Sunday, June 26, 2011

Negara berkebajikan, negara Islam dan 'Malaysian Malaysia'

ARKIB utusan: 15/06/2011

Negara berkebajikan, negara Islam dan 'Malaysian Malaysia'

Oleh Zaini Hassan

1.0 ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua.

2.0 Semasa diperkenalkan, pendekatan itu bertentangan dengan konsep Jerman Nazi yang memperkenalkan ''negara berperang'' (warfare state). Namun konsep asal negara berkebajikan itu mula diperkenalkan oleh ahli-ahli akademik Sozialpolitiker (Ahli Politik Sosial) Jerman sekitar 1870. Ia kemudian dilaksanakan di bawah dasar pembaharuan Perdana Menteri Pertama Jerman, Otto von Bismarck dikenali sebagai Negara Sosial.

3.0 Beberapa negara Barat kemudian mengikutinya. Itali memperkenalkan Negara Sosial (Stato Sociale); pada 1936 Sweden Folkhemmet (terjemahan langsung: rumah orang-orang tua). Di Sepanyol ia dikenali sebagai estado del bienestar (negara yang sejahtera).

4.0 Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah.

5.0 Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP.

6.0 Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak.

7.0 Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini.

8.0 Kita amat bimbang, konsep negara berkebajikan yang mahu dibawa oleh DAP ini akan mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih hebat. Jurang kecelaruan sosial akan melebar. Sekarang pun kita sudah dapat melihat gelagat DAP dalam mengambil kesempatan atas isu-isu yang mereka anggap ''boleh memberi peluang politik'' seperti isu biasiswa dan sebagainya.

9.0 Ahli-Ahli Parlimen mereka diseru supaya terus-menerus membangkitkan isu meritokrasi - dalam usaha mengapi-apikan kaum tertentu supaya membenci kerajaan dan bangsa-bangsa tertentu.

10.0 Apakah mereka menganggap murid-murid sesuatu kaum itu tidak bijak dan lemah sehinggakan semua biasiswa harus diberi kepada satu kaum lain yang bijak? Contohnya, jika diikut secara merit: Apakah mereka sanggup melihat murid-murid yang satu itu tidak boleh memperoleh walau satu biasiswa sekali pun kerana kaum yang satu lagi itu semuanya dianggap lebih layak mengikut acuan meritokrasi?

11.0 Jika itulah caranya, maka berperanglah negara ini.

12.0 Ternyata, niat mereka tidak ke arah perpaduan rakyat, tapi memperjuangkan semata-mata untuk sesuatu bangsa - dengan akhirnya kita bimbang ia akan mengetepikan satu kaum, bangsa dan etnik yang lain.

13.0 Jika itulah yang mereka perjuangkan, maka percayalah itulah yang akan diterapkan dalam konsep negara berkebajikan tersebut kelak.

14.0 Malaysia bukan seperti Britain, Jerman, Itali, Sweden atau negara-negara Arab mahupun Brunei yang melaksanakan konsep negara berkebajikan.

15.0 Di negara itu, mereka hanya mempunyai satu kaum asas yang besar berbanding dengan kita. Kita mempunyai tiga kaum yang besar, dengan satu kaum asas yang tidak begitu besar dan sering dipertikaikan kedudukannya.

16.0 Di negara-negara Barat, kaum asas mereka ialah berkulit putih, manakala yang lain-lain merupakan kaum pendatang, atau pun imigran dari negara-negara lain atau negara yang pernah dijajah oleh kaum asas itu. Maka itu pembahagian kebajikan itu lebih mudah dilaksanakan tanpa ada rasa marah kerana kebanyakan yang menerimanya adalah kaum asas yang majoriti.

17.0 Apa yang mahu kita lihat di negara ini ialah dasar kerajaan yang pragmatik dan berkesan. Dan terbukti dasar kerajaan Malaysia yang dilaksanakan sejak kemerdekaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada kita semua.

18.0 Perkhidmatan kesihatan awam yang merupakan antara prinsip utama dalam negara berkebajikan, telah pun diamalkan di negara ini sejak dulu lagi. Rakyat kita menikmati kemudahan itu secara percuma dengan pendaftaran hanya RM1. Begitu juga pendidikan dan lain-lain.

19.0 Cubalah pergi ke negara-negara lain, malah ke negara jiran ASEAN sekali pun, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kita adalah yang terbaik.

20.0 Apa yang diharapkan kerajaan dapat menambah baik lagi perkhidmatan dan mutunya supaya rakyat dapat menikmati faedah yang lebih besar.

21.0 Kita berharap Kementerian Kebajikan Masyarakat dapat diwujudkan semula, supaya kita semua sedar mengenai kewujudannya dan fungsinya.

22.0 Moto 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebenarnya merupakan satu tamparan kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP dalam soal berkebajikan. Malah konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga cukup memeritkan pihak pembangkang.

23.0 Kata-kata Najib: ''Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita'' membuktikan gagasan 1Malaysia lebih hebat dan murni daripada konsep berbaur cauvanis seperti Malaysian Malaysia.

24.0 Yang peliknya bagi pakatan pembangkang sendiri, walaupun mereka telah memerintah empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - namun bayang model negeri berkebajikan itu pun tidak nampak? Apa yang ada Selangor hanya memberi beberapa baldi air percuma, yang kemudian mendatangkan pula masalah kewangan kepada negeri itu. Serta menziarahi orang mati dan memberi sedikit sumbangan.

25.0 Pulau Pinang, negeri DAP yang mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan sendiri gagal melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya.

26.0 Semakin marak kemarahan orang ramai di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan, terutamanya membabitkan penjaja-penjaja kecil yang diketepikan.

27.0 Sebaliknya dasar pecah dan perintah sedang diamalkan di negeri itu. Kondo-kondo mewah banyak dibina untuk faedah beberapa golongan masyarakat tertentu, menggantikan kampung-kampung miskin yang diroboh untuk didirikan dengan pembangunan mewah. Rumah-rumah awam juga gagal didirikan.

28.0 Kedah dan Kelantan, yang diperintah oleh kononnya sebuah Parti Islam pun tidak nampak apa-apa yang berlaku - konsep negara Islam pun sudah digugurkan, dan slogan negeri kebajikan pula hanyalah kata-kata manis dalam khutbah setiap Jumaat.

29.0 Negara berkebajikan yang dilaksana di Barat sendiri pun kini dikritik hebat kerana telah mengakibatkan rakyatnya malas dan enggan bekerja, kerana mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan.

30.0 Di Britain ia sudah dibahas hebat ekoran masalah kemalasan bekerja kerana mengharapkan elaun-elaun pengangguran dan pelbagai benefit yang disediakan kerajaan.

31.0 Golongan pekerja dan peniaga pula sebaliknya berang kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas mereka untuk membiayai kebajikan rakyat yang tidak bekerja itu. Malah harga minyak di sana pun tidak disubsidi oleh kerajaan, seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini. Harga semasa petrol di UK ialah RM6.70 seliter.

32.0 Kesimpulannya, apa yang cuba diperkenalkan oleh DAP, sehingga Pas sanggup mengorbankan perjuangan Islamnya, hanyalah semata-mata satu pendekatan gimik popular.

33.0 Namun secara halus ia sebenarnya adalah konsep perjuangan lama DAP, iaitu Malaysian Malaysia.

34.0 Malangnya, PKR terpaksa mengikut bagi menyelamatkan tengkuk Anwar Ibrahim dan Pas rela dicucuk hidung kerana mengidam ke Putrajaya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#)

Motif sebenar himpunan Bersih boleh dijangka


ARKIB utusan : 16/06/2011
Motif sebenar himpunan Bersih boleh dijangka

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

1.0 CUBA fikir dan kaji fakta ini; Pada Pilihan Raya Umum 2008, Barisan Nasional (BN) bukan sahaja gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen malahan turut terlepas genggaman kuasa di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor serta gagal menawan kembali Kelantan.

2.0 Sejak pilihan raya umum berkenaan, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan daripada jumlah itu BN menang lapan kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (tiga kerusi), DAP (satu kerusi) dan Pas (empat kerusi).

3.0 Berdasarkan rekod itu, ia jelas membuktikan bahawa pilihan raya di negara ini berjalan secara bersih, telus dan adil.

4.0 Oleh itu, adalah sesuatu yang aneh apabila pembangkang secara tiba-tiba mahu mengadakan perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.

5.0 Sebenarnya, perhimpunan itu bukanlah untuk memberi manfaat kepada rakyat sebaliknya mempunyai agenda politik yang tersembunyi.

6.0 Pembangkang amat memahami bahawa kedudukan mereka bukanlah lagi selesa seperti mana tahun 2007.

7.0 Pada tahun berkenaan, mereka begitu mendabik dada kerana amat memahami sentimen rakyat kepada kerajaan BN ketika itu.

8.0 Dengan pelbagai kemelut yang berlaku dalam pentadbiran BN, pembangkang mengambil kesempatan untuk membakar semangat rakyat supaya bangkit menumbangkan kerajaan BN.

9.0 Dan ketika itu juga mereka bernasib baik kerana rakyat masih belum mampu melihat sejauh mana keupayaan pembangkang apabila diberi kuasa, maka dalam keadaan perasaan tidak puas hati memuncak, pembangkang turun ke jalanan menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil.

10.0 Kesudahannya wujudlah undi protes yang hampir menumbangkan kerajaan BN.

11.0 Kali ini, pembangkang berharap membakar lagi semangat rakyat yang kononnya dicanangkan semakin menyebelahi mereka.

12.0 Gendang pilihan raya umum yang 'sayup-sayup' mula kedengaran dijadikan alasan untuk pembangkang turun ke jalanan pada 9 Julai ini.

13.0 Sebenarnya, tujuan pembangkang berbuat demikian adalah bagi menutup segala kemelut yang melanda pakatan mereka dan kerisauan berhubung prestasi kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

14.0 Pembangkang kini berhadapan bukan sahaja dengan masalah moral pemimpinnya tetapi paling ketara ialah melaksanakan mandat yang diberikan oleh rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.

15.0 Mereka bukan sahaja gagal menunaikan berpuluh-puluh janji di dalam manifesto pilihan raya umum 2008, malahan berlaku banyak masalah yang menyusahkan rakyat di negeri-negeri yang dikuasai.

16.0 Selain itu turut menghantui pembangkang ialah kegagalan ahli Parlimen mereka memainkan peranan yang berkesan di Dewan Rakyat.

17.0 Mereka hadir ke Parlimen bukannya untuk memperjuangkan agenda rakyat tetapi lebih banyak mahu berpolitik, akibatnya suatu ketika Dewan Rakyat menjadi 'hiruk-pikuk'.

18.0 Apa yang lebih membimbangkan pembangkang ialah gaya kepimpinan Najib yang dilihat semakin diterima oleh rakyat dan meningkatkan semula imej BN.

19.0 Satu demi satu langkah yang dilakukan oleh Najib bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan membawa kemakmuran kepada negara bagaikan mimpi ngeri yang menghantui pembangkang.

20.0 Perkara yang paling ditakuti oleh pembangkang ialah kejayaan gagasan 1Malaysia yang kini cukup popular sehingga pembangkang 'mengharamkan' penggantungan logo itu di Selangor.

21.0 Gagasan itu seolah-olah membantutkan usaha pembangkang untuk terus meniupkan politik perkauman seperti mana diamalkan oleh DAP dan mendorong kejayaan PKR dalam pilihan raya umum lalu.

22.0 Selain itu, mereka juga seolah-olah 'ngeri' dengan konsep walkabout yang dipopularkan oleh Najib dan dilaksanakan dengan berjaya oleh pemimpin-pemimpin BN terutamanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

23.0 Ia kerana ketika pemimpin-pemimpin pembangkang sedang bergelut dengan kelemahan mentadbir kerajaan negeri di bawah penguasaan mereka dan turun naik mahkamah kerana kes moral, pemimpin-pemimpin BN semakin popular di kalangan rakyat.

24.0 Pembangkang bimbang perolehan undi popular sebanyak 3,796,464 atau 49.4 peratus yang diraikan pada tahun 2008 tidak akan berulang lagi.

25.0 Faktor-faktor inilah yang mendorong pembangkang kini mengatur strategi untuk turun ke jalanan pada 9 Julai ini bagi menutupi segala kelemahan dan kepincangan yang sedang melumuri parti-parti mereka.

26.0 Walaupun pembangkang mengetahui bahawa perhimpunan pasti akan mendapat tentangan daripada pihak berkuasa, mereka tidak akan peduli itu semua.

27.0 Sebaliknya mereka akan 'bergembira' apabila imej Malaysia akan tercalar akibat huru-hara yang mungkin berlaku akibat demonstrasi jalanan berkenaan.

28.0 Selain itu, apa yang penting bagi mereka ialah mesej kepada rakyat bahawa jika mereka kalah dalam pilihan raya nanti, ia kononnya berpunca daripada kurangnya ketelusan dan keadilan dalam pelaksanaannya.

29.0 Manakala huru-hara yang akan tercetus berikutan demonstrasi itu bukan salah mereka, sebaliknya akan dituding jari kepada pihak polis.

30.0 Inilah mainan dan helah politik pembangkang yang jelas dari semasa ke semasa semakin berani melakukan tindakan-tindakan yang bertujuan bagi mencapai cita-cita mereka menguasai Putrajaya.

31.0 Pembangkang sememangnya terlalu teruja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana menganggap ia seolah-olah peluang keemasan untuk menumbangkan kerajaan BN.

32.0 Semua itu berlaku kerana ramai pemimpin pembangkang sekarang sudah lanjut usia dan mengharapkan pilihan raya umum akan datang tercapai cita-cita mereka memimpin Kerajaan Pusat.

33.0 Malahan mereka masih lagi dibuai mimpi bahawa majoriti rakyat masih lagi mempunyai sentimen pilihan raya umum 2008.

34.0 Justeru mereka akan berusaha menggerakkan apa juga usaha bagi meraih sokongan rakyat dan dalam masa yang sama memburuk-burukkan imej kerajaan BN.

35.0 Atas sebab itulah perhimpunan Bersih yang dirancangkan tidak mempunyai niat murni apatah lagi bersih, sebaliknya terpalit dengan seribu mainan politik yang menjijikkan semata-mata kerana terlalu mahu berkuasa.

36.0 Adalah diharapkan rakyat akan menilai sikap pembangkang dengan sebaik-baiknya. Mereka boleh menilai sikap pembangkang melalui corak pemerintahan di negeri-negeri ini yang dikuasai oleh pakatan tersebut.

37.0 Kajilah bagaimana apabila mereka menang dalam sesuatu pilihan raya itu ia dianggap tidak ada masalah, tetapi apabila mereka kalah atau berada di ambang kekalahan mulalah hendak mengatur strategi bagi menutupi kelemahan sendiri.

38.0 Begitulah juga himpunan Bersih yang bakal diadakan, ia dilakukan kerana pakatan pembangkang memahami bahawa populariti mereka semakin merudum.

39.0 Segala-galanya bukan kerana orang lain tetapi disebabkan sikap mereka sendiri yang begitu ghairah hendak berkuasa tetapi apabila diberi kuasa bagaikan 'kera dapat bunga' atau ibarat 'tikus baiki labu'.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm)

Monday, June 20, 2011

Demonstrasi jalanan: Haram bertentang nilai sebenar Islam


Haram bertentang nilai sebenar Islam

SHAH ALAM – Demonstrasi jalanan melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda UMNO boleh menjurus kepada hukum haram kerana jelas bertentangan etika Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, tindakan ke arah perpecahan, huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam bercanggah dengan nilai Islam.

“Perhimpunan itu tidak membawa kepada kebaikan dan wujud usaha puak lain yang ingin bertembung dalam demonstrasi jalanan terbabit. Ini bukan budaya Islam dan bukan budaya masyarakat Malaysia.

“Islam agama aman damai, sejahtera dan menuntut perpaduan. Masyarakat perlu berfikiran waras. Perhimpunan itu akan datangkan banyak keburukan daripada kebaikan,” katanya.:

Menurutnya, jika berlaku pertembungan antara tiga kumpulan pada perhimpunan terbabit tidak mustahil akan berlaku perkara tidak diingini seperti pergaduhan, tuduh menuduh, kerosakan harta benda dan paling dikhuatiri pertumpahan darah.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, perhimpunan Bersih 2.0 adalah helah untuk mengheret rakyat ke dalam kancah politik.

“Usaha itu adalah percubaan pemimpin untuk uji pengaruh dan kerana itu sanggup menipu lebih ramai rakyat kononnya, sistem yang pernah memberikan kemenangan kepadanya dulu dan sedikit peluang berkuasa sebagai tidak boleh dipertahankan, ia perlu dirombak dan diberikan jaminan baru sesuai dengan keperluan mereka.

Beliau sifatkan penganjuran yang turut disertai Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat itu sebagai satu bentuk ‘anarkisme’ yang berlaku kali kedua dalam negara selepas Bersih pertama pada 2007.
Jawatan Kosong

(sumber:http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9207410.asp)

AL-BAQARAH: [255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)


Mengingati diri sendiri dalam Surah Al-Baqarah :[255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Sunday, June 19, 2011

mStarOnline: Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung


Ahad Jun 19, 2011
Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

Oleh NIEZAM ABDULLAH

PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

(sumber:http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/6/19/mstar_hiburan/20110619114751&sec=mstar_hiburan)

Thursday, June 16, 2011

Ujian UKM sahkan Barbican bebas alkohol

UJIAN pengesanan halal UKM mendapati produk Barbican bebas daripada elemen alkohol baru-baru ini.



Ujian UKM sahkan Barbican bebas alkohol

Oleh SUHANA VERU
berita@kosmo.com.my

UJIAN pengesanan halal UKM mendapati produk Barbican bebas daripada elemen alkohol baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.

Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.

“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam.

(sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm)

Sunday, June 12, 2011

Peringatan Untuk Pengguna Telefon Prabayar


Peringatan Untuk Pengguna Telefon Prabayar
Posted by anak malaysia
Sunday, June 12, 2011

DENGAR-DENGAR: bahawa kerajaan akan menaikkan cukai perkhidmatan bagi pengguna telefon prabayar dari 5 % pada masa sekarang kepada 6 % bermula bulan Julai ini.

Mungkin sesetengah orang belum mengetahui lagi mengenai perlaksanaan cukai ini. Ianya kan berlaku bermula Julai 2011. Kenaikan ini adalah meliputi semua syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Jika sebelum ini cukai 5 % yang dikenakan oleh kerajaan diserap oleh pihak syarikat telekomunikasi, tetapi kenaikan kepada 6% ini semuanya akan ditanggung oleh pengguna.

Ini bermakna kita sebagai pengguna akan menanggung semua kos sebanyak 6 % itu. Jika kita beli kad prabayar berharga RM 10 kita kan dikenakan caj 6% bermakna baki yang ada dalam kad hanya RM 9.40 sahaja.

Jadi kita sebagai pengguna haruslah menggunakan telefon prabayar ini dengan sebijaknya. Mungkin kita tidak akan terasa dengan kenaikan ini atau mungkin juga sebaliknya.

Bagi pengguna telefon prabayar yang masih lagi semua keperluannya ditanggung oleh ibu bapa mereka, haruslah mengggunakan telefon prabayar dengan secara lebih berhemah. Ingatlah bahawa semua itu dibayar oleh ibu bapa. Janganlah membebankan lagi ibubapa kita. Kita bolehlah mencari kaedah lain untuk berhubung dengan rakan –rakan.

(sumber;http://www.melayukuhebat.com/2011/06/peringatan-untuk-pengguna-telefon.html)

SEJARAH dari AgendaDaily: Tiada agenda tersembunyi ramai keluarga saya dalam Umno - Kadir


Tiada agenda tersembunyi ramai keluarga saya dalam Umno - Kadir

Oleh HELME HANAFI

“Saya sendiri pun tidak tahu rupa-rupanya ramai ahli keluarga saya yang masuk politik.”itulah reaksi Menteri Penerangan Datuk Kadir Sheikh Fadzir sambil tersenyum ketika menatap berita Agendadaily mengenai keluarga besarnya dalam Umno.


Beliau lantas menjelaskan kebanyakkan ahli keluarganya masuk bukan atas dorongannya.

“Mereka sendiri menunjukkan ciri-ciri kepimpinan semasa di universiti lagi, mereka aktif berpersatuan dan menjadi pemimpin pelajar. Saya sendiri tidak mengalakkan mereka masuk politik tetapi kerana minat mereka sendiri memilih untuk menjadi ahli politik.

“Alhamdulilah mereka masuk Umno untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka bukan hendak sangat jawatan tetapi bila mereka dipilih atau dilantik mereka berkerja bersungguh-sungguh untuk Umno,”katanya ketika ditemui di Kondominium Pantai Panorama,Kuala Lumpur selepas merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Kumpulan Telekom Malaysia Selasa malam.

Menurutnya jika mereka memilih untuk kaya lebih baik mereka menumpukan perhatian untuk menjadi ahli perniagaan.

“Kebanyakkan mereka sanggup ‘miskin’ demi bertugas untuk rakyat,”katanya.

Kerana kesibukkan tugasnya sebagai menteri, Kadir memberitahu beliau jarang bertemu adik-beradiknya yang lain.

Beliau sendiri agak terkejut membaca salah seorang saudaranya yang hanya dikenali sebagai Majid menjadi orang kuat Umno Nibong Tebal. “Saya tahu dia Umno, tapi tak tahu pulak dah jadi orang kuat,”katanya sambil tertawa.

Beliau ketawa lebih besar melihat gambar keluarganya di muka depan Agendadaily dan berkata, “bukanlah senjata tersembunyi , berapa sangat undi boleh dapat jika hendak dibandingkan dengan lebih 2000 pewakilan Umno .”

Beliau berharap siapapun tidak salah sangka anggap ada agenda tersembunyi keluarganya ramai menyertai Umno.

---------------------------------------------------

‘ Senjata tersembunyi’ Kadir… keluarga besarnya dalam Umno….

Oleh ROSLI ISMAIL

Dari kiri Musa Sheikh Fadzir,Nadzir Sheikh Fadzir,Harun Faudzar,Omar Faudzar,Haidar Sheikh Fadzir dan Aziz Sheikh Fadzir…

Antara yang kelihatan relax untuk berdepan dengan pemilihan Umno September ini ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir.

Sebagai Menteri Penerangan publisiti untuk dirinya memang tak tidak jadi masalah.

Bukan sahaja kerana pegang kementerian cerita Kadir kerap keluar tv dan suratkhabar.

Sejak di Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dulu ahli Majlis Tertinggi Umno ini memang terkenal konsisten dengan kerjanya.

Sebagai Ketua Umno bahagian Kulim Bandar Bharu siapa pun tak boleh goncang kedudukannya.

Satu lagi kekuatan Kadir yang mungkin ramai tidak sedar ialah rangkaian keluarga besarnya yang jadi orang kuat di beberapa bahagian Umno.

Adiknya Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang nak tamat tempoh jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia kini adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Baling di Kedah.

Seorang lagi adiknya Haidar yang dulu Ketua Pemuda Kepong dan bekas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan kini adalah Timbalan Ketua Umno bahagian Kepong.

Saudaranya Omar Faudzar ialah Ketua Umno Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang.Satu lagi bahagian di Pulau Pinang iaitu Bukit Mertajam juga diketuai oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Di bahagian Jelutong pula Nadzir Sheikh Fadzir ialah salah seorang ahli jawatankuasa bahagian.

Dalam bahagian Nibong Tebal juga ada saudaranya,Majid yang jadi orang kuat di bahagian itu.

Di bahagian Cheras di Kuala Lumpur Harun Faudzar ialah bekas Naib Ketua Umno bahagian.

Difahamkan setakat ini dari segi jumlah dan pegangan jawatan, tiada siapa yang boleh mengatasi rekod keluarga besar Kadir dalam Umno.

(sumber;http://202.71.99.84/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8cadce47-ca9db1d0-c0c18f00-1b6b24ec)

AL-BAQARAH [214]


mengingati diri sendiri dari: AL-BAQARAH [214]
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh a...ncaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Friday, June 10, 2011

Amanat Hadi: 1980-an Negara Islam: 2011 Bersama DAP


ARKIB UTUSAN : 09/06/2011
Amanat Hadi: 1980-an Negara Islam: 2011 Bersama DAP

SAYA terpanggil untuk mengulas pasca Muktamar Pas Ke-57 kerana ia sangat memberi kejutan dan merupakan satu turnover dalam intipati perjuangan sebuah parti politik yang selama ini gah mendabik dada bahawa merekalah yang menjadi jaguh agama Islam di Malaysia.

Senario yang dijelmakan selepas pemilihan adalah sangat menarik dan penuh dengan elemen yang mustahil pada era 1980-an yang ditandai dengan peristiwa berdarah Memali. Bagi saya, kemustahilan yang sudah menjadi suatu realiti hari ini adalah satu warna terang yang mampu membawa kepada kesatuan orang Melayu.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa sekian lama Pas menuding jari kepada UMNO yang dikatakan tidak memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam tulen dengan enggan menjalankan hukum hudud sebagai sebahagian sistem perundangan kerajaan yang diterajunya.

UMNO dilihat dari sisi yang hitam apabila dilihat tidak berbuat apa-apa terhadap operasi besar-besaran kilang arak di Selangor yang mercu tandanya dapat kita lihat dari Lebuh Raya Persekutusan dengan jelas.

Bahana daripada tuduhan dan sisi hitam ini, maka UMNO dengan mudah dan singkat dicop sebagai kurang Islamik atau lebih dangkal lagi sebagai golongan kafirun kerana menolak nilai-nilai tersebut.

Pada asasnya, tuntutan yang dianggap Islamik daripada Pas selama ini tidak pernah disertakan dengan proposal yang teguh dan utuh.

Ia hanya tuntutan kosong dan berlohong. Mengambil contoh satu cadangan daripada Pas suatu ketika dahulu bahawa hukum hudud wajib dijalankan ke atas umat Islam di Malaysia. Ini sebenarnya hanyalah sebagai halwa telinga dan mencukupkan syarat bagi penyokong Pas bahawa hanya Pas sahajalah yang berupaya mendukung syariat Islam.

Sedangkan hukum yang menjadi tuntutan agama Islam ini mesti dijalankan ke atas seluruh warga Malaysia tidak kira agama dan warna kulitnya jika benar dan bersungguh kita mahu melaksanakannya.

Apabila kerajaan BN menolak cadangan yang penuh dengan lubang-lubang persoalan yang bakal berserabut ini, berkokoklah sekelian hamba rakyat keturunan Pas bahwa UMNO menolak Islam dan kafir.

Begitu juga dengan tuntuan Pas supaya kilang arak ditutup. Ia adalah satu lagi perjuangan plastik semata-mata. Buktinya, dapat kita saksikan hari ini tatkala mereka berkuasa di Selangor.

Rampasan arak di sebuah kedai 24 jam di Shah Alam yang diarahkan untuk dipulangkan semula oleh Exco kerajaan negeri adalah sesuatu yang benar-benar memberi aib terhadap perjuangan yang dilaung-laungkan Pas selama ini.

Saya tidak terkejut, malah menghela nafas lega apabila pada Muktamar Pas kali ini, telah dinyatakan dengan jelas oleh Haji Hadi, dengan disaksikan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang bahawa perjuangan penubuhan sebuah negara Islam tidak termaktub dalam kitab suci al-Quran.

Maka apabila dia jugalah yang melaungkan amanat Haji Hadi pada 1980-an sehingga membawa kepada peristiwa berdarah Memali, tidakkah beliau berasa berdosa terhadap sekian banyak darah tumpah demi perjuangan plastik tersebut? Saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah kerana menentukan beliaulah juga menafikan apa dilaungkannya dahulu.

Amanat Haji Hadi telah mengheret kepada peristiwa Memali yang merubah hidup seorang anak menjadi yatim, isteri kehilangan suami, ibu kematian anak yang tujuan akhirnya menyuburkan kebencian orang Pas terhadap kepimpinan kerajaan UMNO.

Bukan Islam dan musuh Islam harus berterima kasih kepada Haji Hadi kerana berjaya mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam dengan amanat bahaya tuan haji. Sesama Islam kafir mengkafir, satu mukim mempunyai dua jemaah dan pemulauan kenduri orang kampung yang berlainan ideologi politik. Ini realiti dan senario pasca amanat Haji Hadi.

HANIZA AHMAD

Muar, Johor

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm)

Isu Akhbar Cina: JANGAN ANGGAP RAKYAT BODOH


arkib utusan

JANGAN ANGGAP RAKYAT BODOH

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 2 Jun 2011 memaparkan artikel berbentuk satira yang bertujuan menyindir kerajaan. Artikel bertajuk ‘Bodoh’ disiarkan di ruangan Pendapat Yuanlun halaman A16.

Sebuah buku berjudul Shuo Fan yang mengisahkan cerita-cerita zaman dahulu, mempunyai satu kisah mengenai seorang maharaja bernama Ji Xian Gong yang keluar memburu.

Maharaja mengejar seekor rusa sehingga ke sebuah lembah di dalam hutan lalu terserempak dengan seorang tua. Maharaja bertanya apakah nama lembah ini? Orang tua itu menjawab: ‘‘Tempat ini dinamakan lembah bodoh dan saya yang menyebabkan lembah ini dinamakan sedemikian.”

‘‘Dahulu saya pernah membela seekor anak lembu. Selepas anak lembu itu besar, saya jual anak lembu ini dan membeli seekor kuda. Pada satu hari, ada seseorang datang berjumpa saya dan berkata macam mana seekor lembu boleh melahirkan seekor kuda? Orang itu mengambil kuda saya.”

Maharaja berkata, memang awak bodoh, kenapa kuda itu yang awak sendiri miliki dibiarkan orang lain mengambilnya?

Setelah kembali ke istana, kisah itu diceritakan kepada Perdana Menteri, Guan Zong yang lantas menjawab: ‘‘Ini adalah kesalahan patik. Orang tua itu tahu pihak kerajaan tidak mampu membela nasibnya, lantas dia tidak berbuat apa-apa apabila kudanya dirampas di depan mata sendiri.’’

Iktibar kisah ini ialah orang tua itu sebenarnya tidak bodoh. Dia tahu kerajaan ketika itu bukanlah kerajaan yang baik yang akan membela nasibnya jika dia mempertahankan harta bendanya.

Orang tua itu terpaksa biarkan sahaja orang lain mengambil kudanya secara paksaan supaya nyawanya tidak terancam.

Dia menggunakan isu ‘kebodohan’ diri sendiri bagi menyindir kerajaan yang lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa bagi membela rakyat. Maharaja langsung tidak menyedari sindiran itu malah hanya ketawakan gelagat orang tua itu yang diejeknya sebagai ‘si bodoh’.

Bagaimanapun, maharaja bernasib baik kerana sekurang-kurangnya mempunyai perdana menteri yang dapat menasihati dan memperbetulkan kesilapannya.

Ini berbeza dengan kerajaan sekarang apabila pegawai-pegawai kerajaan dan menteri-menteri tidak bertindak memperbetulkan kesilapan yang telah dibuat.

Sebaliknya mereka turut sama dengan lantang menuduh rakyat yang membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang sebagai bodoh. Hakikat ini cukup menggerunkan kita.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm)

Isu Akhbar Cina: DWIKUASA KAUM DALAM POLITIK


arkib utusan:

DWIKUASA KAUM DALAM POLITIK

AKHBAR China Press terbitan 3 Jun 2011 pula memaparkan pandangan penulis, Goh Chi Zhong berhubung dakwaan bahawa Malaysia akan beralih kepada sistem dwikuasa kaum dalam politik yang melibatkan UMNO mewakili orang Melayu dan DAP kaum Cina.

Artikel bertajuk ‘Mirip dwikuasa politik antara kaum’ disiarkan di ruangan perbincangan umum rakyat pada halaman C15.

Menurut penulis, jika dakwaan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek benar-benar berlaku apabila orang Melayu dan Cina menjadi dua kaum yang bertentangan dalam politik, ia adalah satu malapetaka kepada perpaduan kaum di negara ini.

Segala apa yang didakwa Soi Lek nampaknya sudah pun mula berlaku apabila pengaruh kedua-dua parti itu terus membesar dan kuat dengan DAP menjadi parti pembangkang kedua terbesar di negara ini. Pada masa sama, pengaruh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat masing-masing telah mengecil.

Ada penganalisis politik berpendapat, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan menang besar adalah UMNO dan DAP, sebaliknya rakan kongsi atau komponen masing-masing termasuk MCA, Gerakan dan MIC yang berada dalam BN serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang berada dalam Pakatan Rakyat, akan menghadapi rintangan dan kekalahan besar. Roket akan hapuskan kerusi-kerusi MCA, Gerakan dan MIC.

Dalam pada itu, dijangka tidak ramai pula orang Melayu yang akan beralih secara drastik memihak kepada PKR dan Pas.

Apa yang mahu dikatakan di sini, walaupun kerajaan yang bakal dibentuk akan berasaskan kepada parti dominan yang mewakili etnik tertentu, ia tidak harus mengabaikan tanggungjawab kepada semua kaum.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm)

ISU AKHBAR CINA: KESAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK


ARKIB UTUSAN: 09/06/2011
ISU AKHBAR CINA

KESAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

TIMBALAN Pengarang Sin Chew Daily, Lim Swee Guan dalam akhbar terbitan 1 Jun 2011 menulis mengenai kesan kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa mulai tarikh berkenaan.

Seramai 75 peratus pengguna domestik atau 4.4 juta orang yang menggunakan kurang daripada 300 kilowatt sejam sebulan atau RM77 tidak akan terjejas.

Artikel bertajuk ‘Kesan daripada kenaikan tarif harga elektrik’ disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 32.

Menurutnya, persoalannya adakah sektor industri dan perdagangan yang terlibat dengan kenaikan sebanyak 7.12 peratus akan menyerap peningkatan kos berkenaan supaya harga barangan keluaran mereka tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.

Kerjasama daripada sektor itu amat diperlukan kerana kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan mengakibatkan peningkatan inflasi 0.27 peratus. Kadar inflasi yang dihadapi rakyat pada April lalu telah menjangkau 3.2 peratus.

Dalam pada itu, sektor industri dan perdagangan harus menyesuaikan diri dengan peningkatan tarif elektrik dan pengurangan subsidi kerajaan dengan mengambil langkah berjimat cermat.

Sektor itu juga boleh mengurangkan kos tenaga buruh yang semakin meningkat dengan beralih menggunakan mesin-mesin automatik.

Jika keberkesanan pengeluaran di sektor berkenaan ditingkatkan, ia dapat menghindar negara ini daripada ‘perangkap negara berpendapatan sederhana’ selama-lamanya dan membolehkannya bersaing dengan negara-negara lain yang telah melakukan banyak perubahan untuk terus maju.

