Monday, February 11, 2013

Bas perlu pasang tali pinggang keledar


KOTA BHARU 9 Feb. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada semua pengusaha bas supaya memasang tali pinggang keledar di setiap tempat duduk seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sebelum ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Solah Mat Hassan berkata, syarat pemasangan itu dikeluarkan pada 26 Disember 2008, namun masih ada syarikat yang tidak mematuhinya ekoran kelonggaran dan tempoh lebih masa yang diberikan pihak berkuasa.

"Kerajaan telah menjadikan ia sebagai satu syarat, cuma tidak wajib, namun pengusaha bas perlu mengambil tanggungjawab memasang segera peralatan keselamatan itu.

"Bagi memastikan keselamatan setiap penumpang lebih terjamin, semua bas hendaklah dilengkapi dengan tali pinggang keledar sebagaimana ditetapkan dan penumpang perlu memakainya," katanya semasa pelancaran Ops Tahun Baharu Cina 2013 di sini hari ini.

Menurut beliau, kelonggaran diberikan kepada pengusaha bas sebelum ini disebabkan tindakan kebanyakan penumpang sendiri yang tidak menggunakannya meskipun sudah disediakan.

Katanya, semua bas yang dibuat sebelum 2008 tidak tertakluk kepada syarat tersebut, namun pengusaha tetap diminta supaya mengambil tanggungjawab masing-masing dalam hal itu.

Sementara itu, sempena Ops Tahun Baharu Cina 2013 yang dilancarkan awal bulan ini, beliau berkata, seramai 1,500 pegawai dan anggota terlibat bagi memantau dan mengawal semua kenderaan awam dan persendirian yang digunakan untuk pulang bercuti sempena perayaan itu.

Jelasnya, dalam tempoh tiga hari pertama, sebanyak 178 saman telah dikeluarkan dan sebanyak 1,795 kenderaan telah diperiksa termasuk kenderaan komersial.

" Sebanyak 193 lokasi hitam dikenal pasti akan dikawal dengan sokongan pasukan polis dan sebanyak 82 depot pemeriksaan akan dibuka termasuk di 32 terminal bas di seluruh negara," katanya.

(terimakasih sumber;utusan online)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130210/dn_09/Bas-perlu-pasang-tali-pinggang-keledar#ixzz2KWBeMoT1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, February 8, 2013

Karpal menentang apa saja yang 'berbau Islam'



APABILA Pas ingin memperjuangkan Negara Islam dan hukum hudud, Karpal Singh menyatakan "langkah mayat saya dulu." Pas semacam akur dengannya dan bersetuju menukar hala tuju perjuangan kepada Negara Berkebajikan.

Bila berbangkit isu kalimah Allah sesuatu yang pokok bagi Islam, Majlis Syura Pas mengambil pendekatan berbeza dengan keputusan kepimpinan pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Karpal Singh menyanggah kenyataan Haji Abdul Hadi Awang, "Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat dan bukan Majlis Syura. Saya kesal dengan kenyataan Haji Hadi. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya".


Siapa Karpal Singh yang mempersoalkan keputusan Majlis Syura yang sifatnya binding dan terikat dalam status sebuah jamaah Islam. Kalaulah Pas akhirnya tunduk dengan tuntutan Karpal Singh, sekali lagi Pas mengalah terhadap isu pokok dan asas bagi akidah tauhid umat Islam.


Kalaulah benar Haji Hadi sudah bersetuju dengan keputusan Majlis Syura, ia adalah sesuatu yang baik bagi umat Islam. Karpal Singh dan Anwar Ibrahim tidak payah sibuk-sibuk memaksa Haji Hadi berpatah balik dengan persetujuan 8 Januari yang mana Haji Hadi khilaf menyatakan pendiriannya bersama pimpinan Pakatan.

Karpal Singh tahu undang-undang, kuasa Raja dan Sultan di Malaysia dalam hal ehwal agama Islam. Anwar lebih patut tahu mengenai keputusan Majlis Syura kerana semasa dalam ABIM dulu keputusan Majlis Syura adalah binding atau terikat kerana berlandaskan hukum syarak.

Anwar sepatutnya menasihati Karpal Singh, Lim Guan Eng dan DAP mengenai perkara ini, bukan sebaliknya bersekongkol dengan mereka. Ia seolah-olah membayangkan faktor syarak tidak penting berbanding dengan faktor politik.

Orang Islam semakin hairan apakah Karpal Singh menolak enakmen agama negeri-negeri yang telah membuat keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah dan lain-lain kalimah yang berkaitan.

Enakmen yang diluluskan secara undang-undang adalah valid atau sah. Takkan kerana nak ke Putrajaya, semua itu dilanggar. Haji Hadi harus teguh dengan pendirian yang telah diputuskan oleh Majlis Syura. Kalau tidak, apa makna Haji Hadi memimpin sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam sedangkan perkara pokok yang melibatkan akidah dipandang remeh saja.

Walaupun Nik Aziz terpaksa turun ke Pulau Pinang dan dikatakan untuk melakukan diplomasi politik dengan Karpal Singh, Pengerusi DAP itu menafikan pertemuan tersebut ada membincangkan isu kalimah Allah dan menganggap isu itu masih tidak selesai.

Sepatutnya Nik Aziz selaku Pengerusi Majlis Syura menjawab dengan tegas keputusan Pas yang ditandatanganinya. Nampaknya dengan DAP, Nik Aziz amat lunak tetapi dengan UMNO terlalu kasar. Apakah ini selari dengan ajaran al-Quran lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan perkara pokok iaitu isu kalimah Allah yang kalau dirujuk pendirian Dr. Haron Din, salah guna kalimah Allah ini boleh membawa kufur dan syirik.

Cukuplah bagi Pas dilakukan sebegitu rupa. Majlis Syura patut bersidang segera dengan melibatkan Haji Hadi supaya pendirian tegas dapat dibuat terhadap permintaan Karpal Singh dan Anwar supaya Pas kembali bersetuju dengan keputusan Haji Hadi 8 Januari menerima guna pakai kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kalau keputusan Majlis Syura masih dipertikai juga, Pas tahu jalan keluarnya. Khalayak sedang meneliti gelagat Pas sama ada sekali lagi tunduk dengan kehendak Karpal Singh dan Anwar atau hanyut dalam perangkap politik yang menjejaskan imej perjuangan Pas itu sendiri.

Pas juga tahu bahawa Karpal Singh cukup sensitif sesuatu yang 'berbau Islam.' Sepatutnya melakukan tahalluf siasi atau kerjasama politik, DAP kena ada kefahaman bahawa Islam itu agama tamadun. Takkan Karpal Singh tak baca sejarah kebangkitan tamadun Eropah yang ada kaitannya dengan tamadun Islam.

DAP memperjuangkan faham sosialis demokratik yang sekular. Pas juga tahu tentang integriti Anwar dengan hala tuju perjuangan PKR cenderung kepada faham librealisme dan pluralisme agama.

UMNO tidaklah seteruk itu. Masih lagi memberi ruang kepada Islam berkembang. Pas tidak harus menjadi pendukung tegar terhadap politik kebencian dan dendam kesumat. Kembalikan kepada ajaran Islam yang sebenar. Kalau tidak isu kalimah Allah akan memerangkap Pas dalam satu persimpangan ingin mempertahankan akidah atau bakal cair dalam politik pragmatik Anwar dan DAP.


(terimakasih sumber: utusan online) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130207/re_03/Karpal-menentang-apa-saja--yang-berbau-Islam#ixzz2KHQiPgNe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TIANG TERBAKAR BERBENTUK SALIB DI ASRAMA MASJID RUSILA HAJI HADI?



Selepas berlaku kebakaran di Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang semalam, satu kejadian yang tidak disangka apabila satu tiang terbakar di tempat tersebut masih kekal dalam keadaan hangus berbentuk salib. ditengan-tengah bangunan.
dalam kejadian semalam Hampir 90 pelajar kehilangan tempat tinggal, pakaian serta buku pengajian sekolah apabila sebuah bangunan asramanya hangus terbakar. Sekolah yang dibina oleh haji Hadi ini telah beroperasi sejak tahun 1985 lagi. 

Kita doakan supaya semua pelajar Maahad Darul Quran berada dalam keadaan selamat & sentiasa dilindungi dari segala bencana & malapetaka.


(terimakasih sumber;http://www.mediaterengganu.net/2013/02/tiang-terbakar-berbentuk-salib-di.html)

Asrama Maahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang, hangus



WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Februari 2013
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Pelajar dan penduduk setempat memenuhi lokasi kebakaran selepas dimaklumkan bangunan asrama berkenaan terbakar.
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Abdul Hadi ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa diiringi Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya turut melawat lokasi kejadian.
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Pelbagai kelengkapan termasuk buku serta barang-barang peribadi milik pelajar pusat pengajian itu Abdul Hadi ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hangus sama sekali.






















































MARANG - Sebuah bangunan asrama pelajar Maahad Darul Quran dekat Masjid Rusila di sini, terbakar menyebabkan pelbagai kelengkapan termasuk buku serta barang-barang peribadi milik pelajar pusat pengajian itu hangus terbakar sama sekali.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, seramai 90 pelajar berusia 13 dan 14 tahun yang ditempatkan di asrama berkenaan terselamat berikutan ketika kejadian, pelajar terbabit sedang mengikuti kelas mereka di bangunan berdekatan.

Kebakaran disedari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu berada di sebuah bangunan berdekatan, termasuk seorang guru bahasa Inggeris, Akmal Hamzah, 30.

Abdul Hadi bergegas ke tempat kejadian manakala Akmal yang pada mulanya menyangka asap tebal memenuhi ruang udara itu adalah berpunca daripada pembakaran sampah, terus menghubungi pasukan bomba dan penyelamat daerah.

Abdul Hadi ketika ditemui berkata, beliau berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum terhidu bau asap dan melihat asap tebal, namun tidak dapat memastikan bangunan yangterbakar kerana kedudukan bangunan rapat di antara satu sama lain.

“Kejadian kebakaran berlaku terlalu pantas, kami yang berada di tempat kejadian itu tidak mampu untuk menyelamatkan apa-apa namun penduduk setempat tetap bertungkus lumus untuk memadam kebakaran kerana bimbang ia merebak.

“Saya bersyukur kerana tiada siapa yang cedera kerana ketika kejadian, pelajar terbabit berada di dalam kelas tetapi pihak pengurusan tetap membuat pemeriksaan takut jika ada pelajar uzur (sakit) di bilik asrama itu,” katanya kepada pemberita.

Pelajar dibenar bercuti awal

ABDUL HADI yang juga Ahli Parlimen Marang dan penasihat sekolah berkenaan berkata, sekolah tersebut mula beroperasi sejak 1985 dan ketika ini seramai 900 pelajar tingkatan satu hingga menengah atas tinggal dan belajar di situ.

“Bangunan asrama yang musnah dalam kebakaran akan dibina semula dalam masa terdekat dengan bantuan derma serta gotong-royong, manakala pelajar dibenarkan bercuti awal dan pulang ke rumah masing-masing semalam sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zamri Awang Long berkata, seramai 25 anggota dan empat jentera dari Balai Bomba Marang dan Balai Bomba
Kuala Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal api.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Mudir Maahad Darul Quran, Ustaz Hamzah Ngah berkata, pihaknya sudah membuat
satu laporan polis berhubung kejadian kebakaran bangunan itu dan menganggarkan kerugian berjumlah kira-kira RM200,000.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa juga melawat tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan. Beliau diiringi Ketua Polis Daerah Marang, Deputi
Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya serta pihak pengurusan Maahad Darul Quran.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/asrama-maahad-darul-quran-hangus-1.128578)








``````````````````````````````````````````````




Thursday, February 7, 2013

CEO syarikat herba tidak mengaku bersalah



Zubir Yahya (tengah) diiringi dua pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia masuk ke kamar Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 6 Feb. — Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat tumbuhan herba dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menawarkan saham syarikat kepada orang ramai melalui skim Rakan Niaga Kontrak Stevia tanpa kebenaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Zubir Yahya, 46, dari Megaherbs Bioextreme mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di premis syarikat terbabit di 36-3, Blok G, Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak di sini antara 1 April 2011 dan 13 April 2012.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menawarkan kepada orang ramai untuk membeli saham melalui skim Rakan Niaga Kontrak Stevia sedangkan ketika tawaran itu dibuat, syarikat terbabit tidak menjalankan perniagaan jual beli saham.
...


(terimakasih utusan online) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130207/ma_03/CEO-syarikat-herba-tidak-mengaku-bersalah#ixzz2KCGDbqEY
© Utusan Melayu (M) Bhd 



KUALA LUMPUR 6 Feb. — Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat tumbuhan herba dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menawarkan saham syarikat kepada orang ramai melalui skim Rakan Niaga Kontrak Stevia tanpa kebenaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Zubir Yahya, 46, dari Megaherbs Bioextreme mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di premis syarikat terbabit di 36-3, Blok G, Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak di sini antara 1 April 2011 dan 13 April 2012.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menawarkan kepada orang ramai untuk membeli saham melalui skim Rakan Niaga Kontrak Stevia sedangkan ketika tawaran itu dibuat, syarikat terbabit tidak menjalankan perniagaan jual beli saham.

Tawaran sedemikian dilarang di bawah Seksyen 363(3) Akta Syarikat 1965.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 363(5) Akta Syarikat 1965 dibaca bersama Seksyen 363(9) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM250,000.

Zubir juga didakwa menyebabkan syarikat Megaherbs Bioextreme menawarkan kepada orang ramai untuk membeli saham pelaburan melalui skim yang sama sedangkan ketika penawaran itu berlaku syarikat tersebut tidak mempunyai Surat Ikatan yang diluluskan oleh SSM.

Bagi pertuduhan kedua itu, dia didakwa mengikut Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 dibaca bersama Seksyen 84 akta tersebut yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa daripada SSM, Mohd. Zulkhairi Kamaruzaman yang mengendalikan pendakwaan, menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela pula memohon wang jaminan yang rendah kerana dia tidak mempunyai pendapatan sejak dua bulan lalu dan kini bergantung sepenuhnya kepada pendapatan isterinya yang bekerja sebagai doktor gigi.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Mac ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130207/ma_03/CEO-syarikat--herba-tidak-mengaku-bersalah#ixzz2KHPE9z9M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sibuk sebabkan tidak layari Facebook


SAN FRANCISCO 6 Feb. - Lebih separuh daripada pengguna Facebook di Amerika Syarikat (AS) 'berehat' daripada melayari rangkaian laman sosial itu dengan alasan yang diberikan mereka adalah terlalu sibuk, lapor satu kajian yang disiarkan semalam.

Menurut Pusat Penyelidikan Pew, kira-kira 61 peratus daripada pengguna laman itu memberitahu, mereka tidak melayari Facebook pada masa-masa tertentu dengan 27 peratus lagi merancang untuk mengurangkan masa mengakses laman sosial itu pada tahun depan.

Alasan yang paling tinggi diberikan iaitu sebanyak 21 peratus adalah kerana terlalu sibuk yang menyebabkan mereka tidak melayari Facebook.

Antara alasan lain yang diberikan ialah mereka 'penat melayan komen-komen bodoh', kawan-kawan yang bersifat 'gila-gila', bosan dan ia menimbulkan masalah dalam hubungan percintaan.

''Data ini menunjukkan orang ramai cuba melakukan perubahan dengan menyesuaikan diri dalam cara bersosial yang baharu,'' kata Pengarah Projek Internet Pew, Lee Rainie yang juga merupakan penulis bersama kajian bertajuk Datang dan Melangkah di Facebook.

Pew memberitahu, dianggarkan lebih dua pertiga orang dewasa di AS menggunakan internet hanya untuk melayari Facebook.

Kajian itu menambah, satu perlima daripada mereka yang bukan pengguna Facebook berkata, mereka pernah menjadi pengguna laman itu namun telah berhenti.

Antara alasan yang diberikan adalah mereka penat 'dengan sikap suka ambil berat' yang membuang masa.
Kaji selidik itu dibuat berdasarkan temu bual telefon antara 13 hingga 16 Disember dengan menjadikan 1,006 orang dewasa di AS sebagai responden. - AFP


(terimakasih sumber:utusan online)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130207/lu_07/Sibuk-sebabkan-tidak-layari-Facebook#ixzz2KC3yYnbk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, February 4, 2013

PRU-13 medan selamatkan akidah



SHAH ALAM 3 Feb. - Umat Islam perlu menjadikan tanggungjawab memilih kepemimpinan negara pada pilihan raya umum akan datang sebagai satu usaha memastikan akidah mereka terus dipertahankan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan umat Islam di negara ini kini berhadapan dengan krisis akidah susulan tuntutan penggunaan kalimah Allah yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas tahun lalu.

"Perkara ini tidak seharusnya dilihat oleh umat Islam sebagai suatu yang kecil apatah lagi menganggapnya sekadar satu isu politik. Maka, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, saya minta umat Islam melihat pilihan raya bukan hanya satu proses untuk menentukan siapa menjadi kerajaan, siapa jadi Perdana Menteri semata-mata.

"Sebaliknya saya mahu semua umat Islam menjadikan pilihan raya itu nanti sebagai penentu sama ada akidah kita selamat atau tidak. Kita kena faham isu kalimah Allah mengatasi politik kerana isu tersebut membabitkan akidah, tauhid kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jom Selamatkan Kalimah Allah di Taman Bukit Subang, di sini malam tadi.

Yang turut hadir memberikan ceramah ialah Ahli Majlis Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Wan Indra Putra Ahmad.

Zulkifli turut mengingatkan umat Islam agar menolak pakatan pembangkang apabila majlis pimpinannya yang turut dianggotai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pada 8 Januari lalu memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Tegasnya, meskipun Majlis Syura Ulama Pas kemudiannya memutuskan menolak penggunaan kalimah Allah itu oleh agama lain, Abdul Hadi sehingga kini belum menarik balik persetujuannya bersama pemimpin tertinggi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membenarkan pengunaan kalimah suci itu kepada semua agama.

Sementara itu, Wan Indra mahu rakyat memilih kerajaan berdasarkan rekod prestasi membantu rakyat seperti yang telah ditunjukkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam memimpin negara dan rakyat hingga ke hari ini.

Katanya, mungkin BN ada melakukan kesilapan pada masa lalu tetapi sebenarnya BN adalah lebih baik berbanding parti-parti pembangkang yang lain.

"Meskipun BN diperlekehkan oleh pembangkang, parti itu dilihat terus mengekalkan perpaduan atas semangat perkongsian kuasa dan melaksanakan setiap janji mereka kepada rakyat sehingga ke hari ini.

"Berbeza dengan pembangkang, kita lihat PKR, DAP dan Pas lebih banyak membuat fitnah, tuduhan terhadap BN tanpa bukti nyata. Malah pembangkang sendiri pun tidak mempunyai kesepakatan dalam kalangan mereka apatah lagi menepati janji-janji mereka terhadap rakyat seperti di Selangor," katanya.

(terimakasih: sumber utusan online)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130204/po_06/PRU-13-medan-selamatkan-akidah#ixzz2JwDP95ez
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, February 3, 2013

Sajak: SUDAH TAHU::khadijah Hashim

60 pelajar Harvard tipu peperiksaan dihukum


Sekumpulan pelajar lalu di Dataran Harvard, Cambridge, Massachusetts ketika universiti itu dilanda skandal penipuan beramai-ramai.Sekumpulan pelajar lalu di Dataran Harvard, Cambridge, Massachusetts ketika universiti itu dilanda skandal penipuan beramai-ramai.
New York: Sekurang-kurangnya 60 pelajar di Universiti Harvard digantung pelajaran, manakala yang lain dikenakan tindakan disiplin dalam satu skandal penipuan besar di institusi tersohor Amerika Syarikat itu. 

Dekan Fakulti Sains dan Sastera, Michael Smith memberitahu kakitangan dan pelajar di universiti berhampiran Boston itu bahawa lebih separuh kes sedang disiasat menyebabkan pelajar berkenaan diminta tidak berada di kolej untuk sementara.
 “Dalam kes lain, ada yang dikenakan tindakan disiplin, manakala selebihnya tidak dikenakan sebarang tindakan,” kata Smith dalam satu e-mel ke semua kampus. 


Pelajar yang diminta tidak berada di kampus untuk sementara waktu dilaporkan antara dua hingga empat semester. 

Ketika skandal mula terbongkar dan diketahui ramai pada Ogos lalu, pentadbir Harvard berkata i 125 pelajar disyaki berpakat menjawab peperiksaan akhir. 


Plagiat 

Universiti berkenaan berkata, ramai pelajar mungkin bekerjasama menjawab soalan atau melakukan plagiat membabitkan rakan sekelas mereka ketika peperiksaan akhir kursus masing-masing. 
Harvard di Cambridge, Massachusetts adalah sebuah daripada universiti eksklusif dunia dengan pelajar membayar AS$63,000 setahun (RM189,000) untuk mengikuti pengajian selepas melalui proses kemasukan yang sengit. 

Smith menyifatkan skala insiden penipuan terbabit sebagai paling ramai setakat ini menyebabkan proses perubahan sedang dirangka untuk menggalakkan integriti akademik dan pemahaman lebih mendalam isu itu dalam kalangan penghuninya. 

“Kita semua boleh lakukan yang lebih baik,” katanya dalam e-mel. 

Presiden Majlis Siswazah Harvard, Tara Raghuveer, berkata siasatan kes berkenaan berlangsung terlalu lama hingga menjadi topik hangat. 

Katanya, ada pelajar memulakan pelajaran semester baru tanpa mengetahui sama ada dibenarkan menamatkan kursus. - Agensi
(terimakasih sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/60pelajarHarvardtipupeperiksaandihukum/Article/index_html)

Ubat rangsang seks dirampas




SEGAMAT 30 Jan. - Kementerian Kesihatan hari ini menyerbu 35 buah premis dan stokis di lima negeri secara serentak dan merampas 6,283 botol ubat perangsang seks dikenali sebagai Perkasa Plus yang kesemuanya bernilai RM94,245.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Farmasinya, Wan Hamid Wan Ibrahim berkata, serbuan bermula pukul 11 pagi sehingga 1 petang melibatkan premis serta stokis di Johor, Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan.

"Stokis dan premis terbesar yang menjadi pengedar utama berpusat di Taman Genuang Perdana di Jalan Genuang, Segamat dengan rampasan sebanyak 5,379 botol dengan nilai RM80,685, diikuti Perak dengan 520 botol (RM7,800).

"Rampasan ketiga terbesar adalah di Kelantan dengan 245 botol (RM3,675), Selangor dengan 89 botol (RM1,335) dan Pahang 50 botol (RM750)," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengetuai serbuan di Taman Genuang Perdana di sini.

Beliau berkata, produk itu amat berbahaya dan mengelirukan kerana dilabelkan sebagai produk herba tetapi mengandungi bahan 'sildenafil' atau 'viagra' dalam dos yang tidak dibenarkan selain tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, ubat tersebut dijual dalam satu pakej atau kotak yang mengandungi 10 botol pada harga RM89 untuk ahli dan RM150 bagi bukan ahli dipercayai dijual di pasaran sejak dua tahun lalu.
Wan Hamid berkata, setiap botol mengandungi 30 mililiter dan digunakan sekali sahaja setelah dicampurkan dengan segelas air dan bahan 'sildenafil' itu akan bertukar menjadi racun kerana dosnya berlebihan.

"Biasanya 'sildenafil' digunakan untuk mengubati kegagalan ereksi atau mati pucuk. Ini adalah bahan dalam kelas 'fosfodiesterase inhibitor'. 'Sildenafil' meningkatkan aliran darah ke alat kemaluan lelaki selama rangsangan seksual berlaku," katanya.

Menurutnya, campuran yang tidak terkawal dan berlebihan itu akan memberi kesan kepada pengguna antaranya pening kepala, pedih ulu hati, cirit birit, hidung berdarah, susah tidur, kebas di anggota badan, sakit otot, gangguan penglihatan, sensitif kepada cahaya, telinga berdengung, pitam dan sakit dada.
Beliau berkata, serbuan di semua premis dan stokis dibuat setelah pihaknya mendapat aduan orang awam tentang penjualan terbuka produk itu dan kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kandungan produk itu.

Katanya, dengan label yang menarik serta moto Minuman Herba Lelaki, Menyerlah Kehebatan Lelaki, produk itu pasti menarik minat orang ramai apatah lagi mendakwa minuman itu berasaskan herba tetapi sebenarnya dicampur dengan 'sildenafil'.

© Utusan Melayu (M) Bhd