Thursday, April 7, 2011

WASPADA: Telur Ayam Tiruan Di Pasaran

WASPADA: Telur Ayam Tiruan Di Pasaran



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Awas Telur Tiruan

Anda sulit membezakan keasliannya!

Seorang pekerja tidur di atas petak-petak telur di sebuah pasar runcit di Beijing, China.


Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi sorotan di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Beberapa media utama di Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang mana telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China. "Acara tersebut menelusuri kehidupan keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian publik Korea.

Bentuk Telur Tiruan



Menyusul acara tersebut, akhbar nombor satu Korea, Chosun Ilbo, telah menerbitkan sebuah artikel berjudul "MBC Special mendedahkan telur-telur tiruan buatan China," melaporkan secara terperinci bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat. Dong-A Ilbo, koran Korea lainnya, pada 14 Ogos 2007 juga telah menerbitkan sebuah laporan berjudul "Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran".

Menurut laporan dari Chosun Ilbo, kerana harga-harga makanan yang melambung tinggi di China, telur-telur buatan, yang dibuat hanya dari bahan kimia tanpa bahan alami, telah muncul di Kota Zhengzhou, Provinsi Henan.

Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.

"Putih telur' dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit membedakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

"Kuning telur' dibuat dengan menyekop suatu carian dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida.

Akhirnya, 'putih telur' dan 'kuning telur' dibungkus ke dalam 'kulit telur' yang dibuat dari kalsium karbonat.

"Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada 'kuning telur' tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir identik (sama) dengan telur yang sebenarnya.

Wang mengatakan hanya menghabiskan 0.55 yuan (0.07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0.8 dolar AS.)

(sumber;http://greenboc.blogspot.com/2011/04/waspada-telur-ayam-tiruan-di-pasaran.html)

Sunday, April 3, 2011

Nasib Kita Dan Negara Kita

Susupan Tengahari (Lewat Post)
Nasib Kita Dan Negara Kita

MALAM tadi seorang kawan mengajak saya makan durian di satu lokasi tidak jauh dari rumah. Katanya dia hendak ke situ kerana bertemu seorang kawannya kerana ada urusan berkenaan sekolah anaknya. Kawan kepada kawan saya itu seorang jurutera yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi berkembar ke Utara.

Dia mengakui tidak minat dengan politik. Dalam pilihan raya dia tidak akan pilih parti tetapi akan memilih siapa calonnya. Kalau ada yang baik, tidak rasuah, tidak ada skandal, tidak lompat parti calon itulah yang akan dipilih. Dalam kata lain jurutera ini tidak mengira ideologi politik.

Sikap atau pendirian seperti jurutera muda ini adalah sikap kebanyakan pengundi muda hari ini, atau pengundi yang berpendidikan tinggi. Mereka tidak mudah larut dengan retorik parti politik. Baginya parti politik adalah sama saja, tetapi yang membezakan, perwatakan pemimpinnya. Makanya tidak ada keperluan untuk dia memilih parti politik.

Dia berjumpa kawan saya itu kerana nak minta tolong dapatkan biasiswa untuk anaknya. Anaknya mendapat A dalam sembilan mata pelajaran dalam SPM lalu dan layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Itu yang difaham dan itulah janji kerajaan menyebabkan ia bersungguh membantu anaknya ke luar negara.

Kerana merasakan anaknya layak dia berusaha mencari ikhtiar. Ini sikap seorang bapa yang bagus yang mahu melihat kejayaan anaknya. Dia percaya kalau mengikut prosuder biasa, tanpa menerusi mana-mana cable (saluran politik dan diplomatik) tidak mungkin akan memperolehi tempat. Tempat atau peruntukan untuk tawaran bisiswa kepada pelajar cemerlang amatlah terhadap.

Kerajaan sendiri sudah pun menarik banyak peruntukan untuk menaja pelajar ke luar negara. Salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam hal ini ialah Mara. Mara pun kini sedang dalam kelempuhan kewangan untuk membiayai bumiputera dalam apa juga sektor. Dah la begitu Mara pula diasak dan senantiasa dicuriagi oleh kaum lain. Orang Melayu pula terikut dengan rentak dan tarik mereka yang dengki kepada tanggungjawab Mara.

Menurut bapa tadi dia tidak suka menjual muka meminta dan merayu kepada mana-mana pihak. Iya itu bukan kerja orang ada maruah. Tetapi kali ini dia terpaksa menjual air mukanya - meminta bantuan kawannya untuk anaknya.

"Kawe terpaksa minta tolong demo sikit kali ini kerana kalau wat (ikut cara) biasa takkan dapat pun," katanya dengan nada simpati dan merayu. Saya memahami hasrat dan harapan besar bapa berkenaan, dan lebih-lebih lagi harapan anak yang ingin ke luar negera itu.

Balik rumah saya terkenang kepada bapa berkenaan. Juga terkenang kepada diri sendiri. Betapa untuk mencari ruang dan tempat untuk anak-anak belajar. Itu dia seorang jurutera yang berkemampuan masih lagi mengharapkan kepada bantuan kerajaan. Macam mana kalau orang kampung! Ibarat kata tidak pernah termimpilah untuk anak-anak orang kampung melanjutkan pelajar ke luar negara, kecuali ada sesutau yang paling istimewa.

Banyak mana pun anak-anak kampung berleyakan tetapi mereka tidak akan ke mana. Paling-aling masuk ke universiti tempatan saja. Itu pun ada yang tercicir tidak dapat ke universiti kerana tidak ada wang. Masih ada.

Untuk mengharap dan meminta bantuan menerusi saluran tertentu, usah mimpi. Mereka tidak kena sesiapa pun di Kuala Lumpur. Selalunya berlaku orang KL jugalah yang memberi bantuan dan dorongan serta membuka jalan. Kalau tidak ada siapa membantu, maka akan terkapai-kapai sendirianlah.

Institusi atau pun syarikat GLC yang menawarkan biasiwa hanya akan berlegar di kalangan mereka saja. Mula-mula yang dipilih anak pengerui dan anak beranaknya. Selepas ada para ahli lembaga pengarahnya. Kemudian anak-anak CEOnya. Itu pun belum tentu lagi. Pengambilan ini tak pula berpandukan kepada kelulusan dan kelayakan. Yang penting dia adalah anak-anak kita.

Saya tidak tahu apakah perbuatan ini termasuk dalam rasuah atau tidak. Apakah ia penyalahgunaan kuasa atau tidak. Apakah ia telah pecah amanah atau tidak? Catatan ini pun sekadar catatan saja bagi menunjukkan inilah yang berlaku. Untuk mengubah suasana dan keadaanya ia tidak mungkin sekali. Sebab manusia sudah lama mentup pintu syurga dalam bak-bak kepentingan diri ini. [wm.kl.]

Posted by mso.im at 2:06:00 PM

Labels: Biasiswa dan Pelajar

(sumber;http://msomelayu.blogspot.com/2011/03/susupan-tengahari-lewat-post.html)

zmsegamat kata:

dulu anak saya dapat 12A (SPM 2005 di kolej yayasan saad, ayer kroh, melaka) mohon biasiswa untuk buat bidang farmasi ke luar negara/dalam negara. TANPA KEBEL anak saya sekadar berjaya untuk di temuduga sahaja dan keputusannya GAGAL.

walaupun saya aktif dan berjawatan di peringkat UMNO bahagian dan di pilih sebagai perwakilan G7 pada setiap kali pemilihan UMNO di peringkat MKT sejak 1996 hinggalah ke pemilihan UMNO yang terakhir (pemilihan MKT 2008) dan saya juga 'kenal sikit-sikit' dengan 'orang-orang besar' ni TAPI saya TIDAK menggunakan KEBEL kerana saya bimbang saya akan merampas HAK orang-orang yang lebih BERKELAYAKAN..

AMY Search Pengetua AF9, Nik Aziz Gerenti Happy..., Bob Lokman Eloklah Jadi Pengkritik Tetap..!!

AMY Search Pengetua AF9, Nik Aziz Gerenti Happy..., Bob Lokman Eloklah Jadi Pengkritik Tetap..!!

Artis yang suka sangat nak sokong Pas masih dapat durian runtuh....

Dah konfom dah, Af 9 rancangan realiti tv yang dah semakin tak fofular Akedemi Fantasia musim ke 9 pilih Amy Search jadik pengetua. Inilah kali kedua Astro pilih orang femes tapi tak nampak pun aura jadi pemimpin, dulu Af pernah gagal bila pilih Ramli Sarip.

Cuma LG harapkan lepas habis Af9 nanti janganlah pulak Amy Search buat announcement masuk Pas ikut kawan dia Bob Lokman...

Posted by Lawyer Garang at 4:12 AM

(sumber;http://lydiausm72.blogspot.com/2011/04/amy-search-pengetua-af9-nik-aziz.html)

Friday, April 1, 2011

Talian khas adu harga barang mahal

Talian khas adu harga barang mahal
Oleh Razak Rashid Ghows
bhnews@bharian.com.my
2011/04/01

Majlis Penasihat Harga akan segera ambil tindakan ke atas peniaga

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini orang ramai boleh membuat aduan mengenai kenaikan harga barang yang dianggap melampau kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui talian 1-800-88-6800 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 yang baru dikuatkuasakan.

Aduan itu kemudian disalurkan kepada Majlis Penasihat Harga (MPH) yang baru ditubuhkan untuk tindakan lanjut dan jika ada kes, peniaga terbabit boleh didakwa di mahkamah.

Penguatkuasaan undang-undang itu merangkumi semua syarikat dan individu yang menjual barang, menyediakan perkhidmatan dan restoran.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mengikut akta yang diluluskan Parlimen tahun lalu itu, syarikat yang didapati bersalah menjual barangan atau menawarkan perkhidmatan pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran boleh didenda sehingga RM500,000 bagi kesalahan kali pertama.

Bagi kesalahan kali kedua, syarikat sama boleh didenda maksimum RM1 juta manakala bagi individu yang melakukan kesalahan kali pertama boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Individu yang melakukan kesalahan kali kedua pula boleh didenda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.

Akta baru itu menggantikan Akta Kawalan Harga 1946 yang tidak memberi kuasa kepada kementerian untuk mengambil tindakan ke atas peniaga yang menaikkan harga barang atau perkhidmatan secara melampau.

Ismail Sabri berkata demikian dalam pertemuan dengan pengarang media massa berhubung isu bekalan dan harga barangan di sini, semalam.

Katanya, kementerian akan berbincang dengan MPH bagi menentukan penanda aras bagi harga sesuatu barang.

Mengenai perbezaan kedua-dua undang-undang berkenaan, beliau berkata akta baru itu memberi kuasa kepada kementerian menguatkuasakan kadar harga semua jenis barang dan perkhidmatan tanpa perlu diwartakan seperti akta lama.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taliankhasaduhargabarangmahal/Article)

Friday, March 25, 2011

Harian Metro: Kopi campur gelatin babi

Kopi campur gelatin babi
Oleh Mary Victoria Dass dan Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

(sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Kopicampurgelatinbabi/Article)

Thursday, March 10, 2011

NOBISHA: MERLIMAU & KERDAU: INGATAN UNTUK BARISAN NASIONAL


Konvensyen BN - satu permulaan yang baik, tetapi tidak cukup

MERLIMAU & KERDAU: INGATAN UNTUK BARISAN NASIONAL

Seperti dijangkakan, Barisan Nasional menang besar dalam pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau. Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, 43. Tahniah kepada BN dan juga calon-calon berkenaan.

Dalam proses demokrasi, ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi yang kalah, usah cipta alasan untuk menjustifikasi kekalahan tersebut. Muhasabah dan perbetulkan kesilapan yang dilakukan. Sejak mara bergaya dalam pilihanraya umum pada Mac 2008, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melakukan banyak kesilapan. Malangnya, apabila ada pihak yang menegur, maka mereka dilabel sebagai pecacai UMNO atau BN. Akhirnya, ramai juga yang mengatakan, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Nak kritik tak boleh, nak tegur pun tak boleh. Semua orang yang menegur Pakatan Rakyat dianggap "jahat" dan mempunyai motif tersembunyi. Mungkin atas sebab itu jugalah, sesetengah bloggers pro-Pakatan Rakyat mendiamkan diri sewaktu PRK Merlimau dan Kerdau.

Maka, ramai yang memilih untuk terus menegur Barisan Nasional yang dilihat sebagai lebih reseptif kepada kritikan. Malah, Pengerusi BN Dato' Seri Najib Tun Razak mengatakan zaman kerajaan (dalam konteks ini merujuk kepada kepimpinan BN) tahu semuanya sudah berakhir; maka pemimpin harus mendengar pendapat rakyat. Dalam beberapa ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO, Najib banyak mengingatkan perwakilan UMNO untuk mendengar suara rakyat dan membuang tabiat buruk yang menyebabkan parti dan pemimpin BN ditolak dalam pilihanraya umum lepas. Hal yang sama disebutkan berulangkali dalam Konvensyen BN.

Saya fikir "transformasi politik" yang disebutkan Najib adalah merupakan respon beliau kepada kritikan rakyat yang ingin melihat BN berubah. Kesediaan Najib untuk berubah adalah merupakan satu sikap yang cukup merendah diri. Bukan mudah untuk melihat pemimpin politik berkata, "Saya sanggup berubah." Yang ramai ialah pemimpin politik yang mendongak kepala ke langit dan tak boleh ditegur langsung. Pemimpin politik "semua orang salah, saya seorang saja yang betul" memang ramai.

Sepanjang lebih lima tahun saya menulis blog ini, beberapa orang Ketua UMNO Bahagian - termasuklah beberapa orang Timbalan Menteri - telah memanggil saya bagi mendengar kritikan kepada UMNO. Walaupun ada yang merah muka apabila saya bercakap, namun saya fikir mereka hargai kritikan ikhlas saya terhadap parti itu.

Atas perubahan inilah, maka saya fikir pengundi di Kerdau dan Merlimau memberikan sokongan yang besar kepada BN. Tentunya, saya tidak menafikan ada faktor-faktor lain termasuklah kepimpinan parti itu yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Dalam keghairahan BN meraikan kemenangan di kedua-dua pilihanraya itu, saya fikir parti itu belum lagi melepasi paras "bahaya". Sementara orang lain mengucapkan tahniah, biarlah saya memberikan ingatan kepada BN bahawa adalah menjadi satu kesilapan yang besar sekiranya ia merasakan kemenangan di Merlimau dan Kerdau itu sudah cukup membuktikan ia mampu menang besar dalam PRU13 nanti.

Sekiranya BN ingin kembali mendapat dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang, maka ia harus melakukan perkara-perkara berikut:

Pertama, tentukan momentum kemenangan di Galas, Batu Sapi dan Hulu Selangor yang kemudiannya dimantapkan dengan Tenang, Merlimau dan Kerdau diteruskan dalam pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. Saya meramalkan pembangkang Sarawak akan menang sebanyak 13 daripada 71 kerusi DUN Sarawak. Bagaimanapun, sekiranya BN Sarawak dapat membuktikan saya salah dan kemenangan pembangkang tidak sampai 10 kerusi, maka itu adalah petanda yang baik bagi BN dalam menilai sokongan rakyat.

Kedua, menambahkan peratusan sokongan Melayu kepada sebanyak 10% dari tahap sokongan sekarang, Cina dan India di antara 15% hingga 20% lagi bagi semua kawasan, termasuklah kawasan bandar. BN tidak boleh bergantung kepada kawasan luar bandar semata-mata. Ia juga harus menang di kawasan-kawasan bandar untuk memperolehi legitimasi memerintah. Sementara sokongan pengundi Melayu penting, namun BN tidak boleh bergantung kepada undi satu bangsa saja untuk berkuasa.

Ketiga, membuang mentaliti "fixed deposit." Saya tidak percaya ada mana-mana negeri atau kawasan Parlimen / DUN yang merupakan "fixed deposit" kepada mana-mana parti politik. Saya pernah sebutkan sebelum ini bahawa pengundi sekarang - termasuklah di luar bandar - adalah merupakan pengundi nomad. Sokongan mereka berpindah-randah. Atas sebab itulah maka BN tidak harus memandang ringan serangan lawan walaupun di kawasan yang dianggap "putih." Sikap sedemikian akan hanya mengundang malapetaka.

Atas semangat itu, maka BN tidak boleh ambil mudah serangan lawan. Sikap BN sebelumnya - "tak apalah, pembangkang bukan boleh buat apa!" - harus dikikis. Saya melihat apabila Najib memberikan respon kepada "Buku Jingga," ia lahir dari sikap mengambil berat serangan lawan, walau bagaimana tidak signifikan sekali pun serangan tersebut. Begitu juga dengan tuduhan demi tuduhan kepada BN. Dalam politik persepsi, tohmahan yang tidak dijawab akan dianggap betul.

Keempat, meneruskan "transformasi politik" - khusus dalam soal pemilihan calon. Di Tenang, Merlimau dan Kerdau, ketiga-tiga calon BN adalah merupakan lepasan IPT, berumur di bawah 45 tahun dan merupakan bekas penjawat awam. Saya fikir calon muda, berpendidikan dan dari kalangan penjawat awam atau aktivis sosial lebih mudah diterima rakyat dan kurang kontroversi.

Di Kerdau, calon BN ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, di Merlimau hanya Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, manakala di Tenang, Azhar Ibrahim hanyalah ahli biasa UMNO. Ini bermaksud BN harus mampu melebarkan jaringan pemilihan calon kepada semua 3.5 juta orang ahlinya, dan tidak menghadkan pemilihan itu kepada hanya Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO, MCA, MIC dan Gerakan (sekadar menyebutkan beberapa nama parti komponen BN) saja. Najib telah menyebut bahawa penyandang jawatan dalam parti tidak semestinya menjadi calon.

Najib harus menyingkirkan pemimpin UMNO yang bertindak sebagai "war lord" yang menyebabkan parti itu disisih rakyat dalam PRU lalu. Ini termasuklah pemimpin yang menganggap mereka sajalah yang paling berkuasa di kawasan itu dan semua perkara yang hendak dilakukan mesti mendapat restu mereka. Cakap bergegar-gegar dan tepuk meja untuk memaksa orang mendengar pandangan. Pemimpin sebegini mungkin dianggap "hulubalang" di zaman Kesultanan Melaka dulu, tetapi hari ini rakyat ingin melihat pemimpin yang mampu melakukan "engagement" secara berterusan.

Berdasarkan "maklumat kedai kopi" yang diperolehi, khabarnya lima orang (dari keseluruhan 15 bahagian) Ketua UMNO Bahagian di Kedah tidak akan disenaraikan sebagai calon dalam PRU13 nanti. Sekiranya ini benar, maka ia memberikan peluang kepada muka-muka baru di negeri itu. Anda mungkin ingin tahu siapakah mereka itu. Ah, biarlah rahsia!

Sewaktu Konvensyen BN Sarawak hujung minggu lalu, Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud menyebut akan menampilkan lebih ramai muka baru dan profesional sebagai calon. Desas-desus awal mengatakan seramai 10 orang calon PBB (dari 36 kerusi PBB) akan digugurkan. Melihat kepada senarai wakil rakyat sedia ada, saya sarankan agar PBB mencalonkan lebih ramai lagi anak muda - malah saya ingin menyarankan agar 15 calon PBB sedia ada digugurkan bagi memberikan laluan kepada mereka.

