Wednesday, June 26, 2013

Skrip cinta penipu

Skrip cinta penipu

Oleh Zaitie Satibi
Foto
BUKU nota yang mengandungi skrip dan puisi cinta.
Kuala Lumpur: Buku nota mengandungi skrip dan puisi cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita antara yang ditemui dalam Ops Tiong oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Apartmen Ixora, Kepong, di sini, bagi mengesan sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam membabitkan warga Afrika, semalam.
Serbuan di kediaman berkenaan diketuai Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa dijalankan secara bersepadu bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Imigresen, Kementerian Pendidikan serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas polis menerima maklumat berhubung kegiatan sindiket terbabit melalui aduan awam dan risikan.
Timbalan Pengarah II, JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata, operasi berkenaan kali kedua dijalankan bagi tahun ini membabitkan 20 pasukan dari pelbagai agensi penguat kuasa untuk menumpaskan sindiket terbabit yang menjadikan apartmen itu sebagai markas operasi mereka.

“Berdasarkan statistik, kami menerima sebanyak 332 kes membabitkan kerugian kira-kira RM51.3 juta pada Januari hingga April tahun ini, manakala sebanyak RM40.9 juta lagi jumlah kerugian mangsa penipuan Internet dicatatkan pada tahun lalu membabitkan 967 kes.
Foto
ANTARA warga Afrika yang ditahan dalam serbuan.


“Kegiatan penipuan cinta Internet dilakukan warga Afrika ini dilihat semakin menjadi-jadi menyebabkan polis meningkatkan usaha untuk membanteras mereka yang segelintirnya masuk ke negara ini dipercayai menggunakan pas pelajar,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/25

No comments: