Wednesday, April 23, 2014

Masih kebalkah UMNO?

ARKIB : 22/04/2014

1.0 SENARIO politik negara kini berbeza berbanding dengan 20 dan 30 tahun lepas. Hal ini lebih jelas terutama pasca krisis 1998. UMNO mesti berubah. Orang UMNO, khususnya pemimpin mereka di semua peringkat mesti berubah. Tidak boleh lagi ambil mudah dengan apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku. Dalam erti kata lain, "Can't take for granted".

2.0 Sekarang, rakyat semakin celik politik dan tidak menerima bulat-bulat apa yang pemimpin kerajaan atau menteri perkatakan. Mereka semakin pandai menilai mana yang betul dan sebaliknya. Kalau dahulu, orang Melayu khususnya, dengan mudah menerima apa sahaja yang diperkatakan pemimpin UMNO, kini kelihatannya tidak lagi. Kawasan pengundi yang majoritinya didiami orang Melayu bukan lagi boleh dianggap sebagai fixed deposit untuk kerusi-kerusi UMNO. Realitinya, UMNO suka atau tidak, harus menempuh cabaran yang mendatang.

3.0 Dari satu sisi, pengundi muda Melayu semakin ramai yang cerdik pandai. Mereka lebih kritikal dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan membuat perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan di negara lain. Pengundi muda masa kini lebih terbuka. Ini kerana mereka telah menerima pendidikan di luar negara yang secara umum suasananya lebih terbuka dan telah terdedah dengan cara pentadbiran kerajaan di luar negara yang begitu tinggi integriti mereka.

4.0 Jika itu pilihan mereka setakat hari ini, maka menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti adalah tidak adil untuk menyalahkan mereka ini bulat-bulat. Sebaliknya, kita - dalam konteks ini kerajaan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO yang perlu menyedarkan mereka dengan menggerakkan program-program kenegaraan untuk mereka memahami struktur negara ini. Iaitu, dengan memfokuskan sejarah pembentukan negara Malaysia itu sendiri. Program perkaderan pelajar-pelajar di institusi pengajian dalam dan luar negara mesti diperkemas. Buat masa ini, kelihatan program perkaderan untuk pelajar-pelajar ini lebih didominasi oleh parti-parti pembangkang khususnya Pas. Hal ini perlu menjadi agenda utama dalam menarik sokongan akar umbi dalam kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi.

5.0 Cabaran UMNO selanjutnya adalah berhadapan dengan golongan pendidik agama yang lebih cenderung pula kepada pergerakan sebuah parti politik yang menggunakan agama sebagai nama partinya. Dianggarkan lebih 80 peratus golongan lulusan agama, sama ada dari dalam mahupun luar negara, lebih cenderung ke arah parti pembangkang iaitu Pas.

6.0 Pengundi-pengundi telah mula lebih kritikal dalam menilai tindak-tanduk pemimpin-pemimpin mereka. Adakah cakap serupa bikin kerana kita lihat apa yang berlaku ketika ini ramai yang cakapnya tak serupa bikin pula. Sebagai contoh, hidup bermewah-mewah dan kelihatan di luar kemampuan sebenar dengan dibiarkan rakyat sekeliling hidup dalam kepayahan dan kesusahan. ‘Kumpulan’ ini kelihatannya masih tidak membantu peniaga-peniaga Melayu dalam erti kata sebenar. Mereka hanya membantu kroni sahaja dan sebahagian besarnya hanya menjadi nominee atau ali baba. Sedangkan peniaga-peniaga sebenar Melayu tidak dibantu atau dibantu hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Kumpulan yang diamanahkan untuk membantu peniaga Melayu, masih lagi kelihatan rapat dengan peniaga-peniaga kaum asing dan membiarkan peniaga-peniaga Melayu sebenar terkontang-kanting tidak dibantu.

