Tuesday, May 7, 2013

#AnalisaPRU13 : UMNO Sekali Lagi Tunjukkan Kecemerlangan !!



Written By AAKJ on Tuesday, May 7, 2013 | 1:10 PM




UMNO terus kekal cemerlang !!

Walaupun d hina oleh Cina Rasis..walaupun d hamun Anwar bin Ibrahim, walaupun d fitnah sebagai parti yang rasuah..zalim dan pelbagai kata nista..walaupun d tuduh parti yang tidak islamik..UMNO bangkit menentang arus fitnah yang d cipta untuk halang BN dari terus memerintah Malaysia dan terus bantu semua kaum d Malaysia !! UMNO bangkit suburkan semangat 1Malaysia !

Rekod cemerlang UMNO :

PRU tahun 2008 - Bertanding 117 Kerusi Parlimen Menang 79
PRU tahun 2013 - Bertanding 120 Kerusi Parlimen Menang 88

Malah MIC juga turut meningkat :

PRU tahun 2008 - Bertanding 9 Kerusi Parlimen Menang 3
PRU tahun 2013 - Bertanding 9 Kerusi Parlimen Menang 4


MCA kali ini menunjukkan prestasi yang amat buruk, menyumbangkan pada kekalahan BN :

PRU tahun 2008 - Bertanding 40 Kerusi Parlimen, Menang 15
PRU tahun 2013 - Bertanding 37 Kerusi Parlimen, Menang 7

*walaupun kurang 3 kerusi bertanding tapi tak mampu kekalkan kerusi yang menang sebelum ini !

Nasib Parti Gerakan amat malang..merudum :

PRU tahun 2008 - Bertanding 12 Kerusi Parlimen, Menang 2
PRU tahun 2013 - Bertanding 11 Kerusi Parlimen, Menang 1


Sama-sama kita renungkan..sebarang komen kita akan jadikan panduan untuk PRU14 !!

#AnalisaPRU13 : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Dan SPDP Sarawak Menang 100% !!

Written By AAKJ on Tuesday, May 7, 2013 | 1:47 PM




Rekod cemerlang PBB :

PRU tahun 2008 - Bertanding 14 Kerusi Parlimen Menang 14
PRU tahun 2013 - Bertanding 14 Kerusi Parlimen Menang 14

Rekod cemerlang SPDP :

PRU tahun 2008 - Bertanding 4 Kerusi Parlimen Menang 4
PRU tahun 2013 - Bertanding 4 Kerusi Parlimen Menang 4

Rakyat Sarawak yakin dengan BN !! Terima Kasih atas kerja keras semua jentera dan juga tak terhingga kepada pengundi !

5 comments:

Anonymous said...

Kalau Datin Rosmah ikut jejak langkah artis2 kita berhijrah, redup mata memandang, InsyaAllah Umno menang lagi PRU14 nanti. Amiin

Anonymous said...

Tahniah Umno. Hari ni mereka kutuk, tapi ingatlah anak cucu org melayu Pas akan berterima kasih kpd Umno suatu hari nanti.

Anonymous said...

Kalau najib nak buat tranformasi tak payah nak guna bahasa bombastik macam2 yang penting ubah famili dulu dengan tampilkan isteri yg sedap dipandang oleh orang kampung yg tak bebal menyokong UMNO, kedua jgn jadi santa claus kat mana pi pun umum duit.ketiga laksanakan tranformasi kabinet dgn letak KDN dgn menteri yg serius dan berani serta tegas.Kami menunggu kalau xsanggup letak jawatan kasi sama Mahyudin..

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia..Ambil berat / cakna kepada SAR berbanding SRJK[c]..tukar pimpinan BN yang tak mesra rakyat dari bawah sampai ke atas.Saya contohkan di Kedah sebab saya orang Kedah..JKKK yg dilantik di kampung saya lebih utamakan orang UMNO dari masyarakat secara umumnya.Ada satu perkara yang saya ingin persoalkan. Untuk memohon Rumah Mesra Rakyat @ lain-lain produk 1 Malaysia, adakah perlu menjadi ahli UMNO?..ini sebab ada orang kampung yg cakap dia tak jadi mohon sebab diminta untuk jadi ahli UMNO dulu. Kalau betoi macam tu..makna kata Kerajaan bukan jaga rakyat tapi jaga ahli parti.Setahu saya tak dak pun syarat macam tu.Tak semestinya jadi ahli UMNO baru boleh sokong UMNO.Ini tak sihat untuk UMNO.UMNO perlu guna peluang 5 tahun ini untuk mengukuhkan kedudukan dan membetulkan tang mana yg silap.

Anonymous said...

Ngapa tak berani sebut kemenangan lebih an tu pasal sokongan Hindraf?

Tak kan nak berpura-Pura.

Orang India harus diberi taraf Bumiputera segera.