Sunday, March 16, 2014

Kenyataan Dato Seri Hishammuddin berhubung kehilangan MH370


22:20:52 PM 16.03.2014

KUALA LUMPUR: Berikut ialah kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada taklimat media hari ini berhubung usaha menjejak kehilangan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

"Saya faham ramai daripada anda telah mengemukakan soalan dan saya akan cuba menjawab beberapa soalan menerusi kenyataan saya hari ini.

Setiap hari membuka lembaran baharu khususnya kerana tumpuan semula dan memperluaskan kawasan carian - dan seperti biasa, kami mempunyai tanggungjawab mengeluarkan maklumat yang telah disokong dan disahkan.

Kami tidak boleh memberi respons kepada setiap permintaan dengan segera...jadi saya minta anda bersabar dengan kami.

1. Kawasan Pencarian

Seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri semalam, operasi telah memasuki fasa baharu.

Usaha mencari menjadi semakin rumit melibatkan usaha multinasional. Ia kini menjadi lebih sukar.

Kawasan carian diperluaskan secara ketara dan kaedah pencarian telah berubah.

Tumpuan kepada laut cetek kini berubah kepada kawasan darat yang luas merentasi 11 buah negara serta kawasan lautan jauh dan kedalaman.

Bilangan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat telah bertambah daripada 14 kepada 25 negara di mana ini membawa cabaran baharu dari segi penyelarasan dan diplomasi.

Ini menentukur semula ketara usaha pencarian ini. Operasi mencari dan menyelamat ini adalah usaha multinasional yang diterajui dan diselaraskan oleh Malaysia.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Perdana Menteri telah bercakap dengan Perdana Menteri Bangladesh, Presiden Turkmenistan, Presiden Kazakhstan dan Perdana Menteri India.

Semalam, Kementerian Luar Malaysia memberi taklimat kepada perwakilan daripada negara-negara di sepanjang koridor utara dan selatan dan setakat 2 petang hari ini, Kementerian Luar telah memberi taklimat kepada perwakilan daripada 22 negara serta negara-negara lain yang mungkin membantu.

Ini termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyztan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Australia.

Para pegawai Malaysia sedang memohon sokongan daripada negara-negara ini serta negara lain.

Sokongan itu termasuk data satelit awam, radar - kedua-dua radar
utama dan kecil, peruntukan untuk usaha carian di darat, laut dan udara serta aset yang bersesuaian.

Kami kini berbincang dengan kesemua rakan cara terbaik untuk menghantar aset di sepanjang dua koridor carian.

Setakat ini, kedua-dua koridor utara dan selatan diberi tumpuan dan kepentingan yang sama.

Kami meminta negara-negara yang mempunyai satelit, aset antara lain Amerika Syarikat, China dan Perancis supaya menyediakan lagi data satelit.

Selain itu, kami menghubungi negara-negara tambahan yang mungkin menyumbang aset tertentu berkaitan dengan operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat pemantauan dan kapal maritim diperlukan terutama bagi koridor selatan.

2. Siasatan Polis

Seperti Perdana Menteri menyatakan semalam, sehingga masa pesawat itu meninggalkan liputan radar tentera, pergerakan pesawat itu konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat itu.

Saya tidak boleh mengulas mengenai teori-teori spekulatif tentang apa yang mungkin telah menyebabkan lencongan daripada laluan penerbangan asal kerana saya tidak mahu menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

Saya memahami anda dahaga untuk maklumat baharu tetapi kami tidak mahu membuat kesimpulan dengan segera.

Sebagai penghormatan kepada keluarga dan proses itu sendiri, kita mesti menunggu supaya penyiasatan diselesaikan.

Pihak berkuasa Malaysia sedang menumpukan semula siasatan terhadap semua anak kapal dan penumpang MH370 serta petugas darat yang mengendalikan pesawat itu.

Semalam, pegawai daripada Polis Diraja Malaysia telah mengunjungi rumah juruterbang. Mereka bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar sedang memeriksa simulator milik juruterbang itu.

Polis juga mengunjungi rumah pembantu juruterbang.

Menurut Malaysia Airlines, juruterbang dan pembantu juruterbang tidak meminta supaya digandingkan dalam penerbangan itu.

Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia sedang bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang antarabangsa sejak hari pertama.

3. Penyelenggaraan

PesawatMalaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tertakluk kepada program penyelenggaraan yang disyaratkan: Dokumen Perancangan Penyelenggaraan Boeing. Pemeriksaan dilakukan mengikut program ini. Pesawat ini diselanggara dengan sepenuhnya dan layak untuk melakukan penerbangan.

4. Perkembangan Terbaru

Pasukan Inmarsat tiba semalam dan akan menyokong pasukan penyiasat termasuk pihak berkuasa Malaysia serta pasukan daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat.

5. Ulasan Penutup:

Saya ingin membuat kesimpulan dengan mengulangi bahawa pencarian MH370 telah memasukan fasa baharu.

Maklumat yang dikeluarkan semalam telah menyediakan petunjuk baharu dan memberi hala tuju baharu kepada proses pencarian.

Kami akan menyediakan maklumat lanjut mengenai penugasan semula aset sebaik diperolehi.

Fakta mesti disokong dan disahkan sebelum diumumkan.

Apabila mungkin, kami akan memberi taklimat sepenuhnya kepada media tetapi keutamaan kami kekal untuk operasi mencari dan menyelamat.

Untuk itu, kami telah terlibat dalam usaha-usaha diplomatik dan penyiasatan sejak 24 jam yang lepas.-- BERNAMA (sumber berita: berita harian online)

3 comments:

Anonymous said...

163Bah. pertama:

Sekarang, si CIA dan‘ pakar-pakar‘ Barat-Zionis lain, buat teori MAS mungkin dirampas ke tempat lain pula, di Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, ke arah Pakistan, Iran, Afghanistanlah , dan sekrg. ke barat Perth pula, mcm-macm lagi!

Saya syaki ini cubaan CIA nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi – saya syaki MAS telah dibawa dari Diego Garcia ke arah ini! ATM mesti dptkan maklumat tarikh bila radar mulanya dikesan, kalau betul MAS menuju ke Kepulauan Andaman dari awal lagi, dan kononnya terhempas di Teluk Bengal (yg. juga terletak di Lautan Hindi.

Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia (yg. disyaki diketuai CIA-MI6-Mossad-NATO), yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini - lihat di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014 ; dan http://musramrakunman.blogspot.com/2014/03/misteri-kehilangan-mh370-us-navy-dalang.html, Misteri Kehilangan MH370: US Navy Dalang?, 16 March 2014!

Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego Garcia ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke Kepulauan Andaman, dari awal lagi! Sedgkn tentu pengkalan militari ini akan memantau seluruh Lautan Hindi utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula – lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014;
dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?

Disyaki CIA dah PANIK tentang pendedahan Diego Garcia dlm insiden ini! Lihatlah nanti CIA-MI6-Mossad-NATO disyaki akan menyalahkan “pengganas Islam” atau pilot Islam/Melayu kita, melalui teori Teluk Bengal ini!
Dan lihatlah 20 ahli-ahli Navy Seal yg. kononnya membunuh 'Osama bin Laden' (al-Qaeda sebenranya dicipta CIA-Mossad) pun dah mati; - lihat di http://topinfopost.com/2013/06/21/over-20-seals-who-killed-osama-bin-laden-now-dead, Over 20 SEALs Who “Killed Osama Bin Laden” Now Dead, By DNA , June 21, 2013! Navy Seal ini isyaki dibunuh CIA-Mossad sendiri supaya tak bocor rahsia - walau tentera/ejen mereka sendiri!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Bah. Kedua:

Disyaki penglibatan CIA-MI6-Mossad-NATO dlm insiden MAS ini, disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting, termasuk empat pemegang patent teknologi terbaru, dr. syarikat Freescale Semiconductor. Sy. Freescale ini terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/, Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014)!

Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajal, Empayar Rothschild, yg. membiayai dan mengasaskan Zionisma dan Israel (yg. berasal dr. Jerman, dan menjadi begitu berkuasa di Barat, sejak abad ke 16 setelah menjadi “peminjam wang” kpd. Raja-Raja Eropah dan kemudiannya mengahwini mereka serta mengasaskan industri Bank antarabangsa ) - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012.

Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini, terutamanya dlm. industri PERTAHANAN - lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011.

Dan lihat di http://jimstonefreelance.com/ - tentang Japan Airlines Flight 123, yg. membawa 524 penumpang:

"The Truth of JAL123"

Reportedly, there were 17 top engineers of TRON, OS system indigenously developed by a professor of Tokyo University. It is said that TRON at that time was so advanced (comparable to current Google Chrome) and free that the entire Japanese public sector was to adopt TRON OS. Then the entire echelon of TRON engineers were killed by the JAL 123 crash, and Microsoft instead took over and dominated the Japanese OS market thereafter.

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Teori ‘hijacking’ MAS oleh Barat-Zionis di pengkalan tentera laut US di Diego Garcia ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak –gas-mineral, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013; dan http://www.spingola.com/diego_garcia1.htm, Diego Garcia Swept Clean & Sanitized, By Deanna Spingola, October 10, 2007).

Makcik Sambal Belacan.