7.0 Dari sudut pandang lain pula, mahu tidak mahu ahli UMNO terpaksa akui survival parti-parti komponennya kian lemah dari sehari ke sehari. Parti-parti ini tidak dapat berdiri sendiri tanpa sokongan dan dokongan UMNO. Terbaharu, kekalahan MCA tempoh hari di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang walaupun calonnya yang diakui cukup berkredibiliti di atas kertas, telah memberi saingan yang cukup sengit. Cuma, hakikatnya peti-peti undi atau pusat daerah mengundi kaum Tionghua masih liat untuk kembali kepada MCA. Sedangkan, UMNO sendiri sedang bergelut mempertahan kerusi-kerusinya. Dalam masa sama pula, perlu berjuang untuk membantu parti-parti komponen lain mendapatkan kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Jika ini berterusan, nescaya sesuatu yang tidak sihat akan memberi tempias kepada BN dalam tempoh jangka masa panjang ini.

8.0 Merenung ke dalam parti, kelihatannya masih berlaku 'cah keting'. Ia terjadi bukan setakat di peringkat cawangan atau bahagian, malahan di peringkat tertinggi. Kalau sesiapa perasan, kekadang berlaku black out berita terhadap pemimpin tertentu dalam media-media arus utama kerajaan. Terdapat beberapa faction dalam UMNO yang akan melemahkan UMNO dalam jangka masa pendek dan panjang.

9.0 Kita juga cukup bimbang andai kata sokongan kakitangan kerajaan kepada kerajaan BN/UMNO semakin merosot. Andai ketidakpuasan hati kakitangan kerajaan terhadap beberapa dasar dan keputusan kerajaan benar, apakah impaknya? Apakah kaedahnya untuk mengembalikan semula sokongan ini? Yakni, menjelaskan secara fakta, keputusan kerajaan itu memang tepat dan menepati kehendak ramai dan semasa.

10.0 Apakah benar dalam kalangan golongan pendidik, dianggarkan sekitar 70 peratus terdiri daripada penyokong dan aktivis parti pembangkang? Kita perlu menyemaknya dan membuktikan fakta ini sebelum segalanya sudah terlewat. Ini juga untuk mengelakkan tanggapan seolah-olah tidak ada sebarang usaha untuk menangani permasalahan ini. Cuma, yang sering hinggap di telinga adalah permasalahan ini begitu ketara sejak 2004. Bahkan, begitu jelas dalam dua pilihan raya umum yang baru lepas.

11.0 Terdapat segelintir pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sibuk mengejar projek sehingga terlupa tugas hakiki mereka sebagai pemimpin untuk menjaga UMNO. Mereka ini perlu dikembalikan ke destinasi sebenar. Destinasi dan titik asal tujuan penubuhan UMNO.

Pastikan UMNO dapat merampas kembali kesemua kerusi yang majoriti pengundinya orang Melayu yang kini dipegang oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Buktikan bahawa orang Melayu masih memerlukan UMNO dan hanya menjadikan UMNO sebagai wadah pelindung dan penyelamat bangsa Melayu di Malaysia ini. UMNO mesti berubah. Tidak berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ianya merubah diri sendiri. Demi masa depan anak cucu kita, marilah kita bermuhasabah diri. Berlapang dada menerima teguran. UMNO wajib di transformasikan.
Hidup UMNO!

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.


terimakasih sumber: Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140422/re_02/Masih-kebalkah-UMNO#ixzz2ziYCEJ3A
© Utusan Melayu (M) Bhd 



4 comments:

Anonymous said...

Inilah akibat pengkhianatan si puak LIBERAL/GAY-si-PENJILAT KAPIR HARBI dlm. UMNO - yg. malangnya di masa hadapan, mungkin akan menguasai UMNO sbg. MAJORITI! Mereka tu kan tak biasa bercampur dgn. rakyat miskin, terutamanya yg. Islam/Melayu (melainkan utk. PENIPUAN publisiti murahan-'photo-op') mahupun mendengar keluhan HARIAN mereka (bukan hanya waktu pilihanraya atau pemilihan UMNO)!

Lihat sajalah rakyat, terutamanya yg. miskin dari penunggang motosikal/basikal dan kereta kecil, serta MAJORITI mangsa adalah umat ISLAM/Melayu, yg. dibiarkan MATI KATAK/cedera kdg-kdg sampai CACAT akibat dilanggar LORI/KERETA/BAS BUAS, akibat TUANPUNYA lori/bas/kereta ini sendiri puak GANGSTER atau dibiarkan ambil ramai pemandu mcm. dr. GENG-KONGSI-GELAP?! Sedangkan Menteri Pengangkutan tu buat apa - tak dengarkah keluhan rakyat; sedgkan budak omputih Peranchis yg. tulis surat puji dia, bukan main dilayan sampai nak jumpa?!

Mahupun si-PENJILAT-si CINARASIS-wee-wee, yg. boleh biaqkan pesta-pesta liar-dadah berlansung demi pelancongan ala si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, dan Pulau Langkawi, yg. penuh tradisi PUSAKA Melayu-Islam mahu diKAPIRkan spt. negara KASINO, Monaco!

Lihat seorg. lagi si PEMBODEK-KAPIR-MUSUH-ISLAM-No-1, si LIBERALkairy-budak-mentah-berangan-nak-jadi-PM, yg. asyik dipuja EvangelisSStar, yg. asyik nak menghentam PERKASA atau mana-mana pihak yg. berani mengkritik si budak-mentah ni, sebagai 'extremis' atau 'berhaluan kanan'!

Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/23/Khairy-extremists-exist-both-sides-political-divide/ :

Extremists exist on both sides of political divide, says Khairy

April 23, 2014

MELBOURNE: Religious and political extremists exist on both sides of the political divide, and do not belong in Malaysian society, said Khairy Jamaluddin.

"These extremists, whether they cause religious fanaticism or ethnic chauvinism, are the very forces that seek to divide us as a people.

…."Without the liberal approach spoken in the Rukun Negara, which in spirit reflects the progressive and moderate political philosophy of the Datuk Seri Najib Tun Razak administration, we risk being held hostage to forces of extremism in our own political system at home.

He advised students to to take the middle path and to engage a common narrative for the good of the nation.

Khairy said it was important for Malaysians to take a moderate and progressive approach for the good of the nation.

"To me, it's the only choice for Malaysia. I have to face accusations of political treason from the right of my party, but I persevere as does the Prime Minister, because we believe that we must never waver in our cause," he said…..


Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

nasirwise said...

UMNO+NGO MELAYU DAN ISLAM WAJIB HASILKAN FORMULA SEPERTI `TAMBATAN MATAWANG’ DAN `WAKAF JCORP’ MENANGKIS ANCAMAN `AJARAN’ COMANGO.


Ketika merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Timbalan Presiden UMNO berucap dengan panjang lebar mengenai Islam. Beliau memberikan sebabnya kerana Islam adalah teras perjuangan UMNO.

Tetapi Tan Sri Timbalan Presiden mengingatkan para perwakilan mengenai ancaman terangan dan terancang oleh COMANGO yang telah membawa isu `penindasan kebebasan’ oleh Kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabangsa di Geneva. Mereka menuntut hak pengamalan LGBT, hak kemurtadan dari kalangan Islam, pengunaan Kalimah ALLAH oleh agama lain, kesamarataan agama, kebebasan menyebarkan dakwah agama dan sebagainya. Penulis gelar semua ini sebagai Ajaran COMANGO. Selain isu keagamaan, mereka menuntut hak Bumiputera dan Bahasa Malaysia dihapuskan. Kesemuanya di buat atas dasar hak asasi manusia.

Tan Sri Timbalan Presiden menyeru agar semua NGO Melayu dan Islam berganding bahu dan merapatkan syaf menentang dan menangkis serangan COMANGO pada masaini dan kuasa asing tidak lama lagi. PAS dilihat macam hendak bersama tetapi belum nampak kesungguhan. PAS serba salah kerana `perkahwinan’ dengan PKR dan DAP, promoter COMANGO . Hanya dengan `bersin’ Karpal Singh, kecut Presiden PAS. Datuk Nik Aziz pun bergegas ke Pulau Pinang menjelaskan sesuatu.

Para pemimpin UMNO dan NGO mesti bertindak dari sekarang. Berilah idea idea untuk menyelesaikan dan mengekang ancaman mendatang. Tubuh think tank dan kupas sedetailnya baik buruk dan keefektifannya. Penulis harap `think tank’ ini dapat idea seperti penambatan matawang oleh Datuk Seri Dr Mahathir (kini Tun).


Penulis teringat kepada keadah penyelesaian krisis kewangan yang melanda Malaysia beberapa tahun yang lalu. Penyangak matawang George Soros memanupulasi Ringgit Malaysia sehingga merosakkan ekonomi kita. PM Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed memperkenalkan `tambatan mata wang’. Ramai pakar kewangan dan ekonomi dalam negara dan luar negara `skeptical’ dengan keadah tambatan. Ia boleh membawa implikasi perdagangan yang teruk jika tidak diuruskan dengan baik. Matawang Malaysia tidak boleh diperdagangkan atau laku di luar Malaysia. Alhamdulilah, penambatan matawang ini berjaya menyekat campur tangan asing dan telah menstabilkan matawang Malaysia dan Malaysia terselamat.

Satu lagi contoh penyelesaian efektif ialah yang di gunakan oleh Johor Corporation ialah mewakafkan hartanya (termasuk saham) kepada Baitulmal atau institusi agama Islam untuk mengelakkan syarikatnya di `swasta’kan secara paksa. Apabila diwakafkan, tiada siapa boleh membeli atau ambilalih. Ia sudah dimiliki oleh umat Islam semua.

Suatu masa lalu penswastaan adalah popular di Malaysia. Johor Corporation mempunyai beberapa syarikat yang maju dan untung. Usahawan Bumiputera terpilih dengan `restu’ MB, akan membeli syarikat tersebut pada harga yang `berpatutan’. Biasanya dibeli pada harga `bawah pasaran’ dengan tujuan membantu Bumiputera. Pada Johor Corporation, syarikat yang untung di `swastakan’ dan terpaksa membina syarikat lain yang rugi supaya menjadi syarikat untung. Apabila syarikat di swastakan, wang penswataan tadi terpaksa di `plough back’ untuk membina syarikat lain yang mungkin di dalam`gestation period’.

Johor Corporation tidak selesa dengan penswastaan sebegini kerana apabila syarikat syarikat yang untung di jual, kekuatan kewangan akan hilang. Bank akan memandang sepi untuk menghulurkan pinjaman tanpa cagaran dan hilanglah `credit worthiness’ dan `economy of scale in operation’. Selain itu, ia boleh menimbulkan pilih kasih samada memilih Usahawan Ahmad atau Usahawan Alif kerana keduanya Melayu dan Bumiputera yang berjaya.

Apabila diwakafkan, mustahil ada pihak hendak memakan hak anak yatim dan orang Islam lain.


Semoga UMNO dapat melakukan sesuatu untuk memelihara kesucian Islam.

nasirwise said...

BAYANGKAN UMNO TIADA LAGI.
..


Di Perhimpunan Agong UMNO ke 67 tahun pada 3-7 Disember 2013 yang lepas, Presiden UMNO melunturkan beberapa ingatan dan persoalan dan meminta para perwakilan `Bayangkan jika UMNO tiada lagi di bumi Malaysia’ `Dimanakan orang Melayu hendak mengadu? Bermanja? `Akan hilang kah Melayu di dunia?

Penulis cuba bayangkan situasi situasinya untuk renungan bersama tetapi penulis akan `limit the scope of discussion’ kepada 3 perkara iaitu:-

1. AGAMA
2. EKONOMI
3. PENDIDIKAN
Contoh contoh yang diberikan dibawah sebenarnya boleh di`expand’lagi.

AGAMA
Belum pun UMNO tiada di Malaysia, dan memiliki 88 kerusi Parlimen, pelbagai isu agama telah di persoalkan, di `test market’kan dan diperkotak katikkan tanpa segan silu dan semangat perlembagaan. Pakatan Rakyat yang merangkumi DAP, PKR dan PAS telah berjaya mempersoalkan tentang hukum Hudud, perlaksanaan produk Islam, mencetuskan idea kesamarataan agama, pruralisma, liberilisma, mempersendakan keratan hadis hadis, salahguna gelaran Khalifah, merendahkan tulisan jawi di papantanda, mempersoalkan peruntukan masjid berbanding dengan gereja, kuil dan rumah ibadat, hendak kebebasan mengamalkan LGBT, perkahwinan sejenis,tidak mementingkan kemoralan seseorang pemimpin dan banyak lagi. Kelangtangan mereka ini seolah olah `mengasuh’ rakyat menghina Allah, Nabi Muhammad, Ketua ketua Islam dan penganut Islam.

Ada isu agama Islam di mainkan oleh parti politik namun ada juga di juarai oleh kumpulan ajaran sesat seperti Al Arqam, Al Muhanah, Kumpulan Syiah, Tuhan Haron dan banyak lagi.

Walaupun UMNO masih aktif membela agama Islam lagi, pemimpinnya berwawasan Islam Kesederhanaan, Kerajaan Malaysia di duga oleh Pakatan Rakyat satu per satu. The Herald, contohnya, ingin menggunakan Kalimah ALLAH didalam majalah mingguan versi Bahasa Malaysia. Namum di halang oleh Menteri dan KDN. The Herald menyaman Menteri dan KDN dan berjaya di Mahkamah Tinggi. KDN merayu di Mahkamah Rayuan dan berjaya menghalang penggunaan Kalimah ALLAH oleh The Herald. Tentu sekali mereka merayu di peringkat tertinggi.

Ada hikmah juga pihak Gereja dan Pakatan Rakyat melakukan tindakan saman ini kerana ia berlaku semasa BN masa mendapat majoriti di Parlimen walaupun tidak 2 per 3 majority. Ahli Parlimen BN khasnya beragama Islam `terbangun daripada tidur’ akan tekanan politik yang diberikan oleh Pakatan Rakyat. Bayangkan jika Pakatan Pembangkang menguasai Malaysia dan Parlimen. Tidak kah mereka sewenang wenangnya akan meminda perlembagaan? Penulis percaya tindakan mereka lebih dahsyat dan rakus daripada Kerajaan BN.

Cuba kita bayangkan betapa getirnya dan goyahnya kedudukan orang Melayu.

nasirwise said...

Walaupun UMNO masih aktif membela agama Islam lagi, pemimpinnya berwawasan Islam Kesederhanaan, Kerajaan Malaysia di duga oleh Pakatan Rakyat satu per satu. The Herald, contohnya, ingin menggunakan Kalimah ALLAH didalam majalah mingguan versi Bahasa Malaysia. Namum di halang oleh Menteri dan KDN. The Herald menyaman Menteri dan KDN dan berjaya di Mahkamah Tinggi. KDN merayu di Mahkamah Rayuan dan berjaya menghalang penggunaan Kalimah ALLAH oleh The Herald. Tentu sekali mereka merayu di peringkat tertinggi.

