Wednesday, July 27, 2011

Kontraktor Jual rumah, ikat perut tiada projek



Jual rumah, ikat perut tiada projek
Oleh Fazli Abdullah dan Amin Ridzuan Ishak
fazliabdullah@bharian.com.my
2011/05/28

28,588 kontraktor Kelas F bakal gulung tikar

GEORGETOWN: Seramai 28,588 kontraktor Kelas F di seluruh negara kini dalam kesempitan sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah manakala ramai lagi mungkin gulung tikar kerana tidak mendapat sebarang projek baru.

Malah, sejak 2005 hingga sekarang, hampir 7,000 kontraktor sudah bankrap dan sebahagian besar yang lain kini dalam keadaan ‘hidup segan mati tidak mahu.’
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Presiden Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamad Fadzill Hassan, berkata masalah kekurangan projek amat ketara sejak dua tahun lalu dan ia makin terasa di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, khususnya Pulau Pinang.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Kontraktor Kelas F, merayu kerajaan prihatin dengan nasib kontraktor Kelas F yang majoritinya menyokong kerajaan.

“PKMM amat sedih dengan nasib kontraktor Kelas F yang tidak mendapat projek sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya kepada Berita Harian.

Mohamad Fadzill yang juga Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang, berkata biarpun kontraktor amat teruja apabila kerajaan mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang membabitkan projek bernilai puluhan bilion ringgit, tetapi pada hakikatnya kontraktor Kelas F terpaksa terus ‘ikat perut’ kerana tiada projek baru untuk mereka.

“Persatuan amat berharap agensi ditubuhkan oleh kerajaan seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) melihat masalah dihadapi kontraktor Kelas F ini,” katanya.

Beliau turut memberi contoh pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Projek Landasan Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar, yang tidak dinikmati oleh kontraktor Kelas F.

Katanya, walaupun ada komitmen untuk memberi peratusan tertentu kerja bagi projek berkenaan kepada kontraktor Kelas F, ia tidak menjadi kenyataan.

Mohamad Fadzill berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan sewajarnya memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1 bilion nilai projek untuk menampung keperluan kontraktor Kelas F di seluruh negara.

Sementara itu, seorang kontraktor Kelas F mengakui nasib mereka kini amat kronik dan ada yang terpaksa berhempas-pulas meneruskan hayat operasi ketika yang lain gulung tikar.

Pemilik syarikat Ishak Mat Abu Enterprise, Ishak Mat Abu, berkata beliau sendiri dihimpit masalah itu apabila syarikatnya yang berpangkalan di Raub, Pahang, tidak menerima sebarang projek, tahun lalu.

“Tahun ini, cuma ada satu projek. Ini memberi kesan kepada kami terutama kontraktor baru dan masalah ini boleh dikatakan agak kronik,” katanya ketika dihubungi.

Bekas kontraktor kelas F, Sarizat Mohd Nor, 39, dari Seberang Prai di sini, pula terpaksa menjual kuih selepas syarikatnya ditutup kerana kekurangan projek beberapa tahun lalu.

Sarizat yang memiliki Alternative Telecomunications and Construction, menutup syarikatnya selepas kerugian akibat tidak mendapat projek kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

“Lazimnya ada kontraktor berpakat semasa sendiri menentukan jumlah harga sesebuah projek. Mereka bermain dengan harga dan pihak yang meluluskan projek hanya memilih kontraktor berkenaan.

“Ini menyebabkan kontraktor baru susah mendapat projek dan ada yang gulung tikar seperti saya. Kebanyakan kontraktor Kelas F juga tidak mampu membuat pusingan modal mereka dan pihak memberi pinjaman seperti bank pula mengenakan syarat ketat.

“Mungkin kerajaan boleh meminta bank melonggarkan syarat pinjaman dan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menghulurkan bantuan,” katanya.

terimakasih(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jualrumah_ikatperuttiadaprojek/Article)

zmsegamat kata: masalah kekurangan projek ini melanda pada semua kontraktor di seluruh negara. dan bukan setakat pada kontraktor yang berdaftar dengan PKK kelas F sahaja tetapi pada semua kelas kontraktor. samada kelas F, kelas E, kelas D, kelas C, kelas B dan kelas A.. apa peranan pihak yang berkuasa??

Berita Harian Online | Jual rumah, ikat perut tiada projek

Berita Harian Online | Jual rumah, ikat perut tiada projek

Thursday, July 21, 2011

CALONKAN ANJING PUN BOLEH MENANG? (isu akhbar cina)

(gambar haisan tq papagomo.com)


1.0 AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

2.0 Artikel bertajuk ‘Calonkan anjing pun boleh menang?’ tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.

3.0 Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.

4.0 Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.

5.0 Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu. Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.

6.0 Dalam perkembangan lain, baru-baru ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Kim secara keras mengkritik akhbar Cina. Beliau menyifatkan pemberita dan akhbar Cina seperti sampah yang sudah tidak bernilai lagi.

7.0 Pada mulanya penulis tidak faham kenapa seorang ahli politik yang begitu kanan dan berketurunan Cina bersikap sedemikian. Sedangkan, beliau memerlukan akhbar Cina bagi menyampaikan maklumat kepada kaum itu.

8.0 Apakah hasilnya jika beliau mengkritik dan menghina akhbar Cina? Adakah beliau sudah menjadi malaikat, yang boleh menghumban jauh-jauh akhbar Cina?

9.0 Setelah membaca komen yang disiarkan dalam Facebook pemimpin bawahan DAP berkenaan, segala persoalan yang bermain dalam fikiran penulis berhubung tindakan Chang Kim akhirnya terjawab.

10.0 Beliau sudah tidak perlukan akhbar Cina untuk membuat sebaran propaganda parti itu, kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang itu tetap akan menang pada pilihan raya akan datang. Chang Kim 1,000 kali ganda lebih baik daripada seekor anjing, buat apa lagi perlukan akhbar Cina?

11.0 Kepada pemimpin DAP yang menganggap mereka disokong sepenuh oleh masyarakat Cina, mereka seharusnya memberi perhatian terhadap kata-kata seorang sasterawan Cina di Malaysia yang bernama, Chang Mu Chin.

12.0 Menurut beliau: “Ada orang yang menganggap alat yang mempunyai kuasa ghaib (seperti propaganda melalui Internet) sudah berada di tangan mereka. Oleh itu, akhbar dan media Cina boleh diketepikan dan dipijak-pijak.”

13.0 Sebenarnya, sehebat macam mana sekali pun kuasa dunia Internet, ia tidak semestinya dapat mempengaruhi keseluruhan jiwa masyarakat Cina. Walaupun pepatah Cina ada menyatakan ‘dapat tawan jiwa rakyat bermakna dapat menawan pemerintahan’. Tetapi, bagi orang yang hanya membuat tanggapan bahawa diri mereka telah dapat menawan jiwa rakyat, belum tentu dapat menguasai pemerintahan.

14.0 Untuk menawan jiwa rakyat, kita perlu lakukan perkara yang sebenar, iaitu turun padang untuk berkhidmat dan berjumpa dengan pengundi. Bukannya hanya dengan membuat dakyah dan berteriak untuk menawan jiwa rakyat.

15.0 Jika ini tidak dapat dilakukan oleh DAP, ia bermakna parti itu hanya memperkecil-kecilkan pengundi Cina dan terlalu meletakkan harapan tinggi akan disokong oleh kaum berkenaan.

terima kasih (sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(gambar hiasan)
Kenapa DAP Yakin Letak Anjing Sebagai Calon Pun Mereka Boleh Menang??


1.0 Kata seorang pemimpin DAP seperti dilaporkan dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina…. Kalau mereka letak anjing sebagai calonnya pada pilihanraya umum akan datang, mereka tetap boleh menang. Begitulah angkuh, sombong dan biadapnya DAP.

2.0 Nampaknya mereka betul-betul yakin dengan kemampuan mereka. Setelah berpuluh tahun selepas menayangkan simbol penyapu pada satu perarakan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada tahun 1969, kenyataan letak calon anjing pun boleh menang adalah kenyataan berani yang cukup biadap dinyatakan DAP.

Mengapa mereka begitu berani, angkuh dan biadap mengeluarkan kenyataan itu?

3.0 Jawapannya mudah… mereka yakin jika mereka letakkan anjing sebagai calon mereka, anjing itu akan menang kerana ada anjing-anjing peliharaan mereka yang akan membantu kemenangan anjing tersebut.

4.0 Ini kerana DAP yang diketahui sebuah parti yang cukup rasis cukup percaya mereka kini mendapat sokongan sekurang-kurangnya 80 peratus dari pengundi Cina.

5.0 Apa yang perlu diusahakan adalah menarik sokongan pengundi bukan Cina khususnya orang Melayu pada pilihanraya umum akan datang.

6.0 Tugas DAP untuk memecah belahkan undi orang Melayu ini sekarang cukup mudah untuk dilakukan kerana DAP mempunyai keldai-keldai yang sanggup bermati-matian untuk menurut perintah mereka.

7.0 Sudah pasti tugas ini akan diserahkan ke bahu dan batu jemala PKR dan Pas.
(gambar hiasan)
8.0 Jadi kenyataan DAP bahawa mereka pasti menang dengan hanya meletakkan anjing sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang adalah cukup berasas.

9.0 Ini kerana ada anjing-anjing peliharaan DAP yang sanggup menggadai nyawa bagi memastikan calon anjing DAP itu mencapai kemenangan.

Tok Cindai

Berita Bertarikh 21 July 2011 Pada 11:24 AM
terima kasih (sumber:http://umno-online.com/?p=42048)

KEMATANGAN DEMOKRASI MALAYSIA (isu akhbar cina)

Akhbar China Press bertarikh 14 Julai 2011 pada halaman C13 berkongsi pandangan mengenai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0. Artikel dalam ruangan perbincangan umum rakyat yang tidak mencatatkan nama penulis bertajuk ‘Selepas Bersih 2.0 Malaysia nampaknya lebih dewasa dan lebih tegap sedikit.’

Sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, ramai rakyat yang khuatir kerana sejak dahulu sehingga sekarang, negara kita dikatakan seperti kanak-kanak yang masih perlu dipegang tangan untuk berjalan, dalam mengharungi demokrasi.

Mereka merasa cemas dan risau, jika kanak-kanak terbabit dibiarkan berjalan sendirian dia akan jatuh tersungkur ke dalam longkang. Terdapat juga kebimbangan kanak-kanak itu akan diculik oleh penjahat.

Sebab itu, pada hari perhimpunan berkenaan, rakyat negara ini dan seluruh dunia menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur dan Malaysia. Mereka ingin melihat bagaimana kanak-kanak yang tidak lagi dipimpin tangannya belajar berlari dalam mengharungi demokrasi.

Akhirnya, selepas 9 Julai, semua pihak menyedari bahawa demokrasi di Malaysia sebenarnya sudah matang. Kanak-kanak yang cuba belajar berlari secara sendirian itu, sebenarnya sudah dewasa.

Sifat kanak-kanak yang berpendapat memang wajar rakyat tidak mendapat hak dan keadilan, perasaan senang hati untuk menerima rasuah dan penyelewengan serta rela pemikirannya dilemahkan telah dibuang.

Yang ada hanya sifat-sifat orang dewasa yang mempunyai lebih banyak keyakinan pada diri sendiri.

Maknanya, demokrasi di negara ini bukan lagi ditentukan oleh segelintir pihak, sebaliknya seluruh rakyat sendiri yang akan memperjuangkannya.

Mereka juga membantah amalan rasuah, kerana ia hanya akan menguntungkan pegawai dan kakitangan kerajaan tertentu dan politikus yang tidak bertanggungjawab.

terima kasih (sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm)

Berjalan kaki boleh kurangkan risiko diserang penyakit berbahaya


Karnival 10,000 Langkah Sehari My Sihat: Bakar kalori 6 gelas teh tarik

Oleh Ziauddin Sharuddin, Serimah Mohd Sallehuddin dan Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my
2011/07/21


Berjalan kaki boleh kurangkan risiko diserang penyakit berbahaya

KUALA LUMPUR: Individu dengan berat kurang 70 kilogram (kg) mampu membakar sehingga 50 kalori jika berjalan kaki sejauh satu kilometer (km) dalam tempoh 10 minit iaitu bersamaan dengan segelas teh tarik.

Ini bermakna, seseorang itu mampu membakar kandungan kalori dalam enam gelas teh tarik jika mereka berjalan kaki 10,000 langkah sehari seperti disyor Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MY Sihat) melalui Cabaran 10,000 Langkah Sehari MY Sihat yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 2, Sabtu ini.

10,000 langkah bersamaan berjalan kaki sejauh 6.5km, manakala berjalan satu km bersamaan 1,200 langkah.

Ketua Pegawai Eksekutif MY Sihat, Dr Yahya Baba, berkata secara purata rakyat Malaysia berjalan 2,000 langkah sehari berikutan perubahan gaya hidup moden dan kehadiran teknologi komunikasi dan pengangkutan yang menyebabkan mereka kurang berjalan, sekali gus meningkatkan risiko kepada penyakit seperti hipertensi, kencing manis dan serangan jantung.

Katanya, penyakit tiga serangkai yang menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia itu mampu dikurangkan dengan mengamalkan berjalan 10,000 langkah sehari.

“Cara senang mencapai 10,000 langkah adalah dengan berjalan dalam setiap aktiviti, kurangkan penggunaan lif tetapi guna tangga, kalau makan tengah hari itu cuba berjalan ke kafe terdekat berbanding menaiki kereta,” katanya kepada Berita Harian, semalam, mengulas bagaimana seseorang itu boleh berjalan 10,000 langkah sehari ketika berdepan dengan kesibukan kerja harian.

Katanya, aktiviti berjalan kaki dalam tempoh sederhana menggunakan tenaga membakar kalori dan seterusnya membakar lemak yang menjadi punca banyak penyakit.

Penganjuran Karnival 10,000 Langkah Sehari itu disokong Berita Harian dan Kementerian Kesihatan diadakan di 14 lokasi bermula dengan Putrajaya Sabtu ini, sebelum diikuti Bentong, Pahang, Kuala Terengganu, Muar, Melaka, Seremban, Arau, Sungai Petani, Teluk Intan, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran selebriti antaranya Rozita Che Wan, Tasha Shila, Zain Saidin, novelis popular Ain Maisarah dan seniman veteran Datuk Aziz Satar, Datuk Mustapha Maarof, Zaibo, Kismah Johari, Tawil dan Hail Amir.

terima kasih (sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Karnival10_000LangkahSehariMySihat_Bakarkalori6gelastehtarik/Article)

Wednesday, July 20, 2011

Al-Kisah Anwar Ibrahim, Shah Rukh Khan dan 9 nyawa... Oleh Zaini Hassan


Anwar Ibrahim di Hospital Pantai selepas dikatakan cedera parah dalam perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, 9 Julai lalu.


1.0 BEBERAPA hari lalu saya secara kebetulan menonton sebuah dokumentari mengenai kehidupan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan di televisyen. Antara kata-katanya yang menarik perhatian saya, berbunyi: “Saya mempunyai masalah dalam kehidupan saya yang sebenar. Tapi saya tiada masalah dalam kehidupan saya yang bukan sebenar.”

2.0 Ia membawa maksud kehidupannya sebagai pelakon lebih baik daripada kehidupan sebenar di alam nyata ini. Walaupun di alam nyata beliau kaya dan terkenal, tapi kehidupannya sebagai pelakon lebih bermakna.

3.0 Ia juga bermaksud Shah Rukh Khan lebih selesa hidup dalam kepura-puraan. Dunianya penuh dengan fantasi dan imiginasi. Mendengarkan kata-katanya itu, saya merasakan Shah Rukh Khan perlu berjumpa dengan pakar jiwa segera.

4.0 Namun begitu, bukan pelakon saja yang mengalami masalah begitu. Orang biasa pun sama. Ahli politik pun sama.

5.0 Oleh kerana itulah tidak hairan ada ahli politik kita yang terlalu suka mahu mendapatkan perhatian ramai, walaupun perbuatan itu mungkin boleh menyusahkan orang dan rakyat jelata.

6.0 Ahli politik sebegini bukan hanya ada di Malaysia saja, tapi di seluruh dunia. Malah dalam sejarah moden dunia, banyak orang yang seperti ini.

7.0 Seperti Adolf Hitler, beliau ialah seorang pemimpin hebat. Kerana perbuatannya itulah dia menjadi terkenal sehingga ke saat ini.

8.0 Anwar Ibrahim juga terkenal. Ada orang pernah berkata dia mempunyai banyak (multiple) karekter. Karekternya berubah-ubah. Nyawanya pun banyak. Ada yang membuat teori Anwar ada sembilan (9) nyawa, seperti nyawa kucing.

9.0 Pada tahun 1974 di zaman Tun Abdul Razak, dia membawa para pelajar membuat demonstrasi besar mendakwa rakyat Baling mati kebuluran. Hakikatnya tiada siapa pun yang mati – mungkin tidak makan nasi, tapi ubi kayu ada untuk meneruskan hidup.

10.0 Akibat demonstrasi itu, pada 3 Disember 1974 bersama-sama Ibrahim Ali (kini panglima Perkasa) dia ditahan selama 2 bulan 60 hari dan kemudian dihantar ke pusat tahanan Kamunting selama dua tahun sehingga 1976.

11.0 Putaran karekter Anwar ini berterusan selepas itu di zaman Tun Hussein Onn (15 Januari 1976).

12.0 Pada tahun 1978, Anwar menyokong Pas dalam pilihan raya Kelantan, yang kemudian berakhir dengan darurat. Pas diterajui Datuk Asri Muda kalah teruk.

13.0 Pada zaman Tun Mahathir (16 Julai 1981), melihatkan Pas tak boleh pergi, Anwar beralih angin dan menyertai UMNO.

14.0 Difahamkan Anwar memasuki UMNO melalui beberapa pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

15.0 Namun kemudiannya semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan cadangan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah yang diilhamkan oleh Ku Li didakwa oleh Anwar datangnya daripada ideanya sendiri.

16.0 Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga didakwa datangnya daripada cadangan Anwar, sedangkan ia adalah idea Tun Dr. Mahathir Mohamad.

17.0 Begitu juga dalam politik UMNO, Anwar terkenal dengan tipu muslihatnya sehinggalah dia berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri, akhirnya.

18.0 Namun, selepas kes liwatnya dan bebas dari penjara selama enam tahun, dia bertemu dengan Ku Li dan mengajak Ku Li menyertainya dalam Parti Keadilan.

19.0 Ku Li dijanjikan sebagai Perdana Menteri jika parti Keadilan menang dalam pilihan raya. Namun Ku Li yang sudah beberapa kali ditipu oleh Anwar semasa persaingan dalam UMNO, menolaknya.

20.0 “Ku Li berkata cukuplah dia tidak mahu kena tipu lagi oleh Anwar,” kata seorang orang kanan Ku Li yang enggan disebut namanya.

21.0 Anwar cukup licik. Sebuah blog XPressMinda menyifatkan Anwar memiliki 9 nyawa. Seperti nyawa kucing.

Ikuti tulisannya:

SEMUA tentu tahu mitos yang mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak – tak tahulah, yang pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.

Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin juga terangsang dengan kehebatan 9 nyawa yang dimiliki oleh kucing maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu untuk meraih simpati khalayak.

Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung untuk menyelamatkan nyawanya yang ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.

Ikuti urutan hikayat berikut untuk mengenali kehebatan Anwar yang dipercayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing.

1. Propaganda Tumbukan Ketua Polis

* Anwar telah ditumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan dibunuh oleh pihak polis.

* Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yang memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh dianggap ia kehilangan nyawa yang pertama bagi Anwar.

l Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yang pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yang berlogokan sebiji mata sama seperti mata Dajjal. Innalillah.

2. Drama Keracunan Arsenik

* Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah diracun dengan racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang Dr. Mahathir.

* Wan Azizah, para pemimpin ADIL (sekarang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (sekarang Ahli Parlimen Bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak. Rambutnya kononnya gugur.

* Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2nya itu.

* Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.

* Anwar yang masih hidup selepas setahun diracun dengan arsenik adalah Anwar yang memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat.

3. Sandiwara Suntikan Darah HIV

* Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pula dakwaan Wan Azizah suaminya telah disuntik dengan darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yang menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia 2 atau 3 tahun selepas itu dengan badan yang kurus kering dan berkudis-kudis.

* Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yang mampu diungkapkan untuk nyawa ke-3 tersebut. Takziah untuk keluarganya.

* Tanpa sebarang penawar atau ubat untuk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar untuk menggunakan talian hayatnya yang ke-4.

* Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.

4. Lelucon Patah Tengkuk

* Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah menguar-uarkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel.

* Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher untuk memperbetulkan kembali lehernya yang patah dan uratnya yang terkehel.

* Secara umumnya dengan keadaan leher yang patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudah pun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yang ke-5 untuk meneruskan kehidupan duniawi.

* Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.

5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang


* Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.

* Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke mahkamah sambil melambai tangan kepada penyokongnya dengan menaiki kerusi roda yang disorong oleh pembantu ataupun isterinya.

* Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan kemarahan khalayak yang menyokong bung Anwar.

* Kisah Anwar yang terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 dipalu di gendang tiap masa walaupun di masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.

* Nyawa Anwar yang ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 untuk kekal di jasad Anwar. Innalillah.

* Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telah pun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman untuk pembedahan, tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan untuk bersalaman dengan penyokongnya yang menunggu di lapangan terbang.

* Anwar kembali ke arena politik dengan nyawa ke-6 yang bertenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.

* Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya dicemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan.

Rata-rata pesakit yang berjaya dibedah di serata dunia memerlukan 3 - 6 bulan untuk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah Tuhan yg komplikated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.

6. Hikayat Ancaman Bunuh

* Tidak semena-mena hujan tidak ribut pun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 Anwar yang secara halusinasi yang tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.

* Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yang rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.

* Demi menyelamatkan nyawanya yang ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam dari Quality Hotel di Shah Alam untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yang terletak di KL.

* Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahyang ghaib untuk nyawa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yang sama.

7. Sabotaj Kereta Azizah

* Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar untuk terus menghayati keindahan alam ini.

* Kehebatan inspirasi yang dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat untuk para penjenayah cuba menggunakan method yang sama yakni menangguhkan sebanyak yang boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.

* Namun di sebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dengan China Doll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.

* Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar, perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 profesor di AS, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu meyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.

* Pun demikian tidak tahan dengan asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah dicetak dalam bentuk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.

* Bertiuplah angin-angin sepoi yang mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yang cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.

* Walaupun logiknya patut Wan Azizah yang terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pula adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang untuk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi untuk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.

8. Demo Jalanan

Bersih 2.0, 09/07/2011

* Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dengan pelbagai plot luar tabii melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yang ke-8.

* Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yang paling lemah berbanding 7 nyawa yang lain sebelum ini.

* Berita terbaru yang diterima sewaktu kekecohan demo Bersih 2.0 petang 9/7/2001, nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakaratulmaut.

* Demo haram Bersih 2.0 yang sepatutnya diadakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan untuk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.

* Dikhabarkan Anwar terkena tembakan FRU yang bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nyawa yang ke-8, memang bahaya.

* Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.

* Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 untuk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini.

9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim

* Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.

Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dengan kucing. Semua kita makhluk Allah SWT hanya ada satu nyawa dan satu jasad.

Namun fahamkah anda apa yang ingin disampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yang bernama Anwar Ibrahim yang memilik 9 nyawa?

Yup, tentu ramai yang faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengan gerak geri lakonannya yang pasti mampu mengabui mata ramai penyokong taksub dan bebal.

Bagi kita yang faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara untuk menarik perhatian khalayak.

Benar seperti kata Ku Li: ‘‘Saya tidak mahu kena tipu lagi...”


terima kasih(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)

Utusan: Blogger diarah bayar Rais RM300,000




Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Julai - Angkara fitnah yang dibuat secara meluas terhadap Datuk Seri Dr. Rais Yatim, seorang penulis blog hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof yang membuat keputusan itu turut memerintahkan Amizudin Ahmat, 42, yang juga merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 5 Julai lalu, mahkamah memutuskan Amizudin yang diwakili peguam William Leong bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Rais selaku plaintif yang diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir memfailkan writ saman terhadap Amizudin pada 31 Januari lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais menyatakan, pada 28 Disember 2010, Amizudin sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel bertajuk 'Hei Pak Menteri...mana mau lari...'

Menurut Rais, seluruh kandungan artikel dalam bahasa Malaysia itu berniat jahat dan memfitnahnya, selain ia bermaksud atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog terbabit menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.

Dalam penghakiman bertulis, Hakim Zabariah menjelaskan, jumlah ganti rugi itu adalah munasabah dan ia ditetapkan selepas mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dibuat oleh Amizudin selaku defendan selain nilai wang semasa.

Menurut beliau, mahkamah juga memberikan pertimbangan kepada beberapa faktor antaranya, kedudukan plaintif sebagai menteri Kabinet yang telah berkhidmat selama 37 tahun dan dikenali di peringkat antarabangsa.

Fitnah yang dibuat oleh defendan sangat serius kerana sekiranya seseorang mempercayainya, reputasi plaintif akan terjejas bukan sahaja di negara ini bahkan ke peringkat antarabangsa selain memberi kesan dalam kehidupan menteri itu serta keluarganya.

Dakwaan rogol pula, menurut Hakim Zabariah, melibatkan kesalahan jenayah yang dilakukan terhadap individu dari negara lain dan dakwaan tersebut sangat menjijikkan terhadap menteri Kabinet.

Katanya, ia juga dakwaan yang tidak sihat terhadap hubungan diplomatik antara dua negara dan menambahkan lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes rakyat negara tersebut didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Selain itu, kata Hakim Zabariah, penyiaran artikel tersebut melalui blog boleh diakses oleh sesiapa sahaja menerusi Internet di seluruh dunia.

Ini merupakan faktor-faktor istimewa yang membezakan kes saman itu dengan kes-kes saman fitnah yang telah diputuskan terdahulu, jelas Hakim Zabariah.

Tambahan pula, kata beliau, daripada keterangan, didapati defendan telah bertindak secara melulu dan cuai apabila dia mengakui hanya pergi ke Jakarta untuk 'menyiasat' dakwaan tersebut selepas artikel itu disiarkan dalam blognya.

Lebih-lebih lagi sepanjang tiga hari berada di negara itu, ujar hakim, defendan gagal mendapatkan sebarang pengesahan daripada wanita tersebut yang dikatakan sebagai 'mangsa' untuk mengesahkan cerita itu.

Rais yang ditemui di luar mahkamah berkata, keputusan tersebut amat bermakna dan berharap individu lain lebih berhati-hati apabila menulis mengenai orang lain.

''Hari ini hari yang hebat, ia satu lambang sebenar tentang keyakinan terhadap badan kehakiman kita,'' kata beliau.

terima kasih (sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm)

Monday, July 18, 2011

Al-Fatihah buat Ahli Parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali



Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam tadi di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepaada Parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.

Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.


Sesungguhnya, hidup kita sebagai manusia diatas muka bumi ini semuanya adalah diatas ketentuan Allah S.W.T.

Hidup kita, mati kita juga adalah diatas ketentuan dan ketetapan yang Maha Esa. Dan tidak ada sesiapa pun yang mampu melawan ketentuan Illahi.

Oleh yang demikian, kita mengucapkan salam takziah buat keluarga Dr. Lo'Lo, Ahli Parlimen Titiwangsa yang telah pergi ke Rahmatullah.

Sesungguhnya, dengan adanya Pilihan Raya yang bersih dan adil pada tahun 2008, maka beliau berpeluang menjadi Ahli Parlimen dikawasan berkenaan.

Itulah hakikat yang jelas dan memang tidak dapat disangkal oleh puak - puak Pakatan Pembangkang sehingga hari ini.

Al-Fatihah..

Wednesday, July 13, 2011

Bukti Perusuh Di Bayar? by pisau


Bukti Perusuh Di Bayar?
Filed Under ( Demo KL ) by pisau on 12.7.11

Murahnya kos nak jadi tentera fisabillilah Ambiga rasul kepada khawarij PAS,bermodalkan sehelai tshirt dan RM100-RM200 dah boleh diangkat menjadi mujahidin.

Tak mengejutkan kerana itulah nilai bangsa melayu pakatan haprak,sebab itulah DAP bermodalkan RM100 setahun untuk meraih sokongan melayu haprak di Pulau Pinang.

Pisau kata " mat sabu ada skandal dengan sorang cikgu bini orang di Kuala Kedah? betui ka ni hehe "

terima kasih (sumber;http://www.pisau.net/2011/07/bukti-perusuh-di-bayar.html)

Monday, July 11, 2011

DIMANAKAH MEREKA INI SEMALAM???


Adakah mereka ketawakan orang melayu semalam???

Pernah tak kita fikirkan sejenak, di manakah mereka ini semalam? Mungkin saya terlepas pandang, tapi rasanya mereka tiada di Perhimpunan semalam :
1) Lim Kit Siang
2) Lim Guan Eng
3) Karpal Singh
4) Ronnie liew
5) Jeff Ooi
6) Lain-lain pemimpin DAP yang saya tidak ingat nama mereka
Memang sah.... yang bergaduh akhirnya melayu juga.

Fikirkanlah !!!

terima kasih (sumber:http://kedahkekl.blogspot.com/2011/07/dimanakah-pemimpin-besar-dap-semalam.html)

Petikan diatas Semut ambil dari blog McTheory. Bukan apa, Semut sedang dalam perjalanan nak balik ke sarang ni. Jadi takut tak sempat nak update.

Jadi, korang fikirkan lah. Di mana mereka semalam? Yang nampak muka semalam Lim Kit Siang Ikan ni seorang sahaja. Yang lain mana?

Itu satu persoalan. Persoalan seterusnya, kenapa Si Lim Kit Siang Ikan tu tak kena tahan dengan Polis sedangkan dia ada bersama - sama yang lain.

Kalau difikirkan semula. Semalam dia ada dengan Haji Hadi, Ambiga dan Anugay. Haji Hadi kena tahan, Ambiga kena cekup. Si Anugay tu pura - pura sakit.

Tapi Lim Kit SiangIkan ni? Dia kena apa pulak? Dia kena lari la, apa lagi. Biar lantak la orang lain kena balun. Janji dia selamat.

Tahniah juga kita ucapkan kepada Lim Kit Siang Ikan dan juga puak - puak DAPigs tu kerana berjaya me'lembu'kan orang lain demi kepentingan mereka. Lain kali buat lagi ye Sial!!!

Posted by Semut Hitam | Labels: DAP, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Penipu Rakyat

terima kasih (sumber:http://semuthitam80.blogspot.com/2011/07/dimanakah-mereka-ini-semalam.html)

Sunday, July 10, 2011

Mahathir Perlu Nasihat Marina by azli sukri today


Mahathir Perlu Nasihat Marina

Saya tertarik dengan kupasan blog Putra Merdeka berhubung isu sokongan terbuka Marina Mahathir terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 petang semalam.

Dalam keadaan ayahandanya sendiri mengkritik perhimpunan Bersih - mengapa dengan bersunguh-sungguh 'Marina' pula menyokong perhimpunan haram tersebut?

Apakah beliau merasakan bahawa pilihan raya yang dijalankan di negara ini telah dilakukan secara tidak adil dan telus? Sehingga memaksa beliau untuk bersama-sama bersekongkol dengan Pakatan Rakyat di jalanan?

Saya memohon agar Tun Mahathir segera menasihat serba-sedikit tingkah laku Marina yang sejak akhir-akhir ini semakin condong terpengaruh dengan agenda jahat Pakatan Rakyat. Wallahualam. Baca di sini..

terima kasih(sumber;http://azlishukri.blogspot.com/2011/07/mahathir-perlu-nasihat-marina.html)
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Ahad, 10 Julai 2011
putra merdeka: Apa Marina Buat Dalam Kumpulan Pemberontak?




Kalau marina ni binti nuar ke mad sabu ke mahfoz ke atau anak perempuan kit siang dan karpal singh aku apa peduli!!! tapi betina ni binti bapa pembangunan negara!!! itu yang aku peduli!!!

Kalau pun bersungguh nak membantu dan menyokong kawannya si babiga takkan lah tergamak nak menyokong nuar dan puak pembangkang! tapi kalau melihat senario betina ni yang dari dulu memang 'kekiri' jer stereng nya memang tak heran lah kalau gambar diatas tu benar!!!

Kalau dia dulu boleh panggil kawan kawan yang berlainan agama datang rumah dia buat amalan agama masing masing...penyokong sister in islam tegar...apa yang nak diheran kalau memang gonjol bin goblok!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

terima kasih(sumber;http://politikputramerdeka.blogspot.com/2011/07/apa-marina-buat-dalam-kumpulan.html)

zmsegamat kata; peribahasa melayu: 'kalau ibu bapa kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu bapa jadi budak' bermaksud 'perbezaan antara kesayangan ibu bapa dengan kesayangan anak'

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH DIADAKAN DISTADIUM ADAKAH IANYA SUDAH HALAL.: Posted by matkilaupenang


BERSIH DIADAKAN DISTADIUM ADAKAH IANYA SUDAH HALAL.

Apakah membenarkan perhimpunan bersih 2.0 itu bermakna bersih 2.0 itu bukan lagi pertubuhan haram?atau apakah kini ia sudah halal?,akta apa yang menghalalkanya?.Atau apa bersih dibenarkan bergerak atas budi bicara ia sebagai sebuah jawatankuasa sementara dan perlu didaftarkan sebagai sebuah persatuan?

Apakah perhimpunan distadium membolehkan para penyokong datang kestadium dengan baju bersih?Seandainya iya ironinya ialah baju yang diharamkan kerana ia mengambarkan bersih sudah halal?Bagaimana pun adalah pelik jika perhimpunan dibenarkan pegharaman baju kuning masih kekal.

Adakah perarakan diluar stadium tidak akan terjadi?Bagaimana perarakan konvoi bas dan kereta yang dipenuhi oleh penyokong bersih yang datang dari pelbagai arah?Tidakkah ia akan menjadi satu demontrasi jalanan kerana ia berlaku diluar stadium?adakah kita membenarkan baju kuning dipakai ketika mereka berada didalam stadium hanya mengelak demontrasi jalanan.?

Bagaimana dengan kedudukan 100 orang yang telah ditahan diatas pelbagai tuduhan berkaitan bersih seperti menghasut dan memilih baju berimej pertubuhan haram?adakah mereka akan terus didakwa atau pendakwaan terhadap mereka digugurkan?

Posted by matkilaupenang at 7/06/2011 07:56:00 AM

terima kasih (sumber:http://matkilaupenang.blogspot.com/2011/07/bersih-diadakan-distadium-adakah-ianya.html)

Tuesday, July 5, 2011

BERSATULAH MENENTANG MUSUH SEBENAR by Hibatullah Yusof Al-Haj


on Monday, July 4, 2011 at 1:51pm


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



PENDAHULUAN



Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Apa sudah jadi? Ada di kalangan orang-orang Islam sendiri beria-ia benar mempertahankan hasutan Ambiga sedangkan telah jelas beliau adalah seorang yang menentang Islam. Maka mereka ini gunakan segala dalil yang mereka tafsirkan menurut hawa nafsu untuk menggambarkan bahawa berkawan dengan musuh-musuh Islam dibolehkan malah digalakkan. Janganlah mudah jadi keliru. Sekiranya kita mahu perjuangkan Islam, janganlah pula menyokong orang yang memusuhi Islam dan yang ditaja oleh golongan yang memang bertujuan memecah-belahkan umat Islam.


SUDAH BERAPA LAMA ANDA KENAL AMBIGA?


Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001 untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.



Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.



Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S. Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini. Penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti. "Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya.



ANCAMAN DARIPADA 14 TUNTUTAN IFC TERHADAP UMAT ISLAM



1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.



2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.



3.Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.



4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam



5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.



6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.



7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..



8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.



9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.



10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.



11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.



12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.



13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.



14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.



Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.



“Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,” katanya kepada Bernama.



Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.



Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.



Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.



“Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka,” katanya.



Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi “kekotoran” dalam parti pembangkang.



“Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya. — Bernama.



NASIHAT TUN MAHATHIR



1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.



2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.



3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.



4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.



5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.



6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.



7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.



8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?



9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.



10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.



11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.



12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.



13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.



14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.



15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.



16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.



17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.



18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.



19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.



http://chedet.co.cc



TITAH KHAS YANG DI PERTUAN AGONG MENGENAI BERSIH DIKELUARKAN OLEH ISTANA NEGARA PADA 03/07/2011 JAM 8:40pm



KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.



Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:



Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.



Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.



Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.



Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.



Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.



Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.



Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.



Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.



Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama



KESIMPULAN



Pada hemat saya, mesej di atas sudah jelas. Ada baiknya berpesan-pesan agar kita tidak tersasar dari landasan perjuangan sebenar. Pepatah Melayu ada menyebut "Marahkan nyamuk kelambu dibakar". Itu adalah peringatan agar kita bijak dalam bertindak dan jangan menghancurkan perpaduan umat Islam hanya kerana isu remeh yang sengaja dibesar-besarkan oleh musuh Islam. Fikir-fikirkanlah.



_________________________________



Semoga Allah SWT merahmati kita semua.



سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم



Susunan Hibatullah Yusof Al-Haj

terima kasih(sumber;https://www.facebook.com/home.php#!/notes/hibatullah-yusof-al-haj/bersatulah-menentang-musuh-sebenar/235877589764578)

Sunday, July 3, 2011

ZIONIS TAJA BERSIH 2.0? by Hibatullah Yusof Al-Haj


ZIONIS TAJA BERSIH 2.0?
by Hibatullah Yusof Al-Haj on Saturday, July 2, 2011 at 11:11pm


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PENDAHULUAN

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Saya mengikuti perkembangan pra demonstrasi Bersih 2.0 di internet dan media massa. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak menyebelah mana-mana pihak atau parti. Saya juga cuba memperhatikan ini dari perspektif yang bebas dari bias politik dan cuba menjangkakan kesan baik buruknya terhadap perpaduan umat Islam di negara ini. Semakin saya menyelidik, semakin banyak tandatanya mengenai Bersih, termasuk siapakah perintisnya, siapakah penajanya, dan adakah Yahudi Zionis memainkan peranan merancang satu 'grand design' untuk menghancurkan Melayu-Islam di negara yang kita cintai ini. Berikut adalah satu rencana yang elok dibaca dan direnungkan. Semoga bermanfaat.


ZIONIS TAJA BERSIH 2.0?


(1) AIDCNews (26/06/11) - Laman web National Democratic Institute atau ringkasnya, NDI mengesahkan bahawa yayasan demokrasi itu menaja dan menyokong Bersih di Malaysia.



“Program-program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED", lapor laman NDI, www.ndi.org.



NDI adalah salah satu daripada empat cabang operasi NED.



Selain NDI, tiga cabang NED lagi adalah IRI (International Republican Institute), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (Center for International Private Enterprise).



Allen Weinstein, penggubal dasar undang-undang NED mengesahkan operasi NED adalah seumpama operasi CIA yang pernah dilakukan sebelum ini.



Anwar Ibrahim dari Malaysia, merupakan salah seorang pemikir NED, badan yang bertopeng demokrasi didalangi Yahudi itu. Klik http://www.anwaraidc.com/?p=1229 dan http://www.anwaraidc.com/?p=12122.



Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar sebelum ini pernah menunjukkan bukti surat Ketua Umum PKR itu memohon dana daripada NED untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12.



Surat bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim dengan alamat AIA di 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170 dihantar kepada NED beberapa bulan sebelum PRU-12. Klik http://www.anwaraidc.com/?p=11672 dan http://www.anwaraidc.com/?p=11627.



Hal ini diperkukuhkan lagi bantuan demi bantuan dari salah satu cabang NED, NDI yang membantu memperkasakan parti-parti pembangkang dan NGO-NGO Malaysia pro Anwar Ibrahim.



“Pada bulan Februari 2005, NDI melancarkan program di Malaysia untuk menggalakkan perbincangan terbuka mengenai perkara-perkara perundangan dan kerajaan serta untuk menggalakkan parti-parti politik supaya lebih telus, demokratik dan komunikasi dalam hubungan mereka dengan orang ramai.



“Program ini memupuk dialog antara parti-parti politik dan masyarakat awam (civil society) berkenaan isu-isu reformasi ke arah memperbaiki parti konstituen, mesej pembangunan dan kemahiran berkomunikasi,” lapor cabang NED itu.



NDI mengakui pihaknya telah mengadakan bengkel-bengkel dengan kerjasama sebuah NGO Malaysia yang dinamakan REFSA, salah satu NGO yang menjadi anggota Bersih untuk melatih kepimpinan dan pengurusan organisasi Bersih itu.



Latihan NDI dijalankan secara berkala di Malaysia, mulai dari tahun 2005, 2006 dan 2007 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia pada tahun 2008.



REFSA adalah nama singkatan kepada Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Research for Social Advancement), sebuah NGO Malaysia yang beralamat di 4A, Jalan Sepadu, Taman Bersatu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang dianggap badan pemikir DAP, diketuai oleh YB Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP, Bukit Bendera, Pulau Pinang. Klik http://refsa.org/index.html dan http://en.liewchintong.com/?cat=13.



Selain REFSA, badan-badan NGO yang menganggotai Bersih adalah Amnesty International Malaysia (AIM), All Women‘s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women‘s Aid Organisation (WAO), Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI), Majlis Peguam dan lain-lain.



Kebanyakan badan NGO di atas ditaja oleh dana Yahudi, NED dan Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang Yahudi, George Soros. Klik http://www.anwaraidc.com/?p=12272, http://www.anwaraidc. com/?p=13003 dan http://www.anwaraidc. com/?p=12615.



“Pada bulan Julai 2005, NDI menganjurkan bengkel peringkat kebangsaan kepada pemimpin parti untuk reformasi pilihan raya. NDI telah menjalankan bengkel-bengkel di seluruh Malaysia untuk menggalakkan reformasi pilihan raya dengan kerjasama REFSA, salah satu NGO yang menjadi urus setia Bersih.



“Pada tahun 2006, NDI menjalankan bengkel untuk Bersih yang memberi tumpuan kepada memperbaiki pelan tindakan setiap peserta atau parti politik organisasi tersebut.



“Pada tahun 2007, NDI dan Bersih mengadakan beberapa siri bengkel di wilayah politik yang diabaikan di Sabah dan Sarawak untuk mendidik semula aspirasi berpolitik,” lapor laman NDI. Klik http://www.ndi.org/malaysia?page=0,1#Funding.



(2) BLOG The Unspinners: Selain penangkapan aktivis Parti Sosialis Malaysia di tol Sungai Dua Pulau Pinang pada pukul 5:45 petang hari sama, seramai 29 ahli PSM telah ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi Ledang.



Mereka terdiri daripada 27 kaum India serta seorang warganegara Korea dan Filipina.



Daripada maklumat yang diperoleh, lelaki Filipina itu bernama Romeo Castillo, 59 tahun dan berasal dari Manila. Dia datang sebagai tetamu PSM dan menyertai konvoi PSM sejak 23 Jun dari Semenyih.



Sementara itu, warga Korea bersama mereka itu adalah Min Young Song, 24 tahun. Dia adalah wakil NGO Korea Selatan, Pertubuhan 18 Mei di Korea. Dia hadir atas jemputan dan pembiayaan National Democratic Institute (NDI) dan Electoral Integrity. Dia sudah masuk sejak dari 19 Mac dan cop semula di Tanjung Kupang pada 1 Mei lalu.



NDI adalah satu organisasi daripada empat cawangan di bawah naungan National Endowment of Democracy. Untuk mengetahui mengenai NDI, baca AIDC http://www.anwar aidc.com/?p=13225.



Kebetulan ada ceramah DAP di Tangkak dan Gobind Singh, Dr. Boo serta beberapa ahli DAP datang melawat tahanan. Mereka masih ditahan di Balai Polis Ledang.



Kumpulan PSM telah mula membuat roadshow untuk memperomosi perhimpunan haram Bersih di bawah kempen “UdahLah Bersara” mulai 24-26 Jun. Mereka telah pergi Ke Johor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.



Roadshow ini diketuai oleh Setiausaha Agung PSM, Arulchelvam. Mereka telah mengedar risalah Bersih dan menyeru orang ramai turun pergi demo.



Semasa bas mereka ditahan, terjumpa t-shirt dan risalah yang mengagungkan komunis.



Kebimbangan keselamatan bukan setakat elemen komunis, tetapi juga elemen militan dari selatan Siam boleh menular masuk menerusi perhimpunan Bersih.



http://harakahonline.net



KESIMPULAN



Apa yang dicatat dalam Nota di atas adalah perkongsian maklumat supaya kita boleh renung dan fikir. Pada hemat saya, jika hendak berjuang, biarlah jelas halatujunya dan biarlah ianya perjuangan yang diredhai Allah. Usah hairan bila kita dapati rupa-rupanya sesetengah individu itu hanya berlakon watak baik tapi sebenarnya dia adalah manusia yang mempunyai rancangan buruk. Saya tidak menyebelahi sesiapa, tapi saya seru agar umat Islam bersatu-padu, saya sayangkan bangsa saya dan agama saya kerana Allah SWT. Fokus kita selepas ini ialah berfikir dan merenung sedalam-dalamnya, dan mengkaji sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu yang menimbulkan tanda-tanya mengenai ke arah manakah sebenarnya perjuangan kita.



_________________________________



Semoga Allah SWT merahmati kita semua.



سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم



Susunan Hibatullah Yusof Al-Haj

terima kasih (sumber;https://www.facebook.com/home.php#!/notes/hibatullah-yusof-al-haj/zionis-taja-bersih-20/235136063172064)

Saturday, July 2, 2011

Pintu rundingan ditutup


Pintu rundingan ditutup

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menutup pintu rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini selepas nasihat kepada pemimpin masing-masing diberikan sejak semalam dan kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu, tindakan tegas akan diambil kepada penganjur yang tetap berdegil untuk meneruskan hasrat mereka.

Menurutnya, sepanjang dua hari lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan beliau sendiri telah memberi nasihat kepada penganjur perhimpunan haram itu tentang tindakan yang akan diambil terhadap mereka.

Tiga pihak yang diberi nasihat itu adalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO.

"Selepas nasihat diberi, polis tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan menahan pemimpin perhimpunan haram itu lebih awal, kita juga mungkin akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Tindakan tegas itu diambil bagi menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat kerana peniaga, pengusaha teksi dan bas termasuk agensi pelancongan semakin risau perniagaan mereka terjejas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Tambahnya, selain arahan tegas supaya tiada perhimpunan haram diadakan pada 9 Julai ini, polis juga akan merampas segala bahan promosi termasuk baju kuning yang tertulis Bersih atau baju merah, Patriot.

Beliau berkata, mereka yang cuba mengadakan perhimpunan haram itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, sebanyak 2,136 laporan polis terhadap Bersih telah dibuat di seluruh negara sehingga semalam.

Menurutnya, polis setakat ini telah menahan seramai 115 orang berkaitan perhimpunan haram itu.

terimakasih(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Friday, July 1, 2011

Tukang Dok Peghati: HIT a SNAKE by its HEAD first - HARAMkan BERSIH 2.0 dan PERANGi mereka seperti mana KOMUNIS diPERANGi!


Friday, July 01, 2011
HIT a SNAKE by its HEAD first - HARAMkan BERSIH 2.0 dan PERANGi mereka seperti mana KOMUNIS diPERANGi!

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

1.0 Ada 9 hari lagi sebelum HURU-HARA besar berlaku? Mungkin pengiraan DETIK sedang berlaku tanpa diSEDARi.. Baiklah, walaupun kita PERCAYA pihak POLIS sedang bertungkus-lumus cuba mengawal keADAan, kita PERCAYA sebenarnya ada banyak JALAN lebih MUDAH untuk mereka mengHALANG perHIMPUNan BERSIH 2.0 tanpa perlu ke sana ke mari meLAKUkan TANGKAPAN.. Secara BAIKnya, kita meMOHON kepada pihak berKUASA seperti DYMM SPB YDP Agong, Majlis Raja-Raja, Kerajaan Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengeluarkan kenyataan mengHARAMkan sahaja BERSIH 2.0 seperti mana KOMUNIS, Al Maunah, HINDRAF dan Al Arqam..

2.0 Mintak MAAF katalah, setakat ini kita tidak terBACA lagi sebarang kenyataan tentang usaha untuk mengHARAMkan BERSIH 2.0 yang jelas menimbulkan keKACAUan terhadap RAKYAT.. BERSIH 2.0 bukan sahaja menyebabkan gangguan keHIDUPan seharian RAKYAT khususnya di KL.. Anda lihat sekarang ini bagaimana ada PIHAK cuka menimbulkan kembali fahaman KOMUNIS yang jelas anti Raja-Raja Melayu dan anti Agama ISLAM menerusi BERSIH 2.0..

3.0 BERSIH 2.0 bukan sahaja menjadi medan untuk meNAFIkan suara DEMOKRASI dan MAJORITI rakyat, BERSIH 2.0 jugak menjadi PLATFORM untuk membela PENJENAYAH dan jugak tokoh-tokoh POLITIK yang bergelut dengan penDEDAHan masalah SEKSUALnya terhadap lelaki dan WANITA.. Apakah ini semua tidak menCUKUPi lagi bagi pihak berKUASA seperti yang kita namakan di atas untuk berTINDAK mengHARAMkan saja BERSIH 2.0 dan memeranginya seperti mana KOMUNIS diperangi?

4.0 Kalau hendak dipukul ULAR, pukullah di bahagian KEPALAnya dahulu.. Kalau hendak mengHENTIkan BERSIH 2.0, kenapa tidak diHUKUM sahaja para penganjurnya?

5.0 - Apakah terlalu berNILAI keRAKYATan Pengerusi BERSIH 2.0 hingga usahanya untuk memporak-perandakan NEGARA pun langsung tidak mengHILANGkan taraf keWARGAnegaraannya?

6.0 - Apakah terlalu berNILAI otak Timbalan Presiden PAS itu yang semua MAKLUM sekolah takat mana sedangkan penagih DADAH yang telah INSAF dan menjalani pemulihan mungkin lebih berNILAI daripadanya?

7.0 - Apakah terlalu berHARGA Penasihat PKR yang terlalu 'PENAKUT' untuk menyaman pihak-pihak yang menDEDAHkan masalah SEKSUALnya itu hinggakan dia dibiarkan berMAHARAJALELA?

8.0 - Apakah terlalu KEBAL Bar Council yang banyak menyimpan para peguam yang sering mencabar Perlembagaan Negara hinggakan mereka tidak boleh diTEGUR apatah lagi diTUTUP terus walaupun sudah hilang fungsi ASAL penubuhannya?

9.0 Apakah tidak ada antara 27 juta orang warganegara Malaysia yang jauh lebih berNILAI dan patut dihargai kerana rela berKHIDMAT kepada Agama, Bangsa dan Tanah airnya ini?

10.0 Apakah negara kita akan LINGKUP jika kita menyingkirkan unsur-unsur penyebab perPECAHan RAKYAT seperti yang dinyatakan di atas?

11.0 Apakah perlu pihak berKUASA merujuk kepada pandangan pihak ASING berhubung hal-ehwal dalam negara sendiri?

12.0 Apakah keKACAUan yang berpunca daripada BERSIH 2.0 akan mengUNTUNGkan negara hinggakan pihak berKUASA yang kita NYATAkan enggan mengHARAMkan sahaja BERSIH 2.0 seterusnya memerangi mereka ini semua?

13.0 HARAMkan sahaja dan serahkan kepada angkatan berSENJATA kita untuk memerangi musuh-musuh NEGARA ini seperti mana KOMUNIS diperangi.. Negara kita cukup aman, STABIL, maju dan MAKMUR selama 54 tahun hingga menjadi CONTOH kepada negara-negara lain..

14.0 Apakah sebabnya kita hendak mengHANCURkan kesemua penCAPAIan kita selama ini hanya kerana PERCAYAkan ayat-ayat pemBOHONGan mereka tersebut? Tidak cukupkah kita diJAJAH selama 300 tahun lebih akibat bersengketa hasil perMAINan 'DIVIDE and RULE' oleh kuasa-kuasa ASING?

15.0 Apakah kita kali ini mahu mengULANGi penJAJAHan semula negara dengan memBIARkan mereka tersebut 'menJEMPUT' pihak ASING campur tangan KONONnya kerana atas nama HAK ASASI manusia, DEMOKRASI dan sebagainya?

16.0 Selama 54 tahun kita MERDEKA, adakah negara kita seperti Libya? Sudan? Mesir? Yaman? Adakah MAJORITI rakyat kita DHAIF dan terpaksa beratur panjang untuk menDAPATkan keperluan asas seperti rakyat Afghanistan? Jika tidak, apa lagi yang kita MAHU? Adakah kita MAHU mengGADAIkan apa yang kita perolehi hanya kerana kita PERCAYAkan pemBOHONGan mereka tersebut? Mereka hanya mahu KUASA dan demi menDAPATkannya, mereka tak KISAH pun kalau negara ini HANCUR dan berlaku perTUMPAHan DARAH..

17.0 Soalnya, apakah perlu RAKYAT berbuat demikian hanya untuk memuaskan NAFSU keBINATANGan mereka yang dimaksudkan? Tidakkah RAKYAT dah pun menZAHIRkannya menerusi 2000 lebih laporan POLIS terhadap BERSIH 2.0 ini? Apa lagi RAKYAT perlu buat? ->

18.0 Sebab itulah kita ULANGi, kenapa tidak diHARAMkan sahaja BERSIH 2.0 seperti mana KOMUNIS, Al Maunah, Al Arqam, dan HINDRAF? Demi warganegara Malaysia yang MAJORITInya cintakan keAMANan, HARMONI dan kesejahteraan, kita POHON sangat-sangat kepada DYMM SPB YDP Agong, Majlis Raja-Raja, Kerajaan Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengHARAMkan sahaja BERSIH 2.0!

Wallahualam..

Posted by Tukang Dok Peghati at 1:25 AM
Labels: Fikir-fikirkan

(sumber;http://sensecredaccountability.blogspot.com/2011/07/hit-snake-by-its-head-first-haramkan.html)