok bukan Melayu pada hari ini?
Kepada golongan ini, ingatlah bahawa di era penjajah, hanya 10 peratus sahaja anak Melayu masuk universiti. Bakinya yang 90 peratus semuanya dibolot oleh bukan Melayu.
Dalam hal dilema ekonomi ini, saya juga merayu semoga kerajaan tidak akan berkompromi dan tidak akan tunduk kepada tuntutan keterlaluan oleh sesetengah kelompok bukan Melayu.
Saya juga menyeru segolongan pegawai Melayu yang selama ini kononnya kurang sensitif terhadap kemajuan orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi, supaya insaf dan ubah sikap untuk membantu Melayu dan Bumiputera dengan lebih ikhlas dan dedikasi.
Kepada seluruh pegawai dan profesional Melayu dalam bidang korporat dan syarikat milik kerajaan (GLC), saya menyeru, fikirkanlah masa depan orang Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi dan perniagaan.
Janganlah bila sudah dapat tempat tinggi-tinggi, kelompok pegawai dan profesional Melayu ini jadi seperti kacang yang lupakan kulit. Jangan di pandang hina usahawan dan peniaga Melayu dan Bumiputera.
Ingatlah bahawa tanpa perjuangan Melayu terdahulu, para profesional Melayu dalam GLC dan mereka yang berada dalam sektor awam dan sektor korporat pada hari ini, belum pasti dapat menikmati kedudukan yang mereka nikmati sekarang.
Seluruh pegawai Melayu dalam sektor kerajaan dan GLC sewajarnya memberikan peluang perniagaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Jangan tergamak sesetengah pegawai menafikan peluang perniagaan yang sepatutnya diberikan kepada usahawan dan peniaga Melayu serta Bumiputera.
Badan-badan korporat dan GLC Melayu perlu turut memainkan tanggungjawab sosial kepada NGO dan pertubuhan Melayu yang mendukung perjuangan untuk memperkasakan aspirasi Melayu dan Bumiputera.
Mereka perlu mempunyai keutamaan dan fokus yang tepat dan betul mengenai perkara ini. Janganlah kalau untuk hiburan yang melekakan, mereka sanggup menderma hingga berjuta-juta ringgit jumlahnya. Janganlah pula untuk menggerak serta memperkasakan perjuangan Melayu dan Bumiputera, mereka sentiasa berdolak-dalik untuk membantu perjuangan ini.
Saya sangat berharap, semoga golongan pegawai-pegawai Melayu dan eksekutif Melayu dalam syarikat korporat dan GLC, tidak akan tergamak untuk mengkhianati aspirasi perjuangan Melayu. Jangan digadaikan masa depan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini di masa akan datang.
Demikianlah penegasan semula saya mengenai perjuangan orang Melayu dan Bumiputera pada hari ini. Penegasan semula ini saya lahirkan semata-mata kerana saya tidak rela orang Melayu dan Bumiputera terus dilanda dilema politik dan dilema ekonomi di tanah airnya sendiri.
Penegasan semula aspirasi perjuangan ini saya lakukan kerana saya tidak reda dagang lalu ditanakkan, anak di rumah mati kebuluran. Penegasan semula aspirasi perjuangan bangsa ini saya lafazkan kerana saya mahukan majoriti orang Melayu dan Bumiputera kembali memberikan sokongan serta keyakinan mereka kepada pemerintah.
Penegasan semula aspirasi perjuangan Melayu ini juga saya lahirkan supaya pihak pemerintah juga sentiasa mempertahankan seluruh hak dan keistimewaan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan yang termaktub dalam seluruh dasar afirmatif kerajaan.
Marilah sama-sama kita memohon restu dan hidayat daripada Allah SWT semoga usaha kita melakukan penegasan semula aspirasi perjuangan ini akan menghasilkan tindakan yang positif oleh semua pihak, rakyat jelata daripada semua keturunan, pemerintah, pemimpin politik, pemimpin masyarakat sivil, para pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan para pendukung GLC di Malaysia.
Ibrahim Ali
09 June 2009
www.pribumiperkasa.com
Ibrahim: Pergi jalanlah DAP
Muda Mohd Noor | Jun 23, 09 10:43am
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan tindakan seorang pemimpin DAP yang mahu pertubuhan itu diharamkan atas alasan perjuangannya menakutkan orang bukan Melayu.
"Siapa DAP yang mahu Perkasa diharamkan, mereka ingat mereka siapa," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini melalui satu mesej SMS semalam.
"Perkasa tidak pernah melanggar apa jua undang-undang, tidak seperti pertubuhan-pertubuhan lain."
Anggota bebas di Dewan Rakyat itu diminta mengulas kenyataan ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan ISA baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan semalam, wakil rakyat DAP itu berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu.
Sehubungan itu, Manoharan bertanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa, 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.
Ibrahim menambah, Perkasa mendukung perlembagaan negara terutama Perkara 153 mengenai hak-hak istimewa orang Melayu.
"Pergi jalanlah dengan DAP, mereka ini tidak sedar di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak," kata ahli parlimen Pasir Mas.
Dalam pertemuan tersebut, Ibrahim memberitahu media bahawa perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep 1 Malaysia akan tetap memperkasa setiap perkara sama ada tersurat atau tersirat dalam perlembagaan
Ibrahim juga dilaporkan berkata jaminan oleh perdana menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.
Konsep itu yang sedang dipromosi Najib juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.
(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/107023)
Kerajaan digesa haramkan Perkasa
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digesa supaya mengharamkan serta merta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Gesaan tersebut dibuat oleh ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan - salah seorang daripada lima pemimpin Hindraf - yang dibebaskan dari tahanan ISA baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu dengan mendakwa memperjuangkan hak-hak orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, Manohara bertanya apakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.
Sepatutnya, kata beliau, Najib tidak seharusnya mengadakan pertemuan dengan Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali, kerana ianya bercanggah dengan 'Konsep 1Malaysia' yang diilhamkannya.
Katanya, jika Umno masih memperjuangkan hak-hak orang Melayu, maka mengapa dibiarkan pertubuhan seperti Perkasa dan yang lain-lainnya tumbuh seperti cendawan, yang secara haram mendakwa memperjuang hak sesuatu kaum.
Manoharan berkata, Perkasa tidak boleh dibiarkan terus wujud dengan bertopengkan alasan untuk melindungi orang Melayu sedangkan pertuduhan itu didakwanya tidak ikhlas dalam perjuangannya.
Dalam kenyataan itu, ADUN Kota Alam Shah itu juga berkata Hindraf diharamkan tanpa sebarang sebab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Hindraf hanya memperjuangkan hak kaum India di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kaum India dalam keadaan terdesak dan memerlukan pertolongan.
"Integriti dan maruah kaum India Malaysia kini dalam keadaan genting," katanya sambil menambah, kerajaan BN yang Umno menjadi tunggaknya perlu belajar menghormati hak dan hasrat kaum India Malalysia.
Dalam pertemuan pada 12 Jun itu, Ibrahim memberitahu media bahawa perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep itu yang memberi penekanan terhadap mengutamakan kehendak rakyat, akan terus memperkasa setiap perkara tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Perlembagaan
Ibrahim juga dilaporkan berkata jaminan oleh perdana menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.
Konsep berkenaan juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini
(sumber:http://www.pribumiperkasa.com/modules.php?name=News&file=article&sid=112)
zmsegamat bisik; INGAT BALIK APA KATA TUN SAMBHANTAN
"Di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.
Pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.
“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.
“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara
Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.
Datuk Sambanthan bertanya:
“Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?” (Berita Harian: 25.jun)
Skrip 'wayang perpaduan' dedah PAS bukan lagi parti survival orang Melayu
Oleh: ROSLAN BIAN
PAS menutup cerita ‘wayang perpaduan’ yang skripnya ditulis Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Penamatnya pada Isnin, apabila PAS bersama sekutu mereka, PKR dan DAP sepakat menuduh idea pakatan perpaduan itu adalah fitnah, tohmahan jahat serta usaha terdesak UMNO dan Barisan Nasional.
Kononnya kerajaan terdesak dan tergugat dengan pembangkang yang semakin mendapat dukungan rakyat.
Sekaligus, ketiga-tiga parti itu mengulangi komitmen untuk terus memperkasakan pembangkang bagi membentuk kerajaan yang akan datang.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula pada petang sama menunjukkan dirinya yang sebenar apabila turut menuduh UMNO mempolitikkan isu kerajaan perpaduan manakala media perdana membesar-besarkannya.
Apakah Menteri Besar Kelantan itu mahu jadi sesumpah yang kerap berubah warna bila berdepan musuh?
Jika Ahad Nik Aziz yang selama ini keras menentang idea yang diluahkan Hadi tetapi kata beliau sudah beristiqamah dan mahu idea kerajaan perpaduan ikut saluran yang betul kenapa petang Isnin istiqamahnya mulai terpesong?
Antara jawapannya kenapa beliau mulai berlembut dengan kenyataan Ahad mungkin kerana selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Barangkali ada yang tersirat disebalik kenyataan lembut Nik Aziz itu tambahan pula, Anwar bukanlah calang pemimpin jika tidak sentiasa memikirkan tindakan yang boleh memberi manfaat kepada pembangkang termasuk dirinya.
Ada yang berpendapat, Nik Aziz bertindak demikian kerana khuatir pemimpin PAS dan ahli yang bersetuju dengan idea Hadi tidak akan menyokong kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.
Dalam PAS sebelum ini timbul desas desus kononnya kumpulan yang menyokong gagasan Hadi tidak dibenarkan turun ke Manek Urai malah poster Presiden PAS itu dikatakan juga tidak akan dipasang ketika berkempen.
Para pemerhati politik berpendapat, sebab ini ada benarnya berdasarkan kenyataan Nik Aziz selepas perjumpaan khas di ibu pejabat parti itu petang Isnin.
Selepas selesai membaca kenyataan empat baris berhubung perjumpaan itu yakni menyalahkan UMNO, menyokong keputusan pemimpin atasan PKR dan DAP yang menolak idea kerajaan perpaduan serta menarik balik kecaman terhadap Nassharuddin Mat Isa berkaitan isu itu, Nik Aziz menegaskan:
“Selepas ini semua pemimpin PAS yang ada akan turun kempen di Manek Urai,”.
Kenyataan itu merujuk kepada Hadi, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh dan Datuk Dr Haron Din yang hadir perjumpaan tersebut.
