1Malaysia, 1Israel: Apa yang kalut sangat?
Oleh Zaini Hassan
MARAHKAH Anwar Ibrahim apabila 1Malaysia dikaitkan dengan 1Israel? Mengapa beliau sensitif sangat? Dalam dunia tanpa sempadan sekarang macam-macam idea boleh menjadi sama. Apa yang peliknya? Ketua pembangkang (yang ikut buku sudah patut turun kerusi) mempertikaikan gagasan itu yang dikaitkannya dengan slogan negara Yahudi tersebut.
Samakah konsep di Malaysia dengan negara Yahudi itu? Di Israel, ia hanya mengiktiraf satu bangsa sahaja iaitu Yahudi yang agung. Anwar takkan tidak tahu perkara ini, kan beliau mempunyai ramai rakan berpengaruh dari keturunan itu.
Mengapa secara tiba-tiba beliau mahu mempertikaikannya? Jika idea itu bagus - apa salahnya kita pakai. Israel marahkah kita guna slogan itu? Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan umatnya supaya menimba ilmu dari mana-mana tempat sekali pun asalkan ia boleh memberi manfaat kepada umatnya.
Kita belajar ilmu fizik dari orang Yahudi, Einstein. Malah orang Iran yang membina reaktor nuklear pun perlu belajar ilmu itu. Jadi, apa yang hairan sangat.
Seperti yang semua kita sedia maklum, Anwar membangkitkan isu itu hanya semata-mata mahu mencabar minda orang Melayu Islam di Malaysia supaya membenci pemerintah. Israel dan Yahudi memang menjadi tabu - ketakutan, kebencian - orang Melayu Islam di negara ini. Seorang kenalan berbangsa Amerika pernah memberitahu saya bagaimana hasratnya mahu memperisterikan seorang gadis Kelantan gagal setelah keluarga gadis itu di saat-saat akhir mengetahui dia seorang berketurunan Yahudi. Akhirnya dia membawa diri ke Filipina dan mengahwini gadis di sana. Mereka hidup aman damai di New York hingga ke hari ini.
Jadi untuk membangkitkan rasa benci mereka kepada kerajaan kaitkan apa-apa saja dengan Yahudi atau Israel, pasti orang Melayu Islam akan marah.
Anwar kan bijak dengan perang sarafnya. Psy-warnya, atau dalam bahasa mudah ilmu putar-belitnya, memang hebat. Semua orang mengiktiraf kehebatannya dengan permainan itu. Ingat lagikah dengan isu pendakap leher, isu racun arsenik dan lain-lain..?
Oleh itu, apa yang kalut sangat di Parlimen itu. Orang kita, termasuk para pemimpin kerajaan cukup kalut apabila Anwar membangkitkan soal-soal macam ini. Mereka cukup cepat merasa defensif atau mengalah.
Sepatutnya, baguslah Anwar membangkitkan isu itu. Sekurang-kurangnya beliau sudah secara tidak langsung mengakui pengaruh yang ada pada 1Malaysia itu.
1Malaysia pun yang pada mulanya disangsi oleh banyak pihak termasuk mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, kini diterima sebagai satu gagasan yang bijak. Orang Cina dan India menerima gagasan itu dengan senang hati.
Pakatan pembangkang melihat 1Malaysia sebagai musuhnya. Mereka sebenarnya takut dengan gagasan itu dan sedang berusaha keras mahu memecahkannya.
Mereka tahu kekuatan yang hanya boleh mereka capai ialah apabila orang Cina dan India membenci orang Melayu. Orang Melayu membenci orang Melayu; orang Melayu membenci orang Cina dan India; dan orang India membenci orang Melayu dan Cina. Serta, orang Iban membenci orang Bidayuh; orang Sarawak membenci orang Semenanjung dan Sabah.
Itulah yang mahu dilihat oleh pakatan pembangkang yang masih diketuai oleh Anwar. Bencinya rakyat kepada kerajaan, bermakna kemenangan kepada mereka.
Oleh itu, jangan jadi kalut tak tentu pasal.
Cuit diiktiraf...
TERIMA Kasih kepada Kelab Wartawan Malaysia (NPC) kerana memberi pengiktirafan kepada penulis sebagai Wartawan Terbaik 2010 NPC dalam satu majlis, malam Jumaat 19 Mac lalu.
Ia menandakan Cuit diiktiraf oleh rakan-rakan wartawan sebagai wadah kontroversi yang membina. Itupunlah tujuan tulisan ini dibentuk. Ia mahu membuka minda pembaca kepada satu dimensi baru dunia kewartawanan arus perdana, dengan menyuntik daya berfikir secara kritis tanpa rasa bimbang dan terhutang budi.
Selagi situasi membenarkan, tulisan ini akan terus mencuit, insya-Allah.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm&arc=hive)
Tuesday, April 13, 2010
Sunday, April 11, 2010
Apalah berbanding dengan hubungan Anwar dan Yahudi Zionis?

The Unspinners: Apalah berbanding dengan hubungan Anwar dan Yahudi Zionis?
Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv.
Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media.
Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita.
Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut:

Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, kepakaran dan pengaruh untuk mencapai hasrat politiknya. Bila Anwar bergantung kewangan dan sudah di "beli" mereka, dia tidak boleh lari dari menjuangkan agenda mereka.
Mereka hingga membantu kempen politik Anwar...

Belum apa-apa kita lihat bagaimana body sudah terjual, roh agama pun turut tergadai.

Dr Md Nur Manury, atas sebab kuasa dan kesetiakawanan, sanggup gadaikan maruah Islam dan nama Allah. Padahal Islam membenarkan perbedaan dalam amalan Islam mengikut kesesuaian sesuatu tempat asalkan tauhid tidak lari.
Bila Anwar naik, adakah dia boleh tahan kehendak kebebasan berugama kepada orang Islam yang dijuangkan oleh pihak Bani Israel dan Kafirun untuk melemahkan kekuatan budaya Islam dalam masyarakat Melayu?
Pasti tidak.
Mari kita bandingkan. Hubungan kerajaan dengan Yahudi boleh dianggap tidak disengajakan atau tersilap. Tetapi hubungan Anwar dengan Yahudi adalah Yahudi jenis Zionis dan disengajakan.
Manakala hubungan kerajaan dengan Yahudi adalah antara pelanggan dan firma. Hubungan Anwar dengan Zionis ini hubungan pergantungan.
Mana satu yang membahayakan?
Jawapannya jelas. Tak perlu berhelah dan putarbelit. Tak payah tunjuk bodoh.
Posted by The Unspinners at 8:29 PM
(sumber;http://theunspinners.blogspot.com/2010/04/apalah-berbanding-dengan-hubungan-anwar.html)
KARPAL & GOBIND ANTI ISLAM? BETUL KE?!

Kenapa Karpal Singh dan anaknya begitu anti kepada Islam sehingga mengeluarkan statement "Over my dead body" apabila PAS berkokok mengatakan mereka ingin mendirikan sebuah negara Islam?
Rupa-rupanya, Karpal Singh ini bernostalgia kisah lama semasa tahun 1636 -1646 apabila Kerajaan Islam yang dipimpin Shah Jahan (yang membina Taj Mahal) telah berjaya mengalahkan tentera Sikh.
Peristiwa ini menjadi sejarah paling hitam bagi golongan Sikh kerana mereka telah kalah dgn teruknya dalam perang yang dimulakan oleh kebiadapan mereka kepada kerajaan Islam.
Nampaknya Karpal Singh masih lagi bernostalgia sejarah lama apabila begitu anti dengan sebuah negara Islam. Meskipun negara Islam Malaysia tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan Islam Shah Jahan di India.
Tetapi itulah, kalau bangsa lain bernostalgia tak mengapa, dibenarkan tapi kalau bangsa Melayu sudah tentu dikenakan tindakan.
Posted by Media Cyber at 12:02 AM
(sumber;http://unitmediasiber.blogspot.com/2010/04/karpal-gobind-anti-islam-betul-ke.html)
Friday, April 9, 2010
PRK Hulu Selangor: Bilik Gerakan MCA Batang Kali dikacau Majlis Daerah
Friday, April 9, 2010
PRK HS: Bilik Gerakan MCA Batang Kali dikacau Majlis Daerah
Terkini, di DUN Batang Kali.
Semua banner yang mempromosikan BN semuanya diturunkan, bendera2 di pejabat parti kompenan BN diarahkan oleh Majlis Daerah supaya diturunkan.

Setakat ini bilik gerakan UMNO baru dalam peringkat pentadbiran dan belum beroperasi sepenuhnya. Itu pun nak dikacau.
Padahal promosi untuk Pakatan Rakyat dibiarkan. Bilik2 gerakan PR lebih hidup jika dibandingkan dengan komponen BN. Pengisian2 telah dilakukan oleh PR.
Sambil itu, arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri mengarah semua ahli Majlis dan Ketua Kampung ambilalih semua balai raya dan dewan orang ramai untuk diguna oleh PKR saja bagi PRK Hulu Selangor.
Ini baru kita nampak bagaimana kerajaan negeri mengguna kuasa untuk memenangi pilihanraya kecil ini.
Dikhabarkan Menteri Besar sudah memindahkan pejabat ke pejabat Daerah Hulu Selangor untuk memudahkan arahan2 spontan dikeluar dan dijalankan.
Ini menimbulkan persoalan bahawa pegawai SPR yang merupakan Pegawai Daerah kini berada satu pejabat dengan Menteri Besar.
Posted by The Unspinners at 11:34 AM

Khalid rasuah pengundi Cina di Hulu Selangor

Khalid rasuah pengundi Cina di Hulu Selangor
Khalid rasuah pengundi Cina dengan tanah
Mungkin menyedari kaum Cina sangat mementingkan pendidikan, terutama yang berkaitan dengan budaya dan kepentingan kaum mereka, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor telah MENGHADIAHKAN tanah tambahan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Rasa, Hulu Selangor dalam usaha meraih sokongan dan mengecek undi kaum berkenaan.
Sebelum itu, Khalid Ibrahim atas kapasitinya selaku Menteri Besar telah pun BERLAKON menyerahkan geran-geran tanah kepada peneroka-peneroka dengan ANDAIAN bakal pengundi Hulu Selangor TIDAK TAHU bahawa geran tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu.
Pentadbiran Khalid hanya menyerahkan geran tersebut sebagai umpan pilihanraya sekalipun kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinannya tidak PERNAH MELULUSKAN sebidang tanah pun kepada orang Melayu sepanjang 2 tahun berkuasa, melainkan mengambil nama daripada usaha kerajaan negeri sebelum Mac 2008.
Sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat lebih banyak meluluskan permohonan tanah daripada kaum Cina dan India sama ada untuk tujuan komersial, pendidikan mahupun keagamaan.
Pada masa yang sama, untuk mengambil hati pengundi-pengundi Melayu pula, Khalid Ibrahim akan membentangkan KERTAS PUTIH bagi tujuan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku kepada YAYASAN BASMI KEMISKINAN yang rata-ratanya membantu golongan miskin dan yatim piatu tanpa mengira kaum
Posted by TAIPINGMALI (TM) at 10:18 PM
Berhujah, berjuang tentang hak Melayu
Berhujah, berjuang tentang hak Melayu
Berkeris tajam berlidah petah
Memiliki pula emas tempawan
Sempurnalah syarat untuk berhujah
Pertahankan warisan tergadai jangan
1.0 ANTARA pelbagai isu yang disentuh oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu merasmikan mesyuarat agung pertama Perkasa di Dewan Tun Razak 1, PWTC 27 Mac lalu, pada hemat saya dua perkara perlu diberi perhatian khas. Pertama "pengakuan" (sindiran?) beliau bahawa "orang Melayu kurang pandai berhujah" untuk mempertahankan haknya.
2.0 Kedua, beliau menyarankan supaya satu kajian yang menyeluruh dilakukan untuk mengetahui kedudukan sebenar bangsa Melayu dari segi pemilikan harta dan sumber-sumber ekonomi serta kemudahan-kemudahan sosial yang lain.
3.0 Kata Tun Mahathir sebagaimana saya catat verbatim: "Marilah kita buat perhitungan (auditing) apa yang telah dimiliki oleh orang Melayu berbanding apa yang dimiliki oleh bukan Melayu. Kita buat satu study tentang kedudukan orang Melayu."
4.0 Mengenai kekurangan upaya orang Melayu untuk berhujah itu, dengan nada bergurau Tun Mahathir menyindir: "Kes (perbicaraan) mahkamah sesama orang Melayu pun kadang-kadang terpaksa bergantung kepada peguam-peguam bukan Melayu."
5.0 Secara tidak langsung beliau menyatakan bahawa dalam percaturan politik antara kaum di negara ini sekarang, bila ada pihak lain menuduh Melayu dengan pelbagai tuduhan, jawapan yang diberikan oleh orang Melayu terhadap tuduhan-tuduhan itu tidaklah begitu jitu.
6.0 Demikian pula, bila ada pihak-pihak tertentu yang membuat tuntutan-tuntutan yang "melampau dan biadab", reaksi orang Melayu lebih banyak berasaskan emosi daripada hujah rasional yang padat.
7.0 Walaun pun tidak disebut secara eksplisit oleh Tun Mahathir, pada pendapat saya adalah lebih menyayat (menjijikkan?) lagi bila di kalangan sesetengah "bijak pandai" Melayu sendiri sejak akhir-akhir ini sudah menjadi satu "kebanggaan" untuk mengutuk dan menggodam bangsa sendiri atau memperlekeh dasar-dasar tertentu yang dianggap menguntungkan Melayu tanpa pemahaman yang mendalam tentang latar belakang dan rasional dasar berkenaan.
8.0 Isu "orang Melayu kurang pandai berhujah" itu ditimbulkan oleh Tun Mahatir sewaktu merujuk kepada dilema orang Melayu sekarang yang seakan-akan "tidak ada tempat mengadu." Di satu pihak, UMNO yang selama ini dianggap tempat bergantung dan tempat berlindung, semenjak pilihan raya yang 2008 dilihat sebagai berada dalam keadaan yang "lesu" dan "bermasalah".
9.0 Saya sendiri melihat, selain daripada masalah "dalaman", kelesuan UMNO itu juga berpunca daripada "kerenah" parti-parti komponen Barisan Nasional yang memberi tempias-tempias negatif kepada UMNO.
10.0 Demikianlah seperti dilihat oleh Tun Mahathir, di satu pihak semenjak akhir-akhir ini orang Melayu masih berharap kepada UMNO tetapi kerana pelbagai sebab, harapan itu tidak terpenuhi seperti di masa-masa lalu. Manakala di satu pihak yang lain, orang Melayu juga sudah tidak boleh berharap kepada Pas, apa lagi PKR, kerana kedua-dua parti itu sekarang adalah ibarat "tukang pancing yang telah dilarikan ikan." Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan tongkat, tongkat membawa rebah.
11.0 Kesimpulannya, sementara menunggu "pemulihan" parti-parti politik Melayu itu (semoga UMNO akan perkasa kembali dengan segera dan Pas akan segera pula insaf atas pelbagai kesilapannya) peranan memperjuangkan kepentingan dan hak Melayu itu, perlu diambil alih (diperlengkap dan diperkasakan) oleh badan-badan sukarela bukan politik (NGO). Sehubungan itulah, Tun Mahathir melihat peranan penting itu boleh dimainkan oleh Perkasa di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali.
12.0 Beliau kagum terhadap sokongan yang diberikan masyarakat Melayu kepada Perkasa dan Tun Mahathir menafsirkan sokongan itu sebagai pernyataan harapan agar Perkasa sebagai satu NGO memberi perhatian terhadap keterhakisan politik Melayu.
13.0 Dalam konteks ini Perkasa perlu dilihat sebagai hulubalang untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan juga sebagai jurubicara untuk berhujah mempertahankan hak dan kepentingan Melayu yang sedang digugat dengan hebatnya.
14.0 Dalam jargon atau istilah political science, Perkasa dapat dianggap sebagai satu structure yang berfungsi melakukan interest articulation iaitu satu badan (struktur) yang berfungsi mengenal pasti dan menyuarakan kepentingan bangsa Melayu.
15.0 Untuk dapat berfungsi secara berkesan memikul beban berat tersebut, tentu sahaja Perkasa memerlukan pelbagai sumber: sumber kepimpinan dan organisasi, sumber intelektual dan wang ringgit. Pada masa ini, Perkasa barang kali lebih tertonjol sebagai satu "gerakan massa" (mass movement) untuk membangkitkan kesedaran dan menggembleng semangat.
16.0 Tidak kurang pentingnya ialah bagi Perkasa berfungsi sebagai pembentuk pendapat awam (opinion maker) dengan memanfaatkan sumber intelektual sebanyak mungkin. Mengambil iktibar daripada saranan Tun Mahathir, jika kita hendak mengadakan "kajian tentang kedudukan bangsa Melayu", kajian itu mestilah dibuat berdasarkan kepakaran dan sumber intelektual serta ilmu pengetahuan. Perkasa juga perlu "berkeris tajam" (berani) dan mempunyuai "emas tempawan" (sumber kewangan).
17.0 Dengan perkataan lain, pelbagai sumber itulah yang akan memberi daya tahan (resilience) dan "istiqamah" kepada Perkasa untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan berhujah mempertahankan hak Melayu.
Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah
ialah Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Labels:
MELAYU,
perkasa,
senator datuk dr firdaus abdullah
Kadir Jasin: Letak Calon MIC Silap Besar BN Di Hulu Selangor
.jpg)
Kadir Jasin: Letak Calon MIC Silap Besar BN Di Hulu Selangor
Sistem kuota yang diamalkan oleh Barisan Nasional dalam pembahagian kerusi berkemungkinan menjejaskan peluangnya untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor.
Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan The News Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin walaupun media mewar-warkan bahawa populariti Umno kini kembali pulih dan sokongan kaum Cina bertambah mantap kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun keputusan tidak memihak kepada calon Melayu atau Cina untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor.
"Semua indikasi menunjukkan kerusi ini akan sekali lagi diberi kepada MIC, parti yang paling kecil dan lemah dalam gagasan BN pada peringkat federal yang secara kebetulan kalah kepada PKR dalam pilihan raya umum 2008.
"Inilah dilemma BN yang mungkin akan mengorbankan kerusi ini sekali lagi. Bukan sahaja MIC parti yang terkecil dalam kumpulan parti asal di Semenanjung, bahkan ia juga mempunyai pengikut paling sedikit di Hulu Selangor," kata Kadir dalam catatan blognya Isnin lalu.
Kawasan Parlimen tersebut didominasi oleh penduduk Melayu yang merangkumi hampir 54 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 63,000 orang, diikuti oleh pengundi Cina (26.7 peratus) dan India (19 peratus).
Spekulasi yang berlegar ialah calon BN yang kalah iaitu Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC akan dipilih menjadi calon.
"Seorang yang dianggap baik tetapi hubungan rapat beliau dengan presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu, juga tokoh dari MIC yang kalah teruk dalam PRU 2008, dilihat sebagai satu liabiliti.
"Meletakkan calon India di yang mempunyai kawasan majoriti Melayu serta komuniti Cina yang besar, dan di mana Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat akan menampilkan seorang calon Melayu, akan hanya melemahkan peluang BN untuk mengambil balik kerusi tersebut," jelas Kadir.
Kerusi Hulu Selangor kosong berikutian kematian wakil KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mach.
Pada PRU 2008 Zainal Abidin mengalahkan Palanivel dengan majoriti tipis sebanyak 198 undi. Beliau mendapat 23,177 undi berbanding Palanivel yang memperolehi 22,979 undi.
"Samada Umno atau the BN tidak berani mengakui bahawa kekalahan kerusi itu disebabkan undi protes pengundi Melayu terhadap Umno yang ketika itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketidakpuasan hati terhadap calon India yang dipilih.
"Demonstrasi besar-besaran oleh pertubuhan haram, Hindraf yang mendakwa penindasan ke atas kaum India serta reaksi MIC telah menyebabkan kemarahan orang Melayu. Akibatnya majoriti calon MIC termasuk Samy Vellu, kecundang dalam pilihan raya," kata beliau lagi.
Tambah Kadir, kelompok Melayu yang tidak berpuas hati tersebut mungkin tekah kembali menyokong Umno di bawah Najib seperti mana yang dicanangkan oleh parti itu.
Persoalannya adakah mereka akan mengundi BN di Hulu Selangor sekiranya gagasan itu masih diwakili oleh MIC?BN kalah kerusi tersebut pada PRU 2008 disebabkan protes oleh penyokong Umno.Mereka juga bencikan pentadbiran Abdullah dan terguris akibat protes kaum India pada 2007 kata pengarang veteran itu.
"Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor mengatakan segalanya. Peratusan keluar mengundi adalah rendah - hanya 75.24 peratus - dan bilangan undi rosak dan ditolak adalah tinggi – 1,689 - menunjukkan elemen protes yang kuat.
"Saya tidak fikir pandangan dan perasaan ahli dan penyokong Umno terhadap MIC telah berubah kepada suatu yang positif. Mereka masih tidak yakin mengenai kekuatan MIC kerana tampuk pimpinan parti masih kekal dan tidak banyak berubah. Samy Vellu masih kekal berkuasa sementara pada waktu yang sama Umno dan MCA telah melalui proses pertukaran kepimpinan.
"Tambah lagi kesetiaan pengundi India berbelah bagi dengan begitu banyak parti politik dan NGO India berebut-rebut untuk mendapatkan sokongan kaum itu.
"Keputusan PRU 2008 jelas menunjukkan majoriti pengundi India berpihak kepada KEADILAN-DAP-Pakatan Rakyat," ujar Kadir dalam analisis beliau.
Menurut Kadir lagi, terdapat parti berasaskan kaum India lain yang kecil - samada yang menyokong BN atau sebaliknya - seperti PPP, IPF, MIUP, Makkal Sakti, Mindraf, Kimma dan Parti Punjabi Malaysia.
"Jadi, sementara meletakkan calon MIC mungkin dilihat selari dengan semangat BN dan untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri dikalangan kaum India, langkah ini dianggap amat payah untuk meyakinkan pengundi Melayu dan Cina untuk menyokong calon kaum India yang berkemungkinan gagal untuk memobilisasi sokongan dari komunitinya sendiri.
"Oleh itu sekiranya KEADILAN-Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerusi itu bukan kerana mereka kuat tetapi disebabkan BN masih belum pulih sepenuhnya. Sistem kuota yang masih digunakan dalam pembahagian kerusi antara parti komponen untuk membantu parti minoriti akan menjadi beban kepada BN," kata Kadir.
Kata Kadir Pakatan Rakyat juga mempunyai masalah mereka tersendiri, terutamanya KEADILAN yang tercalar imejnya akibat tindakan melompat parti oleh tiga daripada 31 Ahli Parlimennya.
"Kita mungkin akan melihat ulang tayang tindakan protes oleh pengundi Melayu terhadap BN kerana memilih untuk meletakkan calon yang salah," kata beliau. -SK
(sumber;http://greenboc.blogspot.com/2010/04/kadir-jasin-letak-calon-mic-silap-besar.html)
MSO:Apabila Sejarah Tidak Lagi Bebas Untuk Dibaca
Sebelum Diulik Mimpi
MSO:Apabila Sejarah Tidak Lagi Bebas Untuk Dibaca
SEJARAH tidak lagi relevan dan tidak boleh dibaca oleh pemimpin Umno. Hatta sejarah yang mereka sediri lakarkan ia tidak boleh dibaca. Kalau membaca sejarah menyebabkan seseorang itu akan dihukum. Apakah Umno bercadang untuk membuang segala sejarahnya sendiri? Lebih lanjut pelajaran sejarah di sekolah, khsusnya sejarah perpaduan, atau mengenai bagaimana orang-orang asing datang ke negara ini akan dipotong dan dibakar?
Sedikit masa lagi akan berlaku phobia takut kepada sejarah. Pemimpin Umno akan menjadi kecut perut untuk bercakap mengenai masa lampau. Mulut mereka akan dijaga supaya tidak seskekali menyebut sejarah dan tawarikh negara.
Kenapa tidak, kalau mereka membaca sejarah, mengungkitkan kejadian silam menyebabkan mereka akan menerima padah. Lebih parah lagi mereka akan diminta supaya memohon maaf secara terbuka. Lebih menakutkan lagi mereka akan dikenakan tindakan oleh Umno hingga menggantung keahliannya dan hilang jawatan.
Hari ini giliran Menteri Pertanian, Noh Omar pula telah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana beliau bercakap fasal sejarah apabila memetik kata-kata bekas pemimpin MCA dan MIC, Sambanthan dan Tan Siw Sin bertujuan untuk menguatkan lagi perpaduan. Rupa-rupanya membaca sabda pemimpin terdahulu tidak boleh!
Maksud kepada petikan itu, Noh berkata orang India dan China harus berterima kasih kerana diberi kewarganegarawaan. Ucapan Noh itu dipertikaikan oleh ahli parlimen Puchong, Govind Singh Deo. Apa tidak benarnya. Orang Cina dan India yang datang ke negara ini yang mulanya sebagai pendatang harus berterima kasih atas kemurahan Malaysia memberi kewarganegaraan kepada mereka. Ini adalah fakta yang bukan direka-reka.
Apalah jadahnya Noh sampai beliau kena mohon maaf kepada orang Cina dan India dengan petikan itu. Bukankah apa yang beliau baca dan petikan itu adalah kata-kata pemimpin India dan Cina sendiri? Salahkah?
Pada saya sedikit pun tidak salah. Dan paling mendukacitakan lagi kenapa Noh harus memohon maaf. Kalau apa yang kita kata benar tidak perlu kita memohon maaf. Tanda-tanda kedayusan Melayu dalam Umno semakin jelas dan nyata. Kita tidak tahu kalau Umno sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) sendiri dayus apalah dengan Melayu dalam parti-parti lain.
Sebelum ini sudah dua orang pemimpin Umno yang dikenakan tindakan kerana membaca sejarah. Datuk Ahmad Ismail di Penang dan Nasir Safar, setiausaha perdana menteri sendiri. Mereka dikenakan tindakan, dan Nasir terpaksa melepaskan jawatan kerana sejarah yang diungkitknya menimbulkan kemarahan orang Cina.
Rasanya tindakan Umno itu tidak betul. Sebaliknya dengan cara berlembut begitu ia memberi muka kepada pihak tertentu. Dalam hidup ini kalau tidak berpandukan kepada sejarah, kepada apa lagi yang hendak dijadikan panduannya? Apakah kepada dongengan dan hikayat yang berupa mitos?
Dalam konteks ini Umno jangan ikut parti-parti lain. Sebagai parti yang memperakui pejung Melayu, Umno harus berpegang kepada sejarah sepanjang masa. Sejarah adalah panduan, sejarah adalah benteng dan sejarah adalah timbang tara kita. Kalau sejarah dibuang ini bermakna semua bangsa dan kaum di negara ini sama saja sebab ia berpandukan kepada sejarah ciptaan baru yang bermula selepas 1957.
Apa yang kita kena ingat bangsa Melayu wujud sebelum 1957, malahan Umno adalah parti Melayu pertama ditubuh di negara ini. Umno harus menjaga kekeramatannya tentang itu. Makanya dilainkan kalau ada pemimpin Umno bercakap mengenai sejarah, mengungkit sesuatu
berdasarkan sejarah dan tawarikh orang itu bukan ditentang sebaliknya kena disokong sepenuhnya.
Di sini saya tidak mahu berterima kasih kepada Noh Omar kerana beliau telah meminta maaf yang tidak sepatutnya beliau lakukan. [wm.kl. 10:45 pm 08/04/10]
Posted by mso.im at 10:36:00 PM 1 comments
Labels: Sejarah - Umno
(sumber;http://msomelayu.blogspot.com/2010/04/sebelum-diulik-mimpi.html)
-------------------------------------------------------------------------------------

