Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.
Beliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.
"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal-hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, hari ini.
Katanya pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya telah disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.
"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya.
- Bernama

2 comments:
Tak semesti pi karaoke malam ni atau besok kan. Nanti tersilap kena tangkap pasal menyambut Hari Valentine.
Tolak 2 hari ni, masih ada 364 hari untuk enjoy, beb.
Pergi masjid ramai-ramai kita raikan Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Post a Comment