Thursday, July 17, 2008

Candit: "OK...anytime"

“OK…anytime”




Mungkinkah itu kata Khalid Samad,Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam kepada abangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad.

Detik candid ini dirakamkan di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka selepas selesai debat antara Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek Selasa malam.

Aksi Khalid tunjuk kearah pentas di dewan itu nampak macam serius.

Sebenarnya entah apa yang dikatakan Khalid hingga Shahrir tersenyum.

Kedua adik abang dari lain kem politik ini - seorang PAS dan seorang lagi UMNO - adalah antara hadirin di debat yang pertama kali disiarkan secara langsung menerusi televisyen anjuran Agendadaily itu.

Apa kata kedua mereka jadi calon siri kedua debat ini kelak?

Idea itu pernah pernah diajukan Agendadaily secara berjenaka kepada Khalid sewaktu ditemui di bangunan Parlimen baru-baru ini.


Beliau mulanya dengan wajah serius kata sedia untuk berentap dengan abangnya.Namun secara berjenaka Khalid menambah dengan syarat bapa mereka – Pak Samad – jadi moderatornya.

Ini mencetuskan gelak ketawa dikalangan sebilangan lain yang mendengarnya di situ.

Apa kata tajuk untuk mereka berdua...kesan politik adik beradik pada negara ?

Debat dibawah tajuk “ Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak " antara Penasihat PKR dan Menteri Penerangan itu bukanlah yang pertama dan terakhir.

Jika tiada aral melintang Agendadaily merancang untuk menjadikan ia satu siri debat bulanan yang disiarkan secara langsung.

Buat masa ini rundingan sedang dibuat dengan dua tokoh politik ‘panas’ untuk berdebat mengenai isu yang juga panas untuk siri kedua.

Tokoh dari PKR itu sudah kata beliau set untuk naik pentas manakala bakal regunya dari UMNO meminta Agendadaily sikit masa untuk fikirkan tentang tajuk yang lebih sesuai untuk debat itu.

Dalam pada itu ada sebilangan tokoh UMNO dan Barisan Nasional lain serta dari PKR dan PAS yang sudah bagi komitmen mereka sedia turun padang.

Dalam perkembangan berkaitan sepanjang hari Rabu Agendadaily menerima beratus-ratus panggilan telefon dan SMS dari kalangan pembaca,tokoh politik dan orangramai yang memberi pandangan serta komen tentang debat siri pertama Anwar VS Shabery.

Majoriti mereka mahu debat seumpama ini diteruskan.- 17/7/2008

(Agenda Daily.com)

No comments: