Saturday, February 5, 2011

TERIMA KASIH!...Dua perkataan yang cukup mudah.


Mesir : Apakah terlalu sukar ucap Terima Kasih!

Oleh: ROSLAN BIAN

TERIMA KASIH!...Dua perkataan yang cukup mudah.

Bagaimanapun,ianya terlalu berat untuk keluar dari mulut pemimpin pembangkang terutama PAS dan PKR walaupun mungkin ada anak mereka antara sedang diselamatkan kerajaan Malaysia ekoran insiden tunjuk perasaan anti Hosni Mubarak di Mesir.

Sebaliknya, macam-macam gambaran buruk diberikan ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Luar Kohilan Pillay ,Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail dan Kelab Putera 1 Malaysia yang diketuai Datuk Azeez Abdul Rahim bertungkus lumus dalam Operasi Piramid bagi mengeluarkan segera semua pelajar dan rakyat Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu.

Ini belum masuk bantuan pegawai ATM melalui TUDM, MAS dan Air Asia serta pegawai-pegawai Kementerian Luar.

Peliknya, ada yang sengaja sebar fitnah kononnya kos angkut pulang itu kena tanggung sendiri pelajar atau keluarga mereka sedangkan semua ditanggung kerajaan.

Ada pula marah-marah kerana pelajar itu tidak dibawa terus keluar ke Malaysia sebaliknya transit di Jeddah.

Mereka tidak terfikir berapa belas jam diperlukan bagi satu penerbangnn dari Mesir ke tanah air.

Itu belum ambil kira macam-macam masalah teknikal babitkan kelulusan menggunakan ruang udara jika pesawat tentera digunakan dalam operasi menyelamat tersebut..

Pastinya Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memikirkan semua dengan mendalam sebelum meluluskan operasi besar-besaran bagi memindahkan semua rakyat Malaysia.

Tapi sayang, bila usaha itu datangnya dari kerajaan Barisan Nasional walaupun baik, jarang dihargai pembangkang.

Kerajaan Kedah, Kelantan dan Selangor juga membisu dalam usaha menyelamat ini.

Malah di Selangor, kerajaan PKR sanggup membiayai kos perundangan bagi menyelamatkan Adun Seri Muda Suhami Shaifiei yang akan dihadapkan ke mahkamah Isnin ini atas tuduhan di bawah Akta Hasutan.

Inilah perjuangan pembangkang yan sebelum ini cuba jadi jaguh rakyat dengan kononnya memperjuangkan hak rakyat negara ini tetapi akhirnya tembolok sendiri diutamakan.

Kekecohan di Mesir dan usaha menyelamat rakyat Malaysia dari negara itu memang tidak wajar dipolitikkan seperti kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katannya, yang penting semua rakyat Malaysia selamat.

“Bekalan makanan pun ada, cuma proses pemindahan memang memerlukan tempoh masa sedikit,” katanya.

Beliau berkata arahan perintah berkurung di Kaherah merumitkan usaha untuk membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menghargai usaha kerajaan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia dan tidak mempolitikkannya.

“Saya tahu, ada pemimpin-pemimpin pembangkang mempolitikkan langkah kerajaan dengan mendakwa kita lambat dan sebagainya.

“Kerajaan Mesir yang dalam keadaan kucar kacir tidak mudah untuk respons kepada permintaan Malaysia sahaja kerana terdapat rakyat dari lebih 40 buah negara yang berusaha menyelamatkan rakyat masing-masing,” katanya.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana kerajaan sudah melaksanakan tugas sebaik mungkin mengeluarkan ahli keluarga mereka dari Mesir.

Sebenarnya, tidak sukar mengucapkan terima kasih.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob sendiri pun berat mulut untuk berterima kasih kepada kerajaan kerana usaha menyelamat itu.

Ketika ditanya, apakah terlalu berat mulut untuk pemimpin pembangkang mengucapkan terima kasih atas usaha kerajaan itu, Salahuddin menjawabnya dalam nada seorang pemimpin politik.

“Ini satu inisitif yang memang dharap dan ditunggu rakyat Malaysia. Apapun, kita ucapkan tahniah atas semua pihak yang beri komitmen. Kita harap dapat tingkat usaha kerana kita bimbang berlaku kebuluran apabila makanan tidak dapat dibeli dan mereka tidak dapat kembali ke tanah air. Terima kasih untuk semua,” katanya.

Beliau ditemui selepas demonstrasi menyerahkan memorandum anti Hosni Mubarak ke Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat.

Katanya, PAS turut menghantar wakil dan memberikan derma yang berjaya dipungut sebelum ini.

“ Dalam hal ini saya rasa tidak ada sentimen politik. Tidak ada pelajar puak mana. Yan penting kita selamatkan semua atas semangat kita bersama,” ujarnya.

Salahuddin berharap MAS dan Air Asia meningkatkan juimlah pesawat yang digunakan untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir.

Mungkin ramai nak dengar komen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini. -4/2/2011


(sumber;http://agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

2 comments:

Anonymous said...

KALAU TERIMA KASIH PUN SUSAH NAK DI-SEBUT.

KESIMPULAN NYA ORANG-ORANG INI SEBENAR NYA TIDAK MENGENAL AGAMA ISLAM LALU TIDAK PERNAH MENSYUKURI NIKAMAT YANG ALLAH TELAH KURNIAKAN KEPADA MEREKA.

SESUAI FIRMAN ALLAH " BERBUAT BAIKLAH KEPADA KEDUA ORANG TUA KAMU DAN BERSYUKUR LAH KEPADA ALLAH ATAS SEGALA NIKMAT YANG TELAH DI-KURNIAKAN KEATAS KAMAU.

"FABBI AYYII ALA IRABBIKUMA TUKAZIBAN"

MASIH NAK DUSTAKAN LAGI ?

INSAF...INSAF..INSAF..LAH WAHAI INSAN ALLAH SEMUA.

Anonymous said...

Orang orang macam puak puak parti anutan syaitan ni mana tahu berterima kasih sedangkan Allah swt yang menjadikan mereka, mereka berani menjual kalimah Allah swt dan tidak bersyukur inikan pula kerajaan Malaysia yang menolong mengeluarkan anak anak mereka?