Apabila tiba dipersimpangan lampu isyarat yang sedang menyalakan warna merah, adakah anda, pilihan 1. meneruskan juga perjalanan anda atau pilihan 2. anda tetap berhenti sehingga lampu isyarat bertukar warna hijau, walaupun sedikit atau tiada kenderaan lain dipersimpangan tersebut?
Mungkin pilihan 1 adalah pilihan anda dengan alasan hanya orang bodoh sahaja yang menunggu sehingga lampu isyarat bertukar warna kerana tiada kenderaan lain waktu itu. Apatah lagi, dengan bermotorsikal, anda boleh mencelah pada bila-bila masa walapun anak sedang membonceng dibelakang anda terhuyung-hayang.
Mungkin pilihan 2 adalah pilihan anda dengan alasan undang - undang tetap dipatuhi walapun tiada sebarang kenderaan yang lalu lalang kerana keselamatan anda dan pembonceng tetap diutamakan.
Sebenarnya prinsip penggunaan lampu isyarat ini telah wujud didalam diri kita. Ianya dapat mempamerkan sikap, penerimaan dan penyelesaian kita terhadap sesuatu perkara, isu atau masalah yang melanda atau bersangkutan dengan diri, keluarga dan tempat kerja kita.
Apabila kita tiba dipersimpangan permasalahan, kita akan bertanya pada diri sendiri kemana arah atau jalan penyelesaian yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kejadian dipersimpangan lampu isyarat dapat memperjelaskan sikap kita yang sebenarnya samaada kita bersabar dan tenang atau terburu-buru di dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul.
Sesungguhnya kesabaran dan ketenangan itu adalah gabungan yang terbaik di dalam mengajar kita mencari arah atau jalan penyelesaian yang terbaik untuk diri, keluarga dan pekerjaan kita biarpun pelbagai masalah atau badai yang melanda.
Jadi, apabila tiba dipersimpangan lampu isyarat, belajar-belajarlah bersabar.
Posted by Capt Muhd Ismail Mohd Noor
1 comment:
salam... apa khabar...
Post a Comment