(gambar hiasan)
DALAM PAKATAN ADA SUARA UMNO?
AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 1 Julai 2013 melalui ruangan Pendapat YuanLun memaparkan tulisan pengkritik isu semasa, Cheah See Kian tentang masalah politik katak dalam pakatan pembangkang.
Ketua pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat tahunan PKR pada 25 Mei lalu secara berat menyatakan PKR jangan jadi seperti sebuah lagi UMNO berikutan cadangan sesetengah orang kuat PKR supaya ada orang pakatan dilantik dalam syarikat milik kerajaan (GLC).
Ini menunjukkan Anwar ambil berat terhadap ahli-ahlinya yang bersikap serta berfikiran seperti UMNO", dan berharap ahli partinya berhati-hati. Dalam perhimpunan PKR 26 Jun lalu, Anwar mendedahkan ada sesetengah pemimpin pakatan sudah kehilangan semangat bersaing, umpama sudah menjadi puak yang keletihan" sehinggakan suara-suara UMNO dapat menyelinap masuk ke dalam kem pakatan.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad (Mat) Sabu pula mengingatkan supaya pakatan beri lebih tumpuan kepada orang Melayu yang bilangannya majoriti tetapi terus menganggap UMNO pendukung agama serta bangsa mereka.
Dari segi hujah Anwar dan Mat Sabu, kita dapat lihat dua perkara. Yang pertama, dalam pakatan ada suara UMNO; kedua, masyarakat Melayu masih anggap UMNO penyelamat mereka. Sebab itu PRU 2008 dan 2013, UMNO masih dalam kedudukan menang tanpa kalah. Pada 2008, UMNO tandingi 117 kerusi dan menang 79, pada PRU 2013 UMNO bertanding 121 kerusi dan menang 88.
Jika tiada UMNO sebagai penyelamat Barisan Nasional (BN), pasti BN tidak dapat kekal memerintah sehingga ke hari ini. Jika kita lihat dari segi sejarah, musuh ketat UMNO datang dari dalam dan bukannya dari luar. Bermula 1951 lagi UMNO sudah mula berpecah, Datuk Onn Jaafar sebagai pengasas UMNO keluar parti dan tubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
UMNO berdepan perpecahan yang teruk pada 1987, Tengku Razaleigh Hamzah tubuhkan parti Semangat 46. Selepas itu Tun Dr. Mahathir Mohamad pecahkan parti itu dan pada 1996 Tengku Razaleigh bubarkan partinya dan ahlinya kembali semula kepada UMNO. Tahun 1998, berlaku perselisihan politik sengit antara Anwar dengan Dr. Mahathir, menyebabkan UMNO berpecah lagi, Anwar tubuhkan Parti Keadilan (menjadi PKR pada 2003). Dari sini kita boleh lihat walau berlaku perpecahan, sokongan orang Melayu terhadap UMNO tetap tidak berganjak.
Walaupun pakatan dapat memecah rekod menang banyak pada dua musim PRU (2008 dan 2013) tetapi tidak dapat tumbangkan UMNO. Kini tepat pada masanya, Anwar telah perasan dalam pakatan sudah timbul suara-suara UMNO, buat masa ini masih berlindung tetapi jika kedudukan pembangkang terumbang-ambing, adakah akan berlaku perubahan besar? Itu belum dapat diramalkan kerana ada cadangan supaya pakatan berbincang dengan BN (bersama Naib Presiden PKR, Azmin Ali), ada juga yang mencadangkan perbincangan dan kerjasama UMNO dengan Pas di samping sebarkan isu tarik calon.
Tidak kira BN ataupun pakatan goyah, satu fakta tidak akan berubah iaitu tanpa perpecahan dalam UMNO (Anwar juga serpih perpecahan UMNO), pasti kekuatan UMNO tidak boleh digugat. Sebab itu pembangkang tidak akan dapat UBAH, getir dan susahnya seperti mahu melompat naik ke langit. Sebab itu berlaku dwikuasa politik hari ini, gara-gara perpecahan UMNO, ditambah kedegilan Anwar terus memberi cabaran. Tetapi jika ada suara UMNO dalam pakatan, kita tidak boleh ambil ringan, sebab itu tugas seterusnya pakatan lebih getir, menghalang lompat katak.
(terimakasih utusan online)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130704/re_07/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2YadCKPIm
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment