Timbalan Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Farmasinya, Wan Hamid Wan Ibrahim berkata, serbuan bermula pukul 11 pagi sehingga 1 petang melibatkan premis serta stokis di Johor, Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan.
"Stokis dan premis terbesar yang menjadi pengedar utama berpusat di Taman Genuang Perdana di Jalan Genuang, Segamat dengan rampasan sebanyak 5,379 botol dengan nilai RM80,685, diikuti Perak dengan 520 botol (RM7,800).
"Rampasan ketiga terbesar adalah di Kelantan dengan 245 botol (RM3,675), Selangor dengan 89 botol (RM1,335) dan Pahang 50 botol (RM750)," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengetuai serbuan di Taman Genuang Perdana di sini.
Beliau berkata, produk itu amat berbahaya dan mengelirukan kerana dilabelkan sebagai produk herba tetapi mengandungi bahan 'sildenafil' atau 'viagra' dalam dos yang tidak dibenarkan selain tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
Menurutnya, ubat tersebut dijual dalam satu pakej atau kotak yang mengandungi 10 botol pada harga RM89 untuk ahli dan RM150 bagi bukan ahli dipercayai dijual di pasaran sejak dua tahun lalu.
Wan Hamid berkata, setiap botol mengandungi 30 mililiter dan digunakan sekali sahaja setelah dicampurkan dengan segelas air dan bahan 'sildenafil' itu akan bertukar menjadi racun kerana dosnya berlebihan.
"Biasanya 'sildenafil' digunakan untuk mengubati kegagalan ereksi atau mati pucuk. Ini adalah bahan dalam kelas 'fosfodiesterase inhibitor'. 'Sildenafil' meningkatkan aliran darah ke alat kemaluan lelaki selama rangsangan seksual berlaku," katanya.
Menurutnya, campuran yang tidak terkawal dan berlebihan itu akan memberi kesan kepada pengguna antaranya pening kepala, pedih ulu hati, cirit birit, hidung berdarah, susah tidur, kebas di anggota badan, sakit otot, gangguan penglihatan, sensitif kepada cahaya, telinga berdengung, pitam dan sakit dada.
Beliau berkata, serbuan di semua premis dan stokis dibuat setelah pihaknya mendapat aduan orang awam tentang penjualan terbuka produk itu dan kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kandungan produk itu.
Katanya, dengan label yang menarik serta moto Minuman Herba Lelaki, Menyerlah Kehebatan Lelaki, produk itu pasti menarik minat orang ramai apatah lagi mendakwa minuman itu berasaskan herba tetapi sebenarnya dicampur dengan 'sildenafil'.
(terimakasih:sumber utusan online) http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130131/je_02/Ubat-rangsang-seks-dirampas#ixzz2JmNlBO00
No comments:
Post a Comment