Thursday, February 9, 2012

Kena bela diri kes lebih harta: (BERITA HARIAN)



Oleh Petah Wazzan Iskandar

2012/02/09

GEORGETOWN: Bekas Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Harun, 52, semalam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen, di sini atas dakwaan memiliki harta melebihi pendapatan pada Oktober 2010.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz memerintahkan tertuduh yang kini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya, membela diri pada 19 Mac depan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Dalam prosiding, Sitarun Nisa berkata tertuduh diberi peluang membuat keterangan bersumpah selepas mahkamah tidak mendapat penjelasan yang memuaskan dan membenarkan pihak pembelaan mengemukakan saksi.
“Saya menetapkan pada 19, 20 dan 21 Mac depan tarikh perbicaraan akuan bersumpah serta kes pembelaannya dan sekiranya tidak sempat selesai, ia disambung pada 16 dan 17 April depan.

“Bagaimanapun, sekiranya ia selesai dalam tiga hari pada Mac depan, dua tarikh pada April, dijadikan masa untuk membuat hujahan,” katanya.

Abdul Rahman diwakili peguamnya, Zamri Idrus dan Mohd Fadhly Hashim, manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Timbalan Pendakwaraya Janariah Abdul Mutalib dan Anthony Kelvin Morais.

Tertuduh yang kelihatan tenang dan ditemani saudara mara, dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, pada 11 Oktober 2010.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki wang dan hartanah bernilai RM817,355 yang merangkumi Akaun Amanah Saham Bumiputera sebanyak RM334,245, Akaun Lembaga Tabung Haji (RM299,016) dan Akaun Maybank (RM48,094), selain hartanah bernilai RM136,000.

Ini menunjukkan ada lebihan harta yang sepatutnya dimiliki Abdul Rahman selepas diambil kira emolumen sepanjang berkhidmat dengan kerajaan sebanyak RM152,081.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36 (3) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Mahkamah mengekalkan jaminan sebanyak RM15,000 kerana sepanjang proses siasatan yang dijalankan sejak Ogos 2009, tertuduh dan isteri masih bekerja serta tidak wujud krisis kewangan.

Anak YB Nizar Jamaluddin Masuk MRSM Taiping, Zalim Sungguh UMNO! by Cucu Tok Selampit

February 8, 2012




Anak bekas Menteri Besar Perak, DS Ir Nizar Jamaluddin berpeluang melanjutkan pelajaran beliau ke Tingkatan 4, MRSM Taiping. Alhamdulillah, ada juga jasa Kerajaan UMNO/BN terhadap bekas MB Perak ini yang saban hari mengutuk, mengeji dan memfitnah Kerajaan yang memberi peluang kepada anaknya menyambung pelajaran di sekolah yang ternama dan berprestij, yang selalunya diberikan kepada pelajar-pelajar cerdik dari golongan keluarga kurang berada.

Umum mengetahui bahawa UMNO lah yang selama ini berjuang untuk mempertahankan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehingga terdiri megahnya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang sehingga kini berjaya melahirkan jutaan cerdik pandai. Dengan usaha UMNO ini jugalah dapatlah anak bekas Menteri Besar Perak yang tidak pernah mengenang budi ini melanjutkan pelajaran. Kita berharap Allah SWT agar bukakan hati DS Nizar ini untuk bersyukur dan menzahirkan rasa terima kasih serta rasa mengenang budi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 7, 2012

Hilmi sah ditahan di Indonesia: kosmo





KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan seorang pemuda rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia Jumaat lalu adalah individu sama yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong.

Lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai Hilmi dan menetap di Ampang, Selangor itu menjadi buruan polis sejak tahun 2009 selepas tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet pada 2009.

Elizabeth ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan.

Hilmi atau Azmin Hilmi didakwa bekas teman lelaki ahli politik wanita itu.

Satu sumber berkata, PDRM dimaklumkan bahawa lelaki bernama Azmin Helmi, 37, yang ditahan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia atas kesalahan memiliki dokumen palsu adalah Hilmi iaitu individu sama dicari polis Malaysia sejak tiga tahun lalu.

"Ya (adalah Hilmi). Dia sah telah ditahan di Batam Sentral, Indonesia.

"Bagi membawa Hilmi pulang bagi siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth, ia akan memakan masa. Kita akan bekerjasama dengan pihak polis Indonesia untuk tujuan itu," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Elizabeth.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di alamat Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri keluar negara ekoran terbongkarnya skandal itu.

Hilmi dicari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet.

Maklumat terakhir yang pernah disiarkan akhbar-akhbar tempatan ialah Hilmi didakwa bersembunyi di Indonesia.

Pada 17 Februari 2009, negara digemparkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth. Difahamkan, gambar-gambar dari pelbagai sudut itu diambil tanpa pengetahuan mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tidur di rumahnya.

Gambar-gambar tersebut disahkan Elizabeth sebagai gambar-gambar dirinya.

terima kasih(sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0207&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm)


PRU 13 : TUN M, BN, RAKYAT,POKET DAN PANDANGAN AKU. oleh GAP KEMBALI


tun m minta najib tangguh dulu cadangan nak bubar parlimen.
kata tun m, ada perkara yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan
benar-benar pengundi cina kembali kepada BN.

ini tugasan berat untuk najib dan pimpinan BN.
mereka harus 'melangkau beberapa tapak' dalam usaha
untuk mendapatkan kembali undi cina.

melangkau dalam maksud bagaimana BN dapat mematikan
'kehendak' pengundi cina yang dilihat begitu kepingin untuk memangkah
pakatan. ini langkah pertama. mematikan nafsu pengundi cina.

pakatan menjanjikan bulan dan bintang.
adakah BN sanggup menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi ?

pemberian wang dan bantuan kepada SKJC dan NGO cina bukan signal
mereka bakal ingin kembali kepada BN.

belajarlah dari tragedi pilihanraya kecil pasca 2008.
wang bagi, undi tak bagi.

kos sara hidup yang tinggi membebankan golongan pertengahan
di lembah klang.

melayu, cina dan india di lembah klang terpaksa melakukan
undi protes.
mereka memilih pembangkang walaupun mereka tahu pembangkang
tidak kompeten.
ia sekadar lakuan undi protes.

poket poket dan poket.
BN WAJIB fikirkan langkah dan tatacara bagaimana
nak meredupkan kembali poket rakyat di lembah klang.

isu anwar rakyat dah faham.
isu pas rakyat dah katam.
isu dap rakyat dah tahu.

bukan semua pengundi fokus dan terlalu centric pada isu mainan politik.
ada diantara mereka tak endah langsung pasal anwar meliwat, pas jadi hub pluralisme
dan dap jadi penjalang.

bagi aku separuh daripada rakyat lebih memikirkan kepada permaslahan mikro,
lebih mudah sebut jalanan seharian kos hidup mereka.

bagi aku rakyat masih memilih dan melakukan tindakan berhati-hati dalam
usaha mereka untuk meyakinkan diri akan kesediaan mereka memangkah semula BN.

setakat ini BN dah okay dan paham susur galur protes dulu dan permaslahan sekarang.

bajet yang dibentangkan pada 2011 tampak menggembirakan rakyat.
BR1M,KR1M,pemansuhan yuran dan pelbagai lagi telah dan sedang dilaksanakan.

pada pandangan aku, kalau nak bubar sungguh parlimen,
BN perlu dapatkan satu killer song yang bakal meranapkan terus nafsu syahwat
pengundi untuk memangkah pakatan lagi.

cubalah cari 'ummpphh' yang dimaksudkan !
percayalah,kalau 'uummpph' itu dijumpai teori domino
undi rakyat menolak pakatan bakal berlaku.

bersambung...

pantun hari ini: Anak pipit di dalam bakul,


Anak pipit di dalam bakul,
Sarangnya rosak di dahan seraya.
Alangkan bukit boleh dicangkul ,
Kenapa tidak tanah berpaya


Padi huma terjemur basah,

ditimpa hujan usah dimakan,

yang senang akan menjadi susah,

tiada kemahuan hasilnya usah diimpikan.


Anak pipit mati tersepit
Jatuh ke sungai disambar buaya
Saya suka jalan yang sempit
Paling benci tanah berpaya


sarang dah rosak didahan seraya
seraya berbunga setelah dibaja
tanah berpaya saya tak suka
yang berbukit2 saya idaman saya.

Tanah berpaya ditimbus pasir
tanah bukit ditolak bulldozer
Malas bangun masakan berhasil
hidup merunggut menambah dosa


Pipit bukan sebarang pipit..

pipit bendang sukakan padi

Sakit bukan sebarang sakit..

sakit brdendam kawin tak jadi


Terbang jelatik di kayu bongkah
Terbangnya pantas menghala bumbung
Mana yang pendek boleh ditongkah
Mana tertetas boleh disambung


Nakkoda kapal duduk termenong.
Memikir kelasinya tak kunjung sampai.
Niat di hati nak peluk gunong.
Sudah nasib tangan tak sampai.


terimakasih(sumber:Datin Asima Abdul Latiff)

Sunday, February 5, 2012

Mana gula-gula saya ..!! oleh yusri harun



4 FEB —

1.0 Kebelakangan ini, galak sungguh pihak kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional memperkenalkan pelbagai inisiatif mudah, mesra kepada golongan yang pendapatan isi rumah mereka kurang daripada RM3,000. Saya tidak mempersoalkan tindakan tersebut malah menyokong segala inisiatif yang diadakan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah apabila diberi undi oleh rakyat, iaitu untuk memakmurkan kehidupan rakyat.

2.0 Namun, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam keghairahan ini, telah tidak langsung meminggirkan golongan pertengahan tinggi yang merupakan golongan yang paling banyak membayar cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dan merupakan pencarum kepada Skim Kumpulan Simpanan Pekerja.

3.0 Golongan pertengahan tinggi ini dikategorikan oleh kerajaan sebagai golongan mampu tetapi mereka sebenarnya terpaksa membayar segala bentuk perkhidmatan yang diperlukan seperti yuran asrama anak yang tinggi, kos makanan anak di asrama, bayaran bulanan pembelian rumah, tol, minyak, kenderaan, Astro, khidmat Internet, khidmat kesihatan hatta cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan di restoran-restoran.

4.0 Mereka ini adalah pembayar cukai yang tinggi sehingga gaji bulanan yang dikategorikan sebagai tinggi dan mampu oleh kerajaan sebenarnya adalah rendah dan menyesakkan.

5.0 Namun, apa yang golongan ini dapat daripada pelbagai inisiatif kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional sekarang? Boleh dikatakan tidak ada langsung. Yang ada mungkin hanya wang RM100 untuk bantuan persekolahan anak dan baucer buku bernilai RM200 bagi anak-anak mereka yang belajar di universiti.

6.0 Perkhidmatan asas seperti bantuan penuh untuk anak-anak di asrama, pengecualian cukai perkhidmatan di restoran-restoran, diskaun tol dan diskaun perkhidmatan kesihatan patut diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan pertengahan tinggi ini dalam memastikan mereka juga patut menikmati hidup yang lebih makmur.

7.0 Kerajaan pimpinan Barisan Nasional patut sedar bahawa golongan pertengahan tengah inilah merupakan golongan pengundi yang celik hak dan mereka berupaya melakukan perubahan dalam PRU13 yang akan datang. Mereka patut diberi perhatian!

RAKYAT MARHAEN

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/mana-gula-gula-saya-yusri-harun/

zmsegamat kata:

golongan pertengahan tinggi termasuk lah warga bisnes yang menjalankan bisnes terutama golongan kontraktor yang berdaftar dengan pkk kelas F, pkk kelas E dan pkk kelas D.. dengar2 ada kontraktor pkk kelas D sejak tahun 2008 tidak pernah dapat apa-apa job dari kerajaan atau agensi kerajaan dan ramai yang akan golong tikar..

dan sekarang ini pula kerajaan sedang mengenakan tekanan pada kontraktor pkk kelas f dengan mensyaratkan semua permohonan pembaharuan kontraktor kelas f diwajibkan melalui program tapisan/proses pemutihan secara temuduga. (umpama nanti pemilik lesen memandu kena temuduga dulu apabila nak renew lesen) ini pun gula2ke

Saturday, February 4, 2012

Sifat merendah diri pada Rasulullah wajar dicontohi Oleh Amran Zakaria


RASULULLAH SAW amat dicintai dan disayangi kerana peribadinya yang mulia. Sifat meredah diri Baginda amat mengagumkan. Jauh sekali untuk Rasulullah SAW bersifat sombong dan angkuh dengan pemilihannya sebagai uswatun hasanah.


Sedangkan kita, tanpa disedari telah memiliki sifat angkuh dan sombong melalui percakapan, perbualan, tutur kata, suka menunjuk-nunjuk dan mempamerkan sesuatu berselindung dengan hasrat untuk dipuji dan disanjung.
Berbeza Rasulullah SAW yang melihat sombong itu dari sudut yang nyata. Baginda bersabda bermaksud: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia,” (Riwayat Muslim)
Ibnul Qayyim, cendekiawan dan ahli fiqh terkenal, abad ke-13, pernah menyatakan bahawa “sesungguhnya hati manusia berdepan dua ‘penyakit’ yang amat besar, jika orang itu tidak menyedari akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, dua ‘penyakit’ itu adalah riak dan takbur...”

Berkata Imam Al Ghazal, orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, dia marah dan benci, sedangkan kalau dia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar."

Sebenarnya sifat sombong dan angkuh lahir daripada naluri seseorang yang diterjemah melalui perilaku dan tutur kata. Melalui sifat itu seseorang berasakan dirinya lebih daripada orang lain dan sentiasa hebat untuk dibandingkan.

Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombong diri atas yang lain dan tidak berbuat zalim atas yang lain.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah mencela sikap angkuh dan bangga diri. Daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak. (Riwayat Syaikhan dan Syaibani)

Sifat sombong bukan saja pada pangkat dan kedudukan, malah melalui percakapan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang menyeret bajunya dengan tujuan menyombongkan diri, maka Allah tidak akan melihat dirinya di hari kiamat." (Riwayat Syaikhan Nawawi).

Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Di hari kiamat, orang yang sombong akan dikumpulkan seperti debu halus. Mereka ditutupi oleh kehinaan pada setiap tempat, kemudian diiring ke penjara di neraka jahanam yang disebut Bulas, mereka dilumat oleh api neraka, disiram dengan minuman ahli neraka berupa lumpur yang membinasakan." (Riwayat Ar- Tirmizi dan Syaibani).

Adi bin Hatim, putra Hatim yang terkenal sangat dermawan pernah menyebut bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hanya melalui keinsafan dan kesedaran, hidup ini hanya sementara dan tugas kita beribadah kepada Allah dapat mengelakkan sifat sombong dan bangga diri. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” (Muslim)

Rasulullah SAW ialah manusia yang amat toleran, amat berani, amat adil dan amat bersopan-santun sekali. Baginda tidak menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menjadi suami yang angkuh dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri baginda dalam hal rumah tangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa untuk bersifat angkuh menyombong diri dan mencela orang bawahan. Baginda sentiasa ramah mesra, sopan-santun dan murah hati tanpa memilih puak, darjat dan keturunan.

Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan orang kafir. Baginda sering menghampiri dengan memuliakan orang miskin dan anak yatim. Selalu melawat pesakit meskipun rumahnya jauh di pinggir kota, suka kepada yang baik, sering duduk bersama-sama fakir-miskin, memberi makan kepada orang miskin.

Baginda memuliakan orang miskin dan anak-anak. Daripada Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Baginda Rasulullah SAW tidak pernah mengecewakan sesiapapun, tidak berkata melainkan yang hak dan tertawa baginda setakat senyum saja tanpa hilai ketawa. Jelasnya, baginda tidak bersifat sombong dan takbur walaupun amat dimuliakan umatnya. Sombong dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu antara sifat yang keji dan tercela. Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga.

Friday, February 3, 2012

Syed Ali sokong saranan Rafidah supaya Shahrizat berundur


DATUK Wira Syed Ali Alhabsheebersetuju dengan pendapat Tan Sri Rafidah Aziz supaya pemimpin UMNO yang membawa masalah kepada parti dan kerajaan perlu segera meletakkan jawatan.


Katanya, saranan Rafidah itu jelas ditujukan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil yang sedang bercuti berikutan kontroversi isu NFC.


“Saya menyokong penuh pendapat Rafidah, yang antara lain mempersoalkan mengapa dia (Shahrizat) harus bercuti, itu bukan perkara pokok kepada isu tersebut,” katanya.

Perkara penting kata beliau, seperti dinyatakan oleh Rafidah ialah buat keputusan muktamad dan jangan tinggalkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan bagi pihak dirinya.

Rafidah kata Syed Ali, telah memberi teguran ikhlas demi kebaikan parti dan meyakinkan rakyat bahawa UMNO dan kerajaan tidak wajar diheret sama dalam isu NFC.

“Pemimpin harus bertanggungjawab terhadap apa jua isu dan tidak wajar melarikan diri dengan membiarkan kedudukannya terus menjadi persoalan umum,” tegasnya.


Beliau berpendapat, membebankan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu yang tiada kena mengena dengan UMNO merupakan satu tindakan kurang wajar sama sekali.

“Sebagai pemimpin berpengalaman, dia sudah boleh membuat keputusan terbaik tanpa membebankan Najib yang juga Presiden UMNO,” ujarnya.

Sebelum ini, Syed Ali pernah mendesak supaya Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana tidak mahu isu NFC menjadi beban kepada UMNO pada PRU ke-13 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mengulas kenyataan keras Rafidah dalam satu wawancara pendek dengan akhbar The Malay Mail hari ini (Khamis), yang antara lain mahu Shahrizat berundur jika membawa masalah kepada parti dan kerajaan.

Rafidah turut menegaskan, mana-mana pemimpin yang menjadi liabiliti kepada parti harus mengambil langkah betul termasuk melepas jawatan yang dipegang tanpa menyusahkan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut gesaan tersebut, Syed Ali menambah desakan supaya Shahrizat berundur bukan atas alasan ‘kebencian peribadi’ tetapi demi kebaikan parti dan kerajaan.

“Dalam isu ini, Shahrizat harus buktikan keikhlasan perjuangan beliau, sama ada untuk parti dan kerajaan atau pun lebih mengutamakan kepentingan keluarga,” tegasnya.

Beliau mengakui isu NFC sedikit-sebanyak telah memberi masalah kepada UMNO untuk berdepan dengan rakyat menjelang PRU akan datang.


“Di sesetengah tempat, saya diberitahu isu NFCkini menjadi bahan sindirian kononnya mana-mana kawasan yang terbiar ditumbuhi rumput dan lalang, tak perlu lagi guna mesin pemotong rumput, sebab UMNO dah ada lembu di Gemas,” katanya.

Walaupun sekadar sindrian kata beliau, tetapi cukup memberi kesan buruk kepada UMNO walhal parti tidak ada kepentingan dengan NFC yang diterajui oleh keluarga Shahrizat.

“Inilah yang ditegaskan oleh Rafidah, kalau pemimpin bawa masalah kepada parti, elok berundur dan saya bersetuju dengan pendapat beliau,” tegasnya lagi.

Penyokong PAS Sahkan Umno Bakar BMW & CAMRY Tim PJ PAS Johor


Filed Under ( ) by pisau on 3.2.12


Penyokong PAS didalam Facebook sahkan kejadian kebakaran kereta mewah timbalan pesuruhjaya PAS Johor adalah perbuatan Umno.


Pengesahan ini dibuat berdasarkan apa saja yang berlaku didunia ini adalah kesalahan Umno hatta anak mereka jatuh basikal sekali pun.


Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.

Kita sendiri pun tak tau sebab dan kenapa kereta BMW M Sport dan Camry tersebut terbakar. Sama ada dia ada hutang along atau memang ada perbuatan khianat.


Satu lagi ,khawarij PAS memang pandai berlakon kononnya susah dan miskin sedangkan mereka kaya raya .

Pisau kata " tu hasil tabung buluh ka?"



(sumber:
http://www.pisau.net/2012/02/penyokong-pas-sahkan-umno-bakar-bmw-tim.html)

Menang Anugerah Juara Lagu, AWAN NANO Untuk Anwar Ibrahim


Filed under: Kolum Panas,Nasional |

Ketua Cabang PKR Parit Sulong, Hasmi Hashim atau nama penanya Buddhi Hekayat merupakan seorang penjilat Anwar yang paling tegar. Dengan menggunakan alasan ‘SENI’, maka segala-galanya dipandang dari sudut yang berbeza sambil cuba memesongkan pandangan serta pemikiran masyarakat kepada kecenderungan peribadinya.

Kemenangan dalam Anugerah Juara Lagu yang baru lepas menerusi lagu AWAN NANO yang dianjurkan oleh stesen televisyen milik UMNO, sebenarnya memperlihatkan bagaimana kegiatan bawah tanah PKR menyusup dalam setiap elemen yang dimiliki oleh UMNO. Dengan berselindung di sebalik seni, tentera-tentera propaganda Anwar Ibrahim tidak sahaja menyusup untuk menguasai tetapi juga menyebarkan fahaman mereka, baik secara penzahiran, mahupun menerusi idea.

31 Januari lalu, pada pukul 9:00 malam sehingga 11:00 malam, satu majlis dialog yang dianjurkan oleh Akademi Pak Sako telah diadakan di Cafe NZ Garden, KLCC, Kuala Lumpur. Majlis tersebut menampilkan Hasmi Hashim, penulis lirik AWAN NANO sebagai speaker. Majlis berkenaan telah dihadiri lebih kurang 30 orang. Antara mereka yang menunjukkan muka adalah Hilmi Idham, bekas pelajar keciciran UKM, Hashim Tikus (nama sebenar belum diketahui) dan bekas wartawan Utusan Malaysia yang sedang mencari nama untuk bertapak sebagai orang politik, Hata Wahari.

Hampir kesemua yang hadir adalah ahli-ahli Anwar Ibrahim Club atau AIC.

Menariknya dalam majlis berkenaan, Hasmi bercerita tentang sejarah perjuangan politik Anwar Ibrahim. Padahal kalau berdasarkan kepada latar belakangnya, Hasmi sendiri tidak mengetahui banyak tentang Anwar Ibrahim, terutama sekali pembabitan Anwar Ibrahim dalam sejarah politik negara dari tahun 1974 dan kemuncaknya pada 1981 sehingga 1998.

Keazamannya untuk menggunakan lirik lagu sebagai wadah untuk menaikkan imej PKR serta Anwar Ibrahim sememangnya sudah boleh dijangka. Apatah lagi kemenangan lagu AWAN NANO, membuka ruang yang sangat luas kepada Hasmi Hashim, ditambah pula dengan ‘sokongan’ serta ruang yang diberikan oleh pihak stesen elektronik seperti TV3 dan rangkaian radio milik entiti UMNO itu, menjadikan Hasmi Hashim melihat peluang tersebut perlu dipergunakan dengan seoptimumnya.

Walaupun sekadar menjadi penulis lirik, Hasmi Hashim dalam dialognya menuduh politik Malaysia adalah kotor. Alasannya ialah, kotornya politik Malaysia adalah disebabkan pensabitan Anwar Ibrahim dalam kes liwat.

Sama ada Hasmi Hashim atau Buddhi Hekayat bodoh atau sengaja membodohkan dirinya, perbicaraan liwat itu sendiri sebenarnya sudah MEMBERSIHKAN politik Malaysia daripada sebarang tuduhan rambang yang dibuatnya. Perbicaraan memberikan ruang yang sangat besar kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan kebenaran dirinya dan konspirasi seperti yang diceramahkannya di seluruh negara.

Malangnya, dalam perbicaraan terbaru, Anwar Ibrahim gagal berbuat begitu. Sebaliknya dia dibebaskan kerana alasan ‘bekas DNA yang tercemar’ serta ‘tiadanya sokongan terhadap kenyataan Saiful Bukhari Azlan’ sekalipun Saiful Bukhari Azlan adalah berkredibiliti.

Ruang manakah yang dimaksudkan oleh Hasmi Hashim sebagai politik di Malaysia kotor kerana pensabitan Anwar Ibrahim dalam kes liwat?

Bagaimana dengan perbuatan liwat itu sendiri? Adakah liwat bagi golongan seperti Hasmi Hashim merupakan perbuatan yang bersifat individual freedom, civil rights, privasi individu dan yang seangkatan dengannya?

Jangan terkejut sekiranya, tidak lama lagi Hasmi Hashim atau Buddhi Hekayat akan mula mendendangkan lirik-lirik lagu yang menghalalkan seks sesama jenis, seks SUKA SAMA SUKA, liwat, homoseksual, lesbian, biseksual dan PONDAN-MEMONDAN berdasarkan kenyataannya itu.

Dan jangan terkejut juga sekiranya, Hasmi Hashim atau Buddhi Hekayat menjadi salah seorang tenaga penggerak AIC yang sangat tegar!

(sumber:http://sel13.com/archives/1403)