Monday, May 13, 2013

Fakta PRU13 : Impak 'Tsunami' Cina Di Johor



E-mailPrint
alt

Tidak dinafikan lagi, kemenangan Barisan Nasional (BN) diperingkat pusat merupakan kemenangan mudah ekoran jumlah kerusi Parlimen yang dipegang BN menurun jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

Keputusan PRU13 menunjukkan BN memenangi 133 kerusi Parlimen dan 275 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Johor antara kubu terkuat BN turut menerima tempias 'tsunami' peralihan sokongan masyarakat Cina yang memperlihatkan BN kalah di lima kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN berbanding hanya satu kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN pada 2008.

Kekalahan BN adalah di kawasan yang berkepadatan majoriti berbangsa Cina melebihi 51 peratus.

Parlimen Bakri yang dipegang oleh DAP pada 2008 terus dipertahankan pembangkang disamping dua kerusi panas yang dirampas pakatan tersebut iaitu Parlimen Gelang Patah dan Kulai yang mengandungi majoriti penduduk Cina melebihi kaum-kaum lain.

Dua kerusi parlimen lagi yang dimenangi pembangkang ialah di Batu Pahat dan Kluang dimana kepadatan masyarakat Cina di kawasan tersebut antara 41 hingga 50 peratus.

Kedua-dua kerusi tersebut dahulunya dimenangi oleh Barisan Nasional dengan Batu Pahat disandang oleh UMNO dan Kluang oleh MCA.

alt

Faktor utama peralihan empat kerusi kepada pembangkang diperjelas melalui peralihan tambahan 12 kerusi DUN daripada hanya tujuh kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU12 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 18 kerusi.

Kesemua kerusi tersebut di menangi pembangkang di kawasan majoriti diduduki masyarakat Cina dengan masing enam di daerah berkepadatan 41 hingga 50 peratus, 51 hingga 60 peratus dan 60 peratus ke atas.

Kepadatan masyarakat Cina antara 41 hingga 50 peratus menyaksikan DUN Sungai Abong dan Maharani dimenangi pembangkang pada 2008 terus dipertahankan selain peraliahan empat lagi kerusi iaitu di Parit Yaani, Putera Wangsa, Johor Jaya dan Pengkalan.

alt

Pola majoriti kaum Cina 51 peratus hingga 60 peratus pula menunjukkan hanya satu kerusi dimenangi pembangkang pada PRU12 iaitu di DUN Mengkibol dan tambahan lima kerusi lagi iaitu di Jementah, Bengkok, Tangkak, Stulang dan Pekan Nenas.

Manakala di daerah majoriti masyarakat Cina lebih dari 61 peratus menunjukkan tambahan tiga kerusi pada PRU13 iaitu di Yong Peng, Penggaram dan Bukit Batu di samping mempertahankan DUN Skudai, Senai dan Bentayan yang dimenangi pada 2008.

alt

Peningkatan sokongan masyarakat Cina di Johor berkemungkinan besar dipengaruhi oleh pencalonan Penasihat DAP Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah menentang Datuk Abdul Ghani Othman.

Kit Siang yang mempunyai pengaruh besar dikalangan penyokong DAP khusunya dari masyarakat Cina mengubah landskap pilihan raya di Johor terutama di kawasan majoriti diduduki oleh kaum tersebut.

Kerusi yang dipegang oleh MCA selama beberapa penggal sebelum ini tewas apabila BN meletakkan calon UMNO menentang Kit Siang.
 
 (terimakasih sumber:http://klpos.com/analisis/60522)

No comments: