Tuesday, November 30, 2010

Sultan Selangor kurang senang


Sultan Sharafuddin Idris Shah



Sultan Selangor kurang senang

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

SHAH ALAM 29 Nov. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan segelintir pihak yang berhijrah ke negeri ini, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda bertitah, tindakan golongan terbabit mempersoalkan perkara-perkara itu adalah bertunjangkan matlamat supaya sistem Raja Berperlembagaan yang ada sekarang disemak dan dikaji semula.

Titah baginda, golongan berkenaan juga telah mengemukakan alasan yang amat tidak tepat untuk merasionalkan matlamat itu kononnya negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian.

"Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri yang meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-Raja Melayu' hendaklah dihapuskan.

"Beta percaya perbuatan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan politik mereka," titah baginda sewaktu berangkat ke majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin ke-65 itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kepimpinan kanan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Sharafuddin turut melahirkan rasa sedih dengan generasi Melayu sekarang yang malu untuk mengakui diri sebagai seorang Melayu.

Justeru baginda melontarkan persoalan adakah mereka tidak mempunyai perasaan bangga dan megah sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan 'Melayu' untuk dikorbankan sehingga lenyap dari dunia ini.

"Cuba kita baca sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris yang mana ada tertulis 'Tanah Melayu', 'Negeri-negeri Melayu Bersekutu' dan juga ada menyebut 'Raja-raja Melayu'.

"Ini menunjukkan penulis-penulis Barat ini mengiktiraf akan adanya Melayu yang memulakan sejarah di negara ini," titah baginda.

Mengulas lanjut, baginda menjelaskan titahnya itu bukanlah bertujuan menyalakan api perkauman tetapi untuk menyatakan bahawa semua rakyat Selangor mesti berbangga dengan komposisi penduduk pelbagai keturunan di negeri itu.

Baginda turut menyeru rakyat Selangor supaya memahami sejarah negeri dan negara supaya tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.

"Kepada rakyat Melayu, beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu sahaja kerana negeri ini adalah tanah tumpah darah kita dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan," tegas baginda.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin bangga dan sukacita kerana kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib di sekolah namun pada masa sama menegur rakyat Selangor yang dianggapnya kurang membaca buku berkaitannya.

"Beta dapati rakyat beta kurang minat untuk membaca buku sejarah, dalam erti kata lain, rakyat Selangor ini ramai yang buta sejarah.

"Beta berharap rakyat Selangor dapat mengubah sikap untuk membaca lebih banyak buku sejarah berkenaan negara kita dan jangan membuang masa membaca buku-buku atau majalah-majalah yang hanya mengandungi gosip yang tidak memberi manfaat kepada kita," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Strategi Baru Anwar: Provokasi Melampau!

Monday, November 29, 2010
Strategi Baru Anwar: Provokasi Melampau!
2 isi penting kongres PKR.

1. Ayat al Qur'an terus dipermain sewenang-wenangnya oleh bukan Islam. Diterjemah sesuka hati dan diiyakan oleh rata-rata perwakilan beragama Islam! Apa pula pendapat PAS tentang hal ini?

Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam (perwakilan AMK PKR) berbunyi:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka."


2. Penghinaan terhadap bangsa Melayu dan agenda berterusan PKR yang mahu menghapuskan agenda memartabatkan Melayu. PKR memomokkan kononnya Ketuanan Melayu adalah bangsa Melayu mahu menjadi tuan. Walhal maksud sebenar ketuanan Melayu ialah sifat menghormati raja-raja Melayu yang menjadi penaung kepada sistem Perlembagaan negara.

Bodoh sangatkah Melayu hingga kononnya Melayu tidak kisah cuci longkang asalkan dipanggil tuan? Begitu rendah sekali martabat Melayu di mata Anwar dan menyedihkan ucapan ini disambut dengan deraian ketawa oleh kebanyakan wakil bukan Melayu di kongres PKR. Masih tidak sedarkah wahai bangsa Melayu?

Provokasi berterusan ini adalah bertujuan mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Anwar atau PKR demi mengembalikan sokongan terhadap mereka yang semakin pudar. Anwar percaya jika kerajaan mengambil tindakan terhadapnya, maka rakyat akan dihasut dengan tuduhan kekejaman kerajaan dan gesaan agar penyokongnya yang semakin pupus itu kembali berjuang di jalanan seperti era reformasi dahulu.

Namun kerajaan bertindak membiarkan rakyat menjadi hakim kepada segala provokasi oleh Anwar dan PKR yang semakin menampakkan kehodohan dan wajah buruk mereka di mata rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.

Strategi ini membuatkan Anwar semakin terdesak dan segala provokasi ini memakan diri kerana rakyat mula membenci sikap keterlaluan Anwar dan PKR. Benarlah kata Ezam, sesungguhnya Anwar ini bukan 'anugerah Tuhan', tetapi 'ujian Tuhan' buat rakyat Malaysia.

p/s: Pesanan buat Zuraida Ketua Wanita PKR: Kami tidak akan kisah atau ambil peduli apa yang akan terjadi pada PKR jika segala tindak tanduk anda tidak berkaitan dengan mana-mana rakyat Malaysia. Sila pergi ke sebuah pulau di negara asing, tubuhkan pemerintahan anda sendiri di sana, dan kami tidak akan ambil peduli lagi apa yang akan berlaku pada anda dan seluruh parti anda! BUAT SELAMA-LAMANYA!!

(sumber;http://umnojohor.blogspot.com/2010/11/strategi-baru-anwar-provokasi-melampau.html)

ANWAR PENING KERANA HINDU BACA QURAN

ANWAR PENING KERANA HINDU BACA QURAN

Semalam tv3 menyiarkan rakaman ucapan wakil AMK Kesavan menipu perwakilan dengan tafsir songsangnya dan seluruh perwakilan bersetuju dengan nya. Anwar terpinga-pinga mencari kitab untuk mencari tafsir yang sebenar. Ingat Anwar bijak sangat. Mana Yusuf Qardawi PKR?



ayat dan tafsir sebenar ialah;


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."


Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal , agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

( mai mana yg ini ?) -Kesavan

(sumber;http://taipingmali.blogspot.com/2010/11/anwar-pening-kerana-hindu-baca-quran.html)

Thursday, November 25, 2010

Pendirian Profesional Melayu Di Kedai Kopi “Siapa yang sebenarnya mempertahankan atau menjual maruah bangsa?”

Pendirian Profesional Melayu Di Kedai Kopi “Siapa yang sebenarnya mempertahankan atau menjual maruah bangsa?”

As published in Utusan Malaysia, 24th November 2010


Friday, 19 November 2010
Keluarga, Ekonomi dan Politik (Pt 2)


Politik (UMNO)

1.0 Tidak dapat dinafikan bahawa Melayu memerlukan kuasa politik untuk mendaulatkan bangsanya dari berzaman dahulu hingga ke masa hadapan. Sehingga setakat ini hanya parti UMNO saja yang masih relevan, melambangkan perjuangan Melayu jika dibandingkan dengan parti-parti lain.

2.0 Tidak dapat dinafikan melalui politik dan juga UMNO, negara tercinta mendapat kemerdekaan. Juga melaluinya dasar-dasar yang diperkenalkan UMNO bersama perjanjian kontrak sosial banyak kemudahan diberikan seperti institusi pengajian, kewangan, jabatan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan telah mengutamakan serta menghasilkan banyak golongan cerdik pandai serta berjaya di kalangan bangsa Melayu.

Isu-isunya.

3.0 Malangnya semenjak kebelakangan ini, antara mereka yang cerdik pandai ini tidak berkecimpung dalam politik, lebih mendukacitakan mereka ini juga berpengaruh pendapat mereka membentuk satu cetusan idea baru boleh mempengaruhi undi serta diikuti dan menjadi pegangan pendapat generasi muda.

4.0 Mereka dari golongan yang terpelajar pasti sibuk serta komited dengan tugasan rasmi harian mereka. Jiwa atau roh bangsa Melayu kini tidak lagi setebal jika dibandingkan dengan generasi sebelum atau awal kemerdekaan. Ini kerana mereka lebih peka dan tertumpu pada perkara-perkara yang berkait rapat dengan bidang profesional mereka. Generasi baru ini lebih menjurus kepada merit kerja. Sikap mereka yang profesional menjadikan mereka tidak lagi mempunyai masa untuk melayan kerenah politik kedai kopi semasa.

5.0 Di sini saya ingin berkongsi rungutan dan persoalan yang selalu diutarakan kepada saya untuk difikirkan dan perbincangan bersama (perbincangan sesama mereka juga kebanyakan berlangsung di perjumpaan kedai kopi). Jangan biarkan ia menjadi suatu tuduhan dan tohmahan yang nyata serta membawa padah pada generasi masa hadapan.

Bagaimana golongan graduan serta profesional boleh menyesuaikan diri dengan budaya tebal kerenah politik kedai kopi?

6.0 Politik kedai kopi ialah lebih kepada tahap pembelajaran yang lebih tinggi, mereka ini semua penerima tauliah P.H.d, Perasaan Hasad Dengki. Mereka mempunyai masa untuk bersembang berjam-jam di kedai kopi. Mereka ini mempunyai masa untuk mencari kesalahan orang lain, mengapi-apikan satu pihak dengan pihak lain, tetapi gagal untuk memperbaiki diri mereka sendiri.

7.0 Jadi apa akan terjadi apabila golongan-golongan graduan serta profesional tidak lagi berminat melibatkan diri dengan politik? Adakah mereka akan terus mengundi UMNO? Ataupun akan wujud dan tumbuh lebih banyak lagi pembangkang yang cerdik pandai?

Apakah yang dimaksudkan agihan ekonomi melalui kontrak sosial?

8.0 Ini mereka justifikasikan dengan apa yang mereka lihat. Semua pemimpin ini memakai kereta besar, bermacam-macam projek tetapi jika melawat pejabat mereka, mereka hanya mempunyai syarikat yang berdaftar sahaja serta berselindung di belakang lesen, permit, kontrak dan sebagainya yang berstatus bumiputera. Ia ditawarkan kepada mereka melalui komitmen kontrak sosial.

9.0 Malangnya semua kerja ini di diberikan sepenuhnya kepada subkontraktor mereka iaitu bangsa lain. Oleh itu mereka tidak berupaya menawarkan peluang pekerjaan atau rakan kongsi dengan bangsanya sendiri dari peringkat tenaga mahir, separuh mahir hinggalah ke tenaga buruh.

10.0 Mereka juga mendapati semua ini broker yang bertaraf VIP kerana mempunyai kuasa politik serta bilangan pengundi atau kuasa membeli undi pada pemilihan akan datang.

11.0 Contoh isu yang jelas dan nyata tetapi dibutakan begitu sahaja ialah seperti kontrak-kontrak di bawah MITI (AP Kereta), Kementerian Pertanian (AP Sayur, Ayam), PBLT (90% kontraktor Melayu memberi sub penuh kepada syarikat lain) dan banyak lagi.

12.0 Penyakit ini melarat dan juga berjangkit kepada pegawai-pegawai kerajaan. Sekali lagi mereka lihat jalan pintas, jika pemimpin politik boleh lakukan, kenapa mereka tidak boleh turut serta. Yang menjadi mangsa atas nama proses pembersihan adalah kes-kes kecil oleh pegawai rendah.

13.0 Jika agihan kontrak sosial disalah gunakan, bagaimana ia dapat diagihkan sama rata untuk kaum bumi yang lain dan sampai ke peringkat bawahan?

Tiada jalan pintas kecuali jika anda ada tiket politik atau kuasa dalam kerajaan.

14.0 Generasi baru, pelajar-pelajar serta golongan profesional ini telah dididik tiada jalan pintas dalam hidup. Mereka harus melalui proses akademi, pengalaman kerja, cabaran dan saingan ekonomi untuk maju dan setaraf dengan bangsa lain. Tetapi cakap tak serupa bikin. Ini kerana sudah terang lagi jelas bahawa ramai ahli politik atau pegawai atasan kerajaan menjadi jutawan sekelip mata.

15.0 Ini bercanggah dengan logik akal tanpa perlu melalui proses pendidikan dan penyelidikan yang panjang. Ini kerana mereka menjadi jutawan sekelip mata sejurus mereka mendapat jawatan yang berkaitan dengan kuasa memberi kontrak-kerja jika dibandingkan dengan usaha gigih usahawan tulen yang melakukan perniagaan yang bertahun lamanya. Tetapi mereka ini pula bukanlah dari golongan ahli silap mata. Dari konteks ini timbul persoalan “Siapa yang sebenarnya mempertahankan atau menjual maruah bangsa?”.

16.0 Saya sendiri bertembung dengan beberapa projek kerajaan di mana harga tanah untuk didirikan projek melambung berlipat kali ganda. Ini tidak termasuk nilai projek yang akan dijalankan. Manakala kontraktor yang dilantik gagal menjalankan kontrak tersebut mengikut jadual dan spesifikasi yang diberikan. Saya adalah antara segelintir syarikat subkontraktor Melayu yang terbabit dalam projek ini. Kamilah yang menjadi mangsa apabila kontraktor gagal membuat pembayaran. Kontraktor ini tidak risau kerana mereka sudah pun mendapat pulangan lebih lumayan melalui lapisan pertama iaitu melalui proses penjualan tanah. Lebih menyedihkan mereka merasa projek itu seperti hak mereka kerana mereka berselindung di belakang bekas pegawai berjawatan tinggi dalam kerajaan dan wakil politik. Di manakah merit perjuangan ekonomi Melayu dalam konteks ini?

Tiada lagi roh dan jiwa perjuangan dan perpaduan.

17.0 Oleh itu wujudlah satu generasi yang tidak lagi yakin dengan perjuangan politik yang membela bangsa. Mereka ini akan menjadi pak turut, hipokrit atau pengundi atas pagar. Golongan ini akan turut bermain mengikut rentak semasa. Tiada pendirian teguh memperjuangkan maruah bangsa. Ini kerana pada mereka yang menjual maruah bangsa bukan bermula dengan mereka, tetapi telah diteladan oleh pihak-pihak yang lebih dahulu dari mereka. Kini hanya tinggal mereka yang mempunyai masa lepak di kedai kopi memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

18.0 Bangsa lain sibuk dengan mesyuarat, kerja, aktiviti produktif membina benteng empayar. Kita masih lagi merungut di kedai kopi. Bagi golongan cerdik pandai ini, ilmu tanpa daya tahan dan jati diri pun tiada gunanya. Mereka patut lebih memberanikan diri melibatkan diri dalam arena politik melakukan perubahan dan bukan hanya sekadar suara di belakang tabir. Jika kita tidak dapat menarik mereka golongan profesional dan terpelajar dalam politik, bagaimana pula kita hendak memperjuangkan nasib golongan bawahan yang lebih memerlukan perhatian dan tindakan perjuangan ikhlas membela nasib mereka? Tepuk dada tanya selera.

Salam Ikhlas.

(sumber;http://feruddin.blogspot.com/2010/11/keluarga-ekonomi-dan-politik-pt-2.html)

Apa ada dengan RM1 - seringgit?


ARKIB UTUSAN: 24/11/2010
Apa ada dengan RM1 - seringgit?

Oleh Zaini Hassan

HENTIKAN dulu cakap politik dan kebarangkalian tindakan repot polis yang boleh memeningkan. Jom kita teliti not seringgit, atau RM1 kita.

Teliti betul-betul wang kertas itu. Saya pun sambil menaip turut mengeluarkan not itu dan membelek-beleknya.

Ia berwarna biru. Di bahagian belakang ada gambar gunung Kinabalu, landskap tertinggi negara ini dan di Asia Tenggara. Wau bulan serta gambaran kepulauan nelayan dari arah laut turut terpapar di atas kertas itu.

Sebelum ini tiada siapa yang benar-benar membeleknya. Apalah sangat RM1. Mungkin ia hanya dibelek oleh pelancong yang baru pertama kali melihat not itu. Peniaga pun tak bimbang jika itu not palsu. Tiada apa yang istimewanya.

Nak kata ia menarik, biasa saja. Berbanding dengan rekaan matawang asing lain, mungkin nilai seringgit kita itu tidaklah hebat mana.

Itu dari segi rupa bentuknya. Bagaimana pula dengan nilainya? Denominasi seringgit itu dibentuk daripada mata desimal 100 sen. Dari nilai siling sekecil 5 sen, 10 sen, 50 sen ia boleh dicampur-campur membentuk RM1.

Kini Bank Negara Malaysia (BNM), autoriti yang mengesah lakukan wang ringgit di negara ini tidak lagi mengeluarkan wang siling 1 sen. Mungkin BNM ada alasan berbuat demikian. Difahamkan untuk mengeluarkan siling 1 sen kosnya ialah sekitar 20 sen? Oleh itu ia dihentikan pengeluaran. Jadi nilai wang kita hanya bermula dari siling 5 sen.

Dari segi ilmu hisab, kita sudah rugi 4 sen. Tapi 5 sen pun sudah jarang digunakan oleh pekedai. Oleh itu kita sudah rugi 5 sen.

Pekedai lazimnya akan mula mengira mulai 10 sen. Maka kita pengguna sudah rugi 9 sen!

Sering dulu jika harga gula naik 10 sen sekilogram, maka mamak-mamak stall akan menaikkan harga minuman kegemaran orang Malaysia, teh tarik dengan harga 10 sen segelas. Maka harga segelas teh tarik sekarang ialah RM1.20 sen.

Mamak (harap jangan saman saya kerana guna istilah ini) enggan menggunakan 5 sen untuk menaikkan harga minuman itu. Mereka lebih gemar memilih 10 sen. Entah kenapa saya pun tak tau.

Budaya menggunakan 1 sen sudah hilang di negara ini. Sepatutnya nilai RM1 ialah 100 sen dan setiap sen patut diambil kira. Dulu jika kita beli kasut Bata, harga mengikut pecahan sen-sen amat popular, begitu juga di McD dan bayar bil elektrik dan air. Kini semuanya dibulatkan kepada 5 sen dan 10 sen.

Nilai 100 sen itu sudah mengecil. Dalam suasana inflasi yang semakin ketara sekarang, walaupun BNM hanya melaporkan angka yang rendah, nilai RM1 sudah hampir tiada. Harga teh tarik melebihi RM1. Masuk tandas awam kini ialah 50 sen, dua orang RM1. Belanja budak sekolah sekurang-kurangnya RM3.

Jika BNM mahu menjimatkan kos pengeluaran 1 sen, pengguna juga yang tertekan dengan kos barangan, turut rugi dari segi nilai sen-sen itu.

Mungkin, jika nilai 1 sen itu dibudayakan semula - seperti di Amerika Syarikat yang masih aktif menggunakan Penny (1 sen), Nickel (5 sen), Dime (10 sen), Quarter (25 sen), Half dollar (50 sen) - maka nilai RM1 kita akan lebih bernilai lagi.

Pada masa itu mamak mungkin akan memikirkan untuk menaikkan teh tarik hanya kepada RM1.21 sahaja berbanding RM1.30 sekarang.

Walaupun cadangan ini nampak bodoh dan mengarut kerana nilai 1 sen sudah dimansuhkan, kita berharap BNM boleh memikirkan sesuatu atau semula.

Rakyat kini sebenarnya mulai gelisah kerana nilai mata wang mereka semakin mengecil. Jika dulu orang kampung boleh berbelanja dapur dan petrol motosikal sekitar RM300 sebulan, kini nilainya sudah menjadi RM250 dan ke bawah dan ke bawah.

Ia lebih memeritkan bagi mereka yang tinggal di bandar dan kota raya. Gaji RM2,500 ialah miskin bandar. Tapi majikan masih kedekut dan amat berkira untuk menaikkan gaji. Gaji yang diperoleh tidak setaraf dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kelok gaji dan kelok kos barang dan perkhidmatan tidak seimbang.

Kita berharap pakar-pakar ekonomi negara dapat memikirkan sesuatu mengenainya. Jika ke Britain nilai 1 Pound itu masih cukup besar, tapi RM1 kita sudah terlalu kecil.

Bagi saya yang minum teh tarik bersama kawan malam tadi, nilai RM1 hanya untuk disedekahkan kepada orang buta yang silih berganti ke kedai-kedai makan sekitar ibu kota.

RM1 sudah mulai tidak dipedulikan. Tapi bagi orang buta yang mengutip RM1 bagi setiap meja - dan berjaya melakukannya ke atas beratus meja setiap malam - mereka itulah sebenarnya yang mewah.

Dan dalam keadaan ekonomi baik atau tidak seperti sekarang, jumlah orang buta (dan buat-buat buta) seperti itu semakin hari semakin ramai...

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm)

Gaji Perdana Menteri RM22,826.65 sebulan berkuat kuasa Januari 2004

ARKIB UTUSAN : 24/11/2010
Gaji Perdana Menteri RM22,826.65 sebulan berkuat kuasa Januari 2004

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Perdana Menteri menerima gaji bulanan berjumlah RM22,826.65 selari dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang berkuat kuasa mulai Januari 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula menerima gaji RM18,168.15 sebulan manakala setiap menteri Kabinet mendapat gaji bulanan RM14,907.20.

"Gaji bulanan Setiausaha Politik pula mengikut Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 iaitu sebanyak RM5,709.99 berkuat kuasa 1 Januari 2004," katanya dalam jawapan bertulis kepada N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Gobalakrishnan ingin mengetahui mengenai penetapan gaji Perdana Menteri, anggota Kabinet dan Setiausaha Politik serta jumlah emolumen yang dibayar kepada mereka dari 2005 hingga 2009.

Mohamed Nazri menjelaskan, pembayaran gaji tahunan kesemua anggota Kabinet kerajaan pada 2005 adalah sebanyak RM6,007,601.60; RM5,858,529.60 (2006); RM5,858,595.60 (2007); RM5,783,993.60 (2008) dan RM5,470,942.40 (2009).

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm)

Tuesday, November 23, 2010

Sultan Johor Ulangi Hasrat Supaya Tambak Johor Digantikan

Sultan Johor Ulangi Hasrat Supaya Tambak Johor Digantikan

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Ismail Ibrahim ketika hadir pada sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-52 di Istana Besar, Johor Bahru semalam. – BERNAMA

Mahu pembinaan jambatan diterus

JOHOR BAHRU 22 Nov. – Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.

Pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 hari ini, Sultan Ibrahim bertitah pembinaan jambatan berkenaan bukan sahaja memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura malah menjadi kemudahan untuk rakyat negara jiran itu melancong ke negara ini.

“Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin dan berusaha menangani masalah rakyat. Namun begitu, masih ada hasrat rakyat Johor yang masih belum dapat dipenuhi iaitu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor,” titah baginda di Istana Besar di sini.

Baginda bertitah ketiadaan Tambak Johor akan membolehkan air di Selat Tebrau bebas mengalir sekaligus memberi kesan yang baik terhadap alam sekitar di sekelilingnya.

Berangkat ke istiadat berkenaan ialah permaisuri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Yang Dipertua Jumaah Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad dan kerabat-kerabat di raja lain.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Prof Datin Jamilah Ariffin, barisan exco kerajaan negeri, anggota Dewan Undangan Negeri serta pegawai kanan kerajaan.

Sultan Ibrahim turut meminta rakyat di Johor supaya hidup secara bertolak ansur, bersederhana dan hormat-menghormati tanpa mengira kaum selaras dengan motto kerajaan Johor “Muafakat Itu Berkat” bagi mengekalkan kesejahteraan negeri.

Baginda mahu semua pemimpin masyarakat sentiasa berusaha menyatupadukan masyarakat yang dipimpin serta mengutamakan kepentingan ramai berbanding kepentingan individu mahupun politik.

“Di Johor, tidak kira apa jua kaum, Melayu, India, Cina, mereka semua adalah rakyat negeri saya. Hak dan kepentingan semua akan dijaga. Oleh itu, jangan diungkit apa yang telah berlaku supaya terhindar rasa tidak puas hati dan buruk sangka,” titah baginda.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan seluruh rakyat Johor supaya merebut peluang daripada pembangunan pesat negeri termasuk pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.

Dalam titah berkenaan, baginda turut mengisytiharkan penubuhan Yayasan Sultan Ibrahim yang bertujuan memberikan bantuan pendidikan, kebajikan, biasiswa kepada pelajar miskin, perubatan serta bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya.

Menurut Sultan Ibrahim, dana untuk yayasan berkenaan disumbangkan daripada semua elaun diraja yang diterima baginda.

Sultan Ibrahim pada istiadat berkenan turut berkenan mengurniakan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia’ kepada Raja Zarith Sofiah dan gelaran ‘Yang Amat Mulia Enche Besar’ kepada bonda baginda, Hajah Khalsom Abdullah.

Baginda turut mengurniakan Darjah Kerabat Pangkat Pertama (DK I) yang merupakan darjah tertinggi bagi Johor kepada Hajah Khalsom dan Pangkat Pertama Datuk Seri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) kepada Tunku Ismail. – BERNAMA

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm)

zmsegamat kata:

DAULAT TUANKU

Pengguna Internet Perlu Waspada Dengan penipu Siber

Pengguna Internet Perlu Waspada Dengan penipu Siber

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan para pengguna internet agar berwaspada dengan "Penipu Siber" yang semakin berleluasa menjual barangan secara dalam talian.

Menurut Laman Sosial Facebook PDRM hari Isnin, polis sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan jenayah seumpama ini dan menasihatkan pengguna internet agar lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan jenayah seumpama ini.

Katanya, bagi mengelakkan ditipu, pengguna internet sebelum berurusan jual beli perlu memastikan dahulu identiti orang yang berurusan dengan mereka selain tahu maklumat-maklumat penting penjual iaitu alamat, nombor telefon, email dan maklumat-maklumat penting lain.

"Pengguna perlu buat semakan dengan pihak bank mengenai nombor akaun yang diberikan kepadanya...sekiranya pengguna ada berhubung dengan penjual melalui email, email perlu disimpan bersama-sama dengan 'Full Email Header'.

Selain itu, sekiranya pengguna ditipu mereka perlu cetak segala komunikasi dengan penjual seperti komunikasi di 'Wall', 'Private Message', email, sistem pesanan ringkas, telefon dan sebagainya.

