Sunday, May 17, 2009

Samanlah…Anifah tak akan tarik balik dakwaan ditawar TPM


Isu Datuk Anifah Aman vs Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi makin panas. Ini bilamana Menteri Luar itu tetap berpegang pada dakwaannya bahawa Penasihat PKR itu pernah tawar jawatan Timbalan Perdana Menteri padanya semasa gerakan 16 September untuk masuk Putrajaya menerusi pintu belakang.

Adik kepada Ketua Menteri Sabah itu yang pulang dari lawatan rasmi ke Amerika Syarikat pagi Ahad kata beliau sedia disaman oleh Anwar.

Sabtu Sankara Nair,peguam kepada Anwar menafikan Ketua Pembangkang itu ada buat tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anifah untuk lompat parti.

Katanya beliau dapat arahan supaya fail saman terhadap Menteri Luar itu jika dakwaan itu tidak ditarik balik dalam tempoh 24 jam.

Anwar dilaporkan mengakui beliau ada sekali saja berhubung dengan Anifah menerusi telefon.

Beliau lalu memperlekehkan Anifah membuat dakwaan itu sebagai orang yang mungkin bermimpi nak jadi Timbalan Perdana Menteri

Dalam sidang akhbar di KLIA Sepang itu Anifah juga mengesahkan Anwar ada telefon beliau sekali tahun lalu.

Katanya beliau tidak ingat tarikhnya.

"Saya beritahu dia jangan buang masa,saya tidak sedia tinggalkan UMNO dan Barisan Nasional",katanya

Mengenai samaada sedia hadapi saman Anwar beliau berkata, "ya,saya tak ada masalah.Sebagai Menteri Luar ada ada banyak perkara penting nak dibuat.Anwar tidak membimbangkan saya" .-17/5/2009

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

Saturday, May 16, 2009

Anwar nafi dakwaan Anifah, minta tarik balik kenyataan



Sabtu Mei 16, 2009


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kenyataan Menteri Luar Datuk Anifah Aman di Washington bahawa beliau menawarkan kepada Anifah jawatan timbalan perdana menteri sebagai umpan untuk melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan di sini hari ini, peguam S. N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata anak guamnya itu mahu Anifah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan itu.

Kata Nair, Anwar memintanya memfailkan saman fitnah terhadap Anifah sekiranya menteri luar itu tidak menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton di Washington pada Khamis, Anifah berkata beliau secara peribadi telah dipelawa menyertai Pembangkang dan ditawarkan jawatan amat tinggi oleh Anwar. BERNAMA

(sumber;http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/16/mstar_berita/20090516191349&sec=mstar_berita)

60,000 Anggota Jentera Penerangan Umno Tidak Faham Tugas : Ahmad Maslan

KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) -- Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti.

Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu.

"Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat," katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Ahmad, yang baru dilantik ke jawatan itu pada selepas perhimpunan agung Umno pada Mac lepas, berkata beliau berazam untuk mengaktifkan kesemua jentera yang ada menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Jika semua jentera penerangan itu digerakkan, ia mampu memberi impak baik kepada Umno dan Barisan Nasional kerana dengan cara itu rakyat akan lebih faham tentang isu-isu semasa," katanya.

Ahmad berkata anggota jentera penerangan yang dikenal pasti akan dilatih sebagai penceramah dan diberi penerangan tentang isu-isu semasa supaya mereka dapat menjalankan peranan di peringkat akar umbi.

Katanya beliau menyasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 50 penceramah di setiap negeri.

-- BERNAMA

Umno perlu berani buat perubahan, menerajui pembaharuan


"Kalau kita berada di keluk pembaharuan, kalau selama ini kita adalah parti yang menerajui perubahan, mengapa tidak kita sekali lagi muncul sebagai parti yang berani membuat perubahan kepada parti dan negara Malaysia yang tercinta ini? - Najib Razak, Presiden Umno.



Parti wajar sentiasa berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju baru negara

1.0 ALHAMDULILLAH, dengan izin Allah SWT, maka dapatlah kita berhimpun di Dewan Merdeka ini untuk meraikan tarikh kelahiran parti keramat kita, Umno, pada hari ini, 11 Mei. Dengan sambutan ini, maka genaplah usia Umno lebih enam dasawarsa atau lebih tepat, usia Umno mencecah 63 tahun.

2.0 Enam puluh tiga tahun, hari ini menandakan sudah lebih enam dekad Umno lahir sebagai wadah politik rumpun Melayu, bagi memartabatkan bangsa, agama dan negara. Dalam tempoh 63 tahun, satu perjalanan yang menjangkau masa yang begitu lama, jasa Umno, budi Umno kepada bangsa, agama dan negara tidak ternilai selamanya.

3.0 Umno memulakan detik yang amat bersejarah, membuka tirai kepada wujudnya suatu bangsa yang boleh digelar sebagai bangsa yang merdeka, sebagai sebuah bangsa yang berdaulat apabila kita adalah saf barisan hadapan bersama-sama kepada rakyat kita, bersama-sama MCA dan MIC ketika itu � berjuang menentang Malayan Union.

4.0 Kemudian sama-sama kita melihat peristiwa bendera Union Jack diturunkan dan bendera kita yang berdaulat dinaikkan dengan rasa penuh megah dan bangga. Kita juga berhimpun pada hari ini untuk mengimbau kembali perjalanan kita, perjalanan selama 63 tahun yang membawa kepada begitu banyak perubahan besar kepada negara kita.

5.0 Daripada bangsa yang terhina menjadi bangsa yang bermaruah; daripada negara yang tidak dikenali kepada sebuah negara yang menjadi contoh kepada negara sedang membangun; daripada rakyat yang miskin dan serba kekurangan kepada rakyat yang hari ini, kebanyakannya sudah pun melepasi garis kemiskinan, malah lahir golongan intelek, profesional, cendekiawan.

6.0 Ini hasil perjuangan dan dasar yang dilakukan Umno selama ini. Tidak ada suatu pun perubahan, sama ada perubahan besar atau kecil, jika tidak kerana hasil perjuangan Umno.

7.0 Namun kita bukan sebuah parti yang hanya akan bersandar kepada nostalgia. Dengan hanya melihat ke belakang mengenai betapa besarnya nilai kita, betapa besarnya kejayaan kita. Tetapi hakikatnya, kita tidak akan terus kekal berkuasa selagi kita tidak dapat merasai denyutan nadi rakyat dan aspirasi rakyat.

8.0 Kita mesti menjadi parti yang sanggup berubah. Kalau kita berada di keluk pembaharuan, kalau selama ini kita adalah parti yang menerajui perubahan, mengapa tidak kita sekali lagi muncul sebagai parti yang berani membuat perubahan kepada parti dan negara Malaysia yang tercinta ini?

9.0 Saya yakin, dengan pengalaman kita walaupun berada di lingkaran yang kecil, tapi kita sanggup belajar daripada pengalaman, waima getir dan pahit sekalipun akan kita jadikan itu sebagai ingatan dan kita sanggup melakukan perubahan yang besar. Maka insya-Allah, kita boleh bangkit dan bangun untuk menjadi parti yang lebih kuat, lebih subur dan lebih berjaya lagi.

10.0 Saya mengajukan perubahan kerana mana-mana parti yang tidak berani membuat perubahan, walaupun parti itu begitu banyak jasanya, namun akhirnya jasa itu akan tinggal dalam lipatan sejarah.

11.0 Mengapa perkara ini berlaku? Bukan kerana rakyat tidak menilai jasa dan budi, tetapi rakyat ingin melihat ke hadapan, rakyat ingin tahu apa yang hendak kita lakukan untuk mereka dan negara, dan lebih-lebih lagi generasi pasca merdeka, generasi pasca hitam 13 Mei, generasi pasca krisis kewangan Asia, yang akan menjadi pengundi, malah ada yang menjadi pengundi dan ramai lagi akan menjadi pengundi menjelang pilihan raya akan datang.

12.0 Mereka baca jasa Umno, tapi mereka tidak boleh menghayati jasa kita itu. Mereka buka buku sejarah, tapi mereka tidak berdiri bersama waktu bendera Union Jack diturunkan. Mereka baca buku mengenai proses pengisian kemerdekaan tapi mereka tidak bersama-sama berjalan meniti bendang untuk mengisi kemerdekaan.

13.0 Mereka hasil kejayaan kita dan mereka membuka serta membawa minda yang terbuka. Mereka berfikir lebih kritis kerana minda mereka telah pun terbuka melalui dasar pelajaran kita selama ini.

14.0 Oleh itu, Umno tidak ada pilihan. Kalau Umno ingin jadi parti yang relevan, parti yang menjadi teras pada pemerintahan, Umno mesti menjadi parti yang berani membuat perubahan, menerajui pembaharuan yang berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju yang baru untuk negara kita pada keseluruhannya.

15.0 Insya-Allah, perubahan kini akan kita lakukan. Saya sudah memulakan kepemimpinan. Saya mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri dengan membawa cogan kata '1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Prestasi Diutamakan.'

16.0 1Malaysia bukan satu perkara yang baru sebenarnya. Kalau kita menyorot kembali perjuangan Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar cuba membuka pintu Umno pada kaum lain tapi tidak berjaya ketika itu.

17.0 Selepas itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman menubuhkan Perikatan berdasarkan pada semangat kebersamaannya.

18.0 Perdana Menteri kedua, Allahyarham ayahanda saya, Tun Razak (Hussein) menukar Perikatan menjadi Barisan Nasional dan waktu Tun Dr Mahathir (Mohamad) menjadi Perdana Menteri, beliau melontarkan konsep bangsa Malaysia, manakala zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan misi nasionalnya.

19.0 Apabila saya menyusul dengan 1Malaysia, ia berpaksi kepada Perlembagaan negara kita, berpaksi kepada Rukun Negara dan berpaksi kepada hakikat serta realiti bahawa kita adalah negara majmuk dan kejayaan Umno mestilah bersandar kepada sokongan orang Melayu dan juga sokongan rakyat daripada pelbagai kaum.

20.0 Insya-Allah, dengan semangat yang lebih inklusif ini, dengan semangat kebersamaan ini, kita akan dapat kekuatan baru untuk menghadapi pelbagai cabaran. Kita tidak boleh alpa dengan hakikat bahawa sistem demokrasi berparlimen adalah suara rakyat, suara keramat. Kita tidak boleh asyik dengan kuasa dan jawatan.

21.0 Apa guna jawatan dalam parti kalau kita kehilangan kuasa. Maka kita mesti jadi anggota parti yang sanggup berkhidmat. Apabila kita membuat pembaharuan, ia mestilah disertai bukan saja dengan pembaharuan dan perubahan parti, tapi budaya baru yang mesti kita serapkan ke dalam parti Umno kita.

22.0 Budaya baru Umno ini mestilah berpaksi kepada semangat sanggup berkhidmat dan meletak kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan lain. Budaya yang tawaduk Umno. Inilah budaya yang mesti kita pupuk di kalangan ahli parti. Rakyat tidak mahu lagi pada sebutan retorik. Rakyat ingin melihat kejayaan dalam usaha kita melakukan perubahan untuk negara.

23.0 Teringat saya pada sebahagian drama Shakespeare yakni yang disebut Mark Anthony ketika pengebumian Julius Ceasar: "Kejahatan yang manusia lakukan akan sentiasa diingat, manakala kebaikan pula akan tertanam dengan tulang belulang mereka".

24.0 Saya tidak setuju dengan pendapat Shakespeare ini, kerana manusia akan menilai kebaikan yang dilakukan kita. Janganlah kita berasakan bahawa khidmat kita yang ikhlas tidak akan diperhati dan dihargai oleh rakyat, kerana pada akhirnya sebagai orang Islam, kita percaya Allah adalah penilai yang sebaik-baiknya.

25.0 Sebagai sebuah parti, kita akan hadapi banyak cabaran dan banyak dugaan dalam perjalanan kita. Apatah lagi pada hari ini, yang sepatutnya kita sambut dengan suasana yang sungguh meriah, tapi sedikit sebanyak dicemari dengan keputusan mahkamah yang kita ketahui pada hari ini (kelmarin).

26.0 Dalam sejarah Umno, kita sudah menerima keputusan mahkamah yang mengharamkan Umno dan kita bangkit daripada keputusan itu dengan membina Umno Baru yang menjadi lebih bagus.

27.0 Saya percaya, semangat yang sama mesti ada pada kita. Kita menang dua keputusan mahkamah, kita kalah satu. Dari segi moral ialah kemenangan 2-1. Ini bukan penghujung jalan. Masih ada lagi jalan untuk difikir langkah-langkah yang sewajarnya.

28.0 Insya-Allah, saya dan rakan saya dalam Majlis Tertinggi akan fikir semasak-masaknya, dengan penuh kesabaran dan ketabahan mengenai apakah jalan terbaik untuk parti Umno dan BN yang kita kasihi.

29.0 Mudah-mudahan, Allah akan memberi petunjuk kepada kita untuk membuat keputusan yang terbaik demi masa depan perjuangan.

30.0 Tetapi hati saya menjadi begitu riang apabila melihat dewan ini penuh dengan penyokong dan ahli Umno. Rakan kita dalam BN yang sanggup bersama dengan kita, termasuk bekas Presiden parti, Tun Dr Mahathir, yang sanggup bersama-sama kita pada hari ini.

31.0 Inilah keluarga kita dan atas kekuatan keluarga ini kita akan menyusun langkah menghadapi apa juga cabaran dan tanpa patah semangat, kita tahu di bahu kita tergalas amanah menjunjung amanat untuk bangsa, agama dan negara.

32.0 Kita tidak akan mengabaikan apapun yang dicurah pemimpin kita sebelum ini. Mereka mengharapkan kita meneruskan perjuangan Umno dan insya-Allah, bukan saja kita akan meneruskan perjuangan Umno tapi kita akan letakkan Umno di atas tempat yang sebaik-baiknya bagi parti keramat yang kita kasihi ini.

33.0 Selamat berjuang dan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Semoga Allah memberkati perjuangan kita semua.

34.0 Selamat menyambut hari kelahiran parti Umno kita yang ke-63!

(sumber;http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090512225525/Article/)

Kacamata: Umno utamakan penjelasan dari gelap, samar, terang



AHMAD (kanan) ketika melakukan lawatan kerja ke Pejabat Penerangan Umno.

Oleh Hishamuddin Aun
hishamaun@nstp.com.my


Ahmad Maslan sedia gerakkan jentera penerangan raih sokongan

AHMAD Maslan hanya tersipu-sipu apabila diingatkan zamannya bermain lastik dan layang-layang tidak lagi boleh disamakan dengan zaman pencinta internet, I-pod dan Playstation yang menjadi golongan sasarnya kini.

"Saya kena akui itu," kata Ketua Penerangan Umno yang baru dilantik itu. "Zaman memang sudah banyak berubah, apatah lagi golongan muda lebih terdedah kepada kecanggihan teknologi, termasuk kecenderungan mereka kepada media maya."

Di bahunya terpikul amanah yang amat berat. Sebagai pengganti Tan Sri Muhammad Muhd Taib, pelantikan Ahmad, 43, seperti diumumkan Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, 24 April lalu, bukan tanpa bersebab.

Harus tidak bersalahan untuk beliau dilihat berupaya memainkan peranan sebagai jambatan bagi generasi baru di dalam Umno.

Pada usia awal 40-an, Ahmad dirasakan sesuai untuk menyelami aspirasi generasi berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an di mana Umno kehilangan sokongan pada Pilihanraya Umum (PRU), 8 Mac tahun lalu.

"Tujuh petala langit di bahu kanan dan tujuh petala langit di bahu kiri... begitulah saya rasa beratnya tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Umno," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad, yang tidak berselindung sebagai anak keluarga penoreh getah di Kampung Parit Yusuf, Lubok Sipat, Benut, Johor yang baru menikmati kemudahan elektrik, air paip dan jalan tar kurang daripada 15 tahun lalu, tidak menganggap ada apa-apa yang mustahil.

Dari kecil, beliau sudah jenuh mengharungi pelbagai kepayahan sebagai anak kampung yang daripada kata-katanya sendiri, terperosok di 'tempat jin bertendang'.

Lantaran itu juga, empat keutamaan bagi membantu Presiden Umno dan parti dalam tugas barunya itu, diberinya kod 'mission possible'.

Pertama, untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dengan Umno sebagai parti tonggak, memenangi PRU Ke-13 dengan majoriti lebih dua pertiga serta menawan kembali negeri yang kalah.

Kedua, mengukuhkan kembali Umno menerusi proses penjenamaan dan peremajaan semula di segenap peringkat.

Ketiga, menyatupadukan semula di bawah lembayung Umno orang Melayu yang kini berpecah kepada empat kelompok, termasuk golongan atas pagar.

Keempat, menarik semula sokongan orang Cina dan India yang berpaling daripada menyokong BN pada PRU Ke-12.

"Mula-mulanya saya tertanya-tanya juga kenapa saya yang dipilih untuk tugas ini," akui Ahmad. "Lazimnya jawatan Ketua Penerangan Umno diberi kepada veteran dalam parti.

"Datuk Najib yang yakinkan saya bahawa tak ada masalah dari segi itu kerana beliau sendiri jadi Menteri Besar pada usia 28 tahun dan jadi menteri pada usia 34 tahun."

Malah, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut terdorong untuk melihat daripada keanggotaan 48 orang dalam MT Umno, cuma enam adalah dari golongan muda.

"Soalnya macam mana kita nak tarik golongan berusia 30 tahun kalau tidak dipertanggungjawabkan kepada beberapa kerat dalam MT yang hampir dengan usia mereka juga," katanya.

Lebih daripada itu, tugas Ketua Penerangan Umno memerlukan seorang yang suka banyak bercakap dan Ahmad harus memenuhi kriteria itu.

Celotehnya berbagai-bagai � daripada berlatarbelakangkan jawatan Ketua Penerangan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) sejak Mei 2008 serta Ketua Penerangan UMPG (Umno MP Group).

Singkatan daripada Umno itu sendiri diterjemahkannya sebagai 'untuk membela nasib orang' sambil pendekatan yang mahu diterapkannya sebagai Ketua Penerangan Umno pula mengambil sempena 'GST'.

"Bukan government sales tax tapi dari gelap kepada samar, dari samar kepada terang," katanya.

"Kita akan menggunakan media bersemuka, media elektronik, media cetak dan media maya untuk mendekati kumpulan sasar seluruh rakyat Malaysia kerana Umno ini bukan hanya perjuangan untuk orang Melayu tetapi juga rakyat Malaysia."

Ahmad turut akur bahawa di atas kertas, Umno hari ini yang memiliki lebih 20,000 cawangan di seluruh negara, kecuali Sarawak, mempunyai jentera yang amat hebat � setiap satunya mempunyai ketua penerangan selain jawatan sama dari setiap sayap wanita, pemuda dan puteri.

Jika dijumlahkan semuanya, Umno boleh bersandar kepada lebih 80,000 ketua penerangan di peringkat cawangan saja yang harus mempermudah tugas untuk memberi penjelasan sesuatu isu atau dasar kerajaan kepada rakyat.

"Tapi itu cuma di atas kertas," kata Ahmad, "sedangkan dari segi realitinya tidak semudah itu. Ramainya ketua penerangan di peringkat cawangan sampai mereka tidak tahu apa tugas mereka.

"Walhal duduk di kedai kopi dan bercerita baik mengenai Umno itu juga kerja penerangan.

"Kalau jenamanya saja baik tapi pemasarannya tak cantik pun tak jadi juga. Nanti barang tak terjual."

Seperti sering diingatkan oleh Najib bahawa era 'kerajaan tahu semua' sudah berlalu, Ahmad menerima hakikat bahawa biro diketuainya memerlukan pendekatan luar biasa dalam tempoh dua tahun berikut bagi memastikan sokongan orang Melayu kepada parti itu kukuh dan masih tetap relevan.

"Dua tahun bukanlah masa yang panjang," katanya. "Apabila kita fikirkan banyaknya kerja penerangan yang hendak dibuat, tempoh dua tahun itu sebenarnya sangat suntuk."

Dalam pada itu, tidak semua yang dapat digerakkan serta-merta, termasuk keanggotaan Biro Penerangan Umno yang belum dapat dilengkapkan kerana ketua-ketua perhubungan negeri yang baru dilantik, belum menamakan ketua penerangan masing-masing.

Sambil sesetengah masih boleh menunggu, Ahmad pula tidak mahu berlengah � jadualnya akan bermula dengan pertemuannya dengan ketua penerangan Umno bahagian, berserta ketua penerangan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian di seluruh negara, bermula di Melaka hari ini.

"Saya akan turun padang dari satu negeri ke negeri yang lain untuk bersemuka dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka.

"Kita tidak boleh hanya bercakap untuk turun padang bila pada masa lalu ramai yang memilih untuk turun ke padang golf.

"Selain sesi penerangan, ceramah, bengkel dan kursus, Umno memerlukan lebih daripada itu bagi memastikan ketua penerangan sama ada di peringkat bahagian mahupun ketua penerangan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian, benar-benar memahami peranan dan tugas masing-masing," katanya.

Bagi seorang yang dari kecil sudah terbiasa bermalamkan lampu pelita dan bermandikan air sungai dan telaga, Ahmad berharap untuk menunjukkan contoh bagaimana rakyat boleh didekati untuk sokongan kepada Umno diperkukuhkan.

"Kita harus berubah jika tidak mahu diubah, kalau tidak berubah kita akan rebah, dan kalau kita tak perintah, maka kita akan diperintah."

(sumber;http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090509231052/Article/)

Sediakan Hujah Dengan Fakta Yang Betul Tangkis Fitnah Pembangkang, Kata Najib


16 Mei, 2009 16:14 PM



SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) -- Umno perlu bertindak dengan menyediakan hujah-hujah dengan fakta-fakta yang betul bagi menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang, kata Presiden Umno yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak.

Fitnah atau "spinning" yang dilakukan oleh pembangkang seolah-olah meletakkan Umno tidak berada di pihak yang betul atau dalam keadaan terlalu mempertahankan diri berhubung apa yang dilemparkan terhadap parti, kata Perdana Menteri dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor yang pertama selepas beliau mengambil alih jawatan itu yang sebelum ini dipegang oleh Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

"Jadi dengan langkah-langkah baru yang akan kita ambil ini, kita akan lebih bersedia untuk menghadapi serangan daripada parti pembangkang," kata Najib.

Dalam pendekatan baru Umno Selangor pada kali ini, beliau berkata pendekatan yang lebih mesra rakyat diutamakan dalam segala perkara yang dilakukan dan beliau telah menggariskan apa yang perlu dilakukan oleh Umno Selangor.

Najib berkata adalah penting bagi Umno Selangor bekerja sebagai satu pasukan yang padu dan menyedari keperluan untuk sentiasa mengutamakan kepentingan serta kebajikan rakyat dengan memperbanyakkan program mesra rakyat dalam sebarang tindakan yang dilakukan atas nama Wakil Rakyat, Ketua Bahagian atau pemimpin Umno.

Mesyuarat hari ini juga menetapkan supaya Umno Selangor mengambil langkah tertentu bagi meningkatkan keberkesanan khidmat Umno kepada rakyat di negeri ini, termasuk mengkaji semula peranan yang dimainkan oleh para pemimpin Umno dan kaedah-kaedah yang diguna pakai.

"Saya percaya dengan semangat yang diperlihatkan pada hari ini dan pendekatan baru yang kita amalkan, kita akan dapat meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang Datuk Mohamad Satim Diman sebagai Setiausaha Perhubungan Umno Selangor yang baru menggantikan Adun Sungai Air Tawar Datuk Raja Ideris Raja Ahmad.

Naib Ketua Bahagian Kelana Jaya Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor pula dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Adnan Buyong manakala Adun Kuang Abdul Shukur Idrus yang juga Ketua Bahagian Selayang menggantikan Adun Sementa Datuk Abdul Rahman Palil sebagai Ketua Penerangan yang baru.

Najib juga mengumumkan pelantikan Adun Sungai Panjang Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Ketua Kumpulan Pemikir Umno Selangor, iaitu jawatan baru yang diwujudkan dalam Badan Perhubungan Umno Negeri.

Mengenai ura-ura Parti Progresif Penduduk (PPP) mahu meninggalkan Barisan Nasional (BN), Najib berkata: "Saya tidak tahu. Apa jua perkara yang berkaitan dengan BN akan kami bincangkan di peringkat Dewan Tertinggi BN."

Ditanya kemungkinan beliau campur tangan dalam perbalahan antara Presiden PPP Datuk M.Kayveas dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah, Najib berkata beliau sedang memikirkannya dan belum membuat keputusan lagi.

Mengenai sama ada wajar PPP keluar dulu daripada BN untuk menyelesaikan masalahnya dan menyertai semula BN kemudian, beliau berkata: "BN bukanlah parti boleh keluar masuk keluar masuk. Kita kena ada disiplin dalam Barisan Nasional... sebagai satu keluarga besar kalau tak ada disiplin orang lihat parti kita ini parti yang boleh buat sesuka hati."

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=411501)

JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) - apakah tugas hakiki pegawainya? dari mana asalnya ?


Wednesday, May 13, 2009


Sebagai orang yang pernah berkhidmat dengan kerajaan, kawan terkilan juga dengan tulisan dalam blogger oranggomen.blogspot.com, mengkritik tugas dan tanggungjawab Pegawai-Pegawai JASA gred s22. Bagi kawan sepatut luahan pegawai sokongan dalam blog tersebut tidak patut berlaku, kita sebagai orang dalam mana-mana jabatan kerajaan perlu akur dengan Akta Rahsia.

Kawan print tulisan tersebut, kawan cari 2-3 orang Pegawai JASA yang bertugas dalam kawasan kawan dan kawan mintak pandangan mereka berhubung dengan kritikan tersebut. Gu kawan ni mendakwa telah berkhidmat dengan JASA atau dikenali dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia lebih 20 tahun, begini ceritanya yang kawan catat dan paparkan untuk anda semua :-

Sebelum JASA diujudkan, ianya dikenali dengan Cawangan Hal Ehwal Khas kemudian Bahagian Hal Ehwal Khas dibawah pentadbiran Jabatan Penerangan Malaysia. Pegawainya dipanggil Pemabntu Luar Gred S7 Kontrak, sama dengan pegawai sokongan berjawatan Pembantu Penerangan dalam Jabatan Penerangan Malaysia, pegawai-pegawai kontrak ini ada juga dalam KEMAS, Jabatan Pembangunan Koperasi dan FELDA.

Pada tahun 80an, pegawai-pegawai ini hanya dibayar elaun sahaja, lebih kurang RM900+-, tiada kemudahan tuntutan elaun perjalanan, loging, makan dan kerja lebih masa, kemana sahaja pegawai ini bertugas dengan kenderaan sendiri, minyak kereta sendiri, bukan macam Pembantu Penerangan yang dapat semua kemudahan dan menjalankan tugas menggunakan unit jabatan.
Kerjanya bukan untuk kempen politik UMNO, menjalankan tugas untuk kerajaan, hari-hari berjumpa penduduk setempat, menjelaskan apa saja isu-isu yang bertentangan dengan dasar kerajaan. Oleh kerana pegawai ini dilantik dari kalangan orang-orang politik, khususnya UMNO, maka banyak yang menyangka pegawai ini kerjanya semata-mata kempen untuk UMNO. kalau dulu perlantikan pegawai ini, bukan sijil yang diutamakan, pegawai dilantik berdasarkan aktiviti individu itu dengan masyarakat setempat, perhubungan yang baik serta diterima oleh masyarakat setempat.

Kenapa pegawai ini dilantik ? Kerana bagi mengimbangi Kakitangan Kerajaan dari pelbagai agensi kerajaan yang pro pembangkang, macam penulis dalam blog oranggomen, menghalang setiap dasar kerajaan yang hendak dilaksanakan untuk rakyat telah disabotaj oleh pegawai-pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab macam penulis blog oranggomen. Oleh kerana ada petualang-petualang dalam jabatan kerajaanlah, maka pegawai ini dilantik dari kalangan penyokong UMNO atau kerajaan tulin, bagi menghindarkan daripada rakyat menuduh kerajaan tidak melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.

Pegawai-pegawai kerajaan bersikap kominis terlalu banyak dalam agensi kerajaan, mereka-mereka inilah yang mensabotaj setiap dasar yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat dan rakyat akan marah pada kerajaan. tapi kawan heran juga, mengapa pegawai/kakitangan seperti ini masih mahu bekerja dengan kerajaan, beri makan anak bini hasil dari kerajaan, kemudian tidak amanah dalam menjalankan tugas, apa tidaknya, kalau deme telah lari dari dasar-dasar kerajaan, sabotaj kerajaan, tak amanahlah namanya........ apa hukumnya.........

Katakan deme pegang jawatan Guru, tujuan untuk memberi ilmu, tapi deme telah berkempen kepada ibubapa dan pelajar membenci kerajaan, salah atau tak salah etika kerja deme ? Begitu juga kalau anda seorang Pegawai di Jabatan Pertanian, bantuan patutnya diberi kepada orang kampong, tapi semua benih, baja deme jual kat tokeh cina, apa hukumnya ? Apatah lagi kalau deme seoarang pegawai di Jabatan Penerangan, tapi berkempen dan memutarbelitkan fakta kerajaan, apa hukumnya ?

Sebab itulah Pegawai-Pegawai JASA Gred S22 diujudkan, kalau dulu memang tiada yang nak pandang dengan pegawai JASA ni, sejak diujudkan sebuah Jabatan dalam tahun 2000, dibawah Kementerian Penerangan Malaysia, semua pegawai-pegawai dinaikan gred, gaji agak lumaya, menerima pelbagai kemudahan, ramailah yang cemburu termasuk orang-orang politik. Lebih-lebih lagi dari sahabat-sahabat yang satu kementerian, macam-macam tohmahan dilemparkan kepada pegawai-pegawai JASA ni....... tau tak deme, mereka tidak berpencen macam pegawai tetap, bila kontrak dah tak sambung, pegawai ni dihumban macam sampah je......

Pegawai JASA ni, bukan berkempen politik, mereka meninjau disetiap ceruk dalam kawasan, mencari, mendapat maklumat dari rakyat dan laporkan kepada kementerian. Setiap kelemahan yang ada dalam kampong-kampong, tugas kerajaan atau agensi kerajaan yang terlibat untuk memperbaikinya. Pegawai JASA juga perlu menerangkan apa yang telah kerajaan buat untk rakyat, sebab apa ? sebab rakyat telah banyak menerima maklumat-maklumat yang tidak betul dari pembangkang dan juga pegawai-pegawai kerajaan macam penulis blog oranggomen ni.

Janganlah menidakkan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai JASA, namun tidak dinafikan ada yang lari dari tanggungjawab........`

Janganlah dengki sangat dengan pegawai JASA ni, hanya pada tahun 2000 barulah mereka dapat sedikit nikmat dari tugas yang mereka laksanakan. Sebelum ini, dimana sahaja bertugas, arahlah keseluruh ceruk dalam negara, kawasan pendalaman di Sabah, Serawak, tak pernah mereka menolak. Mereka dengan rela hati berkorban masa, tenaga, meninggalkan keluarga semata-mata untuk melaksanakan amanah kerajaan. Oleh kerana tugasnya sentiasa berjumpa denga masyarakat, sebab itu ramai yang telah dipilih menjadi calon dalam pilihanraya. Jangan cemburu wahai sahabat-sahabat terutama dri Jabatan Penerangan Malaysia...........

Begitulah yang dapat kawan paparkan, luahan dari gu-gu yang berkhidmat dengan JASA, mereka harap, janganlah buat cerita-cerita fitnah untuk memburukan nama baik Jabatan Hal Ehwal Khas atau kakitangannya. banyak lagi Kakitangan agensi-agensi kerajaan yang lari dari tugas sebenar menyebabkan rakyat marah pada kerajaan. Lebih baik letak jawatan daripada anda berselindung macam musang.........

Posted by YANG GAMBI at 1:57 PM

(sumber;http://yanggambi.blogspot.com/2009/05/jabatan-hal-ehwal-khas-jasa-apaka-tugas.html)

MOVE OR BEING REMOVED..?








Susulan daripada posting lepas, OG terima satu luahan hati seorang penjawat awam daripada salah satu jabatan Gomen yang dipanjangkan oleh seorang rakan dari sebuah syarikat akhbar perdana! Teks itu dihantar ke ruangan pembaca untuk disiarkan, tetapi rakan OG menyalurkan kepada OG untuk dikongsi bersama. Tersentak OG meneliti reaksi beliau terhadap realiti sebenar dalam sesebuah agensi Gomen. Mungkin ada lagi agensi Gomen yang lebih daring daripada ni kot..? Ntahlah..harap-harapnya tiadalah.

So di sini OG paparkan antara LUAHAN HATI SEORANG PENJAWAT AWAM berkenaan untuk renungan kita semua. Sama-samalah kita muhasabah diri untuk kebaikan perkhidmatan & agensi...

"Saya amat berterima kasih dan berbangga berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), satu-satunya agensi Kerajaan yang bidang kerjanya adalah dalam hal ehwal politik (khususnya parti UMNO). Tetapi saya bukanlah pegawai politik JASA. Saya hanyalah kakitangan sokongan sahaja di JASA.

Selama berkhidmat dengan JASA saya faham apa makna politik sebenarnya, sebelum ini saya buta dan jahil pasal politik. Sejak kebelakangan ini JASA sibuk dengan kerja-kerja pilihan raya kecil di sana-sini. Bila tiba pilihan raya, hampir semua pegawai dan jentera kerja JASA dikerahkan untuk turun padang menjalankan kerja-kerja kempen.

Yang saya hairan ialah, setiap kali pilihan raya kecil, UMNO atau BN kalah saja! Maka tertanya-tanyalah saya sendiri..apa lagi yang tak cukup? Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen? Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?

Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja. Ada juga yang diturunkan sebagai `pegawai tugas-tugas khas’ untuk jaga bila Ketua Pengarah turun padang. Selain dariapada itu tiada melakukan apa-apa kerja, sekadar jadi pemantau bilik gerakan macam `anjing pengawal’ gayanya.

Pegawai JASA tak sempat buat kerja kempen masa pilihan raya kerana sibuk mengikut bontot mana-mana pemimpin parti yang datang ke kawasan pilihan raya. Inilah hakikatnya! Mereka amat bermegah-megah dengan situasi ini. Mereka tolak kerja ke tepi! Bila sampai masa kena hantar laporan, mereka tulis sahaja apa kawan-kawan lain cakap. Yang paling sedih ialah ada juga antara pegawai lapangan yang `swastakan’ laporan kerana tak masuk kawasan! Apa dah jadi ni?

Ada juga yang terlibat pilihan raya semata-mata nak makan elaun dan over time. Kalau rate over time RM15 satu jam kali dengan 7 jam sehari (5ptg – 12mlm) maknanya RM105/hari over time sahaja. Itu tidak dikira hari Sabtu, Ahad dan cuti umum lagi. RM105 kali dengan 20 hari bekerja dah berapa banyak duit over time..RM2100. Patutlah lagak pegawai JASA hebat-hebat semua. Terkejut saya melihat borang tuntutan over time pegawai JASA gred S22. Yang peliknya tuntutan over time bukan sahaja di musim pilihan raya sahaja tetapi setiap bulan di semua daerah! Persoalan saya ialah apa kerja yang mereka buat, tapi pilihan raya tetap kalah! Pihak pengurusan pula tidak banyak soal, semuanya lulus. Saya beranggapan bahawa 60 peratus daripada duit JASA dihabiskan untuk membayar tuntutan elaun pegawai dan over time sahaja!

Satu lagi ialah program Taqarub! Saya lihat hampir setiap pegawai melaksanakan program Taqarub setiap hari. Satu hari bukannya satu, ada sampai lima program! Perbelanjaan pula di bayar secara tunai. Persoalan saya ialah adakah program ini benar-benar dilaksanakan dan apakah kesan atau impaknya kepada JASA dan Kerajaan? Siapa pula khalayaknya? Orang awam atau sanak saudara sahaja. Lagi pun prosedur tuntutan kepada program Taqarub amat senang! Kalau di kawasan pilihan raya kecil lagi banyak program Taqarub dan beribu-ribu khalayaknya…tapi BN tetap kalah! JASA buat untuk siapa? Untuk penyokong pembangkang kah?

Ada juga kawan-kawan di JASA bercakap, kalau musim pilihan raya inilah peluang nak tukar handphone baru, cat kereta baru, sport rim baru dan kadang-kadang siap boleh tukar kereta baru lagi! Macam mana pegawai JASA `berniaga’ dalam tempoh 20 hingga 30 hari dalam tempoh pilihan raya..? Aneh! Memang aneh kerana perkara ini memang berlaku!

Saya dapati banyak `benda-benda pelik’ berlaku dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran JASA. Saya rasa sedih kerana Jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rakyat ini sesunguhnya tidak menjaga rakyat, sebaliknya hanyalah menjaga kepentingan `warga kontrak’ JASA sahaja – samada pengawai DUN gred S22 hinggalah kepada Ketua Pengarah yang bertaraf JUSA. Tidak terkecuali satu kumpulan yang bergelar `Panel Pemikir JASA’.

Saya lihat panel pemikir adalah sesuatu yang merugikan duit rakyat. Mengapa perlu ada pemikir lagi kalau semua pegawai kontrak di DUN dan Parlimen itu orang-orang kuat parti dan pakar politik setempat. Panel pemikir tidak tahu apa berlaku di kampong kerana mereka berada di ibu pejabat. Latar belakang mereka pun bukan lah daripada orang politik atau strategist. Kalau panel pemikir benar-benar berfungsi, adalah mustahil semua strategi tidak menjadi! Bagaimana Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN boleh bertukar tangan kepada PAS? Apa yang difikirkan panel pemikir. Atau adakah panel pemikir mula berfikir bila diminta berfikir…?


Sesungguhnya kalau dilihat visi, misi dan objektif serta fungsi, JASA adalah satu-satunya nadi UMNO dan BN dalam memastikan kesinambungan pemeritahan Kerajaan hari ini. Semuanya suci, murni dan indah! Namun di mana silapnya? Adakah kelemahan ini berpunca daripada pihak pengurusan yang gagal atau bersekongkol dengan orang bawahan atau pegawai-pegawai kontak yang di pilih itu sememangnya tidak amanah. Kalau tidak amanah mengapa tidak ambil tindakan? Apa peranan pengurusan tinggi dalam hal ini. Saya tidak pasti sama ada KP menyedari kepincangan ini atau sengaja melindungi demi kepentingan diri.

Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar kepimpinan JASA sedia ada ditukar ganti. JASA memerlukan seorang ketua yang energetic, universal dan integriti yang tinggi dalam menangani anak buah yang terdiri daripada orang-orang politik yang sentiasa berpolitik siang dan malam. JASA harus diselamatkan daripada perlakuan keji pelaku-pelaku politik yang berteraskan pangkat, perut dan poket".


Sewajarnya dalam kita menghadapi pelbagai isu dan kegawatan ekonomi, fokus dan nawaitu kena bersih dan ikhlas. Janganlah pulak menambahkan keroh dan gelombang sedia ada. Orang-orang Gomen ni tak pikir ka betapa peningnya pemimpin-pemimpin kita dok sort out masalah dalaman..ni dok nak tambah lagi.

Setelah meneliti teks luahan hati penjawat awam berkenaan, dapatlah OG simpulkan bahawa setiap penjawat awam, samada tetap atau kontrak, cermin-cermin lah diri sendiri. Tanya diri sama ada kita ini melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna atau sebaliknya.. Amanah wang rakyat dan Kerajaan terhadap kita adakah digunakan sejujurnya. Kuasa pengurusan dan pentadbiran yang diberikan oleh KSN & KPPA serta KSU kepada kita digunakan secara berkesan atau disalahgunakan?

OG dapati rakyat Malaysia hari ini banyak terdedah kepada fenomena `penyakit kritikal' sama ada fizikal atau mental. Maknanya rakyat Malaysia ni rata-ratanya TIDAK SIHAT! Berpenyakit! Daripada penyakit kanser otak sampailah ke penyakit `tak berotak'! Fenomena ini amat membimbangkan apabila menular di dalam warga perkhidmatan awam! Therefore mana penjawat awam yang rasa tak sihat dan tak mampu deliver..mohonlah berundur secara hormat! Kalau anda sayangi perkhidmatan awam khususnya jabatan/agensi anda bertindaklah sekarang.

Posted by OG at 1:11 PM
Labels: JASA, KEMENTERIAN PENERANGAN, Orang Kerajaan, PERKHIDMATAN AWAM

(sumber;http://oranggomen.blogspot.com/)

Lawan pembangkang macam api lawan api…





Walaupun pembangkang kini bersikap kurang ajar, UMNO begitu juga Barisan Nasional (BN) tidak perlu bersikap serupa untuk menentang parti tersebut tetapi perlu tegas ibarat ‘api kena dilawan dengan api’ juga.

Dalam masa sama UMNO kena mengubati hati orang Melayu yang rata-rata sudah kecewa kerana parti itu dilihat lebih banyak menyenangkan hati orang Cina dan India sedang mereka tidak menjaga hati orang Melayu.

Dua perkara ini adalah antara dibangkitkan dalam Forum ‘Conversation’ Trend Pilihan Raya Kecil” anjuran ibu pejabat UMNO di PWTC Jumaat malam.

Tiga ahli panel adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan penulis blog,Datuk Kadir Jasin, Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Prof Dr Zainal Kling daripada UPSI manakala pengerusinya Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Kadir berpendapat, sekiranya hati orang Melayu tidak diubati, UMNO bukan sahaja tidak boleh bangkit kembali ke asal tetapi akan habis dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun katanya, jika ini berlaku, UMNO boleh jadi pembangkang Melayu yang kuat untuk mempertahankan orang Melayu di luar kerajaan seperti sebelum tahun 1959.

Dr Zainal pula berpandangan, isu-isu tempatan yang ada kaitan dengan pengundi menjadi pengaruh besar dalam pilihan raya kecil kebelakangan ini selain faktor keperibadian calon.

Katanya menjadi trend baru juga bahawa isu negara walaupun besar ianya tidak dapat mempengaruhi pengundi sebaliknya mereka mencari parti yang membuat janji populis.

“Contohnya jika kurangkan bayaran air atau turunkan harga minyak. Mereka tidak lagi melihat janji-janji untuk jangka masa panjang terutama soal pembangunan yang dinyatakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, sikap UMNO yang terlalu defensif terhadap serangan pembangkang memberi kesan buruk apabila ada isu-isu dibangkitkan tidak dijawab.

“Politik kini memasuki permainan baru – lawan tetap lawan tetapi UMNO tidak pernah memburukkan pembangkang termasuk (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Baik atau tak baik, menang atau tak menang, mereka tetap memburukkan UMNO,” katanya.

Mohd Hafarizam pula menceritakan pengalamannya berdepan dengan peguam-peguam mewakili pembangkang termasuk Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang kurang ajar dalam mahkamah.

Sebaik beliau menyentuh isu kurang ajar, Kadir mencelah bahawa UMNO tidak perlu kurang ajar tetapi patut tegas berdepan tindak tanduk pembangkang.

“Mereka (pembangkang) harus ditentang. Harus api dilawan dengan api,” kata penasihat undang-undang UMNO itu yang turut disokong Dr Zainal.

Mohd Hafarizam mengulangi insiden ketika siding Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila speaker S. Sivakumar menjerit-jerit mengarahkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Adun BN serta tiga Adun Bebas keluar.

Pembangkang juga katanya yang mula menyerbu ke ruang penyokong BN.

Forum itu turut menyentuh peranan media baru terutama blog yang dikatakan amat berkuasa tetapi dinafikan Kadir dengan berkata, sebenar media arus perdana yang lemah maka media baru nampak seperti hebat.

Selain itu katanya, ianya berkaitan persepsi sebahagian masyarakat yang sudah ditanam dalam minda mereka bahawa semua berkaitan kerajaan tidak boleh dipercayai.

Dalam isu sama, Mohd Hafarizam pula berkata, masalah persepsi ini jelas dilihat apabila keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada pembangkang.

“Bila kerajaan atau BN menang dalam kes di Perak, mereka kata ada tangan ghaib dan keputusan aneh serta menghairankan tetapi sebelum itu bila Nizar menang, mereka kata itu kehendak rakyat,” jelasnya.

Mengenai pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini, Kadir berkata, BN perlu bertanding. “Sama ada pilihan raya umum atau kecil, ianya sama saja. Cakap-cakap tak mahu tanding hanya akan lebih merosakkan BN atau UMNO,” katanya.15/5/2009



Printable Version | Email to a Friend

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_454a9a84-7f000010-96478e00-e1f99ae0)

Menteri Luar ditawar jawatan ' lumayan' untuk lompat





Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengakui beliau adalah salah seorang Ahli Parlimen BN yang ‘ditawarkan jawatan amat lumayan’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melompat ke pembangkang dalam gerakan 16 September.

“Dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Adik kepada Ketua Menteri Sabah itu memberitahu demikian ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington Khamis.

Menurut laporan Bernama Anifah berkata selain beliau,Anwar juga memujuk ahli-ahli Parlimen BN yang lain.

"Ini semua tidak diketahui oleh dunia umum sehingga sekarang," katanya.

Serentak dengan itu beliau membidas Anwar kerana tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

"Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apa-apa," katanya.

Anifah berkata kerajaan Malaysia amat bimbang dengan tindakan Anwar merosakkan imej negara ketika berada di luar negara.

"Dia memberi gambaran salah secara berterusan dan menuduh semua pegawai kerajaan sebagai rasuah," katanya.-15/5/2009



Printable Version | Email to a Friend

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_468bd27f-7f000010-96478e00-39385741)

‘Melompat’ sampai ke langit pun tetap 31 lawan 28…




Mengambil kira segala hukum yang ada di muka bumi ini jawapannya sangat mudah bila kita melihat angka 31 lawan 28.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak yang diputuskan ‘ sah’ oleh Mahkamah Tinggi kerana tiada undi tak percaya di Dewan Undangan Negeri pasti tahu mengira.Beliau seorang jurutera dan tentu lulus cemerlang dalam matematik.

Begitu juga Pengerusi DAP Datuk Ngeh Khoo Ham.Walaupun beliau seorang peguam tetapi anaknya yang sekolah darjah satu boleh beri petunjuk jika beliau ragu-ragu apa jawapan.

Persuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang boleh minta calculator dari rakan-rakannya 31 tolak 28 siapa yang lebih.

Jangan tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Takut nanti Penasihat PKR itu susah nak jawab kerana pasti ada yang kata beliau hipokrit.Sebabnya satu dunia tahu beliau adalah pelopor atau lebih tepat ‘Bapa Gerakan Melompat seMalaysia.’

Angka tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri dua PKR dan satu DAP yang melompat jadi bebas yang buat kerajaan negeri Perak terbalik itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan impiannya nak menjala 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk masuk Putrajaya menerusi pintu belakang.

Anwar mungkin boleh buat buat lupa agar orang terlupa.Namun ramai yang masih ingat bagaimana beliau dan orang-orangnya buat panggilan telefon tengah malam dan lebih dramatic mengejar MP BN sampai ke Taiwan.

Ini belum masuk lagi bab yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat ,Dr Puad Zarkashi bagaimana Ketua Pembangkang itu ‘ jual ’ nama Yang diPertuan Agong mendakwa baginda dan beberapa Raja menyebelahinya semasa ‘ gerakan melompat’ itu.

Bijak memang bijak pembangkang kini lempar bom asap di merata rata tempat termasuk melalui proses mahkamah untuk mengaburi mata semua orang tentang angka 31 lawan 28 itu.

Ngeh,Ahmad Awang dan Anwar tahu kalau undi tidak percaya diusulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak,Nizar pasti bungkus kerana disebelah BN ada lebih tiga orang.

Jangan lupa Anwar pernah minta diadakan sidang tergempar Parlimen kerana nak usulkan undi tidak percaya pada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekalipun beliau tidak punyai angka 30 MP BN yang didakwanya nak melompat.

Perang sarafnya menerusi cara ‘ gempak ’ begini adalah taktik biasanya kerana sampai hari ini beliau masih mengigit jari.

Nizar mungkin juga lupa bagaimana kerajaan Negeri Kelantan semasa penggal 2004 – 2008 bezanya satu kerusi saja antara PAS dengan BN.

Mungkin Nizar perlu bertanya kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat apakah waktu itu BN ada terpekik terlolong macam di Perak minta Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan buat kecoh segala macam dalam sidang dewan itu.

Atas sebab itu disebalik pembangkang cuba gambarkan sidang Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei tak demokratik dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bukan Menteri Besar yang sah,ramai yang terus melihat fiasco politik di negeri itu terus menjadi bahan jenaka.

Jenaka dalam kontek kanak kanak yang merengek kehilangan coklat yang baru dibelinya di kedai.

Apa lagi mahkamah sendiri sudah putuskan tiga orang ADUN Hee Yit Foong bekas DAP Jelapang,Jamaluddin Radzi bekas PKR Behrang dan Osman Jailu bekas PKR Changkat Jering tetap sah sebagai wakil rakyat.

Memang betul ada juga yang melihat silapnya BN ia tidak mengusulkan undi tidak percaya terhadap BN seperti yang dijadikan sandaran dalam keputusan Mahkamah Tinggi yang istihar Nizar masih Menteri Besar yang sah.

Terbentang di depan semua orang isu ini cuma satu perkara teknikal kerana usul undi tidak percaya belum dibentang dan diluluskan.

Disebalik semua ini apa yang berlaku semasa sidang DUN 7 Mei dan sebelumnya sidang DUN bawah pokok jelas sekali Nizar dan rakan-rakannya akan buat ‘ segila’ mungkin untuk menyekat satu sidang DUN yang sempurna yang teratur diadakan.

Dalam ‘ kegilaan’ itu mereka akan cuba gambarkan kepada orangramai mereka adakan kumpulan yang tertindas – yakni satu lagi perak saraf yang sedang rancak mereka jual sekarang.

Maka bergegarlah saranan di sana sini mahukan pilihanraya semua diadakan di Perak untuk ‘ beri pilihan kepada rakyat buat penentuan’.

Memang hipokrit besar bila mengenangkan bagaimana Anwar bilang ini demokrasi dan tidak perlu ada pilihanraya semula bila ADUN BN Bota Datuk Nasaruddin Hashim melompat masuk seketika ke pembangkang dulu.

Nizar pula menyambut beliau sebagai hero dan membuat kenyataan yang sama dengan Anwar.

Anihnya juga semasa kerajaan Nizar memerintah 11 bulan dengan 31 ADUN sebelum tiga ADUN itu melompat,beliau tidak pernah sebut tentang nak adakan pilihanraya semula.

Waktu itu BN sendiri tidak pernah meminta diadakan pilihanraya semula dan tidak langsung ‘ buat gila’ macam karenah pembangkang sekarang.

Soalnya sekarang mahukah Nizar dan rakan-rakannya sendiri melayan tuntutan BN diadakan pilihanraya semula jika mereka ada kelebihan kerusi seperti BN sekarang.

Bagi Anwar yang mimpinya belum nak menjadi…mudah saja untuk mendapat tempik sorak penyokongnya, dakwa BN penakut.

Memang susah nak salahkan Anwar dan begitu juga Nizar yang menjerit jerit mahukan pilihanraya semula.

Apa lagi pilihan yang ada dalam keadaan tersepit sekarang kecuali mencari segala alasan yang dapat difikirkan.

Ini kerana dihati kecil mereka sudah tahu pasti demokrasi akan memihak kemana dalam kes 31 lawan 28.

Hampir kesemua ADUN BN yang hadir dalam satu sidang akhbar Selasa lalu yang diberikan oleh Dr Zambry selepas Mahkamah Rayuan meluluskan permohonan tangguh keputusan Mahkamah Tinggi istihar Nizar Menteri Besar sah memberi reaksi spontan bila seorang wartawan bertanya tidakah apa jua usaha pembangkang jadi sia sia kerana BN+Bebas tetap ada majoriti 31 kerusi.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali yang duduk disebelah Dr Zambry turut tertawa lantas mencelah, “ itu soalan yang sangat baik…anda yang bertanya….ada juga memberi jawapannya.” - 15/5/2009



Printable Version | Email to a Friend

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

Friday, May 15, 2009

Isyarat Penting Mengenai Rasuah Dalam Pas



Thursday, May 14, 2009
Lidah Ulama
Isyarat Penting Mengenai Rasuah Dalam Pas

MUNGKIN kalau bukan Ketua Dewan Ulama yang menimbul perkara ini saya tidak berhajat untuk mengulasnya. Perkara ini adalah sangat sensitif dan memberi kesan buruk kepada Pas. Tetapi kerana Muhamed Daud Iraqi sudah memulakannnya maka elok juga kalau saya turut memblogkan perkara ini setidak-tidaknya sebagai rekod.

Perkara yang dimaksudkan itu ialah mengenai rasuah dalam politik Pas. Kononnya sudah berlaku politik wang dalam Pas untuk tujuan mendapatkan kuasa dan kedudukan dalam parti itu menjelang muktamar Jun depan.

Muhamed Iraq mendedahkan perkara ini semasa merasmi mesyuarat Dewan Ulama Pas Kelantan di Machang kelmarin. Menurutnya sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan. Dalam nada bergurau tetapi penuh bermakna katanya, kalau sudah diberi baju dan dijamu makan maka senanglah perwakilan membuat pengundi.

Apa yang beliau ingin analogikan manusia kalau sudah perut kenyang senanglah untuk dicucuk hidungnya dan ditarik ke mana saja yang disukai!

Dalam kes ini bukan soal kita ingin mencari jawaban kepada perkara itu apakah benar atau tidak! Itu tidak perlu dipersoalkan. Atas kapasitinya ketua dewan ulama, tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal itu. Sebagai seorang yang arif dengan hukum beliau tentu tahu apakah hukum membuat fitnah.

Saya yakin beliau diberikan maklumat dan laporan tepat mengenai kejadian. Boleh jadi juga pemberian baju sebagai hadiah dan acara jamuan itu berlaku di kawasannya sendiri, di Kubang Kerian.

Saya yakin seratus peratus Muhamed Iraq ada bukti mengenai perkara itu. Kalau tidak masakan beliau berani menuturkan hal itu. Tok Guru Nik Aziz sendiri rasanya tidak berani kerana beliau mempunyai perhitungan politik yang jauh ke depan berbanding dengan Mat Iraq yang lebih tulus.

Di sini saya ingin kemaskan sedikit pandangan Mat Iraq itu dengan dua kejadian yang dilaporkan berlaku pada sepanjang muktamar Pas kawasan baru-baru ini. Kedua-dua kejadian ini kalau ditilik dan dihalusi ia berunsur rasuah.

Pertama, saya ada mendengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan. Pemberian itu ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang itu merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan. Atau pun Pas kawasan berkenaan kena mencalonkan orang berkenaan untuk jawatan-jawatan tertentu.

Permintaan agar pemberi wang itu dicalonkan tidak dibuat secara terang-terang, tetapi secara simbolik dan saling memahami antara pemberi dengan pihak yang menerima.

Kejadian atau tutur mengenai perkara ini kerap berlaku di sebuah negeri di sebelah Selatan sana dan juga negeri-negeri di mana Pas miskin.

Kejadian ini katanya sudah menjadi buah mulut sampai ke peringkat pemimpin Pas. Bagaimana pun Pas tidak memberi reaksi serius kepada masalah ini kerana ingin melindungi Pas dari ditohmah sebagai turut sama mengamalkan rasuah. Tetapi amalan demikian sudah sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Pas.

Kedua, semasa muktamar kawasan baru-baru ini ada orang-orang tertentu menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk menggugut ketua-ketua cawangan atau para perwakilan. Bentuk ugutan ialah sekiranya mereka tidak mengundi calon tertentu kemudahan yang parti anugerahkan akan ditarik balik.

Salah satu anugerah kepada ahli ialah saham skim Ladang Rakyat. Mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa terhadap Ladang Rakyat ialah kepimpiann Pas peringkat kawasan dan juga wakil rakyat. Pemimpin yang bertanding jawatan tertentu inilah telah menjadikan kemudahan itu sebagai bahan ugutan untuk mendapatkan jawatan.

Kerana ugutan ini menyebabkan perwakilan atau ketua-ketua cawangan yang mula mempunyai pilihan lain terpaksa terus mengundi orang tertentu itu kerana bimbang takut kehilangan kemudahan mendapat saham Ladang Rakyat yang berjumlah kira-kira RM250 sebulan itu.

Berdasarkan kepada dua kejadian itu maka jelas elemen rasuah semasa semasa pemilihan pemimpin peringkat kawasan ini seperti mana disebut Mohamed Iraq itu benar-benar berlaku.

Pendeknya gejala rasuah ini benar-benar berlaku cuma ia tidak diketengahkan lagi. Mereka yang melakukannya ialah mereka yang mempunyai sumber kewangan yang banyak dan ada kuasa untuk mendapatkan wang panas. Gejala ini sungguh bahaya dan wajar disekat segera. Jangan sesekali bertunas dalam Pas.

Jadi pada saya apa yang didedahkan Mat Iraq itu ialah sebagai amaran agar Pas tidak bermain wang dalam menentukan kedudukan seseorang. Tujuan Mat Iraq dedahkan itu baik untuk menyelamatkan Pas dan demi menjaga maruah Pas sebagai parti Islam.

Justeru tidak timbul desakan supaya Mat Iraq perlu membuat laporan rasmi berhubung dakwaan itu. Desakan itu saya kira makin membuka pekong Pas yang kini sudah mula 'terkebek; itu.

Laporan rasmi seperti mana yang diminta itu akan merosakkan Pas sahaja. Ingatlah sekiranya satu kes sahaja terbukti wujud politik wang dalam Pas ia akan memberi natijah buruk kepada Pas. Rakyat akan membuat tanggapan Pas sama saja dengan Umno.

Cuma, kepada mereka yang termakan lada atau sengaja makan lada rasuah tentulah merasa pedas. Apa yang Mat Iraq mungkin harapkan kepada pemakan lada itu hendaklah cepat-cepat cari penawar ataupun minum air suam supaya rasa pedas lekas hilang dan jangan berdesis-desis menjeler lidah ke sana ke mari kerana tak tahan pedas.

[wm.kl. 3:50 pm 15/05/09]
Posted by mso.im at 3:35:00 PM
Labels: CATATAN

(sumber;http://msomelayu.blogspot.com/2009/05/lidah-ulama.html)

Anak KP Harakah di ICU, masih kritikal



Posted on Thursday, May 14 @ 18:45:12 PDT by Paktam

"Tak banyak berubah. Masih kritikal. Kami mohon semua moga sudi doakan Syafiq sembuh."

Demikian kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman kepada Harakahdaily sebentar tadi berhubung keadaan kesihatan anak ketiga beliau, Ahmad Ikmal Syafiq, 13 yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang, dekat sini.


Shafiq, telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada malam 11 Mei akibat demam denggi berdarah yang berlarutan selama lebih lima hari dan dipindahkan ke ICU kerana kritikal sejak tiga hari lalu.

"Kami risau keadaannya yang sudah lapan hari tidak mahu makan. Tubuhnya tak bermaya. Doakanlah dia pulih semula," kata Lutfi melalui sistem pesanan ringkas kepada Harakahdaily pagi ini.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh adalah antara yang turut hadir bersama warga kerja Harakah menziarahi anak beliau baru-baru ini.

Harakahdaily meminta jasa baik semua pihak yang turut bersimpati untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan anak Lutfi agar pulih sedia kala. - azm_

(sumber;http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1835)

Cina di China begitu mempertahankan tanah-tanah yang KONONnya hak mereka sedangkan kita pulak bermurah hati pajak 999 tahun?


Wednesday, May 13, 2009
Cina di China begitu mempertahankan tanah-tanah yang KONONnya hak mereka sedangkan kita pulak bermurah hati pajak 999 tahun?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pemilikan tanah merupakan masalah atau isu yang sangat-sangat BERAT kat mana-mana pun tempat dalam DUNIA ini.. Semakin ramai manusia, keperluan untuk memilik tanah semakin mendesak.. Palestin dijajah kerana tanah, Sudan berperang pun kerana tanah, Tamil Eelam pun berperang kerana tanah, pendek kata, isu tanah merupakan punca utama manusia berPERANG atas muka bumi ini..

Sekarang ni kita tengok kat Perak.. Adalah KONONnnya ura-ura kerajaan sebelum ini nak bagi PAJAKkan tanah selama 999 tahun sebagai menghargai SOKONGan satu puak RACIST yang ingin menDOMINASI orang Melayu.. Satu kerja yang tak pernah dibuat dek orang di sebuah negeri yang berDAULAT! Cuba korang tengok kat NEGARA di mana puak-puak RACIST nih berasal! TENGOK BAGAIMANA KIASUNYA DIORANG MEMPERTAHANKAN TANAH ATAU WILAYAH walaupun kawasan tu masih lagi dipertikaikan..

Kepulauan Spratly: Malaysia tetap guna pendekatan diplomatik

KUALA LUMPUR 12 Mei – Malaysia menghormati pendirian China yang memberi amaran kepada semua negara jiran supaya menjauhi pulau-pulau di Laut China Selatan, termasuk Kepulauan Spratly yang turut dituntut oleh negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menjelaskan bahawa kenyataan keras itu tidak akan menjejaskan dasar penyelesaian secara diplomatik yang diguna pakai oleh Malaysia apabila berhadapan dengan sebarang kes pertikaian tuntutan wilayah atau kepulauan.

“Dasar kita adalah jelas sejak dahulu lagi tidak akan memilih pendekatan kekerasan sebaliknya mengutamakan perundingan diplomatik dan ia secara dasarnya dipersetujui oleh negara sahabat lain seperti Taiwan, Vietnam dan Filipina yang membuat tuntutan sama.

“Dalam kes China ini, mungkin mereka mempunyai pandangan berbeza berbanding negara lain dan kita menghormatinya tetapi pada masa yang sama Malaysia mempunyai pendirian sendiri iaitu ia perlu diselesaikan melalui perundingan diplomatik,” katanya ketika mengulas kenyataan jurucakap Kementerian Luar China, Ma Zhaoxu yang memberi amaran kepada semua negara jiran supaya menjauhi pulau-pulau di Laut China Selatan, termasuk Kepulauan Spratly.

Katanya, China telah memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Beijing memiliki ‘kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan’ dan tidak akan bertolak-ansur terhadap negara-negara lain yang turut menuntut pulau-pulau berkenaan.

Kepulauan Spratly yang kaya dengan minyak dan gas serta kedudukannya yang strategik, selain dituntut oleh China juga dituntut seluruhnya atau sebahagiannya oleh Malaysia, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei.




Anda baca sendiri bagaimana mereka begitu BERKIRA dengan wilayah yang belum pun pasti milik mereka.. Bagaimana mereka begitu GILA-GILA mempertahankan tanah atau wilayah sedangkan hak-miliknya belum lagi ada kata putus.. Hinggakan sanggup gunakan kuasa ketenteraan untuk tujuan ini..

Bayangkan pula sekiranya anda memajak tanah selama 999 tahun seperti yang diimpikan oleh sesetengah golongan di Perak? 999 tahun bukannya tempoh sekejap.. 7 Keturunanan anda dah PUPUS pun belum tentu lagi tamat tempoh tuh.. Malah jika ditakdirkan Malaysia dah tak wujud pun selepas 999 tahun, mereka tetap boleh wujud atau 'survive'.. Adakah ini yang anda mahu untuk nasab keturunan anda? Inikah yang anda mahu tinggalkan untuk anak cucu anda walaupun anda sendiri akan kembali kepada TANAH jugak?

Inilah keBODOHan sesetengah Melayu yang amat-amat kita KESALkan..

Wallahualam..
Posted by Tukang Dok Peghati at 8:40 PM 0 comments

(SUMBER;http://sensecredaccountability.blogspot.com/2009/05/cina-di-china-begitu-mempertahankan.html)

Istilah 'Keling' dibenarkan dalam Kamus Dewan - Mahkamah

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memerintahkan penggunaan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ia untuk tujuan pembelajaran.

Hakim Lau Bee Lan, yang memutuskan demikian dalam kamar, kemudian menolak rayuan Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM) terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman.

Pada 29 Disember 2006, Nik Tsfahanie Tasnim membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membatalkan saman pemula terhadapnya berhubung istilah 'keling' yang difailkan oleh APIM yang didakwa menghina masyarakat India di negara ini.

Menurut peguam DBP Md Radzi Mustafa, hakim Lau dalam penghakimannya juga menyatakan penggunaan istilah 'keling' dalam kamus itu bukan 'mala fide' (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.

Katanya hakim juga berpendapat saman pemula APIM itu adalah mudah dan tidak mempunyai peluang untuk berjaya.

Ditanya sama ada istilah 'keling' masih digunakan dalam kamus edisi keempat, Md Radzi ia masih digunakan tanpa sebarang contoh perkataan.

Pada 22 Disember 2005, Pengerusi APIM Ramli @ Mohd Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP dan lima yang lain berhubung istilah berkenaan.

Dalam saman pemula itu, Ramli menamakan DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Antara lain, Ramli memohon supaya istilah itu dipadamkan dari kamus berkenaan.

Pada 28 Februari 2005, DBP mengemukakan permohonan bagi membatalkan saman itu atas alasan istilah itu dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bukan bertujuan jahat, menimbulkan kacau-bilau, menganggu keamanan, merangsang rasa benci, permusuhan, dendam, tidak harmoni atau perpecahan seperti yang didakwa oleh APIM.

Dalam afidavit sokongan bagi membatalkan saman itu, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Abu Bakar Mohamad mendakwa APIM tidak mempunyai 'locus standi' (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan saman berkenaan bagi pihak kaum India Muslim.

APIM diwakili oleh peguam Priyadarshini Nair.

- BERNAMA

(SUMBER;http://myadha.blogspot.com/2009/05/istilah-keling-dibenarkan-dalam-kamus.html)

Thursday, May 14, 2009

Wednesday, May 13, 2009 Kayveas seperti duri dalam daging kepada BN – Syed Ali


Wednesday, May 13, 2009

PARTI Progresif Penduduk (PPP) pimpinan Datuk M. Kayveas perlu ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN) kerana sikapnya seperti duri dalam daging.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, selagi PPP berada dalam BN, selagi itulah ianya akan menjejaskan kredibiliti BN di mata rakyat.

“ Perangai Kayveas bukan sahaja menimbulkan kemarahanan sesama ahli parti, malah turut menyusahkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.

Katanya, Mesyuarat Tertinggi BN pada 18 Mei ini perlu mengambil ketetapan tegas menyingkirkan PPP kerana perlakuan presidennya yang mementingkan diri sendiri.

Syed Ali berkata, Presiden PPP itu sudah pun membuat ugutan untuk keluar daripada BN dan hasratnya tidak perlu dihalang.

“Dia dah ugut untuk keluar BN, maka saya desak Majlis Tertinggi BN supaya menyahut cabaran Kayveas,” tegasnya.

Semalam, Kayveas membuat ugutan secara terbuka untuk membawa PPP keluar daripada BN jika parti itu tidak diberikan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Malah beliau mendakwa kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Taiping disebabkan pemimpin BN mahu melihatnya kalah.

Syed Ali berkata, walaupun Kayveas tidak ada pengikut, tetapi tuduhan beliau itu amat berat dan perlu dipandang serius.

Beliau kesal kerana PPP sebagai rakan BN lebih gemar mencetuskan masalah dalaman menerusi media daripada berusaha menyatupadukan rakyat.

Katanya, dalam situasi sekarang sepatutnya PPP mendokong aspirasi Najib selaku Perdana Menteri untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Sebaliknya tegas beliau,PPP terus bersifat angkuh dan tidak ada semangat setiakawan sesama BN.

“PPP sudah hilang pedoman perjuangannya manakala Kayves pula sering bermimpi kononnya dia masih berkuasa dan berpengaruh,” katanya.

Posted by syed ali alhabshee at 12:17 PM 3 comments

(sumber;http://umnobahagiancheras.blogspot.com/)

Wednesday, May 13, 2009

slide;12052009

13 Mei-Bayangkan "Malaysia Back To The Future"



Hari ini 12 Mei 2009 jam 23.42. Beberapa minit lagi akan muncullah 13 Mei, satu tarikh yang menyimpan titik hitam dalam sejarah negara kita, Malaysia. Empat puluh (40) tahun yang lalu perbalahan kaum berlaku antara Bumiputera Melayu dan Kaum Cina. Dari pembacaan saya mengenai peristiwa itu melalui satu buku nipis yang berwarna merah darah, perbalahan berlaku kerana wujudnya konflik perkauman yang ultra dan meresapnya pengaruh luar dan fahaman kiri ke atas penduduk terutama Kaum Cina.

Perkataan yang masih ingatan saya ialah lebih kurang ".....Orang Melayu berhembuslah dan tinggallah di hutan". Ini berlaku tahun 1969, empat puluh tahun yang lalu.
.
Peristiwa itu memberikan kita pengajaran yang amat bermakna. Perpaduan Nasioanal, Integrasi Nasional dan perbagai lagi n' Nasional telah diperkenal sehinggalah kita menjadi aman dan makmur dan menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan kaum menjadi kekuatan negara dan diambil sebagai "model" oleh pemimpin negara-negara luar pada suatu ketika.

Kini, lihatlah di sekeliling kita. Politik telah mengancam "integrasi nasional" dan n' Nasional. Saya tidak mahu menulis lebih banyak mengenai soal ini. Bulu roma saya berdiri sekadar mengenangkan peristiwa itu dan membayangkan masa depan kita sekiranya keadaan dan pergolakan politik berterusan.
.
Bakarlah lilin di hadapan anda dalam bilik masing-masing; padamkan lampu dan pejamlah mata anda beberapa minit bayangkan "MALAYSIA BACK TO THE FUTURE"-(apa yang berlaku akan datang seperti movie "Back To The Future")

Related........
http://nooryahaya.blogspot.com/2007/05/commemorating-13-mei-1969.html
http://www.thenutgraph.com/a-million-13-mays

(sumber;http://senjaliza.blogspot.com/2009/05/13-mei-bayangkan-malaysia-back-to.html)

Wednesday, May 13, 2009 Cukup-cukuplah tu buat kecoh di Perak. Ingat, hari ni dah masuk 13 Mei!


Gambar lama dari artikel Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak...Pasir Salak historical complex yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH September tahun lepas.

Wednesday, May 13, 2009

Saya terasa cukup berduka-cita dengan kemelut politik di Perak yang masih juga tak selesai-selesai. Ingatkan dah sedikit reda selepas Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berjaya menyampaikan ucapannya pada hari Khamis 7 Mei tanpa gangguan, setelah 5 jam ucapan tertunda akibat kerenah politikus dalam dewan yang kelihatan tak sudah-sudah bergaduh menegakkan benang basah. Tengok-tengok baik kumpulan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional akhirnya sudi beralah sekurang-kurangnya sebentar lalu mengambil kedudukan dalam dewan yang lebih sesuai menggambarkan yang mana kerajaan yang mana pembangkang.

Kemudian timbul pula keputusan mahkamah tinggi di Kuala Lumpur yang menyatakan Muhammad Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Saya boleh faham rasional di sebalik keputusan ini kerana ia sebenarnya merujuk kepada butiran turutan peristiwa yang berlaku. Seperti disebut dalam Kemelut politik Perak. Apa cerita? yang dibuat bulan Februari ketika kemelut kini baru bermula, saya ada menyebut:

Semasa bercadang mahu menulis tentang kemelut di Perak hari Khamis (tetapi tergendala kerana kurang masa dan sibuk dengan hal lain), kerajaan belum betul-betul bertukar tangan kecuali menunggu keputusan Sultan Perak samada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri atau menerima majoriti Barisan untuk membentuk kerajaan. Saya berpendapat elok juga sultan menunda keputusan untuk beberapa hari... sekurang-kurangnya untuk menunjukkan hak raja menentukan keadaan di kala konsep ketuanan Melayu terus diinjak-injak.

Sebaliknya Sultan Azlan terus membuat keputusan keesokan harinya lalu baginda dilihat pihak pembangkang dan para penyokong mereka sebagai menjadi pak turut pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang berpusat di Kuala Lumpur. Ini nampaknya membawa kepada kemelut hingga sekarang di mana aspek teknikal undang-undang mengatasi kepentingan rakyat terbanyak untuk berdamai terutama dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang turut mempengaruhi kehidupan kita di Malaysia. The law is now obeyed more in letter rather than in spirit. It seems nobody cares about intent, just what could seen as serving the law...

Itu pun tak mengapa le. Saya menerima keputusan mahkamah membenarkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar dengan berlapang dada. Mungkin sudah sampai masanya segalanya dibuat kembali menurut undang-undang tubuh dan perlaksaan perkara di dewan negeri. Tidak susah untuk melucutkan kembali jawatan Nizar melalui undi tidak percaya asalkan si speaker gila kuasa Sivakumar tidak dibenarkan terus bermaharajalela. Kalau nak sangat bermahajaralela, meh jumpa Datuk Maharajalela yang perjuangannya ada diabadikan di Pasir Salak melalui kewujudan monumen golok besar di gambar atas ini. Anak cucunya dan saudara-maranya terutama dari keturunan Maharajalela pertama Perak Daeng Selili masih ramai... insyaallah sesetengahnya masih tahu menerbangkan parang untuk menetas leher musuh yang kurang ajar jika perlu.

Masalahnya, sebaik sahaja Nizar diisytiharkan mahkamah sebagai Menteri Besar, saya difahamkan salah satu perkara utama yang ingin dibuat pihak Pakatan adalah untuk meluluskan penyerahan land title atau geran tanah kepada para penduduk kampung-kampung baru yang rata-ratanya orang Cina. Ah, menyirap darah saya. Bukankah disebabkan kes inilah maka orang Melayu yang sedar akan apa yang berlaku di sebalik tabir negeri Perak mahukan perubahan kerajaan walaupun ia harus dilakukan dengan cara melompat-lompat?

Setahu saya tidak pernah ada di mana-mana di dunia pun orang diberi tanah lease hold selama 999 tahun, Semuanya diberi maksimum 99 tahun. Orang Cina memanglah untung. Bagaimana pula nasib orang Melayu? Bukankah itu semua tanah-tanah Melayu yang dahulu diambil oleh British untuk dijadikan penempatan bergelar kampung-kampung baru orang Cina ketika menangani maslah komunis tahun 1960an dahulu? Orang Melayu tidak marah tanah-tanah itu telah diduduki Cina sejak lebih 40 tahun lalu. Tetapi untuk mereka diberi hak pajakan selama 999 tahun sedangkan orang Melayu sendiri masih banyak merempat tanpa tempat tinggal sendiri... ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan semua ini!

Sejak pilihanraya ke 12 kedudukan orang Melayu makin tersepit, tak kiralah jika Barisan Nasional berkuasa apalagi Pakatan Rakyat yang semakin terang ingin mengikut model 'meritokrasi' Singapura. Kini dalam Perak, parti MCA dan Gerakan dalam BN yang terang-terang dikuasai bangsa Cina pun telah mengikut rentak DAP dan Pakatan agar Dewan Negeri Perak dibubarkan. Katanya untuk menyelesaikan kemelut sekarang once and for all.

Apa ini? Ketika rakyat sedang sibuk dibebani masalah kewangan akibat ekonomi dunia yang merudum, mereka cuma mahu menghabiskan wang rakyat dan terus menerbitkan kekecohan serta polemik demi polemik yang memang akan datang bersama setiap pilihanraya apalagi jika melibatkan seluruh negeri agak besar seperti Perak. Pihak pembangkang memang ingin sangat dewan dibubarkan dan pilihanraya baru dibuat. Kenapa? Kerana mereka yakin akan menang besar. Orang Melayu boleh dikatakan telah berpecah tiga untuk memberi sokongan kepada UMNO, PAS dan PKR sedangkan orang Cina dan bangsa lain sudi memihak kepada siapa sahaja yang menjaga kepentingan mereka. Dalam kes ini, siapa yang sanggup memberikan lease hold atau pajakan tanah selama 999 tahun! Jika ini berjaya sudah tentu akan ada lebih banyak habuan untuk mereka yang bakal meminggirkan orang Melayu...

Mereka yang mengkaji lebih dalam tahu, sejak zaman sebelum Perjanjian Pangkor 1874 lagi kepentingan Cina di peringkat teratas bukan dijaga oleh mana-mana parti politik tetapi oleh dewan perniagaan diikuti badan-badan warisan dan pendidikan Cina seperti Dong Ziong. Dan mereka pula disokong oleh kongsi-kongsi gelap Cina seperti Ghee Hin dan Hai San yang pernah memporak-porandakan Perak dahulu sebelum Perjanjian Pangkor ditandatangani lalu ketua-ketua gangster Cina "dinaikkan taraf" oleh British untuk menjadi ketua-ketua masyarakat bermula di Taiping.

Nampaknya mereka-mereka di atas inilah yang menjaga segala kepentingan Cina. Jangan hairanlah jika taktik pemikiran mereka serupa dengan Yahudi dan mereka mendapat khidmat nasihat pengkalan Zionis terbesar di Asia Tenggara iaitu di Singapura. Lihat sahaja konsep Malaysian Malaysia yang satu masa dahulu pernah diwar-warkan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, semasa pulau itu masih sebahagian dari Malaysia. Pada hemat saya, mereka-mereka ini boleh menasihatkan baik MCA, mahupun Gerakan mahupun DAP untuk bergerak ke arah tertentu asalkan sahaja kepentingan bangsa Cina secara rata terjaga. Pedulikan nasib bangsa Melayu... apa pedulinya bagi orang-orang yang kiasu?

Tugas menjaga kepentingan Melayu di luar batas sempit pemikiran politik sepertimana bangsa Cina ada para penjaga mereka sepatutnya dilakukan oleh Raja-raja Melayu. Tak kiralah parti mana yang memerintah, yang penting hak-hak Melayu terus terjaga. Tetapi nampaknya anak-anak Melayu sendiri kini memperlekehkan peranan raja. Sedangkan sistem mahkamah malah cara politik demokrasi itu sendiri telah dibentuk dan dibawa oleh British lebih 100 tahun lalu untuk meminggirkan orang-orang Melayu yang terang-terangan beragama Islam akibat dendam lama Barat yang bermula dengan kekalahan Perang Salib. Sila lihat analisis panjar-lebar sedutan dari siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang pernah saya letak dalam artikel Kekalutan politik masa kini dan apa yang dah pun disebut dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh"...

Tiba-tiba saya teringat satu masa menghampiri penghujung awal 2008, kalau tak salah ingatan selepas kumpulan Hindraf membuat tunjuk perasaan di sekeliling Kuala Lumpur. Lalu muncul ura-ura orang Melayu akan naik darah dan sudi bertindak ganas jika perlu seperti apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Ketika itu ramai juga pembaca buku "Berpetualang ke Aceh" dan mereka yang ada mengikuti penulisan saya baik di blogspot mahupun di forum-forum bertanya apakah mereka perlu bertindak sama. Untuk pengetahuan kebanyakan yang bertanya ini ada mengamalkan sekurang-kurangnya satu aliran silat dan tahu sedikit sebanyak permainan ilmu batin. Tetapi saya menegah sesiapa pun dari terlibat. Kerana menurut bacaan saya, keadaan politik semasa yang meremehkan orang Melayu termasuk kemunculan Hindraf itu sendiri didalangi pihak tertentu berbangsa Meayu yang dahulunya sangat rapat dengan pemerintahan tertinggi negara.

Saya difahamkan pihak ini risau kepentingannya akan tercabar jika pemerintahan tertinggi bertukar tangan. Untuk mengelakkan pertukaran berlaku seraya menerbitkan alasan agar pemerintahan ketika itu dapat terus bertahan, pihaknya sanggup menerbitkan kekacauan besar yang bersifat perkauman lagi bakal menumpahkan darah. Walaupun cuba dinafikan, saya juga ada sumber sendiri. Misalnya perjumpaan di Kampung Baru yang melibatkan ketua-ketua lebih 300 pertubuhan Melayu dikatakan tidak pernah berlaku, cuma ura-ura sahaja. Sedangkan saya diberitahu oleh orang terdekat kepada pihak berkepentingan bahawa suaminya baru sahaja memberi ucapan membakar semangat dalam perhimpunan yang dimaksudkan sebelum itu.

Saya ketawa besar mendengar ini. Saya tahu orang yang dimaksudkan dan kawan-kawan mereka adalah jenis manusia baling batu sembunyi tangan. Seperti orang Yahudi, mereka cuma sanggup berperang jika selamat menaiki kereta kebal melawan orang-orang yang cuma mampu membaling batu-bata. Jika ada kekacauan, sekelip mata sahaja mereka akan berlepas ke luar negara, kemudian apabila ia reda baru mereka kembali lalu mengaku jaguh yang berjaya membawa kedamaian.

Sekarang melihatkan kemelut di Perak yang bukan sahaja terus membodoh-bodohkan orang Melayu malah amat memperlekehkan kedudukan sultan sebagai penaung neutral orang Melayu, saya rasa elok juga kalau para pemegang parang terbang tampil memperbetulkan keadaan sepertimana pernah berlaku 13 Mei 1969 40 tahun lalu. Saya tahu anak murid Kiyai Salleh Selempang Merah masih ramai, baik yang dimaksudkan adalah Kiyai Salleh di Batu Pahat, Johor mahupun yang di Sungai Manik, Perak. Itu belum campur pengamal perguruan lain terutama yang berketurunan pahlawan yang juga mampu menerbangkan keris, pedang dan parang. Lagipun amalan Kiyai Salleh itu sendiri disadur dari amalan aurad Tariqat Qadiriyah yang diasaskan oleh Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani.

Ingat, hari ini sudah masuk 13 Mei! Elok juga kemelut akibat kurang ajar bangsa bukan Melayu ditamatkan terus dengan satu peringatan berupa "perayaan ulangtahun" gitu, mungkin perayaan selepas Jubli Perak (cukup 25 tahun) yang akan membawa kepada Jubli Emas (cukup 50 tahun). Tetapi mengingatkan janji Allah bahawa segalanya akan diurai dan dihuraikan menurut ketentuan dan jadualNya jua, nampaknya kita semua harus lagi bersabar. Sesungguhnya untuk daulah sebenar Islam kembali bertapak di bumi ini, sistem pentadbiran dunia berlandaskan ideologi-ideologi ciptaan para cendekiawan Zionis yang berleluasa sekarang harus dihancurkan. Dan ini sudah pun bermula dan kemelut di Perak sebenarnya satu contoh, sistem pentadbiran artificial, palsu... sistem bukan menurut wahyu daru Allah yang kini menuju satu macam pembubaran semulajadi akibat ia sebenarnya tidak mampu membawa keadilan sejagat.

Posted by Radzi Sapiee at 1:22 AM

(sumber;http://merahsilu.blogspot.com/2009/05/cukup-cukuplah-tu-buat-kecoh-di-perak.html)

komen zmsegamat; melayu mudah lupa, melayu mudah lupa, melayu mudah lupa..

Tuesday, May 12, 2009

PILIHAN RAYA NEGERI PERAK….. HANYA AKAN MENGUNTUNGKAN DAP


12 May, 2009

Dua hari aku pening melihat kemelut politik Perak yang hanya akan merugikan rakyat Perak, tidak menguntungkan UMNO, PAS tetapi DAP akan terus yakin menaruh harapan untuk menduduki kerusi MB Perak. Percayalah….. Bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS akan turut diperdaya DAP semata-mata untuk kepentingan politik DAP.

Aku yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak.

Yang sedih nanti, bukan sahaja Zambry bukan jadi MB...malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB.

Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak…..

Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam. Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak.

Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.

Yea… MB masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam.

Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka…. Yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB.

Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.

Cetusan Sahabat-Gunung Pada 6:54 PM

(sumber;http://sahabatgunung9506.blogspot.com/2009/05/pilihan-raya-negeri-perak-hanya-akan.html)