2010/09/17
KUALA LUMPUR: DAP menafikan hubungannya dengan peguam bergelar ‘Datuk’ yang disyaki sebagai dalang dalam pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain.
Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw, berkata suspek utama pembunuhan kejam berkenaan bukanlah ahli DAP seumur hidup seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.
“Suspek pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain bukan ahli DAP seumur hidup dan dakwaan mengenai keahliannya dengan parti adalah tidak berasas sama sekali.
“Perkara yang macam ini harus disiasat dengan teliti dan tak boleh dibuat main-main, malah DAP sendiri tidak tahu apa-apa mengenai peguam yang disyaki terbabit itu,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan beberapa pihak bahawa suspek utama pembunuhan adalah ahli DAP dan sering menyalurkan bantuan kewangan untuk aktiviti parti berkenaan.
Dr Tan berkata, DAP tidak pernah membenarkan seseorang individu yang terbabit dengan jenayah untuk menyertai parti.
Katanya, DAP mengambil berat mengenai latar belakang ahlinya supaya tidak terbabit dalam sebarang kegiatan yang boleh memudaratkan parti dan tindakan tegas diambil kepada mereka yang mempunyai kaitan aktiviti jenayah tanpa mengambil kira kedudukannya dalam parti.
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembunuhankejamSosilawati_DAPnafi__8216_Datuk__8217_ahlipartiseumurhidup/Article)
1 comment:
habis, ronnie liu tu hapa kebenda nya. kau tak pernah check ke.
Post a Comment