Pengumuman Nik Aziz itu tidak terkandung dalam kenyataan empat baris yang diedarkan kepada media selepas perjumpaan itu.
Nampaknya, PAS amat bimbing berdepan UMNO di Manek Urai.
Umum tahu, ketika parti itu nampak mulai pecah dengan idea kerajaan perpaduan serta tewasnya geng Erdogan pada pemilihan dalam muktamar PAS baru-baru ini, sekutu mereka, PKR dan DAP mulai meragui PAS.
Mahu atau tidak, demi mendapatkan sokongan PKR dan DAP di Manek Urai, Pas akhirnya memilih membelakangkan masa depan orang Melayu dan Islam di negara ini dengan menolak idea kerajaan perpaduan.
Kenyataan Mahfuz dengan analogi bahawa 'UMNO kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pembangkang menampakkan betapa pemimpin PAS mulai riak dan takbur.
Kerana riak juga Nik Aziz semalam mahu UMNO minta maaf sebagai salah satu syarat menjayakan perbincangan kerajaan perpaduan.
Ada pemerhati yang berpendapat sebenarnya ada hikmah disebalik keputusan PAS menolak idea yang dibuat pemimpin mereka sendiri.
Walaupun ianya bukan ibarat meludah ke langit, tetapi ianya membuka pekung di dada pemimpin PAS dan membuktikan bahawa parti itu bukanlah berjuang untuk orang Islam dan Melayu di negara ini.
Barangkali mereka masih berpegang bahawa kerjasama dengan UMNO yang mempunyai komponen daripada parti orang Cina dan India adalah ‘kafir’.
Bagi PAS, merekalah paling arif hukum hakam agama dengan pemimpin yang tidak pernah buat salah.
Kini PAS samalah macam PKR dan DAP.
Pengundi di Manek Urai kini boleh menilai perjuangan sebenar parti yang sudah mulai terkeluar daripada landasan perjuangan yang pernah dipertahankan pemimpin terdahulu termasuk allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor.
Ustaz Fadzil sepanjang hayatnya dikatakan tidak pernah menutup pintu rundingan termasuk dengan UMNO tetapi Nik Aziz adalah pemimpin PAS yang cukup phobia dengan usaha perpaduan ini. Dan Isnin semua skrip wayang kerajaan perpaduan –lengkap sudah!
Dalam erti kata lain, kini PAS tidak lagi boleh dianggap parti yang boleh menjamin survival orang Melayu.
Dan UMNO walaupun dilihat lemah, sebenarnya masih mampu memastikan nasib orang Melayu terus terbela.-22/6/2009
Perpaduan...boleh 'tutup kedai'
Idea penubuhan kerajaan perpaduan asalnya terpacul daripada mulut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.Ia telah melalui polimek yang berlarutan.Isnin hasil dari mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang di bangunan Parlimen semua sudah bertukar.Apa yang dapat disimpulkan ialah idea kerajaan perpaduan ‘sudah boleh tutup kedai’.
Berdasarkan satu kenyataan yang yang ditandatangani oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang mewakili DAP selepas mesyuarat hampir satu jam setengah itu, pakatan pembangkang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN).
Menurut kenyataan pimpinan pembangkang keputusan berkenaan dibuat kerana mendakwa idea kerajaan perpaduan adalah fitnah dan tohmahan jahat UMNO yang terdesak.
“Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat,” kata kenyataan itu.
Serentak dengan itu, pembangkang mengulangi pendirian mereka untuk mengukuhkan pakatan sedia ada bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang akan datang.
Bagaimanapun pemimpin pembangkang menjelaskan, mereka mengambil sikap terbuka dan bersedia bertemu dengan pemimpin BN bagi bincangkan isu-isu berkepentingan nasional seperti usaha pemulihan ekonomi serta pembubaran DUN Perak dan menjalankan pilihan raya segera di negeri itu bagi selesaikan ‘rampasan kuasa’ di Perak.
Menjelaskan pendirian PAS, Presidennya, Hadi berkata, cara UMNO membicara soal kerajaan perpaduan seolah-olah hanya untuk melunakkan parti itu dan membawa PAS untuk meninggalkan pakatan pembangkang.
“Tidak ada (kerajaan perpaduan) kalau ikut cara (UMNO) itu,” katanya. – 22/6/2006
Berita sebelum ini: Pembangkang mula bincang perpaduan...kes Anwar juga disentuh
Pakatan Pembangkang mengadakan mesyuarat tengahari Isnin yang antara lain difahamkan membincangkan cadangan perbincangan mengenai perpaduan dengan UMNO yang dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun mesyuarat berkenaan tidak dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang menjadi tumpuan ekoran kenyataannya selama ini yang dilihat pro kepada perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi Agendadaily, mesyuarat berkenaan juga antara lain akan membincangkan isu kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengenai ketidakhadiran Nasharuddin, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub beritahu Agendadaily, Timbalan Presiden PAS itu hanya akan hadir mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat parti itu, malam Isnin.– 22/6/2009
PAS akan mengadakan mesyuarat untuk redakan ketegangan
PAS, yang kini berhadapan dengan apa yang boleh dikatakan suatu krisis, bersiap sedia mengadakan siri mesyuarat dengan rakan pakatan parti pembangkang dan pucuk pimpinan tertinggi bagi meredakan ketegangan berhubung cadangan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Pemimpin parti itu berkata sekurang-kurangnya empat mesyuarat dijadual diadakan, bermula dengan mesyuarat pertama dengan rakan dalam pakatan PAS-PKR-DAP di Parlimen pada tengah hari Isnin.
Mesyuarat itu, yang juga yang pertama di kalangan gabungan parti pembangkang selepas Muktamar PAS awal bulan ini, akan menjadi venue bagi parti berkenaan menyatakan pendirian jelas tentang isu perbincangan perpaduan.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu Bernama, selain beliau sendiri, PAS akan diwakili oleh Presiden parti Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan dua naib presidennya.
Selepas itu, satu mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat PAS akan diadakan di ibu pejabat baru parti di Jalan Raja Laut pada pukul 8.30 malam.
"Lazimnya, kami akan berbincang dengan panjang lebar... ini pastinya akan menjadi suatu mesyuarat yang lama," kata Mustafa.
Beliau enggan mendedahkan butiran mengenai mesyuarat itu tetapi sumber dalaman parti menyatakan, mesyuarat itu antara lain akan membincangkan mengenai bagaimana hendak meredakan keadaan berikutan cadangan kerajaan perpaduan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan yang naik berang dengan perkara itu.
Nik Aziz meminta Nasharudin meletak jawatan daripada parti dan menyertai Umno jika beliau terus mendesak meneruskan idea kerajaan perpaduan dengan Umno.
Selain daripada dua mesyuarat berkenaan, satu mesyuarat membabitkan Nik Aziz, Nasharudin dan Abdul Hadi turut dicadangkan bagi membincangkan perbezaan pendapat berhubung isu perbincangan perpaduan.
Mustafa tidak menyatakan bilakah mesyuarat itu akan diadakan tetapi menurut pemimpin parti, ia dijadual diadakan minggu depan.
Nik Aziz kini disertai 10 Anggota Parlimen PAS, yang diketuai Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Md Ramli, membantah gagasan kerajaan perpaduan, yang dikemukakan oleh Abdul Hadi.
Sumber dalaman parti berkata PAS juga merancang mengadakan permukiman khas pemimpin tertinggi parti selepas pilihan raya kecil Manik Urai bulan depan sebagai langkah mengukuhkan perpaduan parti.
Permukiman dua hari itu dijadual diadakan mulai 18 Julai di satu tempat yang tidak didedahkan, dengan Ketua Penerangan parti yang baru dilantik, Idris Ahmad, diberi tanggungjawab untuk menganjurkan acara itu.
Idris enggan mengulas perkara itu apabila dihubungi Bernama.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan sayap parti secara online
Harakahdaily.net, Idris menyatakan ketegangan sebagai satu ujian kematangan kepimpinan.-20/6/2009
Printable Version | Email to a Friend
(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)
zmsegamat; teringat kat AMANAT HAJI HADI
Amanat Haji Hadi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.
Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985[1].
Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
”
Komentar
1.0 Menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, Ustaz Abdul Hadi Awang dilihat sebagai pemimpin pelapis parti PAS yang akan menerajui pucuk pimpinan PAS satu hari nanti
2. Ucapan ini selaras dengan buku yang ditulis oleh Said Hawa, antaranya berjudul Jundullah Tsaqafatan wa Ahlaqan
3.Pada tahun 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat tersebut sebagai bertentangan dengan Islam
4. Kebimbangan amanat tersebut memecah belah masyarakat Islam timbul lagi pada tahun 2001 dan satu perjumpaan dibuat di antara Hadi dan Majlis Fatwa
5.Selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS (yang diterajui oleh Hadi) dan DAP yang majoritinya masyarakat Cina dan bukan Islam; serta Parti Keadilan Rakyat bersama-sama mendirikan kerajaan di Perak dan Selangor setelah pakatan mereka berjaya menafikan majoriti mudah Barisan Nasional
(sumber;http://ms.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_)
Sunday, June 21, 2009
Kalah perang’…..Nasharudin jadi medan lepas geram
Jangan kata orang luar malah kalangan ahli PAS yang rasional sendiri mengakui mereka agak terkejut melihat serangan bertalu-talu yang semakin sengit dihalakan Nasharudin Mat Isa.
Ini semata-mata kerana merasa Timbalan Presiden PAS itu nampak semacam bersungguh-sungguh nak menjayakan idea rundingan perpaduan dengan UMNO.
Apa yang dikatakan sangat menusuk hati kalangan puak yang anti perpaduan ialah komen Nasharudin Rabu yang menilai kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa PAS ikhlas untuk berunding ‘adalah satu langkah ke depan’.
Sebenarnya dari sudut politik tidak ada sesuatu baru atau mengemparkan yang dikatanya semasa dikerumuni oleh para wartawan di lobi parlimen sejurus kenyataan Perdana Menteri yang dibuat selepas satu acara di Putrajaya itu tersebar menerusi SMS.
Malah beliau secara terang dan jelas kata perkembangan itu akan dirujuknya kepada Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang yang ketika itu berada di luar negara.Katanya beliau tidak ada kuasa menentukan apa-apa dalam hal berkenaan.
Beberapa jam sebelum itu pula Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali telah mengumumkan syarat yang mewajibkan PKR dan DAP turut serta jika parti itu hendak duduk semeja dengan UMNO/BN bincang soal perpaduan.
