Ketua Cabang PKR Parit Sulong, Hasmi Hashim atau nama penanya Buddhi Hekayat merupakan seorang penjilat Anwar yang paling tegar. Dengan menggunakan alasan ‘SENI’, maka segala-galanya dipandang dari sudut yang berbeza sambil cuba memesongkan pandangan serta pemikiran masyarakat kepada kecenderungan peribadinya.
Kemenangan dalam Anugerah Juara Lagu yang baru lepas menerusi lagu AWAN NANO yang dianjurkan oleh stesen televisyen milik UMNO, sebenarnya memperlihatkan bagaimana kegiatan bawah tanah PKR menyusup dalam setiap elemen yang dimiliki oleh UMNO. Dengan berselindung di sebalik seni, tentera-tentera propaganda Anwar Ibrahim tidak sahaja menyusup untuk menguasai tetapi juga menyebarkan fahaman mereka, baik secara penzahiran, mahupun menerusi idea.
31 Januari lalu, pada pukul 9:00 malam sehingga 11:00 malam, satu majlis dialog yang dianjurkan oleh Akademi Pak Sako telah diadakan di Cafe NZ Garden, KLCC, Kuala Lumpur. Majlis tersebut menampilkan Hasmi Hashim, penulis lirik AWAN NANO sebagai speaker. Majlis berkenaan telah dihadiri lebih kurang 30 orang. Antara mereka yang menunjukkan muka adalah Hilmi Idham, bekas pelajar keciciran UKM, Hashim Tikus (nama sebenar belum diketahui) dan bekas wartawan Utusan Malaysia yang sedang mencari nama untuk bertapak sebagai orang politik, Hata Wahari.
Hampir kesemua yang hadir adalah ahli-ahli Anwar Ibrahim Club atau AIC.
Menariknya dalam majlis berkenaan, Hasmi bercerita tentang sejarah perjuangan politik Anwar Ibrahim. Padahal kalau berdasarkan kepada latar belakangnya, Hasmi sendiri tidak mengetahui banyak tentang Anwar Ibrahim, terutama sekali pembabitan Anwar Ibrahim dalam sejarah politik negara dari tahun 1974 dan kemuncaknya pada 1981 sehingga 1998.
Keazamannya untuk menggunakan lirik lagu sebagai wadah untuk menaikkan imej PKR serta Anwar Ibrahim sememangnya sudah boleh dijangka. Apatah lagi kemenangan lagu AWAN NANO, membuka ruang yang sangat luas kepada Hasmi Hashim, ditambah pula dengan ‘sokongan’ serta ruang yang diberikan oleh pihak stesen elektronik seperti TV3 dan rangkaian radio milik entiti UMNO itu, menjadikan Hasmi Hashim melihat peluang tersebut perlu dipergunakan dengan seoptimumnya.
Walaupun sekadar menjadi penulis lirik, Hasmi Hashim dalam dialognya menuduh politik Malaysia adalah kotor. Alasannya ialah, kotornya politik Malaysia adalah disebabkan pensabitan Anwar Ibrahim dalam kes liwat.
Sama ada Hasmi Hashim atau Buddhi Hekayat bodoh atau sengaja membodohkan dirinya, perbicaraan liwat itu sendiri sebenarnya sudah MEMBERSIHKAN politik Malaysia daripada sebarang tuduhan rambang yang dibuatnya. Perbicaraan memberikan ruang yang sangat besar kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan kebenaran dirinya dan konspirasi seperti yang diceramahkannya di seluruh negara.
Malangnya, dalam perbicaraan terbaru, Anwar Ibrahim gagal berbuat begitu. Sebaliknya dia dibebaskan kerana alasan ‘bekas DNA yang tercemar’ serta ‘tiadanya sokongan terhadap kenyataan Saiful Bukhari Azlan’ sekalipun Saiful Bukhari Azlan adalah berkredibiliti.
Ruang manakah yang dimaksudkan oleh Hasmi Hashim sebagai politik di Malaysia kotor kerana pensabitan Anwar Ibrahim dalam kes liwat?
Bagaimana dengan perbuatan liwat itu sendiri? Adakah liwat bagi golongan seperti Hasmi Hashim merupakan perbuatan yang bersifat individual freedom, civil rights, privasi individu dan yang seangkatan dengannya?
Jangan terkejut sekiranya, tidak lama lagi Hasmi Hashim atau Buddhi Hekayat akan mula mendendangkan lirik-lirik lagu yang menghalalkan seks sesama jenis, seks SUKA SAMA SUKA, liwat, homoseksual, lesbian, biseksual dan PONDAN-MEMONDAN berdasarkan kenyataannya itu.
Dan jangan terkejut juga sekiranya, Hasmi Hashim atau Buddhi Hekayat menjadi salah seorang tenaga penggerak AIC yang sangat tegar!
(sumber:http://sel13.com/archives/1403)
No comments:
Post a Comment