Saturday, January 31, 2009

UMNO;PAS: Tindakan SPRM jejas Agong

(petikan dari;http://www.malaysiakini.com/news/97321)
Jimadie Shah Othman | Jan 30, 09 7:10pm

PAS menyifatkan isu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa membelasah seorang pemimpin Umno sebagai tindakan yang menjejaskan nama baik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Ia (SPRM) hilang kawalan. Tindakan itu, jika benar, menjejaskan imej SPRM yang mahu memastikan amalan integriti dan ketelusan.

"Ia juga menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong," kata Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar.

SPRM – sebelumnya dikenali Badan Pencegah Rasuah (BPR) – dinaiktaraf sebagai suruhanjaya tahun lalu.

Mahfuz mengulas laporan polis Halimi Kamaruzzaman yang mendakwa didera serius sewaktu disiasat berhubung amalan politik wang selama empat hari mulai 23 Januari.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Maran, Pahang itu mendakwa tiga pegawai SPRM menumbuk, menendang dan memaksanya berbogel dan kemudiannya berguling-guling di atas lantai.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

Halimi, dalam aduan polisnya itu, bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dengan Norza.

Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena, berharap satu badan bebas ditubuhkan bagi mengkaji kesahihan dakwaan salah laku agensi-agensi penguatkuasaan termasuk SPRM dan polis.

Tambahnya, badan bebas itu perlu kerana kerana negara kini berdepan isu mendiang A Kugan didakwa mati dibunuh sewaktu dalam jagaan polis dua minggu lalu.

Mahfuz juga berkata, walaupun Halimi seorang pemimpin Umno, semua pihak wajar membelanya demi menegakkan prinsip keadilan terhadap semua.

Sementara ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula mendesak SPRM tampil menjelaskan kesahihan dakwaan Halimi itu dan pegawai penyiasat yang terlibat dan seterusnya mengambil tindakan.

"Keluarkan mereka (daripada SPRM), bersihkan sistem," kata ketua Wanita PKR itu.

Menyatakan beliau terkejut dengan dakwaan kejadian itu, Zuraida sekali lagi menegaskan perlunya SPRM berubah secara menyeluruh dalam siasatannya.

"Seperti kita tegaskan dalam Parlimen dulu, SPRM jangan tukar baju sahaja. Mula-mula, apabila mereka menyiasat kes rasuah dalam Umno, kita gembira.

"Tetapi kalau jadi macam ini (penderaan), ia hanya akan kembali kepada keadaan lama (sebelum dibentuk suruhanjaya).

"SPRM patut menunjukkan ketelusan dan profesionalisme mereka dalam hal ini," katanya.

UMNO; Badan khas siasat isu deraan SPRM

(petikan dari:http://www.malaysiakini.com/news/97324)
Jan 30, 09 7:30pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan seorang pemimpin Umno Maran didera oleh pegawai penyiasatnya beberapa hari lalu.

Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu menyatakan ia memandang serius dakwaan itu dan tidak akan berkompromi dengan pegawainya yang terlibat sekiranya dakwaan itu berasas, lapor Bernama.

"SPRM juga memberi jaminan penyiasatan ini akan dilakukan secara profesional dan adil.

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commission"Penyiasatan dalaman itu akan dipantau oleh Jawatankuasa Aduan yang dibentuk di bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009," katanya hari ini.

Jawatankuasa Aduan itu terdiri daripada lima ahli yang dilantik (bukan pegawai SPRM) bagi memastikan sebarang aduan salah laku yang dikendalikan dengan bebas dan telus mengikut prosedur ditetapkan.

Menurut agensi berita itu, SPRM juga meminta polis mengambil tindakan segera ke atas laporan Halimi Kamaruzzaman kelmarin berhubung dakwaan serius dan mengejutkan itu.

"Sekiranya dakwaan itu tidak benar dan berunsur fitnah, satu tindakan wajar diambil ke atas pengadu yang telah membuat laporan palsu itu," katanya.

Katanya, pegawai SPRM Pahang juga turut membuat laporan polis berikutan terdapatnya ugutan-ugutan bagi tujuan memburukkan imej suruhanjaya kepada pihak tertentu.

Dalam aduan polisnya, ahli jawatankuasa bahagian itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

Halimi juga mendakwa beliau ditendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," lapornya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

UMNO; Politik wang: Umno tidak setuju SPRM siasat pemimpin

(petikan dari;http://www.malaysiakini.com/news/97314)
Abdul Rahim Sabri | Jan 30, 09 4:38pm

dikemaskini Walaupun tanpa isu dakwaan penderaan seorang pemimpin bahagian Umno sewaktu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Umno umumnya tidak bersetuju campur tangan badan itu dalam membanteras gejala politik wang dalam parti.

Pemuda Umno Padang Serai menyifatkan siasatan SPRM "tidak tepat pada masanya", lebih-lebih lagi hampir dengan pemilihan parti, Mac ini.

Ketua Pemudanya Ismadi Abu Talib turut mempertikaikan tangkapan suruhanjaya itu terhadap sejumlah pemimpin Umno peringkat pertengahan baru-baru ini tetapi tidak menfokuskan pemimpin parti-parti lain.

"Tangkapan SPRM fokus pemimpin Umno sewaktu dekat dengan pemilihan, seolah-olah ahli Umno sahaja yang yang rasuah.

"Tidak semua pemimpin Umno mengamalkan rasuah," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Lebih-lebih lagi, tambahnya, tindakan sedemikian menyebabkan wujud pertembungan bidang tugas antara SPRM dengan Lembaga Displin Umno untuk membanteras politik wang dalam parti tersebut.

"Akar umbi terkapai-kapai, yang mana satu nak ikut?" katanya.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) – sebelum pembentukan suruhanjaya baru itu – sudah memadai untuk mengawal gejala buruk itu, tambahnya.

Mengulas dakwaan insiden penderaan seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian Maran, Pahang di tangan penyiasat SPRM, Ismadi berkata beliau membantah cara siasatan tersebut.

"Saya tidak nampak kebaikan SPRM. Saya tidak bersetuju dan tidak sokong tindakan itu," katanya.

macc and umno acaDalam laporan polisnya kelmarin, Halimi Kamaruzzaman mendakwa mengalami penderaan serius sewaktu disiasat berhubung amalan politik wang anggota MT dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Halimi mendakwa tiga pegawai SPRM menumbuk, menendang dan memaksanya berbogel dan kemudiannya berguling-guling di atas lantai.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan (mengaitkan dengan Norza)," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

Ismadi menambah, beliau difahamkan kira-kira 600 penyiasat ditambah bersama SPRM dan ia memberi tafsiran bahawa pemimpin Umno mengamal rasuah.

"Saya rasa kita membuka pekung di dada, seolah-olah memang pemimpin kita mengamalkan rasuah.

"Bagaimana saya nak beritahu kepada akar umbi bahawa pemimpin-pemimpin kita itu benar-benar bersih (daripada politik wang)?" katanya.

Sejak siri penangkapan SPRM terhadap pemimpin Umno, beliau juga mengalami perasaan fobia untuk keluar rumah walaupun berjumpa kawan-kawan.

Katanya, tangkapan tersebut menjadi satu kejutan kepadanya, tambahan pula beliau baru sahaja memegang jawatan tersebut pada pemilihan bahagian itu November lalu.

"Oleh yang demikian saya mahukan definisi politik wang yang jelas dalam Umno supaya akar umbi tidak terawang-awang dengan matlamat penubuhan SPRM," katanya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar masalah politik wang dalam parti tersebut dibincangkan dan dibahaskan dalam persidangan agung, mulai 24 Mac ini.

Manakala Naib Ketua Bahagian Umno Langkawi, Mohd Rawi Abdul Hamid pula menjelaskan beliau tidak bersetuju sejak awal lagi isu politik wang Umno dibawa kepada SPRM.

umno money politicsKerana, tambah wakil rakyat Ayer Hangat, ia memberi gambaran kepada akar umbi bahawa pemimpin-pemimpin bahagian mengamalkan politik wang.

Mengulas dakwaan insiden yang menimpa Halimi sepanjang empat hari ditahan SPRM sejak 23 Januari, beliau berasa kesal dan menyifatkan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Dalam mana-mana siasatan, tidak boleh dijalankan siasatan dengan kekerasan, hatta orang yang ditahan atas dakwaan jenayah pun tidak boleh disiasat dengan kekerasan," katanya sewaktu dihubungi.

Tambahnya, dakwaan insiden sebegini akan menyebabkan rakyat mempersoalkan kaedah siasatan yang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menggesa MT menentukan sama ada suruhanjaya itu boleh menyiasat berhubung amalan politik wang atau tidak memandangkan lembaga disiplin parti sudah berbuat demikian.

Sementara ketua Wanita Umno Melaka, Datuk Hazizah Mohd Sultan berkata dakwaan insiden penderaan oleh penyiasat SPRM tidak sepatutnya berlaku.

"Masalah politik harus di selesaikan dengan politik. Bukan cara begitu untuk menyiasat," katanya.

Mengulas lanjut mengenai tangkapan ahli jawatankuasa, tangkapan tersebut memberikan gambaran tidak elok kepada Umno dan menjatuhkan imej parti itu.

"Tangkapan memburukkan lagi keadaan (Umno), seolah-olah memberi anggapan buruk kepada Umno.

Tambahnya, politik wang yang berlaku dalam parti tersebut adalah perkara kecil dan terpencil yang diperbesar-besarkan.

"Ada satu, dua orang sahaja daripada berjuta-juta ahli Umno yang melakukan rasuah," katanya.

Hazizah menjelaskan, hukuman daripada lembaga disiplin seperti digugurkan keahlian atau digantung jawatan sudah mampu untuk membanteras politik wang dalam parti.

UMNO; AJK Umno: Saya dipaksa bogel depan pegawai SPRM

(Petikan dari http://www.malaysiakini.com/news/97271)
Jan 29, 09 7:33pm

Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

Norza sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas dengan alasan beliau sedang disiasat.

Beliau juga berkata tidak mengetahui laporan polis tersebut.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pula berkata suruhanjaya itu menyerahkan kepada polis untuk menjalan siasatan terhadap dakwaan Halimi dan enggan mengulas lanjut.

Wednesday, January 28, 2009

UMNO; Adilkah jika Dato Ahmad Ismail didakwa bawah Ata Hasutan?

Rabu, 2009 Januari 28

(Petikan dari http://pesanan-pesanan.blogspot.com)

Adilkan jika Ahmad Ismail didakwa bawah Akta Hasutan?

Khabar angin ini terkeluar di sebuah blog tempoh hari sini. dan sebuah blog lagi sini meminta diwar-warkan agar ramai hadhir memberi sokongan di Mahkamah Seksyen Butterworth Pulau Pinang pada Januari 29hb.

Menurut khabar, Dato Ahmad Ismail, bekas Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, Pulau Pinang dijangka akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Hasutan (1948).

Akta tersebut meletakkan lingkungan kesalahan bagi sebarang ucapan yang condong kepada menghasut yang boleh menimbulkan rusuhan atau perkelahian antara kaum dan perasaan marah atau tidak puas hati terhadap kerajaan.

Dengan adanya peruntukkan Akta ini, maka menjadi amalan negara ini perkara tertentu menjadi taboo perbincangan. Perkara-perkara pokok berhubung kenegaraan khususnya, Islam sebagai agama persekutuan, Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan dalam Artikel 153, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kerakyatan Jus Soli bagi kaum imigren tidak boleh dipersoalkan.

Ahmad Ismail menimbulkan kontroversi kerana menggunakan istilah "kaum penumpang" untuk merujuk kepada kaum-kaum Cina dan India semasa berkempen di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos tahun lepas.

Perkara ini telah diwar-warkan menjadi isu oleh akhbar Sin Chew jit Poh setelah berakhirnya PRK tersebut. Ia berakhir dengan wartawan yang membuat liputan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama satu hari. Ini pun menimbulkan kontroversi kerana bukan penyunting berita yang ditahan. Kerajaan pula kelihatan gopoh dan tidak bersedia apabila menahan wartawan tersebut.

Bagi pihak Ahmad Ismail, beliau bertegas menafikan dan enggan meminta maaf seperti yang dituntut oleh Presiden partinya, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Menurutnya, dia hanya menyatakan bahawa penggunaan istilah itu tidak mempunyai niat menghasut untuk menimbulkan huru hara antara kaum. Istilah itu disebut dari konteks negara majmuk dan kehidupan bertoleransi.

Perkara ini dinafikan oleh wartawan berbangsa Cina yang hadhir tetapi tidak ada sebarang bukti dan transkrip penuh ucapan beliau telah disiarkan, khususnya oleh akhbar Sin Chew Jit Poh. Nampaknya pihak berkuasa seolah-olah menerima bulat-bulat penafian tanpa bukti akhbar yang wartawannya ditahan di bawah ISA.

Mengapakan akhbar yang mempunyai reputasi gemar mengapi-apikan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Cina dengan meniupkan persoalan-persoalan pokok dalam pokok kenegaraan dalam Perlembagaan dan kerajaan diterima bulat-bulat?

Jika kita berbalik kepada intipati ucpaan Ahmad Ismail, bukankah satu realiti dan kenyataan sejarah bahawa kaum Cina dan India bukan kaum indigeneous Nusantara Melayu? Bukankah bahasa, dan budaya mereka adalah budaya asing yang bukan sebahagian dari alam budaya serantau yang berasaskan Melayu?

Dengan ikhlas, salahkah Ahmad Ismail jika benar dia mengatakan kaum Cina adalah "penumpang sementara" negara ini?

Realitinya kaum Cina Malaysia yang berasal dari persisiran pantai negara Cina dan merupakan sebahagian dari rangkaian Cina Luar Negara memang lebih erat kesetiakawan kepada kaumnya dari rakyat kaum lain di tanahair barunya. Sememangnya Malaysia ini adalah tempat tumpangan sementara kerana lazimnya mereka berpindah-pindah dari negara ke negara.

Mengapakah dan atas asas apa Ahmad Ismail akan didakwa di bawah Akta Hasutan? Adakah Ahmad Ismail ada mempersoalkan status kerakyatan kaum imigren? Adakah lebih teruk lagi, dia mempersoalkan perkara-perkara pokok Perlembagaan?

Huru hara hanya timbul apabila perkara yang tidak perlu dibesarkan diwar-warkan. Bukankah dengan mewar-warkan insiden yang agak subjektif interpretasi merupakan satu usaha menimbulkan huru hara antara kaum?

Adakah peningkatan populariti dari sokongan ramai orang-orang Melayu dan ketegasan pendirian beliau enggan dijadi mangsa 'kambing hitam' maka ia perlu dicantas habis? Sudahlah penggantungan keahlian partinya digantung selama 3 tahun tetapi kini di "atur" supaya merengkuk dalam penjara sepanjang masa penggantungan beliau? Ini perkara dalaman parti dan tidak ada kena mengena dengan undang-undang.

Penulis blog ini menyokong pendirian beliau kerana keberaniaan beliau menyatakan yang benar dan hak, dan enggan dipermain-mainkan oleh psywar pihak-pihak fanatik kaum Cina yang mengambil peluang dari kelemahan kepimpinan Melayu dan pertelagahan tidak habis-habis parti-parti politik Melayu.

Atas alasan demikian, penulis bertanya adakah kepimpinan Melayu akur dan sedia dikotak katikkan oleh fanatik kaum Cina? Demi politik, adakah kepimpinan Melayu sedia mengkorbankan kaumnya sendiri yang tidak melakukan kesalahan yang jelas

Andainya Ahmad Ismail benar-benar salah dan ada menayatakan sesuatu yang lebih teruk dari yang teah dilaporkan, adakah dakwaan ini hartus berakhir kepada Ahmad Ismail sahaja?

Bagaimana pula dengan kenyataan YB Tan Lian Hoe yang menyatakan orang Melayu sebagai pendatang? Sudahlah kenyataan beliau itu jelas salah, beliau masih enggan mengaku dan memohon maaf di Parlimen setelah dipersoalkan oleh ahli-ahli Parlimen PAS dan UMNO.

Ini harus dilihat sebagai kesalahan yang lebih besar. Selain hampir menyerupai kononnya kesalahan Ahmad Ismail, Tan Lian Hoe berbohong untuk menimbulkan kemarahan orang asal negara ini.

Malahan jika Ahmad Ismail didakwa, setiap aktivis Artikel 11 seperti Malik Imtiaz, Harris Ibrahim, dan lain-lain aktivis yang mempersoalkan butiran Artikel 11 dan lain-lain artikel Perlembagaan yang bersangkut paut dengan kedudukkan Islam sebagai ugama Persekutuan harus didakwa?

Begitu juga mereka-mereka yang mempersoalkan Artikel 153 dan perkara-perkara perundangan dan polsi yang berkait dengan perlaksanaan artikel tersebut harus beramai-ramai diheret ke mahkamah.

Termasuk juga wakil-wakil rakyat dari kaum Imigren yang menghina Raja-Raja Melayu dengan sengaja enggan memakai songkok di Majlis rasmi pembukaan Dewan Undangan Negeri yang dihadhiri Raja-Raja Melayu.

Bagaimana pula mereka-mereka yang secara terbuka mempersolkan 'Sosial Kontrak' yang merupakan perkara-perkara taboo dalam Akta Hasutan dan ketuanan Melayu yang berkait rapat dengan kesinambungan sejarah kepada sistem Raja dan kedudukkan Raja Berperlembagaan yang diamalkan?

Penulis melihat pendakwaan terhadap Ahmad Ismail tidak kuat dan lebih merupakan dakwaan berpilih-pilih yang mempunyai motif politik. Ianya seolah-olah mengorbankan orang Melayu untuk memenangi hati kaum bukan Melayu.

Itu tidak adil!
Dicatat oleh Pesanan Keramat di 8:30 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

(zmsegamat; Memang TAK ADIL umpama peribahasa melayu "memanjat pokok cekur boleh jatuh mati")

Fikir-Fikirkan

Fikir-Fikirkan;

UMNO ditubuhkan untuk menjaga kepentingan melayu dan ISLAM. Tetapi kenapakah orang Melayu telah mula menjauhkan diri dari UMNO, Mungkinkah orang MELAYU sudah tidak percaya kepada UMNO untuk membela mereka.

UMNO dilihat terlalu LEMAH untuk mempertahankan hak Melayu dan selalu mengalah, akibatnya orang lain sering naik kepala dan menghiriris perasaan orang Melayu. UMNO hancur kalau persepsi ini berterusan.

Orang lain apabila mereka mendapat kuasa, mereka gunakan sebaik-baiknya. Tetapi Kita bila mempunyai kuasa, mudah sangat kita bertolak ansur dan menjadi pemurah.

Justeru itu, semoga selepas Mac 2009 nanti, pemimpin UMNO yang dah ada KUASA kena praktikkan konsep "PARTI menguasai KERAJAAN dan bukan KERAJAAN menguasai PARTI"

Fikir-Fikirkan....

Tuesday, January 27, 2009

UMNO; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin


Soal Jawab: Umno perlu pemugaran untuk jadi parti relevan
Oleh Nurul Adlina Kamaludin (BERITA MINGGU 25012009)

Pemimpin generasi muda kena berganding kongsi idea

Pemilihan Umno bagi jawatan Naib Presiden mencuri perhatian kerana sembilan calon akan bertanding. Selain muka lama, calon muka baru memperlihatkan kelebihan apabila mendapat pencalonan yang besar. Minggu ini, dua lagi calon Naib Presiden yang pertama kali mencuba nasib untuk merebut jawatan berkenaan memberikan pandangan mereka. Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin menemubual Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, manakala Rohaniza Idris bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

BERITA MINGGU; INI adalah percubaan pertama. Mengapa Datuk Seri membuat keputusan bertanding jawatan ini?

Saya mahu sama-sama menyumbang kepada kekuatan Umno yang berterusan bagi membolehkan Umno terus diterima rakyat. Bagi saya, ahli Umno perlu diberi pilihan melihat dan menilai semua calon yang menawarkan diri supaya dengan adanya pilihan itu, mereka tidak terikat dengan satu-satu calon.



Ia juga bertujuan supaya setiap yang menawarkan diri itu tahu tanggungjawab, komitmen dan hala tuju parti. Apabila berlaku proses ini mereka terpaksa memikirkan sejauh mana kemampuan untuk menjadi Naib Presiden atau jawatan lain.

Ahli Umno dapat menilai dan memilih mereka yang benar-benar terbaik. Ia bukan sekadar isi kekosongan jawatan Naib Presiden, tetapi meletakkan kepemimpinan yang tepat sebagai seorang Naib Presiden yang relevan, berkesan dan boleh berkongsi untuk mengeluarkan Umno daripada kemelut yang sedang dihadapi. Kerana itulah saya menawarkan diri.

Bukan saya saja, tetapi calon lain turut memikirkan cara mendalam, menunjukkan kehebatan dan kemampuan masing-masing supaya ahli Umno boleh menilai siapa yang terbaik. Pada akhirnya apa yang penting, Umno yang seharusnya menang.

BERITA MINGGU; Apa yang boleh Datuk Seri tawarkan jika dipilih Naib Presiden, terutama ketika keadaan Umno dikatakan lemah?

Saya lebih gemar melihat kita dapat melakukan proses rejuvenate (pembaharuan) Umno. Parti Umno patut belajar melihat kekuatan lama parti yang menyebabkan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya, melihat Umno sebagai parti yang boleh memberi pembelaan kepada mereka.

Kita juga perlu melihat kepada senario hari ini yang mana Umno wujud dalam zaman ekonomi berasaskan pengetahuan.

Maka, berasaskan pada dua perkara ini, saya berasa Umno perlu melakukan pembaharuan semula. Ini hanya dapat dilakukan dengan memberi tumpuan kepada empat perkara:


Pertama: Integriti dan etika;


Kedua: Memasyarakatkan Umno dan ia perlu dilihat sebagai parti yang rapat dan menepati kehendak isi hati rakyat dan menjadi juara isu rakyat dan masyarakat;


Ketiga: Soal peningkatan ilmu, Umno mesti jadi parti yang menjuarai soal peningkatan kecemerlangan dan perluasan ilmu di kalangan rakyat dan membabitkan golongan intelektual bersama-sama Umno; dan


Keempat: Umno perlu berusaha tingkatkan kecemerlangan orang Melayu. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dipertikaikan atau diragui perlu diteliti semula dari segi pelaksanaannya kerana ramai yang kecewa dengan pencapaian dasar itu. Dalam hal ini, saya berasakan DEB perlu dipertahankan, khususnya bagi matlamat pembangunan semula masyarakat dan mengatasi kemiskinan. Cuma kaedah pengagihannya perlu diberi perhatian. Rakyat kini sudah bijak dan mempunyai banyak maklumat. Rakyat mahu mendapatkan peluang secara adil. Walaupun orang Melayu ada hak keistimewaan, ini tidak bermakna mereka tidak perlu kerja kuat, bersaing atau menunggu bantuan. Ini konsep yang salah.

DEB adalah usaha berterusan dan jangan dinilai dari segi usianya. Kita perlu tunjukkan Umno sebagai parti ada integriti dan etika, tingkatkan ilmu, tiada jurang antara Umno dengan masyarakat dan mencapai kemajuan. Apabila ini berlaku, saya yakin, rakyat akan kembali kepada Umno.

BERITA MINGGU; Apakah faktor negeri boleh menggugat kedudukan Datuk Seri kerana ada tiga wakil Johor, termasuk calon lebih senior sedangkan Datuk Seri dianggap mewakili generasi baru.

Calon Naib Presiden yang ramai dari Johor sebenarnya menunjukkan keupayaan negeri ini menampilkan pemimpin yang layak menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden. Ia juga menunjukkan Johor tidak hanya menampilkan satu calon yang perlu dipilih perwakilan.

Bagi saya, ini tidak menjadi masalah dan perwakilan boleh fikir siapa yang layak berasaskan ciri perlu ada dan dimiliki calon dari Johor. Jadi bagi saya, soal negeri ini tidak memberi masalah.

Soal saya mewakili generasi baru, mungkin dari segi usia. Usia 50 tahun yang saya berasa sebelum ini pada peringkat pemilihan Naib Presiden pernah menyaksikan pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjadi Naib Presiden. Seperti yang kita ketahui jawatan Naib Presiden itu adalah peringkat ketiga parti. Jadi takkanlah untuk peringkat ini, kita mahukan yang sudah lanjut usianya.

Saya juga ingin betulkan fakta, biarpun usia saya muda, tetapi saya sebenarnya sudah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal daripada 1990. Dalam parti pula, saya menjadi Ketua Pemuda Bahagian sebelum Umno diharamkan lagi, iaitu pada 1987.

Saya juga menjadi Exco Pemuda sejak 1993. Jangan dinilai faktor usia kerana saya bermula pada usia muda atau dianggap terlalu awal. Bukan soal tua atau muda semata-mata, tetapi kemampuan untuk menyumbang kepada kejayaan parti. Jika muda, tapi tiada pengalaman, tidak matang, juga tidak berguna. Begitu juga jika tua, tetapi tidak manfaatkan pengalaman pun, tidak bererti.

Apa yang penting biarlah ahli menilai sama ada kita ini berkemampuan, ada komitmen, daya juang tinggi atau pun tidak dan faham apa yang akan dilalui. Kedudukan yang hendak diambil itu bukan untuk kepentingan diri, tapi sebenar-benarnya ikhlas supaya kekuatan parti ini dapat dikembalikan.

BERITA MINGGU; Datuk Seri mempunyai jawatan dalam Kabinet yang dianggap kelebihan kerana memudahkan mendapat sokongan peringkat akar umbi berbanding mereka di luar kerajaan.

Saya melihat perwakilan Umno sudah bijak dan matang. Jika kita kata orang yang pegang kedudukan ada kelebihan, maka saya ingat semua yang pegang jawatan itu akan bertanding. Tetapi itu tidak berlaku. Bagi mereka yang tiada jawatan dalam Kabinet, buat apa pula mereka menawarkan diri jika berasakan tidak mempunyai kelebihan. Ini sebenarnya bukan satu isu. Mereka yang pegang jawatan kerajaan sebenarnya turut menyokong falsafah dan prinsip perjuangan parti.

Malah kita sebenarnya diukur sejauh mana kemampuan menterjemahkan falsafah dan perjuangan parti itu apabila diberi kuasa memimpin. Itu ukuran yang akan diberi perwakilan terhadap kita. Sama ada kita diterima atau melepasi kelayakan. Mereka yang tidak pegang jawatan dalam kerajaan sebaliknya akan diukur dengan cara lain, mungkin dari segi semangat dan kefahaman mengenai perjuangan, komitmen. Jadi isu ini tidak timbul.

Sebab ada juga yang sebelum ini cakap berkobar-kobar tetapi apabila menganggotai kerajaan, tak dapat laksanakan atau terjemahkan aspirasi parti.

BERITA MINGGU; Datuk Seri dilihat sebagai seorang pemimpin yang serius, tidak suka berjenaka dan kurang mesra. Tidakkah ini menjadi halangan atau jurang pemisah antara pemimpin dengan rakyat?

Saya fikir rakyat, ahli Umno dan negara sememangnya mahukan saya menjadi seorang yang serius. Jika tak serius, sudah pasti satu benda pun tak tercapai dan menggagalkan hasrat dan harapan mereka. Saya perlu serius kerana tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya juga serius.

Sebelum ini tugas (sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) membangunkan aspek keusahawanan di kalangan Bumiputera. Ini kerja serius kerana kejayaan kita melahirkan usahawan, akan membolehkan penyertaan orang Melayu dalam bidang ekonomi. Tidakkah ini perkara yang tidak serius?

Dan sekarang, saya memegang jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang memerlukan soal menentukan rakyat Malaysia menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Apalagi kita berada pada era ekonomi berasaskan pengetahuan. Jika kita tidak dapat membangunkan sumber manusia dan tahap ilmu yang tinggi, sudah pasti merencatkan usaha negara untuk bersaing dengan negara asing. Jika saya diberi tanggungjawab perkara yang serius, tetapi saya tunjukkan yang saya sentiasa buat gelak, bukankah ini boleh menyebabkan orang hilang keyakinan terhadap saya.

Ada tempat kita serius, ada tempat kita boleh relaks. Jadi isu ini tiada masalah. Malah dalam media sejak sebulan lalu, banyak gambar menunjukkan saya ketawa. Jadi saya pun hairan mengapa orang kata saya serius. Apa yang penting, saya memang buat kerja secara serius. Saya menginsafi jika saya gagal, negara saya juga gagal. Jadi saya tidak boleh tidak serius. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak mesra dengan orang ramai dan sedia membantu. Ringkasnya, saya serius tapi mesra. Jadi orang ramai tidak perlu khuatir mengenainya.

BERITA MINGGU; Apakah ciri seorang Naib Presiden kerana kini didakwa ada calon mempunyai latar belakang politik wang turut layak bertanding?

Perkara pokok di sini adalah memahami keadaan semasa dan rakyat. Perlu ada kewibawaan, mempunyai idea yang besar untuk meneruskan pembangunan dan kejayaan negara dan rakyat. Perlu ada integriti dan etika dalam semua perkara yang mahu dibuat. Atas sebab itulah saya kembali kepada perkara asas menawarkan diri, iaitu memberi pilihan kepada perwakilan.

Mereka perlu memikirkan secara mendalam apakah yang perlu menjadi asas dalam pemilihan pemimpin. Pilihan itu memaksa mereka memikir dengan mendalam. Jika berfikir dengan melihat aspek luaran tanpa mengutamakan soal dalaman, maka pemimpin yang dipilih juga lemah. Ini boleh memudaratkan parti. Pemilihan yang dibuat kepada asas yang lemah akan hasilkan pemimpin yang lemah.

BERITA MINGGU; Tidakkah pertandingan sengit bagi jawatan ini akan menjejaskan kekuatan parti?

Perlu diingat proses penawaran diri untuk pilih pemimpin secara demokrasi. Mendengar pandangan ahli biasa. Demokrasi juga menjadi cara pemilihan pemimpin parti dan proses yang perlu dilalui. Perpecahan biasanya berlaku selepas pertandingan. Saya percaya jika pemimpin itu yang tepat dan pemilihannya menepati caranya, maka saya percaya Umno tidak akan berpecah sebaliknya kuat.

BERITA MINGGU; Timbul kebimbangan pemimpin Umno terlalu ghairah berkempen sedangkan tugas lebih penting ialah memperkukuhkan parti untuk menghadapi cabaran pembangkang, terutama di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat?

Saya rasa kempen itu memberi peluang untuk mereka menawarkan diri bertemu dengan ahli Umno, menjelaskan isu semasa dan tindakan yang diambil. Saya tidak fikir tindakan calon berkempen itu salah atau mengabaikan tugas penting memperkukuh parti. Mereka bukannya datang memberikan senyuman semata-mata, tetapi perlu bercakap menjelaskan perkara yang membantu parti dan juga kerajaan.

Saya tidak percaya tindakan ini boleh menyebabkan calon mengabaikan tugas. Sebagai menteri, kita berkempen sepanjang masa kerana proses itu berterusan. Jika kempen pada saat akhir, itu yang rakyat tak faham. Umno pada peringkat bahagian pun perlu bergerak sepanjang masa. Jangan masa nak pilihan raya baru bergerak. Ini menjadi antara sebab Umno kalah. Program berterusan perlu ada bagi pengisian berpanjangan. Ahli parti juga mempunyai peluang bertanyakan secara terus dan mengenali pemimpin. Ini penting bagi memastikan pemimpin ini menjadi pilihan yang tepat.

Pemimpin juga perlu merangka perkara yang relevan kepada ahli. Jika pemimpin tak kenal ahli, macam mana mahu fikirkan perkara keperluan masyarakat serta masalah yang ada di kawasan itu.

Bagaimana peluang Datuk Seri dalam persaingan ini. Datuk Seri juga dilihat akrab dengan Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Adakah ini satu kelebihan.

Saya mengakui memang akrab dengan Datuk Seri Abdullah kerana beliau adalah Presiden parti dan saya pula seorang pemimpinnya. Tak masuk akal hanya kerana wujudnya proses peralihan ini, saya mahu menukar pendirian dengan mengakui kami tidak rapat. Saya bukan jenis itu. Beliau kekal atau tidak, saya memang rapat dengannya. Itulah kesetiaan saya dan pendekatan itulah yang akan saya lakukan apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Presiden parti.

Datuk Seri Najib juga akan mendapat sokongan penuh dan taat setia saya dalam usaha bersama menjayakan parti dan kerajaan. Jadi pada saya, soal ini tidak perlu disorok. Kerana perlu diingat hakikatnya, dalam Umno cuma ada seorang Presiden dan dalam negara cuma ada satu Perdana Menteri. Kita akan sokong satu Presiden dan satu Perdana Menteri.

BERITA MINGGU; Benarkah sekarang sudah ada calon sesama calon membina 'team' untuk memastikan kemenangan?

Wallahualam. Ini disebabkan apabila kita menghadiri perwakilan, kita bukan datang bersama, sebaliknya sebagai individu.

BERITA MINGGU; Pandangan Datuk Seri mengenai tanggapan ahli dan masyarakat sesetengah calon yang menang menggunakan wang? Tidakkah ini tidak adil kepada mereka yang menang?

Setakat ini saya tidak tahu siapa yang menang menggunakan politik wang. Tapi saya hanya mahu katakan perkara ini memang sesuatu yang kita tidak mahu berlaku dalam parti. Saya minta perwakilan mengutamakan dan mempunyai kekuatan diri.

Apabila berdepan pelbagai dorongan di depan mata, mereka perlu mengutamakan asas tepat untuk buat penilaian dan pilihan. Walaupun mungkin ada berlakunya kejadian politik wang, saya juga percaya, berasaskan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 dan dua pilihan raya kecil, perwakilan akan ada kekuatan untuk menentukan yang terbaik demi parti.

Saya yakin perwakilan memikirkan nasib bangsa, agama dan negara yang bukan saja untuk masa sekarang, tetapi pada masa depan.



Cetak artikel | Hantar pada kawan

UMNO; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal


Soal Jawab: Kepemimpinan generasi muda mampu merubah struktur pengurusan Umno
(BERITA MINGGU 25012009)

Parti perlukan penjenamaan semula supaya dapat diterima masyarakat

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Pemilihan Umno bagi jawatan Naib Presiden mencuri perhatian kerana sembilan calon akan bertanding. Selain muka lama, calon muka baru memperlihatkan kelebihan apabila mendapat pencalonan yang besar. Minggu ini, dua lagi calon Naib Presiden yang pertama kali mencuba nasib untuk merebut jawatan berkenaan memberikan pandangan mereka. Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin menemubual Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, manakala Rohaniza Idris bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


BERITA MINGGU; MENGAPA Datuk Seri membuat keputusan bertanding jawatan ini?

Ruang yang ada menyebabkan saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan ini. Tambahan pula, perkembangan politik tanah air dan Umno yang saya lihat sesuai untuk memberikan sumbangan kepada parti dan rakyat.

Lagipun, saya berasakan sudah tiba masa untuk saya melangkah setapak lagi ke hadapan. Lagipun saya sudah mempunyai pengalaman hampir empat penggal dalam Majlis Tertinggi Umno.

Saya berharap dapat membantu Umno memainkan peranan positif sebagai parti yang boleh diterima rakyat. Saya yakin dapat memberi sumbangan lebih besar kepada parti jika dipilih menjadi Naib Presiden.

BERITA MINGGU; Datuk Seri mencatatkan sejarah sebagai ahli Umno Sabah pertama melayakkan diri bertanding merebut jawatan Naib Presiden. Apakah faktor negeri penting kepada calon lebih-lebih lagi kini ada tiga calon dari Johor dan dua dari Negeri Sembilan?

Jawapannya ya dan tidak. Faktor ini boleh menjadi aspek penting tetapi ia bukan menjadi kayu pengukur untuk seseorang itu merebut jawatan ini.

Kemenangan bukan hanya bergantung kepada faktor negeri, ia lebih daripada itu dan saya percaya perwakilan berwibawa dan bijak menilai berdasarkan ketokohan, kewibawaan dan kepemimpinan seseorang calon itu.

Mengikut sejarah pun, tidak mestinya Naib Presiden dipilih mengikut negeri saja, ada banyak calon daripada satu negeri. Memang ada pada satu masa dulu, dua Naib Presiden dari satu negeri seperti Tan Sri Wan Mokhtar dan Tan Sri Yusof Noor.

Faktor negeri turut memainkan peranan kepada pemimpin itu untuk dicalonkan. Saya melihat ruang dan peluang untuk saya mewakili Sabah menyebabkan menawarkan diri. Sebelum ini, ada percubaan daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam menawarkan diri bertanding jawatan sama.

BERITA MINGGU; Bagaimana Datuk Seri melihat peluang memandangkan saingan lain yang tidak kurang hebatnya, malah ada antaranya lebih kanan dan beberapa kali bertanding jawatan ini?

Saya yakin proses peremajaan dalam parti adalah salah satu faktor penting dan perhitungan yang besar daripada perwakilan. Proses meremajakan dalam kepemimpinan ini selaras dan senada dengan keperluan generasi muda dalam Umno ketika ini.

Saya akui persaingan sangat kompetitif dalam pertandingan kali ini, tetapi yakin boleh diterima. Insya-Allah dengan keredaan Allah. Saya melihat ini persaingan sihat dan perwakilan akan membuat keputusan berdasarkan kewajaran dan keupayaan setiap calon itu.

Memang diakui ada calon yang lebih 'senior' dan jauh lebih berpengalaman tetapi proses peremajaan dalam parti perlu dan itu yang dimahukan mereka pada peringkat akar umbi.

BERITA MINGGU; Datuk Seri mempunyai jawatan dalam Kabinet yang menjadi kelebihan kerana memudahkan mendapat sokongan pada peringkat akar umbi berbanding mereka di luar kerajaan?

Tidak semestinya jawatan dalam parti menyebabkan saya boleh dipilih untuk jawatan ini. Saya percaya ia bukannya kayu pengukurnya.

Pernah satu ketika dulu, mereka yang di luar kerajaan turut dipilih menjadi Naib Presiden dan kali ini saya yakin ia tidak dijadikan kayu pengukur oleh perwakilan untuk memilih Naib Presiden.

Perwakilan bijak menilai dan mereka membuat pertimbangan berdasarkan pengalaman, kepemimpinan dan kewibawaan calon.

Pada masa sama, saya mengakui mereka yang berada dalam kerajaan seperti saya selaku menteri ada kelebihan dan ia sedikit sebanyak membantu memperkenalkan dan mempromosi kepada perwakilan.

Tugas sebagai Menteri menyebabkan perwakilan lebih mudah untuk menilai berdasarkan tugas yang dilaksanakan. Namun, saya percaya jawatan Menteri bukannya faktor penentu kemenangan. Jika itu dijadikan kayu pengukur, sudah pasti semua menteri ada peluang yang lebih besar atau layak dipilih menjadi Naib Presiden.

BERITA MINGGU; Jika ditakdirkan menang, apakah keutamaan yang Datuk Seri lakukan sebagai Naib Presiden parti, adakah kepentingan Sabah akan diutamakan?

Saya tidak hanya berkhidmat untuk kepentingan Sabah tetapi Umno keseluruhannya kerana jawatan ini adalah untuk Umno. Saya bukannya bertanding atas tiket Naib Presiden Sabah tetapi merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Apabila Naib Presiden Umno bermakna saya bekerja untuk Umno keseluruhannya. Namun, saya tidak boleh menafikan tanggapan bahawa apabila saya dicalonkan untuk jawatan ini, sekali gus ia akan memperkuatkan lagi Umno di Sabah kerana hanya saya seorang calon saja mewakili negeri itu.

Pada waktu ini, perlu ada pembaharuan dalam Umno tanpa mengenepikan hakikat hala tuju dan perjuangannya untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Umno perlukan penjenamaan semula supaya parti ini boleh diterima masyarakat dan generasi baru. Pengstrukturan semula jentera parti pada peringkat tertinggi hingga ke akar umbi juga perlu dilaksanakan.

Penstrukturan semula ini adalah kekuatan parti bagi memastikan kelompok yang bergeseran tidak menyebabkan perpecahan dan kehancuran kepada parti. Contohnya, pertandingan di bahagian, apabila wujud persaingan merebut jawatan maka ada wujud kelompok tertentu dan timbul pergeseran. Orang kalah kemudiannya akan meminggirkan diri dan meninggalkan parti.

Saya bukan maksudkan tidak perlu ada pertandingan dalam parti. Pertandingan penting untuk parti bagi mendokong demokrasi. Kita perlu ada kaedah dan cara sesuai untuk pemilihan supaya penerapan nilai kesetiaan kepada parti terus subur dan tidak bermusim. Ini bermakna walaupun kalah dalam mana-mana pertandingan kita terus sokong Umno bukannya meninggalkan parti.

Di samping itu, saya menawarkan diri jawatan ini kerana melihat Naib Presiden dapat bertindak sebagai badan pengurusan parti. Sudah sampai, kita mengubah struktur gerak kerja dalam pengurusan parti.

Dalam pengurusan parti perlu ada perancangan dan penyusunan semula, selain penentuan hala tuju bukan bersifat sementara tetapi untuk jangka masa lebih panjang.

Pada masa sama, Umno tidak hanya menumpukan persoalan yang dibangkitkan daripada perkembangan semasa saja. Ketika ini, saya nampak, Umno lebih banyak menghabiskan masa membincangkan isu semasa sehingga terlupa mengenai perancangan masa depan dan hala tujunya.

Hala tuju dan rancangan masa depan perlu disusun dengan rapi supaya Umno terus kekal, relevan dan boleh diterima semua kelompok generasi dan zaman.

Saya melihat di dalam struktur dan dasar yang di ambil Umno kini tidak begitu konsisten. Ketetapan yang di ambil dalam beberapa perkara, dilihat tidak konsisten sebaliknya berbeza-beza.

Contohnya, dalam penentuan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan dalam parti, sepatutnya perlu ada perbezaan hukuman antara orang yang melanggar etika kerana mempertahankan dan memperjuangkan parti dengan mereka yang mengkhianati parti serta menyokong parti pembangkang.

Konsisten perlu ada supaya Umno terus dihormati dan tidak dipertikaikan di kemudian hari.

Penjenamaan semula bukan bermakna membawa orang baru dan muda dalam parti sebaliknya ia untuk menjadikan parti sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan khalayak. Penjenamaan semula bukan bererti hanya ada perubahan kosmetik semata-mata tetapi ia diberi tambah nilai mengikut cita rasa semasa.

Kita boleh samakan dengan penjenamaan semula coklat, yang mana coklat itu ditambah nilai dengan rasa baru yang lebih sedap manakala bungkusannya diperlihatkan dengan cara baru yang dapat menarik dan menawan orang untuk memakannya.

Penstrukturan semula bukan bererti hanya menarik suara ramai dalam membuat keputusan atau membawa penyertaan generasi muda semata-mata, tetapi ahli dilengkapkan dengan ciri kepemimpinan, kesetiaan dan perjuangan yang jitu.

Saya juga mahu ketengahkan bahawa Umno adalah parti untuk rakyat Malaysia, ini bermakna Umno bukan setakat berjuang untuk bangsa dan orang Melayu serta agama Islam tetapi untuk rakyat Malaysia seluruhnya.

BERITA MINGGU; Bagaimana dengan peluang Datuk Seri untuk memenangi kerusi Naib Presiden Umno berdasarkan sokongan yang diberikan serta jumlah pencalonan ketiga tertinggi untuk jawatan ini iaitu 82 pencalonan. Malah, Datuk Seri dilihat akrab dengan Timbalan Presiden sekarang, Datuk Seri Najib Razak. Adakah ini satu kelebihan kepada Datuk Seri?

Saya berterima kasih kepada mereka yang mencalonkan saya sehingga membolehkan layak bertanding jawatan ini. Saya mengharapkan sokongan yang sama diberikan sehingga terpilih menjawat jawatan penting ini.

Berdasarkan kepada pertemuan dengan perwakilan di peringkat akar umbi, mereka begitu ghairah untuk mengetahui wawasan dan apa yang bakal saya laksanakan jika terpilih sebagai Naib Presiden. Ini bermakna mereka (perwakilan) memilih pemimpin berdasarkan wawasan dan kebolehan, dan mereka memilih calon yang mereka rasakan boleh membawa perubahan kepada parti.

Mengenai hubungan baik dengan bakal Presiden, itu hanya tafsiran. Tidak semestinya hubungan dengan mana-mana tokoh dalam parti dijadikan kayu pengukur untuk perwakilan memilih pemimpin.

Hubungan baik saya dengan Timbalan Presiden sama juga dengan tokoh yang lain kerana kami pernah bersama-sama dalam Pergerakan Pemuda. Begitu juga dengan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, hubungan antara kami baik dengan Datuk Seri Najib yang mana beliau menjadi Ketua Pemuda Pahang dan saya pula mengetuai Pergerakan Pemuda Sabah.

Kita tidak boleh lari daripada tanggapan, semua Menteri mempunyai hubungan yang baik dengan Presiden dan Timbalan Presiden kerana hubungan kerja.

BERITA MINGGU; Benarkah sekarang sudah ada calon sesama calon membina team untuk memastikan kemenangan?

Saya tidak fikir ada team tertentu kerana berdasarkan pencalonan ada sembilan calon. Jika ada team maka tidak akan wujud sembilan calon untuk jawatan ini.

Mungkin ada orang mentafsir sebegitu (wujud team), tetapi saya sendiri tidak mempunyai kumpulan atau bekerjasama dengan kumpulan calon lain.

BERITA MINGGU; Bagaimana pandangan Datuk mengenai tanggapan ahli dan masyarakat mengenai sesetengah calon yang menang menggunakan wang. Tidakkah ia tidak adil kepada mereka yang menang?

Saya yakin perwakilan tidak memilih kepemimpinan berdasarkan wang saja, sebaliknya mereka melihat kepada kepemimpinan, kebolehan, pengalaman serta boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Sebenarnya, tiada parti yang tidak menggunakan wang ketika berpolitik. Wang masih diperlukan dalam politik terutama untuk kempen. Seperti pilihan raya Amerika Syarikat, Barack Obama dan lawannya menggunakan wang yang banyak dalam kempen masing-masing.

Dalam kes Obama dia menang bukan kerana wang, tetapi mereka yang menyokongnya yang mengeluarkan wang untuk memastikan kemenangannya.

Inilah realitinya, faktor politik wang kalau pun ada bukannya membabitkan keseluruhan dalam Umno, Mungkin segelintir saja. Persepsi yang salah mengenai politik wang dalam Umno itu perlu diperbetulkan.

BERITA MINGGU; Adakah pertandingan sengit ini tidak menjejaskan kekuatan parti dan kini timbul kebimbangan pemimpin Umno terlalu ghairah berkempen sedangkan tugas lebih penting ialah memperkukuhkan parti untuk menghadapi cabaran pembangkang, terutama di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat?

Saya tidak nampak pertandingan ini boleh menjejaskan kekuatan parti. Kalah dan menang adalah hakikat yang perlu diterima semua.

Pertandingan mendokong amalan demokrasi. Kesuburan parti akan lebih terserlah dengan adanya pertandingan. Fokus utama saya adalah untuk berkhidmat dan mengutamakan kerja dan tanggungjawab yang diberikan.

Saya akan menggunakan ruang yang ada untuk bertemu perwakilan ketika menjalankan tugas yang diamanahkan. Saya perlu mengetahui apa yang dikehendaki akar umbi dan perwakilan, dalam masa sama perwakilan perlu tahu apa yang saya mahu bawakan untuk Umno. Saya biasanya akan memastikan ruang masa itu tidak menggugat kerja saya sebagai menteri.

Saya berharap untuk menang dan perwakilan buatlah pertimbangan sewajarnya dan pembaharuan dalam Umno dapat disegerakan supaya parti ini terus kekal dan relevan dengan masa dan zamannya.

Cetak artikel | Hantar pada kawan

Monday, January 26, 2009

UMNO: Dato' Ahmad Ismail di jangka akan didakwa menghasut



Blog Bigdotcom telah menyiarkan satu artikel yang patut dikongsi bersama para pembaca sekalian. Tajuknya ialah Ahmad Ismail dijangka akan didakwa menghasut. Di antara lain :-
(Petikan dari http://bigdogdotcom.wordpress.com/)

Mantan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Dato’ Ahmad Ismail, yang pernah menimbulkan kontroversi dalam ceramah semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh Ogos lepas dan diangkat sebagai ‘Wira Melayu’ semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Bukit Bendera November lepas kini dikatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth Khamis 29 Januari 2009 atas tuduhan menghasut.

Ini adalah berhubung ceramah dimana Ahmad menyifatkan rakyat Malaysia keturunan Bukan Melayu pra-Kemerdekaan sebagai “pendatang”. Ini dilaporkan akhbar bahasa Mandarin Sin Chew Jit Poh dan telah digembar gemburkan sebagai ‘berbaur perkauman’ dan menimbulkan keadaan yang ramai menyifatkan ‘tegang’. Oleh sebab tindakan itu, MT UMNO menggantung keahlian Ahmad selama 3 tahun dalam mesyuarat 10 September 2008.

Ramai orang Melayu, terutama ahli UMNO melihat perkembangan ini sebagai tidak adil dan tindakan Ahmad membuat kenyataan dalam ceramah 23 Ogos itu begitu diperbesar besarkan oleh parti politik, termasuk komponen BN yang menyifatkanya sebagai ‘rasis’. Ini juga berkaitan rapat dengan Ketua Wanita Gerakan dan Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Tan Lian Hoe juga membuat kenyataan bahawa orang Melayu juga disifatkan sebagai “pendatang”.

Kenyataan Ahmad ini digesa parti komponen BN untuk memohon maaf dan ada yang meminta UMNO mengambil tindakan keras, termasuk mendisiplinkan beliau. Etika perlakuan pemimpin juga digesa dengan begitu lantang sekali. Namun, pemimpin UMNO Pulau Pinang sebulat suara menyokong keengganan Ahmad untuk memohon maaf.

Jika benar Ahmad akan didakwa dibawah Akta Hasutan, maka apakah tindakan yang sama akan dikenakan keatas Tan? Jika tidak, apakah kedudukan dan nilai maruah seorang pemimpin UMNO yang hanya menyatakan sebagaimana sejarah merakamkan proses migrasi kaum yang sebenarnya tidak berasal dari Nusantara ini? Mengapa sejarah kaum immigran ini sebagaimana ditafsirkan secara nyata oleh seorang pemimpin UMNO dianggap sebagai “menimbulkan kemarahan” sedangkan pemimpin komponen BN sendiri mempersoalkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan (yang diujudkan melalui proses demokrasi)?

Sekiranya tindakan berasaskan Akta Hasutan atau mana mana peruntukan relevan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak dikenakan kepada Tan (dimana satu laporan Polis juga dibuat keatas beliau), maka ianya akan disifatkan sebilangan majoriti orang Melayu sebagai berat sebelah. Keputusan untuk menjaga hati ‘rakan kongsi’ parti komponen BN yang membentuk Kerajaan yang mengamalkan konsep ‘perkongsian pintar’, akan dilihat tidak adil dan kemungkinan akan menimbulkan kemarahan dikalangan orang Melayu.

Asas kuasa parti komponen, terutama parti yang menyumbang sokongan ala kadar, yang sebagaimana diillustrasi jelas semasa PRU 12 wajar dikaji semula dan kedudukan dan peranan mereka sebagai ‘rakan kongsi’ memerlukan perhatian teliti.

Orang Melayu, melalui UMNO, kini menyumbang 56.4% dari 140 kerusi BN dalam Dewan Rakyat berbanding dengan parti komponen Bukan Melayu MCA 10.7%, Gerakan 1.4%, MIC 2.1%, SUPP 4.3% dan LDP 0.7%.

Untuk menentukan kemenangan, kerusi yang dimenangi oleh parti komponen BN Bukan Melayu adalah bergantung atas undi majoriti Melayu dan bukan sokongan kumpulan etnik mereka sendiri.

Apakah perasaan orang Melayu sebagai penyumbang kuasa dan kekuatan utama bagi Bukan Melayu bersuara sebagai parti pemerintah dalam Dewan Rakyat dan Kerajaan tidak diambil kira dan boleh diperlekehkan, bila bila dan dimana mana?

Ketirisan prihatinan keatas perasaan orang Melayu dikalangan parti komponen BN makin terserlah dan ramai orang Melayu yang dan akan menganggap ini sengaja dijadikan modal provokasi, kemungkinan untuk menguji secara sistematik toleransi dan had kesabaran etnik asal majoriti rakyat Malaysia.

Perasaan dan daya toleransi orang Melayu wajar ada hadnya. Menghormati batas batas yang telah menjadi asas kesefahaman dan kemudian, semangat setiakawan semenjak ber’kongsi kuasa’ selama lebih 53 tahun ini wajar diambil perkiraan menyeluruh dan iktibar, sebelum masing masing mengambil tindakan yang akan merugikan semua, sampai bila bila.

(zmsegamat; telah tiba masanya untuk melayu jadi 'undi penentu' dan kita pastikan kawasan majoriti melayu adalah kerusi melayu dan milik melayu)

Politik; Ridhuan Tee anggap bangsanya sengaja cari pasal

Utusan Malaysia, Disember 4hb, 2008

Politik tuntut-menuntut



Akibat tuntutan tidak munasabah kaum Cina, orang Melayu pun menuntut juga bahagian mereka. Desak demi desak dan akhirnya tercetuslah peristiwa berdarah 13 Mei 1969 ...

Oleh Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

Isu ketuanan Melayu bukanlah satu isu baru yang telah dibangkitkan oleh parti-parti politik Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP. Ia adalah isu lama yang kerap kali digunakan sebagai senjata untuk mencari publisiti murahan dan pengaruh. Seperti yang telah saya tulis sebelum ini, parti-parti politik Cina tidak pernah serik, malah semakin berani dan lantang serta sengaja membangkitkan isu-isu perkauman yang berkaitan sensitiviti orang Melayu.

Ia sengaja dibangkitkan untuk menguji reaksi orang Melayu. Apatah lagi kedudukan orang Melayu berada dalam keadaan yang lemah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) Mac 2008. Apa yang dapat saya katakan, orang Cina tetap tidak rugi apa-apa sama ada berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Mereka tetap menang sama ada berada dalam Kerajaan Pusat (BN) mahupun kerajaan negeri (Pakatan Rakyat).

Pada hemat saya, inilah bentuk perubahan dikehendaki oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Pada persepsi Soi Lek, PRU 12 adalah petanda rakyat mahukan perubahan daripada perjuangan perkauman kepada perjuangan untuk semua bangsa Malaysia.

Inilah intipati ucapan beliau yang saya layari dalam laman blognya. Pada Soi Lek, ucapannya telah dipolitikkan. Setelah membaca sepenuhnya teks ucapan beliau bertajuk Change the Game, saya tidak nampak, ucapan beliau dipolitikkan oleh media, khususnya Utusan Malaysia.

Perubahan

Seperti kata-kata pemimpin-pemimpin Cina sebelum ini, Soi Lek mahukan rakyat Malaysia berubah seperti mana rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barack H. Obama, merentasi batasan bangsa dan warna kulit. Perubahan yang dimaksudkan beliau termasuklah ungkapan ketuanan Melayu.

Katanya:
"The slogan/phrase of 'Ketuanan Melayu', of Master and Servant relationship becomes unacceptable… the younger generation of various races will not accept it. We accept Malay Leadership, but not Malay Supremacy. "We must change the concept of power sharing. We accept Malay Leadership, but not Malay Supremacy."
Semua sedia maklum bahawa setiap negara yang dijadikan oleh Allah SWT ada tuan punya asal sesuatu bangsa. Dengan sebab itu, kita dapati bangsa-bangsa yang dijadikan Tuhan akan menjadi tuan di tempatnya. Misalnya, Ketuanan Melayu membentuk negara Melayu, Ketuanan Cina membentuk negara China, Ketuanan India membentuk negara India, Ketuanan Siam membentuk negara Siam (Thailand) dan lain-lain negara yang boleh dijadikan contoh.

Sepanjang tinjauan saya, belum ada sesebuah negara menjadi majmuk secara semula jadi. Setiap negara bermula dengan satu bangsa. Dalam hal ini, sudah tentu kita menerima Orang Asli adalah penduduk asal dalam setiap negara di dunia ini. Kemajmukan berlaku melalui proses migrasi.

Perlu diingatkan, penggunaan istilah ketuanan Melayu bukan perkara baru. Ia adalah bagi menggambarkan bahawa orang Melayu adalah etnik asal dan seharusnya mendapat hak-hak istimewa berbanding kaum lain seperti mana yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dipolitikkan


Yakinkah rakyat terhadap kerakyatan mereka jika masih tidak menguasai bahasa kebangsaan yang patut diiktiraf. Bolehkah menjadi Obama Malaysia, sekira masih mengulang tuntutan basi, dan berkira untuk tolak ansur?

Saya fikir orang Cina faham makna sebenar ketuanan Melayu tetapi sengaja dipolitikkan untuk mendapatkan political mileage terutama kalangan pemimpin mereka. Persepsi yang mengatakan jika orang Melayu adalah tuan, maka hambanya orang Cina sengaja diada-adakan. Begitu juga dengan ungkapan "Hidup Melayu". Jika Melayu hidup, siapa pula yang mati?

Apa yang nyata, orang Cina sengaja memperbesar-besarkan isu ini, walaupun mereka tahu tujuan sebenar penggunaan istilah ini. Lebih ekstrem lagi, mereka menggunakan isu ini sebagai faktor kehilangan banyak kerusi BN dalam PRU 12.

Justeru, saya ingatkan pemimpin-pemimpin Melayu supaya melayari laman web parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Cina ini serta buletin mereka untuk menyelami betapa kiasunya mereka. Isu-isu yang menjadi sensitiviti kaum bukan hanya diperdebatkan, malah dihina dan dikeji. Saya tidak menafikan juga laman-laman pemimpin Melayu yang lain.

Mewakili MCA, Ong Tee Keat ketika itu menjadi Naib Presiden, dengan nada keras meluahkan perasaan orang Cina terhadap istilah tersebut (The Star, 9 Mei 2008).

Kenyataan Tee Keat bertepatan dengan dengan temu bual yang telah dilakukan oleh penulis sebelum ini (Temubual, 7 September 2007). Tee Keat menolak sama sekali istilah ketuanan Melayu, dengan anggapan orang Melayu adalah tuan, manakala orang Cina adalah hamba.

Ini bermakna, kenyataan Soi Lek bukanlah isu baru tetapi telah dibangkitkan sebelum ini, terutama ketika Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang ada kaitannya dengan ketuanan Melayu.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2007, Hishammuddin telah memberikan penjelasan berhubung isu ini. Beliau memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu (orang Cina) tidak membangkitkan isu keris kerana ia merupakan sebahagian adat budaya Melayu dan bukan isu perkauman.

Orang Cina diingatkan supaya "jangan mencipta musuh yang tiada dan jangan takut dengan bayang-bayang". UMNO tidak akan melayan lagi polemik melulu mengenai keris yang masih belum reda sejak tahun lalu. Keris dianggap sebagai lambang perpaduan. Beliau turut menyindir orang Cina yang masih tidak memahami budaya Melayu setelah 50 tahun merdeka.

Apa juga alasan UMNO berhubung isu keris dan ketuanan Melayu, pemimpin Cina sengaja memutar-belitkan isu ini. Sejarah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berakarkan bangsa Melayu (Comber, 2007).

Walaupun ada yang beranggapan bahawa Orang Asli yang menjadi penduduk asal, namun sejarah menunjukkan bahawa Malaysia yang berasal dari nama Tanah Melayu berakar umbikan bangsa Melayu. Sebab itu, dalam banyak perkara, bangsa Melayu mendapat lebih keistimewaan dan keutamaan berbanding yang lain. Ini dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan sejak awal-awal lagi (Haas, 1967).

Maka tidak hairanlah istilah 'Ketuanan Melayu' dan 'Hidup Melayu' selalu digunakan. Istilah ini telah menjadi sinonim dengan UMNO. Begitu juga dengan lambang keris yang menjadi simbol bendera UMNO.

Secara mudah, ketuanan Melayu merujuk kepada suatu keadaan yang mana orang Melayu dan warisan mereka diberikan kedudukan yang wajar selaras dengan status sebagai bangsa atau penduduk asal negara ini. Ia sering dikaitkan dengan kedudukan orang Melayu dalam politik dan pemerintahan; sebagai pengendali utama negara.

Unsur-unsur penting lain yang dapat dilihat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan adalah kedudukan dan peranan Raja-raja, peranan Islam, kedudukan bahasa Melayu (Perkara 152) dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu (Perkara 153).

Ini termasuk juga adat istiadat dan seumpamanya, sehinggalah membawa kepada isu Tanah Rizab atau Simpanan Melayu. Semua perkara ini telah wujud sebelum Perlembagaan yang ada sekarang mula beroperasi pada tahun 1957 (Abdul Aziz Bari, 2006).

Saya fikir orang Cina menyedari makna ketuanan Melayu yang merujuk kepada perkara-perkara di atas, tetapi mereka sengaja mencari publisiti murahan ketika pengaruh MCA dan Gerakan mula merosot di kalangan kaum Cina yang telah beralih kepada DAP.

Kata-kata Soi Lek yang mahukan perubahan adalah satu pembohongan. Soi Lek mahukan rakyat Malaysia menerima perubahan. Perubahan yang meletakkan kepentingan semua, bukan hanya satu-satu kaum sahaja. Katanya lagi, isu sekolah Cina bukan isu bangsa Cina tetapi isu nasional.

Dalam mengulas isu ini, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, menyarankan supaya sekolah vernakular ditutup. Sistem satu sekolah iaitu sekolah kebangsaan mesti diperkasakan. Ini bukanlah isu baru dan bukan mudah untuk menghapuskan sekolah vernakular yang telah menjadi agenda politik tuntut-menuntut dan ugut-mengugut.

Orang Cina akan menggunakan isu ini untuk mendapatkan political mileage dalam BN dan Pakatan Rakyat. BN dan Pakatan Rakyat terpaksa tunduk kepada ugutan ini demi survival politik.

Saya tidaklah menyokong sangat saranan Mukhriz ini, tetapi pengalaman saya memimpin PIBG di sekolah yang majoritinya pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsan Cina (SJKC), menyebabkan saya terpaksa bersependapat dengan Mukhriz, walaupun ia amat pahit untuk diluahkan sebagai seorang berbangsa Cina.

Berkomunikasi


Adakah persekolahan bahasa asing dan suasana satu kaum menyediakan anak-anak ini ke arah perpaduan bangsa?

Kebanyakan pelajar vernakular tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, apatah lagi bahasa Inggeris. Akhirnya, mereka tidak bergaul dengan pelajar-pelajar Melayu dan seterusnya ketinggalan dalam pelajaran apabila sampai ke peringkat menengah.

Saya cukup teruja apabila Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali begitu mempertahankan sekolah vernakular agar setanding dengan sekolah kebangsaan, dalam perbahasan Parlimen baru-baru ini.

Persoalannya, pernahkah Azmin membuat kajian kemampuan berbahasa Melayu dan tahap integrasi di kalangan pelajar di sekolah-sekolah vernakular? Sekadar mendengar aduan dan pergi membuat lawatan ke sekolah vernakular selaku Yang Berhormat adalah tidak mencukupi.

Cubalah menyelidiki dan berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya. Saya berani beri jaminan bahawa sebahagian besar pelajar SJKC/T tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Ramai yang langsung tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.

Inilah akibatnya apabila sistem pendidikan diasing-asingkan dan dipolitikkan. Matlamat perpaduan nasional masih terlalu jauh untuk dicapai, apatah lagi untuk menanamkan semangat patriotik yang tinggi.

Justeru, sudah sampai masanya kita jangan terlalu berpolitik sesama sendiri sehingga melupakan kepentingan masa depan negara yang lebih besar.

Melayu: Melayu! Oh Melayu ! Cerdiklah dalam berpolitik

(petikan dari http://pesanan-pesanan.blogspot.com/)

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali membuat pengakuan bahawa PAS hadapi kesukaran untuk mentadbir Selangor kerana perbezaan ideologi politik dengan PKR dan DAP menyebabkan PAS tidak dapat melaksanakan aspirasi orang Islam dan Melayu negeri itu.

Utusan Malaysia mendedahkan Hasan mengaku kadang-kala terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti itu untuk menegakkan syiar Islam ketika membuat sesuatu keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata mahu mengambil hati PKR dan DAP.

Padahal selepas keputusan pilihanraya ke 12 diumumkan, Dato' Seri Mohd Khir Toyo menyatakan telah menawarkan kepada PAS agar UMNO dan PAS bergabung untuk mentadbir Selangor.

Katanya, dia telah mencadangkan Menteri Besar Selangor dari kalangan orang PAS dan dirinya tidak memegang apa-apa jawatan exco kerajaan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan pada bangsa lain yang Melayu di Malaysia boleh bersatu dan menjadikan negeri contoh pertama yang melaksanakan penyatuan Melayu.

Setelah perbincangan demi perbincangan dibuat, malangnya PAS lebih berkenan untuk bergabung dengan PKR dan DAP. Hasan Ali telah memberhentikan dia ahli Jawatankuasa PAS Negeri.

Hari ini menyesal atau lakunan politik?

Sementara di Kedah pula, kerajaan pimpinan PAS Kedah telah menetapkan kuota 50% untuk Melayu bagi perumahan baru. Tujuannya adalah supaya rakyat tempatan Melayu yang merupakan 80% rakyat Kedah dapat mempunyai rumah.

Asas disebalik polisi itu adalah rumah adalah keperluan rakyat dan tanah kerajaan yang dimajukan bukan untuk laba keuntungan berkali ganda. Dengan polisi sedemikian, pemaju perumahan akan menyediakan rumah-rumah yang mampu untuk orang Melayu dan tidak hanya tertumpu kepada rumah-rumah mewah yang tinggi margin keuntungan.

Pemaju-pemaju yang kebanyakkan bukan Melayu menentang dan merayu kepada parti-parti pembangkang bukan Melayu yang memperjuangkan ekonomi bebas kerana tujuan sebalik untuk untuk menjaga kepentingan pemodal kaum bukan Bumiputera. ADUN DAP dan PKR yang seramai 6 orang mendesak kerajaan hingga mengugut akan keluar dari Pakatan Rakyat Kedah.

Di Kedah, pecahan kerusi adalah PAS 16, UMNO 12, PKR 5, MCA 1, Gerakan 1 dan DAP 1. Sekiranya 5 kerusi berpindah, berubahlah pimpinan kerajaan. Ura-ura Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato Mahadzir Khalid sudah ditemui 5 ADUN yang mahu melompat dengan syarat polisi berbalik ke asal.

Jika UMNO terima ADUN-ADUN ini ke dalam BN Kedah, ia bermakna mereka telah menggadai kepentingan orang Melayu hanya demi mahukan kuasa. Untuk jangkamasa panjang, adakah ini memberi manafaaat kepada orang Melayu seperti yang diwar-warkan sebagai perjuangan UMNO?

Tepuk dada tanya selera.

Ketua Menteri Pulau Pinang ada menyatakan rancangan untuk mengukur prestasi kerja exco-exco kerajaan negeri melalui sistem meritokrasi.

Baru-baru ini timbul keadaan dimana Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin yang berbangsa Melayu dari PKR telah dipersoalkan mutu kerjanya. Minggu lepas, enam dari pegawai di pejabatnya telah meletakkan jawatan.

Ketua Menteri telah menyatakan dia menyerahkan kepada PKR dan tidak akan campur tangan. Sejauh mana keikhlasan kenyataannya, tidak dapat diketahui. Sejauh mana kebenaran Firuz gagal menjalankan tugas tidak dapat dipastikan juga.

Hairannya, kenapa Guan Eng meletakkan anak muda yang tidak berpegalaman di jawatan penting itu? Mungkinkah ini hanya satu helah DAP untuk menafikan orang Melayu jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang dengan menggunakan meritokrasi sebagai alasan? Adakah ia dipilih mendahului mereka-mereka yang lebih berpengalaman dengan tujuan tersirat untuk memastikan exco Melayu gagal?

Jika difahami dengan teliti, pemilihan untuk memegang tampuk kerajaan adalah berasaskan demokrasi dan bukan berasaskan meritokrasi. Meritokrasi hanya isu dalaman parti dan pada umum penentu meritokrasi adalah pengundi.

Dari perspektif komposisi kaum, Pulau Pinang terdiri dari lebih kurang Cina 59%, Melayu 32%, India 7% dan selebihnya lain-lain. DUN Pulau Pinang mempunyai 40 orang ahli yang mana komposisi parti adalah DAP 19, BN 11, PKR 9, dan PAS 1. Mengikut kaum, Melayu 15 (11 UMNO, 3 PKR dan 1 PAS), India 5 dan selebihnya Cina.

Dari 11 exco kerajaan negeri pula, hanya 2 adalah Melayu. Oleh kerana pilihan adalah dari 3 ADUN Melayu dari PKR, maka anak muda Fairuz yang mungkin tidak sangka menang dengan sekelip mata menjadi TKM.

Jika diamati, Melayu yang penduduk sebanyak 32% dan 15 ADUN diwakili oleh 2 ahli exco berbanding dahulu sebanyak 4. India yang hanya 7% penduduk dan 5 ADUN mendapat satu-satunya jawatan dalam exco yang sama tinggi dengan wakil Melayu sebagai TKM.

Keadaan ini menyerupai Singapura dimana rakyat Melayu sebanyak 14% diwakili oleh hanya seorang ahli Kabinet, manakala India yang hanya 9% memegang jawatan Presiden, salah seorang Timbalan Perdana Menteri dan tiga orang ahli kabinet dalam kabinet yang berjumlah 20 orang. Adakah meritokrasi yang dikatakan Lim Guan Eng akan berakhir begini?

Apabila mereka mendapat kuasa, mereka gunakan sebaik-baiknya. Tetapi kita mempunyai kuasa, mudah sangat kita bertolak ansur dan menjadi pemurah.

Contohnya, pada tahun 1990, UMNO memenangi 12 kerusi ADUN, Gerakan 7 kerusi, dan DAP 14 kerusi. Pada tahun itu, UMNO majoriti tetapi jawatan Ketua Menteri diberikan kepada Tan Sri Koh Tsu Khoon. Begitu juga pada tahun 1995, apabila UMNO menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 dan DAP 1 kerusi.

Pada tahun 1999, jumlah kerusi ditambah menjadi 40. Tiada lagi peluang untuk Melayu menguasai DUN Pulau Pinang.

Di Perak, DUN terdiri dari 59 orang yang mana Pakatan Rakyat menguasai 31 kerusi (DAP 18, PAS 6, dan PKR 7) menantang BN 28 (UMNO 27 dan MCA 1).

ADUN Melayu keseluruhannya adalah seramai 36 orang, Cina 18 dan India 5. Seramai 27 ADUN Melayu adalah daripada Umno dan berada di pihak pembangkang. Jumlah ADUN Melayu yang berada di pihak kerajaan hanyalah 9 (PAS 6 dan PKR 3).

Exco kerajaan negeri berjumlah 10 orang. Dengan jawatan Menteri Besar diberi kepada ADUN PAS, komposisi exco adalah DAP memegang 6 jawatan exco dan kuasa majoriti, PKR 3 dan PAS 2. Manakala mengikut kaum, 6 berbangsa Cina, 4 Melayu dan 1 India.

Komposisi Exco negeri itu tidak seimbang dengan taburan penduduk negeri tersebut yang 56% berbangsa Melayu. Ditambah lagi, jawatan Speaker dipegang oleh seorang kaum India, V.Sivakumar dan Timbalan Speaker dari kaum Cina, Hee Yit Fong.

Jelas sekali Melayu begitu rugi dalam percaturan kuasa ini. Apabila keadaan begini, baru ada yang menyebut mengenai bilangan penduduk dan komposisi kaum dalam negeri.

Sebelum itu, UMNO telah berusaha mengajak untuk bergabung dengan PAS untuk menjadikan jumlah bersama sebanyak 33 ADUN. Ini cukup untuk membentuk kerajaan majoriti tetapi hanya kerana satu pihak berdendam dan satu pihak ingin mengekalkan jawatan, usaha ini tidak menjadi.

Akibat kedegilan masing-masing, terlepas kuasa Melayu di negeri yang majoriti Melayu dan jumlah ADUN Melayu adalah majoriti. Ada yang hanya boleh berhelah dengan memberi alasan. Realitinya Melayu juga rugi.

Orang perseorangan Cina segera dianugerahkan tanah untuk 999 tahun, jauh melebihi amalan sekarang untuk hanya 99 tahun. Padahal tindakan ini bersalahan dari segi undang-undang negeri Perak dan boleh dihalang.

Pemimpin Melayu hanya mengkabur mata rakyat dengan pemberiaan tanah untuk membina sekolah ugama.

Melayu! Oh Melayu! Cerdiklah dalam berpolitik!

Dalam mereka berpolitik, orang Cina dan India jelas mereka menjaga kepentingan bangsa masing-masing disebalik retorik dan polemik. Apabila Gerakan mencadangkan ditambah kerusi untuk DUN Pulau Pinang, DAP dan MCA ikut bersetuju. Akhirnya, Melayu tidak akan berpeluang menguasai DUN Pulau Pinang selama-lamanya.

Apabila sekolah vernakular dipersoalkan, senada mereka menentang dan membidas. Walaupun hujah mereka lemah dan bertentangan dengan asas perlembagaan dan cita-cita nasional yang sama-sama mereka suarakan sokongan, oleh kerana mereka bersatu dari segi tujuan, mereka boleh berjaya dengan cara berdegil.

Hentilah Melayu dari berpolitik dengan emosi dan sentiasa gunakan akal fikiran dan buat perkiraan. Sudah-sudahlah berpolitik dengan apa cara sekalipun demi kerusi dan jawatan. Tak payah berpolitik kalau asyik hanya demi kawan, demi budi dan jauh sekali di hati untuk tanahair. Berbalik pada intipati perjuangan untuk kesinambungan kedaulatan Melayu yang sentiasa sinonim dengan Islam.

Apabila Melayu berkuasa, selalunya ia berlaku adil, mengambilkira dan bertimbangrasa. Malangnya kita benarkan kaum lain yang sering hanya menolak dan berkira dalam beransur untuk berkuasa.

Sampai bila kita hendak berkerjasama untuk kepentingan bersama dan berhenti dari politik yang sentiasa kelahi dan curiga mencurigai?

Dicatat oleh Pesanan Keramat di 8:30 PM 7 ulasan Pautan pada catatan ini

Saturday, January 24, 2009

UMNO; Punca Hilang TARIKAN

ARKIB UTUSAN : 21/01/2009

Punca UMNO hilang tarikan


Kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan UMNO hilang daya tarikan merupakan julung kali seorang pemimpin UMNO mengaku kelemahan parti tersebut. Syabas Tan Sri kerana pengakuan tersebut walaupun saya dapati masih ramai pemimpin BN yang masih memberi berbagai-bagai alasan lain. Ada yang cuba untuk menyejukkan dan menenangkan hati para pemimpin BN dengan menyatakan yang BN masih mendapat lebih 30,000 undi. Tapi kenyataannya walaupun kalah satu undi, ia tetap kalah. Selagi BN tidak mengaku kelemahan parti, BN tidak akan dapat berubah dan memenangi kembali hati rakyat.

Saya merupakan seorang penyokong atas pagar dan tidak menjadi ahli mana-mana parti politik. Undi saya berpandu kepada isu semasa dan juga persepsi semasa.

Persepsi saya adalah politik tidak bersih dan ramai yang menganggotai parti kerajaan mempunyai niat untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya kepentingan rakyat. Mungkin persepsi ini tidak benar 100% tapi saya rasa untuk mencari seorang daripada seratus orang ahli yang benar benar berjuang untuk rakyat teramat susah.

Mari kita renung berapa isu yang saya rasa menjadi beberapa penyebab kenapa BN hilang daya tarikan.

* Elaun YB tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan rumah yang tersergam indah dan deretan kereta mewah. Kebanyakan pengurus di syarikat swasta besar mempunyai gaji yang lebih besar daripada elaun YB. Mereka yang mempunyai gaji sama seperti elaun YB tidak mampu untuk mempunyai sebuah pun kereta mewah yang YB miliki. Persepsi rakyat: Di mana YB mendapat kemewahan ini?

* Bila masalah rakyat seperti rakyat termiskin dan tidak terbela disiarkan di media massa, tiba-tiba ahli-ahli politik dan jabatan kerajaan berkenaan datang menghulur bantuan. Kenapa harus disiarkan di media massa baru bantuan datang? Mungkin ramai yang akan menyangkal kerana banyak lagi bantuan yang diberi tanpa masalahnya disiarkan di media massa. Saya juga setuju yang banyak bantuan diberi tanpa pendedahan di media massa. Tetapi setiap kali masalah rakyat tersiar di media massa, ia menunjukkan kegagalan jentera kerajaan dan wakil-wakil rakyat dalam menjalankan tugas masing masing.

*Penyalahgunaan kuasa yang merupakan 'rahsia terbuka' seperti contohnya penyalahgunaan AP. Tujuan AP amat baik untuk menolong golongan bumiputera berniaga. Tetapi malangnya pelaksanaannya telah disalahgunakan oleh golongan tertentu untuk mencari kemewahan yang teramat sangat tanpa perlu berusaha. Yang menanggung beban adalah rakyat biasa yang terpaksa membayar harga yang tinggi untuk kereta import yang menggunakan AP kerana peniaga akan memasukkan kos yang dibayarkan kepada pemegang AP kepada pembeli.

Walaupun penyalahgunaan AP adalah 'open secret' tetapi nampaknya kementerian Tan Sri Muhyiddin amat berlembut dalam mengambil tindakan. Sebagai rakyat biasa, persepsi saya, terlalu banyak orang yang berpengaruh yang terlibat sehingga pihak kerajaan tidak mampu atau tidak mempunyai kemahuan untuk betul-betul mengambil tindakan tegas.

* Mungkin ada yang akan menyatakan apa yang saya katakan menyentuh isu perkauman. Persepsi saya, semakin ramai pengundi Melayu atas pagar dan juga ahli UMNO yang sakit hati dan menyokong pembangkang. Mari kita tenung-tenung balik berapa banyak kawasan yang majoritinya berpenduduk Melayu tetapi bila pilihanraya, calon BN adalah dari orang bukan Melayu. Mungkin sifat UMNO yang pemurah telah memakan diri sendiri. Mungkin dulu orang sokong lambang 'dacing' tanpa melihat kepada calon, tapi zaman telah berubah dan UMNO kena sedar akan perubahan ini.

* Pelaksanaan undang-undang tali pinggang belakang mungkin mempunyai tujuan yang sangat baik tapi yang peliknya, kenapa kenderaan asing dikecualikan. Jika faktor keselamatan adalah sebab pelaksanaannya, tiada sebab kenapa kenderaan asing dikecualikan. Ini menyebabkan timbul persepsi yang ada udang di sebalik batu. Mungkin selepas ini, kita akan melihat banyak syarikat yang akan mengeluarkan atau mengimpot kenderaan jenis MPV kerana kita tahu terutamanya kaum Melayu yang mempunyai lebih tiga orang anak terpaksa mencari kenderaan yang lebih besar hanya kerana faktor tali pinggang belakang.

Dengan ekonomi yang semakin teruk, rakyat akan merasakan pelaksanaan undang-undang ini akan lebih membebankan rakyat. Kerajaan sepatutnya sedar yang kebanyakan rakyat berpendapat rendah mempunyai keluarga yang besar tetapi kenderaan yang kecil. Ini merupakan undang-undang yang membebankan rakyat dan akibatnya kerajaan akan kehilangan undi rakyat lebih lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang.

* Semua rakyat jelata yang tidak berpelajaran tinggi pun tahu yang sekiranya harga barang telah naik adalah amat susah untuknya turun kembali. Yang kita sangat pelik, kenapa kerajaan sangat marah bila harga barang tidak turun bila harga petrol turun. Tidakkah cerdik pandai di dalam jentera kerajaan memikir akibatnya sebelum melaksanakan kenaikan harga petrol? Ia hanya menunjukkan kelemahan pihak kerajaan.

* Pelaksanaan kenaikan dan penurunan harga minyak juga menunjukkan tiada ketulusan dan pihak kerajaan tidak memegang kepada janji. Mungkin kerajaan dapat menjimatkan beribu juta ringgit dengan menaikkan harga minyak pada bulan Jun dan bukan bulan Ogos seperti dijanjikan, tetapi akibatnya, kerajaan hilang kepercayaan rakyat. Begitu juga dengan penurunan harga minyak, pengumuman menteri menyatakan penurunan akan dibuat pada awal dan pertengahan bulan, tapi bila kita lihat dari tarikh pelaksanaan, ia dibuat tidak seperti dijanjikan dan pengumuman hanya dibuat pada saat akhir seperti pihak kerajaan takut rakyat tidak akan membeli petrol jika mengetahui yang harga petrol akan turun terlebih awal.

Mungkin pihak kerajaan boleh belajar daripada kerajaan Indonesia. Baru-baru ini dilaporkan di dalam media massa tempatan yang kerajaan Indonesia akan menurunkan harga minyak petrol. Apa yang menarik perhatian saya, pengumunan dibuat seminggu lebih awal. Untuk tidak merugikan semua pihak, pihak kerajaan Indonesia mengumumkan penurunan harga petrol untuk rakyatnya dilaksanakan pada hari Khamis dan untuk pengusaha stesen minyak pada hari Isnin iaitu tiga hari lebih awal.

Banyak lagi isu isu yang tidak dapat ditulis di sini yang saya rasa ramai pemimpin pemimpin UMNO dan BN tahu, cuma tepuk dada tanya selera jika ingin memenangi hati rakyat semula.

PENGUNDI ATAS PAGAR

Seri Kembangan, Selangor

Pengajaran; Anak Memungkiri Janji

myMetro » Mahkamah 22012009

‘Gaji saya tidak cukup’

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam diberitahu seorang pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400 tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak-anaknya.

Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum selesai bayaran ansuran dengan bank.


Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.

Plaintif pertama dan kedua (Fatimah) mendakwa mereka mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan pertama.

Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah tangga pada 1993.

Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member nafkah kepada plaintif iaitu nafkah furu’.

Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi kebebasan bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing dalam rumah itu serta persekitaran.

Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang lain tetapi disewa semula Raja Suzana.

Hakim Syarie Mohd Nadzri Abg Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk membuat taksiran sama terhadap suami defendan.

emel Emel Artikel cetak Cetak Artikel

(zmsegamat; masih ada lagi "orang-orang" macam ni)

Tuesday, January 20, 2009

Pengajaran buat UMNO

ARKIB : 18/01/2009

Bisik-Bisik Mingguan - Awang Selamat

Lagi pengajaran buat UMNO, BN, Awang mengucapkan tahniah kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut yang memenangi pilihan raya kecil kawasan Kuala Terengganu, yang diumumkan malam tadi.

Kejayaan beliau menewaskan calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh Farid sesuatu yang sudah dijangka bagi ramai penduduk kawasan itu.

Ini kerana calon Pas itu lebih popular dan lebih diterima pengundi.

Meskipun tiada isu besar nasional yang menjadi modal pembangkang, kemenangan Pas lebih banyak dipengaruhi isu-isu setempat, negeri dan personaliti calon. Berdasarkan analisis awal, para pengundi Cina ternyata memihak kepada Pas kerana kempen DAP yang agresif berbanding komponen BN. Pemimpin pembangkang Perak juga aktif berkempen dengan mendabik dada memberikan tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru.

Jika ia boleh dijadikan petunjuk serius, mungkin masyarakat Cina juga boleh menerima pelaksanaan hukum hudud oleh Pas, selepas ini.

Apa pun, keputusan tersebut tidak boleh dibaca sebagai rakyat menolak UMNO dan BN. Pilihan raya kecil sama sekali tidak mencerminkan realiti sebenar politik nasional.

Tetapi sekali lagi, ia merupakan pengajaran berharga kepada BN dan UMNO. Itulah realitinya.

Thursday, January 15, 2009

Jika sayangkan melayu.. sila baca..

Posted by miss jana chibi
(http://janachibi86.blogspot.com/)bingkisan sekeping hati

Renungan Untuk Bangsa MELAYU:Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:
"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Cuba gunakan masa anda sebentar untuk maklumat ini. Selepas itu
terpulang padaanda untuk bertindak.


.....

TOLONG BACA INI SEHINGGA HABIS; SEKIRANYA ANDA SAYANGKAN MELAYU & ISLAM DI MALAYSIA . PERHATIAN KEPADA SELURUH BANGSA MELAYU ISLAM.

Rencana di bawah adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di
London .

Penuntut Melayu yang ada di sana perlu dan bertanggungjawab untuk disebarkan ke tanah air.

Rencana tersebut telah dialihbahasakan ke dalam Bahasa Melayu seperti ternyata di atas.

Setelah saudara/saudari meneliti akan hakikatnya, saya meminta
saudara/saudari merenung sejenak jauh ke hadapan akan nasib bangsa
kita.

Tidak mustahil dalam jangka masa dua penggal pilihanraya akan
datang, segala hasrat dan cita-cita tersebut akan dapat dibuktikan
kepada kita semua.

Memandangkan kepada jumlah pengundi di Malaysia
sekarang ini seramai 7 juta itu, hampir-hampir separuh darinya terdiri
dari bangsa Cina.

Kita sebagai anak pribumi Malaysia Jati,
wajiblah menginsafi dan bertindak cepat sebelum nasi menjadi
bubur. Sedarlah, insaflah, bangunlah bersatu, pada menjalani kesedaran
pertaruhan ini. Janganlah diabaikan.

Ingatlah kebangkitan kamu di hari ini walaupun kecil akan dapat menghindarkan kehancuran agama, bangsa dan tanah airmu BUMI MALAYSIA .

Jangan biarkan generasimu dan anak
buahmu di hari kemudian menangis tersedu sendirian. Jangan biarkan
ayam mati kelaparan di kepuk sendiri dan itik kehausan di kolam
sendiri. Nenek, ibumu dan bapamu yang telah lewat usianya itu tidak
mungkin boleh dijaga atau disedarkan lagi. Hanya kamu golongan yang
bersemangat waja ini saja yang boleh memainkan peranan ini. Panjangkan
salam kesedaran ini kepada saudara-maramu yang lain demi bagi
melindungi maruah bangsamu.

"BANGUN MELAYU, ISLAM DAN PERTIWI".
Bangkitlah dari sekarang sebelum terlambat.

P/S Harap edarkan kepada rakan-rakan sebangsamu.



Unit sebaran Am.

Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London .

TAJUK: 'BERSATULAH KAUM CINA'

1.0 Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita; samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia . Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang maj or itinya dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi kita sedar dibidang perniagaan dan perindustrian, or ang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu.


2.0 Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut. Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik. Orang- or ang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala peng or banan or ang Melayu, terutama sekali dalam
pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.


3.0 Kita mesti mengajar anak-anak dan anak or ang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar,
Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa Rancangan ini, or ang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja. Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu
mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menemui kegagalan.


4.0 Sebagai or ang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh
En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah-belahkan orang-orang Melayu di sana . Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi or ang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh , Kuala Lumpur , Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Kuantan. Kita or ang Cina harus mara keAlor Setar, Kangar, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.


5.0 Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia. Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti
menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita or ang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka.

6.0 Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku.

7.0 Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya ilaksanakan. Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarnya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu
menguntungkan kita.

8.0 Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap
pemimpin mereka. Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seor ang Ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah-belahkan Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamed dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak.

9.0 Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri.

10.0 Pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka.

11.0 Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan ereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina. Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya.

12.0 Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepi! kan
Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dan semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sector kerajaan

13.0 Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ.

14.0 Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.

15.0 Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita or ang- or ang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia .

16.0 Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata. Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.

17.0 Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah Kurma diturunkan menjelang Hari Raya.

18.0 Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang melayu
dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka hendak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain.

19.0 Segala bentuk pembangunan akan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah.

20.0 Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing. Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan
kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.

21.0 Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong , Taiwan , Amerika atau di mana-mana di dunia ini.Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor Swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran. Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi.

22.0 Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka. Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan.

23.0 Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh. Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia .. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini.

24.0 Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam atasan dan saya tahu apa yang ad a di dalam otak mereka dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka.

25.0 Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengapi-apikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.

26.0 Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.

Oleh Dr. Ng. Seng




HANTARKAN MESEJ BERMAKNA DAN PENTING INI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN ANDA, JIKA ANDA ORANG MELAYU YG SAYANGKAN TANAH AIR KITA DARIPADA DIKUASAI BANGSA ASING! JANGAN SUATU MASA KITA MENAGIH DI TANAH SENDIRI, BERPUTIH MATA DAN HATI.

PERHATIKAN SIKAP MEREKA DI TAHAP INSTITUSI TINGGI, MANIS BICARA TAPI...JIKA ANDA TIDAK PERCAYA, SAYA CABAR ANDA SIASAT KEBENARAN FAKTA YG DINYATAKAN DI ATAS. KITA JUAL BANGSA MELAYU...


Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO





P/S: Rencana ni saya dapat dari email dr teman..renung-renungkanlah..