Monday, February 8, 2010

ondscene :Bayangan Maut Sepanjang 59 KM

ondscene: Bayangan Maut Sepanjang 59 KM

07 February 2010
Labels: Isu/Analisis, Kemalangan

Lebuhraya Utara Selatan
KM 400 - KM 459
(Tg Malim - Sg Buloh)


07 February 2010

Kepada anda yang biasa melalui laluan ini, sila ambil perhatian, dan terutama kepada mereka yang akan bercuti panjang sempena Tahun baru Cina minggu depan, anda berkemungkinan akan melalui laluan ini.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika memandu.

Kajian ini tidak ditaja oleh sesiapa atau mana-mana pihak. Ia adalah inisiatif penulis setelah penulis merasakan menjadi tanggungjawab sosial yang amat berat bagi menyedarkan pengguna jalanraya betapa perlunya berhati-hati ketika memandu serta mematuhi undang-undang.

Ketika mula-mula blog ini wujud, saya pernah cuba hendak 'berkawan' dengan beberapa blog/web yang berkaitan keselamatan jalanraya dan jenayah termasuk agensi kerajaan, serta mereka yang 'ada nama', malangnya, tidak pernah dilayan sebarang pertanyaan atau komen yang diberi.

Sebabnya?

Sebab blogger ondscene ini seorang yang tidak dikenali , 'tiada nama' malah diragui hasil kerjanya...!!!

Oleh itu, sebenarnya saya bergerak sendirian sejak lebih setahun lalu dan dibantu dengan semangat dari anda semua pembaca setia.

Ada ramai orang hanya pandai bercakap, pandai berkempen, tetapi sebenarnya tidak tahu apa-apa , cuma sekadar membuka internet mencari maklumat atau hanya tau komplen dan mengomel tanpa isi.

Dan sekarang, mereka yang 'mengenepikan' saya dahulu, sebenarnya banyak mengambil info dari blog kerdil ini - yang mana tujuan saya buat, adalah untuk kita kongsi bersama.

Kajian ringkas yang saya buat ini adalah berdasarkan pengalaman dan rakaman saya bermula dari kes pertama 15 Okt 2008 - 5 Januari 2009 ( 487 hari).

Dalam tempoh itu, angka kematian dan jumlah kemalangan sebenar adalah lebih tinggi kerana ada beberapa kes yang tidak sempat saya sampai.

=============================================================

Ringkasan:

Laluan 'Bayangan Maut' di dalam kajian ini adalah sepanjang 59 KM bermula dari 'Interchange' Bukit Lanjan di KM 459-3 dan berakhir di susur Tanjung Malim di KM400-3.

Sepanjang laluan ini, terdapat 8 laluan susur keluar/masuk:

- Km 456-1 Sg Buloh
- Km 453-8 Hospital Sg Buloh
- Km 446-3 Rawang Selatan
- Km 443-8 Rawang
- Km 428-4 Bukit Beruntung
- Km 419-6 Bukit Tagar
- Km 409-9 Lembah Beringin
- Km 400-3 Tg Malim

Terdapat 2 kawasan rehat menghala ke Utara:
- Km 458-4 Restoran Jejantas Sg Buloh
- Km 440-0 Rehat dan Rawat Rawang

dan 2 kawasan rehat hala ke Selatan:
- Km 436-4 Rawang Lay-by
- Km 458-4 Restoran Jejantas Sg Buloh

Disenaraikan kes-kes membabitkan kemalangan maut/cedera yang terdapat di dalam blog ini di dalam lingkungan kilometer sesuatu susur keluar/masuk:

Km 459-3 Interchamge Bkt Lanjan
Km 456-1 Sg Buloh
Km 453-8 Hospital Sg Buloh
Km 451-0 (U) 11 Jan 2009 - kereta 1 maut (12-50 tghari)
Km 449-0 (S) - 21 Mei 2009 - lori 1 cedera (8-30 pagi)
Km 447-8 (U) - 5 Nov 2009 - motor 1 parah (2-30 ptg) Lorong Kecemasan
Km 447-6 (U) - 30 Nov 2009 - motor 1 maut (2 ptg) Lorong Kecemasan
Km 446-3 Rawang Selatan
Km 445-0 (U) - 15 Okt 2008 - bas- 3 cedera (12-30 mlm)
Km 443-8 Rawang
Km 442-9 (S) - 13 April 2009 -bas 6 maut (4-30 pagi)
Km 440-7 (U) - 11 Dec 2008 - motor 1 maut (5-30 ptg)
Km 436-5 (S) - 23 Feb 2009 - kereta lori 1 maut (8-30 pagi) Lorong Kecemasan
Km 436-3 (S) - 14 Jan 2009 - kereta 2 maut (8-30 pagi) Lorong Kecemasan
Km 434-3 ((U) - 17 Feb 2009 - motor 1 maut ( 5 pagi)
Km 433-7 (U) - 30 Mei 2009 - motor 1 maut (10 pagi) Lorong Kecemasan
Km 433-5 (S) - 5 Dis 2009 - bas - 1 parah (10-30 mlm)
Km 432-4 (S) - 30 Apr 2009 - motor 1 maut (10-45 mlm)
Km 431-4 (S) - 14 Mei 2009 - kereta 1 maut (4-50 ptg)
Km 431-1 ((U) - 13 Jun 2009 -pejalan kaki 1 maut (2-30 ptg)
Km 431-0 (S) - 27 Jan 2009 - motor 1 maut (9-30 pagi)
Km 429-0 (U) - 14 Jan 2009 - beberapa kenderaan 5 parah (11-30 mlm)
Km 428-4 Bkt Beruntung
Km 421-3 (S) - 10 Jan 2009 - treler-bas 1 maut ( 4-00 pagi)
Km 420-8 (S) - 1 Dis 2009 - bas 10 cedera (2-15 ptg)
Km 420-8 (S) - 29 Nov 2008 - bas - 1 parah (3 ptg)
Km 419-7 (S) - 5 Feb 2009 - kereta lori 1 maut 1 parah (12-30 tghmlm) Lorong Kecemasan
Km 419-6 Bkt Tagar
Km 418-8 (U) - 16 Nov 2009 - kereta 1 maut (7-30 pagi)
Km 409-9 Lembah Beringin
Km 407-9 (U) - 27 Ogos 2009 - kereta 1 maut (1-30 pagi)
Km 406-6 (U) - 20 Mac 2009 - kereta 1 maut (1 pagi)
Km 405-7 (U) - 30 Mac 2009 - kereta 1 maut (5-30 pagi)
Km 400-9 (S) - 19 Jun 2009 - kereta 1 maut (5-40 pagi) Lorong Kecemasan
Km 400-3(U) - 14 Jan 2009 - lori 2 maut (10-30 pagi) Lorong Kecemasan
Km 400-3 Tg Malim

Dari statistik di atas, sektor yang menyumbang kepada kemalangan maut/cedera ialah:

- Km 400 - Km 401 Tg Malim
- Km 405 - Km 408 Lembah Beringin
- Km 418 - Km 422 Bkt Tagar - Bkt Beruntung
- Km 429 - Km 437 Bkt Beruntung - Rawang
- Km 440 - Km 451 Rawang - Hospital Sg Buloh

1- Ketua Penolong Pengarah Siasatan 2 JSJ Komersial Bkt Aman Maut Kemalangan
5 Feb 2010, 2-30 pagi, KM 419-7 (Selatan), 1 maut, 1 parah. Kereta rempuh lori - Lorong
Kecemasan

2 . Kereta Jatuh Dari Trak Tunda - 5 Parah
14 Jan 2010 , 11-30 malam, KM429-0 (Utara) , 5 parah. Membabitkan 5 kenderaan (lori/SUV/kereta)

3. Wanita Maut Kereta Rempuh Besi Penghadang
11 Jan 2010 , 12-45 tgh, KM451 (Utara), 1 maut. Kereta terbabas

4. Bas Ekspress Terbalik Lagi - Nyaris Terhumban Ke Dalam Gaung
5 Dis 2009 , 10-30 malam, KM 433-5 (Selatan), 9 cedera (termasuk 1 tersepit, pemandu parah).Bas
ekspress terbabas, terbalik

5. Bas Ekpress Terbalik - 10 Penumpang Cedera
1 Dis 2009 , 2 petang , KM 420-8 (Selatan), 10 cedera . Bas ekspress terbalik

6. Lagi Maut Di Lorong Kecemasan
30 Nov 2009 , 2 petang, KM 447-6 (Utara), 1 maut. Motosikal rempuh lori di lorong kecemasan

7 . Maut-Tercampak Keluar Dari Kereta
16 Nov 2009 , 7-30 pagi, KM418-8 (Utara), 1 maut. Kereta terbabas,terbalik

8. Fahami Fungsi Laluan Kecemasan
5 Nov 2009, 2-30 petang, KM 447-8 (Utara), 1 parah. Motosikal rempuh kereta di Lorong
Kecemasan

9. 6 Kenderaan Kemalangan - Kanak-kanak Maut Tercampak
27 Ogos 2009, 1-30 pagi, KM 407-9 (Utara), 1 maut, 3 cedera. Kereta, lori, van

10. Kencingan Maut
19 Jun 2009 , 5-40 pagi, KM400-9 (Selatan) 1 maut. Kereta rempuh treler di Lorong Kecemasan.

11. Mayat Berkecai Dilanggar Kenderaan
13 Jun 2009, 2-30 petang, KM431-1 (Utara) 1 maut. Pejalan kaki dirempuh kenderaan.

12. Lagi Penunggang Motosikal Maut Di Lorong Kecemasan
30 Mei 2009, 10 pagi, KM433-7 (Utara) 1 maut. Motosikal rempuh lori di Lorong Kecemasan.

13. Lori Gardenia Jatuh Lebuhraya - Nyaris Hempap Rumah
21 Mei 2009, 8-30 pagi, KM 449 (Selatan), 1 cedera. Lori terbabas, jatuh bawah lebuhraya.

14. Laju, Tayar Pecah, Terbabas - Maut
14 Mei 2009, 4-50 petang, KM431-4 (Selatan), 1 maut 1 parah. Kereta terbabas tayar pecah

15 Maut - Motosikal Melekat Di Celah Tayar Lori
30 April 2009, 10-45 malam , KM 432-4 (Selatan) 1 maut. Motosikal rempuh belakang lori yang
sedang bergerak

16. 6 Maut 2 Parah - Bas 2 Tingkat Terbalik
13 April 2009, 4-50 pagi , KM442-9 (Selatan) 6 maut, 2 parah . Bas ekspress 2 tingkat terbalik.

17. Wanita Maut , Suami Parah Kemalangan
30 Mac 2009, 5-30 pagi, KM 405-7 (Utara) 1 maut 3 cedera.Membabitkan 4 kenderaan.

18. Kepala Mangsa Kemalangan Hancur Digilis
20 Mac 2009, 1 pagi, KM 406-6 (Utara) 1 maut. Kereta terbabas

19. Setiausaha Maut - Viva Rempuh Lori
23 Feb 2009, 8-30 pagi, KM 436-5 (Selatan) 1 maut . Kereta rempuh lori di Lorong Kecemasan.

20. Maut Dirempuh ,Digilis - Badan Berkecai- Cebisan Daging Bertaburan Atas Lebuhraya
17 Feb 2009, 5 pagi, KM 434-3 (Utara) 1 maut.Penunggang motosikal digilis beberapa kenderaan.

21. Maut Diheret Kira--kira 200 Meter
27 Jan 2009, 9-30 pagi, KM 431 (Selatan) - 1 maut.Penunggang motosikal digilis.

22. 2 Lagi Maut - Lori Rempuh Lori
14 Jan 2009, 10-30 pagi KM 400-3 (Utara), 2 maut. Lori rempuh lori di Lorong Kecemasan.

23. Perjalanan Akhir Seorang Ayah dan Anaknya...
14 Jan 2009, 8-30 pagi, KM 436-3 (Selatan), 2 maut.Kereta rempuh lori di Lorong Kecemasan.

24. Maut Kemalangan Treler-Bas
10 Jan 2009, 4 pagi, KM 421-3 (Selatan) 1 maut, 3 cedera. Lori bertembung bas ekspress.

25. Maut Tercampak Dari Honda Goldwing
11 Dis 2008, 5-30 petang, KM440-7 (Selatan), 1 maut. Mangsa terjatuh dari motosikal terbalik.

26. Bas Ekspress Terbalik - Pemandu Cedera Parah
29 Nov 2008, 3 petang, KM 420-8 (Selatan), 3 cedera.Bas ekspress terbalik.

27. Bas Terbalik, 3 Cedera
15 Okt 2008, 12-30 tghmalam, KM445 (Utara), 3 cedera. Bas ekspress terbalik

Fakta kes:

- Membabitkan 27 Kemalangan - 20 darinya kemalangan maut.

- 20 kemalangan maut mielibatkan 27 kematian, dan kira-kira 50 cedera termasuk parah.

- 8 kes berlaku di Lorong Kecemasan - 7 kes membabitkan 9 maut dan 1 kes menyebabkan 1 cedera parah.

- 6 Kes membabitkan bas ekspress - menyebabkan 7 kehilangan nyawa dalam 2 kes.

- 14 kes melibatkan laluan arah Selatan, 13 kes arah ke Utara.

- 7 kemalangan membabitkan motosikal - 6 kematian, 1 parah

- dari 8 kemalangan yang berlaku di lorong kecemasan, 6 berlaku di waktu siang, hanya 2 di waktu malam.

- 12 kemalangan berlaku di waktu malam (antara jam 7 ptg - 7 pagi, dan 15 lagi diwaktu siang.

Sesuatu harus dilakukan pada laluan maut ini.

Ia bukan hanya sekadar memantau dan memantau dan memantau kerana saban ketika, ia akan memakan korban yang bukan sedikit.

Selain faktor pemanduan., faktor rekabentuk jalan juga tidak harus diketepikan kerana di tempat lain ada juga jalan, tetapi tidaklah sehebat di laluan ini kadar kemalangannya.

Posted by ondscene at Sunday, February 07, 2010

(sumber;http://ondscene.blogspot.com/2010/02/bayangan-maut-sepanjang-59-km.html)

No comments: