February 8, 2012
Anak bekas Menteri Besar Perak, DS Ir Nizar Jamaluddin berpeluang melanjutkan pelajaran beliau ke Tingkatan 4, MRSM Taiping. Alhamdulillah, ada juga jasa Kerajaan UMNO/BN terhadap bekas MB Perak ini yang saban hari mengutuk, mengeji dan memfitnah Kerajaan yang memberi peluang kepada anaknya menyambung pelajaran di sekolah yang ternama dan berprestij, yang selalunya diberikan kepada pelajar-pelajar cerdik dari golongan keluarga kurang berada.
Umum mengetahui bahawa UMNO lah yang selama ini berjuang untuk mempertahankan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehingga terdiri megahnya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang sehingga kini berjaya melahirkan jutaan cerdik pandai. Dengan usaha UMNO ini jugalah dapatlah anak bekas Menteri Besar Perak yang tidak pernah mengenang budi ini melanjutkan pelajaran. Kita berharap Allah SWT agar bukakan hati DS Nizar ini untuk bersyukur dan menzahirkan rasa terima kasih serta rasa mengenang budi.
Published with Blogger-droid v2.0.4
5 comments:
bagi lah peluang utk yg berhak... anak2 orang kurang berada...
bagilah pada yang berhak... Anak cikgu sendiri pun tidak mendapat tempat.... Dahlah menjadi lilin yang terbakar.....pelik sungguh dengan dunia hari ini
bagi lah peluang utk yg berhak... anak2 orang kurang berada... Anak aku tak dapat masuk MRSM. Aku kroje swasta dan bini aku kroje gomen. Sepatutnya dia berikan temapt anak dia untuk rakyat lain kerana dia ahli parlimen dan ADUN yang dipilih oleh rakyat. orang lain buat kau ktuk habis nizar, tapi sekarang kau yang rampas hak orang lain.
Bagi tempat bagi yg berhak mendpat tempat belajar d mrsm...bagus sgt lar tuh bila baik guna politik utk mendpatkan tempat blajar d mrsm, rampas hak anak2 para ibu tunggal atau anak2 yatim.
Em . Mrsm taiping mrsm pkp jadi memang susah sikit nak masuk . Saya kenal anak nizar ni memang sangat pandai dan sangat layak masuk mrsm . Rezeki kat tangan tuhan kan ? Mara pun tak rugi ambik anak nizar ni sbb dia dah pun harumkan nama mrsm taiping ngan mara dgn result spm dia yg memang gempak . So berhentilah membenci dan bukalah mata dan minda
Post a Comment