Contohnya, ekonomi Korea Selatan semakin mantap dan maju kerana negara itu memperkenalkan sistem luar biasa yang dinamakan projek ‘Han Jiang’, melibatkan pembangunan berasaskan kerjasama antara tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan rakyat.

Negara kita sudah berpuluh tahun menjadi negara yang berpendapatan sederhana, kini sudah tiba masanya untuk kita berubah.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm)

Pakaian seksi untuk pasti suami puas

Oleh Hazwan Faisal Mohamad (beritaharian online)

Isteri tak boleh selekeh ketika berada di rumah

RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.

Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.
“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. “Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.

“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?

“Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.
Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.

“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.

Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.

Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.
Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pakaianseksiuntukpastisuamipuas/Article/)

Wednesday, June 8, 2011

mStar online: Status Halal Barbican Belum Diputuskan - Jakim


Status Halal Barbican Belum Diputuskan - Jakim

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai 'bir halal' selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata perkara tersebut perlu dilihat secara holistik sebelum keputusan akhir diumumkan.

“Berdasarkan perbincangan yang kita buat dengan pihak pengedar Isnin lalu, kita hanya mendengar penerangan mengenai mereka berhubung kaedah pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan bir tersebut.

“Setakat ini pihak kami tidak dapat memutuskan status halal produk tersebut. Kita perlu tunggu Majlis Fatwa bermesyuarat mengenainya,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Hakimah mengesahkan empat daripada lima syarikat pengedar produk minuman bijirin barli itu hadir pada mesyuarat selama tiga jam yang diadakan Isnin lalu.

Menurutnya, keputusan mesyuarat bersama pengedar yang diadakan pada hari tersebut bukan keputusan akhir sebaliknya Bahagian Hub Halal Jakim akan terus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa mengenai produk bir tersebut.

“Kita akan terus membuat kajian mendalam serta mendapatkan maklumat daripada pengedar bir Barbican ini. Jadi buat masa ini kita tidak ada kata putus mengenainya,” katanya.

Isu ‘bir halal’ itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Minggu lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum ‘bir halal’ tersebut kerana kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.

Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

(sumber;http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/8/mstar_berita/20110608152846&sec=mstar_berita)

Saturday, June 4, 2011

Al-Baqarah[200],,Al-Baqarah[201],Al-Baqarah[202]

Al-Baqarah[200]
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

Al-Baqarah[201]
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Al-Baqarah[202]
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

Friday, June 3, 2011

PERKASA: Kera di hutan disusukan


Kera di hutan disusukan


KUALA LUMPUR 02Jun2011: PERKASA ucap tahniah pada MCA dan MIC atas kejayaan mendapat biasiswa untuk 7I baki pelajar Cina dan II pelajar Lndia yang tercicir sebelum ini.Tahniah juga pada kerajaan dan saya percaya biasiswa JPA kini sudah di tahap 5O-5O.

Semuga kaum cina dan india akan menghargai kemurahan hati kerajaan dan MCA dan MIC kata mereka gembira.Bila gembira tentu kaum Cina dan India balas budi.Kata Ibrahim Ali Presiden PERKASA melalui kenyataan media nya hari ini.

Ia merujuk kepada kenyatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang berkata bahawa jemaah menteri meluluskan seramai 86 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang sebelum ini gagal mendapatkan tempat di universiti luar negara kini akan ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran mengikut program berkembar di universiti tempatan swasta dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),yang juga bakal menyaksikan pelajar cemerlang berkenaan akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, akhirnya.

“Buat masa ini, jika kita hantar mereka ke universiti tempatan bagi mengikuti kursus yang tidak dipilih mereka serta tidak berpuas hati, kita terpaksa membelanjakan RM14.8 juta. Jika kita hantar mereka ke luar negara, kos akan naik kepada RM52.1 million.

Nazri Aziz juga berkata pelajar berkenaan, yang terdiri daripada tiga Melayu, 71 Cina, 11 India dan seorang Bumiputera Sarawak, akan ditempatkan di bebebapa IPTS antaranya Universiti Perubatan Antarabangsa, Monash University Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia Malaysia.

Dimaklumkan seramai 86 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang sebelum ini gagal mendapatkan tempat di universiti luar negara akan kini ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran mengikut program berkembar di universiti tempatan swasta dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu PERKASA mengesa kerajaan turut menyelesaikan ramai pelajar bumiputra yang memohon dengan MARA,tetapi belum dapat walaupun kelulusan cemerlang.

Ini termasuk pelajar pelajar yang menuntut di Mesir terutama bidang perubatan.

Dimaklumkan “usahkan biasiswa, pinjaman pun tak dapat, Ada yang hanya di biayai pinjaman kos bayaran universiti tetapi kos sara hidup ditangong sendiri oleh pelajar”.

Dato Ibrahim Ali seterusnya berkata “Ada yang terpaksa berhenti kerana masaalah kewangan.Kepada kerajaan,ingatan PERKASA mudah saja,jangan yang di kejar tidak dapat,yang di kendong keciciran”.

“Jangan biar Melayu menangis dalam kegembiraan kaum lain.Prihatin lah sebagaimana layanan yang di beri oleh JPA saperti yang di perjuangkan oleh MCA dan MIC”. mengakhiri kenyataan media beliau.

Sediakan Payong Sebelum Hujan.

(sumber;http://www.pribumiperkasa.com/?p=5692)

PERKASA: Biasiswa Pelajar Melayu


http://www.pribumiperkasa.com/?p=5698


KUALA LUMPUR 03Jun2011: PERKASA memohon kerjasama Ibu Bapa dan Pelajar Melayu/Pribumi yang mendapat 7A+ didalam peperiksaan SPM tahun 2010 yang tidak mendapat Biasiswa JPA,MARA,KPM atau KPTM agar dapat menghubungi Pejabat PERKASA dengan memberi salinan keputusan dan latarbelakang keluarga.

Kes 7I pelajar Cina,II pelajar India dan 4 bumi dapat 21.6juta @ RM251k (seorang) tapi 500 pelajar kritikal Medic Melayu di Mesir cuma perlukan pinjaman RM160K seorang sahaja, jumlah 80juta sudah 1 tahun tidak dapat diselesaikan dan sepatutnya dapat danasiswa Yang DiPertuan Agong bawah kuasa fasal I53.

“Biasiswa untuk bukan Melayu bukan sebagai hak. Sebagai Presiden Perkasa, Saya amat kesal”. menurut satu kenyataan dari Pejabat Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali sebentar tadi.

“Sebagai contoh,I8 pelajar melayu dalam kursus perubatan CUCM tidak di beri biasiswa,manakala lain lain kaum dapat dan ini jelas tindakkan double standard”. Kata Ibrahim Ali menerusi kenyataan tersebut.

PERKASA dengan ini memohon ibubapa menyerahkan maklumat yang di sebutkan tadi untuk tindakan segera.

Satu perhimpunan raksasa akan diadakan jika perlu (perkasa akan di bincang semasak masaknya), melibatkan pelajar,ibubapa yang terinaya.

Semua NGO NGO melayu yang prihatin akan turut hadir bagi menuntut hak umat Melayu dan Pribumi.

Semua maklumat boleh di kirimkan atau disalurkan melalui alamat saperti dibawah

1. Pejabat (Vitual) Urusetia Perkasa : Urusetia Perkasa

2. Pej. Urusan PERKASA :
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
808 Tingkat 8, GRAND SEASON AVENUE. 72, JALAN PAHANG, 53000 KUALA LUMPUR

3. Pejabat Media Perkasa:
No. 27-2, Jln 3/23A, Taman Danau Kota, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 KL.

Kerjasa sama kepada semua Ibu Bapa Pelajar adalah diharapkan untuk membolehkan Perkasa bertindak mengikut saluran yang benar dan sah disini undang undang tubuh Tanah Melayu.

(sumber;http://www.pribumiperkasa.com/?p=5698)

mesin taip buruk; Salih Yaakob jugak yang naik....


Salih Yaakob jugak yang naik.... (Updated!)

Salih Yaacob bawa keempat-empat isteri dan 11 anak bercuti ke China. Wow! Tertanya-tanya juga macam mana Salih atur jadual "tidur" masa kat sana yek? Heheee...

Ramai yang cemburu dengan Salih Yaakob!
Orang duk kecoh-kecoh tarif elektrik naik, Salih Yaakob tetap tersenyum lebar sampai ke telinga. Apa tidaknya, baru dapat isteri baru... Anak dara pulak tu! Tahniah buat Salih Yaakob sebab buatkan ramai jantan-jantan kat luar sana cemburu habis.

Apa tidaknya. Selepas dah ada tiga isteri yang hidup aman damai, Salih tambah lagi satu isteri menggenapkan kuotanya. Tambah manis, isteri keempatnya itu seorang gadis berusia 25 tahun - Samihah Syeikh Ali a.k.a Emi. Kira masih muda trang tang tanglah!. Bertuah Salih!