Ini sebagai tambahan kepada syarat yang disuarakan oleh Haji Hadi sebelumnya yang menetapkan kerajaan ‘ meluaskan’ demokrasi baru PAS sedia duduk berunding.
Baik Haji Hadi,Mustapha maupun Nasharudin juga sekata bahawa tidak timbul soal PAS nak bergabung dengan UMNO.
Tidak timbul langsung soal putar belit laporan mana-mana media media mengenai pendirian mereka.
Sumber-sumber dalaman parti itu yang dihubungi Agendadaily untuk mengulas hal berkenaan sendiri tidak nampak kenapa Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan puak Erdogan perlu ‘ melompat’ hingga menampakan seolah parti itu sudah retak kerana isu berkenaan.
Mereka juga sependapat dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak bahawa kenyataan Nik Aziz desak Nasharuddin letak jawatan dan masuk UMNO itu agak melulu.
"Kita perlu adil kerana bukan kuasa Nasharudin atau Hadi menentukan pembentukan kerajaan perpaduan, sebaliknya terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan.
"Terlalu awal untuk suruh letak jawatan, saya dengar apa dikatakan (Nasharudin) apabila orang pandang baik kepada kita (PAS) baguslah, apakah Nasharudin dah buat kerajaan perpaduan?'' kata Azizan.
Malah laporan yang mengatakan adanya desakan mereka yang pro-perpaduan diminta tidak datang berkempen masa pilihanraya kecil Manek Urai di Kelantan juga mencetuskan rasa kurang senang dikalangan sebahagian ahli parti itu.
Mereka merasa apa yang perlu puak-puak itu over react sampai begitu sekali dalam isu ini.
Agendadaily difahamkan salah satu kebimbangan yang timbul ialah isu perbincangan perpaduan ini digunakan oleh puak dalam parti yang sebagai alasan untuk menghentam Haji Hadi dan Nasharudin semata-mata kerana kecewa tewas dalam pemilihan jawatan semasa Muktamar PAS baru-baru ini.
Bukan rahsia lagi Nik Aziz begitu kecewa sekali bila anak didiknya Datuk Husam Musa tewas ditangan Nasharuddin dalam pemilihan Timbalan Presiden.
Husam aadalah antara mereka yang dalam kumpulan Erdogan yang condong kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adalah diketahui umum puak Erdogan berhasrat untuk menguasai kepimpinan PAS melalui pemilihan jawatan itu.Namun hasrat itu berkecai.
Lebih mengecewakan Menteri Besar Kelantan itu bila sebilangan lagi orang-orang kanan beliau dari negeri itu tewas dalam pemilihan jawatan Jawatankuasa PAS Pusat.
Sumber-sumber parti itu berkata ini membuatkan Nik Aziz merasa seolah parti itu telah menolak kepimpinannya selaku Musyridul Am.
“Maka isu perpaduan ini digunakan sepenuhnya terhadap Haji Hadi dan Nasharudin,”katanya.
Sumber-sumber itu mengakui biasanya dalam keadaan apa juga polimek dihadapi oleh PAS keadaan tidaklah segawat yang dialami sekarang.
“Bila tak puashati atas sebab lain maka isu perpaduan inilah jadi saluran luahan rasa itu,”katanya.
Menurutnya andaian itu ibarat sudah terang lagi bersuluh bila melihat pada nama-nama kalangan pemimpin PAS yang lantang bersuara menentang idea untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Ada dikalangan ahli parti itu menilai kenyataan Nik Aziz desak Nasharudin letak jawatan boleh menjejaskan imej Timbalan Presiden PAS itu yang baru sahaja berjaya mempertahankan jawatannya.
Mereka tidak nampak apa dosa besar Nasharudin hingga perlu dihina seteruk itu.
Bagi mereka jika ada yang syak wasangka UMNO ada udang disebalik batu memberi reaksi positif pada idea Haji Hadi,niat tindak tanduk puak dalam parti yang menentangnya tidak kurang mencurigakan.-19/6/2009
(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_fd379bea-7f000010-96478e00-8ea74813)
Friday, June 19, 2009
Tugas UMNO paling mencabar
Tugas UMNO paling mencabar ialah bagaimana nak buat orang percayakan apa yang kita cakap…-Syed Hamid
Oleh: Nor Hasilah Ismail
Selepas hampir dua bulan tidak berada dalam kabinet, kehidupan mantan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar masih sama. Beliau masih sesibuk dahulu, termasuk pada hujung minggu.
Beliau menganggap dirinya masih bekerja dan mengatakan orang politik tak pernah bersara, cuma “menghilang”. Bak kata bidalan Inggeris, a general never retires but fades away.
Walaupun tiada dalam kabinet, Syed Hamid masih aktif berpolitik. Beliau sering menerima undangan untuk berucap atau meluahkan idea dalam forum atau seminar.
Dengan bantuan setiausaha peribadinya, Eddie, akhirnya Agendadaily berpeluang bersembang dengan beliau di Wisma Belia,Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau melayani semua soalan dengan penuh keterbukaan, baik dalam soal politik, kedudukan bangsa Melayu dan hal peribadi.
Agendadaily: Kini Tan Sri tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan, bagaimana Tan Sri mengisi masa terluang?
Syed Hamid: Saya tak pernah berhenti kerja. Sejak menjadi wakil rakyat dan terus sebagai menteri, saya tak pernah bercuti atau berehat. Saya tak mahu tergesa-gesa membuat sesuatu. Setelah berkhidmat lama dengan kerajaan saya perlu refleksi apa yang saya perlu buat. Saya mahu berehat sekejap. Kalau kita dah ada sesuatu, susah nak cari peluang untuk berehat.
Agendadaily: Adakah Tan Sri menerima tawaran atau bercadang kembali ke bidang guaman atau perbankan? Bukankah Tan Sri mempunyai pejabat guaman di Sheraton?
Syed Hamid: Saya ada mendapat beberapa tawaran untuk menjadi lembaga pengarah, tetapi belum bersedia. Nantilah dulu. Mengenai soal kembali ke bidang guaman, saya belum fikir lagi sama ada mahu mencari ruang pejabat untuk disewa atau tidak. Pejabat di Sheraton itu bukan milik saya. Ia kepunyaan adik saya.
Agendadaily: Sejak tidak memegang apa-apa jawatan kabinet dan UMNO, adakah Tan Sri merasakan masih mempunyai peranan dalam kerajaan dan parti?
Syed Hamid: Sebagai orang politik, di mana kita berada kita tidak boleh melepaskan minat dalam alam politik dan siasah kerana kita telah memainkan peranan. Mana boleh buat tak tahu aja. Tak boleh. Oleh kerana kita tahu kita dah tak ada dalam aliran utama sebagai pembuat atau penentu dasar, kita masih boleh menyumbang idea, itupun jika dapat diterima oleh pimpinan semasa.
Agendadaily : Tan Sri telah bekerja di bawah era dua Perdana Menteri, iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi. Apakah perbezaannya?
Syed Hamid: Setiap era pendekatan dan caranya berlainan. Tun Mahathir ada stail dia, begitu juga dengan Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib. Apabila Najib mengambilalih UMNO, kedudukan parti dalam keadaan yang sangat mencabar bukan kerana kegagalan dasar kita.
Politik kita mula jadi rapuh dan benteng pertahanan politik mula runtuh. Ada orang kata UMNO tidak lagi dilihat sebagai keramat yang mempertahankan kepentingan Melayu. Apabila negara sudah maju dan matang, nilai ukuran pun berbeza,
Orang tidak lagi memandang sumbangan kita terutama dalam bidang ekonomi sebab mereka sudah menganggapnya sebagai tugas dan fungsi sesebuah kerajaan. Mereka mahu dengar apa pemimpin kata dan lihat bagaimana peimpin itu lakukan apa yang dia kata.
Agendadaily: Apa sebenarnya masalah paling besar dihadapi UMNO dan BN dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang?
Syed Hamid: Berdepan dengan realiti! Kalau kita harap prestasi dalam ekonomi boleh menjadi penyelesai masalah, ia menyimpang jauh dari realiti. Kita sudah berjaya meletak negara di mata dunia. Tetapi kini tuntutan sudah berubah. Jika kita tak sedar dengan pertukaran tuntutan ini, kita akan ketinggalan.
Agendadaily: Apakah tugas paling mencabar UMNO?
Syed Hamid: Tugas paling mencabar ialah bagaimana nak buat orang percayakan apa yang kita cakap. Our war today is on the perception created by the opposition and some media. Persepsi yang mereka cipta telah dianggap oleh rakyat sebagai realiti. Golongan muda, terutamanya mahu melihat sesuatu yang berlainan dari kita. Mereka mahu melihat imej kita bersih dan tidak dikaitkan dengan skandal dan rasuah. Jika kita tercemar sedikit pun, walaupun kita diterima parti, rakyat menolak.
Penerimaan parti mestilah selari dengan kehendak rakyat. UMNO berdepan dengan jurang antara parti dan rakyat sehinggakan pada satu tahap, sekiranya seseorang pegawai kerajaan didapati tidak elok, kerajaan dan parti yang dipersalahkan. UMNO mesti terima hakikat ia mempunyai masalah dalaman.
Parti ini masih lena dan tidak mahu perbetulkan kredibiliti dan integriti. Slogan yang digunakan pada zaman Datuk Onn dulu iaitu UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO, tidak boleh lagi digunakan sekarang.
Ada orang UMNO sendiri kerana tidak puashati sanggup tinggalkan parti tanpa rasa bersalah atau berdosa. Bersatu, bersetia dan berkhidmat kini tinggal slogan sahaja. Ia simbol yang tidak membawa erti.
Agendadaily: Bagaimana Tan Sri lihat keadaan politik di dalam negara sekarang dan apa yang perlu UMNO dan BN buat?
Syed Hamid: Rakyat tak fikir UMNO sudah sedar atau insaf. Jadi kita kena betulkan keadaan. Jika tidak, PRU akan datang akan jadi hambatan yang merugikan kita. Kita mengalami banyak kekalahan dalam PRU yang lalu kerana kita letak orang yang rakyat tak mahu.
Kita letakkan orang pilihan parti dan bukan rakyat. Saya juga lihat orang UMNO sekarang tidak terfikir mereka boleh hilang kuasa satu hari nanti. Mereka masih merasakan berada dalam zon selesa. Sindrom penafian inilah yang merugikan kita.