"Pengguna juga perlu teruskan berhubung dengan suspek dan melengah-lengahkan agar komunikasi dengan suspek tidak putus.

"Sekiranya pengguna mempunyai maklumat mengenai penipu siber, perlu salurkan maklumat ke mcc@rmp.gov.my untuk tindakan dan siasatan pihak polis," kata laman itu.

Laporan sebuah akhbar hari ini membongkar taktik "Penipu Siber" mengakibatkan pembeli pelbagai barangan secara dalam talian di negara ini kerugian antara RM200,000 hingga RM300,000 setiap bulan.

Antara aduan yang dilaporkan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ialah mengenai penipuan sebanyak 80 kes, kelewatan tidak munasabah (96), kekurangan maklumat penjual (128), cubaan untuk mengelirukan pelanggan (91), perkhidmatan buruk (75) dan pemulangan semula wang dan barangan (84).

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=544656)

Sunday, November 14, 2010

13 Mei dan 21 Julai: Fakta sejarah, mengapa perlu takut?

ARKIB : 10/11/2010
13 Mei dan 21 Julai: Fakta sejarah, mengapa perlu takut?

1.0 KETUA Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim minggu lalu digantung enam bulan daripada menghadiri sidang dewan kerana dia menggunakan perkataan '13 Mei'.

2.0 Apa yang Lim Guan Eng takut sangat apabila ada pihak yang menggunakan perkataan bersejarah 13 Mei itu? Ia adalah tarikh keramat di negara ini kerana disebabkan tarikh itulah rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih baik dan makmur. Kerana tarikh itu jugalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk.

3.0 Kerana tarikh itu jugalah rakyat hari ini hidup aman, damai dan sentosa (walaupun belum sepenuhnya lagi). Tidak pastilah kita sekiranya DAP terlalu bencikan DEB itu sehinggakan tarikh 13 Mei pun dia tidak mahu ia disebut.

4.0 DAP menuduh Azhar menghasut kerana menggunakan tarikh itu, menyebabkan satu usul untuk menggantung Azhar dibawa oleh Guan Eng dan diluluskan. Akibatnya Azhar digantung. Guan Eng menuduh Azhar 'menghasut' kerana menggunakan tarikh itu? Saudara Guan Eng, bukankah itu tarikh bersejarah di Malaysia, apa pula hasutan?

5.0 Mengapa DAP takut atau terlalu fobia dengan tarikh itu? Sepatutnya Guan Eng jangan terlalu cepat menghukum ketua pembangkangnya itu. Azhar amat diperlukan oleh pentadbiran Guan Eng sebagai elemen pengimbang dan pembetul mana-mana yang tidak betul.

6.0 Pulau Pinang kini sudah terlalu uzur. Gerakan (yang selama ini senyap) kini mula menyelar ketua menteri itu yang dikatakan gagal melakukan sesuatu untuk menarik pelancong ke negeri itu. Jika dulu Guan Eng menuduh industri pelancongan Pulau Pinang 'tidur' selama 18 tahun, dia pun sama tidur.

7.0 Rupa-rupanya DAP ini jika ditakdirkan memerintah Malaysia (nauzubillah) maka corak pemerintahannya dikhuatiri akan menjadi lebih teruk lagi. Jika sekarang ia memperjuangkan Hapus ISA, mungkin jika ditakdirkan ia berkuasa (nauzubillah), ISA akan terus diperkuatkan lagi. Itu tidak mustahil berlaku.

8.0 Cara pentadbiran DAP di pulau itu sendiri menggambarkan betapa ramai yang tidak senang dengannya. Cara Guan Eng mengambil tanah di Kampung Genting, Balik Pulau menjadi kemarahan orang kampung.

9.0 Jika dulu ada segelintir orang Melayu dengan bangganya menggelarkan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Mahazalim, kelak nanti orang Melayu akan tahulah langit tinggi rendah dengan istilah Mahazalim itu jika DAP memerintah negara ini. Melayu akan terus melayu di bumi mereka sendiri.

10.0 Semua pihak harus membuka mata seluas-luasnya apabila YB Zulkifli Nordin (yang dulu bersahabat dengan DAP) mendedahkan 'perjanjian rahsia' antara DAP dan PKR. DAP ini sebenarnya ialah seekor naga yang sangat bahaya. Dalam senyap ia sedang merancang secara strategik untuk menuju ke Putrajaya. Nafsunya amat besar.

11.0 Pengantungan ketua pembangkang Azhar selama enam bulan juga menimbulkan persoalan besar. Mengapa sehingga setengah tahun? Mengapa tidak sehari sahaja seperti yang dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ke atas Gobind Singh Deo di Parlimen kelmarin. Yang pasti, Guan Eng terlalu gelisah apabila istilah '13 Mei' itu disebut oleh Azhar.

12.0 Bagi Azhar, walaupun saudara tidak boleh vokal dan mengkritik dasar Guan Eng dalam dewan itu, teruskan perjuangan saudara di luar. Tempoh enam bulan ini amat penting dalam percaturan politik DAP. Cita-cita besar DAP itu harus diheri perhatian.

13.0 Rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia keseluruhannya patut tahu siapa Guan Eng itu dan pecacai-pecacainya termasuk Anwar Ibrahim dan Pas yang syok tak tentu pasal kerana sudah ada sedikit kuasa. Orang Tanjung kini terlalu dahagakan suara seperti suara saudara bagi membela mereka.

14.0 Saudara Azhar juga patutnya mengesyorkan kerajaan Malaysia menjadikan tarikh keramat 13 Mei, yang amat ditakuti oleh DAP itu, sebagai satu tajuk khusus dalam matapelajaran wajib Sejarah Malaysia kelak. Semua orang tahu ia adalah tarikh yang cukup murni bagi negara ini. Tidak kiralah apa versi pun yang dibangkitkan ekoran peristiwa itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersendiri dalam pembentukan Malaysia moden.

15.0 Jika tidak kerana 13 Mei mungkin rakyat di negara ini masih hidup tidak menentu. Orang putih kata 13 Mei itu ialah blessing in disguise. Jika tidak kerananya, orang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum Pribumi akan terus dijurangkan oleh golongan peniaga yang kaya-raya, golongan profesional yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja. Dan golongan majoriti miskin itu hanya akan terus menjadi petani, buruh kasar, kerani, drebar dan peon.

16.0 Jika tidak kerana 13 Mei, tidaklah berlaku penghantaran beramai-ramai pelajar bumiputera dan anak-anak kampung yang kolot ke Amerika, England sekitar tahun 1970-an, 1980-an hingga kini bagi memberi peluang mereka mendapat ilmu secukup-cukup bagi membina negara bangsa ini.

17.0 Jika tidak kerana 13 Mei, tidaklah wujud peniaga-peniaga bumiputera, usahawan, kontraktor, peniaga kereta mewah dan apa lagi - bagi diseimbangkan dengan saudara kita yang kaya-raya itu.

18.0 Oleh itu jika gunung berapi 13 Mei tidak meletus pada tahun 1969 di Chow Kit Road dan Kampung Baru, ia mungkin boleh meletus pada bila-bila masa sekarang jika ia tidak ditangani dengan betul. Jika itu berlaku maka magnitutnya akan menjadi lebih menakutkan (nauzubillah). Oleh itu sekali lagi saudara Guan Eng, apa yang saudara fobia sangat dengan tarikh tersebut?

19.0 Pada kerajaan, jadikanlah tarikh itu sebagai sebahagian daripada bab dalam sejarah penting Malaysia yang perlu dianalisis oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah malah di peringkat universiti. Apa yang berlaku pada 13 Mei sama penting dengan apa yang ada dalam Perlembagaan negara. Ia ada kait-mengait dalam analisis akademik.

20.0 Masalah yang berlaku sekarang ialah kerana orang semacam Guan Eng dan konco-konconya tidak pernah atau mahu mempelajari sejarah mengenai tarikh 13 Mei itu.

21.0 Memetik tulisan Almarhum Tun Abdul Rahman dalam bukunya 13 Mei Sebelum dan Selepas; beliau berkata: ''Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana ini. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini."

22.0 Adalah amat sayang sekali, sejarah sepenting itu dipinggirkan kerana mahu menjaga hati nurani orang seperti Guan Eng, sedangkan ia adalah peristiwa yang patut diteladani, diambil iktibar oleh semua rakyat negara tercinta ini.

23.0 Ulang cetaklah banyak-banyak buku keramat: 13 Mei Sebelum dan Selepas (versi Melayu dan Inggeris) tulisan Almarhum Tunku itu untuk dibaca oleh rakyat Malaysia (kebetulan ia asalnya diterbitkan oleh Utusan Melayu Press). Para produser filem dan pengarah teater perlu wayangkan peristiwa itu ala filem Pearl Harbour dan dipentaskan kepada rakyat negara ini.

24.0 Kita harap jika ditakdirkan DAP memerintah Malaysia kelak (nauzubillah), janganlah dihapus atau diubah sejarah 13 Mei yang telah tertulis itu. Perkara itu tidak mustahil berlaku kerana ada negara lain yang (hampir dengan kita) mengubah sejarah negara itu bagi mengetepikan peranan yang dimainkan oleh kaum asal negara berkenaan.

25.0 Akhir kata, bagi YB Datuk Azhar, teruskan perjuangan saudara demi keadilan dan kesaksamaan rakyat Pulau Pinang. Suara saudara perlu dilantangkan lagi.

26.0 Dan bagi YAB Guan Eng janganlah fobia dengan tarikh 13 Mei itu. Jika dalam banyak keadaan Pulau Pinang mencontohi Singapura, mengapa tidak jadikan 13 Mei sebagai hari cuti umum bagi memperingati peristiwa yang akhirnya berjaya menyatupadukan rakyat negara ini melalui DEB.

27.0 Di Singapura, menurut buku Men in White: The Untold Story Of Singapore's Ruling Political Party, halaman 277: Murid-murid sekolah berarak meraikan Hari Harmoni Kaum (Racial Harmony Day) setiap 21 Julai bagi memperingati insiden rusuhan berdarah kaum pada 21 Julai 1964 yang mengorbankan 36 nyawa dan mencederakan 556 orang. Kira-kira 3,000 ditahan dalam insiden yang berlaku pada hari Maulidur Rasul (Maulud Nabi) itu.

28.0 Menurut Wikipedia: Rusuhan kaum 1964 itu berlaku di Singapura dalam dua waktu berbeza iaitu pada Julai dan September antara kumpulan Cina dan Melayu. Insiden pertama berlaku pada 21 Julai semasa orang Melayu berarak sempena hari Maulidur Rasul. Rusuhan itu juga dikenali sebagai Rusuhan Maulidur Rasul, Rusuhan Kaum 1964 dan Rusuhan Cina-Melayu (Sino-Malay). Semasa itu Singapura masih di bawah Persekutuan Malaysia.

29.0 Kini, pada setiap tarikh 21 Julai, Wikipedia mengulas: Ia diraikan bagi menggambarkan kejayaan Singapura membentuk masyarakat dan negara pelbagai kaum yang harmoni serta kaya dengan kepelbagaian warisan dan budaya.

30.0 Di sekolah-sekolah seluruh republik itu, murid-murid digalakkan berpakaian tradisional masing-masing, Cheongsam dan Baju Kurung. Juadah dan permainan tradisional turut memeriahkan sambutan.

Oleh itu, YAB Guan Eng apa yang saudara takut dan fobia sangat dengan 13 Mei?

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm)

Thursday, November 11, 2010

LIVE Sidang Media PERKASA - Menteri Bertanggungjawap Gagal Melaksanakan Tugas

LIVE Sidang Media PERKASA - Menteri Bertanggungjawap Gagal Melaksanakan Tugas
Thursday, November 11, 2010


11 November Kg Bharu Kuala Lumpur:

1.0 Satu sidang media PERKASA telah di adakan di Kelab Sultan Sulaiman Kg Bharu Kuala Lumpur berhubung isu Pengetua dan Penolong Pengarah BTN yang di gantung tugas serta merta tanpa siasatan sewajarnya ke atas mereka yang di ambil tindakan ini.

2.0 Sidang media tersebut juga turut menemplak Kerajaan yang gagal mengambil tindakan sewajarnya ke atas Namewee yang mana telah menerima ratusan laporan Polis akibat kebiadapannya kepada perseorangan dan juga Negara.

3.0 Dalam sidang media tersebut Dato Abdul Rahman Timbalan PERKASA kesal di atas kenyataan Dato Seri Nazri Aziz di dalam parlimen tempoh hari yang menyatakan pengantunggan Tugas mereka Pengetua dan Penolong Pengarah BTN.

4.0 Dato Abdul Rahman turut menjelaskan mengapa bila kita orang Melayu bercakap soal melayu maka di takrifkan sebagai RACIST dan berderu mereka yang bukan melayu baik di dalam Komponen BN mahupun Pakatan menemplak individu tersebut dan bercakap mengenai tindakan undang undang yang perlu di ambil ke atas mereka orang melayu ini

5.0 Namun bila bangsa lain menghina Melayu dan bercakap itu ini maka Komponen Barisan nasional dan juga Pakatan senyap dan bisu tampa sebarang tindakan susulan ke atas mereka bangsa lain yang bersikap Kurang Ajar.

6.0 Perkasa mendesak Peguam Negara mengambil tindakan tegas terhadap Namewee yang jelas melakukan perbuatan menghina Negara. hal ini sepatutnya di ambil tindakan segera dan bukan mendiamkan diri atas kebiadapan Namewee.

7.0 Perkasa juga mendessak Malaysiakini di ambil tindakan tegas kerana menghina Sultan sultan Melayu. Dalam komen pembaca Malaysiakini menyatakan Sultan sultan melayu kini adalah di bawah takluk UMNO dan menjadi alat kepada UMNO. Perkasa berpendapat walaupun komen tersebut di keluarkan oleh Pembaca namun ianya perlu di pertanggungjawapkan kepada Malaysiakini sepenuhnya.

8.0 Dato Abdul Rahman dalam pada itu turut bertanyakan kepada Kerajaan Malaysia apakah kita orang Melayu di Malaysia ini salah apabila menyuarakan sesuatu hal yang mana termaktub dalam perlembagaan? Bagaimana pula kaum lain yang bercakap di sana sini yang mana apa yang di nyatakan mereka itu adalah melanggar Perlembagaan Artikel 153.


9.0 Ketua Wira PERKASA Saudara Armand Abu Hanifa dalam kenyataan nya menemplak Menteri dalam Negeri Dato Seri Hisyammuddin dan menteri Komunikasi dato Seri Rais Yatim yang mana masih lagi berdiam diri ke atas Namewee. Sampai bila kementerian bertanggungjawap akan mengambil tindakan?

10.0 Begitu juga dengan Father Benjamin yang menghina Islam secara jelas dalam rakaman You Tube. Bila keputusan akan laporan Polis yang telah di buat akan di umumkan? Apakah hal ini terus di diamkan ataupun masih lagi dalam siasatan?

11.0 Kalau Anak Melayu yang di siasat maka cepat lah tindakan ke atasnya di ambil, tapi bila kaum lain maka bertahun tahun siasatan dan itu pun masih belum selesai.

12.0 PERKASA mendesak agar BTN, Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan mana mana agensi yang tetlibat dalam pengantungan Pengetua Sekolah, Penolong Pengarah BTN agar menilai semula prestasi kerja mereka dalam menjalankan Hukuman ke atas mereka ini.

13.0 Armand Abu Hanifa juga turut mendesak Peguam Negara untuk mengambil tindakan Tegas ke atas Namewee dan jika tiada tindakan tegas maka tidak mustahil isu perkauman akan sentiasa mekar setiap kali Namewee mengadakan jelajahnya.

14.0 Mereka yang terlibat dalam hal ini perlu di adili seadilnya dengan menubuhkan Tribunal Khas dalam menentukan hukuman ke atas mereka ini dan bukannya menggantung serta merta. PERKASA mendesak agar pengantungan mereka ini di tarik balik sehingga selesai siasatan yang di jalankan.

15.0 Akhir kata PERKASA meminta pemimpin Melayu yang ada hari ini melihat dan membantu orang Melayu yang tidak mendapat keadilan yang sewajarnya apabila mereka bercakap mengenai hak mereka.

16.0 Janganlah pemimpin Politik hari ini di labellkan:
Anak Kera Di Susukan
Anak Sendiri Mati Kelaparan.


Psssttt...Menteri yang bertanggungjawap GAGAL!!!

sumber;http://www.papagomo.com/2010/11/live-sidang-media-perkasa-menteri.html

Sunday, November 7, 2010

Mohd. Nor buat laporan polis terima ugutan


MOHD. Nor Deris menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Nilam Puri, Kota Bharu, semalam.



KOTA BHARU 6 Nov. - Bekas Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan dalam laman sosial Facebook dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ekoran tersiarnya rakaman video pertengkaran beliau dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Internet baru-baru ini.

Mohd. Nor membuat laporan itu di Balai Polis Nilam Puri kira-kira pukul 3.30 petang kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya serta berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat ugutan tersebut.

Beliau berkata, ancaman itu jelas menunjukkan Pas mengamalkan budaya samseng sedangkan ia amat bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ini (ugutan) menunjukkan budaya Pas ala samseng, Islam di mana? Perangai samseng, Nik Aziz sendiri pun pernah terjemah Allah pun samseng, ini contoh yang diberikan oleh pemimpin Pas kepada ahli-ahlinya.

"Saya tidak buat apa-apa pun pada Nik Aziz, saya cuma mahu dia jelaskan kenapa bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi kenapa ancam keselamatan saya," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' itu meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.

Ia bermula apabila kedua-dua ulama itu bertembung semasa menziarahi rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Omar Mohamad ketika kempen pilihan raya kecil DUN itu beberapa hari lalu.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit di rumah Omar itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO, telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

Sementara itu, Mohd. Nor yang juga bekas Ahli Dewan Ulama Pas berkata, perjuangan Pas telah berubah berbanding asas penubuhannya yang mencari keredaan Allah kepada perjuangan untuk kemenangan pada pilihan raya.

Perjuangan Pas sekarang hanya mengejar pangkat dan harta, bertopengkan Islam, berkubukan demokrasi supaya mencapai hasrat nafsunya dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan ajaran Islam," katanya.

Disebabkan itu, jelasnya, pakatan Pas dengan mana-mana parti tidak kekal lama kerana ia hanya mahu mencapai kemenangan dalam pilihan raya dan bukannya menegakkan Islam berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tunjang dan wujud perjanjian seperti Piagam Madinah.

"MCA dan MIC sudah buat perjanjian dengan UMNO iaitu menerusi kontrak sosial, malah UMNO menjadi pemimpin dalam pakatan itu dari dulu sehingga sekarang. Tidak seperti pakatan pembangkang yang tidak tahu siapa ketuanya tetapi Pas lebih banyak ikut cakap DAP," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm)

Pas wajib kaji balik 'tahaluf siyasi' - Nakhaie


Pas wajib kaji balik 'tahaluf siyasi' - Nakhaie

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Masih belum terlambat bagi Pas untuk mengkaji semula 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana ia lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan kepada parti itu.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pada masa ini Pas walaupun mempunyai organisasi kukuh, jentera mantap, ahli teramai dan pengaruh peringkat umbi kuat berbanding parti pembangkang lain tetapi ia hanya sekadar menjadi 'pak turut'.

Menurut beliau, sepatutnya berdasarkan kepada kelebihan Pas itu, ia wajib menjadi dominan dalam pakatan pembangkang, sekali gus sebagai wadah alternatif Melayu Islam selain daripada UMNO.

"Masalahnya keadaan itu tidak terjadi, sebaliknya dalam 'tahaluf siyasi' itu Pas tidak mendapat peranan jelas yang sepatutnya, seolah- olah menyerahkan lehernya untuk disembelih oleh rakan lain yang memperkudakan mereka.

"Saya yakin majoriti ahli dan pengundi atas pagar meneliti dengan mendalam perkara ini terutama sikap Pas sendiri yang sanggup menggadaikan maruah dan dasar seperti penubuhan negara Islam, hanya kerana matlamat untuk menumbangkan UMNO," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas ahli Majlis Syura Pas dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengulas mengenai rakaman video 'pertemuan panas' yang tersebar luas antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO.

Tambah Nakhaie, beliau yakin sentimen kemarahan Mohd. Nor itu turut dikongsi bersama kebanyakan ahli Pas yang semakin 'terasa' sikap pimpinan parti pembangkang lain yang berterusan memperlekehkan pemimpin Pas.

Dakwa beliau, walaupun perasaan 'menggelegak' itu bijak disembunyikan tetapi ia telah menjadi seperti rahsia yang diketahui umum, memang berlaku perpecahan dalaman kronik di kalangan ahli dan pimpinan Pas ekoran keputusan kurang bijak mengadakan kerjasama itu.

"Sebenarnya keadaan ini amat berbahaya kerana semuanya nampak seperti baik di luar tetapi apabila Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dikhuatiri akan berlaku undi protes.

"Pas kena cepat bertindak, jika tidak mereka akan menyesal. Perasaan marah ahli kini sedang membuak- buak dan hanya menunggu masa sahaja untuk meletup," katanya.

Jelas Nakhaie, pimpinan Pas perlu berlapang dada apabila menerima teguran dan jangan bersikap dangkal terus menyalahkan pihak lain atas kekalahan yang diterima seperti di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, Khamis lalu.

"Cukuplah dengan alasan retorik, apabila kalah kata Pas melawan sebuah kerajaan (Malaysia) dan wujudnya pengundi hantu tetapi semasa menang, terus dengan bangganya mengatakan Pas mendapat bantuan malaikat dari langit," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm)

PM semakin sihat, terima kunjungan menteri


PM semakin sihat, terima kunjungan menteri

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersemangat tinggi dan terus menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis telah pun dapat diatasi.

"Beliau kini mengikuti diet biasa," katanya kepada Bernama.

Mohd Ismail berkata, Perdana Menteri dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi.

"Datuk Seri Najib mengucapkan terima kasih kepada pengirim ucap se lamat yang mendoakan beliau supaya cepat sembuh," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah memberikan perhatian penuh kepada Perdana Menteri bagi memastikan beliau berada dalam keadaan baik.

Sehubungan itu, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan tanda-tanda semakin sihat.

"Marilah sama-sama berdoa agar Perdana Menteri cepat sembuh," katanya.

Najib dimasukkan ke HKL sejak Khamis lalu untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut.

Endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.

Sementara itu, Perdana Menteri menerima hari ini menerima kunjungan beberapa kenamaan dan ahli keluarga termasuk bondanya, Tun Rahah Mohd. Noah.

Turut kelihatan adiknya, Datuk Mohamed Nazim Razak serta beberapa anggota Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Koh Tsu Koon serta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin juga sempat meluangkan masa melawat beliau.

Hadir sama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang serta Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm)

Wednesday, November 3, 2010

Siapa kata Tok Guru ‘main duit’?


Siapa kata Tok Guru ‘main duit’?

Ini bukan hari raya tapi pilihanraya..Seronok juga tengok gambar ini apa lagi setelah terbaca kisah PAS heboh bagi amaran nak buat ‘ tangkapan awam’ mana-mana orang BN yang didapati cuba menyogok pengundi menjelang pilihanraya kecil Galas.

Lepas tu PAS gempak sebar cerita mendakwa dapat maklumat BN nak ‘ tabur’ duit RM1,000 dan peti televisyen pada pengundi untuk beli undi.

Gambar ini dirakam oleh jurugambar bebas Minaq Jinggo semasa lawatan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ke kawasan penempatan Orang Asli di Sandrop, Lojing,Isnin lalu.



Hadir sama calon PAS Galas Dr Zulkifli Mohamad dan beberapa pemimpin PAS.

Berbagai acara diadakan sepanjang lawatan itu.Satu acara yang tidak terancang diadakan ialah mengislamkan tiga Orang Asli.

Baguslah Tok Guru dapat tambah saudara baru.

Cuma nak ikutkan jarang kita dengar amalan lepas Islamkan saudara baru ada ‘ hulur’ duit.

Tok Guru selamba bagi duit RM300 kepada mereka disaksikan semua orang di situ.

Apakah Tok Guru lupa ini musim kempen pilihanraya.Foul tu.



Lagipun bukankah Tok Guru turun ke situ berkempen.

Kalau Sandop,Lojing bukan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Galas…itu lain cerita.

Ini sah-sah Orang Asli di situ adalah pengundi pilihanraya kecil Galas.

Kalau bukti macam ini orang PAS dapat pemimpin UMNO buat memang dah meletop habis.

Gerenti jenuh dijaja serata pelusuk kampong dan bandar.

Mungkin juga billboard besar gambar tengah hulur itu di pacak di jalan masuk bandar Gua Musang.

Tapi ini Tok Guru mesti semuanya OK.Beliau orang baik-baik.Nawaitunya ‘ hulur’ hanya untuk sedekah bukan ‘beli undi’.

Cuma yang kurang sedap didengar tu ada yang kata duit yang Tok Guru bagi tu dihulur oleh tauke balak.

Sebelum ini ramai juga orang yang terkejut dengar beberapa orang Asli yang diinterbiu dalam berita TV3 belasah sakan kerajaan PAS Kelantan yang tak tunai janji nak sertakan mereka dalam program Ladang Rakyat.

Bertahun mereka tunggu habok pun tak ada.

Bukankah menjadi ajaran Islam kita kena sentiasa berpegang pada janji. -2/11/2010

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Tuesday, November 2, 2010

Apa beza wakil rakyat dengan pegawai kerajaan?


Apa beza wakil rakyat dengan pegawai kerajaan?

1.0 STRATEGI keempat Bajet 2011 ialah memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam. Ia merupakan usaha kerajaan yang berterusan untuk memastikan sistem penyampaian (delivery system) jabatan kerajaan lebih berkesan. Jika rakyat berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan, seharusnya ia bersifat lebih menyenangkan bukan bertambah menyusahkan.

2.0 Setiap kita adalah 'rakyat' lantaran itu seorang pegawai kerajaan berjawatan tinggi apabila berurusan dengan jabatan lain, mereka juga akan menjadi 'rakyat' di kaunter kerajaan. Oleh itu, Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) haruslah sentiasa membuat lawatan mengejut terhadap agensi-agensi kerajaan agar mereka lebih mengetahui masalah yang selalu dihadapi oleh rakyat biasa.

2.0 Tersembunyi di sebalik langkah memastikan sistem penyampaian ini, pegawai kerajaan adalah penyelesaian strategik bagi sebarang masalah dan penyelewengan. Pegawai kerajaan sering memberi reaksi yang sangat sinis terhadap kenyataan dan desakan wakil-wakil rakyat baik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ataupun Ahli Parlimen.

3.0 Kata pegawai kerajaan, jika hendak membanteras rasuah, hendaklah didahulukan tindakan terhadap golongan ADUN atau Ahli Parlimen. Jika makin banyak surat sokongan yang dikeluarkan oleh wakil rakyat sama ada ADUN atau Ahli Parlimen yang ditujukan kepada pegawai kerajaan di peringkat atasan, maka bertambah jijiklah mereka.

4.0 Mungkin mereka yang berpendidikan dan berpangkat tinggi belum faham 'apakah peranan' wakil rakyat yang mereka pilih. Kepada rakyat Malaysia, wakil rakyat yang baik ialah yang berjaya dan cepat menyelesaikan masalah harian rakyat seperti masalah orang miskin tiada rumah, jalan berlubang dan yang boleh diajak minum petang bersama dan sebagainya. Malah bil telefon tertunggak pun mohon wakil rakyat menjelaskannya.

5.0 Wakil rakyat yang baik pada hemat rakyat adalah yang dapat menyelesaikan hal-hal sedemikian dengan cepat dan kalau boleh serta-merta. Tidak mengapa kalau wakil rakyat tersebut ponteng sidang Dewan Rakyat atau DUN, asalkan dapat menyelesaikan masalah mereka ini.

6.0 Walau sebaik mana pun 'prestasi' wakil rakyat, jika mereka tidak dapat segera menyelesaikan masalah rakyat, mereka mungkin kalah dalam pilihan raya akan datang. Begitu sinis bunyinya tapi itulah realiti cara pemikiran sebahagian rakyat Malaysia mengenai peranan wakil rakyat.

7.0 Rakyat lupa bahawa yang sebenarnya peranan wakil rakyat ialah penggubal undang-undang atau 'pembuat dasar' dan mereka akan memastikan setiap undang-undang atau dasar negara yang digubal dilaksanakan oleh pegawai kerajaan (eksekutif).

8.0 Jika di Britain (asas kepada sistem ini di Malaysia), apabila timbul sesuatu kes berkaitan masalah rakyat, akan dicari jalan dalam bentuk penggubalan undang-undang dan pengubahan dasar agar ia 'tidak menyusahkan' dan 'menekan' rakyat.

9.0 Pada suatu masa di Britain, terjadi satu peristiwa seorang kanak-kanak dibaham hingga mati oleh seekor anjing. Wakil rakyat Britain yang baik bukan wakil rakyat yang bergegas ke tempat kejadian, sebaliknya dia segera menimbulkannya dan berdebat di Parlimen dan mendesak Parlimen serta Kerajaan Britain supaya menggubal satu undang-undang supaya mereka yang memelihara anjing agar dikenakan tindakan tegas jika binatang peliharaan mereka mencederakan atau membunuh rakyat Britain.

10.0 Hari ini pun begitu, bila tanah runtuh dan adanya berlaku kematian, maka wakil rakyat kita pun bergegas ke tempat kejadian. Bila ada berlakunya kemalangan maut, mereka ke sana. Walhal ini bukan pertama kali rakyat berhadapan dengan peristiwa tanah runtuh dan kemalangan yang menyebabkan kematian.

11.0 Jika sudah ada undang-undang, di Parlimen akan dipersoalkan kebertanggungjawaban pihak eksekutif iaitu pegawai kerajaan (pihak peguat kuasa yang melaksanakan undang-undang dan peraturan itu). Jika ada kecuaian, dewan akan memastikan mereka mesti dihukum atau dilucutkan jawatan.

12.0 Jika ada orang lapar kerana miskin, wakil rakyat yang baik bukan serta-merta memberi wang untuk mereka dapat makan. Wakil rakyat yang baik ialah memastikan kerajaan dan Parlimen menggubal undang-undang supaya tidak ada rakyat lapar kerana kemiskinan. Selepas undang-undang digubal, wakil rakyat yang baik sentiasa memantau dasar itu terlaksana melalui sistem penyampaian berkesan oleh pegawai kerajaan.

13.0 Oleh kerana rakyat tidak faham peranan sebenar wakil rakyat seperti sekarang, maka wakil rakyat yang ada sekarang perlu memiliki banyak wang untuk diberikan kepada rakyat yang datang meminta. Gaji wakil rakyat tidak mencukupi untuk melakukan itu semua. Mereka terdedah kepada permainan para 'penaja' yang membantu mereka sewaktu pilihan raya dan jika wakil rakyat tidak membantu 'penaja' ini, mereka akan kalah dalam pilihan raya yang akan datang.

14.0 Sedangkan, pihak jentera eksekutif (KSN atau KSU serta pegawai kanan kerajaan) pula dilantik oleh wakil rakyat yang menjadi Ahli Kabinet setelah memenangi pilihan raya bagi setiap lima tahun. Berkesan atau tidak berkesan setelah dilantik, mereka boleh terus berkhidmat sehingga bersara atau tamat kontrak. Tak mengapa jika mereka tidak ikut arahan wakil rakyat atau Menteri kerana mereka tetap ada di sana sehingga bersara.

15.0 Sebahagian pegawai kerajaan sangat selamat dan mungkin tidak pernah pun berasa bersalah jika berlakunya rasuah di kalangan mereka. Inilah yang menjadi penyebab utama berlakunya ketirisan sistem penyampaian sehingga rakyat yang tidak memahami sistem kerajaan, percaya rasuah adalah angkara wakil rakyat atau Menteri.

16.0 Sistem penyampaian kita mesti mendahulukan rakyat sebagaimana harapan Perdana Menteri. Apakah salah jika pegawai kerajaan bertindak seperti wakil rakyat - turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat bersama?

17.0 Jika semua wakil rakyat dan pegawai kerajaan boleh menjalankan fungsinya dengan baik, mungkin tidak timbul lagi istilah wakil rakyat yang tidak menjalankan kerjanya kerana semua kerja adalah tanggungjawab bersama. Jangan sampai rakyat yang terpaksa menunggu lama di kaunter-kaunter agensi kerajaan mengeluh dan mengeluarkan ungkapan 'inilah kerajaan Barisan Nasional', lambat dan lembab serta menyusahkan rakyat.

Mohamad Ghazali Zainal Abidin Ampang, Selangor
utusan malaysia 02112010
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm)

Keresahan tentang Melayu

Keresahan tentang Melayu

Oleh Dr. Nordin Kardi

1.0 BEBERAPA minggu yang lalu saya menyertai forum di Shah Alam bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam). Tajuk forum adalah 'Survival akhbar Melayu'.

2.0 Semasa berforum, Zam bersungguh-sungguh memberi hujah bahawa akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia adalah akhbar nasional, bukan akhbar untuk orang Melayu. Zam juga meratapi mengapa bahasa Melayu sekarang yang sepatutnya menjadi bahasa kebangsaan semakin mengecil penggunaannya, seolah-olah ia hanya bahasa untuk orang Melayu di Malaysia. Tidak usahlah didebatkan mengapa hal itu terjadi dan salah siapa kerana debat sedemikian tidak akan ada kesudahannya.

3.0 Yang menjadikan pintu ingatan saya diketuk kembali oleh kata-kata Zam itu ialah apabila saya menerima e-mel daripada sahabat saya, Datuk Zuraidah, bekas Ketua Eksekutif sebuah bank yang juga seorang peguam dan begitu cenderung mengikuti pelbagai perkembangan dalam negara. Dalam e-mel beliau itu, dikepilkan ulasan seorang penulis yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina.

4.0 Rencana yang seolah-olah ditulis oleh pembaca dan bukan editorial itu seakan-akan menyindir Perdana Menteri yang berbaju Melayu sepanjang tempoh Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu. Najib disindir mengapa tidak berbaju Melayu selang sehari kemudian di tempat yang sama iaitu PWTC, semasa berucap menerangkan mengenai transformasi ekonomi kepada masyarakat perunding perniagaan, sebaliknya berkot dan bertali leher merah serta berbahasa Inggeris pula.

5.0 Mengapa saya cenderung mengatakan tulisan itu menyindir Najib kerana antara terjemahan yang saya terima daripada tulisan itu berbunyi seperti ini: "Mengikut kata-kata daripada seorang rakan berbangsa Melayu, pakaian yang dipakai oleh Najib baik dari segi warna, design - semuanya yang terbaik dan agak menyerlah. Sebab itu, kita tidak pernah melihat pemimpin UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tidak memakai baju Melayu.

6.0 Malah, gerai-gerai pakaian di Putra World Trade Centre menyaksikan perniagaan yang terlaris adalah menjual pakaian tradisi itu. Boleh dikatakan yang mempertahankan pakaian kaum yang begitu kuat adalah kaum Melayu. Jika MCA adakan mesyuarat Agung mereka, kita hanya nampak semuanya berpakaian warna putih iaitu pakaian seragam parti.

7.0 Tidak kelihatan baju Cheongsam, ataupun pakaian Tongshan. Komunis di negeri China juga meniupkan suara kaum, tetapi semasa perhimpunan mesyuarat Agung mereka, Fu Jin Dao dan uncle Wen semuanya mengenakan pakaian baju kot barat yang begitu segak. Jika lihat di Perhimpunan Agung UMNO, semuanya mengenakan pakaian baju Melayu. Sudah tentu ia melambangkan untuk mempertahankan tradisi kaum".

8.0 Sekiranya kecenderungan saya mentafsirkan petikan itu sebagai sindiran kerana terjemahan itu salah, maka saya bersedia memohon maaf.

9.0 Namun apabila membaca seterusnya tentang diskripsi pakaian Najib semasa majlis transformasi ekonomi itu, sensitiviti saya menjadi semakin menebal.

10.0 Bunyinya begini: "Dari segi pakaian Najib yang dikenakan dengan tali leher berwarna merah, designnya serta kualitinya memang yang terbaik, dilengkapkan dengan berbadan besar dan segak... memang mengagumkan, dan bahasa Inggeris Najib jika mengikut tahap di Malaysia memang agak luar biasa bagus. Ia tetap mengagumkan".

11.0 Penting sangatkah soal pakaian sehingga seorang bekas Naib Canselor terheret menulis mengenai hal ini. Tidak ada isu lain yang lebih penting hendak ditulis? Terpulang kepada tafsiran pembaca.

12.0 Namun yang hendak saya kemukakan ialah perbandingan cerita pakaian Perdana Menteri dengan isu akhbar dan bahasa Melayu yang diutarakan oleh Zam pada perenggan awal tulisan ini. Zam tidak menyalahkan orang lain mengapa bahasa Melayu dan akhbar Melayu seperti gagal menjadi bahasa dan akhbar nasional atau hanya orang Melayu yang menganggap kedua-duanya bertaraf nasional.

13.0 Demikian juga implikasi tulisan dalam akhbar Cina itu. Bukankah setiap kali ada majlis negara termasuk majlis mengadap Raja-Raja, dalam surat atau kad jemputan akan disebut peraturan pakaian, sama ada pakaian kebangsaan atau 'lounge suit'.

14.0 Dalam majlis menerima pingat pula, orang Melayu hanya diberi pilihan sama ada berpakaian kebangsaan atau memakai pakaian seragam bagi kakitangan kerajaan dalam pelbagai sektor.

15.0 Untuk orang bukan Melayu dibenarkan berpakaian 'lounge suit'. Perkara yang ingin saya jadikan isu ialah perkataan 'kebangsaan'. Penulis dalam akhbar Cina itu menyebut Najib berbaju Melayu. Tidakkah dia pernah tahu bahawa baju yang dipakai oleh Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO itu adalah pakaian kebangsaan? Demikianlah apabila berterusan, pelbagai pengecualian diberi kepada rakyat 1Malaysia daripada mengamalkan amalan kebangsaan kerana istilah yang digunakan memasukkan perkataan Melayu, sehingga ada yang tidak tahu beberapa perkara yang berjenama Melayu itu bukan hanya untuk orang Melayu sebaliknya adalah perkara nasional.

16.0 Tidak hairanlah apabila pemimpin negara, yang kebetulan bercakap mengenainya hanya pemimpin Melayu, berbuih mulut dan kering air liur mengajak ibu bapa bukan Melayu menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan, masih ramai yang memandang sebelah mata kepada seruan itu. Ini kerana mereka menganggap sekolah itu untuk anak-anak Melayu sahaja. Bergadai bergoloklah Menteri Pelajaran berbelanja dan menyeru supaya sekolah kebangsaan itu diperkasakan untuk semua rakyat, namun stigma sekolah kebangsaan hanya untuk orang Melayu belum dapat disucikan.

17.0 Mungkinkah di Malaysia ini perlu dikeluarkan fatwa baru bahawa beristinja dengan air sudah tidak memadai kerana tidak lagi suci dan menyucikan lalu perlu beralih kepada batu untuk bertaharah?

18.0 Hal bahasa Melayu, akhbar Melayu dan baju Melayu yang saya persembahkan dengan suara resah ini sebetulnya belum lagi meresahkan saya. Ada lagi keresahan lain yang mengganggu saya. Oleh kerana apa saja yang dilekatkan dengan perkataan Melayu, ia akan dianggap perkauman sehingga setiap orang perlu Melayu sentiasa berhati-hati menggunakan perkataan itu.

19.0 Perlahan-lahan perkataan itu akan mengalami metamorforsis dan menjadi suatu taboo. Oleh kerana sudah menjadi taboo, di mana-mana sahaja pemimpin atau bukan pemimpin Melayu ingin menyebut perkataan Melayu, dia harus terlebih dahulu meminta maaf.

20.0 Di Parlimen pun nanti mereka akan memulakan kata-kata berbunyi, "Tuan Yang di-Pertua, dengan izin' sebelum berani menyebut perkataan itu. Selepas menjadi taboo, menyebut perkataan Melayu lambat laun akan menjadi suatu dosa. Setiap dosa mesti dibalas dengan hukuman. Mungkinkah demikian?

21.0 Hal ini pun belum mengakhiri keresahan saya. Kemuncak keresahan saya adalah apabila nanti nama Malaysia pun perlu ditukar kepada nama lain kerana adanya perkataan 'Malay' sebelum 'sia'. Kesanggupan pemimpin Melayu mengkompromikan nama negara menjadi Malaysia dan tidak negara Wilayah Melayu nampaknya tidak berapa dijiwai oleh generasi muda. Penggunaan lenggok Inggeris bagi menamakan negara seperti bertujuan mengurangkan 'totok' Melayu untuk disebut oleh rakyat bukan Melayu.

22.0 Nampaknya 'sorongan' tidak dibalas dengan 'tarikan' yang setimpal. Pada hal, jika keputusan dulu sebaliknya, maka setiap rakyat tidak kira Melayu atau bukan Melayu, jika mereka berada di luar negara dan ditanya asal negara mereka, mereka akan menjawabnya 'saya dari negara Melayu atau saya dari negara Wilayah Melayu (terjemahan Malaysia) dan pasti tidak akan ada yang bertanya atau mendengar jawapan 'saya Malaysian Chinese atau Indian Chinese'. Ia seperti tidak pernah ada orang Melayu pada masa ini menjawab soalan sedemikian dengan jawapan 'saya Malaysian Malay', selain daripada menjawab 'saya Malaysian'.

23.0 Sepanjang saya memahami hidup bernegara, saya sentiasa merasakan ahli-ahli Kabinet Cina atau India sebagai pemimpin saya dan bukan pemimpin untuk kaum mereka sahaja.

24.0 Adakah rakan saya dari kaum yang saya sebutkan itu juga berperasaan seperti saya bahawa Najib, Muhyiddin, Hishammuddin, Shafie Apdal itu pemimpin mereka atau pemimpin untuk orang Melayu sahaja? Mungkin Yang Berhormat Datuk Chor tak tahu, bahawa setiap kali bertembung dalam kapal terbang dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, diam-diam saya sangat menghormati dan mengiktiraf beliau sebagai 'pemimpin saya' oleh keramahan dan santunnya.

Tan Sri Dr. Nordin Kardi ialah Profesor di Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm)

Najib demam campak, tilam empuk bukan penawar



Najib demam campak, tilam empuk bukan penawar

Alhamdulillah DS Najib dah mula menunjukkan tanda-tanda pulih dari sakit demam campak. DS Rosmah berkata, beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan mengalas tempat tidur dengan daun mambu agar cepat sembuh.

Rawatan penyakit campak tidak ada fomula khas dari pakar perubatan ia memerlukan rawatan secara tradisional seperti daun mambu dan air kelapa. Daun mambu hendaklah di alas di atas tempat tidor dan pesakit hendaklah tidur di diatas daun tersebut.

Menurut orang-orang tua daun mambu juga boleh dibuat untuk menggaru badan jika gatal-gatal campak.Pantang sekali jika terkena hujan kerana parutnya akan berkekalan sampai akhir hayat.

Ternyatalah dalam dunia moden hari ini tilam empok bukan penawar bagi penyakit campak yang sedang dihidapi oleh Perdana Menteri.

Posted by MUMMY ROKIAH at 8:22 PM

(sumber;http://mummyrokiah.blogspot.com/2010/11/najib-demam-campak-tilam-empuk-bukan.html)