Saturday, June 29, 2013

Melayu tak kisah apa bakal terjadi pada PRU-14?

BAYANGKAN apa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika diteliti aktiviti dan usaha pendaftaran pemilih baharu selepas 55 hari berlangsungnya PRU-13.

Dalam Perbincangan Meja Bulat, Cabaran Dalam Menghadapi PRU-14... Kelangsungan Politik Bangsa anjuran Mubarak Malaysia dengan kerjasama Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Mubarak, Bangunan UMNO Lama, Kuala Lumpur pada Rabu lalu, sesuatu perlu difikir dan disusuli tindakan perlu diambil segera oleh bangsa Melayu.

Amati angka pendaftaran baharu yang dikumpul oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Mei 2013. Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO berjaya mendaftarkan 449 orang sebagai pemilih baharu; MCA (43) dan MIC (24). Tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas mampu mendapatkan 110 pendaftar baharu, PKR (65) dan DAP (524).
Jika digabungkan ketiga-tiga parti BN itu, jumlahnya 516 pemilih, angka itu belum mampu mengatasi jumlah pungutan DAP (524), dan jumlah yang dikumpul ketiga-tiga parti pembangkang pula ialah 699.
Dari segi pendaftaran pemilih baharu sahaja BN sudah tewas. Bagaimana jika keadaan ini berterusan sehingga menjelang PRU-14?

Pakatan pembangkang terutama DAP begitu agresif mendaftarkan mereka yang layak menjadi pengundi baharu. Mereka bukan sahaja membantu pendaftaran, tetapi turut mengambil nombor telefon untuk tujuan dihubungi atau penghantaran SMS kempen parti. Adakah UMNO atau parti BN lain melakukan aktiviti yang sama?

Terus terang kita boleh katakan UMNO dan BN tidak komited mendaftarkan pengundi baharu. Dari sudut pandang secara kasar, kita boleh jangka pakatan sudah menang dari aspek mendaftarkan pengundi baharu.
Dalam mana-mana pilihan raya, jumlah pengundi yang paling utama dan ke arah mana kecondongan mereka. Melalui aktiviti pendaftaran oleh parti-parti politik, kita boleh menjangka sokongan mereka.

Melalui keputusan PRU-13, jelas trend bukan lagi memilih calon boleh menang atau berpengaruh. Bukan juga isu-isu sensasi dan aku janji, kerana sehebat mana isu dimainkan dan secantik mana manifesto, itu bukan lagi faktor penentu kemenangan parti politik.

Strategi menggunakan segala tipu helah isu, main drama ketika demonstrasi, penglibatan NGO propembangkang, mendekati generasi-Y di kampus, penyebaran meluas akhbar parti politik tanpa sekatan, usaha menjatuhkan kredibiliti dan integriti institusi awam seperti SPR, PDRM, SPRM, perkhidmatan awam dan lain-lain, berlaku tanpa terkawal dan tindakan.

Apa usaha UMNO dan BN yang menerajui kerajaan dalam mengatasi strategi pembangkang yang sememangnya mereka sedar.

Dengan jumlah keahlian semua parti komponen BN sebanyak 5.5 juta dengan UMNO sahaja mempunyai 3.5 juta ahli, maka sepatutnya tiada masalah untuk melawan pihak pembangkang.

Setakat hari ini, Majlis Tertinggi UMNO sudah mengadakan mesyuarat pertamanya selepas PRU-13. Namun belum terdengar hasil bedah siasat tentang punca kekalahan calon-calon UMNO, apatah lagi BN.

Walaupun UMNO menang 88 kerusi Parlimen daripada 121 yang bertanding dan 241 Dewan Undangan Negeri (DUN) (daripada 339) di seluruh negara, tetapi parti utama orang Melayu ini kena cari juga sebab kenapa 33 kerusi Parlimen dan 98 DUN mereka tewas.

UMNO kena kaji kenapa sekarang, kawasan majoriti besar atau kecil Melayu, BN gagal tarik pengundi di bandar untuk memihak kepada mereka.Konsep meminta pengundi berterima kasih dan mengenang jasa-jasa BN sepanjang 56 tahun merdeka tidak begitu laku sekarang. BN kena cari idea dan pendekatan yang baharu dan lebih meyakinkan pengundi.

UMNO dan BN kena akui, mereka kalah dalam persaingan media sosial. Pasukan penyebar fitnah dalam media sosial yang memihak kepada pembangkang jelas gagal disaingi oleh tentera siber UMNO/BN. Laporan mereka lebih meyakinkan kerana diselit dengan fakta dan data. Sebaliknya hujah daripada media UMNO setakat penafian dan penjelasan semata-mata. UMNO tewas menentang persepsi.

Sekarang persepsi negatif terhadap UMNO dan pemimpin Melayu begitu kuat. Kita sedih, kini orang Melayu sendiri sangsi kepada kepimpinan bangsa Melayunya. Orang Melayu sudah tidak kisah nama-nama ‘Melayu’ makin hilang di buminya sendiri. Akhbar Utusan Malaysia yang mempertahankan Perlembagaan pun teruk dihentam dan dituduh rasis.

Ingatlah apa yang rasis bagi bangsa yang tanah tumpahnya ialah Tanah Melayu ini. Ingatlah bangsa Jerman pun berbangga dengan nama negaranya Deuthland, orang Belanda - Netherland, orang Jepun - Jepun, India - India dan banyak lagi yang namanya kekal sama dengan identiti bangsa pribuminya.

Malangnya orang Melayu sudah lupa mereka sudah hilang nama Tanah Melayu. Yang disebut-sebut sekarang ialah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kenapa nama Sabah dan Sarawak disebut penuh dan tidak kepada nama Semenanjung Tanah Melayu.

Rujuklah mana-mana perenggan dalam Perlembagaan awal, tidak disebut Semenanjung tetapi nama penuhnya Semenanjung Tanah Melayu.

Maka elok kerajaan dan UMNO mengembalikan nama Tanah Melayu ini dalam semua dokumen dan laporan rasmi kerajaan.

Adakah orang Melayu tidak nampak sikap bangsa lain yang berusaha menjatuhkan mereka di tanah airnya sendiri? Sekarang pelbagai taktik dilakukan untuk menjatuhkan orang Melayu, baik dari segi ekonomi, politik ataupun sosial.

Dari segi ekonomi, lihatlah aktiviti pengambilan pekerjaan dan peluang perniagaan.

 Dalam soal politik, boleh kita lihat taktik licik kaum tersebut terhadap BN. 

Dan soal sosial, kaum itu sedang menguasai semua kawasan pertumbuhan ekonomi baharu.

Kalau suasana PRU-13 terus berulang dalam PRU-14, dan orang muda Melayu tiada semangat pertahankan maruah bangsanya, itu adalah petanda orang Melayu akan merempat di tanah airnya sendiri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130629/re_03/Melayu-tak-kisah-apa-bakal-terjadi-pada-PRU-14#ixzz2Xau8unH5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 comments:

Anonymous said...

Orang Melayu lemah sebab ada "Dajal" yang sanggup jual kaum semata-mata nak jadi PM agar segala kerja jahat beliau tak diketahui umum. Cina bersama DAP, MCA ataupun gerakan kesemuanya untuk kelansungan kecinaan. Kerajaan patut hapuskan SJKC pusat segala rasis kecinaan yang melampau.

Anonymous said...

Satu peristiwa yg aku kenang sampai bila2,pengalaman berdebat dgn puak pembangkang sebelum 2-3 hari nak ngundi masa PRU13.Mereka panggil aku ke meja mereka, masa aku tengah layan tea tarik,dan mereka nak dgr pendapat aku ttg analisa kptsan PRU 13.Jadi aku, cakap BN menang tapi tak dapat 2/3 mejoriti sepertimana, aku baca analisa PRU 13 di dlm blog.Mungkin ada perkara2 yg sampai utk penyedap rakyat,khususnya orang melayu.Puak pembangkangpun akur pendapat aku tadi,sbb mereka kata politik orang melayu,tak sama mcm politik orang cina. Seperti juga orang di luar bandar dan di dalam bandar.Maka,aku sentuh sikit ttg ane war,tpi mereka semacam tidak selesa dan menganggapkan beliau sebagai jambatan atas perjuangan mereka.Lalu aku tersenyum aje la.Tapi ane war lagi terer dr politik mereka.Aku petik lagi satu soalan,kalau PR menang siapa jadi PM.Lantas mereka jawab,"Hadi Awang ler",TPM "LGE"ler sambil tunjuk cap bagus kacang nga nyen sbb dia telah mempertahan budak ppuan melayu masa kes dot dot dot dan menyalurkan peruntukan dana yg banyak pada jabatan agama p.pinang.Menyirap jugak darah aku,tapi aku tetap bersabar,ibaratkan kes nie sama dgn LKY pakai songkok utk meraih undi melayu,masa pilihanraya di sgpore.Kesimpulannya,beginilah tahap pemikiran kita yg berbeza2 pendapat dan berkelompok, ats nama perbezaan ideologi politik utk mengadaikan masa depan org melayu.Macam mana lah nak tempuh PRU14,sekiranya wujud pemikiran sebegini dan terus berkembang atas nama taksub pada pemimpin dan kurang memahami sejarah politik sebenar atas pertimbangan sendiri.Sepatutnya BN, jgn layan kehendak PR sampai BN,hilang taring.