Bila kita ada sindrom ini apa-apa laporan negatif yang kita perolehi, kita tak mahu percaya. Kita hanya mahu percaya yang elok sahaja. Kita ini sudah jatuh, tetapi masih belum sedar.
Saya harap di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kita ada peluang membetulkan persepsi ini. Tapi masanya tak banyak. Dia kena buat cepat. Strategi ekonomi kita sudah ada dan kita juga mesti dilihat mempunyai strategi politik.
Agendadaily : Komen Tan Sri mengenai cabaran pada institusi Raja dan bangsa Melayu?
Syed Hamid: Institusi Raja adalah sesuatu yang seharusnya tidak boleh disentuh kerana ia adalah lambang kenegaraaan dan sejarah negara ini. It is above politics. Seharusnya ia tidak dilihat sebagai proses politik dalam sistem raja berpelembagaan. The King must not only be above politics buat also be seen as above politics. Sekarang ini kita melihat adab dan adat sudah terpisah menyebabkan ada golongan tidak menghormati sistem ini.
Agendadaily: Apakah kelemahan paling ketara golongan muda Melayu kini?
Syed Hamid: Mereka tidak ada kerapatan dan keakraban dengan tradisi dan sejarah. Di Amerika, kerajaan negara itu menanamkan semangat sayangkan negara sejak kecil menerusi pelbagai kaedah, antaranya menggunakan filem sebagai propaganda.
Kita pula tidak mahu menulis sejarah dengan betul kerana mahu menjaga hati orang. Kita kena ajar perkara sebenar supaya orang tahu menghayati. Sesetengah orang ingat negara ini timbul begitu sahaja.
Dalam politik sekarang, Pemuda UMNO tidak dapat menghayati golongan muda. Mereka perlu ingat, menjelang PRU akan datang, kita akan mempunyai dua juta pengundi baru.
Golongan ini harus didekati dan difahami. Ada pemimpin pula bila sudah menjadi Yang Berhormat, gaya berjalan pun dah berubah. Satu macam aja. Kekuatan UMNO selama ini terletak kepada kreativiti. Gunakanlah kreativiti.
Agendadaily: Dalam PRU lalu, parti komponen BN lebih banyak mengalami kekalahan dibandingkan UMNO. Adakah Tan Sri rasakan mereka masih relevan?
Syed Hamid : UMNO lebih bersifat Malaysia daripada parti-parti komponen BN yang lain. Parti komponen BN yang lain memang tak relevan. Mereka tidak buat apa-apa untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu terutama di kawasan di mana undi mereka menjadi undi penentu.
Jika berlaku kesilapan, mereka asyik menyalahkan UMNO sahaja, walhal mereka yang lebih banyak hilang kerusi. Jika UMNO tidak membuat pendekatan baru, saya takut nanti UMNO akan diheret oleh parti komponen ke kancah kejatuhan.
UMNO terlalu defensive . Dalam keadaan sekarang kita kena offensive. Parti komponen semakin menjadi duri dalam daging. Mereka tidak ada kesepakatan dan kesetiaan. Bagi saya, seharusnya ada mekanisma, di mana parti yang bermasalah patut digantung.
Agendadaily: Ramai orang bercakap UMNO perlu berubah. Apa yang perlu diubah?
Syed Hamid: Apa yang jelas ialah UMNO memerlukan perubahan yang radikal bagi mendapat penerimaaan rakyat, dan rakan kongsi dalam BN juga perlu berubah.
Selain dari perubahan bentuk dan struktur, kita juga harus memerangi persepsi terhadap UMNO oleh rakyat jelata.
Kita mesti memulihkan UMNO supaya jurang di antara UMNO dan rakyat tidak terus melebar. Kita harus memaparkan wibawa dan integiriti untuk menjadikan rakyat percaya kepada kita.
Yang paling penting, orang UMNO sendiri mesti yakin terhadap parti mereka sendiri. Mereka mesti ada sikap kasih dan setia. Di mana kita perlu tegas, kita perlu dilihat tegas. Jika kita berdiam diri kita akan kehilangan kekuatan dan harapan orang Melayu.
Agendadaily: Usia Tan Sri pun hampir sama dengan UMNO. Adakah Tan Sri merasakan Tan Sri serta golongan veteran UMNO masih boleh berubah dengan keperluan sekarang?
Syed Hamid: Eh, saya lebih tua sedikit dari UMNO! Saya tak fikir kami ada masalah. Sememangnya kita perlu fokus kepada golongan pemuda. Tetapi pengalaman tidak boleh digantikan dengan tenaga.
Orang lama masih boleh memainkan peranan. Golongan sekarang semakin melupakan sejarah. Sehubungan itu orang lama masih boleh membantu golongan muda untuk memastikan kita tidak mengulangi kesilapan lalu.
Agendadaily: Sebagai bekas seorang peguam dan majistret apakah pendapat Tan Sri mengenai sikap golongan yang mempertikaikan sistem keadilan. Tidak adakah peruntukan undang-undang yang boleh mencegah amalan ini daripada berlarutan?
Syed Hamid: Rakyat harus menghormati mahkamah. Janganlah hormat mahkamah apabila keputusan memihak kepada kita sahaja. Pihak yang berkaitan dengan kes sebenarnya boleh mengambil inisiatif untuk bertindak terhadap golongan yang mempertikaikan keputusan mahkamah sebagai menghina mahkamah (contempt of court). Kalau kita senyap sahaja dan biarkan orang terus menerus tidak menghormati mahkamah, kita akan menerima padah.
Agendadaily: Apakah pendirian Tan Sri mengenai ISA memandangkan sekarang tidak lagi berada dalam kabinet?
Syed Hamid: I think there’s always fear of its abuse. ISA perlu dipertahankan kerana kita perlu sistem perlindungan yang memastikan keamanan terjamin sepanjang masa dengan tindakan pencegahan. Mungkin pendekatannya perlu dirombak semula supaya orang berpuashati.
Agendadaily: Dalam keadaan persepsi rakyat kepada UMNO dan BN begitu negatif, adakah sesuai jika kerajaan meletakkan ahli politik dalam lembaga pengarah institusi penting milik kerajaan?
Syed Hamid: Kita jangan brand ahli politik. Kita jangan label semua ahli politik itu jahat atau mempunyai niat tidak baik. Kita harus mengukur seseorang berdasarkan rekod kemampuan dan kelayakannya, tanpa mengira dia ahli politik atau bekas ahli politik atau bukan ahli politik.
Di seluruh negara, ramai ahli politik berkecimpung dalam perniagaan. Adalah tidak adil untuk memberikan konotasi negatif dalam perkara ini. Tengoklah sama ada calon itu sesuai atau tidak. Jika tidak sesuai, tak payahlah pilih dia.
Agendadaily: Betul ke khabar angin yang bertiup kencang di internet bahawa Tan Sri ditawarkan menjadi pengerusi Petronas?
Syed Hamid: Saya tidak tahu menahu hal ini sehinggalah saya membacanya dalam blog dan internet baru-baru ini. Saya tidak boleh komen hal ini kerana tidak ada bidang kuasa untuk berbuat demikian.
Agendadaily: Semasa forum UMNO Menempuh Arus baru-baru ini Tan Sri mengakui media baru, terutama internet dan blog memainkan peranan penting mempengaruhi pengundi. Datuk Ahmad Talib pula menegur bahawa blog-blog menteri atau ahli politik kurang mendapat sambutan kerana lebih banyak menyiarkan petikan dan kegiatan politik mereka, menyebabkan ia tidak menarik. Adakah Datuk Sri bersetuju?
Syed Hamid: Semasa menjadi menteri, sudah tentulah kita tidak boleh bebas menulis sesuka hati. Kita tertakluk kepada ketaatan kepada parti dan kerajaan maka sudah tentulah ada hadnya.
Sehubungan itu saya hanya mampu memuatkan berita mengenai tugasan saya dalam www.syedhamidalbar.net. Kini saya sudah ada blog peribadi beralamat www.syedhamidalbar44.blogspot.com . Kini saya sudah tiada dalam kabinet, bolehlah saya bebas mengupas isu secara lebih terbuka. Tetapi saya tidak mahulah jadi macam pembangkang pula. Kalau kita sudah berada di luar dan asyik mengutuk, orang akan melabel kita sebagai sour grape pula.
Saya tidaklah mahu jadi “pukul anak sindir menantu, akhirnya mati anak kita”. Saya sedang cuba menjadikan blog ini lebih menarik dari semasa ke semasa dan mengalu-alukan komen dari pembaca.
Agendadaily: Pandangan Tan Sri mengenai konsep 1Malaysia?
Syed Hamid: Kita kena buat semua orang faham secara bersama. Saya khuatir, ada golongan yang cuba menyamakan 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia .
Golongan ini melihat 1Malaysia seolah-olah merombak sejarah dan persetujuan-persetujuan yang terkandung di dalam perlembagaan. 1Malaysia bertujuan melahirkan bangsa yang bersatupadu berdasarkan kemajmukannya. Malaysian Malaysia pula adalah satu konsep yang bertujuan mengembalikan Malayan Union bahawa rakyat Malaysia tidak beza dan mempunyai hak yang sama.
Kita bukan kata tak boleh, tapi kita kena terima hakikat sejarah Malaysia ada keindukannya. Kita tidak boleh menolak kehadiran orang Melayu sebagai bangsa Induk.
Agendadaily: Harapan Tan Sri terhadap UMNO?
Syed Hamid: Saya harap UMNO akan berubah menjadi parti yang disegani berdasarkan imej, kredibiliti dan integriti. Orang mesti melihat UMNO sebagai memperjuangkan orang Melayu. UMNO tidak boleh menyerah kalah.
Agendadaily: Selain terus aktif dalam politik, apakah fokus Tan Sri selepas ini?
Syed Hamid: Meluangkan lebih masa untuk keluarga. Isteri saya merungut bahawa anak bongsu kami tidak rapat dengan saya seperti abang-abang dan kakaknya. Ini disebabkan ketika dia dilahirkan saya sudah menjadi menteri.
Saya mahu meluangkan lebih banyak masa untuk keluarga. Hidup ini singkat. Jika kita tidak gunakan masa untuk bersama keluarga, mana tahu, tiba-tiba satu hari kita sudah tiada. Kita mesti hargai hidup dan gunakan sepenuhnya. Semasa kita masih hidup, buatlah yang terbaik dan dekatilah keluarga.-15/6/2009
Printable Version | Email to a Friend
(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_df8ed9d3-7f000010-96478e00-d3efa181)

Subscribe to:
Posts (Atom)