Tuesday, July 30, 2013

Luahan Tun Dr Mahathir ... TEGURAN ATAU AMARAN KERAS BUAT DS NAJIB


| Monday, July 29, 2013
Ungkapan kata ini diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri dan Mantan Presiden UMNO dalam satu sesi dialog bersama NGO Kelab Che Det (26/7/2013) di Yayasan Kepimpinan Perdana.


1.0 "Kalau pemimpin bersin pun ahli UMNO akan tepuk tangan."

2.0 "Mereka akan sokong tanpa bersoal jawab lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO walaupun yang dilakukan itu merosakkan parti."

3.0 "Ahli UMNO sudah tidak berkualiti lagi, apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam UMNO."

4.0 "Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya, dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli ke dalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa barulah diluluskan, begitu seterusnya cikgu pula enggan orang yang lebih berpendidikan darinya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semua nya tidak berkelayakan."

5.0 "Orang-orang yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin UMNO ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan."

6.0 "Dulu waktu saya jadi Presiden, MT UMNO berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan, malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak Majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa."

7.0 "Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkannya, malah keadaan bertambah buruk."

8.0 "Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang."

9.0 "Lihat sahaja isu EC yang diserah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat, begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan."

10.0 "DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana difikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi."

11.0 "1 Malaysia tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain. Pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagainya."

12.0 "Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang di dengar oleh pemimpin."

13.0 "Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu. Ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu. Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam."

14.0 "Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya."

15.0 "Saya didatangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib, malah ada diantaranya mencadangkan DS Najib dilanggar."

16.0 "Banyak pihak yang berjumpa dengan saya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang cina. Malah mereka ini sangat dilayan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya."

17.0 "Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan."

18.0 "Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti dikata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja."

19.0 "Apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu."

20.0 "Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada."

21.0 "Adakah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu? Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga, tapi malangnya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu."

22.0 "Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib."

23.0 "BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya."

24.0 "Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi. Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang cina."

25.0 "Saya akan terus bersuara untuk Bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, ya saya akan kata saya rasis."


sumber : PANEH MIANG



Harapan kita agar Datuk Seri Najib menjadi lebih berani. Berani melakukan TRANSFORMASIdalam erti kata yang sebenar. Berdirinya beliau hari ini dengan jawatan Perdana Menteri adalah kerana UNDI MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERA.

Tanpa undi dari MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERAUMNO dan BN sudah pastinyaTERSUNGKUR sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau harus SEDAR puak CINA KIASUtelah menolak bulat-bulat kerajaan dibawah kepimpinan MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERA.


Tidak perlu lagi terhegeh hegeh untuk mendapatkan undi daripada puak CINA KIASUUMNOdan BN harus sedar dan berpijak di bumi yang nyata. 

DAP telah berjaya menghasilkan TSUNAMI CINA dengan menanamkan sifat anti ISLAM danMELAYUTSUNAMI CINA ini tidak akan padam dan luntur selagi MELAYU-ISLAM dan BUMIPUTERA tidak akan tunduk sujud kepada mereka.

Terpulanglah sama ada mahu menganggap luahan kata Tun Dr Mahathir sebagai TEGURAN atau AMARAN KERAS agar Datuk Seri dan UMNO berubah secara total ... 

(terimakasih sumber:http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/07/luahan-tun-dr-mahathir-teguran-atau.html)

Sunday, July 28, 2013

Filem Komunis Senang Ditayangkan Filem Patriotik Disekat?


July 28, 2013   ·  
filem komunis
Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan  Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”.  Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya.

Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang.

Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam Negara kita  mulai 23 Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan negara. Tayangan trailer filem tersebut menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru telah mula tersebar sejak minggu ini.

Astro Shaw  jelas amat tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit ataupun sebenarnya mereka merupakan penyokong tegar pihak pembangkang. Maka pihak-pihak yang terlibat harus menbuka mata dan telinga mereka agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting yang mampu menggugat keselamatan Negara.

Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan wajib mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer. Filem sejarah negara seperti Tanda Putera telah ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu yang berterusan cuba menukar sejarah perjuangan Negara kepada pro komunis.

Filem Tanda Putera  mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 telah  tiga kali ditunda. Alasan konon tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu amat mengecewakan kami rakyat Malaysia yang amat berbangga dengan sejarah Negara yang telah dipaparkan dalam filem Tanda Putera.

Sesungguhnya pihak pembangkang harus menerima hakikat kebenaran sejarah perjuangan UMNO dalam merealisasikan keamanan Negara. Begitu juga hakikat komunis merupakan anasir subversif yang telah menghuru harakan Negara dan membunuh ramai rakyat Negara kita dan membawa banyak penderitaan terhadap rakyat.  Kekejaman komunis masih menghantui dan terus menjadi igauan ngeri kita namun ianya cuba diangkat sebagai hero oleh bangsa Cina yang lupa diri aka asal usul mereka.

(terimakasih sumber:http://www.mykmu.net/?p=33757)

Pinda peruntukan dalam Perlembagaan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 26 Julai - Perkara 3, 5 dan 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seorang ibu mempunyai hak yang sama rata untuk membesarkan anak-anak dengan didikan amalan agamanya perlu dipinda dengan memberikan pengecualian kepada Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, undang-undang Islam terpakai di negara ini kerana Islam merupakan agama rasmi Persekutuan sedangkan agama-agama lain hanya boleh diamalkan.

"Dalam Perlembagaan sekarang, Islam cuma sebagai amalan sahaja tetapi tidak dari segi undang-undang kerana tidak dilaksanakan. Itu yang susah. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan, maka gugur, itu jadi kacau.

"Peruntukan itu (bab agama anak) patut dipinda atau ditambah dengan dikecualikan orang Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam membatalkan pengislaman tiga anak seorang guru tadika, M. Indira Gandhi, 38, yang telah didaftarkan oleh suaminya, Muhammad Ridzuan Abdullah, 44, seorang mualaf berketurunan India, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit itu menetapkan Perakuan Memeluk Islam ke atas Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, sebagai terbatal dan tidak sah.

Swee Seng berkata, pengislaman itu turut tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira Gandhi dan anak-anaknya.

Harussani berkata, sekiranya pindaan terhadap peruntukan tersebut dibuat, isu perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang bukan Islam tidak seharusnya timbul.

Katanya, ini kerana mereka telah bersetuju dengan perjanjian kontrak sosial dan menerima Perlembagaan sebagai syarat untuk dibenarkan tinggal di negara ini sebelum merdeka.

Beliau juga berkata, masalah berkaitan agama anak sepatutnya dibicarakan di mahkamah syariah dan oleh hakim yang beragama Islam.

"Patut bicara di mahkamah syariah tetapi disebabkan melibatkan orang Hindu, kes itu tidak boleh dibicara di mahkamah syariah, maka jadi celaru.

"Kena tanya Peguam Negara macam mana Perlembagaan tidak membenarkan kita (mahkamah syariah) membicarakan orang bukan Islam," katanya.

Muzarakah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 2009 memutuskan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.

Oleh yang demikian apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130727/dn_05/Pinda-peruntukan-dalam-Perlembagaan#ixzz2aJV4k3o5
© Utusan Melayu (M) Bhd 


(sumber: terimakasih utusan online)

Friday, July 26, 2013

Kaitan Surat Terbuka Dr Mahathir kepada Tunku dengan Namewee, Mun Tatt, Alvin, SK Sri Pristina

Friday, July 26, 2013

oleh tun faisal dot com


“Those who fail to learn the lessons of history are doomed to repeat them.” 
― George Santayana

Di bawah adalah tajuk-tajuk artikel yang menggambarkan sesuatu... sedikit sebanyak ia menceritakan tentang perasaan dan denyut nadi orang Melayu...








Di bawah ini pula adalah surat terbuka Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman. Bacalah dan renungilah, mana tahu ada sedikit sebanyak persamaan....



Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari 

Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)



TERKINI ! UGUTAN BUNUH & DAP KANTOI ISU MAKAN DALAM 'TANDAS' SK SERI PRISTANA !!

Thursday, July 25, 2013


oleh Dr MiM:


MiM merujuk kepada artikel terbaru Lim Guan Eng DAP. Diantaranya :

DAP kecewa dengan cara tergesa-gesa Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dalam menutup kes kontroversi pelajat bukan Islam disuruh menggunakan bilik mandi sebagai kantin sementara di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di Sungai Buloh di dalam bulan puasa tanpa memberi sebarang penjelasan kepada umum.
Betulkah 'tanpa memberi sebarang penjelasan kepada umum atau sekadar omongan Setiausaha DAP itu sahaja?

Realitinya, YB P.Kamalanathan telah memberi penjelasan tersebut dan disiarkan di dalam media. BACA SINI

Mungkin sumber anak Kit Siang DAP itu hanya Roket.Kini, lidah rasmi parti DAP. Sebab itu beliau tidak tahu sidang akhbar Timbalan Menteri Pendidkan II !


Ironinya, Guan Eng menuduh P.Kamalanathan 'tergesa-gesa tanpa memberi sebarang penjelasan kepada umum' tanpa Guan Eng tahu yang P.Kamalanathan menjelaskan isu ini tiada berkaitan dengan kaum dan agama!

Kata Guan Eng :
Seluruh rakyat Malaysia juga mahukan kebenaran didedahkan sebelum mereka boleh yakin dengan dakwaan Kamalanathan bahawa ini bukanlah isu berkaitan kaum atau agama. seterusnya
Padahal, dalam sidang akhbar itu, P.Kamalanathan telah menyatakan :
Masalah berkaitan lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan. 
Beliau berkata, isu yang dibangkitkan sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan ia bersifat perkauman adalah tidak benar.
Apa ni, Guan Eng DAP? Mahu kelentong kah?


Guan Eng juga berkata :
Sifat tergesa-gesa yang sedemikian dalam menyelesaikan kes kontroversi tersebut akan dilihat sebagai usaha untuk menutup kebenaran, kecuali jika Kamalanathan boleh menjelaskan kenapa ibu bapa tidak dimaklumkan sejak Mac tahun ini bahawa kantin akan dipindahkan ke bilik mandi atas sebab kerja baik pulih.
Padahal, media melaporkan :
"Keputusan untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat selepas dibincangkan dalam masyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu. 
Katanya, cadangan untuk menjadikan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara juga dipersetujui dalam masyuarat PIBG dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah sebelum ini.
Jika perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG, ibu bapa sepatutnya tahu tentang perkara ini.

Bukan sahaja anak Kit Siang itu dilihat serkap jarang, ibu bapa yang merungut tentang perkara ini seperti tidak tahu menahu dengan persetujuan PIBG itu dan sepatutnya bertanya kepada pihak sekolah untuk kepastian.


Guan Eng juga berkata :
Kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan menambahkan persepsi negatif bahawa sensitiviti dan hak orang bukan Islam boleh diinjak-injak tanpa sebarang hukuman. Persepsi negatif sedemikian dengan mudah boleh bertukar menjadi rasa dimangsakan oleh orang bukan Islam
Sebenarnya, bukankah Guan Eng yang menambahkan persepsi negatif tersebut dengan artikel-artikel beliau yang dilihat serkap jarang dan tidak berasaskan kepada penjelasan yang telah diterangkan oleh Timbalan Menteri Pendidkan II?

Apa sudah jadi dengan mentaliti opportunis ini?

Lihat foto-foto ini :






Penjelasan Guru Besar SK Seri Pristana 
Bilik tersebut adalah bilik persalinan yang sudah diubah suai untuk dijadikan tempat kantin sementara dan bukannya tandas. Bilik itu juga sangat bersih dan bukan sahaja non muslim yang menggunakan bilik tersebut. Murid dan guru muslim juga turut menggunakan bilik persalinan itu untuk majlis jamuan dan sebagainya. 
Bilik persalinan itu sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat. Difahamkan, bilik persalinan itu yang baru dibina tidak pernah digunakan dan ia hanya digunakan sebagai tempat makan sejak awal tahun ini, malah ia digunakan semua murid di sekolah berkenaan tanpa mengira agama dan bangsa. Bilik persalinan itu dihias seperti kantin dan meja dan kerusi yang ditempatkan di dalam bilik berkenaan juga sama seperti yang ada di kantin. 
Pada masa yang sama, bilik persalinan itu tidak pernah digunakan untuk membuang air kecil dan sebagainya. Perkara ini tersebar tanpa mendengar penjelasan dari dua pihak dan akhirnya menyebabkan isu sensitiviti berlaku pada bulan Ramadan.
Satu perkara yang ingin MiM ketengahkan sekali. Sebelum ini kita dikejutkan dengan laporan polis di bawah yang dibuat di Gelang Patah, Johor.

Isunya ialah seorang guru menengah kebangsaan bernama Poh Kim Thye yang didakwa mencarut menghina bangsa Melayu di kelas beliau! Di antara yang dilaporkan ialah "Kerajaan Babi Sebab Diketuai Oleh Orang Melayu" dan sebagainya.


Persoalannya, apakah Lim Guan Eng DAP telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengutuk guru cina itu seperti yang beliau lakukan dengan isu SK Seri Pristana ?

Ada tak ?

Berita terbaru :
KUALA LUMPUR : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini, membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu.

Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.

"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).

"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.

Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.

"Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.

Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.

Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.

Pada majlis sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - BERNAMA
Apakah Guan Eng DAP berani menjawab ugutan bunuh yang diterima oleh Guru Besar itu dan juga persoalan MiM atau beliau akan berdiam diri seperti isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh beliau sebelum ini?




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, July 26, 2013


KASIHANILAH GURU BESAR SK SERI PRISTANA !!

"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.


Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.

Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.
(terimakasih sumber: http://novandri.blogspot.com/2013/07/kasihanilah-guru-besar-sk-seri-pristana.html?utm_source=BP_recent&utm-medium=gadget&utm_campaign=bp_recent)

Thursday, July 25, 2013

Produk kecantikan haram guna artis popular diserbu


Dua pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memeriksa mesin memproses suplemen kecantikan dalam serbuan di sebuah kilang di Semenyih, Selangor, semalam.

HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.

Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.

Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.

Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.

Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.

Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.

"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.

Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.

Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130724/je_02/Produk-kecantikan-haram-guna-artis-popular-diserbu#ixzz2a0YTst5D
© Utusan Melayu (M) Bhd 

(sumber terimakasih arkib utusan)