PENANG PSY OPPA GANGNAM STYLE LIVE SHOW AT PULAU PINANG
Lihat betapa cekapnya jentera Pakatan Rakyat. mereka telah dapat mejangkakan Najib akan bertanya, adakah Ready for BN? dan mereka telah menyediakan kumpulan sorak untuk menjawab NO. Tiga kali Najib bertanya tiga kali mereka jawab NO. Tetapi BN tidak menyediakan kumpulan yang akan menjawab YES YES YES.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pula, langsung tidak bercakap dalam bahasa Malaysia yang menyebabkan orang Cina yang lebih faham bahasa Malaysia marah. Bukan semua Cina tahu bahasa Ingggeris dan Najib lupa Sistem Pelajaran Kebangsaan yang melahirkan generasi bukan Melayu yang lebih faham bahasa Melayu. Inilah fikiran Elitis.
Posted by zainudin maidin at 09:36
(terima kasih sumber:http://zamkata.blogspot.com/2013/02/penang-not-ready-for-bn-no-no-no.html)
Apa yang Najib harus tanya ‘You Want More Psy?!!!!’ ‘crowd pastinya akan menjawab “YESSSS!!!!!” So Najib jawab balik ‘Come With BN And Psy Will Be With Us Again!!!’.
Satu lagi ‘ground sentiment reading is very bad’. Mungkin ia dibuat dengan tergesa-gesa atau memang yang di bawah tidak membuat kerja rumah.
PAS lebih berpengalaman di dalam hal ini apabila setiap ceramah diserunya ‘Takbirrrr!!’ selepas itu ditadahnya kutipan derma jihad, ‘the first few hundred’ yang duduk di depan (that they planted)akan derma dahulu dan secara otomatik rakan disebelah akan merasa malu akan hulur juga.
Najib mungkin silap dengan membuat andaian bahawa orang Cina sekarang sudah tidak faham bahasa Melayu dan Najib konon ingin menyelam jiwa kaum Cina.
Sebab itu Najib bawa anak nya yang sedang menuntut di Negara Cina berucap dalam bahasa Mandarin tetapi Cina Penang banyak yang berbahasa Hokien ternganga-nga kerana rata-rata mereka sendiri tidak faham Mandarin.
Di Pulau Pinang strategi ‘Blue Ocean’ Najib nampaknya tidak menjadi. Apa yang Najib harus praktikkan ialah strategi Chiang Kai Shek kerana 'roh’ Chiang Kai Shek juga balik menyambut tahun baru Cina di Penang.
Kata Chiang Kai Shek - "Matching our blood and flesh against the enemy guns, even if we are defeated in battle, in the end we will win the war." -- Chiang Kai-shek, July 1934.