Monday, May 6, 2013

APAKAH PAS SELANGOR AKAN BERJUANG MENDAPATKAN JAWATAN MENTERI BESAR ATAU SEKALI LAGI BERPUTIH MATA?



Monday, May 6, 2013

PAS Selangor mencatatkan kemenangan besar di DUN Selangor buat pertama kali dalam sejarah kewujudan parti tersebut. Daripada 21 kerusi DUN yang ditandingi oleh PAS, parti tersebut telah berjaya memperolehi 15. PKR yang pada PRU12 merajai takhta di Selangor, juga bertanding di 21 kerusi DUN tetapi hanya menang 14. DAP menyapu kesemua kerusi yang mereka tandingi pada tahun ini iaitu 15.

Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak melayakkan mana-mana pemimpin DAP untuk menjadi Menteri Besar. Apatah lagi dengan 15 kerusi yang dikuasai oleh PAS berbanding 8 pada tahun 2008, dominasi dan kelebihan sebenarnya berpihak kepada PAS.

Apakah kali ini, PKR akan bercakap besar tentang jawatan Menteri Besar dan Exco yang didominasi oleh mereka? Atau adakah kali ini, PAS akan mengambil sikap berundur, mengalah dan membiarkan sahaja parti tersebut diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP sepertimana yang dilakukan pada tahun 2008 sehinggakan jawatan Exco Agama Islam juga dirampas oleh PKR?

Persoalan yang paling besar ialah apakah CHINAMIE akan membuatkan PAS sekali lagi kelam mata kerana memang sudah menjadi budaya parti kedua Melayu itu, untuk tunduk menyungkur diri di hadapan para pemimpin DAP?

(terimakasih sumber:http://theflyingkick.blogspot.com/2013/05/apakah-pas-selangor-akan-berjuang.html)

6 comments:

Anonymous said...

Pas takkan nak jadi lembu kena cucuk hidung

Anonymous said...

pas akan jadi lembu lagi

Anonymous said...

PKR akan dapat kerusi MB kerana DAP akan memberikan sokongan kepada PKR .

Jadi kedudukan PKR adalah 15 + 14 = 29
manakala PAS pula hanya 15 kerusi .

Anonymous said...

PAS baik bergabung ngan BN dapat jadi mb...hentikan segala maksiat kat selangor terutama Shah Alam tempat aku tibggal ni.Bijak lah sikit PAS jgn diperkuda je.

Ultra Malay said...

Korang silap, DAP letak zairil khir johari calon melayu DAP bertanding dan dia menang.Minggu ni kita akan tengok,PKR gaduh ngan DAP pasal calon MB selangor.

Anonymous said...

Kan bagus kalau tiada parti yang bersetuju siapa yang berhak dapat jawatan MB, Bagi je kat pembangkang BN yang menyalak Dan menunggu kat tepi jalan macam anjing nak menerkam?