KUALA LUMPUR 21 Mei – Pemimpin pakatan pembangkang diminta usah lagi “curi makan di belakang dapur” dengan ghairah mengajak rakyat untuk berhimpun menyatakan bantahan kononnya berlaku pelbagai penipuan pada pilihan raya umum baru-baru ini.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shahbudin Yahya berkata jika mereka mempersoalkan ketelusan pilihan raya baru-baru ini, bagaimana pula dengan pembentukan kerajaan negeri termasuklah soal perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Sambil membidas tindakan hipokrit tersebut, beliau seterusnya menegaskan sampai bila penyokong mereka terus diheret dengan permainan emosi sedangkan mereka telah membentuk kerajaan negeri termasuk perlantikan Exco.
“Ini kita boleh umpakan sebagai masak makanan daripada dapur yang sama….ramuan yang sama tetapi bila dihidangkan mereka kata makanan itu tidak sedap dan sebagainya. tetapi alih-alih mereka ini masuk ke belakang dapur dan makan senyap-senyap. Begitulah hipokritnya parti pembangkang ini.
(gambar hiasan)
“Jika dah angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri, maksudnya apa semua itu. Bukankah mereka sendiri telah mengiktiraf keputusan pilihan raya baru-baru tersebut. Bukankah sudah terang lagi bersuluh apa yang mereka war-warkan itu hanyalah sebahagian daripada cerita dan tohmahan yang tidak masuk akal kerana mereka telah berjaya membentuk kerajaan negeri,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Kata beliau lagi hipokrit parti pembangkang makin terserlah apabila hanya tidak mengiktiraf kekalahan dan bersikap sebaliknya di kawasan dan negeri yang mereka menang.
“Bagi saya mereka hanya mahu mengekalkan momentum penyokong mereka sahaja. Tidak lebih daripada itu kerana khuatir dan bimbang sokongan terhadap mereka merosot.
“Tambahan pula dengan pelbagai pembaharuan yang telah dibuat oleh SPR, tentunya akan menambahkan lagi kekhuatiran mereka terhadap penerimaan rakyat berhubung proses demokrasi di negara ini,” ujarnya. -MediaUMNO
(terimakasih sumber:http://www.umno-online.my/?p=86121)
4 comments:
Kekadang menang byk kerusi pun kalah ...contoh mudah ...negeri selangor...siapa mb...pas?...mimpi laa
Nak ajar puak2 Cina chauvinist ni senang je. Aku cadangkan menteri yg berkenaan umumkan satu peluang di mana sesape yg tak boleh terima dan iktiraf perlembagaan negara Malaysia boleh tukar kerakyatan dgn Singapork. Sebelum tu, PM Najib dah gi jumpe PM Singapork usulkan supaya mana2 Melayu yg takmo dok kat Singapork bole tukar kerakyatan ngan Cina2 chauvinist ni.
Melayu Singapore adela dlm 600,000++ org. Let's say separuh(300,000) drp dorang nak masuk sini, ganti ngan 300,000 org Cina chauvinist Malaysia. Pergh, aku rase DAPigs kecut telur terus.
Haaa.. camni laa MP yang kita mau, berani bersuara. Bukan sekadar terima elaun tiap bulan.
Bantai lagi baghal2 pembangkang nih!
aku setuju sangat
Post a Comment