Konvensyen BN: Noh Omar minta maaf
Lee Way Loon
Apr 8, 10
5:28pm
Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar hari ini memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor semalam sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.
"Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani.
Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.
"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, bagi saya ianya adalah bahan sejarah yang amat penting demi memastikan Negara ini terus berada dalam keadaan aman dan rakyat berbilang kaum dapat hidup harmoni sesuai dengan konsep 1Malaysia.
"Di samping itu, tujuan saya membaca petikan ucapan-ucapan tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.
"Jika petikan ucapan tersebut tidak sesuai lagi dibaca di zaman sekarang dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak, maka saya mohon maaf," katanya ketika membaca kenyataan bertulis.
Noh membuat permohonan maaf itu dalam satu sidang akhbar khusus untuk akhbar Cina di kafeteria Parlimen petang ini.
Sidang akhbar itu diusahakan oleh setiausaha Kelab Penyokong BN, Huan Cheng Guan.
Noh berkata beliau mengadakan sidang akhbar itu untuk media berbahasa Cina sahaja kerana mereka sahaja yang menyiarkan petikan tersebut.
(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/128653)

Thursday, April 8, 2010
HULU SELANGOR MILIK KEKAL MIC
HULU SELANGOR MILIK KEKAL MIC
Akhirnya Najib memutuskan untuk meletakkan calon MIC pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, dan menamatkan desas desus untuk dikembalikan kepada UMNO. Pengumuman Najib di hadapan sebahagian pengundi HS ternyata tidak disambut dengan tepuk gemuruh, sekadar bertepuk kerana perlu bertepuk sahaja.
Alasan utama Najib adalah untuk menjadai setiakawan BN yang sedia tersemi begitu lama. Setiakawan perlu dijaga, soalnya adakah MIC juga punyai setia kawan yang cukup tinggi setinggi UMNO? Adakah keputusan ini hanya mengundang kekalahan BN lagi, kekalahan sebelum bertanding, kekalahan pada perulangan yang sama; SALAH PILIH CALON.
Apakah ia juga menampakkan UMNO semakin hilang arah, hilang keberanian untuk berubah dan membuat sesuatu untuk kebaikan BN? Dalam MCA dan MIC yang bergelora, mahu lagi memperjudikan sesuatu yang pastinya akan hilang dan kecundang. Sampai bila Melayu akan berani bertindak, berani berubah, berani mempertahankan hak dan maruah mereka sendiri? UMNO... ibarat kata P Ramlee... sarkas..
Kita impikan kepimpinan dan kekuatan Melayu yang sejati, kuat untuk mempertahankan ummah dan agamanya.
Posted by Ahmad Nawawi Yaakob at 4:17 PM
(sumber;http://ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com/2010/04/hulu-selangor-milik-kekal-mic.html)

Noh Omar: Saya akan minta maaf kalau menyinggung
Noh Omar: Saya akan minta maaf kalau menyinggung
| Apr 08, 2010 05:31:28 pm
Ketika saya (Noh Omar, gambar kiri) berucap dalam Konvensyen Barisan Nasional Selangor, di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam, saya telah membacakan sebahagian petikan daripada ucapan mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun V.Sambathan. Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum. Untuk saya, ini adalah maklumat sejarah yang penting untuk memastikan negara kekal aman, dan rakyat dari berbilang kaum dapat hidup dengan harmani di bawah konsep "1Malaysia".
Selain itu, tujuan saya membacakan ucapan tersebut adalah untuk memperkukuh semangat kerjasama dan setiakawan antara anggota dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional.
"Sekiranya teks ucapan tersebut tidak sesuai untuk dibacakan pada zaman ini, malah menyinggung perasaaan mana-mana pihak, saya akan meminta maaf".
*Kenyataan media oleh Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi BN Selangor dalam bahasa Cina, yang diedarkan kepada media bahasa Cina pada hari ini. Kenyataan media ini diterjemahkan oleh MerdekaReview.
(sumber;http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10711)
zmsegamat kata: lepas ni banyak lah fakta sejarah kena ubah.. hehehe
Umno Hulu Bernam terima MIC tapi tolak Palanivel
Umno Hulu Bernam terima MIC tapi tolak Palanivel
Abdul Rahim Sabri
Apr 8, 10
12:03pm
Umno bahagian Hulu Bernam menerima keputusan pucuk pimpinan untuk mengekalkan MIC bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi menolak Datuk G Palanivel sebagai calonnya.
"Inilah merupakan pendirian bersama pemimpin Umno cawangan dalam bahagian kami," kata ketua cawangan Umno Seri Keledang, Mokhtar Hassan hari ini.
Hulu Bernam merupakan satu daripada tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor. Dua lagi ialah Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.
DUN Hulu Bernam dan Batang Kali diwakili oleh Umno, manakala DUN Kuala Kubu Baru diwakili oleh MCA.
Mokhtar yang juga pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung persekutuan (JKKKP) berkata selain Palanivel, antara calon MIC yang boleh diketengahkan ialah ketua pemuda MIC bahagian, V Mugilan dan timbalan ketua bahagian, V Chandran.
Palanivel (kiri) adalah ketua MIC bahagian Hulu Selangor.
Mokhtar berkata, Mugilan dan Chandran dianggap sebagai pemimpin yang bersih dan tidak menghadapi apa-apa masalah di segi pentadbiran.
Sebelum ini, Mokhtar adalah antara 54 pengerusi JKKKP di Hulu Selangor yang menandatangani memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mendesak supaya kerusi parlimen di situ dipulangkan kepada Umno.
Ditanya sama ada Umno kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan mengekalkan calon MIC, beliau berkata: "Kecewa memang kecewa, tapi apa nak buat. PM dah cakap kecewa atau tidak, kita kena sokong..."
"Mereka (akar umbi) boleh menerima MIC tetapi bukan Datuk Palanivel sebagai calonnya. Yang lain mungkin OK," tambahnya.
Hulu Selangor pernah diwakili oleh Datuk G Palanivel (bawah) daripada MIC selama empat penggal tetapi dalam pilihan raya umum lalu beliau kalah kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada PKR.
Zainal Abidin yang meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak menang tipis dengan menumbangkan Palanivel yang juga merupakan timbalan presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 17 April ini manakala pengundian pada 25 April.
(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/128597)

Calon MIC. Kalau UMNO Tak Protes, Kenapa Bloggers Perlu Melenting..?

Ramai yang tidak mahukan calon MIC menjadi wakil BN untuk PRK P094 Hulu Selangor. Jika ditanya dikalangan masyarakat kaum India sekalipun sudah pasti jawapannya “TIDAK”. Apatah lagi kalau ditanya kepada orang melayu dan kaum tionghua, jawapannya mudah, TIDAK!
Malah jika mahu dibuat nisbah juga boleh melihatkan jawapan 10:1, daripada bilangan ramai ditanya sepuluh orang akan mengatakan tidak dan jikalau bernasib baik hanya satu boleh bersetuju mahukan calon MIC.
Mengikut rekod yang termaktub dalam keputusan PRU 12 tahun 2008 bagi P094, sepatutnya TIDAK ada sebab untuk Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel tewas ditangan Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.
Kesemua ketiga-tiga DUN dalam Hulu Selangor iaitu Batang Kali, Hulu Bernam, dan Kuala Kubu Bharu berjaya dimenangi oleh BN. Seharusnya G Palanivel menang mudah dengan lebih 5,000 undi majoriti. Malang sekali rakyat yang mengundi di Hulu Selangor benar benar membuktikan “People Power” ataupun “Kuasa Rakyat”, maka berkuburlah gelaran Yang Berhormat setelah selama lebih 3 penggal menjadi milik pemimpin MIC ini.
Natijahnya bukti yang cukup jelas…, mesej yang cukup terang kepada BN, bahawa MIC sudah tidak mahu diterima lagi pada PRU ke 12.
Bukan sahaja G Palanivel yang ditolak oleh rakyat, bahkan hampir kesemua pimpinan utama MIC tewas dikubu kuat masing masing pada PRU ke 12;
Samy Vellu, Presiden tertonggeng di Sungai Siput,
Sothianathan, Setiausaha Agung tertiarap di Teluk Kemang,
Vigneswaran, Ketua Pemuda dimandikan di Kota Raja,
Kamala Devi, Ketua Wanita tersungkur di Kapar.
Diperingkat negeri juga, kesemua wakil wakil MIC menjadi lauk santapan samada kepada wakil PAS, PKR atau DAP. Begitulah HEBATnya kuasa rakyat yang bergema dikalangan kaum hindu melaungkan MAKKAL SAKTI..!
Apakah kita sudah boleh mentafsirkan itu semua sebagai bahan lipatan sejarah..? Sebaik-baiknya eloklah dilihat sebagai suatu Most Expensive Lesson yang telah diajar oleh rakyat kepada kerajaan.
Setelah setahun Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, sudah pastilah beliau juga mendapat maklumat yang “exclusive” berkaitan dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN yang berusaha keras mahu kembalikan keyakinan rakyat.
Konsep 1 Malaysia yang membawa slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sudah semakin sinonim dengan halwa telinga rakyat dinegara ini. Kalau dulu bila sebut sahaja Dr Mahathir Mohamed maka terpandanglah dalam fikiran kita Bersih Cekap Amanah. Pada hari ini bila muncul sahaja kelibat Najib maka terpacul terus logo 1 Malaysia.
Seterusnya kita harus melihat sejauh manakah penerimaan rakyat terutamanya kaum bukan melayu terhadap 1 Malaysia hak milik Najib? Inilah elemen tersangat penting setelah keputusan PRU 12 terbukti yang menjadi mangsa kemarahan rakyat adalah hampir kesemua wakil MIC dan ramai juga wakil MCA.
Secara mudah untuk disebut, kaum india dan cina sudah muak dan jelek dengan BN. Mujurlah UMNO masih utuh dimana tidak semua wakilnya tumbang samada diperingkat negeri mahu pun di Parlimen, dalam erti kata lain lebih ramai wakil UMNO berbanding MCA, Gerakan dan MIC.
Begitulah pasang surutnya cuaca politik tanahair dimana pada tahun 1999 tatkala ramai wakil UMNO berputih mata, BN dikuatkan oleh kemenangan cemerlang wakil MCA, Gerakan dan MIC.
Hari ini sudah tiba waktunya untuk Datuk Seri Najib melalui ujian paling getir! Inilah PRK yang sulung dinegeri Selangor, sebuah negeri yang paling “terkesan” bahana Tsunami 2008 kerana disinilah terdapat ramai pengundi bukan melayu.
Taburan penduduk diklasifikasikan sebagai Masyrakat Majmuk sudah pastinya menjadi kubu kuat kerajaan Pakatan yang dipimpin oleh DAP yang menggunakan PKR sebagai baruanya dan mereka bersama-sama berasmaradana dibelakang PAS….
Pilihanraya kecil di negeri Selangor ini sebenarnya adalah peluang terbaik untuk Najib “menguji” sejauh manakah “kekuatan” rakan komponen bukan melayu iaitu MCA, Gerakan dan MIC.
Sebagai Orang Nombor Satu dalam kerajaan Malaysia, sudah pasti Datuk Seri Najib mahukan kemenangan ini sebagai pembakar semangat setelah dua tahun BN sentiasa diaibkan dalam kebanyakan pilihanraya kecil
Biarpun secara sifir paling mudah bagi menjamin kemenangan ini, BN tidak seharusnya mengulangi keputusan meletakkan calon MIC setelah terbukti rakyat tidak mahu menerima wakil dari parti kaum India ini.
Namun demi menjaga semangat kolisi yang dipupuk selama berpuluh puluh tahun, Najib sebenarnya meletakkan “benchmark” ini kepada semua pihak untuk melahirkan kembali semangat perpaduan yang sudah punah semenjak Mac 2008….. Lu pikirlah sendiri!
Tafsiran disebalik keputusan ini melihatkan sebagai suatu ruang yang baik untuk Najib membuat keputusan yang lebih mudah pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang. Sekiranya calon MIC tetap tewas pada 25hb April nanti, maka tidak menjadi sebarang isu langsung untuk kerusi Hulu Selangor diberikan semula kepada UMNO.
Itulah sebenarnya perkiraan mudah untuk kita lihat. Ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut janganlah putus, tepung jangan pula berselerak….
Semoga sahabat Bloggers yang melenting akan kembali faham maksud tersirat disebalik keputusan PM yang kita hormati ini!
BN TIDAK AKAN TEWAS PADA 25 APRIL DI PRK P094 HULU SELANGOR
Sebagai mengakhiri penulisan ini ada sesuatu yang harus kita sedar mengenai kedudukan Parlimen Hulu Selangor.
Beban kemenangan sebenarnya adalah dipihak PKR dan Pakatan, bukannya dipihak BN!
Kerusi Parlimen P094 milik PKR, sekiranya pada 25 April rakyat kembalikan sokongan kepada BN, bermakna PKR hilang kerusi dan GAGAL mempertahankannya…..
Sebaliknya jika rakyat masih mahu kepada wakil PKR, maka kekallah kerusi itu di Parlimen.
BN sebenarnya TIDAK kalah…, tetapi belum berjaya merampas kerusi yang dimiliki oleh PKR!
Faham..? BN tidak kalah, tiada istilah kalah dalam hal ini, cuma belum berjaya merampas kerusi PKR….
Bilangan kerusi Pakatan tak akan bertambah dalam sidang Dewan Rakyat sekiranya PKR yang akan dipilih rakyat Hulu Selangor pada 25 April nanti.
Diwaktu yang sama bilangan kerusi BN juga tak akan berkurangan di Parlimen…..
Anwar Ibrahim semestinya TIDAK akan menjadi Perdana Menteri apabila diumumkan PKR berjaya kekalkan kerusi Hulu Selangor.
Diwaktu yang sama Datuk Seri Najib tidak akan menjadi Ketua Pembangkang setelah pengundi Hulu Selangor mahu “mengekalkan” wakil rakyat dari parti pembangkang….
Oleh itu tidak wajarlah Datuk Seri Najib menjadi bahan cacian "mereka" yang tidak bersetuju dengan keputusan beliau....
Sesungguhnya Yang Baik Itu Datangnya Dari Allah swt
Yang Buruk Itu Datangnya Dari Anwar Ibrahim
Posted by Medan Info Kita at 4:24 PM
(sumber;http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/04/calon-mic-kalau-umno-tak-protes-kenapa.html)
MELAYU WAJIB BERSATU

Thursday, April 8, 2010
MELAYU WAJIB BERSATU
MOKHTAR PETAH: PERPADUAN MELAYU
Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).
Posted by Mokhtar Petah at 6:29 AM
(sumber:http://mokhtarpetah.blogspot.com/2010/04/melayu-wajib-bersatu_08.html)
Wednesday, April 7, 2010
Sekuritisasikan Perlembagaan Negara

Sekuritisasikan Perlembagaan Negara
Tragedi 13 Mei 1969 membuktikan kegagalan kerajaan mencegah fenomena perkauman yang disemarakkan menerusi konsep Malaysian Malaysia hingga mengakibatkan umat Islam, Melayu dan Bumiputera diinjak- injak maruah dan harga dirinya.
Tragedi ini meletus dalam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) 1969. Ketika itu, elemen- elemen antinasional bertindak sesuka hati tanpa menginsafi Islam adalah agama rasmi negara, sementara Melayu dan Bumiputera adalah bangsa teras di Malaysia.
Akibatnya, parti politik Chinese-based termasuk DAP, mendapat kemenangan besar dalam PRU 1969. Beberapa kerajaan negeri juga turut dikuasai oleh parti-parti tersebut.
Dalam beberapa perarakan kemenangannya di Kuala Lumpur, pada 12 Mei 1969, mereka menjerit dan melolong sambil melemparkan kata-kata kesat dan lucah kepada umat Islam, Melayu dan Bumiputera.
Mereka mendesak bangsa teras ini gulung tikar, balik kampung, dan tanam kacang! Lantas, pembunuhan antara kaum terjadi di sekitar bandar raya, dan ramai rakyat terkorban.
Sistem pemerintahan demokrasi turut mati, Parlimen Malaysia digantung buat sekian tahun lamanya, dan Malaysia ditadbir menerusi sistem Majlis Gerakan Negara atau Mageran.
Demikianlah senarionya apabila masalah etnik gagal ditangani secara tegas dan berkesan, dan apabila ada segolongan rakyat Malaysia mempertikaikan status bangsa teras yang dimiliki oleh umat Islam, Melayu dan Bumiputera.
Inilah hakikatnya apabila Perlembagaan Persekutuan dipersenda-sendakan, dan nilai-nilai teras yang menjadi paksi keselamatan negara, termasuk permuafakatan kaum, keharmonian beragama, kesejahteraan rakyat, keselamatan ekonomi, dan ketenteraman awam, tidak dipelihara dalam negara berbilang bangsa.
Sejarah hitam ini jangan direlakan untuk berulang di Malaysia pada abad ke-21. Ia mesti dihindarkan. Seluruh warganegara Malaysia wajar berusaha mencegahnya.
Oleh itu, karenah, kenyataan dan tindak- tanduk antinasional, anti-Perlembagaan, anti- Islam, anti-Melayu, dan anti-Bumiputera yang kini muncul semula di Malaysia mesti ditumpaskan habis-habisan.
Bukti-bukti kemunculan ini terkandung dalam jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen, 22 Mac 2010 bahawa sejak April 2008 hingga 31 Januari 2010, terdapat 129 laporan polis mengenai isu-isu melibatkan Islam, Bahasa Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera dibuat oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO).
Inilah bukti padat dan jelas bahawa seluruh peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan kini memang tercabar dan tergugat. Fenomena ini adalah ibarat api dalam sekam.
Seterusnya, kenang kembali peristiwa menjelang PRU 1999, bila Sequi menghimpunkan 2,095 NGO untuk mengemukakan 85 tuntutan di bawah 17 perkara yang disertakan dengan ugutan memboikot pilihan raya umum tersebut jika apa yang dituntut tidak dipenuhi oleh kerajaan.
Anehnya, tidak ada kaum Cina di Malaysia mengatakan tindakan seperti ini rasis walaupun tuntutan Sequi melampau dan ada yang melanggar beberapa peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tuntutan dua pertubuhan pendidikan Cina iaitu Gabungan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zhong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zhong) pun sama coraknya.
Kedua-duanya bergabung menjadi Dong Jiao Zhong dan mengemukakan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu kerana bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan mencanggahi Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
NGO ini juga tidak dituduh rasis. Sebaliknya, ia mendapat sokongan masyarakat dan akhbar-akhbar Cina. Tetapi, apabila Perkasa wujud dan mula bersuara, organisasi ini pula dituduh dan dikecam sebagai rasis dan Melayu ultra.
Apabila 76 NGO Melayu berhimpun di Dewan Kelab Sultan Sulaiman pada 27 Februari 2010, dan berjaya mewujudkan Majlis Perunding Melayu (MPM), pun sesetengah pihak mengecam dan menyatakan MPM rasis dan ketinggalan zaman.
Pelbagai laman web, termasuk milik pemimpin DAP pula menyifatkan saya dan Perkasa sebagai syaitan. Kecaman juga dilemparkan oleh halaman 'blogger Melayu dan Melayu liberal' yang lupakan nasib bangsanya.
Amat menyedihkan lagi, kini terdapat parti Islam menjual Islam demi kepentingan diri sendiri, dan segelintir pemimpin Melayu yang menjadi dalang perpecahan Melayu.
Pemimpin Melayu terbabit, nampaknya disokong oleh segelintir pemimpin Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara Islam liberal. Beliau tergamak memperdagangkan nama baik ulama besar Yusuf Al-Qardhawi untuk kepentingan dirinya.
Perkembangan seperti ini menjadikan perpecahan Melayu sampai ke kemuncaknya. Sebab itulah Melayu dan Islam tergugat, kalimah Allah tergadai, ayat suci al-Quran diizinkan dibaca oleh bukan Islam dalam ceramah politik, peruntukan membina masjid diungkit oleh pihak tertentu dan tidak dipertahankan, dan kepala khinzir dihumbankan ke dalam masjid.
Pada waktu yang sama, ada juga parti politik Melayu yang kini teragak-agak untuk bersuara dan mempertahankan Melayu dan Bumiputra secara jelas dan tegas, semata-mata demi menjaga kepentingan politik.
Inilah senario mutakhir kini. Ia menuntut kita insaf untuk menggerakkan semula kesedaran mengembalikan perpaduan dan maruah umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Bersatu Teguh Bercerai Roboh!
Oleh itu, institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kesultanan Melayu jangan dipersenda- sendakan. Hakikat Islam adalah agama rasmi jangan dipertikaikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jangan diungkit-ungkit. Hak-hak istimewa ekonomi serta pendidikan umat Islam, Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan jangan diancam status-quonya.
Dasar-dasar yang disifatkan sebagai memihak kepada Melayu dan Bumiputera dalam konteks jurang perbezaan ekonomi yang masih lebar, juga jangan sekali-kali cuba disanggah dan dirobah hakikatnya.
Berasaskan perkembangan semasa juga, Perkasa dan MPM mengadakan sidang meja bulat membincangkan cadangan Model Ekonomi Baru (MEB). Sidang ini menghasilkan memorandum yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara.
Antara kandungannya, MEB mesti mengandungi tindakan afirmatif yang memastikan Bumiputera memiliki 30 peratus ekuiti kekayaan ekonomi negara dalam semua sektor selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru sebelum Malaysia menjadi negara maju pada 2020.
Tuntutan itu selaras dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai sosial-ekonomi, di mana pembahagian kekayaan negara harus berdasarkan kepada peratusan kaum.
Bumiputera kini merupakan 67 peratus penduduk Malaysia. Jika Piagam PBB ini dijadikan aras tanda yang rigid, semestinya 67 peratus kekayaan negara ini dibahagikan kepada Bumiputera.
Namun begitu, Bumiputera hanya menuntut 30 peratus. Tetapi, kerajaan mesti menjamin bahawa asas MEB perlu mengambile kira Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Jika ini dilakukan, Perkasa, MPM, umat Melayu dan Bumiputera akan memberikan sokongan jitu kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bagaimanapun, UMNO juga mesti tegas dalam hal berkaitan kepentingan dan tuntutan umat Islam, Melayu dan Bumiputera jika mahu kekal relevan dan terus mendapat sokongan padu.
Oleh itu, sebarang keputusan dasar mengenai Islam, Melayu dan Bumiputera mesti dibuat secara berhati-hati. Jiwa dan hati nurani umat Islam, Melayu dan Bumiputera jangan sekali-kali diguris, dihiris dan dilukakan.
Insaflah, tanpa kuasa politik yang majoritinya diperoleh daripada undi umat Islam, Melayu dan Bumiputera, keselamatan rejim dan keselamatan politik yang menjadi paksi kekuasaan di negara ini pasti akan terancam dan mungkin pupus.
Hakikat ini pahit. Tetapi, inilah realitinya kerana sejak merdeka sampai sekarang, umat Islam, Melayu dan Bumiputera adalah penyumbang terbesar dan menjadi benteng paling kukuh kepada struktur kekuasaan, keselamatan rejim, keselamatan politik, dan keselamatan negara di Malaysia.
Tidak dinafikan bahawa undi bukan Melayu dan bukan Bumiputera memang menyumbang kepada dinamika dan struktur kekuasaan negara. Tetapi, undi mereka di Malaysia adalah faktor yang berubah-ubah mengikut pertimbangan politik sewaktu pilihan raya umum diadakan.
Berdasarkan semua kenyataan di atas, terbuktilah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sumber utama kepada keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, Perkasa mendesak kerajaan mensekuritisasikan atau securitized Perlembagaan Persekutuan sebagai objek rujukan kepada ancaman negara.
Maksudnya, kerajaan mesti menjadikan pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan oleh seluruh warganegara Malaysia sebagai satu daripada nilai-nilai teras yang mesti dipertahankan menerusi konsep keselamatan negara.
Maknanya, kerajaan mesti menjadikan tindak-tanduk mempersenda-senda atau mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan sebagai tindakan yang mengancam keselamatan negara.
Hakikatnya begitu kerana perjuangan memelihara dan mempertahankan keselamatan negara dalam senario Malaysia moden mutakhir ini terpaksalah dilaksanakan secara keras dan tegas.
Jika tidak, umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang akan terjejas, dan status-quo kekuasaan dan pemerintahan negara masa kini juga yang mungkin pupus.
Kerajaan juga mesti insaf bahawa Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah sumber yang mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, sebagai undang-undang cegah rintang kepada pelbagai tindakan antinasional yang menjejaskan keselamatan rejim, keselamatan politik, keselamatan masyarakat, keselamatan ekonomi, dan keselamatan negara.
Oleh itu, segerakanlah proses pensekuritisasian Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Perkara 149, Perkara 150, dan ISA tidak akan memberikan sebarang makna jika Perlembagaan Persekutuan dipertikai, dipersenda-senda dan cuba untuk dimansuhkan menerusi beberapa mekanisme neo-imperialis antarabangsa.
Lantaran itu juga, kerajaan mesti bertindak radikal dan berani demi keselamatan negara. Kerajaan mesti tegas dan keras untuk melakukan pensekuritisasian ini demi keselamatan politik dan keselamatan rejimnya.
Kerajaan mesti proaktif untuk memperjuangkan status umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang menjadi warganegara teras di Malaysia. Ini penting kerana perjuangan memelihara keselamatan negara adalah hak negara dan pemerintah untuk menentukannya.
Proses mensekuritisasikan sesuatu objek rujukan kepada keselamatan negara, dalam konteks ini mensekuritisasikan Perlembagaan Persekutuan, juga adalah proses yang dalam bidang kuasa kerajaan untuk melakukannya.
Ini kerana dalam konteks keselamatan negara, kerajaan adalah pihak yang menjadi autoriti untuk melaksanakan proses pensekuritisasian atau proses securitization tersebut.
(Artikel ini adalah sebahagian daripada ucapan Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali di Perhimpunan Kebangkitan Perpaduan Melayu sempena Mesyuarat Agung Perkasa Kali Pertama pada 27 Mac 2010 di PWTC)
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)
Rang Undang-Undang Data Peribadi lulus
Rang Undang-Undang Data Peribadi lulus
KUALA LUMPUR 5 April (utusan online) - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2009 yang bertujuan mengelakkan data peribadi seseorang digunakan oleh pihak lain untuk tujuan komersial.
Mana-mana pihak yang menyalahgunakan data berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM200,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata, wujudnya keperluan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi demi meningkatkan keyakinan pengguna dalam ekonomi global semasa.
"Seorang Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi akan dilantik untuk melaksanakan peruntukan dalam rang undang-undang ini termasuk memantau aktiviti perkhidmatan maklumat kredit oleh syarikat-syarikat seperti Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS).
"Data-data yang dilarang digunakan untuk tujuan komersial turut melibatkan yang dikumpulkan daripada sumber mahkamah dan notis muflis yang disiarkan dalam media cetak," ujarnya.
Menurut beliau, data yang dilindungi berkenaan turut melihat hal-hal sensitif termasuk berkaitan maklumat kesihatan, keadaan fizikal dan mental, pendapat politik dan kepercayaan agama.
Dalam pada itu, Rais berkata, rang undang-undang berkenaan tidak terpakai terhadap Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri.
"Ini kerana kerajaan perlu mengumpul pelbagai jenis data peribadi untuk tujuan pentadbiran dan membuat tuntutan undang-undang," katanya.
Menurut beliau, jika wujud halangan kepada kerajaan Pusat dan negeri untuk mengumpul data peribadi, ia sudah pasti akan menimbulkan kerumitan kepada urusan pentadbiran.
Dalam pada itu, katanya, sekiranya data peribadi itu dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mesej multimedia (MMS), kerajaan akan turut mengambil tindakan di bawah akta lain yang berkaitan termasuk Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.
Sementara itu pada sidang akhbar, Rais berkata, CTOS dikehendaki mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 bagi menjamin privasi rakyat Malaysia.
Rais berkata, CTOS juga perlu mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut sama ada mereka mahu data peribadi disimpan dalam sistem agensi tersebut atau tidak.
Menurut Rais Yatim, Malaysia merupakan negara pertama di kalangan negara ASEAN yang mengemukakan undang-undang seperti ini.
Jelasnya, akta berkenaan akan memberi perlindungan khusus bagi transaksi-transaksi yang melibatkan data peribadi masing-masing seperti perniagaan.
"Contohnya, jika syarikat menyimpan data peribadi kita seperti jenis darah, kesihatan, kepercayaan tanpa pengetahuan dan persetujuan individu, ia adalah salah. Kecuali syarikat dapat persetujuan daripada individu terbabit," katanya.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_04.htm)

Pemimpin jangan jadi "buta" terhadap kehendak pasaran.

Pemimpin jangan jadi "buta" terhadap kehendak pasaran.
Pemimpin-pemimpin politik kini perlu menyedari bahawa pendekatan politik pada masa kini telah berubah sepenuhnya.
Jika dahulu, rakyat akan menyokong sesebuah parti tanpa mengira siapapun calon yang diletakkan sewaktu berlakunya pilihanraya, kini senario tersebut nampaknya telah berubah.
Trend pemasaran politik kini bukan hanya sekadar bergantung kepada keputusan pemimpin tertinggi dan juga lambang parti semata-mata.
Kehendak politik kini lebih menjurus kepada kemahuan dan apa yang dituntut oleh rakyat setempat.
Di Bagan Pinang contohnya, TS Isa telah berjaya memonopoli undi di pilihanraya kecil kawasan tersebut hanya setelah kehendak masyarakat setempat yang mahukan beliau menjadi calon di penuhi.
Kemenangan TS Isa di pilihanraya kecil Bagan Pinang harus diambil pengajaran bahawa betapa pentingnya pemasaran politik yang bertepatan dengan kehendak masyarakat.
Harus diingat, penduduk setempat yang bertanggung jawab mengundi calon yang bertanding.
Jadi apa gunanya calon yang dipilih bagi mewakili kerajaan di satu-satu pilihanraya hanya dibuat semata-mata untuk memuaskan hati dan menjaga kepentingan sesetengah pihak sahaja?
Apakah berbaloi jika kehendak masyarakat setempat diketepikan hanya bagi memberi laluan kepada kemahuan sesetengah pemimpin?
Sepatutnya pihak yang bertanggung jawab menentukan calon pilihanraya seharusnya turun "kebawah" untuk mendengar sendiri siapa yang dimahukan oleh majoriti rakyat kawasan tersebut seperti yang dilakukan oleh TPM TS Muhyidin di Bagan Pinang.
Kita seharusnya meneliti kehendak pasaran bagi memastikan jualan kita diterima dan juga laris dikalangan pelanggan yang disasarkan.
Politik kini lebih kepada memenuhi permintaan yang wujud didalam masyarakat.
Apabila seseorang pemimpin tak mampu memenuhi tuntutan yang dimahukan di peringkat akar umbi, nescaya dia tak akan dapat menguasai pasaran politik yang sedia ada.
Oleh itu, walau apa sekalipun keputusan yang diambil oleh pemimpin atasan, suara masyarakat setempat tidak harus diketepikan sama sekali. Ini kerana setiap undi hanya bergantung kepada mereka.
Kita hanya mampu menyediakan calon yang difikirkan yang terbaik, tetapi ditangan merekalah sebenarnya terletak setiap keputusan.
(sumber;http://www.azalina.net/2010/04/pemimpin-jangan-jadi-buta-terhadap-kehendak-pasaran.html)
Monday, April 5, 2010
'Pilih calon Umno atau sokongan terjejas'

'Pilih calon Umno atau sokongan terjejas'
Jimadie Shah Othman
Apr 5, 10
4:31pm
Umno Hulu Selangor masih berharap Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan dengan serius tuntutan mereka - yang mahukan kerusi parlimen tersebut ditandingi Umno - supaya sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas.
Naib ketua bahagiannya Datuk Adnan Buyong berkata, tuntutan yang dibuat mereka melalui satu memorandum pada 30 Mac lalu bukan mewakili hasrat mereka sahaja, tetapi kehendak rakyat Hulu Selangor secara keseluruhannya.
“Sampai sekarang di kedai-kedai kopi, orang bercakap hendak calon Melayu,” katanya ketika diminta mengulas tindakan lanjut mereka bagi memastikan kerusi parlimen tersebut dikembalikan ke pangkuan Umno.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, “berkemungkinan besar” calon BN di Hulu Selangor dipilih daripada MIC.
Kenyataan itu dilihat hampir mengesahkan pemilihan timbalan presiden MIC G Palanivel yang akan berdepan sekali lagi dengan calon PKR dalam pilihan raya kecil pada 25 Mac ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Adnan berkata, beliau sendiri berani memberikan jaminan, ahli Umno akan tetapi setia bersama-sama parti walau siapa pun yang diumumkan terpilih mewakili BN pada 15 April ini.
Bagaimanapun, tambah Adnan, mereka hanya mewakili sebahagian kecil penduduk berbanding dengan jumlah pengundi Hulu Selangor keseluruhannya.
'Rakyat didahulukan, pencapaiannya tengoklah nanti'
“Kita akan terima siapa sahaja yang diputuskan parti, tetapi ahli parti hanya mewakili 20 peratus daripada pengundi. Pengundi di sini lebih 63,000.
“Mereka ini, kita tidak tahu (bagaimana sokongannya). Kita (sebagai) orang Umno OK,” katanya.
Ditanya adakan Umno akan hanya akur dan berdiam diri ekoran perkembangan terbaru itu, Adnan menjawab:
“Kita sudah buat semua perkara. Sekarang kita berdoa sahajalah. Tetapi kita tidak putus harap supaya permintaan kita diterima.
“Apa boleh buat, yang buat keputusan bukan kita. Kalau saya yang buat keputusan, senang,” katanya sambil ketawa kecil.
Menurut Adnan lagi, walaupun keputusan berhubung calon yang dipilih masih belum diketahui, berdasarkan kenyataan Najib, kemungkinan besar MIC akan bertanding sekali lagi di kerusi parlimen tersebut.
Dengan nada perlahan dan kecewa, Adnan sempat berseloroh, tetapi sinis:
“Saya pun tidak berapa faham dengan (konsep) 1Malaysia ini. Rakyat didahulukan, pencapaiannya (di Hulu Selangor) kita tengoklah nanti.”
(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/128348)
MP pertikai kontrak RM6.47b bekal makanan tentera
Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM6.47 bilion kepada sebuah syarikat tempatan untuk membekalkan rangsum (catuan makanan) segar kepada anggota tentera, demikian menurut portal 'MyProcurement' yang baru diwujudkan oleh kerajaan.
Mengulas mengenai perkara itu, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, portal berkenaan mungkin memberikan maklumat salah kerana kontrak itu tidak mungkin bernilai sebanyak itu.
"Jumlah ini cukup untuk beli empat buah kapal selam. Tapi saya cenderung untuk percaya ada kesilapan meletakkan titik perpuluhan," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.
Portal MyProcurement merupakan pusat maklumat perolehan kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pua melahirkan kekecewaannya terhadap portal MyProcurement yang didakwanya tidak mengandungi maklumat lengkap dan berguna kepada rakyat.
Satu lagi contoh yang diperhatikannya ialah kontrak untuk membekalkan perisai badan kepada tentera bernilai RM82.3 bilion tanpa menyebut butiran lain.
"Itu yang saya perhatikan sepintas lalu sahaja," katanya lagi yang meminta kerajaan supaya benar-benar mencontohi kerajaan Singapura dalam membina portal pemerolehan seperti itu.
Katanya lagi, portal GeBiz oleh Singapura mempunyai lebih banyak maklumat, termasuk jumlah pembida dan juga bidaan alternatif oleh setiap pembida berkenaan.
Beliau mempertikaikan sama ada kerajaan bersungguh-sungguh untuk membina portal berkenaan.
Tony juga mempertikaikan 38 kontrak yang dimuatkan dalam laman tersebut, yang tidak menyebut nama syarikat terbabit.
"Portal ini juga tidak menyediakan maklumat asas seperti tarikh tender, tarikh dianugerahkan, dan bilangan (kontraktor) yang mengambil bahagian," katanya.
Tambahnya, masalah paling besar dalam sistem perolehan kerajaan ialah kontrak yang diberikan secara rundingan terus.
"Kontrak seperti ini biasanya diberikan secara kroni kepada ali baba, menyebabkan bukan sahaja pembaziran tetapi juga projek yang berstandard rendah atau gagal," katanya.
(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/128375)

Teka-teki siapa calon BN di Hulu Selangor

Teka-teki siapa calon BN di Hulu Selangor
Teka-teki siapa akan menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini kini menjadi tumpuan masyarakat akar umbi di kawasan itu.
Ia menjadi topik hangat sejak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi itu ekoran kematian penyandangnnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR akibat barah otak pada 25 Mac lepas.
Pilihan raya umum Mac 2008 menyaksikan Zainal Abidin menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel, yang mewakili kawasan itu sejak 1990, dengan majoriti 198 undi - satu keputusan mengejutkan kerana kesemua tiga DUN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor iaitu Ulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu, dimenangi oleh BN, lapor Bernama.
Persoalannya kini berkisar sama ada MIC akan terus bertanding di situ, dan jika ini berlaku, siapakah tokoh MIC yang akan mewakili BN di situ?
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan pengerusi BN dilaporkan berkata kerusi parlimen itu kemungkinan dikekalkan kepada MIC.
Semalam, Muhyiddin berkata calon BN akan diumumkan pada 15 April ini, dua hari sebelum penamaan calon.
Bagi Palanivel sendiri, beliau optimis status quo itu akan dikekalkan.
"Ini kerusi MIC lagipun ini kerusi campuran, sepatutnya tiada perubahan," katanya ketika ditemui di Batang Kali Jumaat lepas.
Hampir 53 peratus atau 34,020 daripada 64,500 pemilih berdaftar adalah pengundi Melayu manakala kaum Cina dan India masing-masing terdiri 16,964 pengundi (26.3 peratus) dan 12,453 pengundi (19.3 peratus).
Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak ketika turun ke Kuala Kubu Baharu Sabtu lepas berkata beliau perlu berunding dengan banyak termasuk Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berhubung pemilihan calon itu.
"Banyak nama yang layak tetapi presiden hanya calonkan Palanivel sebab beliau lama jadi wakil rakyat di sini," kata seorang pemimpin akar umbi MIC yang enggan namanya disiarkan.
Palanivel, yang juga bekas wartawan, merupakan pengerusi MIC Selangor dan ketua MIC bahagian Hulu Selangor.
Selain Palanivel, nama lain yang disebut-sebut ialah naib pengerusi MIC Hulu Selangor K Balasundram, setiausaha agung MIC S Murugesan, ketua Pemuda MIC bahagian itu V Mugilan, ahli jawatankuasa MIC Hulu Selangor, K Arunasalam, ketua penerangan MIC kebangsaan P Kamalanathan dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.
Mugilan dan Subramaniam dikatakan calon popular kerana kedua-duanya merupakan anak tempatan, masing-masing berasal dari Ladang Kerling dan Ladang Lima Belas, Hulu Selangor.
Apa yang pasti, seperti kata Muhyiddin, individu yang terpilih adalah terjemahan "denyut nadi" rakyat di kawasan itu bagi memastikan kerusi itu kembali ke tangan BN.
Sentimen sama disuarakan timbalan pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar di Batang Kali baru-baru ini dengan berkata: "Dalam perjuangan perlu ada satu suara, siapa dipilih adalah calon BN dan perlu disokong sebulat suara."
Sementara itu, 54 pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan persekutuan (JKKP) yang sebahagian besarnya ketua Umno cawangan di Hulu Selangor, telah menghantar memorandum kepada perdana menteri, mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.
Memorandum tersebut telah diserahkan oleh naib ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Adnan Buyong.
Penghantaran memorandum tersebut dilihat sebagai langkah serius dan bersungguh-sungguh Umno bahagian untuk mendapatkan kembali kerusi tersebut yang kini ditandingi oleh calon MIC.
(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/128345)
Hulu Selangor: UMNO & MIC perlu berbincang

UMNO harus berbincang secara muafakat dgn MIC. UMNO akan ganti ke DUN lain utk MIC pada plihanraya akan datang dan sebagainya. Inilah masanya MIC perlu menunjukkan setia kawan yang jujur bagi mengembalikan kepercayaan orang melayu terhadap kaum india yang racis dan berat sebelah. Perlu diingatkan MIC juga perlu amal 2 way tickets.
Najib harus mendengar suara akar umbi rakyat amnya dan orang Melayu khususnya. Kenapa setiap kali hanya orang Melayu saja yg perlu beralah, perlu berkorban, perlu berundur, perlu bersikap 'tak apa'??
Semua yang dulu menjadi hak milik kita semua sudah kita diserahkan sedikit demi sedikit. Mula-mula kongsi, lepas tu bagi pinjam, lepas tu ehsan, lepas tu bagi terus. Last-last kita juga di tuduh nak mengambil hak orang yang pada satu masa dulu hak kita.
Jika kaum india sendiri sudah benci sama Samy Velu dan pula Palanivel sudah ditolak oleh 198 pengundi yang lalu. Kita harus mendengar keikhlasan Palanivel sendiri menolak atau mencadangkan calon P94 laluan pada UMNO pula!!! Maka Najib taklah pening kepala. Rakyat P94 pasti hormati pengorbanan yang mulia itu.
(sumber;http://unitmediasiber.blogspot.com/2010/04/hulu-selangor-umno-mic-harus-berbincang.html)
Saturday, April 3, 2010
Bn Pening! Najib Kata Belum Mukhtamad. Muhyiddin Kata Mungkin MIC?

April 3, 2010
Bn Pening! Najib Kata Belum Mukhtamad. Muhyiddin Kata Mungkin MIC?
Calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini belum dimuktamadkan lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau telah berbincang dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu serta beberapa pemimpin BN yang lain berhubung perkara berkenaan.
Sementara itu, di Machang, Kelantan hari ini, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata, kemungkinan besar calon berkenaan adalah dari MIC.
Katanya, BN sejak dari dahulu lagi mempunyai fomula tersendiri dalam menentukan calon dan perkara yang penting ialah sentiasa ada permuafakatan antara Umno dan parti-parti komponen lain di dalam BN.
Sejak kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dari PKR akibat barah otak pada 25 Mac lalu, Umno telah melobi untuk mendapatkan kerusi itu.

Semalam, bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman, berkata, permintaan ahli Umno di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu.
Umno bahagian Hulu Selangor juga dilaporkan telah menghantar memorandum kepada Najib selaku presiden parti itu menimbangkan desakan supaya kerusi parlimen kawasan itu dikembalikan kepada Umno.
Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Najib pada 30 Mac lalu oleh naib ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Adnan Buyong.
Mengenai calon-calon yang sesuai kebanyakan penyokong akar umbi mahukan bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhd Taib; ketua Wanita bahagian, Rosni Sahar dan setiausaha Umno bahagian, Nazri Dahlan.

Tinjauan Malaysiakini di Hulu Selangor juga mendapati terdapat kain rentang yang menyokong pencalonan wakil Umno di gantung di beberapa tempat strategik.
Antaranya kain rentang itu dinaikkan di persimpangan jalan masuk ke Kampung Sungai Buaya dalam DUN Batang Kali.
Kain rentang yang sama juga turut ditemui digantung di jalan utama Kuala Kubu Bharu menuju ke Rawang.
(sumber;http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/04/bn-pening-najib-kata-belum-mukhtamad.html)
Thursday, April 1, 2010
Luahan hati YB Yap, sanggup jual misainya demi rakyat

Cuit: Luahan hati YB Yap, sanggup jual misainya demi rakyat
KELMARIN saya berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat baik yang sudah lama tidak bertemu. Beliau ialah seorang bekas wakil rakyat. Dikenali ramai sebagai wakil rakyat berjiwa rakyat. Seorang keturunan Hakka yang saban hari berada di kedai-kedai kopi, atau kopitiam dalam istilah Cina, untuk bersembang dan mendengar hati nurani rakyat.
Nama beliau ialah Datuk Yap Pian Hon, bekas Ahli Parlimen Serdang.
Cina di Serdang rata-ratanya berketurunan Hakka. Kopitiam Hakka amat terkenal di situ.
Sehingga kini beliau masih berkhidmat untuk rakyat di Serdang. Masih ada pusat perkhidmatan rakyat. Rakyat Serdang masih menganggap beliau sebagai wakil rakyat mereka, walaupun bukan lagi.
Siapa yang tidak kenal dengan YB Yap. Mula menjadi ADUN Serdang ketika berusia lewat 20-an pada tahun 1969. Kekal selama lima penggal sehingga 1995. Dari 1995-2008 sebagai Ahli Parlimen Serdang. Pada pilihan raya tsunami 2008 beliau tidak dipilih untuk bertanding. Mungkin jika bertanding, beliau akan menang.
Sekarang Serdang dipegang oleh DAP.
Berusia 66 tahun. Sehingga setahun lalu Yap dikenali sebagai ''wakil rakyat misai''. Misainya memang mahal, kerana dengan misai itu, ditambah dengan rambut sikat atas dan berkaca mata, beliau nampak tampan.
Sehinggalah dalam satu perhimpunan amal masyarakat Cina tahun lalu, beliau dan misainya menerima cabaran. ''Jika kamu sanggup cukur misai itu, kita akan lelong dan bagi duit kepada kamu."
''Saya kata kepada mereka saya setuju terima cabaran itu," tegas Yap.
Akhirnya misai beliau dilelong dengan harga RM100,000. ''Dengan wang itu dan RM100,000 lagi derma yang dikutip saya beli kerusi roda, beras dan keperluan lain untuk rakyat miskin di kawasan saya."
''Saya berikan kepada orang Melayu, orang Cina dan India." Sehingga kelmarin, katanya ''sudah setahun saya tidak simpan misai lagi."
Katanya, beliau terpaksa 'menjual' misainya kerana sudah tiada peruntukan. ''Selangor sekarang di bawah pembangkang, saya pun bukan wakil rakyat lagi jadi saya terpaksa menjualnya untuk mendapatkan sedikit peruntukan."
''Apabila saya memerlukan lagi wang kutipan kebajikan itu, saya akan menyimpan misai lagi." Tapi itu mungkin tidak 'laku' lagi kerana misai itu dulu ialah identitinya. Kini beliau sudah tiada identiti lagi.
Itulah Datuk Yap, seorang pemimpin yang sanggup turun padang sehingga ke hari ini untuk mendengar rungutan rakyat. Melihat sungai-sungai dalam kawasannya yang kotor, hanyir, banjir atau meninjau longkang-longkang tersumbat. Serta melawat rakyat daif di setinggan dan rumah-rumah flat yang memerlukan bantuan.
Pagi semalam semasa menaip tulisan ini saya sempat menelefon beliau untuk bertanyakan sesuatu. Tiga kali baru diangkat panggilan itu. Rupa-rupanya dari suara di belakang kedengaran suara-suara kuat orang ramai. Yap berada dalam sesi dialog dengan rakyat.
Itulah rutin Yap. Beliau asyik dengan rakyat, walaupun bukan lagi YB.
Namun dalam keramahan beliau bercakap, yang tidak putus-putus itu, Yap ada menyimpan perasaannya. Begini luahannya kepada saya.
''Saya sedih kerana tiga kaum terbesar kita masih belum dapat bersatu. Orang Cina dengan Cina mereka, orang Melayu dengan puak mereka dan begitu juga dengan orang India.
''Kita sudah 50 tahun merdeka, saya mahu sangat melihat kita semua bersatu-padu."
Kita, komponen BN harus sering bertemu. Jika dulu kita amat jarang berjumpa mungkin kerana sudah terlalu selesa - kita kuat, kita rasa tak boleh kalah - tapi kini lain. Kita kena bertemu sekurang-kurangnya tiga bulan sekali, bukan empat tahun sekali!
Pertemuan itu harus berlangsung di semua peringkat - dari bawah hingga ke atas - supaya semua masalah, perasaan yang terpendam dan apa sahaja dapat diselesaikan demi rakyat, tegas Yap.
Dari raut mukanya, bekas Ketua Pemuda MCA, Naib Presiden MCA tiga penggal dan Exco Selangor dua penggal itu, ikhlas. Bersungguh-sungguh beliau membangkitkan isu itu.
''Saya sedih apabila disebut sahaja orang Islam, maka orang Cina akan kata itu orang Melayu, walaupun ramai juga orang Cina atau orang India di negara ini adalah Islam.
''Saya benar-benar tidak faham. Di mana silapnya apabila orang Cina mengatakan Islam itu Melayu," katanya yang merujuk kepada Dr. Ridzwan Tee Abdullah yang turut berada dalam pertemuan itu.
Ridzwan Tee hanya bersenyum. Orang Cina menganggap Ridwzan Tee ialah orang Melayu kerana dia masuk Islam.
Mungkinkah sistem kita yang sudah terlalu 'selesa' ini yang harus dipersalahkan? Sampai begitu sekalikah tanggapan orang Cina Malaysia mengenai Islam, sedangkan Islam itu ialah agama sejagat yang mempunyai sekitar 1.8 bilion umat.
Apakah peranan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)? Namanya pun telah menggambarkan yang ia harus memberi kefahaman kepada orang ramai. Tapi daripada apa yang kita (saya) nampak, ia lebih banyak menganjurkan forum-forum, seminar-seminar besar yang terlalu tinggi sifat wacananya, membabitkan pula dengan orang-orang luar.
Benarkah begitu IKIM? Apakah pegawai-pegawai penyelidiknya hanya tahu menulis dalam akhbar-akhbar sahaja. Mengapa tidak diadakan majlis-majlis dialog di kampung-kampung baru Cina atau di estet-estet India? Sensitif sangatkah?
Daripada apa yang diluahkan oleh YB Yap, kita tahu ia datang dari hati yang ikhlas.
Ia datangnya dari bekas YB yang dekat dengan rakyat. Ia datang dari wakil rakyat yang pernah menang di kawasan Melayu. Mungkin YB lain tidak peduli - kerana banyak buat hal lain - tapi bagi Yap, orang lama dan hardcore BN ini adalah lain dari yang lain.
Melihatkan gelagat Yap, teringat saya dengan bekas YB, Lee Lam Thye (kini Tan Sri).
Dulu, beliau macam itu juga. Sanggup mengangkut typewriternya ke pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin dekat Sungai Besi untuk menulis kenyataan akhbar mengenai rakyat di kawasannya di Bukit Bintang.
Walaupun beliau ahli DAP ketika itu, beliau tidak pula memboikot Utusan sebagaimana generasi Lim Guan Eng sekarang. Hanya orang bodoh saja yang memboikot akhbar. Utusan bagi YB Lee ketika itu ialah rumah keduanya.
Begitu juga dengan YB Yap, saya mengenalinya kira-kira 20 tahun lalu, ketika sama-sama membuat liputan rakyat bersama-sama beliau.
Utusanlah tempat pertama yang dilawati YB Yap sebaik sahaja beliau memenangi kerusi Ketua Pemuda MCA dulu (1987-90).
''Saya berdialog dengan Zam (Tan Sri Zainuddin Maidin - Ketua Pengarang ketika itu) dan minta Utusan turut memperjuangkan nasib orang miskin Cina. Orang Melayu ingat orang Cina semuanya kaya."
Hari ini, walaupun Yap kini bukan lagi YB di atas kertas, hatinya sudah terlalu matang. Beliau mahu melihat perpaduan rakyat Malaysia lebih jitu lagi.
1Malaysialah jawapannya dan itulah solusinya.
Jika 50 tahun kita gagal dalam soal penyatuan ini, apakah kita mahu gagal 50 tahun lagi?
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm&arc=hive)
Subscribe to:
Posts (Atom)