Ada hikmah juga pihak Gereja dan Pakatan Rakyat melakukan tindakan saman ini kerana ia berlaku semasa BN masa mendapat majoriti di Parlimen walaupun tidak 2 per 3 majority. Ahli Parlimen BN khasnya beragama Islam `terbangun daripada tidur’ akan tekanan politik yang diberikan oleh Pakatan Rakyat. Bayangkan jika Pakatan Pembangkang menguasai Malaysia dan Parlimen. Tidak kah mereka sewenang wenangnya akan meminda perlembagaan? Penulis percaya tindakan mereka lebih dahsyat dan rakus daripada Kerajaan BN.

Cuba kita bayangkan betapa getirnya dan goyahnya kedudukan orang Melayu.

EKONOMI
Perlembagaan Malaysia mengariskan hak istimewaan Melayu dengan jelas. Apabila Malaysia mederka, kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera amat menyedihkan. Mereka hanya menguasai 2 peratus daripada ekonomi negara. Melalui UMNO, ekonomi Melayu dan Bumiputera meningkat kepada +- 20 peratus (lupa angka sebenar) tahun 2013. Dasar Ekonomi Baru mensasarkan 30 peratus dah belum mencapainya walaupun pelbagai kemudahan pinjaman dan geran serta latihan diberikan. Bayangkan tanpa UMNO, mungkin Proton atau Produa dimiliki oleh orang asing dan taikun Cina. Bayangkan tanpa pemimpin UMNO, tidak seteguhnya dan meluasnya perkhidmatan Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain.

Dengan bantuan dan peluang diberikan UMNO selama 57 tahun ini pun, hanya satu atau dua bilionair Melayu dan Bumiputera berjaya di wujudkan berbanding dengan bilionair Cina. Senarai orang terkaya di Malaysia dari tangga pertama hingga kelima, masih di pegang oleh taikun Cina. Daripada 10 orang bilionair di Malaysia, kesemuanya berbangsa Cina melainkan 2 orang.

Ini bermakna UMNO kena gandakan usahanya 4 kali ganda untuk melahirkan 4 atau 5 orang bilionair Melayu Bumiputera.

Presiden UMNO terus memberi jaminan kepada para perwakilan UMNO yang beliau telah memberikan kata dua kepada GLC untuk membantu usahawan Bumiputera yang berkelayakan. KPI telah diberikan. Ketua GLC diberitahu mereka tidak perlu `apologistic’ kerana 67.9 peratus penduduk Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Kaum dominan di Malaysia ini perlu dibantu kerana mereka hanya menguasai `economy cake’ sebanyak +-20 peratus manakala Kaum Cina kuasai 60 peratus ekonomi Malaysia. Yang cantiknya, UMNO membantu Melayu Bumiputera tanpa merampas hak kaum Cina.

Melalui polisi dan keberkatan UMNO, GLC GLC seperti FELDA, Sime Darby, PNB, Tabung Haji dan GLC lain dapat ditubuhkan. Yang menjadi kebanggaan Malaysia ialah GLC ini menjadi gergasi dunia. Petronas dan FGV contohnya. Nama Tabung Haji sangat `harum’ di matakaca Kerajaan Arab Saudi. Proton dan Produa dikenali dunia. Bangunan Petronas Twin Tower membuktikan kemampuan Kerajaan Malaysia dan Petronas.Industri kelapa sawit Malaysia menjadi ikutan dan panduan banyak negara

Para kakitangan Kerajaan yang budiman. Cuba bayangkan hasrat DAP (jika menjadi Kerajaan Pusat) untuk mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan daripada 1.2 juta orang kepada 600,000 orang. Apa yang terjadi kepada kakitangan yang terpaksa diberhentikan. Hendak ke peniaga Cina menyerap sepertiga daripada jumlah itu? Tidak mungkin.

Para ibubapa, cuba bayangkan apa akan terjadi kepada anak lelaki perempuan kita yang akan tamat pengajian tidak lama lagi? Atau suami atau isteri kita sebahgian daripada pekerja kontrak seramai 45,000 orang. Mana mereka ini nak bekerja?. Untuk itu, para ibubapa, suami isteri dan bakal graduan, tuan puan saudara saudari hendak menyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP?