Monday, May 27, 2013

Kementerian Rancang Hapus Jaminan Jawatan Guru Pelatih







PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.

"Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.

"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan,"
katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini Isnin.

Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.

"Di Finland misalnya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya.

Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.

Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing.

-- BERNAMA

zmsegamat kata:

SETUJU !!!

6 comments:

Anonymous said...

Guru yg tak minat mengajar ,banyak habiskan masa mendengar ceramah pembangkang,dan melayari laman web pembangkang.Eloklah di tolak mereka yg macam ni.

Anonymous said...

Salah seorang yang perlu dipertimbangkan semula daripada menjadi guru ialah Adam Adli dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Janganlah hendaknya orang seperti ini menjadi guru kepada anak-anak kita nanti.

Begitu juga dengan seorang guru yang pernah memberi kenyataan yang biadap kepada anggota tentera dan polis yang bertugas menjaga keamanan di Lahad Datu.

Anonymous said...

Ramai guru sekarang asyik kutuk kerajaan...so pihak kerajaan sebagai ketua, nak tengok je ke? Berhentikan mereka keja, kita tengok langit tinggi atau rendah!

Johan said...

Calon seperti Adam Adli adalah calon yang paling ideal untuk diambil sebagai pegawai pelajaran. Pelajaran yang dialaminya boleh dipraktikkan oleh anak-anak khususnya anak-anak dari golongan PR yang memerlukan kaedah betul untuk aktiviti baring-baring, panjat memanjat, menurunkan bendera dan gambar dan juga boleh mengajar aktiviti jerit seperti 'TUKAR, TUKAR"....banyak lagi yang boleh disumbangkan oleh Adam Adli ini.... saya percaya memang ada pegawai pelajaran dan guru-guru menerima dan mengalu-alukan Adam Adli ini.

fcrew said...

Jika sekiranya suatu masa nanti ditakdirkan Allah SWT kerajaan BN kalah pilihanraya & menjadi pembangkang, adakah kaum guru perlu menukar kesetiaan mereka kpd kerajaan baru yg telah menang pilihanraya atau mengekalkan kesetiaan kpd BN yg menjadi PEMBANGKANG?

fcrew said...

Kepada anon 6:40...sedarkah cadangan anda seolah-olah mahu kerajaan mengambil alih peranan Tuhan sbg pemberi rezeki. Disebabkan corak pemikiran yg bangang mcm ni la semakin ramai golongan muda, para guru & lain-lain penjawat awam semakin menjauhi BN. Rupa-rupanya masih ada lg rakyat Malaysia yg mempunyai mentaliti kelas ke-3 camni.