Kroni
Sekiranya pihak parti pemerintah meletakkan sesiapa yang mempunyai talian persaudaraan (anak, menantu, cucu dll) maka akan di tuduh menyalahguna kuasa. Tetapi jika Nik Aziz atau Anwar meletakkan menantu atau abang memegang jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan, itu adalah kerana kelayakan atau kemampuan individu terbabit.
Rasuah
Bila Rosmah memulangkan barang berharga milik pemerintah Arab, beliau di persenda oleh pembangkang. Malah setiap gerak geri pemerintah di tuduh berbaur rasuah. Tetapi bila Nik Aziz di biaya oleh syarikat berkepentingan, itu untuk mengambil 'barakah'.
Mahkamah
Jika mahkamah membuat keputusan menyebelahi kerajaan, kononnya telah di atur dan hakim takut kepada pemerintah. Tetapi bila hakim membuat keputusan menyebelahi pembangkang, maka kononnya hakim tersebut seorang yang berani melawan dan perjuangkan keadilan.
Hukuman
Jika ada pemimpin pembangkang yang bersalah dari sudut undang-undang, kononnya itu adalah konspirasi politik dan cubaan menjatuhkan karier politik. Jika ada pemimpin kerajaan yang bersalah, kononnya sebagai cubaan mengabui mata rakyat untuk menunjukan imej bersih kerajaan.
Perkauman
Jika Umno cuba membela hak orang Melayu, maka di katakan sebagai perkauman. Tetapi bila DAP dan PKR mempertahankan hak kaum Cina dan India, itu adalah untuk menuntut kesaksamaan.
Ekonomi
Sewaktu DS Najib melancarkan pakej ransangan ekonomi dan pelbagai pelan untuk merangsang ekonomi negara, pembangkang menuduh ia gimik politik dan terus-terusan memburukkan negara seolah menunjukkan keadaan politik negara tidak stabil hingga menakutkan pelabur luar. Tetapi bila pembangkang memuji sewaktu Anwar di lantik penasihat ekonomi Selangor, lupakah kita negara Malaysia hampir tergadai ke tangan IMF sewaktu krisis ekonomi 1998 gara-gara orang yang sama?
Calon Pilihanraya
Semua calon BN di serang peribadinya. Fitnah tentang calon BN di sebarkan dengan meluas. Malah calon yang telah insaf tetap di palitkan dengan imej buruk. Tetapi calon pembangkang di berikan imej mulia dan bersih. Tetapi calon mana yang paling bermasalah dan meletak jawatan sejak pilihanraya 2008? Bukankah calon-calon dari PKR yang kebanyakannya tangkap muat? Malah pemimpin pembangkang sendiri terang-terangan tidak bersih dari segi rekod jenayahnya.
Inilah wajah pembangkang Malaysia. Masih lagi dengan agenda kononnya ingin menghentikan 'kekejaman' BN dan memperjuangkan 'keadilan' individu tertentu. Walhal itu hanyalah propaganda untuk meraih undi.
Akhirnya apabila sebahagian rakyat memberi peluang, mereka masih tidak berupaya membuktikan sesuatu. Sebaliknya hanya bercakaran sesama sendiri dan asyik menyalahkan BN. Inikah rupa pemimpin yang mahu memerintah Malaysia?
Posted by Anak Muda Johor at 11/17/2009 02:27:00 AM 0 comments
(sumber;http://umnojohor.blogspot.com/2009/11/mentaliti-pembangkang.html)
No comments:
Post a Comment