Saturday, July 2, 2011
Pintu rundingan ditutup
Pintu rundingan ditutup
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 1 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menutup pintu rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini selepas nasihat kepada pemimpin masing-masing diberikan sejak semalam dan kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu, tindakan tegas akan diambil kepada penganjur yang tetap berdegil untuk meneruskan hasrat mereka.
Menurutnya, sepanjang dua hari lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan beliau sendiri telah memberi nasihat kepada penganjur perhimpunan haram itu tentang tindakan yang akan diambil terhadap mereka.
Tiga pihak yang diberi nasihat itu adalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO.
"Selepas nasihat diberi, polis tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan menahan pemimpin perhimpunan haram itu lebih awal, kita juga mungkin akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Tindakan tegas itu diambil bagi menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat kerana peniaga, pengusaha teksi dan bas termasuk agensi pelancongan semakin risau perniagaan mereka terjejas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Tambahnya, selain arahan tegas supaya tiada perhimpunan haram diadakan pada 9 Julai ini, polis juga akan merampas segala bahan promosi termasuk baju kuning yang tertulis Bersih atau baju merah, Patriot.
Beliau berkata, mereka yang cuba mengadakan perhimpunan haram itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.
Dalam pada itu, Khalid memberitahu, sebanyak 2,136 laporan polis terhadap Bersih telah dibuat di seluruh negara sehingga semalam.
Menurutnya, polis setakat ini telah menahan seramai 115 orang berkaitan perhimpunan haram itu.
terimakasih(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tangkap ..Jangan Tak Tangkap.
Peduli apa depa -nak Cakap.
Buktikan kat depa-depa..bahawa PDRM
berAmanah..dah dulu berslogan Bersih lagi Cekap.!
Biak depa tidok di Lokap..!
Dah berbuih nasihat di-unggkap..
masih tak mau dengaq Cakap..!
Akai ada tak mau dok pikiaq
Kepada PDRM brother's Blue..carry-on.Turn them to blue or rather they need to blow(n).!!
pdrm
u did a very good job for the majority silent.....
keep up the good works. tangkap je mangkok2 yg buat kepoh dan memalukan negara pakai isa......
congratulation
Terima kasih PDRM,
Baru rasa lega sikit.
Kalau boleh tolong buka talian bagi memudahkan Rakyat membuat repot polis melalui Email.
Kita2 yang duk kerja, susah nak pergi keBalai.
Syukur
Timbalan KPN tu tak tengok filem "The Negotiator" kut. Asyik minat filem Rambo saja.
Macam tu nak naik jadi KPN suatu hari nanti pun susah, le. "The door is bukan closed saja tapi shut"
Post a Comment