Friday, September 17, 2010

Ingat 16 September, Ingat Kelentong Besar Anwar


Ingat 16 September, Ingat Kelentong Besar Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Selain penubuhan Malaysia, tarikh 16 September juga perlu diingati seluruh rakyat di negara sebagai hari pembohongan mega oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Tegasnya tarikh 16 September 2008 tidak mungkin dilupakan rakyat kerana pada tarikh itulah satu penipuan politik terbesar berlaku kononnya berlaku perubahan kerajaan di mana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan ditumbangkan.

“Anwar pada waktu itu berdrama yang ditonton oleh seluruh negara malahan seluruh dunia bahawa dia akan mengetuai kerajaan akibat lompatan fatamorgana, ilusi 30 Ahli Parlimen BN kononnya..

“Rakyat perlu ingat 16 September bukan hanya penubuhan Malaysia tetapi pembohongan mega itu sebagai ingatan siapa sebenarnya Ketua Pembangkang yang akan menjanjikan apa sahaja,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi bukan sahaja rakyat di negara ini dan masyarakat seluruh dunia tertipu malah di kalangan pemimpin pakatan pembangkang juga turut terpedaya.

“Itulah wajah sebenar Anwar yang perlu sentiasa diingati rakyat terutama menjelang tarikh 16 September,” ujarnya.

Beberapa bulan sebelum tarikh 16 September 2008, Anwar telah mewar-warkan kononnya pakatan pembangkang akan menggantikan kerajaan BN apabila sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti.

Malah beberapa ahli parlimen pembangkang juga bersusah payah sanggup membontoti beberapa ahli parlimen BN ke Taiwan bagi merealisasi misi tersebut.

Malangnya apabila tiba tarikh 16 September 2008 tiada apa yang berlaku selain satu pembohongan besar yang akan diingati seluruh rakyat negara ini dan dunia sampai bila-bila. -MediaUMNO

(sumber;http://umno-online.com/?p=20920)

No comments: