Jejak kejam - Lubuk komunis di Perak
Menyaksikan kekejaman Panganas Komunis
Penjenayah yang dicanang sebagai hero
Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik
LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.
Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand.
Kesian kepada Pak Lebai ini!!kurang pemahaman sejarah
Ketika pihak pembangkang berbicara mengenai soal kemasukan bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda perlu ada keinsafan dan kesedaran bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu amat berasas, bukan sekadar gimik politik.
Sebenarnya Chin Peng (Lahir 21 Oktober 1924) nama samarannya Ong Boon Hwa juga ketua Parti Komunis Malaya. Chin Peng bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan iaitu kampung yang sama dengan Ngeh Ko Ham juga ADUN Sitiawan sekarang. Kini Ngeh juga dikatakan ada talian saudara yang sangat rapat dengan Chin Peng . Chin Peng merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi yang teruk di China tahun 1930.
Berbalik kepada peristiwa di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali.
Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.
Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis akibat pemahan sejarah sudah tidak menjadi satu nilai lagi, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman.
Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah Peristiwa Bechah Kemahang yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan.
Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau.
Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.
Semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Menyingkap ringkas Peristiwa Bechah Kemahang, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis.
Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.
Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung.
Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan, katanya.
Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff.
Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh.
Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah sehingga kini.
DARI Changkat Berangan menuju ke banjaran Bintang Hijau, pasti akan menemui lokasi yang dikatakan sarang komunis. Kedudukannya di lereng bukit di tanah agak rata memang strategik untuk pertahanan jika diserang.
Beberapa tinjauan mendapati, menemui satu kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itulah yang dikatakan sarang komunis dan logiknya memang ada kerana di tengah hutan tebal, terdapat kawasan yang seolah-olah dibersihkan.
Pokok besar masih kekal, tetapi di bawahnya cuma tinggal pokok hutan renek setinggi paras lutut orang dewasa, menunjukkan seolah-olah ia pernah menjadi penempatan untuk tempoh yang lama.
Di kawasan dianggarkan 200 meter persegi itu kelihatan wujud satu lubang besar seperti kawah yang dalamnya melebihi paras lelaki dewasa. Kawah besar itu adalah bekas letupan bom yang dijatuhkan pesawat pengebom British ke atas kedudukan sarang komunis.
Info:
Krew pesawat Bristol Brigand RH 755 yang terkorban.
* Juruterbang: Basil Cochrane,
* Sarjan James Blacklock Armstrong.
* Cyril John Alexander Cox.
Banjaran Bintang Hijau
* Mendapat nama sempena kedudukan kumpulan komunis Bintang 3 dan Bintang 5.
* Laluan ke sempadan Thailand (seminggu perjalanan).
* Dikelilingi berbelas kampung Baru Cina yang diwujudkan semasa darurat.
* Pernah menjadi laluan gerila dan Force 136.
* Pernah diisytiharkan kawasan hitam pada 1950-an, 1960-an dan 1970-an,
Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik:
* 800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur.
* Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu:
* Bukit Buloh.
* Malau.
* Kubang.
* Kuala Kenering.
* Sungai Terap.
* Kampung Chua.
* Kampung Beko
* Manong
* Kampung Chepor
* Bukit Sapi, Lenggong.
Tujuh bersaudara Homeguard
* Osman Mat Piah
* Hussien Mat Piah
* Yaakob Mat Piah
* Mior Ahmad Yaakob
* Mior Kassim Yaakob
* Mior Ariffin Yaakob
* Sulaiman Pandak Yusoff (menantu Yaakob)
Janganlah sesudah mencapai kemerdekaan 53 tahun kita membiarkan negara kita dijajah semula.
Saya juga ingin mecadangkan kepada kerajaan supaya sejarah keganasan komunis diberi pendedahan terutama kepada generasi muda yang lupa sejarah. Ini mengelakan pihak lain mengambil kesempatan memanipulasikan sejarah dan menjadikan Komunis sebagai wira negara
Ingat Komunis mempunyai pelapis sehingga kini
Posted by PENGUNDI SETIA SUNGAI RAPAT at 1:49 PM
(sumber;http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/08/komunis-mengganas.html)
1 comment:
Memang sememangnya benar kaum cina kuffar pelampau lagi mafia masih hidup beroperasi di bandar2 dn kampung2 sehingga kini ultra rasis bencikan Melayu dan Islam yang di taja mafia yahudi kuffar dunia kini, Maka bersiap-siaga atas kesalahan dan penyelewengan kita membangunkan Tanah Melayu dulu dan kini dgn kemarahan & kemurkaan AllahSWT & RasulSWT nanti pd 2012 dgn bencana alam banjir terbesar di lembah klang ini, Bersiap siaga kita sediakan payung sebelum hujan terlebat sekali seperti di pakistan alami kini.Salam dari 'Kemega' blogspot.
Post a Comment