Bak kata seorang rakan sepejabat, apa ilmu yang dipakai Salih sehingga mampu menundukkan tiga isterinya sampai mereka hidup bermadu dalam keadaan aman, dan kemudian menundukkan pula seorang gadis lagi untuk menggenapkan kuotanya. Dah muda, cantik pulak tu!

Tapi dalam duk bercakap tentang Salih, seorang sahabat begitu prihatin apabila melontar soalan yang aku tak dapat jawab.

Soalannya... "Berapa jumlah bil lektrik yang patut Salih Yaakob bayar setiap bulan? Maklum sebelum ini tiga rumah, sekarang empat rumah!"

Tapi mujur seorang lagi sahabat aku cepat menjawab: "Alaaa rumah keempat tu tak banyak pakai letrik bro sebab mereka jarang pasang lampu!"

Haha...

MTB: Bak kata RBF, minta maaf lebih mudah daripada mintak izin!

(sumber;http://mesintaipburuk.blogspot.com/2011/05/salih-yaakob-jugak-yang-naik.html)

Isu biasiswa JPA


Thursday, June 2, 2011
KO INGAT BOLEH DAPAT UNDI CINA KE ?!

Isu biasiswa JPA yang menghangatkan suhu politik negara sejak beberapa minggu yg lalu akhirnya selesai selepas kerajaan akhirnya bersetuju menaja 86 orang pelajar melanjutkan pengajian di IPTS dalam negara.

Pembahagian biasiswa mengikut kaum adalah seperti berikut:

- Melayu - 3 orang
- Bumiputera Sarawak - 1 orang
- Cina - 71 orang
- India - 11 orang

Berdasarkan pembahagian biasiswa tersebut, didapati pelajar Cina paling ramai menerimanya, manakala kaum Melayu / Bumiputera hanya mempunyai 4 orang wakil.

Posted by GAP KEMBALI at 9:46 PM

(sumber;http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/06/ingat-ko-boleh-dapat-undi-cina-ke.html)

zmsegamat kata: teringat kat Artikel/Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan sama-sama kita mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA

Malaysiakini: Husam bergelut dengan dakwaan upah bloger



Calon naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin perwakilan tidak terkesan dengan dakwaan beliau mengupah ratusan ribu ringgit kepada penulis blog terkenal Syed Azidi Abdul Aziz untuk berkempen baginya dalam pemilihan parti.

Husam juga mempertikaikan laporan Utusan Malaysia berhubung perkara itu dengan memetik tulisan di beberapa blog - yang digelarnya sebagai "picisan" dan "pencacai Umno".

husam musa pas interview 170507"Ahli-ahli Umno sendiri pun tidak pernah memberikan kepercayaan mereka kepada blog-blog picisan ini," katanya yang yakin dengan didikan Islam yang dilalui anggota dan perwakilan PAS.

Utusan kelmarin melaporkan keengganan penulis blog Kickdefella mengulas dakwaan di blog bahawa beliau menerima bayaran RM300,000 untuk berkempen bagi pihak Husam.

Bagaimanapun, akhbar sama semalam melaporkan Syed Aziz mengakui menerima wang RM350,000 dari Husam, tetapi bukan bagi tujuan itu.

Beliau juga dilaporkan berkata tidak bertemu lagi dengan Husam sejak tahun 2009 dan hanya berbual di telefon dan bertukar SMS sahaja.

Syed Azidi sedia ke mahkamah

Dalam kenyataan hari ini, Husam berkata beliau hairan kenapa laporan itu dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS di mana beliau bertanding.

syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 04"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini?" soalnya.

Beliau menafikan mempunyai wang sebanyak itu atau ada berbual melalui telefon dengan Syed Azidi kebelakangan ini.

Sementara itu, Syed Azizi pula memberitahu Malaysiakini, beliau dengan rendah diri dan insaf meminta Husam mengambil tindakan undang-undang terhadapnya sekiranya kenyataan yang dikeluarkannya tidak benar.

"Saya juga bersedia memohon maaf secara terbuka sekiranya apa yang saya katakan tidak benar," katanya.

Pada pemilihan PAS kali ini, Husam bertanding merebut jawatan naib presiden bersama-sama lima calon lain iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/165888)

Thursday, May 26, 2011

Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG


Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.

Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

-- BERNAMA

zmsegamat kata: TERIMA KASIH!!

Tuesday, May 24, 2011

Tanah melayu dilangar todak 2

Tanah melayu dilangar todak 1

Pengerusi UDA ,Datuk Nur Jazlan Mohamed: UDA tidak pinggir Bumiputera




UDA tidak pinggir Bumiputera


2011/05/23
KUALA LUMPUR: UDA Holdings Berhad (UDA) menafikan tuduhan pembangunan tapak bekas Penjara Pudu seluas 7.76 hektar sebagai ikon baru dikenali Bukit Bintang City Centre (BBCC) akan meminggirkan kepentingan syarikat dan masyarakat Bumiputera khususnya peniaga kecil di ibu kota.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya membuat penilaian secara telus dalam memastikan syarikat yang dipilih melaksana pembangunan projek itu bukan saja dapat memberi pulangan terbaik kepada syarikat tetapi juga menjaga kepentingan masyarakat Bumiputera keseluruhannya.

Katanya, pada masa sama kontraktor Bumiputera yang berpeluang menyertai projek itu akan dapat mempelajari konsep pembangunan baru yang digunakan dalam pelaksanaan projek BBCC.

“Saya ingin maklumkan, UDA Holdings menjemput 14 syarikat asing dan tempatan yang menyatakan minat menyertai projek pembangunan BBCC membentangkan kertas cadangan terhadap projek ini.

“Daripada 14 syarikat, 11 syarikat hadir membentangkan kertas kerja kepada Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings pada 7 dan 8 Mac lalu, dan semuanya bukan milik Bumiputera sepenuhnya kecuali satu.

“Jadi, tuduhan Datuk Musa (Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang) UDA membelakangkan syarikat Bumiputera tidak benar sama sekali kerana semua syarikat Bumiputera berminat membangunkan projek ini.

“Bagaimanapun, mereka menjalin kerjasama dengan syarikat bukan Bumiputera kerana mereka tidak mempunyai pegangan majoriti dalam kerjasama strategik berkenaan,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UDAtidakpinggirBumiputera/Article/index_html)

zmsegamat kata:
pelik jugak yer, camaner sudah ada yang mengetahui butir-butir perjanjian dan syarikat mana yang berjaya sedangkan media perdana belum lagi menyiarkannya..

harapan semoga Bukit Bintang City Centre (BBCC) tidak akan mengalami nasib seperti projek Bandar Wawasan di Kampung Baru dan projek Plaza Rakyat di sebelah hentian puduraya

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Ro...

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Ro...: "DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo K ek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapa..."

Saturday, May 21, 2011

Video: Tiba-tiba tanah kejar saya': Saksi tragedi tanah runtuh


(sumber:http://www.bharian.com.my/)

video: kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat,



(sumber:http://melanaublogger.blogspot.com/2011/05/video-sekitar-tanah-runtuh-di-hulu.html)

sumber:beritaharian

Tuesday, May 17, 2011

Komponen BN wajar berlapang dada serah kerusi jika gagal pilih calon


'Kalau tidak yakin, beri kepada Melayu'
Oleh Ismail Mat dan Nurhafiz Nordin
bhjb@bharian.com.my
2011/05/16

Komponen BN wajar berlapang dada serah kerusi jika gagal pilih calon

JOHOR BAHRU: Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kawasan majoriti orang Melayu, perlu berlapang dada menyerah kerusi itu untuk ditandingi wakil UMNO, jika gagal mengenal pasti calon boleh menang di kalangan mereka, pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata pendirian mahukan calon mengikut majoriti kaum di sesuatu kawasan itu semakin jelas ditunjukkan ahli dan pemimpin akar umbi UMNO dan pengundi seluruh negara.

Katanya, pendekatan sama sudah diambil pembangkang pada pilihan raya umum lalu, apabila mereka meraih kemenangan menerusi calon mengikut kaum majoriti pengundi di sesetengah kawasan pilihan raya berbanding BN.

“Jika kita tidak jumpa calon boleh menang di kalangan komponen BN di kawasan majoriti pengundi Melayu, saya mengharapkan supaya pimpinannya berlapang dada serah kerusi itu kepada calon yang boleh menang dari parti lain.

“Apabila Perdana Menteri sebut calon boleh menang sebelum ini, maknanya ia merujuk kepada semua kaum, baik Melayu, Cina atau India. Sebagai contoh, Parlimen Hulu Selangor majoritinya Melayu pada pilihan raya umum 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon Melayu manakala BN letak calon MIC, sebab itu parti menang kerana pengundi kawasan itu sudah lama menunggu calon Melayu menjadi wakil mereka.

“Begitu juga Bandar Tun Razak, PKR menang kerana meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu berbanding calon MCA yang diletak BN. Ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor, dalam desakan cukup kuat mahukan calon UMNO, kita mendapat wakil cukup baik, P Kamalanathan, yang fasih berbahasa Melayu dan diterima ramai, jadi kita ambil beliau sebagai calon boleh menang BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan bahagian Kulai di sini semalam. Turut hadir, Ketua UMNO bahagian Kulai, Datuk Adam Abd Hamid dan Ketua Pemuda UMNO bahagian.

Ahmad mengulas cadangan kepemimpinan UMNO bahagian itu supaya calon UMNO dipilih mewakili BN pada Pilihan Raya Umum akan datang di semua kawasan majoriti orang Melayu termasuk di Johor.

Sehubungan itu, pada pilihan raya umum akan datang, BN perlu mengutamakan kemenangan ketika bertanding.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kalautidakyakin_berikepadaMelayu_/Article)

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011


SAJAK 'GURU O GURU'

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

ZMSEGAMAT KATA; selamat hari guru. ku hadiahkan pada mu guru sebuah sajak untuk mengenang jasa dan pergorbananmu mendidik anak bangsa sehingga berjaya..

Tuesday, May 10, 2011

UTUSAN MALAYSIA: 22 kes simbah asid, polis tingkat kawalan

(gambar hiasan)
UTUSAN MALAYSIA: 22 kes simbah asid, polis tingkat kawalan

KUALA LUMPUR 9 Mei - Polis mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT).

"Lokasi yang kerap menjadi sasaran suspek adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tempat letak kereta, stesen LRT dan pondok menunggu bas.

"Polis kini meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang mendakwa suspek di mahkamah jika ditangkap," katanya di sini hari ini.

Chin Wah berkata, perbuatan tersebut dikesan aktif mulai Februari hingga 27 Mac lalu apabila 18 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut.

Katanya, kejadian yang reda seketika selepas 27 Mac lalu, didapati berulang kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi.

"Kebanyakan mangsa adalah kalangan wanita yang dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja tetapi terdapat juga serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields.

"Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki berketurunan India bermotosikal yang akan datang dari arah belakang mangsa sebelum bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' ke arah muka atau badan mangsa," katanya di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, cecair terbabit memberi kesan gatal kepada mangsa jika terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan lecur.

"Orang ramai yang menjadi mangsa atau melihat kejadian itu diminta melaporkan kepada polis di talian 'hotline' 03-21159999 agar tindakan segera dapat diambil untuk mengesan dan menangkap penjenayah terlibat," katanya.

(Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm)
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Utusan Malaysia: Mangsa simbah asid trauma keluar rumah

KUALA LUMPUR 9 Mei - Meskipun hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian mata akibat disimbah cecair jenis 'thinner' oleh seorang lelaki, seorang ibu yang kini sarat mengandung trauma untuk keluar rumah seorang diri.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Yati, 30, masih tidak dapat melupakan kejadian bagaimana suspek yang menaiki motosikal tiba-tiba muncul dari arah belakang dan menyimbah cecair itu mengenai muka dan badannya.

Kejadian itu, menurut Yati, berlaku di hadapan sebuah vila yang disewa keluarganya untuk menjalankan aktiviti riadah di Persiaran Titiwangsa di sini, pada pukul 3 petang, Sabtu lalu.

"Ketika itu, semua ahli keluarga berkumpul di dalam rumah. Saya keluar sekejap ke tempat letak kereta untuk mengambil lampin pakai buang anak saya.

"Sebaik sahaja saya membuka pintu kereta, datang seorang lelaki bermotosikal dari belakang dan menyimbah cecair itu menyebabkan muka dan badan saya basah.
"Saya kini takut untuk keluar rumah kerana masih terbayang kehadiran lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampang, hari ini.

Yati ialah salah seorang mangsa simbahan cecair dipercayai asid jenis 'thinner' dan 'alkali' yang dilaporkan berlaku di ibu negara sejak kebelakangan ini.

Polis sedang mengesan dua lelaki bermotosikal yang dipercayai menyasarkan golongan wanita di daerah Dang Wangi, Sentul dan Brickfields sebagai mangsa simbahan cecair itu.

Yati memberitahu, simbahan cecair tersebut mengenai bahagian matanya dan amat memedihkan sehingga tidak dapat membukanya.

"Saya menjerit meminta tolong dan segera masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Suaminya yang terkejut melihat keadaannya segera keluar rumah untuk menangkap suspek, bagaimanapun lelaki itu sempat menghilangkan diri.

Katanya, dia dihantar ke Pusat Rawatan Pusrawi sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

(Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm)

Friday, May 6, 2011

PEJUANG BANGSA: 60 lawatan kerajaan DAP P.Pinang ke luar negara , makan angin ke ?

60 lawatan kerajaan DAP P.Pinang ke luar negara , makan angin ke ?


Isu terlampau banyak lawatan ke luar negara oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun 2010 merupakan isu panas yang pasti hendak diketahui oleh rakyat P.Pinang

. Semasa sidang DUN berkenaan , jawapan bertulis oleh Guan Eng ialah

" Bagi tahun 2010 sebanyak RM 559,767.1 telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk 60 lawatan ke luar negara. Antara tujuan tersebut ialah lawatan kerja , misi pelaburan , penyertaan program atau persidangan , lawatan rasmi dan misi penggalakan pelancongan oleh semua Exco dan ADUN .



Antara negara-negara yang dilawati adalah Taiwan , Korea Selatan , Hong Kong , Indonesia , Jerman , Australia , China , Rusia , Thailand , Kenya , Mexico , Filipina , Macau , Pakistan , UAE , Eropah , Switzerland , India dan Cambodia "


Fuyooo ! ... sampai 60 buah negara diserbu Guan Eng dan konco-konconya dengan guna duit rakyat iaitu lebih RM 1/2 juta ringgit .


Bila Adun BN Sungai Dua Dato Jasmin Mohamed bertanya apa hasilnya dapat daripada lawatan-lawatan ini , konco-konco Guan Eng cuba mencelah dan seperti dijangka akan menjawab hasilnya negeri PP telah dapat pelaburan tertinggi di iaitu RM 12 Billion pada 2010 .

Begitu dangkal sekali jawapan puak-puak ultra kiasu ini dan mudah ditempelak oleh Dato Jasmin yang berkata takkan baru buat lawatan terus masuk pelaburan dengan cepat pada tahun itu juga. Lebih bangang lagi bila tak boleh jawab ada yang pertikai pulak lawatan Rosmah ke Turki sekarang ini .

Persoalannya , kalau benar mereka berjaya tarik pelaburan pada lawatan itu .. agak hairan juga tiada pun negara US dalam destinasi mereka . Negeri PP seperti yang kita semua tahu adalah negeri elektronik sehingga digelark Lembah Silikon kerana banyak kilang -kilang gergasi dari US seperti DELL , AMD , Intel dan lain - lain melabur di sini .

Melihat kepada senarai destinasi Ketua Menteri pun pada 2010 , negara China merupakan destinasi paling kerap dilawati beliau . Antara tempat terbabit ialah Shenzen , Hong Kong , dan Xiamen . Negara lain yang dilawati adalah Korea Selatan , Taiwan , Singapura , Jerman dan Australia .

Hairan juga mengapa Ketua Menteri berminat mencari pelaburan di China ? .... Mungkin boleh balik tanah Tongsan kot jumpa adik beradik LIM di sana ..haha

Posted by Pejuang Bangsa at 8:25 AM

(sumber:http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/05/60-lawatan-kerajaan-dap-ppinang-ke-luar.html#comment-form)

Thursday, May 5, 2011

UTUSAN MALAYSIA 05.05.2011: ISU-ISU AKHBAR CINA


ISU-ISU AKHBAR CINA

1.0 AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 2 Mei 2011 menyiarkan artikel mengenai keputusan MCA baru-baru ini untuk tidak menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum akan datang.

2.0 Penolakan tersebut turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

3.0 Artikel bertajuk ‘MCA nampak berundur sebaliknya maju ke hadapan?’ itu tersiar dalam ruangan editorial pada halaman A14 akhbar berkenaan.

4.0 Keputusan yang dicapai oleh mesyuarat Majlis Presiden MCA pada Jumaat lalu sehingga kini masih tidak mendapat respons daripada kaum Cina. Mereka hanya mengambil pendekatan berdiam diri. Reaksi yang ada hanyalah daripada pemimpin parti pemerintah dan pembangkang. Respons mereka, mungkin hanya boleh ditafsir daripada sokongan kepada MCA dalam pilihan raya sebelum ini.

5.0 Kaum Cina sentiasa mahukan hasil yang berfaedah kepada mereka dan kadang-kadang bertindak mengikut emosi jika ia tidak diperolehi. Mereka sudah pasti akan menyokong mana-mana parti yang boleh membawa manfaat kepada kaum itu.

6.0 Bagi orang Cina, tiadanya wakil MCA dalam Kabinet tidak akan membawa apa-apa perbezaan kerana wakil parti itu yang berada dalam kerajaan selama ini dilihat tidak benar-benar memperjuang dan mempertahankan masyarakat Cina.

7.0 Hakikat ini adalah jelas apabila sokongan mereka kepada calon MCA sejak beberapa tahun dahulu semakin menurun.

8.0 Ada sesetengah pihak menganggap keputusan Majlis Presiden MCA hanya bertujuan mengugut masyarakat Cina, iaitu jika calon parti itu kalah, tiada lagi wakil kaum berkenaan dalam kerajaan. Apa yang dibuat oleh MCA itu hanya akan menyebabkan masyarakat Cina semakin tidak berpuas hati.

9.0 Ini kerana, masyarakat Cina berharap dengan berkurangnya sokongan kepada MCA, parti itu akan insaf dan meningkatkan kembali prestasi perkhidmatan mereka kepada kaum itu. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila MCA mengugut kaum itu semata-mata untuk meraih undi.

10.0 Dalam pada itu, masyarakat Cina bukan sahaja tidak berpuas hati terhadap MCA malah mereka juga mempunyai perasaan sama terhadap Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh UMNO.

11.0 Sikap pemimpin UMNO yang turut menyokong keputusan Majlis Presiden MCA dengan memberi pilihan kepada pengundi kaum Cina supaya memilih DAP atau MCA, menyebabkan perasaan tidak puas hati kaum itu semakin bertambah. Jangan lupa kekalahan MCA, BN juga bertanggungjawab.
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
UBAH PENDEKATAN TARIK CERDIK PANDAI

LANGKAH kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif bagi menarik cerdik pandai pulang ke tanah air turut mendapat reaksi Nanyang Siang Pau.

Artikel bertajuk ‘Yang dimahukan adalah peluang sama-rata’ disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuanlun di muka surat A16 akhbar berkenaan bertarikh 29 April 2011.

Menurut penulis bebas, Chew Siew Yiang, terdapat di kalangan golongan profesional di negara ini yang tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan mengenakan cukai pendapatan sebanyak 15 peratus untuk tempoh lima tahun kepada cerdik pandai yang kembali berkhidmat di tanah air.

Mereka semua menyesal kerana tidak termasuk dalam golongan itu dan terpaksa tunduk dengan syarat membayar 26 peratus daripada pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bekerja di dalam sektor profesional yang sama, kenapa mendapat layanan tidak serupa?

Jika kerajaan mahu menarik cerdik pandai pulang ke tanah air, jangan lupa pula untuk mengekalkan cerdik pandai sedia ada di Malaysia. Jika tidak, yang kembali tetap akan kembali dan yang berada di dalam negara akan ke negara asing. Sekiranya ini berlaku, insentif pengurangan potongan cukai pendapatan hanya akan membuang masa dan keringat sahaja.

Jika kita mahu kekalkan cerdik pandai dalam negara atau menarik mereka kembali ke tanah air, ia boleh dimulakan daripada peringkat bawah. Apabila kebolehan cerdik pandai mula berputik pada usia muda, kita harus memberi bimbingan dan layanan sama-rata kepada mereka.

Langkah ini dapat menghalang orang lain yang nampak kebolehan yang ada pada cerdik pandai berkenaan untuk menarik mereka berkhidmat di luar negara.

Jika ini tidak dilakukan, semua cerdik pandai kita akan mengalir keluar. Akhirnya nanti Malaysia menjadi sebuah negara pengeskport cerdik pandai. Berikutan langkah Malaysia yang tidak putus-putus mengimport tenaga buruh murahan, kita juga akan menjadi negara pengimport tenaga buruh.

Sementara itu, dalam usaha untuk membangunkan ekonomi negara, kita tidak harus bergantung harap kepada cerdik pandai semata-mata. Usaha ini tidak akan berjaya jika kita semua masih tidak membuang tradisi dan sikap-sikap lama.
````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
KENAL PASTI PUNCA MASALAH

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 1 Mei 2011 dalam ruangan Pendapat Yuanlun berkongsi pandangan mengenai perlunya kerajaan mengenal pasti punca sesuatu masalah itu sebelum mencadangkan langkah-langkah penyelesaian.

Artikel yang ditulis oleh penulis bebas, Zhou Jia Hui di halaman A14 bertajuk ‘Tidak ambil berat pada masalah yang sebenar’. Menurut penulis, sesuatu masalah itu tidak boleh dipandang daripada satu sudut sahaja jika kerajaan mahu mencari penyelesaian yang bersifat menyeluruh.

Kegagalan kerajaan untuk melihat kepada punca masalah sangat jelas dalam isu menarik cerdik pandai pulang ke Malaysia apabila ia masih menganggap negara asing menggunakan wang untuk membeli mereka.

Akibat kegagalan mengenal pasti punca masalah sebenar, menyebabkan kerajaan memperkenalkan strategi tidak berkesan seperti mengurangkan kadar cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh golongan berkenaan. Ini hanya akan menjadi bahan ketawa pihak lain.

Dalam pada itu, situasi sama berlaku dalam politik apabila parti pemerintah kalah teruk di kawasan Cina pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, baru-baru ini.

Sepatutnya, tumpuan adalah untuk mengenal pasti apakah masalah orang Cina sehingga mereka menyokong DAP? Ini nampaknya tidak dilakukan. Sebaliknya pemimpin-pemimpin BN hanya mengeluarkan kenyataan supaya kaum Cina tidak dihiraukan kerana masih ada kaum lain yang menyokong gabungan itu. Apa yang berlaku ini, jelas membuktikan kerajaan BN lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah kaum Cina. Ini akan menyebabkan kaum itu semakin marah dan geram.

Sepatutnya, kerajaan BN merasakan bahawa mereka berada dalam situasi bahaya berikutan keputusan PRN Sarawak ini. Keadaan ini bukan sesuatu yang buruk, kerana ia hanya bertujuan mendesak kerajaan supaya melakukan perubahan drastik.

Apa yang dilakukan oleh kaum Cina adalah umpama mereka menunjukkan jari ke bintang-bintang di langit. Kerajaan hanya perlu meneliti dan mengambil perhatian terhadap bintang-bintang yang ditunjuk itu, supaya ia dapat memahami kaum itu dengan lebih mendalam.

Sementara itu, kegagalan mencari punca masalah juga turut kelihatan dalam menangani isu kedudukan Malaysia yang masih berada dalam kumpulan negara sedang membangun. Pihak kerajaan asyik mengambil contoh negara mundur untuk dibandingkan dengan negara ini untuk mententeramkan jiwa rakyat. Ini menyebabkan rakyat berasa semakin kurang selesa.

Kegagalan kerajaan untuk mencari punca kenapa kita masih lagi menjadi negara sedang membangun sebenarnya telah memperdayakan harapan rakyat. Langkah kerajaan selama ini adalah umpama menyatakan wajah orang yang menghidap penyakit semput lebih ceria berbanding penghidap batuk kering atau membandingkan ukuran orang pendek dengan orang pendek.

Diharapkan pada masa akan datang, apabila kerajaan berhadapan dengan masalah, ia perlu berfikir sejenak dan membuat analisis bagi mengenal pasti sebab-sebab perkara itu terjadi. Jangan kita terus menyelesaikan masalah berkenaan tanpa menggunakan akal fikiran atau cuba menutup masalah itu supaya tidak diketahui orang ramai.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm)

Peribahasa Melayu "'Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk'


Inilah BUAH BELULUK. Kalau tidak silap saya ia banyak terdapat di belukar negara ini. Masa kanak-kanak dulu kita orang selalu melagukan puisi lisan berkait buah beluluk ni:

Ikut kata enggang
makan buah beluluk
ikut kata orang
tenggelam dalam lubuk..

bermaksud 'Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang"

Enggang makan buah beluluk,
Burung enggang besar paruhnya
Jadi untuk seekor enggang memakan biji beluluk adalah perkara biasa
TAPI bagaimana pula dengan burung-burung lain yang lebih kecil?
Pasti akan membawa mudarat


Buah beluluk buah kepayang
Dimakan mabuk dibuang sayang


Memang makna tersurat dan tersirat dalam SELOKA BELULUK ini hebat sangat. Selain itu banyak lagi rahsia yang terungkap dalam buah beluluk ni....

Tuesday, May 3, 2011

Peribahasa Melayu: "Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap (pilih atau undi) tak boleh balik"


Peribahasa Melayu: "Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap (pilih atau undi) tak boleh balik"

bermaksud 'Sebelum mengeluarkan perkataan (pilih atau undi) hendaklah difikirkan lebih dulu, sebab kalau sudah terlanjur tak dapat ditarik kembali..

Sunday, May 1, 2011

Peribahasa Melayu: "Apa Tampangnya, itulah Tumbuhnya"


Peribahasa Melayu: "Apa Tampangnya, itulah Tumbuhnya" bermaksud "Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan." SELAMAT HARI PEKERJA...