Tuesday, September 28, 2010

Iktibar daripada tuduhan melulu Kit Siang

Iktibar daripada tuduhan melulu Kit Siang

SEJAK lebih sebulan lalu, pemimpin pembangkang berebut-rebut mahu mengutip 'bonus politik' daripada insiden dua orang guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sebelum ini.

Pertama, melibatkan seorang pengetua menegur beberapa pelajar Cina yang tidak menghormati lagu Negaraku ketika sambutan Hari Kemerdekaan di sekolahnya di Kulaijaya, Johor pada 12 Ogos lalu.

Insiden kedua pada 19 Ogos lalu, membabitkan seorang guru sekolah menengah di Bukit Selambau, Kedah menegur beberapa pelajar Cina yang makan di tempat terbuka ketika bulan puasa.

Tanpa mengambil kira alasan dan punca kedua-dua guru itu membuat teguran kepada pelajar-pelajar tersebut, pembangkang tidak henti-henti mendesak supaya tindakan diambil terhadap mereka.

Kemuncaknya apabila penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan menggunakan kuasa eksekutifnya sebagai Menteri Pelajaran untuk bertindak terhadap kedua-dua guru berkenaan.

Bagaimanapun dia ditempelak oleh Muhyiddin yang menegaskan, beliau tiada kuasa eksekutif untuk bertindak terhadap mana-mana pegawai kerajaan berjawatan tetap termasuk kedua-dua guru tersebut. Sebaliknya ia hanya terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara.

Dalam kelantangan dan keghairahannya mengkritik dan memburuk-burukkan serta mencari salah kerajaan, akhirnya Kit Siang terperangkap di sebalik kenyataannya sendiri.

Sekali gus, ini juga memperlihatkan Kit Siang seorang yang tidak melakukan penyelidikan sebelum membuat kenyataan. Apa yang beliau tahu ialah memburuk-burukkan pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kira sama ada tuduhannya benar atau palsu.

Dalam isu kedua-dua guru tersebut yang didakwa sebagai rasis, pembangkang khususnya DAP sebenarnya tiada tujuan lain kecuali mahu menunjukkan mereka adalah hero di kalangan masyarakat Cina.

Apa yang mereka mahu ialah masalah disiplin melibatkan pelajar Cina terbabit dilupakan dan dipadamkan daripada perbincangan. Sebaliknya mereka hanya mahu melihat kedua-dua guru itu diambil tindakan.

Merekalah sebenarnya yang rasis dan bersikap pilih kasih.

Apa tidaknya, dalam kes Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee yang bukan saja bertindak menunjuk aksi lucah, biadab dan tidak bermoral malah sanggup mencetuskan api perkauman secara terbuka di Internet, DAP dan Kit Siang tidak pula beria-ia meminta tindakan diambil terhadapnya.

Seluruh Malaysia mengetahui Namewee pernah mengubah suai lirik lagu kebangsaan Negaraku kepada 'Negarakuku.' Namewee juga mempersendakan orang Islam termasuk menghina azan menerusi laman webnya.

Semua itu tidak dianggap rasis oleh DAP dan Kit Siang, hanya kerana Namewee bukan orang Melayu. Jika dia orang Melayu, sudah pasti Kit Siang menjadi orang pertama mengheretnya ke pengadilan.

Inilah sikap sebenar pimpinan DAP termasuk Kit Siang sejak dari dulu, kononnya memperjuang kesamarataan hak semua warganegara tetapi hakikatnya mereka cuma mempertahankan puak dan kaumnya sahaja.

Yang tidak pernah sedar ialah orang Melayu sendiri, membiarkan hak, ketuanan dan keistimewaan kaum sendiri dipersoalkan.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm)

DILEMA ANTARA MALAY FIRST DAN MALAYFOBIA



DILEMA ANTARA MALAY FIRST DAN MALAYFOBIA

1.0) Lim Kt Siang puji mereka yang berani mengistiharkan dirinya, 'i am Malaysian first, Malay second'. Iaitu mengutamakan dirinya sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan bangsa sebagai perkara kedua penting.

2.0)Isu ini mula dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dalam sidang Parlimen yang lalu. Katanya dia sokong 1Malaysia, dengan syarat bangsa mestilah diletakkan sebagai perkara kedua, seperti 'i am Malaysian first and Chinese second'. Dia kemudian cabar penyokong kerajaan termasuk menteri supaya berani istihar diri mereka, iaitu i am Malaysia first and Malay second. Persoalannya, perlukah kita layan cabaran Lim Kit Siang itu? Perlukah isu ini dipolimikkan. Apa untungnya jika kita kata, ' i am Malaysian first and Malay second'.

3.0)Ia sama jika kita berdebat tentang mana dulu antara 'telor dengan ayam'. Kalau dibahaskan, maka ia tidak akan berkesudahan. Akhirnya akan terbitlah hujah hujah yang mencarut dan tidak rasional. Ia membuang masa dan tidak menyelesaikan sebarang masalah. Yang nyata, telor dan ayam sama penting. Kedua duanya disukai dan sama sedap. Matlamatnya ialah, apakah ianya sedap, mengenyangkan dan berkhiasat. Ia bertambah sedap jika kita pandai memasaknya dengan berbagai cara. Pokoknya ia bergantung kepada kebijaksanaan dan kebolehan manusia itu sendiri.


4.0)Apa salahnya kita mengaku, i am Malay first and Malaysian second. Negara dan bangsa tidak boleh dipisahkan. Bangsa adalah akar, sumber budaya dan jati diri kita. Tanpa akar dan jati diri, kita tidak dapat membentuk sebuah negara bangsa. Kalau kita sudah melupakan rupa bentuk dan jati diri bangsa, maka kita akan menjadi bangsa yang liberal, mudah dibeli, hilang jati diri, tidak berakal dan tidak berbudi. Bangsa seperti ini hanya melemahkan negara. Dia tidak tahu asal usulnya. Baginya apa pun tidak mengapa. Akhirnya bukan sahaja pemikirannya dijajah tetapi negaranya akan turut dijajah.


5.0)Sebab itu tidak salah seseorang itu mengaku diriny 'i am Malay first, i am Chinese first atau i am Indian first'. Semua memahaminya kerana dalam konteks Malaysia kepelbagaian adalah aset atau kekuatan dan bukannya liabaliti. Dalam konteks ini Dato Nik Aziz turut terperangkap, bila berkata dia tidak bangga mengaku dirinya sebagai orang Melayu. Dia lebih bangga dipanggil sebagai orang Islam. Apakah Nik Aziz lupa, dari segi fitrah, Allah turunkan manusia lebih dulu ke bumi sebelum Allah menurunkan agamanya. Allah menjadikan manusia berperingkat, berbangsa bangsa, lelaki dan perempuan supaya mereka mengenali antara satu dengan lain.


6.0)Ini yang dikatakan sebagai multi level identities atau pun hirarchy of identities. Sebab itu sebuah negara bermula dengan kampong, mukim, daerah, negeri dan kemudian barulah negara. Maka dia kena ingat akarnya yang bermula dari kampong. Jika tidak, dia sebenarnya meruntuhkan asal usulnya. Sebab itu mana mana pemimpin UMNO jika dia mengatakan dirinya sebagai Malaysian first, Malay second, sebenarnya dia menyanggah perlembagaan, perjuangan dan tujuan penubuhan UMNO itu sendiri.


7.0)Oleh itu cabaran Lim Kit Siang hanyalah merupakan satu perangkap halus. Malangnya sudah ada orang Melayu yang terperangkap. Sedangkan Lim Kit Siang sebagai individu yang melontarkan idea itu sendiri bersikap cakap tidak serupa bikin. Apa tidaknya, dia boleh kata, i am Malaysian first and Chinese second. Hakikatnya, tindak tanduk beliau lebih kecinaan iaitu 'i am Chinese first, Malaysian second'. Perjuangan politiknya tidak sama dengan apa yang dia laungkan. Semuanya bersifat perkauman. DAP hanya berminat dalam isu yang membabitkan satu kaum. Cukup jelas DAP menang kerana sokongan pengundi Cina. Tanpa undi Cina mereka tidak akan menang. Sebab itu mereka terus memainkan isu orang Cina, kerana itu sumber mereka meraih undi dan kemenangan dalam pilihanraya selama ini.

8.0)Apabila ada pemimpin Melayu yang menyatakan ' i am Malaysian first and Malay second', sebenarnya dia dilanda sindrom 'Malayfobia'. Sindrom 'Malayfobia' cukup bahaya dan boleh mengancam jatidiri bangsa. Wajar semua pihak membenterasnya.

Posted by Dr Puad Zarkashi at 5:44 PM
(sumber;http://puadzarkashii.blogspot.com/2010/09/mana-yang-betul-malaysian-first-malay.html)

Sunday, September 26, 2010

Melayu Hilang Kuasa Jika Pembangkang Memerintah – Tun M


Melayu Hilang Kuasa Jika Pembangkang Memerintah – Tun M
Oleh: MOHD NASRI ZAKARIAH.

KUALA LUMPUR 23 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini.

Menurutnya, apa yang di nyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri pakatan pembangkang, walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.

“Kita lihat Nizar (Mohamad Nizar Jamaluddin) di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari Dap sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya kepada UMNO-online.

Bekas Perdana Menteri itu mengatakan, walaupun Nizar itu mewakili Pas yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Menurutnya, menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.

Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh Keadilan (PKR) bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi Perdana Menteri.

“Malangnya UMNO telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapa, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.

Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi. – MediaUMNO.

(sumber;http://umno-online.com/?p=21569)

Thursday, September 23, 2010

Gambar seribu makna


Gambar seribu makna

Posted by Anak Kuala |


JOM lah sokong DAP sama macam pas dan pkr sokong depa. Depan pas dan pkr bukan main lagi angkat melayu dan Islam tapi keluar dalam surat khabar yang Pas dan PKR tak baca lain pulak jadinya.. BARUA betul

Apa lagi kawan-kawan jom lah join DAP. Lepas ini bagi je negara ini dekat DAP. Buat apa susah-susah kan?

Melayu Singapura pun boleh hidup walaupun diperintah oleh "bapak" DAP. Mereka ditekan di bumi Singapura pun dapat juga makan walau pun kalau kerja tak boleh nak naik pangkat. Bila kerja tak naik-naik pangkat tapi bila ada kenaikan pangkat yang dapat hanya dari kaum yang sebangsa dengan PAP sahaja. Yang baru masuk kerja pun boleh naik pangkat hanya sebab ada lesen kulit sama dengan PAP.

Habis teruk pun orang Melayu Singapura berhijrah ke negera lain apabila tak tahan di"buli" oleh kaum lain.

Jadi inilah peluang anak cucu kita orang Melayu akan datang pun berhijrah ke luar negara sebab kalau jadi macam di negara selatan itu, walaupun dalam perlembagaan kata ada hak melayu, ada bahasa melayu sebagai bahasa rasmi tapi bila KUASA ada di tangan orang lain,

jangan kata nak hak sendiri, hak orang lain pun kita tak merasa.

(sumber;http://pemudapadangrengas.blogspot.com/2010/08/gambar-seribu-makna.html)

Wednesday, September 22, 2010

Kenapa DAP heret blog Pisau.net ke SKMM ?


Wednesday, September 22, 2010
Kenapa DAP heret blog Pisau.net ke SKMM ?

Kita tentu masih ingat kes seorang penulis blog bernama Hassan Skodeng yang telah didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana memuat-naik artikel berbentuk parodi atau satira di blognya. Artikelnya itu telah menyebabkan Tenaga Nasional Berhad(TNB) membuat aduan rasmi kepada SKMM dan tindakan itu nampak ‘berkesan’ kerana TNB berjaya mengheret Hassan Skodeng ke mahkamah.

Kebanyakan blogger dan kumpulan tertentu dilihat bangkit mempertahankan tindakan Hassan Skodeng termasuklah juga parti DAP.DAP yang kita lihat berada dalam kedudukan ‘langsung tiada kaitan’ dengan kes tersebut membidas tindakan SKMM mengheret Hassan Skodeng berhubung tulisannya itu. Lim Guan Eng berkata tindakan itu bukan sahaja “keterlaluan tetapi juga mengarut.” Terbukti, dalam kes Hassan Skodeng, DAP menghentam SKMM.

Terbaru adalah kisah mengenai penulis blog Pisau.net. Satu negara gempar bila blog tersebut membuat pendedahan berani mengenai wang Ehsan yang diberi oleh kerajaan DAP Penang kepada warga emas negeri itu adalah dari sumber judi.DAP dilihat panas punggung dengan pendedahan blog Pisau.net. Jadi, apa tindakan DAP? Buat laporan polis? Tidak…tidak. DAP nampaknya ‘tidak berani’ buat laporan kepada polis. Mereka mencari SKMM.

Dalam kes Hassan Skodeng dulu, mereka mengutuk dan membidas SKMM. Kini mereka terhegeh-hegeh pula buat aduan rasmi kepada SKMM atas dakwaan artikel yang disiarkan dalam blog Pisau.Net adalah tidak berasas dan bertujuan memfitnah kerajaan negeri.

TNB berjaya heret Hassan Skodeng ke mahkamah bila mereka buat laporan kepada SKMM. Kini, DAP lakukan cara yang sama. Mereka tidak lagi membidas SKMM. Mereka dah sayang SKMM.

Pisau.net usah gentar. Berani kerana benar, lawan tetap lawan !


Posted by Nasionalis1982 at 11:26 AM 1 comments

(sumber;http://nasionalis1982.blogspot.com/2010/09/dap-heret-blog-pisaunet-ke-skmm.html)

'Gurau' dengan TNB: Hassan Skodeng didakwa


'Gurau' dengan TNB: Hassan Skodeng didakwa

Joseph Sipalan

Seorang penulis blog, Irwan Abdul Rahman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menggunakan aplikasi internet bagi menghantar komen palsu pada Mac lalu.

Beliau yang menggunakan nama Hassan Skodeng di laman web, didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu dengan niat untuk menyakiti hati orang lain, di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.
Menurut peguamnya, Jahaberdeen Mohamed Yunoos, ini adalah kali pertma seorang penulis blog didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat-naik artikel berbentuk parodi atau satira di blognya.

Jika didapati bersalah, Irwan berdepan dengan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Irwan yang juga editor eksekutif akhbar Malay Mail bagi seksyen gaya hidup dan hiburan itu, memuat-naik artikel yang berjudul "TNB to sue WWF over Earth Hour" pada 25 March tahun ini.

Tindakannya itu menyaksikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat aduan rasmi kepada SKMM pada 2 April lalu.

"Tuduhan seperti ini akan memberi impak yang besar terhadap perkembangan sastera dan penulisan di Malaysia,” kata Jahaberdeen di luar mahkamah.

SKMM diwakili oleh timbalan pendakwa raya Badius Zaman Ahmad dan pegawai pendakwanya, Zairul Nahar Zakaria.

Hakim kemudiannya membenarkan Irwan dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Penasihat Kumpulan Red Berry Media, Datuk Ahiruddin Atan yang juga dikenali dengan nama Rocky bertindak sebagai penjaminnya.

Hayatul kemudian menetapkan 24 November ini sebagai tarikh sebutan.

Sementara itu, DAP dalam satu kenyataan membidas tindakan SKMM mengheret Irwan ke mahkamah berhubung tulisannya yang berbentuk satira itu.

DAP: SKMM tak faham gurauan?

Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata tindakan itu bukan sahaja “keterlaluan tetapi juga mengarut.”

"Adakah ini bermakna satira atau gurauan sekarang ini adalah salah dari segi undang-undang di Malaysia? Apa yang terjadi dengan negara sekarang ini?” soalnya.

Irwan pada artikelnya itu secara bersenda mengambarkan presiden dan ketua pegawai eksekutif TNB, Datuk Che Khalid Mohd Noh sebagai berkata kempen 'Earth Hour' itu menjejaskan kewangan syarikatnya dan menuduh penganjur kempen berkenaan, World Wide Fund for Nature sebagai "pengganas hijau".

Lim yang berkata satira itu sepatutnya diterima - berhujah bahawa tokoh wartawan negara dan pejuang kebangsaan, Datuk Ishak Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Pak Sako juga menggunakan satira dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan.

Beliau juga memetik penulis satira berbangsa Inggeris yang terkenal, Jonathan Swift, yang pernah berkata: "Satire is sort of glass, wherein beholders do generally discover everybody's face but their own."

(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/141707)

Friday, September 17, 2010

"Hantar Maklumat Ke Laman Facebook Saya Jika Takut Buat Laporan", - Khalid


"Hantar Maklumat Ke Laman Facebook Saya Jika Takut Buat Laporan", - Khalid

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyelewengan anggota polis di negeri itu tetapi tidak berani membuat laporan supaya menyalurkan maklumat berkenaan ke laman Facebook beliau.

Khalid berkata orang ramai mungkin takut diancam atau diugut jika laporan yang dibuat diketahui oleh anggota yang menyeleweng tetapi ini tidak akan berlaku jika ianya disalurkan terus kepada beliau.

"Orang ramai tidak perlu takut melaporkan sebarang penyelewengan anggota polis kepada pihak berkuasa...kalau tak berani, terus berhubung dengan saya.

"Bagaimana sesuatu penyelewengan itu hendak disiasat jika tiada sebarang laporan yang dibuat dan jika benar ada penyelewengan berlaku kenapa takut untuk membuat laporan?," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Jumaat.

Khalid diminta mengulas dakwaan terdapat anggota polis telah "dibeli" (dirasuah) oleh suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bagi menutup kegiatan jahatnya.

Pada Khamis, Khalid meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kegiatan itu supaya melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman, atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengulas lanjut beliau tidak menafikan terdapat anggota polis yang bergaji kecil tetapi hidup mewah dan berkata unit tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau perkara tersebut.

"Unit tatatertib sendiri yang ditugaskan untuk menyiasat jika seseorang pegawai itu hidup mewah dibandingkan dengan gaji mereka.

"Kita tidak akan melindungi mana-mana anggota mahupun pegawai yang menyeleweng," tegas beliau.

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=528408)

Pembunuhan kejam Sosilawati: DAP nafi ‘Datuk’ ahli parti seumur hidup

2010/09/17
KUALA LUMPUR: DAP menafikan hubungannya dengan peguam bergelar ‘Datuk’ yang disyaki sebagai dalang dalam pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain.

Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw, berkata suspek utama pembunuhan kejam berkenaan bukanlah ahli DAP seumur hidup seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.
“Suspek pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain bukan ahli DAP seumur hidup dan dakwaan mengenai keahliannya dengan parti adalah tidak berasas sama sekali.
“Perkara yang macam ini harus disiasat dengan teliti dan tak boleh dibuat main-main, malah DAP sendiri tidak tahu apa-apa mengenai peguam yang disyaki terbabit itu,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan beberapa pihak bahawa suspek utama pembunuhan adalah ahli DAP dan sering menyalurkan bantuan kewangan untuk aktiviti parti berkenaan.

Dr Tan berkata, DAP tidak pernah membenarkan seseorang individu yang terbabit dengan jenayah untuk menyertai parti.

Katanya, DAP mengambil berat mengenai latar belakang ahlinya supaya tidak terbabit dalam sebarang kegiatan yang boleh memudaratkan parti dan tindakan tegas diambil kepada mereka yang mempunyai kaitan aktiviti jenayah tanpa mengambil kira kedudukannya dalam parti.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembunuhankejamSosilawati_DAPnafi__8216_Datuk__8217_ahlipartiseumurhidup/Article)

Hindraf/DAP Dahagakan Darah Melayu?

Friday, September 17, 2010
Hindraf/DAP Dahagakan Darah Melayu?


Ahli Majlis Peguam, Peguam Hindraf, Ahli DAP seumur hidup

Adakah HINDRAF akan terus mendakwa kerajaan Malaysia melakukan penghapusan etnik? Lihatlah, tak habis-habis Hindraf melakukan penindasan terhadap orang melayu.

Lihat kes seorang Pengetua sekolah di Kulai juga di aniaya oleh Hindraf. Anak peguam Hindraf membuat laporan palsu kemudian disensasikan oleh puak-puak mereka. Parti-parti politik yang anti melayu juga berkokok siang malam bagi menjayakan misi anti perkauman mereka.

Nah sekarang.. jutawan melayu dibunuh kejam oleh Hindraf, peguam Hindraf dan juga ahli DAP seumur hidup. Betapa bencinya mereka kepada melayu apatah lagi melayu yang berjaya dan kaya.

Mereka berselindung dari topeng Majlis Peguam, Parti Politik. Tetapi Golongan inilah Syaitan sebenar. Mereka mendakwa Kerajaan dan Polis (Majoritinya Melayu) melakukan PENGHAPUSAN ETNIK INDIA. Tetapi rupanya merekalah yang sedang MENGHAPUSKAN ETNIK MELAYU. Adakah 4 orang jutawan yang pernah berurusan dengan Hindraf ini tahun lepas dan hilang secara tiba-tiba juga orang melayu?

(sumber;http://unitmediasiber.blogspot.com/2010/09/hindrafdap-dahagakan-darah-melayu.html)

Ingat 16 September, Ingat Kelentong Besar Anwar


Ingat 16 September, Ingat Kelentong Besar Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Selain penubuhan Malaysia, tarikh 16 September juga perlu diingati seluruh rakyat di negara sebagai hari pembohongan mega oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Tegasnya tarikh 16 September 2008 tidak mungkin dilupakan rakyat kerana pada tarikh itulah satu penipuan politik terbesar berlaku kononnya berlaku perubahan kerajaan di mana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan ditumbangkan.

“Anwar pada waktu itu berdrama yang ditonton oleh seluruh negara malahan seluruh dunia bahawa dia akan mengetuai kerajaan akibat lompatan fatamorgana, ilusi 30 Ahli Parlimen BN kononnya..

“Rakyat perlu ingat 16 September bukan hanya penubuhan Malaysia tetapi pembohongan mega itu sebagai ingatan siapa sebenarnya Ketua Pembangkang yang akan menjanjikan apa sahaja,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi bukan sahaja rakyat di negara ini dan masyarakat seluruh dunia tertipu malah di kalangan pemimpin pakatan pembangkang juga turut terpedaya.

“Itulah wajah sebenar Anwar yang perlu sentiasa diingati rakyat terutama menjelang tarikh 16 September,” ujarnya.

Beberapa bulan sebelum tarikh 16 September 2008, Anwar telah mewar-warkan kononnya pakatan pembangkang akan menggantikan kerajaan BN apabila sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti.

Malah beberapa ahli parlimen pembangkang juga bersusah payah sanggup membontoti beberapa ahli parlimen BN ke Taiwan bagi merealisasi misi tersebut.

Malangnya apabila tiba tarikh 16 September 2008 tiada apa yang berlaku selain satu pembohongan besar yang akan diingati seluruh rakyat negara ini dan dunia sampai bila-bila. -MediaUMNO

(sumber;http://umno-online.com/?p=20920)

Sejarah ringkas pembentukan Malaysia

eboss

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

Sebab pembentukan Malaysia

1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.

2. Senario politik di Sarawak- Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

3. Mengimbangi penduduk- Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.

4. Kemajuan ekonomi bersama- Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.

5. Mempercepatkan proses kemerdekaan- Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.

Reaksi-reaksi negeri terlibat

1. Singapura - Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

2. Sabah dan Sarawak - Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato' Mustapha bin Dato' Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

3. Brunei - Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
eboss
21-02-2009, 09:17 PM
Proses pembentukan Malaysia

1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:

a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:

a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

2. Suruhanjaya Cobbold - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:

a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a. Nama persekutuan baru – Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.

e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.

f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.

g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)- JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.

Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.

27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.

Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.

Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.

c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.

4. Pengisytiharaan Malaysia

Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963

Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

Penentangan gagasan Malaysia

1. Filipina - Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

2. Indonesia- Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.
16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:

a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

(sumber;http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-73673.html)

Saturday, September 11, 2010

Perkasa tidak perlukan mana-mana pihak


Perkasa tidak perlukan mana-mana pihak

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak memerlukan sokongan mana-mana parti politik untuk membolehkannya berjuang terutama bagi mempertahankan hak Islam dan Melayu seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa amat memerlukan sokongan rakyat negara ini khususnya mereka yang bersetuju dengan agenda perjuangan pertubuhan itu.

‘‘Sejak Perkasa ditubuhkan kami telah menetapkan beberapa agenda perjuangan dan paling utama adalah mempertahankan Perlembagaan daripada dicabul oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

‘‘Selain itu, Perkasa turut memperjuangkan kewujudan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa, mempunyai sistem penyampaian yang cekap serta mesra rakyat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa kerana dikhuatiri ia boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.

Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di Putrajaya semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO apabila mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada Perkasa.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

Ibrahim berkata, dalam agenda perjuangan Perkasa, pertubuhan itu juga mahukan pemimpin atau wakil rakyat yang beriman, bertaqwa, menjaga solat, celik al-Quran, berakhlak mulia, amanah, mesra rakyat dan tidak sombong.

‘‘Pemimpin atau wakil rakyat juga tidak boleh sama sekali melakukan maksiat, mempunyai sifat tamak haloba dan melakukan perkara-perkara tidak bermoral,’’ katanya.

Mengenai pendirian 13 ahli komponen BN tersebut, Ibrahim berkata, beliau percaya jika Perkasa tidak wujud sekali pun sokongan bukan Melayu kepada BN tetap sama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

‘‘Ia kerana komponen BN terutama pemimpinnya mempunyai bermacam-macam rekod yang boleh menyebabkan rakyat menolak parti itu dan janji Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada mereka,’’ katanya.

Beliau berkata, Perkasa memberi kebebasan penuh kepada mana-mana ahli-ahlinya untuk membuat penentuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0910&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive)

PERKASA tetap perkasa…


PERKASA tetap perkasa…

Oleh: ROSLI ISMAIL


Siapa yang dapat control Datuk Ibrahim Ali.Beliau memang sudah dikenali sebagai loose cannon sejak masih dalam UMNO lagi.

Cuma suaranya kebelakangan ini lebih bergerar dan menjadi perhatian ramai dengan adanya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atau ringkasnya PERKASA.

Mereka yang tahu latar belakang Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas dan stailnya pasti tidak hairan dengan apa saja karenahnya kerana beliau memang begitulah orangnya dulu,kini dan selamanya sekalipun tanpa PERKASA.

Beberapa hari kebelakangan ini isu PERKASA menjadi semakin riuh bila Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kata bahawa parti itu tidak akan menyokong pertubuhan berkenaan maupun Ibrahim pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

Hakikatnya memang tidak ada peliknya Tengku Adnan membuat kenyataan seumpama itu kerana memang UMNO tidak mempunyai apa-apa ikatan rasmi dengan PERKASA.

Sebagai Setiausaha Agung UMNO dan juga BN itu adalah satu kenyataan rasmi yang perlu beliau buat supaya segalanya jelas.

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dan begitu juga Ibrahim sendiri tidak pernah istihar UMNO dan PERKASA mempunyai apa-apa hubungan rasmi ataupun pernah memeteri apa-apa perjanjian.

Cuma siapapun tidak dapat nafikan ada dikalangan ahli PERKASA terdiri dari orang UMNO.

Atas sebab itu Ibrahim tidak peduli langsung pelbagai andaian dibuat dari kenyataan Tengku Adnan yang cuba digambarkan seolah-olah UMNO telah putuskan hubungan rasmi dengan PERKASA.

Soalnya hubungan apa? Ia tidak lebih dari hubungan persepsi.

Dalam senario politik semasa adalah tidak menghairankan tindak tanduk PERKASA yang dilihat sebagai pertubuhan ekstremis Melayu hendak digambarkan sebagai suara UMNO.

Usaha untuk menghakis keyakinan orang bukan Melayu terhadap Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti kini datang dalam berbagai bentuk.

PERKASA kini menjadi kambing hitam paling cantik untuk mereka sembelih digunakan bagi mencetuskan ketakutan orang-orang bukan Melayu kerana jerit pekiknya keatas pelbagai isu orang Melayu.

Puak-puak ini macam tidak nampak pertubuhan-pertubuhan Cina seperti Gabungan Persatuan-persatuan Cina ,Siqiu yang pernah membuat macam-macam tuntutan menjelang pilihanraya umum 1999 dulu.

Begitu juga Persatuan Gabungan Guru Sekolah China (Jiao Zong) dan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong) dan sebagainya yang tidak kurang lantang menyuarakan tuntutan melibatkan kaum mereka.

Kenapa suara pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan ini tidak disatukan dengan MCA,Gerakan atau lebih-lebih lagi DAP yang semua orang tahu sikapnya.

Apa yang nak hairan kalau bos pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut UMNO memperjelaskan hubungannya dengan PERKASA.

Itu sudah menjadi modal politiknya untuk ' mandikan ' UMNO.

Anwar tidak melihat sendiri bagaimana Ibrahim selamba menyuarakan pendirian dan pandangan kritikal PERKASA mengenai beberapa isu di depan Perdana Menteri sendiri dalam satu majlis anjuran PERKASA baru-baru ini.

Lojiknya itu bukan caranya kalau UMNO dan PERKASA ada hubungan rasmi.

Itu suara sebuah NGO yang merasa ia juga ada hak menuntut apa dirasanya perlu dituntut macam juga Siqiu ataupun Jiao Zong dan Dong Zong bagi orang Cina.

Dalam SMSnya kepada media sehari selepas Tengku Adnan membuat kenyataan, Ibrahim antara lain menegaskan pertubuhan itu tidak memerlukan sokongan UMNO atau mana-mana parti politik.

Katanya PERKASA juga tidak pernah mengikat pandangan politik ahlinya siapa mereka nak undi masa pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pokoknya jangan risau…UMNO tetap UMNO sebagai sebuah parti politik...PERKASA tetap sebagai NGO…dan Ibrahim Ali tetap dengan jerit pekiknya.

Tiada siapa yang mampu mengubah Ibrahim Ali yang naluri semulajadinya nak perkasakan orang Melayu melalui caranya yang tersendiri.- 11/9/2010

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

Wednesday, September 8, 2010

Menteri KDN yang baru...



Menteri KDN yang baru...

1. Musa Hassan merupakan anak sulung kepada Tan Sri Dato' Hassan Azhari, seorang guru Al-Quran dan Qiraati yang terkenal di Malaysia, akan bersara sebagai Ketua Polis Negara (IGP) serta bakal digantikan oleh timbalannya berkuatkuasa 13 September ini.

2. Beberapa sahabat dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia yang pernah berkhidmat di bawah Musa mengisahkan karektor Musa yang sangat disenangi oleh orang bawahannya.

3. Musa dikenali sebagai insan zuhud, yang sering ke hulu ke hilir memandu Kenari ketika berkhidmat di JSJ, sehinggakan orang bawahannya segan untuk memiliki kenderaan yang lebih canggih berbanding bos mereka.

4. Rentetan itulah, kebanyakan anggota Polis hanya ketawa apabila ada pihak cuba mengaitkan Musa dengan rasuah dan korupsi, mengenangkan corak kehidupannya yang serba sederhana.

5. Selain sikap beliau yang amat prihatin terhadap kebajikan anggota Polis terutama di peringkat grassroots, Musa juga dihormati kerana ketegasan serta sifat amanahnya dalam menegakkan undang-undang sehingga digeruni oleh penjenayah, termasuk puak pembangkang di Malaysia.

6. Justeru tidak hairanlah ada pihak yang tidak menggemari sikap Musa itu, kelihatan bersungguh memfitnah serta cuba mengaibkan beliau terutamanya si Bro Anwar Bin Ibrahim; rentetan dendam lama 1998 dahulu. Siapa yang tahu kisah...faham-faham sajalah.

7. Kepakaran serta pengalaman yang dimiliki Musa tidak seharusnya terhenti setakat bersara daripada PDRM, atau hanya diberi peranan mengetuai Akademi Latihan di Langkawi International Shooting Range (Lisram); BAHKAN lebih bermanfaat sekiranya Musa diserapkan ke Kementerian Dalam Negeri sebagai Senator bagi menggantikan terus Menteri Amaran, Amaran Keras, Amaran Lebih Keras iaitu Hishamuddin Bapok (awww 3x) yang cembeng, lemah & bacul.

8. Pasti penyokong Komplot Pembangkang akan lebih 'berasap juburnya' berbanding Al-Juburi sendiri, dan mereka yang cuba menodai Perlembagaan Persekutuan akan berasa gerun serta lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang onar di negara ini.

9. What say you...Musa Hassan sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru?

(sumber;http://paneh.blogspot.com/2010/09/menteri-kdn-yang-baru.html)

Thursday, September 2, 2010

MELAYU JANGAN MUDAH LUPA TENTANG KEKEJAMAN KOMUNIS

MELAYU JANGAN MUDAH LUPA TENTANG KEKEJAMAN KOMUNIS

Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-53, biarlah saya memperingati semula bagaimana kekejaman komunis di era zaman dharurat mungkin kita sudah terlupa kerana kekejaman ini berlaku hampir seabad yang lalu

Apabila kedudukan dan keistimewaan orang Melayu semakin dicabar, Islam semakin dihina, yang dulu wira dianggap musuh, yang dulu musuh kini dianggap wira!
benar, aku bercakap tentang Parti Komuni Malaya(PKM) yang kini mula digambarkan sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan ribuan anggota keselamatan dan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman mereka sewaktu darurat dulu

Bagi yang terlupa atau buat-buat lupa, sejarah PKM bermula semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. PKM telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British untuk membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.

PKM lah yang membentuk MPAJA untuk berjuang ala gerila menentang Jepun.
Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.

MPAJA atau Bintang Tiga mendakwa British berjanji untuk menyerahkan negara ini kepada mereka kerana mereka menyokong British tetapi apabila janji ini tidak ditunaikan, gerila MPAJA telah memberontak dan mengganas dengan membunuh ramai orang yang dianggap bersekongkol dengan Jepun yang kebanyakannya orang Melayu.
Menurut ahli akademik Cheah Boon Kheng di dalam buku “Red Star Over Malaysia” konflik perkauman itu mencapai kemuncaknya semasa dan selepas kekosongan kuasa (interregnum) dari 15 Ogos hingga 3 September 1945 berikutan dengan pengunduran tentera Jepun.

Ketika tentera Jepun berundur ke bandar-bandar utama, gerila Cina yang dipimpin oleh pergerakan yang diterajui oleh Komunis iaitu MPAJA, keluar daripada hutan dan menguasai 70% kampung dan bandar-bandar kecil.

Mereka membalas dendam terhadap individu yang didakwa bersubahat dengan Jepun terutama pegawai Melayu, polis dan ketua kampung sehingga mewujudkan suasana kezaliman (reign of terror).

Di beberapa bahagian Semenanjung, orang Melayu bertindak balas sehingga ramai orang Cina terbunuh di tangan kumpulan yang diketuai para ulama yang berjihad menentang musuh.

Selain kemusnahan harta benda, apa lagi yang komunis lakukan selama 42 tahun daripada 1948 hingga 1990?

Sejumlah 1,444 orang anggota polis telah terkorban, manakala 1,883 lagi anggota polis telah cedera angkara PKM.

Seramai 2,558 orang awam terbunuh dan 1,490 orang awam cedera akibat kekejaman komunis.

Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong.

Hampir kesemua anggota polis ini dibunuh komunis dalam balai polis tersebut

Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis. Melayu digunakan oleh komunis untuk membunuh orang Melayu yang lain.

mangsa kekejaman Bukit Kepong

Bukan sekadar membakar balai dan berek kelamin, malah komunis juga telah mencampak hidup-hidup Hassan Bin Abu Bakar (anak seorang konstabel polis) ke dalam api.

Al-Fatihah...

Begitulah kejamnya Parti Komunis Malaya

Dan hari ini mereka dengan bangganya mengatakan bahawa mereka pejuang sejarah kerana matlamat mereka menyertai PKM kerana ingin menghalau penjajah British
aku boleh bersetuju dengan fakta itu, tetapi bagaimana pula dengan fakta kekejaman di atas?

buat PKM, terima kasih kerana cuba meyakinkan kami generasi muda yang anda adalah wira…tapi hanyir darah datuk dan moyang kami yang tumpah demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah berdaulat ini tidak akan hilang buat selama-lamanya
bahkan ia akan melekat pada tubuh dan tulang-temulang kami sebagai tanda yang kami tak mungkin lupa, dosa dan kezaliman yang dulunya tercipta

Ingat, dalam apa juga keadaan, matlamat tidak boleh menghalalkan cara! Ingat walau pun komunis menggunakan apa cara sekali pun modus operandinya adalah sama iaitu mempergunakan orang melayu untuk membunuh orang melayu sendiri, mempergunakan guru agama untuk memperdayakan orang melayu, memasuki semua surau dan masjid demi meraih undi dari orang melayu, mecari keypoint iaitu orang melayu yang paling dihormati untuk dipergunakan....semua ini sudah dilakukan pada zaman dharurat lagi kini perkara itu kembali lagi..

Posted by PENGUNDI SETIA SUNGAI RAPAT at 10:50 PM

(sumber;http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/08/melayu-jangan-mudah-lupa-tentang.html)

Jejak kejam - Lubuk komunis di Perak

Jejak kejam - Lubuk komunis di Perak

Menyaksikan kekejaman Panganas Komunis

Penjenayah yang dicanang sebagai hero

Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik

LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.

Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand.

Kesian kepada Pak Lebai ini!!kurang pemahaman sejarah

Ketika pihak pembangkang berbicara mengenai soal kemasukan bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda perlu ada keinsafan dan kesedaran bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu amat berasas, bukan sekadar gimik politik.


Sebenarnya Chin Peng (Lahir 21 Oktober 1924) nama samarannya Ong Boon Hwa juga ketua Parti Komunis Malaya. Chin Peng bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan iaitu kampung yang sama dengan Ngeh Ko Ham juga ADUN Sitiawan sekarang. Kini Ngeh juga dikatakan ada talian saudara yang sangat rapat dengan Chin Peng . Chin Peng merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi yang teruk di China tahun 1930.

Berbalik kepada peristiwa di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali.

Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.

Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis akibat pemahan sejarah sudah tidak menjadi satu nilai lagi, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman.

Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah Peristiwa Bechah Kemahang yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan.

Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau.

Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.

Semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menyingkap ringkas Peristiwa Bechah Kemahang, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis.

Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.

Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung.

Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan, katanya.

Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff.

Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh.

Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah sehingga kini.

DARI Changkat Berangan menuju ke banjaran Bintang Hijau, pasti akan menemui lokasi yang dikatakan sarang komunis. Kedudukannya di lereng bukit di tanah agak rata memang strategik untuk pertahanan jika diserang.

Beberapa tinjauan mendapati, menemui satu kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itulah yang dikatakan sarang komunis dan logiknya memang ada kerana di tengah hutan tebal, terdapat kawasan yang seolah-olah dibersihkan.

Pokok besar masih kekal, tetapi di bawahnya cuma tinggal pokok hutan renek setinggi paras lutut orang dewasa, menunjukkan seolah-olah ia pernah menjadi penempatan untuk tempoh yang lama.

Di kawasan dianggarkan 200 meter persegi itu kelihatan wujud satu lubang besar seperti kawah yang dalamnya melebihi paras lelaki dewasa. Kawah besar itu adalah bekas letupan bom yang dijatuhkan pesawat pengebom British ke atas kedudukan sarang komunis.


Info:

Krew pesawat Bristol Brigand RH 755 yang terkorban.

* Juruterbang: Basil Cochrane,

* Sarjan James Blacklock Armstrong.

* Cyril John Alexander Cox.



Banjaran Bintang Hijau

* Mendapat nama sempena kedudukan kumpulan komunis Bintang 3 dan Bintang 5.

* Laluan ke sempadan Thailand (seminggu perjalanan).

* Dikelilingi berbelas kampung Baru Cina yang diwujudkan semasa darurat.

* Pernah menjadi laluan gerila dan Force 136.

* Pernah diisytiharkan kawasan hitam pada 1950-an, 1960-an dan 1970-an,



Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik:

* 800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur.

* Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu:

* Bukit Buloh.

* Malau.

* Kubang.

* Kuala Kenering.

* Sungai Terap.

* Kampung Chua.

* Kampung Beko

* Manong

* Kampung Chepor

* Bukit Sapi, Lenggong.



Tujuh bersaudara Homeguard

* Osman Mat Piah

* Hussien Mat Piah

* Yaakob Mat Piah

* Mior Ahmad Yaakob

* Mior Kassim Yaakob

* Mior Ariffin Yaakob

* Sulaiman Pandak Yusoff (menantu Yaakob)


Janganlah sesudah mencapai kemerdekaan 53 tahun kita membiarkan negara kita dijajah semula.

Saya juga ingin mecadangkan kepada kerajaan supaya sejarah keganasan komunis diberi pendedahan terutama kepada generasi muda yang lupa sejarah. Ini mengelakan pihak lain mengambil kesempatan memanipulasikan sejarah dan menjadikan Komunis sebagai wira negara
Ingat Komunis mempunyai pelapis sehingga kini



Posted by PENGUNDI SETIA SUNGAI RAPAT at 1:49 PM

(sumber;http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/08/komunis-mengganas.html)

Demonstrasi 'cari makan'

Demonstrasi 'cari makan'

JAKARTA 31 Ogos - Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.

Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.

Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).

Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.


Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.

"Anggota demo ini pemuda perkotaan, biasanya mereka yang menganggur tiada pekerjaan, kita ajak, cuba buat latihan supaya bila demo, mereka tidak kosong sangat tentang pemahaman isi demo itu.

"Biasanya kalau kita mahu melakukan aksi A, beberapa hari sebelum hari A, kita sudah melakukan diskusi. Bahawa kita ke A untuk ini dan ini, kita untuk itu dan itu, jadi, kalau di lapangan ditanya orang, mereka faham semua," katanya.

Beliau berkata biasanya, bahan-bahan taklimat untuk demonstrasi diperoleh daripada pihak yang membuat pesanan.

Aji berkata organisasinya mempunyai antara 20 hingga 30 peserta di setiap kampung di kampung-kampung di Jakarta dan peserta itu akan dikumpulkan bila ada pesanan untuk aksi demonstrasi.

Katanya, peserta demonstrasi yang paling ramai pernah beliau kumpulkan ialah 3,000 orang yang dibawa menggunakan 90 bas mini.

Beliau berkata tugas yang dilakukan peserta demonstrasi hanyalah beraksi di lapangan, dan pihaknya tidak mengambil tahu sama ada ia mendatangkan hasil atau tidak, kerana perkara itu adalah urusan pihak yang membuat pesanan.

Aji berkata idea mewujudkan perkhidmatan demonstrasi timbul daripada aksi demonstrasi sebenar yang diadakan secara besar-besaran oleh mahasiswa pada era reformasi.

Aksi demonstrasi itu kemudian berkembang kepada penggunaan peserta demonstrasi berbayar untuk tujuan tertentu, seperti menjatuhkan pemimpin politik.

"Di setiap momentum politik, akan selalu ada demo dengan peserta bayaran dan kita juga tak menyalahkan apa-apa dalam transisi demokrasi, mungkin ini harus dilalui juga," katanya.

Memandangkan ramai belia yang menganggur di Jakarta, beliau berkata pihaknya berusaha mengumpulkan mereka, memberi latihan selama beberapa hari di Puncak, Bogor berkaitan pengurusan demonstrasi, pidato, analisis dan latihan amali di lapangan.

Katanya, terdapat juga pasukan khas yang diberi latihan berkaitan reka bentuk komputer dan bahasa Inggeris bagi menyediakan sepanduk dan seumpamanya. - BERNAMA

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Wednesday, September 1, 2010

TAHAN NAMAWEE BAWAH ISA !

TAHAN NAMAWEE BAWAH ISA !


JANGAN BERANI DENGAN MELAYU JE WAHAI KERISMUDIN akan MENTERI AMARAN aka H20 !


hari ni kit siang mulai taichi. dia cuba alih pandangan rakyat daripada kebiadapan namawee kepada isu-isu teknikal pula. tak rasis itu dan ini.

anak komunis namawee ni pulak mula gelabah. dia kata aku ikut konsep 1malaysia,aku tak rasis bla bla bla..

ini fasa kedua kaedah orang dah menggelabah. alasan demi alasan dikeluarkan demi menutup kesalahan diri. semua ini game taktikal murahan ala-ala DAP.

dulu karpal pernha hina umno. dek kerana tak tahan desakan kerana tahu dia salah, datang sampul surat berisi peluru.

dulu teresa cock pernah hina azan. dia jugak hina tulisan jawi. tak tahan dengan tekanan, dia dapat ugutan bunuh dan terima molotov koktel. apa punya bangang, nak baling molotov koktel dengan botol plastik, mana boleh pecah.

2 minggu lepas tony pua-ka hentam dasar DEB. kuota bumi yang sudah tersedia termaktub dalam artikel 153 dipertikai. tak tahan dek desakan, dia pun terima peluru M16.

ini satira bodoh mainan pemimpin akhlak komunis nak cover diri. sama lah ulangannya kes namawee.

orang bangang sahaja yang tak sedar namawee ni boleh cetus ketegangan kaum kalau terus dibiarkan dia mempersendakan azan dan hak bangsa melayu !

aku pun nak bagi amaran kepada menteri amaran dalam negeri. sudah terang lagi bersuloh namawee ini boleh cetuskan kurang senang melayu dan cina dalam malaysia, TAHAN DIA BAWAH ISA !

kesilapan terbesar kerismudin adalah dia terlalu lembap,pasif,tidak responsif dan tidak proaktif dalam menangani isu sensitif. kerana kelemahan hishamudin menteri amaran, banyak puaka berani persenda hak islam dan melayu.

WAHAI MENTERI AMARAN , SALAH TETAP SALAH !

Posted by GAP KEMBALI at 11:00 AM

(sumber;http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/09/tahan-namawee-bawah-isa.html)

FB MELAYU BABI ! LAGI TUGAS UNTUK HISHAMUDIN !



FB MELAYU BABI ! LAGI TUGAS UNTUK HISHAMUDIN !


setakat ini, sudah 3 perkara penghinaan terhadap islam/melayu dilakukan oleh anak-anak komunis. aku masih ingat lagi waktu kes sorang budak melayu secara berseloroh dia ada bom nak letupkan gereja, tak sampai 30 minit polis dah ketuk pintu.

hishamudin aka kerismudin aka H20.. orang melayu sedang memerhatikan kecepatan kamu bertindak.

3 KES PENTING UNTUK HISHAMUDIN.

1) 4 budak cina simbah cat kat surau. akan didakwa pada 22 september 2010. budak ini dah mengaku salah,keluarga dia dah mengaku salah. nampaknya takde masalah untuk mensabitkan kesalahan penjara 2 tahun.

2) namawee.. anjing kurap ni dah kena sound dengan ds najib. hari ni dah masuk 24jam masih takde apa-apa tindakan.. aku harap hishamudin tau nak bukak youtube. ds najib cakap kita kena ada bukti.. bukti dah depan mata.

3) FB melayu babi kat atas.KLIK SINI (http://www.facebook.com/pages/wo-bu-shuang-ma-lai-renMelayu-Babi/121528961216776?ref=search ) (http://www.facebook.com/profile.php?id=788463120&ref=search#!/pages/ANTI-MALAY-PIG/123704120974782?ref=search)

aku akan memerhatikan seca mikro 3 perkara penting khas untuk tugasan hishamudin H20.

penghinaan ini semua hasil tarbiyah anwar dan pas ! sundalan !

Posted by GAP KEMBALI at 12:00 PM

(sumber;http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/08/fb-melayu-babi-lagi-tugas-untuk.html)

Lim Guan Eng Sembelih Lembu Korban ? Pas Fitnah Umno

Tuesday, August 31, 2010
Lim Guan Eng Sembelih Lembu Korban ? Pas Fitnah Umno

Masyaallah apa nak jadi dengan Pemangku Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ? dalam bulan Ramadhan begini pun dia sanggup buat fitnah.

Dia buat gambar superimpose lim guan eng kon*t kecil sedang sembelih lembu korban,kemudian dia siar di blognya dan kata cybertrooper umno yang lakukan. Jika benar dilakukan oleh geng-geng umno sudah tentu dia akan letak link atau beritahu dari blog mana gambar itu datang. Tetapi sepatah haram pun dia tak beritahu darimana sumber gambar itu. Setakat letak nama Pas Beruk, aku pun boleh kata gambar itu dari Herman Beruk. Klik sini (http://syukran.wordpress.com/2010/08/31/lim-guang-eng-sembelih-lembu-korban-umno-juara-fitnah/#more-5405)

Satu lagi bukti yang menunjukkan dia buat sendiri gambar itu ialah apabila gambar asal disebelah kanan yang menunjukkan nizar komunis laknaktullah sedang sembelih lembu dilabelkan atas nama dia sendiri. Lihat sebelah kanan bawah, tertera label Herman SAMSUdeen. Ini menunjukkan gambar asal itu milik dia dan disimpan olehnya sendiri.

Sudahlah Herman, bertaubat dan insaflah. Kalau ya pun nak membodek agar dipilih sebagai calon di Parlimen Titiwangsa dalam pru akan datang, gunalah cara lain. Banyak lagi cara untuk 'up' nama, bukannnya dengan membuat fitnah membabi buta.

Mohon rakan-rakan blogger sebarkan yang fitnah ini adalah ciptaan Pas sendiri.

Posted by ruang bicara faisal at 9:50 PM

(sumber;http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/08/lim-guan-eng-sembelih-lembu-korban-pas.html)

[15Malaysia .com.my] 'Meter' by Khairy, Amber Chia, Namewee, Benji, Bahi...