Friday, November 20, 2009

Soal saksi waktu pejabat


Soal saksi waktu pejabat

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Berkuat kuasa hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.

Pada hemat hakim itu, peruntukan menyoal siasat saksi ‘sehari-ke-sehari’ seperti tertera dalam Seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.

Seksyen itu hanya menyatakan seseorang yang diarahkan oleh SPRM, hendaklah terus hadir membantu siasatan ‘sehari-ke-sehari’ seperti diarahkan.

Hakim Mohamad Ariff menegaskan, oleh kerana tafsiran ‘sehari-ke-sehari’ tidak dinyatakan secara jelas, maka mahkamah tidak boleh memberikan tafsiran secara literal atau mengandaikan ia membawa maksud 24 jam kerana ia boleh mendatangkan kesan terhadap kebebasan seseorang.

Menurut hakim itu, mahkamah juga perlu berhati-hati memberikan tafsiran berhubung perkara yang menyentuh kebebasan seseorang individu.

Lantaran tiadanya tafsiran tersebut, mahkamah merujuk kepada kamus Oxford berhubung definisi ‘sehari-ke-sehari’, kata Hakim Mohamad Ariff.

Berdasarkan kamus tersebut, beliau menyatakan frasa ‘sehari-ke-sehari’ membawa maksud daily basis (asas harian).

Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Tan Boon Wah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi dalam tempoh waktu pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan bukannya selepas tempoh itu.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu mengemukakan permohonan tersebut pada 22 Julai lalu melalui peguam Karpal Singh berikutan penahanannya oleh SPRM antara pukul 9.45 pagi 15 Julai hingga 2.53 pagi 16 Julai lalu.

Hakim Mohamad Ariff turut membenarkan tuntutan ganti rugi oleh plaintif dengan jumlah yang ditaksirkan kemudian selain defendan diperintah membayar kos.

Boon Wah, 39, menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam afidavit sokongannya, Boon Wah menyatakan, dia dikehendaki hadir di Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pada pukul 8.45 malam, 15 Julai lalu sebagai saksi bagi membantu siasatan pembelian bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun lalu.

Menurutnya, setelah disoal oleh pegawai-pegawai SPRM, dia hanya dilepaskan pada pukul 1.35 tengah hari keesokan harinya.

Akibat tindakan ejen-ejen defendan itu, dia mendakwa mengalami kerosakan akibat ditahan di luar kemahuannya di dalam premis SPRM di luar masa yang dibenarkan oleh undang-undang pada 15 dan 16 Julai lalu.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Karpal memberitahu, keputusan hari ini bukan sahaja mengikat SPRM tetapi juga memberikan kesan kepada penyiasatan polis.

“Saya berharap mereka yang pernah disiasat oleh SPRM selepas waktu pejabat menyaman suruhanjaya itu,” katanya.

Peguam Kanan Persekutuan, Noorin Badaruddin yang mewakili pihak responden mengesahkan akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

5 comments:

awang sin said...

Tahniah Mr Karpal Singh
Sebutir Permata
Dilahirkan Untuk Malaysia

Menghidupkan Parliment
Meluhurkan Perlembagaan
Mendaulatkan Undang Undang

Tahniah Mr Karpal Singh !!!

YANG GAMBI said...

Zm.azami, ada baiknya juga SPRM diarahkan agar berbuat demikian untuk mengelakkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dari penyangak-penyangak........

Awang sin, begitu mulia di mata tuan Karpal Singh...... adakah benar Karpal Singh meluhurkan Perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang ?

Kalau Kapal Singhsingah ini meluhurkan Perlembagaan, mengapa begitu kurang ajar terhadap institusi Raja-Raja Berpelembagaan, Hak-Hak istimewa Melayu-Bumiputera.....

Kalau Kapal Singhsingah ini meluhurkan Undang-Uandang, mengapa begitu kurang ajar terhadap Undang-Undang Negara, sanggup menjadi pembela kepada penjenayah kerana upah......

assaad said...

Salam.
Pada pembaca blog.

Jangan tergesa-gesa memuji atau mencela. Kita harus ingat, kalaulah SPRM hanya boleh beroperasi sesingkat itu. Bagaimana rasuah dan gejala-gejalanya yang ingin di basmi.

Mereka di luar sana, tidak kira apa fahaman dan politik mereka. Sebenarnya hanya mementing diri sendiri sahaja. Apa yang menguntungkan mereka harus di tegakkan, walaupun hakikatnya salah. Ini sudah menjadi pegangan mereka.

Mereka tidak melihat apa yang tersirat dan juga apa yang tersurat. Ini membahayakan keutuhan Malaysia.

Saya heran dengan penghakiman yang di jalankan. Kenapa harus merujuk kepada kamus bahasa inggeris. Bahasa Malaysia harus di tafsirkan dengan tatacara bahasa Malaysia. Bukan gunakan istilah dari bahasa Inggeris.

Cara penghakiman ini benar-benar bahaya untuk Malaysia. Ini yang di sukai oleh mereka yang mengambil kesempatan. Kalau sesuatu makna itu tidak terang, kenapa SPRM harus membayar ganti rugi?.

Cuba kita lihat bagaimana perkataan-perkataan atau istilah ini jika kita menggunakn tafsiran bahasa Inggeris. Peribahasa "kaki ayam" bagaimana dalam istilah bahasa inggeris, celaru tak jadinya. Banyak lagi perkataan-perkataan seperti itu.

Cuba renongkan jika pengambilan ke bahasa Inggeris di lakukan kepada peribahsa-peribahasa seperti di bawah ini.

1) Ibu Ayam
2) Kaki Bangku
3) Tangkai Jering
4) Buruk siku

dan banyak lagi. Celaru tak jadinya jika pendekatan seperti yang di lakukan oleh Tuan Hakim. Mungkin Tuan Hakim perpendidikan Sekolah Inggeris, inilah jadi dan padahnya.

Saya mengutarakan ini supaya kita bersikap lebih keilmuan dari retorik, imosi dan pelbagai kaedah yang menang sorak kampong tergadai.

Berfikiranlah diluar kotak pemikiran. Dengan itu kita akan dapat ketelusan dan tahu mereka yang bersikap ada udang di sebalik batu.

Sayangilah Malaysia. 1 Malaysia. Bantulah DS Najib untuk mencapai visi dan impian seluruh rakyat Malaysia. Salam 1 Malaysia.


Saat Jais
http://saatjais.formor.com
http://saatjais.wordpress.com
www.treat-cure.com

pak tam said...

soal saksi waktu pejabat...
rasuah 24jam

ada x kena pada keputusan ini......

Anonymous said...

patut nak hakim tu keluarkan order ...rasuah tu boleh waktu pejabat jer...kui2