Monday, July 18, 2011

Al-Fatihah buat Ahli Parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali



Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam tadi di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepaada Parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.

Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.


Sesungguhnya, hidup kita sebagai manusia diatas muka bumi ini semuanya adalah diatas ketentuan Allah S.W.T.

Hidup kita, mati kita juga adalah diatas ketentuan dan ketetapan yang Maha Esa. Dan tidak ada sesiapa pun yang mampu melawan ketentuan Illahi.

Oleh yang demikian, kita mengucapkan salam takziah buat keluarga Dr. Lo'Lo, Ahli Parlimen Titiwangsa yang telah pergi ke Rahmatullah.

Sesungguhnya, dengan adanya Pilihan Raya yang bersih dan adil pada tahun 2008, maka beliau berpeluang menjadi Ahli Parlimen dikawasan berkenaan.

Itulah hakikat yang jelas dan memang tidak dapat disangkal oleh puak - puak Pakatan Pembangkang sehingga hari ini.

Al-Fatihah..

4 comments:

Anonymous said...

yeahhhhh jom mengundi satu jiwa yang bersekutu dangan kafir harbi dah gooollll....hapuskan petualang ugama....

Unknown said...

AL-Fatihah buat Arwah..

Salam harap dapat dilink blog hamba disini..Terima Kasih....

http://klboyzwangsa.blogspot.com/

usin said...

masa arwah hidup, patut kita bantai dia sedas dua sbb masa tu dia ada chance nk jwb walaupun dia x akan jwb. bila dia dh meninggal ni, x pyh la kita bedal dia. putus sudah urusan hidup dia dgn kita. doakanlah saja dia agar tergolong dlm golongan org beriman. amin

Anonymous said...

bila pembangkang menang semua kerusi baru lah di katakan bersih....skrg cuma menang 5 negeri aje...x bersih lagi...