Saturday, November 1, 2014
Ramai pemimpin terlupa bila MESTI berundur?
Tuesday, July 15, 2014
Agenda Ambiga? NGO Negara-Ku
Pelancaran pergerakan pertubuhan bukan kerajaan Negaraku pada 10 Julai lalu dihadiri penggerak utamanya yang disokong 68 NGO. Gambar fail The Malaysian Insider.
terimakasih sumber:
Artikel penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140713/re_04/ANALISIS-MINGGUAN--Bisik-Bisik-Awang-Selamat#ixzz37UuJV5Pj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, April 23, 2014
Masih kebalkah UMNO?
1.0 SENARIO politik negara kini berbeza berbanding dengan 20 dan 30 tahun lepas. Hal ini lebih jelas terutama pasca krisis 1998. UMNO mesti berubah. Orang UMNO, khususnya pemimpin mereka di semua peringkat mesti berubah. Tidak boleh lagi ambil mudah dengan apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku. Dalam erti kata lain, "Can't take for granted".
2.0 Sekarang, rakyat semakin celik politik dan tidak menerima bulat-bulat apa yang pemimpin kerajaan atau menteri perkatakan. Mereka semakin pandai menilai mana yang betul dan sebaliknya. Kalau dahulu, orang Melayu khususnya, dengan mudah menerima apa sahaja yang diperkatakan pemimpin UMNO, kini kelihatannya tidak lagi. Kawasan pengundi yang majoritinya didiami orang Melayu bukan lagi boleh dianggap sebagai fixed deposit untuk kerusi-kerusi UMNO. Realitinya, UMNO suka atau tidak, harus menempuh cabaran yang mendatang.
3.0 Dari satu sisi, pengundi muda Melayu semakin ramai yang cerdik pandai. Mereka lebih kritikal dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan membuat perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan di negara lain. Pengundi muda masa kini lebih terbuka. Ini kerana mereka telah menerima pendidikan di luar negara yang secara umum suasananya lebih terbuka dan telah terdedah dengan cara pentadbiran kerajaan di luar negara yang begitu tinggi integriti mereka.
4.0 Jika itu pilihan mereka setakat hari ini, maka menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti adalah tidak adil untuk menyalahkan mereka ini bulat-bulat. Sebaliknya, kita - dalam konteks ini kerajaan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO yang perlu menyedarkan mereka dengan menggerakkan program-program kenegaraan untuk mereka memahami struktur negara ini. Iaitu, dengan memfokuskan sejarah pembentukan negara Malaysia itu sendiri. Program perkaderan pelajar-pelajar di institusi pengajian dalam dan luar negara mesti diperkemas. Buat masa ini, kelihatan program perkaderan untuk pelajar-pelajar ini lebih didominasi oleh parti-parti pembangkang khususnya Pas. Hal ini perlu menjadi agenda utama dalam menarik sokongan akar umbi dalam kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi.
5.0 Cabaran UMNO selanjutnya adalah berhadapan dengan golongan pendidik agama yang lebih cenderung pula kepada pergerakan sebuah parti politik yang menggunakan agama sebagai nama partinya. Dianggarkan lebih 80 peratus golongan lulusan agama, sama ada dari dalam mahupun luar negara, lebih cenderung ke arah parti pembangkang iaitu Pas.
6.0 Pengundi-pengundi telah mula lebih kritikal dalam menilai tindak-tanduk pemimpin-pemimpin mereka. Adakah cakap serupa bikin kerana kita lihat apa yang berlaku ketika ini ramai yang cakapnya tak serupa bikin pula. Sebagai contoh, hidup bermewah-mewah dan kelihatan di luar kemampuan sebenar dengan dibiarkan rakyat sekeliling hidup dalam kepayahan dan kesusahan. Kumpulan ini kelihatannya masih tidak membantu peniaga-peniaga Melayu dalam erti kata sebenar. Mereka hanya membantu kroni sahaja dan sebahagian besarnya hanya menjadi nominee atau ali baba. Sedangkan peniaga-peniaga sebenar Melayu tidak dibantu atau dibantu hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Kumpulan yang diamanahkan untuk membantu peniaga Melayu, masih lagi kelihatan rapat dengan peniaga-peniaga kaum asing dan membiarkan peniaga-peniaga Melayu sebenar terkontang-kanting tidak dibantu.
7.0 Dari sudut pandang lain pula, mahu tidak mahu ahli UMNO terpaksa akui survival parti-parti komponennya kian lemah dari sehari ke sehari. Parti-parti ini tidak dapat berdiri sendiri tanpa sokongan dan dokongan UMNO. Terbaharu, kekalahan MCA tempoh hari di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang walaupun calonnya yang diakui cukup berkredibiliti di atas kertas, telah memberi saingan yang cukup sengit. Cuma, hakikatnya peti-peti undi atau pusat daerah mengundi kaum Tionghua masih liat untuk kembali kepada MCA. Sedangkan, UMNO sendiri sedang bergelut mempertahan kerusi-kerusinya. Dalam masa sama pula, perlu berjuang untuk membantu parti-parti komponen lain mendapatkan kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Jika ini berterusan, nescaya sesuatu yang tidak sihat akan memberi tempias kepada BN dalam tempoh jangka masa panjang ini.
8.0 Merenung ke dalam parti, kelihatannya masih berlaku 'cah keting'. Ia terjadi bukan setakat di peringkat cawangan atau bahagian, malahan di peringkat tertinggi. Kalau sesiapa perasan, kekadang berlaku black out berita terhadap pemimpin tertentu dalam media-media arus utama kerajaan. Terdapat beberapa faction dalam UMNO yang akan melemahkan UMNO dalam jangka masa pendek dan panjang.
9.0 Kita juga cukup bimbang andai kata sokongan kakitangan kerajaan kepada kerajaan BN/UMNO semakin merosot. Andai ketidakpuasan hati kakitangan kerajaan terhadap beberapa dasar dan keputusan kerajaan benar, apakah impaknya? Apakah kaedahnya untuk mengembalikan semula sokongan ini? Yakni, menjelaskan secara fakta, keputusan kerajaan itu memang tepat dan menepati kehendak ramai dan semasa.
10.0 Apakah benar dalam kalangan golongan pendidik, dianggarkan sekitar 70 peratus terdiri daripada penyokong dan aktivis parti pembangkang? Kita perlu menyemaknya dan membuktikan fakta ini sebelum segalanya sudah terlewat. Ini juga untuk mengelakkan tanggapan seolah-olah tidak ada sebarang usaha untuk menangani permasalahan ini. Cuma, yang sering hinggap di telinga adalah permasalahan ini begitu ketara sejak 2004. Bahkan, begitu jelas dalam dua pilihan raya umum yang baru lepas.
11.0 Terdapat segelintir pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sibuk mengejar projek sehingga terlupa tugas hakiki mereka sebagai pemimpin untuk menjaga UMNO. Mereka ini perlu dikembalikan ke destinasi sebenar. Destinasi dan titik asal tujuan penubuhan UMNO.
Pastikan UMNO dapat merampas kembali kesemua kerusi yang majoriti pengundinya orang Melayu yang kini dipegang oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Buktikan bahawa orang Melayu masih memerlukan UMNO dan hanya menjadikan UMNO sebagai wadah pelindung dan penyelamat bangsa Melayu di Malaysia ini. UMNO mesti berubah. Tidak berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ianya merubah diri sendiri. Demi masa depan anak cucu kita, marilah kita bermuhasabah diri. Berlapang dada menerima teguran. UMNO wajib di transformasikan.
Hidup UMNO!
DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.
terimakasih sumber: Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140422/re_02/Masih-kebalkah-UMNO#ixzz2ziYCEJ3A
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, April 8, 2014
"Tan Sri" hadapi 75 tuduhan
pengarang@utusan.com.my
(terimakasih sumber berita: utusan online)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140408/ma_01/Tan-Sri-hadapi-75-tuduhan#ixzz2yGQAYTUo
© Utusan Melayu (M) Bhd
zmsegamat kata:
'ORANG SEBEGINI' ramai berkeliaran di kalangan kita di luar sana.. harap kita tidak terpedaya dan percaya dengan 'ORANG SEBEGINI" yang selalu bergambar-gambar dengan VVIP atau pembesar Kerajaan atau Orang Politik yang berpengaruh dan gambar-gambar ini akan di paparkan di media siber seperti FB dan lain-lain media siber.
selain dari itu ada juga 'ORANG SEBEGINI' yang amat berminat untuk bercakap dan menonjolkan diri di dalam seminar atau forum untuk mempopularkan diri "DIA"
CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370
(terimakasih sumber berita: utusan online)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140406/re_03/CIA-dan--teori-konspirasi-hilangnya-MH370#ixzz2yGM7tM3m
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, April 3, 2014
MH370 Bagaimana jika tidak terhempas?
Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.
Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.
Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.
Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.
Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.
Dakwaan penduduk Maldives kukuh
Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.
Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.
Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.
Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.
MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.
Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.
Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.
Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.
Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.
Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama
Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.
Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.
Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.
Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.
Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.
Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.
Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.
Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.
Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.
Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.
Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.
Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.
Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.
Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.
"Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan," katanya.
Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.
Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.
Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.
Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.
“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.
“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.
Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.
Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.
Kini, kesemua persoalan berhubung 'di mana MH370' tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja.
(terimakasih sumber berita:http://www.sinarharian.com.my/semasa/bagaimana-jika-tidak-terhempas-1.266738)
Friday, March 21, 2014
Bersama mempertahan Perlembagaan Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
Mesyuarat Pertama
14 Mac 2014
Ucapan Alu-aluan
BERSAMA-SAMA MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
terimakasih sumber berita:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140319/re_02/Bersama-mempertahan-Perlembagaan#ixzz2wYAekAAg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, March 16, 2014
Kenyataan Dato Seri Hishammuddin berhubung kehilangan MH370
22:20:52 PM 16.03.2014
KUALA LUMPUR: Berikut ialah kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada taklimat media hari ini berhubung usaha menjejak kehilangan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.
"Saya faham ramai daripada anda telah mengemukakan soalan dan saya akan cuba menjawab beberapa soalan menerusi kenyataan saya hari ini.
Setiap hari membuka lembaran baharu khususnya kerana tumpuan semula dan memperluaskan kawasan carian - dan seperti biasa, kami mempunyai tanggungjawab mengeluarkan maklumat yang telah disokong dan disahkan.
Kami tidak boleh memberi respons kepada setiap permintaan dengan segera...jadi saya minta anda bersabar dengan kami.
1. Kawasan Pencarian
Seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri semalam, operasi telah memasuki fasa baharu.
Usaha mencari menjadi semakin rumit melibatkan usaha multinasional. Ia kini menjadi lebih sukar.
Kawasan carian diperluaskan secara ketara dan kaedah pencarian telah berubah.
Tumpuan kepada laut cetek kini berubah kepada kawasan darat yang luas merentasi 11 buah negara serta kawasan lautan jauh dan kedalaman.
Bilangan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat telah bertambah daripada 14 kepada 25 negara di mana ini membawa cabaran baharu dari segi penyelarasan dan diplomasi.
Ini menentukur semula ketara usaha pencarian ini. Operasi mencari dan menyelamat ini adalah usaha multinasional yang diterajui dan diselaraskan oleh Malaysia.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Perdana Menteri telah bercakap dengan Perdana Menteri Bangladesh, Presiden Turkmenistan, Presiden Kazakhstan dan Perdana Menteri India.
Semalam, Kementerian Luar Malaysia memberi taklimat kepada perwakilan daripada negara-negara di sepanjang koridor utara dan selatan dan setakat 2 petang hari ini, Kementerian Luar telah memberi taklimat kepada perwakilan daripada 22 negara serta negara-negara lain yang mungkin membantu.
Ini termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyztan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Australia.
Para pegawai Malaysia sedang memohon sokongan daripada negara-negara ini serta negara lain.
Sokongan itu termasuk data satelit awam, radar - kedua-dua radar
utama dan kecil, peruntukan untuk usaha carian di darat, laut dan udara serta aset yang bersesuaian.
Kami kini berbincang dengan kesemua rakan cara terbaik untuk menghantar aset di sepanjang dua koridor carian.
Setakat ini, kedua-dua koridor utara dan selatan diberi tumpuan dan kepentingan yang sama.
Kami meminta negara-negara yang mempunyai satelit, aset antara lain Amerika Syarikat, China dan Perancis supaya menyediakan lagi data satelit.
Selain itu, kami menghubungi negara-negara tambahan yang mungkin menyumbang aset tertentu berkaitan dengan operasi mencari dan menyelamat.
Pesawat pemantauan dan kapal maritim diperlukan terutama bagi koridor selatan.
2. Siasatan Polis
Seperti Perdana Menteri menyatakan semalam, sehingga masa pesawat itu meninggalkan liputan radar tentera, pergerakan pesawat itu konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat itu.
Saya tidak boleh mengulas mengenai teori-teori spekulatif tentang apa yang mungkin telah menyebabkan lencongan daripada laluan penerbangan asal kerana saya tidak mahu menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.
Saya memahami anda dahaga untuk maklumat baharu tetapi kami tidak mahu membuat kesimpulan dengan segera.
Sebagai penghormatan kepada keluarga dan proses itu sendiri, kita mesti menunggu supaya penyiasatan diselesaikan.
Pihak berkuasa Malaysia sedang menumpukan semula siasatan terhadap semua anak kapal dan penumpang MH370 serta petugas darat yang mengendalikan pesawat itu.
Semalam, pegawai daripada Polis Diraja Malaysia telah mengunjungi rumah juruterbang. Mereka bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar sedang memeriksa simulator milik juruterbang itu.
Polis juga mengunjungi rumah pembantu juruterbang.
Menurut Malaysia Airlines, juruterbang dan pembantu juruterbang tidak meminta supaya digandingkan dalam penerbangan itu.
Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia sedang bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang antarabangsa sejak hari pertama.
3. Penyelenggaraan
PesawatMalaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tertakluk kepada program penyelenggaraan yang disyaratkan: Dokumen Perancangan Penyelenggaraan Boeing. Pemeriksaan dilakukan mengikut program ini. Pesawat ini diselanggara dengan sepenuhnya dan layak untuk melakukan penerbangan.
4. Perkembangan Terbaru
Pasukan Inmarsat tiba semalam dan akan menyokong pasukan penyiasat termasuk pihak berkuasa Malaysia serta pasukan daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat.
5. Ulasan Penutup:
Saya ingin membuat kesimpulan dengan mengulangi bahawa pencarian MH370 telah memasukan fasa baharu.
Maklumat yang dikeluarkan semalam telah menyediakan petunjuk baharu dan memberi hala tuju baharu kepada proses pencarian.
Kami akan menyediakan maklumat lanjut mengenai penugasan semula aset sebaik diperolehi.
Fakta mesti disokong dan disahkan sebelum diumumkan.
Apabila mungkin, kami akan memberi taklimat sepenuhnya kepada media tetapi keutamaan kami kekal untuk operasi mencari dan menyelamat.
Untuk itu, kami telah terlibat dalam usaha-usaha diplomatik dan penyiasatan sejak 24 jam yang lepas.-- BERNAMA (sumber berita: berita harian online)