Friday, March 25, 2011

Harian Metro: Kopi campur gelatin babi

Kopi campur gelatin babi
Oleh Mary Victoria Dass dan Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

(sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Kopicampurgelatinbabi/Article)

6 comments:

Anonymous said...

Tolong nyatakan premis perniagaan tu. Macamana orang nak tahu!

Anonymous said...

ANON 8:33.
mereka mana berani dedahkan nama premis tersebut...
mereka lebih takut kena saman dari takut kepada ALLAH.
inilah yang dinamakan buat kerja separuh jalan.
heboh mengatakan itu ada babi...ini ada babi...itu haram ini haram.
lepas itu nasihatkan pengguna supaya hati2 mengunjungi premis berkenaan.
apakah pengguna harus bertanya pada pemilik premis tersebut samada produk mereka halal atau haram sebelum makan/minum.
apakah pemilik premis ini akan kata "lu jangan makan/minum sini,kita punya tak halal"
kalau ada yang kata begitu...aku rasa dia betul2 dekat nak mampos.
bangang betul pegawai2 yang menasihat ini.
apakah setiap pengguna harus membeli mesin pengesan halal/haram dan usung kesana kemari demi mencari produk halal?.
buatlah kerja cara islam..
kalu dah pasti premis atau produk itu tak halal maka umumkan.
setakat siar dalam website rasmi jabatan tak ada faedahny.
berapa ramai rakyat yang mampu dan mempunyai akses kelaman web tersebut.
mereka takut disaman..kepada ALLAH tak takut pula..
maklum lah sekarang ni ugama lain pun dah ada ALLAH.
mungkin pegawai2/penguatkuasa jabatan ugama sekarang bertuhankan allah yang diguna pakai olih kristian.budha,hindu dan lain2 ugama di malaysia.
balasan dari ALLAH diAKHIRAT MEREKA TAK TAKUT.
MAHKAMAH DUNIA YANG MEREKA UTAMAKAN
inilah berlaku jika bekerja hanya untuk dapat gaji..dosa pahala tolak tepi.

"telan apa saja..asal jangan mati"

ezz said...

kluang rail coffee bro...base pd ape yg sy bc lah...owner cina n pekerja melayu...de kate de teraniya jugak sbb de xtau pembekal bg cofee bergeletin babi 2...tp pape pun tggungjawab de untuk memastikan..coz de owner kedai n pelanggan byk islam..unacceptable reason

Unknown said...

"maklum lah sekarang ni ugama lain pun dah ada ALLAH" tu bg org yg tak faham langsung ugama org lain. "Budha" bermaksut "ilmu yg suci dan setinggi-tingginya tanpa bandingan". Budha bukan "Tuhan", org biasa sembahyang depan patung tu sememangnya bukan betul sangat. Sepatut bukan sembahyang patut belajar ilmu tu.

Metro tak siarkan sebab ta ada report yang sepenuh. Lagi2 takut kena bawa ke mahkamah kena bayar ganti rugi nanti kalau maklumat ada kesilapan.

Anonymous said...

anon March 25, 9.29
betul ckp lu bro...Wahai Orang2 yg Berwajib laksanakanlah tugas mu dengan seamanah2nya, jgn takut kena saman tp takut Allah.
Dewasa ini umat Islam perlukan sesuatu yg tepat tanpa ada yg berselindung di sebaliknnya.Jika Halal kata Halal, jika tidak nyatakan dengan jelas, jgn bekerja sekadar 'melepaskan batuk ditangga'.

Unknown said...

SALAM,
SUNGGUH DAHSYAT NI! APA NAMA RESTOREN TU? KALAU DAH PELANGGAN MAJORITI ORANG ISLAM, MENGAPA MEREKA NI BERSIKAP MACAM BUKAN MANUSIA NI? KITA BOYCOTT JE !