Tuesday, November 17, 2009

Menantu Nik Aziz Orang UMNO? Kafirkah Dia?

Menantu Nik Aziz Orang UMNO? Kafirkah Dia?

PostDateIconSunday, 15 November 2009 22:27

Oleh Lebah Kota

Percayakah anda bahawa menantu Mursyidul Am Pas, Mohd Ariffahmi Abdul Rahman adalah ahli UMNO!

Ini satu benda yang kalau orang suruh Lebah Kota agak sendiri, mungkin sampai kiamat pun Lebah Kota tak akan terfikir.

Tapi itulah hakikatnya.

Ariffahmi adalah ahli UMNO Kawasan Machang.

Nombor ahli pula ialah 2666057.

Nak kata menipu siap ada nombor keahlian pula sekali.

Jadi kalau yang masih skeptik bolehlah cek latarbelakang keahlian menantu Tok Guru tu dalam UMNO.

Pastinya hampir semua kita jangka kalau menantu Tok Guru mesti budak Pas mana-mana.

Kalau takda bukti, mati hidup balik pun kita tak akan ingat menantu beliau orang UMNO.

Sebenarnya tidak ada salah pun kalau menantu Nik Aziz tu orang UMNO.

Tetapi kalau nak mengambil kira mulut jahat Nik Aziz selama ini yang duk menjatuhkan hukum orang-orang UMNO macam orang kafir dan akan masuk neraka, maka kedudukan menantunya itu wajar juga diperbincangkan.

Soal yang terpenting, kalau pertaliannnya menantu, sudah pastilah anak perempuan Nik Aziz berkahwin dengan seorang kafir (kedudukan orang UMNO mengikut kacamata Nik Aziz).

Jadi apakah pernikahan anak perempuan mursyidul am Pas berkenaan sah?

Kalau mengikut intepretasi Nik Aziz, maka menantu beliau itu pastinya kafir yang layak dilaknat sebenarnya kan?

Jadi perlukah menantu Nik Aziz itu keluar dari UMNO dan mengisytiharkan dirinya ahli Pas, mengucap kalimah syahadat dan bernikah sekali lagi?

Ini bukan soal main-main jika pandangan Nik Aziz bahawa orang-orang UMNO tidak layak masuk syurga.

Yang kita tahu, hanya orang kafir tidak akan masuk syurga.

Kalau mati Islam, walaupun terlalu banyak dosa dan dihumban ke neraka, dijanjikan pada akhirnya akan merasa syurga juga.

Jadi kalau orang UMNO tidak akan masuk syurga, maka orang UMNO adalah kafir.

Kalau bagitu, mengapa Nik Aziz, seorang ulamak tersohor yang mana sampai ada orang nak ambik kasut beliau untuk keberkatan, sanggup membiarkan anak perempuannya berkahwin dengan seorang Kafir UMNO?

Dan masa pilih menantu dahulu, Nik Aziz tak jumpa budak Pas Islam untuk dinikahkan dengan anaknya?

Pastinya jawapan lepas ini ialah Ariffahmi sudah meninggalkan UMNO lama dahulu, tetapi betulkah?

Takut masa bernikah Ariffahmi masih ahli UMNO dan belum keluar secara rasmi lagi, jadi persoalannya masih sama iaitu sah atau tidak nikah itu...

Semua yang dibincangkan di atas bukan sengaja direka tetapi perlu memandangkan bapak mertua Ariffahmi kata orang UMNO adalah kafir dan Ariffahmi pula adalah orang UMNO!

(sumber;http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=11290:menantu-nik-aziz-orang-umno-kafirkah-dia&catid=51:berita-utama&Itemid=29)

No comments: