Monday, June 20, 2011

Demonstrasi jalanan: Haram bertentang nilai sebenar Islam


Haram bertentang nilai sebenar Islam

SHAH ALAM – Demonstrasi jalanan melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda UMNO boleh menjurus kepada hukum haram kerana jelas bertentangan etika Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, tindakan ke arah perpecahan, huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam bercanggah dengan nilai Islam.

“Perhimpunan itu tidak membawa kepada kebaikan dan wujud usaha puak lain yang ingin bertembung dalam demonstrasi jalanan terbabit. Ini bukan budaya Islam dan bukan budaya masyarakat Malaysia.

“Islam agama aman damai, sejahtera dan menuntut perpaduan. Masyarakat perlu berfikiran waras. Perhimpunan itu akan datangkan banyak keburukan daripada kebaikan,” katanya.:

Menurutnya, jika berlaku pertembungan antara tiga kumpulan pada perhimpunan terbabit tidak mustahil akan berlaku perkara tidak diingini seperti pergaduhan, tuduh menuduh, kerosakan harta benda dan paling dikhuatiri pertumpahan darah.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, perhimpunan Bersih 2.0 adalah helah untuk mengheret rakyat ke dalam kancah politik.

“Usaha itu adalah percubaan pemimpin untuk uji pengaruh dan kerana itu sanggup menipu lebih ramai rakyat kononnya, sistem yang pernah memberikan kemenangan kepadanya dulu dan sedikit peluang berkuasa sebagai tidak boleh dipertahankan, ia perlu dirombak dan diberikan jaminan baru sesuai dengan keperluan mereka.

Beliau sifatkan penganjuran yang turut disertai Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat itu sebagai satu bentuk ‘anarkisme’ yang berlaku kali kedua dalam negara selepas Bersih pertama pada 2007.
Jawatan Kosong

(sumber:http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9207410.asp)

4 comments:

Anonymous said...

pulak da. Mana pulak dia benda tu haram. haram jadah....

Anonymous said...

haram la kalau dah jadi "Fitnah" besar...bukan fitnah dlm maksud perkataan bahasa Melayu tp fitnah yang membawa maksud mendatangkan kekacauan atau ketidaktenteraman.

Anonymous said...

Semuanya haram kalau pembangkang atau lain orang yang buat.

Semuanya halal-halal belaka kalau dibuat oleh UMNO ke, BN ke, Perkasa ke, Perkida ke, Kimma ke.

Anonymous said...

Anwar bapa haram jadah