Wednesday, November 3, 2010

Siapa kata Tok Guru ‘main duit’?


Siapa kata Tok Guru ‘main duit’?

Ini bukan hari raya tapi pilihanraya..Seronok juga tengok gambar ini apa lagi setelah terbaca kisah PAS heboh bagi amaran nak buat ‘ tangkapan awam’ mana-mana orang BN yang didapati cuba menyogok pengundi menjelang pilihanraya kecil Galas.

Lepas tu PAS gempak sebar cerita mendakwa dapat maklumat BN nak ‘ tabur’ duit RM1,000 dan peti televisyen pada pengundi untuk beli undi.

Gambar ini dirakam oleh jurugambar bebas Minaq Jinggo semasa lawatan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ke kawasan penempatan Orang Asli di Sandrop, Lojing,Isnin lalu.



Hadir sama calon PAS Galas Dr Zulkifli Mohamad dan beberapa pemimpin PAS.

Berbagai acara diadakan sepanjang lawatan itu.Satu acara yang tidak terancang diadakan ialah mengislamkan tiga Orang Asli.

Baguslah Tok Guru dapat tambah saudara baru.

Cuma nak ikutkan jarang kita dengar amalan lepas Islamkan saudara baru ada ‘ hulur’ duit.

Tok Guru selamba bagi duit RM300 kepada mereka disaksikan semua orang di situ.

Apakah Tok Guru lupa ini musim kempen pilihanraya.Foul tu.



Lagipun bukankah Tok Guru turun ke situ berkempen.

Kalau Sandop,Lojing bukan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Galas…itu lain cerita.

Ini sah-sah Orang Asli di situ adalah pengundi pilihanraya kecil Galas.

Kalau bukti macam ini orang PAS dapat pemimpin UMNO buat memang dah meletop habis.

Gerenti jenuh dijaja serata pelusuk kampong dan bandar.

Mungkin juga billboard besar gambar tengah hulur itu di pacak di jalan masuk bandar Gua Musang.

Tapi ini Tok Guru mesti semuanya OK.Beliau orang baik-baik.Nawaitunya ‘ hulur’ hanya untuk sedekah bukan ‘beli undi’.

Cuma yang kurang sedap didengar tu ada yang kata duit yang Tok Guru bagi tu dihulur oleh tauke balak.

Sebelum ini ramai juga orang yang terkejut dengar beberapa orang Asli yang diinterbiu dalam berita TV3 belasah sakan kerajaan PAS Kelantan yang tak tunai janji nak sertakan mereka dalam program Ladang Rakyat.

Bertahun mereka tunggu habok pun tak ada.

Bukankah menjadi ajaran Islam kita kena sentiasa berpegang pada janji. -2/11/2010

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



1 comment:

Anonymous said...

rilek ler. kalau betul org tu baru peluk Islam, dia org berhak terima bantuan. kalau zakat pun ada apa bhgn utk mualaf.

kawe buke nak sebeloh mana2, tapi kalau umpan duit utk pengundi bukan kena buat utk semua ke? bagi banyak pastu bagi-bagi ramai2. ni baru 3 org je depan tuk guru tu.