Dan, kelima, berikan tumpuan kepada pengukuhan parti-parti komponen BN. Selepas pilihanraya umum lalu, UMNO telah melaksanakan pelbagai proses transformasi parti itu. Ada perubahan, namun saya fikir bukan mudah untuk mengajar gajah menari. Sementara UMNO sedang melaksanakan kursus pengukuhan organisasi untuk sekitar 56,000 pemimpin akar umbi parti itu, saya masih belum melihat usaha sedemikian di kalangan parti-parti komponen yang lain. Sewajarnya parti-parti komponen BN juga melaksanakan hal yang sama memandangkan pilihanraya umum sudah semakin hampir. Konvensyen BN bagus untuk membakar semangat, namun tidak cukup untuk memberikan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya.

Sementara tidak salah untuk penyokong-penyokong BN merayakan kemenangan di Merlimau dan Kerdau, namun saya fikir mereka harus membezakan antara pertempuran (battle) dan peperangan (war). Menang pertempuran tidak bermakna sekiranya BN tidak mampu menang peperangan!

(sumber:http://nobisha.blogspot.com/2011/03/merlimau-kerdau-ingatan-untuk-barisan.html)

Tuesday, March 1, 2011

Sikap taksub terhadap DAP bakal merugikan PAS di Kerdau


Sikap taksub terhadap DAP bakal merugikan PAS di Kerdau.

Memang sangat memalukan perangai pengikut-pengikut PAS ini semua tak kiralah di manapun mereka berada. Terutamanya jika ada majlis-majlis ceramah mereka, ataupun di kempen-kempen Piilihanraya Kecil di seluruh negara.

Selain dari menyemai sifat taksub melampau didalam diri mereka sendiri, mereka juga sanggup untuk mendoktrinkan sikap taksub melampau itu kepada anak-anak kecil mereka yang masih tak mengenal apa pun. Mungkin mereka berasa bangga apabila anak-anak mereka berkelakuan seperti mereka.

Gambar anak kecil yang mengusung bendera Roket diatas dirakam di Felda Jengka 22 sewaktu Datuk Seri Najib datang melawat ke situ kelmarin. Ketika Datuk Seri Najib merasmikan Gelanggang Serbaguna di dalam kawasan Felda tersebut, dua beranak PAS ini berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Tanpa segan silu dua beranak tersebut melintas dikawasan tersebut sambil diperhatikan oleh ramai masyarakat Felda yang hadir untuk menyambut kedatangan Datuk Seri Najib.

Tak tahulah apa yang bermain didalam kepala bapak kepada budah tersebut. Bangga agaknya bila anak dia mengusung bendera cap Roket.. Dan mungkin juga dia bangga kerana mampu mentarbiah anaknya supaya berani mengusung fahaman politik komunis DAP.

Apa lagi yang hendak kita gelarkan kepada pengikut-pengikut PAS seperti ini kalau bukan pentaksub buta tuli parti. Bukankah DAP itu dengan secara jelas menolak penubuhan negara Islam dan juga jelas dari golongan kafir.

Tapi kumpulan kafir yang terang-terang tolak negara Islam macam DAP inilah yang sangat dibanggakan oleh pak lebai PAS. Mungkin bagi mereka, acara usung bendera DAP ini dapat memberikan pahala kepada mereka.

Disebabkan tingkah laku sebeginilah, PAS semakin ditolak oleh bangsa melayu di Kerdau ini mahupun di seluruh negara. Satu Negara sudah tahu siapa sebenarnya DAP dan juga dasar perjuangan parti chauvinist tersebut, tapi parti itu tetap menjadi pilihan PAS didalam perkongsian kerjasama mereka.

PAS hendak berkuasa menggantikan UMNO, tetapi mereka tak bijak didalam mengatur strategi. Apakah dengan membuatkan bangsa melayu jengkel kerana ingin mengambil hati DAP itu dapat menguatkan PAS? Inilah yang dilakukan oleh PAS sekarang.

Sebab itulah di PRK Kerdau ini bakal menyaksikan PAS kehilangan sokongan dari bangsa melayu sendiri. Pasti PAS akan menyesali “perkahwinan campur” diantara mereka dengan DAP yang akhirnya merugikan parti mereka sendiri.

(sumber;http://networkedblogs.com/eRZeN?ref=nf)

Friday, February 25, 2011

Satu Malaysia Kena Tipu Dap…. Zairil Bukan Anak Khir Johari


Satu Malaysia Kena Tipu Dap…. Zairil Bukan Anak Khir Johari


Assalamualaikum…

Saya benar-benar rasa cukup terkejut apabila melayari sebuah forum (mykmu.net) yang membongkar betapa liciknya penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap yang sanggup melakukan apa jua putar belit untuk membeli jiwa orang Melayu.

Dalam forum tersebut dinyatakan betapa sekali lagi rakyat Malaysia kena tipu dengan Dap.

Saya perturunkan apa yang dibongkarkan dalam forum tersebut seperti di bawah.

Nama Khir Johari digunakan untuk memancing orang Melayu menyokong Dap apabila seorang lelaki yang diumumkan sebagai anak Khir Johari menyertai Dap hujung tahun lalu dan baru beberapa hari lepas dilantik sebagai Setiausaha Politik, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Media-media online dan blogger-blogger sebelah sana kecoh sekalian alam apabila dia dilantik sebagai Setiausaha Politk Lim Guan Eng.

Katanya Lim Guan Eng telah melantik orang Melayu sebagai Setiausaha Politiknya. Bukan main lagi mereka meraikan perlantikan ‘Melayu’ itu.

Satu Malaysia kena tipu dengan Dap. Hakikatnya Zairil bukannya anak Khir Johari dan bukannya orang Melayu.

Zairil adalah anak kepada isteri Khir Johari yang bernama Christine yang dikahwininya pada tahun 1995.

Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa Cina sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Khir Johari.

Zairil adalah anak tiri. Dia sengaja menggunakan nama Khir Johari untuk menumpang popular dan memenuhi hasrat Dap menggunakan taktik itu untuk menarik orang Melayu menyokong mereka.

Inilah penipuan demi penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap. Kalau belum perintah negara Dap sudah berani tipu terang-terang begini bayangkan kalau Dap dapat kuasa….. minta dijauhkan Tuhan…Malaysia diperintah parti laknat seperti ini.

Yeop Ahmad Murshid.

(sumber;http://umno-online.com/?p=32100)

Tak payah cop pembelot, Zairil memang Cina!


Friday, February 25, 2011
Tak payah cop pembelot, Zairil memang Cina!

Lim Guan Eng membuat pengumuman perlantikan Zairil Khir Johari di ibupejabat DAP untuk kompang pada dunia DAP tidak raasis untuk terima Melayu sebagai Setpol LGE. Kononnya dengan ini, DAP tidak rasis pada Melayu dan sedia menerima Melayu.

KUALA LUMPUR: Zairil Khir Johari, the son of the late former Education Minister Tan Sri Mohd Khir Johari, has been appointed the political secretary to the DAP secretary-general.

Lim Guan Eng said that Zairil, 28, who joined the party six months ago, would be based at the DAP secretariat here and assist him with political matters at the party and national level.

“We appointed him not because of his race, but because of his attributes and qualifications.

Buton prapon ... Zairil diambil kerana ini cara untuk malukan UMNO.

Betulkah DAP itu color blind terhadap Melayu?

Pure Shiite sebuah blog penyiasat yang hebat memperssoalkan keMelayuan Zairil. Dia membawa pembaca kepada satu petikan riawayat arwah Tan Sri Khir Johari:

Born in Alor Star in 1923, the young Mohd Khir Johari had his early education at Malay schools in Jalan Bharu and Sungai Korok in his hometown. At nine and filled with trepidation, he entered the Sultan Abdul Hamid College in Alor Star to study English for the first time

In 1943, he married Puan Sri Kalsom Abdul Rahman, whom friends fondly remember as Che Tom, until her demise in 1994. They had seven children. The following year he married Christine.

Baca sepenuhnya di The Star sini. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/11/20/nation/16077044&sec=nation


Betulkah Zairin anak betul Khir Johari?

Kalau Puan Sri Christine Lim kahwin Khir Johari tahun 1995 dan tahun berikut 1996 dapat anak, anak sulong itu berumur hanya 15 tahun. Apa cerita Zairin umur 28?

Pendik kata, Pure Shiite berkata dia bukan Melayu!

Ibunya Christine besarkannya sebagai Cina dan bukan Khir Johari terlalu tua untuk didiknya jadi Melayu.

Zairin salah dari hukum syarak untuk berbinkan Khir Johari. Jika dia anak Puan Sri Christine Lim dari suami lama, dia masuk Islam dan patut menjadi Zairin bin Abdullah.

Lebih tepat nama rasmi Zairin sepatutnya adalah Zairin Lim @ *&^#%):? bin Abdullah. Cari IC dan surat beranak untuk tahu nama Cinanya yang asal

UMNO tak payah cop Zairil sebagai pembelot. Ini hanya window "Melayu" dressing!

Posted by The Unspinners at 8:20 AM

(sumber;http://theunspinners.blogspot.com/2011/02/tak-payah-cop-pembelot-zairil-memang.html)

Wednesday, February 23, 2011

Tengku Zafrul didesak letak jawatan dalam GLC

Tengku Zafrul didesak letak jawatan dalam GLC

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pelbagai pihak hari ini mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) supaya meletak jawatan selepas 'menyerang' syarikat milik kerajaan (GLC) lain dalam satu forum terbuka baru-baru ini.

Tindakan Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat salah sehingga menyebabkan kebimbangan pasaran dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Desakan tersebut timbul hanya beberapa hari selepas desakan yang sama dilakukan ke atas Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof kerana mengeluarkan kenyataan senada dengan Tengku Zafrul dalam forum yang sama.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, selaku orang yang dilantik untuk mengepalai sebuah GLC lain, Tengku Zafrul perlu berundur jika dia tidak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri kerana jawatannya sekarang juga adalah atas ihsan Najib.

"Jangan jadi kaduk naik junjung dan perasan hanya dia seorang sahaja yang mahir dalam ekonomi dengan mempertikaikan pengalaman orang lain yang sudah 22 tahun mentadbir sebuah negeri dengan pelbagai cabaran lebih rumit daripada menguruskan sebuah GLC.

"Dia sepatutnya bersyukur kerana kedudukannya hari ini atas perjuangan orang politik malah, ahli keluarganya sendiri adalah orang politik. Jangan nak hipokrit kerana saya yakin dan percaya tanpa sokongan politik Tengku Zafrul tidak akan memiliki kedudukan seperti hari ini.

"Orang seperti ini tidak layak untuk mengkritik Mohd. Isa apatah lagi dibuat secara terbuka atas kapasitinya sebagai peneraju GLC, ini perbuatan tidak beretika dan sepatutnya dia meletakkan jawatan," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Serangan terhadap Mohd. Isa itu dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Zainal Aznam dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan bahawa, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut pernah terpalit dalam isu rasuah.

Dalam pada itu, beberapa laman blog juga mendesak supaya Tengku Zafrul melepaskan jawatan.

http://anotherbrickinwall.blogspot.com; http://theunspinners.blogspot.com dan http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com.

Paling lantang berbuat demikian adalah blog anotherbrickinwall, apabila meminta Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pemegang saham utama dalam Maybank dan beberapa pemegang saham lain supaya berwaspada dengan kenyataan tidak matang Tengku Zafrul itu.

Blog tersebut yang mendedahkan secara terperinci bagaimana Tengku Zafrul boleh mendaki kedudukan sekarang termasuk siapa orang politik di belakangnya, turut mempersoal bagaimana pemegang saham dalam Maybank boleh berurusan dengan Ketua Pegawai Eksekutif muda itu.

"Tengku Zafrul meletakkan dirinya sebagai liabiliti kepada Perdana Menteri dan kenyataannya terhadap Mohd. Isa kini dijadikan peluru oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan. Jadi, dengan segala kerosakan ini apakah dia perlu tunggu lagi, letaklah jawatan dengan segera," desak blog tersebut.

(sumber:http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=210311)

Sunday, February 20, 2011

Saya tak kisah...itu pendapat dia - Tan Sri Isa Samad


Saya tak kisah...itu pendapat dia

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

Petang Rabu Tan Sri Isa Samad kelihatan relaks saja sewaktu hadir di kompleks membeli belah AEON di AU2, Setiawangsa dekat Kuala Lumpur.

Beliau berada di situ untuk melancarkan Promosi Produk SAWARI (Satu Wilayah Satu Industri) Felda atas kapisitinya sebagai Pengerusi.

Wartawan yang pernah membuat liputan acaranya sejak beliau Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu tahu begitulah stailnya yang sentiasa nampak ceria tak kira apa situasi sekalipun.

Sejak dilantik sebagai Pengerusi FELDA nampaknya ada sahaja pihak yang cuba geletek beliau.

Sandaran mereka tidak lain daripada isu beliau digantung jawatan Naib Presiden UMNO oleh Lembaga Disiplin UMNO pada tahun 2005.

Sedangkan beliau sudah menjalani proses hukuman itu dengan baik dan menang dengan cemerlang kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang di Port Dickson melalui satu pilihanraya kecil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri lebih mengenali Isa dan pasti tahu kemampuannya dari segi politik dan pentabiran ketika melantiknya ke jawatan yang penting itu.

Sebagai orang politik yang sudah biasa melalui segala macam cabaran Isa juga steady ketika diminta mengulas komentar Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, yang menilai pelantikannya sebagai Pengerusi FELDA boleh mengakibatkan kebimbangan pasaran.

“Saya tak nak komen. Bagi saya, sedangkan Nabi yang dipilih oleh Tuhan pun ada yang tak suka, inikan saya, yang dipilih oleh manusia... Itu pendapat dia. Saya tak kisah.

“Dari mula saya pegang jawatan politik saya sudah banyak kena hentam dan sebagainya. ... Saya pun tak tahu latarbelakang dia, sama ada dia terlalu hebat atau pandai,” katanya.

Isa menegaskan beliau tetap komited dengan tugas yang diamanahkan ke atasnya untuk memajukan FELDA.

Katanya sekiranya diambil serius perkara itu, ia akan menghalang fokusnya untuk membangunkan FELDA dan memberikan taraf kehidupan lebih bermakna kepada peneroka di seluruh negara.

Sementara itu dalam ucapanya di majlis itu Isa berkata FELDA sudah melahirkan 36,187 usahawan di kalangan peneroka dan daripada jumlah itu 33 orang sudahpun bertaraf jutawan dengan pendapatan masing-masing melebihi RM1 juta setahun!

Beliau memberitahu nilai keseluruhan aktiviti perniagaan warga peneroka di rancangan FELDA pada tahun lalu mencapai RM1.06 billion dan beliau menganggarkan nilai itu akan bertambah sekali ganda tahun ini.

Turut hadir ialah Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab dan Nagahisa Oyama, Pengurus Besar AEON Co (M) Bhd. Promosi Produk SAWARI FELDA itu berlangsung di pusat membeli belah berkenaan pada 8 hingga 13 Februari.

Isa berkata, usaha promosi yang diadakan di antara Felda dan AEON Co (M) Bhd adalah untuk mempromosikan produk usahawan Felda bagi menembusi pasaran hypermarket tempatan dan luar negara, terutama Jepun.

Isa berkata, program pembangunan produk makanan dan kraf di FELDA digerakkan di bawah SAWARI dan Felda turut menganggotai Jawatankuasa SDSI peringkat kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan kejayaan program One Village One Product (OVOP) di Oita Prefecture, Jepun.

Pengerusi Felda itu berkata, melalui Model Baru Ekonomi, Felda mensasarkan setiap rancangan menjadi kuasa besar ekonomi pada 2020. – 9/2/11

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2bdfe515-7f000010-2cbbb200-76aedd7a)

Nik Aziz akui Melayu perlu diutamakan

oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

NIK Abdul Aziz Nik Mat berbual dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di Shah Alam, semalam.

Nik Aziz akui Melayu perlu diutamakan

SHAH ALAM 19 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa peribumi di negara ini.

Perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Nik Abdul Aziz berkata, parti-parti politik perlu bertanggungjawab untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu kerana mereka adalah masyarakat dominan negara ini.

Ujarnya, walaupun Pas tidak memberi keutamaan kepada perjuangan terhadap bangsa, ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan hak orang Melayu memandangkan mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini.

"Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz sebelum ini beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu juga menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut menuduh Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk kepentingan politik Barisan Nasional (BN) semata-mata.

"Ia adalah satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN. Pengkhianatan itu dibuat dengan menolak hak kaum Cina, India, Iban dan Kadazan," ujarnya.

Sementara itu, dalam konvensyen yang sama, penganalisis politik, Dr. Wong Chin Huat berkata, barisan Nasional (BN) akan menang dalam pilihan raya umum akan datang dengan majoriti dua pertiga jika parti itu dapat mengekalkan momentum peningkatan sokongan orang Melayu seperti yang diperlihatkan pada beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini.

Chin Huat berkata, pihak pembangkang pada masa sama dilihat akan kehilangan kira-kira 34 kerusi Parlimen jika Pas gagal mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu.

"Pada 2008, hampir kesemua kawasan yang Pas berjaya mencatatkan prestasi baik adalah di kawasan bukan Islam,'' katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

zmsegamat:Surah(Al-Baqarah 42) Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Friday, February 18, 2011

Antara Nik Aziz dan Tun Mahathir


Antara Nik Aziz dan Tun Mahathir

SAYA tertarik mengulas jawapan balas Mursidul Am Pas, Datuk Nik Aziz dalam akhbar Harakah bil 1612 tentang Isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Mahathir. Jawapan balas dan persoalan ini saya kemukakan bagi penilaian kita atau sesiapa sahaja yang masih mahu berfikir secara rasional berasaskan fakta.

Seperti biasa Nik Aziz begitu 'berdendam' dan banyak mempersoalkan 'keIslaman' UMNO dan Tun Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah 'bertanggungjawab menyebarkan Islam' melalui Pas dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan 'berasa selamat' di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Tun Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh Pas.

Beliau lupa bahawa parti yang beliau 'anuti' itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui 'kelulusan' kerajaan Nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan Yahudi dan Nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam adalah membenarkan Pas ditubuhkan.

Apakah benar Islam itu Pas, dan Pas itu Islam? Persoalan ini perlu difikirkan oleh kita kerana ketika Nik Aziz menjadi ahli Pas, Nik Aziz atau mungkin ayah beliau masih tidak mengenali atau menganut fahaman Pas. Apakah pula jawapan Nik Aziz di hari kebangkitan jika kaum keluarga Nik Aziz juga tidak menganuti fahaman Pas?

Malah ramai dari kita khususnya yang bukan dilahirkan di Kelantan belajar dan faham agama dari sekolah-sekolah yang diasaskan oleh UMNO/BN. Ramai dari kita hanya sedar kewujudan Pas apabila DSAI dipecat.

Ketika itu berduyun-duyun orang Islam mulai mendapat 'hidayah' dan menyokong Pas termasuklah penulis. Apakah nasib-nasib kami yang pernah menyokong Pas dan akhirnya 'keluar' atau 'murtad' dari menyokong Pas. Bagaimana pula hukuman Nik Aziz terhadap Ketua Umum PKR dan kepimpinan PKR yang tidak menyertai Pas?

Saya tidak menganggap UMNO itu betul 100 peratus kerana ia adalah parti ciptaan manusia dan diuruskan oleh manusia. Seperti mana dakwaan Nik Aziz bahawa 'banyak kepincangan' dilakukan oleh UMNO (sebenarnya pemimpin UMNO). Begitu juga yang dilihat berlaku dalam Pas.

Seperti mana Pas juga yang dicipta dan diasaskan oleh manusia yang 'kecewa dan marah' pada 1951, sudah tentu pemimpin dan penyokong Pas juga tidak terkecuali melakukan perbagai kesilapan.

Namun jika UMNO boleh mengakuinya kenapa Pas pula tidak boleh? Maksum sangatkah Pas hingga penyokongnya sendiri takut untuk menegur kepimpinan. Sedangkan Saidina Umar pun minta ditegur apabila dilantik sebagai khalifah.

Besar sangatkah dosa UMNO dan besar sangatkah jasa Nik Aziz kepada Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir? Jika Nik Aziz mengatakan Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam, maka izinkan saya memetik kuliah mingguan beliau di Kota Bharu yang mengatakan kebanggaan beliau terhadap sistem kewangan Islam. Memetik kata-kata beliau seperti yang dilaporkan "Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai".

Ia merupakan fakta yang terlalu jelas, usaha mewujudkan sistem kewangan Islam seperti perbankan Islam, takaful, pajak gadai Islam, pinjaman Islam dan sebagainya adalah idea dan kehendak Tun Mahathir yang juga Presiden UMNO ketika itu (1982) untuk membawa perubahan dan kejayaan ekonomi kepada negara kita.

Mahathir melihat keperluan ini kerana tahu bahawa hanya negara yang 'kaya' dan 'kuat kuasa ekonominya' sahaja akan digeruni oleh lawan. Paling hampir yang terkesan dengan apa yang kita lakukan ialah Singapura. Kerana itu mereka 'mendekati' Nik Aziz dan menggunakan DAP bagi memusnahkan sistem kewangan ini apabila peluang ini diperolehi.

Janganlah Nik Aziz lupa bahawa sistem kewangan Islam yang diasaskan oleh pimpinan UMNO inilah yang menyelamatkan ekonomi negara serta dijadikan model oleh negara Barat hari ini seperti yang diakui oleh Nik Aziz. Justeru kita patut bertanya, besar mana sumbangan idea Nik Aziz dalam sistem kewangan Islam sejak beliau mentadbir Kelantan?

Siapakah pula yang telah membuka idea penggunaan Dinar Emas yang tidak pernah difikir atau dibahaskan oleh mana-mana pemimpin negara Islam tetapi akhirnya mula membuka mata masyarakat dunia kalau bukan Tun Mahathir.

Lucunya sempat pula Nik Aziz 'menceduk' idea 'syiling emas' untuk mendapatkan 'laba' politik tanpa merancang penggunaanya dengan bijaksana.

Besar sungguh jasa Nik Aziz yang menyebabkan penghijrahan rakyat Kelantan ke merata tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negeri ditadbir BN untuk mencari rezeki yang halal.

Bodoh sangatkah kita untuk melihat jutaan pendatang asing yang turut masuk secara sah atau haram mencari rezeki di negara ini atas kebijaksanaan pentadbiran UMNO dan BN ketika era Tun Mahathir ?

Nik Aziz juga sempat meminta Tun Mahathir menyatakan 'kesalahan' beliau sebagai MB Kelantan jika ada. Tanpa perlu Tun Mahathir membuang masa biar penulis sebutkan di sini beberapa perkara yang boleh dinilaikan:

* Banyak manakah 'berhala besar' yang lebih tinggi dan besar dari menara masjid atau kubah didirikan sepanjang Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

* Tidak malukah Nik Aziz mengisytihar Kelantan sebagai 'Serambi Mekah' sedangkan ketika Nabi Ibrahim dilantik sebagai Rasul, baginda telah memecahkan semua patung berhala di sekitar Kaabah.

* Jika Nik Aziz pertikai kesungguhan UMNO/BN mendirikan masjid kita mahu pula melihat kesungguhan Pas dalam isu pembinaan masjid baru selama 20 tahun memegang kuasa.

* Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari membuktikan kepada penulis tentang 'tong kosong' yang dipalu oleh Pas Kelantan. Sudah terang lagi bersuluh, kebersihan yang menjadi asas keimanan pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam, maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang entah hilang laungannya.

* Semasa berada di Kota Bharu, penulis sempat solat subuh, Jumaat, maghrib dan isyak di beberapa masjid. Pemandangannya hampir sama seperti mana kita melihat jemaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN. Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan.

* Penulis turut 'melawat' setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor.

Malah di sebuah masjid yang tersergam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus.

Besar sangatkah jasa Nik Aziz hingga asas keimanan tentang kebersihan ini pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat di bawah kepimpinan ulamak selama 20 tahun.

Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat membaca pemikiran Islam Tun Mahathir kerana 'kesilapan' beliau yang belajar dalam 'bidang kedoktoran' dan bukannya 'bidang keagamaan', juga Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud sepanjang mentadbir negara.

HJ. LUKMAN BIN MOIDIN

Penceramah, Motivasi & Kaunselor

Kedah

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm)

Saturday, February 12, 2011

SULTAN JOHOR MURKA : NIK AJIS TERLIBAT DALAM KES INI ?




KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR 1 YANG DIBULATKAN.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.

Baginda, sebelum itu, merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot dan Exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor supaya tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda, langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. - BERNAMA

(sumber;http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/02/adakah-sultan-johor-murka-kepada-foto.html)

MerdekaReview: UMNO goyah bila MCA kecundang di kawasan campuran



UMNO goyah bila MCA kecundang di kawasan campuran

Wong Chin Huat | Feb 10, 2011 05:45:30 pm



1.0 Pola pengundian PRK Tenang mungkin petanda kejatuhan Barisan Nasional dalam tempoh tujuh tahun. Bayangkan, PAS menumpaskan MCA di kawasan campuran, yang merupakan kubu MCA sebelum 8 Mac 2008. Sebelum "tsunami politik", kubu MCA sebenarnya berada di kawasan campuran - kerana DAP gagal meraih sokongan Melayu, sementara PKR dan PAS gagal memperolehi undi Cina.

2.0 Namun, senario politik telah berubah. Keputusan PRK Tenang menyaksikan pola pengundian di mana semakin tinggi kadar pengundi Cina, maka semakin tinggi kadar undi untuk PAS. Kini, kebanyakan pengundi Cina akan menyokong "orang Melayu Pakatan Rakyat" - ketika membuat pilihan antara "orang Cina UMNO (MCA)" dengan "orang Melayu Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)".

3.0 Jikalau pola ini kekal, maka ia bermakna MCA akan tewas kepada DAP di kawasan majoriti Cina, malah berkemungkinan tumpas kepada PAS dan PKR di kawasan campuran. Jadi, persoalannya, daripada 15 kerusi parlimen yang sedia ada, berapakah yang mampu dipertahankan MCA dalam PRU akan datang?

Pakatan DAP-PAS

4.0 PAS dibantu kedua-dua rakan partinya, DAP dan PKR dalam PRK Tenang kali ini. DAP terutamanya, menurunkan pemimpin peringkat kebangsaannya untuk berkempen. Malah, untuk kali pertama DAP menyiarkan iklan di akhbar Cina, Sin Chew Daily (1/4 muka surat di edisi tempatan) setiap hari - untuk PRK yang ditandingi rakan parti. Menurut Penasihat Strategi Pilihanraya, Liew Chin Tong, daripada 14 PRK yang berlangsung, hanya PRK Bukit Gantang (ditandingi Nizar Jamaluddin) dan PRK Sibu (ditandingi DAP sendiri), yang mampu menyamai PRK Tenang dari segi sumber yang dicurahkan oleh DAP.

5.0 Matlamat strategi DAP adalah supaya prestasi PAS mengatasi DAP. Keputusannya menyaksikan matlamat ini tercapai. Dalam pilihan raya yang lalu, DAP yang bertanding kerusi parlimen Labis memperolehi lebih undi Cina di kawasan DUN Tenang berbanding PAS, sementara PAS memperolehi undi yang lebih banyak daripada DAP di kawasan Melayu. Tidak sukar untuk menjelaskan fenomena ini - sesetengah penyokong DAP menolak calon PAS, manakala sesetengah penyokong PAS tidak yakin dengan calon DAP.

6.0 Antara faktor yang menjurus kepada fenomena ini adalah hasil daripada dasar pecah dan perintah oleh Barisan Nasional dalam ruang wacana. Dalam PRK Tenang kali ini, MCA menyerang PAS yang kononnya membawa Islam yang ekstrem, sementara UMNO menyerang PAS kerana mengkhianati agama dan bangsa - manifestasi wacana tradisional yang digunakan BN.

7.0 Namun, apa yang membimbangkan BN adalah, perbezaan kadar undi Cina yang diperolehi DAP dan PAS semakin rapat. Dalam empat peti undi yang mana kadar pengundi Cinanya lebih tinggi, kadar undi yang diperolehi PAS pada tahun 2008 telah mengatasi kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2004, walaupun masih belum terjangkau kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008. Dalam PRK Tenang kali ini, kadar undi yang diperolehi PAS di Labis Tengah hampir menyamai kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008!

8.0 Seandainya fenomena ini juga berlaku di dua kawasan pengundian yang berdekatan (iaitu Labis Timor dan Labis), ia membawa makna bahawa komuniti Cina telah melihat dan menerima DAP-PAS sebagai satu gabungan. Pengundi Cina DAP menyokong PAS, lebih kurang keadaannya sebagaimana pengundi Melayu UMNO menyokong MCA.

PAS dan undi Melayu

9.0 Persoalan yang tercungkil di sini adalah, apakah PAS akan menjadi MCA versi Melayu? Sebelum ini, ada pandangan bahawa PAS mungkin tidak senang apabila DAP menyindir MCA kerana kehilangan sokongan Cina. Ini kerana PAS juga berdepan dengan masalah gagal meraih sokongan Melayu di kawasan desa dan mungkin dilihat sebagai boneka DAP.

10.0 Sememangnya, terdapat sesetengah pemimpin dari golongan konservatif yang agak gelisah apabila PAS semakin bergerak ke tengah. Namun, PAS adalah sebuah parti yang pragmatik. Meskipun melihat kegagalan sebagai ujian daripada Tuhan, namun kemenangan tetap akan diiktiraf. Misalnya, Mohd Nizar Jamaluddin yang meraih sokongan bukan Melayu, meskipun kehilangan sedikit sokongan Melayu - tetap disanjung tinggi akar umbi partinya. Pemimpin yang popular di kalangan bukan Melayu seperti Dzulkefly Ahmad, Husam Musa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, juga tidak tersingkir dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam parti.

11.0 Pemimpin PAS yang saya kenali tidak bimbang dengan kebangkitan pengaruh DAP. Mereka hanya mengeluh kerana kadar pengundian Cina yang rendah sehingga gagal menghakis undi majoriti BN. Di kubu UMNO, ada kalanya PAS langsung tidak berpeluang untuk bertemu dengan pengundi. Jadi, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila PAS kehilangan sedikit undi Melayu ketika dalam PRK.

12.0 Mengapa PAS tetap tenang ketika berdepan dengan asakan demi asakan dari UMNO, malah tidak khuatir bahawa dirinya mungkin berakhir sebagai MCA? Pokoknya, PAS agak yakin dan berpegang kuat pada ideologinya. Mereka tenang ketika menghambat kuasa, maka sanggup bersikap fleksiber dalam pendirian partinya, tetapi tidak berganjak dari prinsipnya. Berbanding MCA, yang kekosongan dalam "ideologinya", dengan makna kewujudannya sebagai "wakil Cina dalam kerajaan". Segala kompromi yang dilakukan pemimpin MCA dilihat sebagai demi kuasa dan kepentingan individu, lantas gagal meyakini pengundinya.

UMNO gagal mengekalkan keabsahan kemajmukannya

13.0 Jikalau pola pengundian PRK Tenang kekal, undi Melayu (dan India) kembali ke pangkuan BN pada kadar berlainan mengikut faktor tempatan, dan undi Cina pula tetap bersama pembangkang - apakah senario politik Malaysia seterusnya?

14.0 Apakah akan wujud fenomena "Melayu sebagai pemerintah, Cina sebagai pembangkang" (sebagaimana yang dipropagandakan MCA sekarang)? Secara tepat, jawapannya tidak. Ini kerana seandainya kadar sokongan Cina terhadap PR cukup tinggi, maka ramai pemimpin Melayu PKR dan PAS bakal menang di kawasan campuran. Dengan kata lain, ramai calon MCA, Gerakan dan MIC akan kecundang, dan menjurus kepada senario "Pemerintah hampir semuanya Melayu, Pembangkang pula mencerminkan kemajmukan (sungguhpun lebih banyak wakil Cina)".

15.0 Jadi, apakah ia akan menjurus kepada ketidakstabilan dalam hubungan kaum? Cuba bayangkan kabinet yang didominasi lebih 80% Menteri UMNO - semestinya menjolok mata. Maka, mungkin semua wakil rakyat MCA, MIC dan Gerakan yang "terselamat" akan diberi jawatan menteri, menjadi Mah Hang Soon (EXCO Perak) versi Persekutuan atau Subramaniam (Menteri Sumber Manusia-MIC) versi Cina.

16.0 Untuk mengekalkan keabsahan sebagai kerajaan yang mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum, maka UMNO perlu memikat hati komuniti Cina. Mana-mana tindakan yang menindas kaum Cina dan bukan Melayu akan dikecam pemimpin Cina dan bukan Melayu dalam PR. Lebih penting, tindakan tersebut akan dihujani kritikan pemimpin Melayu dan muslim PR sebagai "rasis".

17.0 Sememangnya, golongan kanan dalam UMNO akan menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan kerana memberi layanan yang baik kepada "golongan minoriti yang tidak tahu bersyukur". Maka ia akan menyukarkan Najib atau pewarisnya untuk mengimbang antara dua pihak - lantas mempercepatkan langkah kemusnahan BN.

Tembak kuda dahulu

18.0 Sebelum ini, analisa terhadap strategi untuk meleraikan BN adalah berdasarkan logik "tangkap ketua dulu jikalau nak tangkap gerombolan perompaknya" (pepatah Cina). Maksudnya, BN tidak akan tumbang selagi UMNO tidak tumbang. Maka lebih 50% Melayu diperlukan untuk menyokong PR demi menjatuhkan UMNO.

19.0 Namun, iktibar yang diperolehi selepas PRK Tenang adalah, "tembak kuda dulu untuk jatuhkan orang di atasnya". Seandainya MCA dan parti komponen BN yang menjadi tunggangan UMNO ditembak, maka UMNO perlu turun dari kuda dan berperang secara dekat - tanpa diselindungi mitos politik "perkongsian kuasa".

20.0 Dari sudut ini, mungkin ramai pengundi Cina yang gagal mengundi "huan" (tukar) kali ini kerana trak kerajaan enggan membawa mereka ke pusat pengundian. Namun, sebahagian keputusan ini memberi isyarat bahawa, seandainya pola pengundian Cina ini berulangan di kawasan lain, soal "Tukar" hanyalah persoalan masa sahaja.

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Disedut, terjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 3 Februari 2011.

(sumber;http://merdekareview.com/bm/news.php?n=11546)

Saturday, February 5, 2011

Faktor Najib jadi pendorong Cina undi BN


Faktor Najib jadi pendorong Cina undi BN
Oleh Kamal Ahmad
mohdkamal@bharian.com.my
2011/02/05
Kemenangan Azahar di Tenang bukti gagasan 1Malaysia dapat tempat di hati nurani kaum

MCA belum boleh mendakwa keyakinan dan sokongan komuniti Cina terhadap parti itu mulai pulih berdasarkan kemenangan tiga daripa-da empat peti undi majoriti kaum itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Ahad minggu lalu.

Walaupun ada tanda kecil peningkatan undi komuniti itu, kemenangan Mohd Azahar Ibrahim, hampir keseluruhan disumbang faktor penerimaan kepemimpinan baru Datuk Seri Najib Razak, kesetiaan pengundi Melayu di FELDA dan kampung tradisional kepada Barisan Nasional (BN), selain calon serta gerak kerja jentera kempen.

Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengeluarkan perincian perangkaan keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang kerana cuti Hari Wilayah Persekutuan (Selasa lalu) dan sambutan Tahun Baru Cina sekarang. Tetapi Berita Harian difahamkan, ramai pengundi Cina yang tidak keluar mengundi kerana ‘faktor yang belum diketahui’.

Keseluruhan pengundi Cina di Tenang Station ialah 1,054 orang, Labis Timur (1,379), Labis Tengah (2,137) dan Labis (751). Ternyata, memang sebahagian mereka tidak keluar mengundi, sekali gus hujan lebat dan banjir yang melanda pagi Ahad itu boleh dijadikan alasan MCA, PAS dan DAP mengenai ketidakhadiran pengundi ke pusat pembuangan undi.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dilaporkan bertemu Perdana Menteri di Putrajaya, petang Isnin lalu. Beliau mungkin melaporkan mengenai prestasi jentera kempen MCA dan Najib mungkin bertanya sejauh mana penerimaan pengundi Cina terhadap parti itu sekali gus mendorong mereka mengundi calon BN.

Kemenangan Azahar di peti undi di Tenang Station (393) dan menang tipis di Labis Timur (37), Labis (64) serta kekalahan dengan 486 undi di Labis Tengah terlebih dulu digambarkan melalui sambutan agak hangat terhadap ceramah PAS yang dihadiri pemimpin DAP di sekitar peti undi Labis Timur, Labis Tengah dan Labis. Ceramah anjuran MCA di lokasi sama pula agak suram walaupun difahamkan 80 peratus jenteranya anak tempatan. Namun ramai pengundi Cina di Tenang Station sekian lama memihak kepada BN dan buktinya sebanyak 744 undi diberi kepada calon BN melalui peti undi di situ.

Berbeza di Labis Tengah selaku kubu kuat DAP sejak dulu dan BN hanya sekali memenangi peti undi itu pada pilihan raya umum 2004. Ini diakui Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, yang awal-awal mengklasifikasikan Labis Tengah ‘ada latar belakang dan sejarah tersendiri’ untuk tidak menyokong calon BN.

Cuma difahamkan, perarakan kira-kira 500 orang dengan kemeja-T lambang 1Malaysia mendapat sambutan komuniti Cina di pekan Labis dan membuktikan gagasan ini kian mendapat tempat dalam nurani kaum itu sekali gus faktor Najib menjadi pendorong pengundi Cina memangkah calon BN.

Jika hujan lebat dan banjir dijadikan alasan pengundi Cina di kawasan pekan tidak mengundi, sebenarnya kebanyakan kawasan FELDA serta kampung tradisi Melayu lebih buruk keadaannya. Tetapi kenapa peratusan undi kepada calon BN meningkat? FELDA Tenang, FELDA Chempelak Barat dan FELDA Chempelak saja menyumbang 1,356 undi majoriti (63 peratus undi majoriti keseluruhan) daripada 3,707 undi kepada Azhar. Di ketiga-tiga FELDA itu, calon PAS, Normala Sudirman hanya mendapat 437 undi.

“Saya terharu dengan semangat dan sikap orang Johor yang sememangnya unik – orang tua dan uzur pun tetap keluar mengundi dalam hujan lebat dan meranduk banjir,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memberi mesej bahawa hujan dan banjir tidak boleh dijadikan alasan seperti dakwaan pembangkang kononnya penyokong calon PAS tidak dapat keluar mengundi kerana faktor cuaca itu.

Beliau turut menyifatkan kemenangan di DUN Tenang adalah kemenangan rakyat melalui calon terbaik yang ditawarkan BN untuk mewakili kepentingan mereka di situ.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, ketika ditemui di Putrajaya, Isnin lalu berkata: “Pengundi FELDA menyumbang 63 peratus undi majoriti tetapi kita tidak puas hati di kawasan tertentu. Cuma ada sedikit pergerakan undi Cina. Ini bererti ada kesan politik di peti undi Cina walaupun kemenangannya tidak banyak.”

Komuniti Cina yang tidak keluar mengundi kerana ‘faktor yang belum diketahui’ juga difahamkan ada kaitan dengan ketidakserasian antara DAP dengan PAS yang mengelirukan pengundi di Tenang.

Diistilahkan hubungan kedua-dua parti itu sebagai ‘unholy alliance’ (sekutu tidak suci), Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, akhirnya membuat kenyataan yang menggambarkan kekecewaan partinya apabila mendakwa jentera pilihan raya PAS gagal menjalankan tugas meraih undi terutama di kawasan FELDA. Apakah kekecewaan itu ekoran Guan Eng merasakan DAP sudah melakukan yang terbaik memikat undi Cina di pekan Labis supaya menyokong calon PAS?

Pengakuan Guan Eng bahawa jentera BN di Tenang lebih cekap secara tidak langsung membawa maksud jentera PAS pada pilihan raya kecil itu lemah dan tidak berkesan. ‘Kejutan’ yang digembar-gemburkan pemimpin PAS sekadar paluan tin kosong. Sikap PAS yang begitu ‘budget’ (berjimat) bukan saja dilihat dari segi poster dan bendera, malah suasana bilik gerakan kecil di serata tempat yang kebanyakan lengang. Mencalonkan Normala bukan saja satu kesilapan percaturan PAS tetapi mungkin disengajakan untuk ‘menjimatkan’ calon kerana peluang kemenangannya sangat tipis dan calon terbaik parti itu boleh diturunkan ketika pilihan raya umum kelak.

Kelibat tiga kali Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang juga dikatakan membawa padah kerana difahamkan ada ahli dan pemimpin PAS tempatan tidak suka beliau ‘campur tangan’ dengan datang berkempen. Apatah lagi, sebagai sekutu PAS dan DAP, tindakan Ahli Parlimen (PKR) Bagan Serai, N Gobalakrishnan, sehari sebelum pilihan raya kecil turut memalitkan kesan lumpur ke muka PAS.

“Pakatan parti pembangkang carca-marba dan ini memberi kelebihan kepada BN apabila pengundi semakin bijak menilai ketiga-tiganya yang kian kalut dan semakin tidak serasi,” kata Ahmad lagi.

Katanya, faktor lain yang memberi kemenangan bergaya kepada calon BN ialah kemampuan mengetengahkan calon boleh menang serta gerakan jentera kempen termasuk sayap penerangan di bawah kawalan Menteri Besar, Datuk Ghani Othman, seawal hari pertama selepas kematian Datuk Sulaiman Taha.

Selain itu, kemampuan BN mempertahankan dan menjaga kubunya di FELDA Tenang, Chempelak dan Chempelak Barat memberi pulangan berbaloi apabila warganya menyumbang 2,778 undi daripada 6,699 undi keseluruhan. Moral undi ini ialah pengundi FELDA tetap penyokong kuat kerajaan dan parti pembangkang akan terus berusaha merobek Johor kerana 25 peratus kerusi Parlimen ada di situ.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FaktorNajibjadipendorongCinaundiBN/Article)

TERIMA KASIH!...Dua perkataan yang cukup mudah.


Mesir : Apakah terlalu sukar ucap Terima Kasih!

Oleh: ROSLAN BIAN

TERIMA KASIH!...Dua perkataan yang cukup mudah.

Bagaimanapun,ianya terlalu berat untuk keluar dari mulut pemimpin pembangkang terutama PAS dan PKR walaupun mungkin ada anak mereka antara sedang diselamatkan kerajaan Malaysia ekoran insiden tunjuk perasaan anti Hosni Mubarak di Mesir.

Sebaliknya, macam-macam gambaran buruk diberikan ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Luar Kohilan Pillay ,Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail dan Kelab Putera 1 Malaysia yang diketuai Datuk Azeez Abdul Rahim bertungkus lumus dalam Operasi Piramid bagi mengeluarkan segera semua pelajar dan rakyat Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu.

Ini belum masuk bantuan pegawai ATM melalui TUDM, MAS dan Air Asia serta pegawai-pegawai Kementerian Luar.

Peliknya, ada yang sengaja sebar fitnah kononnya kos angkut pulang itu kena tanggung sendiri pelajar atau keluarga mereka sedangkan semua ditanggung kerajaan.

Ada pula marah-marah kerana pelajar itu tidak dibawa terus keluar ke Malaysia sebaliknya transit di Jeddah.

Mereka tidak terfikir berapa belas jam diperlukan bagi satu penerbangnn dari Mesir ke tanah air.

Itu belum ambil kira macam-macam masalah teknikal babitkan kelulusan menggunakan ruang udara jika pesawat tentera digunakan dalam operasi menyelamat tersebut..

Pastinya Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memikirkan semua dengan mendalam sebelum meluluskan operasi besar-besaran bagi memindahkan semua rakyat Malaysia.

Tapi sayang, bila usaha itu datangnya dari kerajaan Barisan Nasional walaupun baik, jarang dihargai pembangkang.

Kerajaan Kedah, Kelantan dan Selangor juga membisu dalam usaha menyelamat ini.

Malah di Selangor, kerajaan PKR sanggup membiayai kos perundangan bagi menyelamatkan Adun Seri Muda Suhami Shaifiei yang akan dihadapkan ke mahkamah Isnin ini atas tuduhan di bawah Akta Hasutan.

Inilah perjuangan pembangkang yan sebelum ini cuba jadi jaguh rakyat dengan kononnya memperjuangkan hak rakyat negara ini tetapi akhirnya tembolok sendiri diutamakan.

Kekecohan di Mesir dan usaha menyelamat rakyat Malaysia dari negara itu memang tidak wajar dipolitikkan seperti kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katannya, yang penting semua rakyat Malaysia selamat.

“Bekalan makanan pun ada, cuma proses pemindahan memang memerlukan tempoh masa sedikit,” katanya.

Beliau berkata arahan perintah berkurung di Kaherah merumitkan usaha untuk membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menghargai usaha kerajaan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia dan tidak mempolitikkannya.

“Saya tahu, ada pemimpin-pemimpin pembangkang mempolitikkan langkah kerajaan dengan mendakwa kita lambat dan sebagainya.

“Kerajaan Mesir yang dalam keadaan kucar kacir tidak mudah untuk respons kepada permintaan Malaysia sahaja kerana terdapat rakyat dari lebih 40 buah negara yang berusaha menyelamatkan rakyat masing-masing,” katanya.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana kerajaan sudah melaksanakan tugas sebaik mungkin mengeluarkan ahli keluarga mereka dari Mesir.

Sebenarnya, tidak sukar mengucapkan terima kasih.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob sendiri pun berat mulut untuk berterima kasih kepada kerajaan kerana usaha menyelamat itu.

Ketika ditanya, apakah terlalu berat mulut untuk pemimpin pembangkang mengucapkan terima kasih atas usaha kerajaan itu, Salahuddin menjawabnya dalam nada seorang pemimpin politik.

“Ini satu inisitif yang memang dharap dan ditunggu rakyat Malaysia. Apapun, kita ucapkan tahniah atas semua pihak yang beri komitmen. Kita harap dapat tingkat usaha kerana kita bimbang berlaku kebuluran apabila makanan tidak dapat dibeli dan mereka tidak dapat kembali ke tanah air. Terima kasih untuk semua,” katanya.

Beliau ditemui selepas demonstrasi menyerahkan memorandum anti Hosni Mubarak ke Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat.

Katanya, PAS turut menghantar wakil dan memberikan derma yang berjaya dipungut sebelum ini.

“ Dalam hal ini saya rasa tidak ada sentimen politik. Tidak ada pelajar puak mana. Yan penting kita selamatkan semua atas semangat kita bersama,” ujarnya.

Salahuddin berharap MAS dan Air Asia meningkatkan juimlah pesawat yang digunakan untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir.

Mungkin ramai nak dengar komen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini. -4/2/2011


(sumber;http://agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

Datuk Seri Jamil Khir Baharom : Mesir: kos pindah pelajar pulang...semua PERCUMA


Mesir: kos pindah pelajar pulang...semua PERCUMA

Oleh: HELME HANAFI DARI KAHERAH

Semua kos pindah balik pelajar di Mesir pulang ke tanahair adalah PERCUMA.Para pelajar tidak akan dikenakan satu senpun bayaran penerbangan dan sebagainya.Ia ditanggong sepenuhnya oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sidang akhbar di Kaherah jam 4 petang Jumaat (waktu Malaysia) kesal dengan fitnah yang disebarkan oleh pihak tertentu mendakwa kononnya para pelajar kena tanggong kos itu.

Katanya dalam waktu yang rumit di negara sedang bergolak dan tidak menentu itu sepatutnya semua pihak harus fokus kepada usaha memindahkan segera semua para pelajar dan rakyat Malaysia sebaliknya sekarang jenuh kena layan jawab fitnah segala macam.

Dalam pada itu rupa-rupanya ada juga para pelajar yang berkeras tidak mahu pulang ke Malaysia. Menyentuh hal ini Jamil menasihatkan ibubapa pelajar berkenaan mendesak anak-anak mereka pulang.

Ini katanya kerana keadaan amat tidak menentu di Mesir sekarang.

Menteri itu berkata bagi para pelajar yang tidak mahu pulang juga soal keselamatan adalah tanggungan mereka sendiri.

Mengenai proses memindahkan pelajar, beliau memberitahu kapal Bunga Mas TLDM mungkin tidak akan digunakan.

Sebaliknya jumlah pesawat ditambah jadi MAS 3 buah, Air Asia 2 manakala TUDM 3.

Katanya hari ini dijangka seramai 3,000 lagi pelajar akan diterbangkan ke Jeddah.

Semalam jumlah yang sudah ke sana ialah 760 orang. - 4/2/2011

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f2e513e6-7f000010-2cbbb200-164a5168)

Dr Mohamad Khir Toyo: PRK Tenang: Satu Pandangan


PRK Tenang: Satu Pandangan
1. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan dan seluruh pembaca blog ini dari kaum Tionghua tidak kira apa pegangan agama mahu pun fahaman politik. Semoga tahun arnab dalam kalendar cina ini akan meberi lebih banyak kemakmuran dan juga mengekalkan keamanan sedia ada.

2. Pilihan raya kecil DUN Tenang menyaksikan Barisan Nasional berjaya meningkatkan majoriti sebanyak 1, 200 undi. Ini merupakan satu aliran kemenangan yang agak memberangsangkan sejak di Batu Sapi dan Galas.

3. Selain itu sokongan pengundi Melayu yang kian bertambah kepada Barisan Nasional harus menjadi isyarat kepada pemimpin Pas bahawa polisi dan perubahan gaya politik mereka yang terlalu liberal dan tunduk kepada DAP akan menjurumuskan parti tersebut kepada satu ruang politik yang terpencil. Tidak mustahil mereka hanya akan menjadi parti yang sekadar membantu kemenangan DAP dan PKR tetapi kerusi dan kuasa sendiri hilang sedikit demi sedikit.

4. Sebahagian besar masyarakat India juga tampak kembali kepada Barisan Nasional menerusi kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya fikir kaum India juga ramai yang mula memahami beberapa isu kontroversi mengenai mereka yang sebelum ini diputarbelitkan dan dimanipulasi oleh pemimpin politik dalam meraih sokongan menjelang pilihan raya umum lalu.

5. Namun saya melihat tidak banyak perubahan dalam sokongan kaum Cina biar pun MCA mendakwa hampir 45% kaum Cina di Labis menyokong Barisan Nasional. Asas dakwaan MCA ialah BN memenangi dua daripada tiga peti undi yang majoritinya pengundi Cina. Namun ketiga-tiga peti undi yang dimenangi oleh BN tersebut mempunyai pecahan kaum yang agak rapat biar pun ia dianggap peti undi majoriti kaum Cina. Kaum Cina hanya sekitar 52-62% sahaja.

6. Berdasarkan arus sokongan Melayu dan India di peti-peti undi lain, maka andaian paling baik ialah kemenangan tipis BN di peti undi Labis dan Labis Timur adalah kerana sokongan orang Melayu dan India. Selain itu generasi muda Cina di Labis yang bekerja di luar tidak pulang ke kampung untuk mengundi kerana tarikh mengundi hampir dengan sambutan tahun baru Cina.

7. Menurut laporan BN hanya menang tipis di peti undi Labis dan Labis Timur. Di Labis kemenangan BN mendapat 380 undi dan Pas mendapat 337 undi. Dalam pilihan raya 2008, BN mendapat 411 dan Pas mendapat 421. Kemenangan kepada BN lebih menjurus kepada faktor undi kepada Pas berkurang lebih banyak dari BN bukannya faktor BN berjaya meningkatkan sokongan.

8. Demikian juga di peti undi Labis Timor, BN berjaya mengekalkan sokongannya pada 699 undi seperti dalam pilihan raya 2008. Namun sokongan kepada Pas merosot dari 740 kepada hanya 632.

9. Keputusan kedua-dua peti undi ini jelas menunujukkan sokongan kaum Cina kepada BN tidak kembali. BN hanya menang kerana faktor pengundi Cina yang menyokong parti lawan tidak keluar membuang undi kerana berada di luar kawasan.

10. Hakikat ini disokong oleh keputusan peti undi di Labis Tengah yang mengandungi hampir 97% pengundi kaum Cina. BN hanya mendapat 380 undi berbanding Pas mendapat 851 undi. Dalam pilihan raya 2008, BN mendapat 504 undi dan Pas 1013 undi.

11. Secara kasarnya, tiada perubahan dalam pola sokongan kaum Cina kepada BN sejak 2008. Saya khuatir kenyataan-kenyataan kononnya kaum Cina kembali menyokong BN akan memakan diri dalam pilihan raya umum akan datang jika pemimpin di atas percaya kepada retorik politik pasca PRK DUN Tenang ini.

12. Berdasarkan aliran sokongan kaum Cina kepada Pakatan di bandar-bandar besar tidak mustahil jurang undi antara BN dan parti lawan akan menjadi lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang apabila ramai pengundi Cina yang bekerja di bandar-bandar besar dan Singapura pulang mengundi.

13. Biarpun kita meraikan kemenangan ini, adalah perlu difahami bahawa jalan untuk mendapat sokongan dalam pilihan raya umum lebih sukar berbanding pilihan raya kecil. Ia jauh lebih sukar apabila kita leka dibuai nyanyian-nyanyian palsu bahawa kaum Cina telah kembali menyokong BN.

14. Setakat ini ramai yang beranggapan sokongan kaum Cina terhadap BN tidak lebih daripada kata pepatah "indah khabar dari rupa." Namun ramai juga berharap mereka jujur untuk terus bersama menyokong kepimpinan Dato Sri Najib dalam melakukan transformasi negara.

15. Sekadar renungan, saya tertanya-tanya mengapa DAP dan MCA begitu bertegang leher mempertahankan siapa yang lebih banyak mendapat sokongan kaum Cina sedangkan kedua-dua mereka banyak mengkritik UMNO apabila membincangkan berasaskan kaum? Apakah laungan tiada perbezaan antara kaum dan sebagainya hanya retorik apabila ia membabitkan orang Melayu?

Posted by Dr Mohamad Khir Toyo at Wednesday, February 02, 2011

AJIB TAK PERNAH SANGKA JADI MB


Khamis, Februari 03, 2011
AJIB TAK PERNAH SANGKA JADI MB

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Abdul Ajib bin Ahmad meninggal dunia di Kuala Lumpur hari ini. Beliau lebih dikenali sebagai bekas MB Johor yang menggantikan Tan Sri Othman Saat pada tahun 1982.

Othman saat digantikan kerana beliau menyokong Ku Li alam pertandingan timbalan presiden uMNo pada tahun 1981 di antara Ku Li dengan Musa Hitam. sebagai ahli parlimen Segamat, Musa marah kerana Pengerusi Perhubungan UMNO Johor tidak menyokongnya dalam pertandingan penting yang menentukan karier politik Musa sebagai TPM.

Beliau tidak pernah sangka akan dilantik MB Johor kerana ketika itu beliau adalah Setiausaha Politik kepada TPM, Datuk Musa Hitam. Pada tahun 1982, Timbalan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk jalal abu bakar telah bertanding di DUN rengit. ramai yang menyangka beliau akan dilantik MB Johor yang baru. Sebaliknya Musa mahu bekas SUPnya dilantik sebagai MB Johor.

Beliau hanya sepenggal menjadi MB Johor.Pada tahun 1986, beliau bertanding kerusi parlimen dan dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri. sebagai bekas SUP Musa, sudah tentu beliau adalah penyokong setia Musa yang menyokong team razaleigh-musa menentang team Dr. mahathir-ghafar dalam pertandingan UMNo pada tahun 1987.

Walaupun beliau menang ahli majlis tertinggi UMNO pada tahun 1987, beliau dipecat dari jawatan menteri. Sejak itu namanya pudar dalam politik. pada tahun 1990 beliau tidak dipilih sebagai calon pailihanraya lagi. sepenggal menjadi MB Johor, beliau tidak sempat melaksanakan pembangunan di negeri itu dan pada tahun 1986, beliau memberi laluan kepada Muhyiddin yassain untuk menjadi MB Johor pula.


Beliau dilahirkan pada 13 september 1947 di Segamat, Johor. Memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar dan bekas penuntut Kolej Kuala Kangsar. Dato’ Ajib melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah B.A. Hons dalam bidang Ekonomi (1971).

Beliau pernah berkhidmat di Kementeria Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato’ Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun 1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliau memenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Disediakan oleh Zabidi Hj Saidi - @ 6:42 PM

(sumber:http://catatanzabidi.blogspot.com/index.html#3461201202240386928)

CHUA GAGAL TARIK UNDI CINA


CHUA GAGAL TARIK UNDI CINA

Nampaknya presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek gagal menarik undi Cina di Tenang. walaupun beliau bekas ahli parlimen Labis, beliau gagal menarik sokongan orang Cina untuk menyokong calon BN.

Jika trend ini berterusan, nampaknya harapan orang Cina untuk melihat Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada pilihanraya umum akan datang pasti tercapai. jadi MCA sudah tidak relevan kepada Barisan Nasional.

BN berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.

Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.

Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.

Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.

Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.

"Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang," katanya.

Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.

Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.

Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN yang berada di dalam dan luar dewan sebelum beliau turut dijulang bagi meraikan kemenangan itu.

Turut meraikan kemenangan Mohd. Azahar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Tenang.

Selain itu, turut hadir meraikan kemenangan BN tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun, Normala dan para pemimpin Pas lain tidak kelihatan di dalam dewan ketika pengumuman itu.

Ketika ditemui kemudiannya, Mohd. Azahar mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi wakil rakyat DUN Tenang.

Menurutnya, beliau akan memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.

Mohd. Azahar juga akan berusaha memastikan setiap janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil ini ditunaikan secepat mungkin.

"Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.

Disediakan oleh Zabidi Hj Saidi - @ 11:10 AM

(sumber;http://catatanzabidi.blogspot.com/index.html#9206637829441442849)