Tuesday, June 22, 2010

SELAK: Wahai bangsa Melayu, sudah lupakah kamu?

ARKIB : 21/06/2010
Wahai bangsa Melayu, sudah lupakah kamu?

HASSAN MOHD NOOR

HARI ini 21 Jun 2010. Apakah istimewanya tarikh 21 Jun ini? Bagi sesetengah ahli UMNO atau orang Melayu mungkin akan ingat tetapi kebanyakannya sudah tentu lupa. Maklumlah selepas sembilan tahun, ramai yang mudah lupa. Sebenarnya hari ini genap sembilan tahun, Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu sebagai Presiden UMNO menyampaikan ucapan menarik yang ditujukan khusus kepada orang Melayu. Ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2001 itu bertajuk ‘Melayu Mudah Lupa’. Malahan Selak minggu ini juga meminjam ungkapan terakhir dalam ucapan dasar Dr. Mahathir itu sebagai tajuk tulisan minggu ini.

Pada hari ketiga Perhimpunan Agung UMNO itu, semasa ucapan penangguhan atau penggulungan, Dr. Mahathir pada akhir ucapannya juga membaca sajak bertajuk ‘Melayu Mudah Lupa’. Jika ada yang terlupa atau buat-buat lupa eloklah diteliti semula sajak tersebut. Dalam ucapan dasarnya pada 21 Jun 2001, Dr. Mahathir antara lain menyentuh isu-isu berkaitan pencapaian Melayu masih rendah, Melayu di zaman penjajah, kelemahan Melayu, Melayu sudah lupa perjuangan dan ubah sikap untuk selamat! Dan minggu lalu, Dr. Mahathir juga menulis mengenai Melayu melalui blognya, kali ini bertajuk ‘Melayu Ke Mana’. Perkataan Melayu mudah lupa tetap ada di situ. Banyak reaksi diberi terhadap tulisan beliau. Isu yang dibangkitkan dalam ‘Melayu Ke Mana’ adalah mengenai Melayu majoriti yang sudah menjadi minoriti kerana perpecahan.

Melayu berpecah kepada pelbagai puak dan parti politik. Seperti yang diperingatkan oleh Dr. Mahathir dalam ucapannya sembilan tahun lalu, Melayu memang mudah lupa padahal ‘orang dulu-dulu’ sudah mencipta pelbagai peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan untuk sentiasa mengingatkan orang Melayu supaya mereka lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Boleh dikatakan semua ungkapan yang dicipta oleh orang Melayu pada masa dulu sudah berlaku ketika ini. Malangnya semua ingatan itu sekadar catatan dalam buku-buku berkaitan untuk tatapan pelajar-pelajar. Begitu juga dengan pelbagai kiasan dan kisah untuk renungan seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Tidak lupa juga tentang Kitol dan Raja Mendaliar. Semuanya ini juga bertujuan memberi pengajaran kepada orang Melayu. Tetapi malangnya Melayu sudah lupa semua cerita dan kiasan tersebut.

Orang Melayu lupa tentang bersatu teguh bercerai roboh. Ketika ini Melayu berpecah kepada pelbagai puak termasuk dalam politik. Akhirnya mereka menjadi ‘minoriti’. Mereka lupa pesan orang dulu-dulu sebatang lidi mudah dipatahkan, seikat lidi sukar dipatahkan. Ada yang mengaku mereka mahu bersikap liberal yang mahu hak sama rata dan sama rasa di kalangan pelbagai kaum. Mereka mendakwa orang Melayu pada masa kini sudah mampu menari di tanah rata dan tidak lagi memerlukan ‘tongkat’ untuk berniaga dan belajar sedangkan hakikatnya ketika orang lain sudah mampu menari dengan baik tetapi ‘tarian’ orang Melayu sebenarnya masih sumbang dan keupayaan untuk berjaya dalam ekonomi dan pendidikan juga terbatas. Ada pula Melayu yang mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), mendabik dada dengan kejayaan yang sudah dinikmati. Padahal mereka yang berjaya hari ini juga kebanyakannya disebabkan oleh ‘tongkat’ DEB. Tanpa ‘tongkat’ itu mereka tidak mungkin menikmati apa yang dimiliki sekarang. Malangnya apabila sudah berjaya, mereka bagaikan kacang lupakan kulit.

Dalam politik hari ini, orang Melayu sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat sokongan yang diharap-harapkan. Bak kata orang marahkan pijat, kelambu dibakar, tidur terdedah.

Jika dulu bermusuh, kini bersahabat. Begitu jugalah yang berlaku sebaliknya. Jika dulu tidak boleh rapat sekarang sudah boleh berpeluk di atas pentas politik. Baguslah begitu... mengeratkan silaturahim. Tetapi akhirnya mereka gagal untuk mengenali musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam. Mereka lebih selesa mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Maka ramailah juga di kalangan orang Melayu yang menjadi seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Apa yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Lebih malang, Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. Habis madu sepah dibuang. Ketika ini juga untuk berjaya, Melayu sanggup pijak kepala kawan dan tikam belakang.

Sedar atau tidak, orang Melayu ketika ini diasak dari pelbagai sudut disebabkan perpecahan dan kelemahan mereka sendiri disebabkan kepentingan politik masing-masing. Ketika orang lain bersatu untuk kepentingan kumpulan mereka, ada pula Melayu yang sanggup membuka pekung di dada dan meludah ke langit.

Amat mendukacitakan sudah tidak ada perasaan cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga. Cubalah cubit paha sendiri dahulu, baru mencubit paha orang lain. Kita mengharapkan orang Melayu tidaklah menjadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.

Ketika orang lain dalam politik bersikap diam-diam ubi berisi menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi orang Melayu pula seronok bertelagah sesama sendiri. Ada pula yang bersikap bertelur sebiji riuh sekampung. Melayu tanpa kuasa ekonomi nampaknya masih selesa sekalipun akan hilang kuasa politik.

Sebenarnya banyak lagi ingatan yang sudah ditinggalkan oleh orang Melayu pada masa lalu untuk diambil ingatan. Tetapi Melayu tetap leka dan lupa.

Apakah orang Melayu masih berpegang kepada Melayu takkan hilang di dunia seperti diungkapkan oleh Hang Tuah? Memang Melayu tidak akan hilang di dunia tetapi Melayu mampu hilang dunia. Maka ketika itu, nyanyilah puas-puas lagu Warisan yang antara liriknya menyebut bumi dipijak milik orang. Dan jika Melayu sudah hilang dunia maka sekali lagi Selak meminjam tajuk tulisan Dr. Mahathir iaitu ‘Melayu Ke Mana’.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm)

'Serang' pembangkang lebih agresif - TPM

ARKIB utusan: 21/06/2010
'Serang' pembangkang lebih agresif - TPM

MUAR 20 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pendekatan 'menyerang' yang lebih agresif digunakan para pemimpin Barisan Nasional (BN) bagi menggempur pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan pakatan pembangkang terhadap parti itu serta kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, taktik bertahan yang dipraktikkan selama ini mengakibatkan semakin banyak fitnah terhadap BN tersebar luas melalui pelbagai medium terutama dalam Internet dan blog sehingga berjaya memperdayakan masyarakat.

Beliau berkata, ancaman yang dibawa pakatan pembangkang perlu dipatahkan dan BN perlu bangkit daripada tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mahu pemimpin BN beri tumpuan kepada soal yang lebih utama, (iaitu) soal beri penjelasan kepada rakyat, penipuan dan pembohongan yang berlaku dan fitnah disebar oleh pembangkang.

"Kita kena ambil pendekatan offensive (menyerang), jangan lihat kita defensif bila ada isu dan masalah. Kita hanya jelaskan sahaja tanpa kita ambil langkah offensive, seperti orang kata pegang lembu pada kepala dan lawan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Dewan Sri Pekembar dekat sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengingatkan semua pemimpin BN supaya tidak bertelagah sesama sendiri secara terbuka sebaliknya mesti fokus untuk menghadapi cabaran musuh politik sebenar iaitu parti pembangkang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pertelagahan sesama sendiri merupakan perbuatan yang mendedahkan kelemahan sedangkan pembangkang pula bijak menyembunyikan pelbagai kelemahan mereka.

Muhyiddin berkata, seruan Perdana Menteri itu perlu diberi perhatian serius supaya parti komponen BN tidak bergelumang dalam masalah sehingga menjejaskan peluang pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya pun pernah berkata kita harus tumpukan usaha mengukuhkan parti dan sebab itu langkah-langkah perlu dibuat untuk memperbetulkan kelemahan dalam parti.

"Kalau ada perpecahan dan pertembungan sehingga timbul puak bertentangan antara satu sama lain, itu akan menjejaskan kewibawaan dan keberkesanan BN," katanya.

Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penularan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) di negara ini merupakan gimik politik, Muhyiddin berkata, amaran tersebut dikeluarkan pihak polis berdasarkan fakta dan bukannya isu politik.

Beliau berkata, sikap tidak serius yang diambil oleh Anwar itu amat berbahaya kerana JI dan Al-Qaeda mempunyai rangkaian di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali kerana ia terbuka kepada pelancong serta pelajar asing.

"Sekiranya ketua pembangkang menidakkan perkara itu walaupun telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa keselamatan, dia seolah-olah tidak kisah dengan kehadiran kumpulan tersebut," katanya.

Muhyiddin berkata, isu keselamatan merupakan perkara yang serius dan rakyat harus mempunyai keyakinan terhadap pihak berkuasa keselamatan negara yang bertindak atas bukti-bukti jelas.

"Kalau dengan sebab itu (pendedahan mengenai JI) rakyat melihat kerajaan tegas dan tahu apa yang berlaku, pembangkang rasa itu memperlihatkan kelemahan mereka, sebab itu mereka menidakkan perkara itu agar rakyat tidak percaya," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm)

Monday, June 21, 2010

Ahli UMNO disaran berani lakukan serang balas


Ahli UMNO disaran berani lakukan serang balas

Najib Tun Razak menerima tepukan gemuruh daripada para perwakilan semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang, Perak, semalam.

BAGAN DATOH 20 Jun - Ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya dalam posisi mempertahankan sebaliknya perlu melakukan serangan balik untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

"Macam kita tengok Piala Dunia sekarang ini. Boleh tengok, tapi bukan hanya untuk keseronokan semata-mata. Tengok dan cuba jadikannya dalam konteks politik.

"Jangan asyik mempertahankan benteng sahaja kerana kadang kala boleh bolos. Perlu ada pertahanan dan serangan balik untuk menang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2010 di sini hari ini.

Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli UMNO untuk memperbetulkan segala persepsi salah yang dibuat oleh pembangkang dan tidak tunduk dengan sebarang ancaman.

Tegas Perdana Menteri, perlu ada barisan yang ampuh untuk mempertahankan perjuangan UMNO dan mengembalikan kejayaan parti itu seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004.

"Bukan Barisan Nasional (BN) atau UMNO tidak baik, tetapi mainan persepsi pembangkang menyebabkan rakyat menjauhkan diri.

"Berbanding suasana politik pada tahun-tahun 70-an dan 80-an, bila kita bagi peruntukan sahaja, rakyat sudah boleh menerimanya. Tetapi sekarang lain, mereka masih ada rasa tidak puas hati. Jadi ini yang perlu kita perbetulkan" katanya.

Tambah beliau, prestasi merosot UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu pula bukan kerana rakyat tidak berpihak pada parti itu tetapi kerana mereka menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat, tidak menunaikan janji serta bongkak.

Bagi mengembalikan kepercayaan rakyat katanya, UMNO tidak boleh ketinggalan dengan metodologi lama sebaliknya perlu menggunakan metodologi terkini supaya dilihat sebagai parti yang dinamik dan berkesan.

"UMNO adalah parti yang terlalu lama, jadi saya nampak pembaharuan adalah sangat perlu.

"Kita perlu cari jalan untuk menjadikan 'barang' yang lama itu lebih baik untuk dipandang dan kembali disukai," katanya.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm)

Thursday, June 17, 2010

Kedudukan Melayu berterusan dipersoal

Kedudukan Melayu berterusan dipersoal
Oleh Rejal Arbee

2010/06/17
Kelantangan orang Cina mahu hak sama rata jejas perpaduan

1.0 DALAM tempoh sebulan dua ini akhbar berbahasa Cina, iaitu Sin Chew Jit Poh, China Press dan Nanyang Siang Pau senada mempersoalkan kedudukan Melayu yang dikatakan mendapat segala keistimewaan hingga menjejas kedudukan bukan Melayu khususnya Cina.
Boleh dikatakan setiap hari ada saja makalah atau surat yang berterusan menimbulkan isu bagaimana Cina, terutama dianak tirikan walaupun kerajaan berterusan melaungkan slogan 1Malaysia.

2.0 Jadi pada mereka ini, apakah 1Malaysia itu bermakna Melayu harus ketepikan kedudukan mereka, walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Sesiapa saja yang cuba mempertahankan kedudukan yang dijamin Perlembagaan itu adalah pelampau?

3.0 Maka itulah, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebut matlamat memperjuangkan Melayu dapat menguasai 30 peratus daripada ekonomi negara pun, akhbar Cina ini mempersoalkannya.

4.0 Dipersoalkan juga kenapa mahu berterusan dengan dasar diskriminasi begini? Tetapi apakah matlamat supaya orang Melayu menguasai 30 peratus ekonomi negara ini pun mahu dipertikaikan? Yang salahnya kerajaan terlalu konservatif menetapkan hanya 30 peratus, walaupun jumlah Melayu dalam negara ini sudah mencecah 60 peratus.

5.0 Akhbar itu juga mempersoalkan hasrat kerajaan hendak menambahkan hartanah kepunyaan Bumiputera, meningkatkan teknologi usahawan Bumiputera, mengembangkan jumlah usahawan Bumiputera serta mengambil profesional Bumiputera secara keseluruhan kononnya sebagai tidak senada dengan semangat Model Baru Ekonomi.

6.0 Kononnya ini bercanggah dengan hasrat awal hendak mengutamakan keberkesanan kemajuan ekonomi tanpa menghiraukan bangsa. Inilah sikap mereka yang tidak senang dengan usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum.

7.0 Dilihat pendapatan isi rumah Melayu dengan pendapatan isi rumah kaum India pun, orang Melayu masih ketinggalan, jangan kata hendak dibandingkan dengan pendapatan isi rumah orang Cina. Anehnya kebanyakan tulisan yang dimuatkan itu disebut sebagai tidak semestinya mencerminkan pandangan akhbar terbabit. Sungguh mudah untuk berselindung.

8.0 Maka tidak menghairankan kenapa timbul suara dalam akhbar Melayu apa lagi yang orang Cina mahu? Ini juga sudah pun dijawab beberapa orang Cina tertentu dan juga akhbar Cina. Mereka mahu kuota di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dihapuskan, biasiswa diberi mengikut kelayakan dan merit, tempat lebih banyak dalam perkhidmatan kerajaan, kenapa syarikat Cina saja dikehendaki juga dipegang 30 peratus Melayu, kontrak kerajaan jangan diberikan kepada Melayu saja.

9.0 Dengan itu Melayu sendiri sudah berasa amat gelisah dan tidak sedap hati dan berfikir apakah selama ini Cina dipinggirkan? Sebenarnya semua sepatutnya melihat persoalan ini secara rasional dan tidak harus digembar-gemburkan seolah-olah orang Melayu begitu ekstrem sekali hingga menyekat kedudukan masyarakat Cina.

10.0 Apa sebenarnya kedudukan mereka sekarang? Apa sebab Melayu masih mempertikaikan apa yang disuarakan orang Cina ini dan kenapa kini ada di kalangan Melayu memberi reaksi dengan menubuhkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

11.0 Tetapi dalam pada itu, penubuhan PERKASA juga tidak disenangi orang Cina kononnya mereka ini memperjuangkan keadaan yang mana bukan Melayu akan berterusan dipinggirkan hingga ada yang mengandaikannya sebagai satu perjuangan Quixotic, yang sia-sia seperti Mat Jenin, dengan mengambil cerita klasik Sepanyol, Don Quixote yang banyak berangan-angan tidak munasabah.

12.0 Sebenarnya, Melayu sendiri tidak pula mempertikaikan penubuhan pelbagai pertubuhan Cina, iaitu pelbagai Dong yang begitu lantang memperjuangkan kedudukan sekolah Cina dan lain-lainnya. Dalam pada itu, pertubuhan itu memberi gambaran orang Cina sepatutnya memasuki sekolah Cina saja.

13.0 Mereka ini seolah-olah tidak mahu wujudnya pergaulan antara kaum di sekolah. Sememangnya sekarang ini sudah tidak wujud lagi pergaulan sihat antara anak Melayu dan anak Cina khususnya apabila dilihat kedudukan jumlah murid di sekolah kebangsaan mengikut kaum. Jika ini berterusan apa akan jadi kepada negara ini?

14.0 Terakhir timbul pula soal kerajaan mahu semua peruncit yang menjual tiga barangan kawalan, gula, tepung dan minyak masak, dilesenkan yang dianggap sebagai sengaja mahu menyusahkan peruncit yang kebanyakannya terdiri daripada Cina. Mereka ini mempertikaikan keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

15.0 Ini disambut persatuan peruncit yang mengarahkan semua ahlinya memboikot jualan gula, tepung dan minyak masak. Ini pun sudah dijadikan suatu hal perkauman.

16.0 Dalam pada itu, wujud pula ancaman daripada mereka ini bahawa Cina tidak lagi akan mengundi BN pada pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan berterusan hendak mensyaratkan mereka mempunyai lesen jualan barangan itu.

17.0 Mereka berkata, ini akan hanya menyusahkan peruncit dan pegawai penguat kuasa kementerian berkaitan akan mengganggu mereka serta memberikan satu lagi jalan untuk rasuah. Sebenarnya ini tidak akan berlaku sekiranya peruncit benar-benar patuh dengan soal tidak menyorok barang atau melakukan yang bertentangan peraturan.

18.0 Apa pun sasaran mereka ialah mempersoalkan kehendak Melayu juga diberi peluang untuk menguasai 30 peratus daripada ekonomi negara ini, tidak tepat. Apa yang sepatutnya mereka persoal dan perjuangkan ialah menghapuskan sistem patronage dan kroni di mana syarikat yang tidak layak diberi kontrak atau di mana yang mendapat kontrak mengagihkannya (beri kontrak (sub) projek itu kepada kontraktor lain) dengan mengambil komisyen saja.

19.0 Ini tentunya akan menyebabkan kerja yang dilaksanakan tidak menepati mutu dikehendaki. Misalnya apabila sesuatu kontrak bernilai RM100 juta diberikan kepada kontraktor yang tidak layak menerimanya, dia akan subkontrakkan kerja itu kepada kontraktor lain dengan harga yang lebih murah, iaitu harga setelah ditolak komisyennya mungkin sehingga 20 peratus.

20.0 Maka projek yang sepatutnya bernilai RM100 juta kini dilaksanakan sebagai sebuah projek bernilai RM80 juta saja. Jadi bagaimana hendak menjamin projek yang berkualiti? Maka itulah timbul pelbagai kejadian di mana projek apabila siap ada saja masalahnya.

21.0 Sistem patronage inilah yang sepatutnya dihapuskan dan yang orang Cina juga patut perjuangkan. Sistem ini sepatutnya sudah dihapuskan dan kontrak sedemikian dilaksanakan secara terbuka dan telus. Demikian juga pemberian kontrak sepatutnya diberikan kepada yang layak dan yang boleh melaksanakan sesuatu projek itu dengan baik dan dengan mutu seperti mana diharapkan.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KedudukanMelayuberterusandipersoal/Article)

Buku Bertemu Ruas, Ahmad Maslan Sanggah Anwar


Buku Bertemu Ruas, Ahmad Maslan Sanggah Anwar
Jun 16th, 2010 | By administrator | Category: Dari Parlimen, Eksklusif

Oleh: KAMAL ZAILANI.

KUALA LUMPUR 16 Jun. – Cubaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanupulasi fakta dan angka di Dewan Rakyat akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila pertanyaan tambahannya, mudah disanggah oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

“Hari ini detik bersejarah. Saya gembira dapat berdepan dengan Anwar. Kita sudah tidak tahan dengan penyelewengan fakta-fakta oleh pembangkang. Takkanlah Felda, satu agensi terbesar untuk bantu Melayu, nak tipu Melayu…buat apa,,’’ katanya kepada umno-online di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam sesi soal jawab itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO memang cukup bersedia. Beliau lengkap dengan angka dan fakta untuk “berperang’’ dengan Anwar. Ahli parlimen Pontian itu dengan mudah menyanggah pembohongan dan cubaan menggelirukan fakta oleh Anwar.

Kerana persediaan yang lengkap itu, sesi yang dijangka hangat itu tidak “berapa menjadi’’ apabila Anwar hanya bertanya satu soalan tambahan…mungkin takut dimalukan!

Ahmad berkata , Ketua Pembangkang berterusan melemparkan pembohongan , antaranya Felda menipu peneroka mengenai duit Tabung Tanam Semula.

“Dari RM17,000 untuk tanam semula , setiap peneroka cuma carum RM9,000. Ada sebahagian peneroka tak cukup bayar . Kadang-kadang RM 7,000 dan RM8,000. Untuk membangunkan tanah itu, perlukan RM17,000 . Oleh itu Felda bagi subsidi pula.

“Kepada yang tanam semula sendiri, kita bagi duit berperingkat-peringkat. Kalau bagi sekali RM17,000 , dia buat hal macam-macam. Tak tanam semula, dia beli kereta , rumah. Lepas tu duit habis , tanam semula tak dibuat,’’ katanya.

Menjawab tentang geran tanah, Ahmad menjelaskan, 65 peratus sudah dapat geran tanah. Apabila syaratnya cukup, maka sampailah geran tanah itu ke tangan peneroka.

Menyangkal tuduhan peneroka ditipu kerana pulangan tidak setimpal, Ahmad berkata, ia satu fitnah kerana Felda adalah satu-satunya agensi yang ada pendapatan minima RM1,000 sebulan. Kalau tak cukup, Felda bagi subsidi kepada peneroka .

“Anwar memanipulasi isu Felda Sungai Buaya. Memang asal ia penempatan Felda tetapi kemudian mereka keluar daripada Felda kerana ada yang hendak kaya cepat. Pun begitu, baru-baru ini kerajaan prihatin membantu, sungguhpun mereka bukan peneroka Felda,’’ katanya.

Ahmad turut menyanggah tuduhan pembangkang bahawa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak menjahanamkan Felda.

Menurut beliau, memang benar kedudukan tunai Felda pada 2004 ialah RM4.08 bilion. Tahun 2009 pula RM1.35 bilion, merosot RM2.73 bilion.

“Tapi yang pentingnya kita tidak songlap duit. Kita tak tipu peneroka. RM2.41 bilion digunakan untuk pelbagai pembangunan sosio ekonomi, latihan kemahiran, innsentif, produktiviti, insurans, prasarana dan macam-macam program untuk peneroka.

“RM2 bilion untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah tanpa riba untuk membesarkan 19,546 rumah peneroka., RM662 juta beli Menara Felda, depan KLCC, di kawasan segi tga emas KL yang pada 2008 nilai tanahnya RM 935 sekaki persegi sekarang RM1,400 ke RM 1,500 sekaki persegi,’’ ujar beliau,

Katanya, dana khas bantuan basmi kemiskinan di Sabah pula adalah sebanyak RM 253 juta.

Beliau berkata , semua peruntukan itu di gunakan untuk manfaat peneroka.

“Benar, tunai merosot RM 2.73 bilion tetapi yang penting pada ketika yang sama, harta sema Felda pada 2004 ialah RM9.17 bilion. Meningkat harta semasa dan bukan semasa Felda pada 2009 kepada RM15.37 bilion. Peningkatan RM6.2 bilion. Merosot tunai tetapi meningkat harta,’’ katanya membuatkan pembangkang tidak bersuara!

Mengenai tuduhan Felda menipu peneroka dalam kes yang dibawa ke mahkamah, di Kemahang Tiga. Ini jawapan Ahmad:

“ Kita belum kalah lagi, Felda bukan tipu peneroka tapi peguam bela Felda tak datang. Sebab itu kita kalah. Kes itu kini dalam rayuan semakan kehakiman. Kes ini belum selesai. Kita tak tipu peneroka. Masakan satu agensi terbesar untuk bantu Melayu nak tipu Melayu…buat apa,’’ katanya.

(sumber;http://umno-online.com/?p=11113)

Singapura Banjir








Singapura Tenggelam

SINGAPURA: Banjir kilat ekoran hujan lebat selama dua jam di tengah-tengah bandar raya negara ini mengakibatkan keadaan kelam-kabut apabila kawasan letak kereta bawah tanah dan banyak kedai dinaiki air hari ini bermula pukul 9 pagi tadi.

The Straits Time Online melaporkan, kawasan yang paling teruk dinaiki air ialah Orchard Road dan persimpangan Scotts Road, bermula dari Paterson Road – kawasan lokasi Ion Orchard dan Menara Wheelock – sehingga kawasan Ngee Ann ditenggelami banjir setinggi hampir dua meter.

Bahagian bawah tanah Menara Liat dipenuhi air sehingga menjejaskan dan memusnahkan barangan di premis-premis seperti Starbucks dan Hermes.

Banyak kenderaan termasuk kereta terperangkap di tengah-tengah kawasan banjir selain pemilik kereta masing-masing terkandas dalam kenderaan mereka. Begitu juga penumpang-penumpang bas yang gagal ke mana-mana berikutan jalan raya yang tidak dapat dilalui.

Terdapat juga pokok-pokok tumbang di Buyong Road lokasi keluar dari Central Expressway Tunnel (CET) sehingga Ayer Rajah Expressway menyebabkan laluan tersekat. Sehubungan itu CET ditutup bagi mengelakkan kenderaan memasuki Orchard Road.

Selain itu kawasan yang turut terjejas termasuk Coronation Road West, Fourth Avenue, Kings Road, Kheam Hock Road dan Veerasamy Road menyebabkan trafik bergerak perlahan.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 100 milimeter hujan turuun dalam tempoh dua jam itu.

“Jumlah hujan yang turun melebihi 60 peratus hujan yang turun secara purata dalam bulan ini,” kata agensi itu.

Agensi Air Kebangsaan (PUB), polis trafik dan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ditempatkan di kawasan-kawasan terbabit bagi membantu orang ramai yang terkandas dalam bah yang melanda.

Selain itu kerugian bencana alam itu sedang disiasat.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan terkini mengenai keadaan cuaca dengan melayari laman web www.nea.gov.sg atau hubungi talian hotline 6542 7788, selain melayari maklumat di Weather@SG – weather.nea.gov.sg.

Juga talian 24 jam PUB di 1800-284 6600 magi melaporkan sebarang kerosakan longkang atau keadaan banjir.Mstar

Dikirim dalam News & Politics

(sumber;http://pinkturtle2.wordpress.com/2010/06/16/30798/#comments)

Monday, June 14, 2010

Isyarat kepada yang tidak hormati bahasa Melayu


Isyarat kepada yang tidak hormati bahasa Melayu

RAKYAT bukan Melayu negara ini termasuk juga pelbagai syarikat dalam negara berterusan saja memperlekehkan bahasa Melayu.

Terakhir ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan ubat gigi yang terkenal dalam negara ini, ia itu Colgate. Syarikat ini sejak beberapa hari kebelakangan ini gah dengan produk terbarunya untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif.

Pada kotaknya tertera 'rujuk risalah dalam pek untuk maklumat terperinci'. Walau pun kenyataan ini kecil daripada keterangan dalam bahasa Inggeris ia masih boleh dapat diterima. Tetapi dari penggunaan bahasa Melayu ini berbanding dengan penggunaan bahasa Inggeris sudah cukup jelas menunjukkan sikap syarikat ini terhadap bahasa Melayu.

Tetapi apabila membuka pek ubat gigi itu dan melihat risalah yang disediakan di dalamnya mengukuhkan lagi kesangsian terhadap pandangan syarikat ini terhadap bahasa Melayu. Risalah yang disediakannya itu hanyalah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Satu patah perkataan Melayu pun tidak ada dalam risalah itu dan menunjukkan betapa ia cuba mengabui orang Melayu.

Apakah yang boleh kita simpulkan daripada tindak tanduk syarikat ini? Apakah ia tidak menunjukkan bagaimana ia tidak sedikit pun menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Bukankah ia adalah bahasa negara ini yang sepatutnya sudah digunakan oleh seluruh rakyat negara ini.

Kalau pun ramai daripada rakyat bukan Melayu negara ini tidak menghiraukan penggunaannya, sebagaimana sepatutnya, hampir 70 peratus daripada rakyat negara ini sememangnya mendaulatkannya. Apakah isyarat yang hendak diberikan syarikat ini terhadap penggunaan bahasa Melayu?

Kalau beginilah sikapnya, apakah kita rakyat negara ini khasnya orang Melayu masih terus mahu menyokong produk syarikat ini? Umum mengetahui syarikat-syarikat seperti ini amat mementingkan keuntungan dan satu cara bagi kita menunjukan bantahan ialah dengan tidak membeli produknya.

Orang Melayu kini sudah mempunyai kuasa membeli dan semestinya menggunakan kuasa yang ada pada kita dengan berhemah, ia itu dengan memboikot saja produk mana-mana syarikat yang tidak menghormati kedudukan bahasa negara ini.

Sebelum ini pun, beberapa syarikat perumahan telah juga mengedarkan risalah mengenai rumah yang mereka sedang bina hanya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Yang menghairankan risalah-risalah itu diedarkan kepada penduduk sekitar Shah Alam di mana hampir 90 peratus daripada penduduknya adalah orang Melayu.

Sebelum itu, akhir tahun lalu salah satu syarikat pengeluaran syampu rambut pernah menyediakan iklan syampunya itu di eskalator pasar raya Tesco juga di Shah Alam hanya dalam bahasa Mandarin. Selepas ditegur iklannya itu sudah ditukar dengan tidak menggunakan apa-apa pun tulisan kecuali namanya sahaja yang ditulis dalam rumi.

Tidak berapa lama kemudian sebuah syarikat cermin mata yang juga di Shah Alam telah mengedarkan risalahnya hanya dalam bahasa Mandarin saja.

Apakah yang boleh kita simpulkan daripada sikap angkuh syarikat-syarikat ini? Apakah kini sudah ada semacam suatu usaha dari masa kesemasa untuk menguji orang Melayu terhadap penggunaan bahasa Melayu? Apakah syarikat-syarikat ini tidak tahu yang mereka beroperasi di Malaysia di mana bahasanya ialah bahasa Melayu. Bolehkah kita bayangkan mereka ini tidak menggunakan bahasa Thai di negeri Thai atau bahasa Jepun di Jepun.

Kalau demikian halnya kenapakah di Malaysia mereka begitu mudah perlekehkan bahasa negara ini?

Maka itulah masanya sudah tiba bagi kita rakyat negara ini khususnya orang Melayu menunjukkan perasaan tidak senang kita terhadap anasir-anasir begini dengan memboikot terus produk mereka. Tindakan begini saja yang mereka ini faham.

REJAL ARBEE

Shah Alam

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm)

Friday, June 11, 2010

PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA




1.Masyarakat Majmuk
Masyarakat majmuk di Malaysia. Melayu adalah bangsa majoriti.


1.1 Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan keduadua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.

1.2 Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompokkelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.

1.3 Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Di sini kita akan mengupas kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing.

2.Penjajahan di Tanah Melayu

a) KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA

Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham Sultan telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu.Pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

b) RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA

Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606 - Johor

berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

c) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British.

Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil.

Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan sektor bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar bertambah besar.

Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British. mengikut ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan

d) PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Dari segi pentadbiran , satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang , Melaka , Perak , Pahang , Selangor , dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis , Kedah , kelantan , dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 , dengan tujuan membalas jasa Siam.

Penjajahan Jepun mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum hubungan kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran. Semasa Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk hubungan kaum iaitu hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA)dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik Cina.

Penindasan Jepun terhadap orang-orang China telah menyebabkan mereka membuka kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Ini membawa kepada pertembungan dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi. Pertembungan budaya ini telah membawa kepada perkahwinan kacukan di antara orang melayu dan China telah melahirkan generasi masyarakat Baba dan Nyonya yang boleh kita lihat banyaknya di negeri Melaka pada hari ini. Penguasaan Jepun di Tanah Melayu menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari China disebabkan peperangan antara China dan Jepun. Pada 1947 sehingga 1953, telah berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara itu migrasi dari India masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah. Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu.

e) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN

Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945,British kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British.

Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara.Pada mulanya agak sukar bagi masyarakat Melayu menerima pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India.Namun dengan berlakunya keganasan Parti Komunis Malaya yang berleluasa yang menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu.Berpunca daripada keadaan ini,kerajaan teleh mengistiharkan darurat pada tahun 1948 . Semasa darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkan kerjasama menentang komunis.

Keganasan PKM menyebabkan British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang melayu sebagai salah satu kaedah membanteras keganasan PKM. Pada tahun 1957 , British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Darurat hanya dibubarkan pada tahun 1960.Kesan dari penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.

3. Kesan Penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan majmuk di Malaysia.

Dalam melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat dirumuskan dengan melihat kepada tiga tempoh yang berbeza. Pertamanya, zaman penjajahan British. Didapati ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi. Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi kormesial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial. Salah satu sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yang dijalankan British sewaktu penjajahanya.

Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957. Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat.

Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk zaman selepas 1969. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi ekonomi. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain. Sekitar tahun 1965, penggunaan “Malaysian Malaysia”telah mula digunakan namun ia tidak begitu diterima pakai. Kini, ia menjadi salah satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.

4.Kesimpulan. Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa. Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.

5.Bibliografi.

A. Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. 2001.

Chong. K.K. "Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah." In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1985.

Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua). Selangor: UKM. 2001.

J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press. 1939.

Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005. _ HYPERLINK "http://kassimahmad.blogspot.com/" __http://kassimahmad.blogspot.com/_

Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong: Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983.

McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964.

Mohd Redzuan Otman et. al. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM. 2006.

Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 1992.

Muhammad Haji Muhd Taib. Melayu Baru. Petaling Jaya: Visage Communication. 1996.

Prinsip-prinsip pemerintahan dalam masyarakat majmuk. _ HYPERLINK "http://library.mod.gov.my/en/BriefDisplayRetriever.jsp?311356" _Abdul Monir Yaacob_ (Peny.) _ HYPERLINK "http://library.mod.gov.my/en/BriefDisplayRetriever.jsp?311304" _Kuala Lumpur: IKIM. 2000_.

Rabuskha, Alvin. Race And Politics In Urban Malaya. Stanford University, Stanford, California: Hoover Intitution Press. 1973. _

HYPERLINK "http://ilmu.ssl.sabah.gov.my/elmu/BriefDisplayRetriever.jsp?92395" _Saunders, Graham._ Malaya : Perkembangan masyarakat majmuk. Kuala Lumpur: Longman, 1978.

Swe-Hok and Kesarapany. Malaysia Recent. Trends A Challenges. Singapore: Insitute of Soatheast Asian Studiest. 2006. Syed Ahmad b. Syed Mohamad. _

HYPERLINK "http://www.permaya.org/yaman/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid

224&mode=thread&order=0&thold=0" _Kepentingan Perundangan Islam Dalam Konteks Masyarakat Majmuk_. Oct 03, 2006 - 01:59 AM. _ HYPERLINK "http://www.permaya.org/yaman/modules" __http://www.permaya.org/yaman/modules_

Tragedi 13 Mei: Satu Laporan Majlis Gerakan Negara. Kuala Lumpur. 1969.

Zakaria Ariffin. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.

----
Sumber: nurreyes - www.scribd.com

(sumber;http://www.facebook.com/zm.azami#!/notes/hibatullah-yusof-al-haj/penjajahan-dan-kewujudan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/130315816987423)

MELAYU BUKAN KAUM MAJORITI DI MALAYSIA. YB Chua Tee Yong (Labis)


MELAYU BUKAN KAUM MAJORITI DI MALAYSIA

NEGARA kita adalah negara majmuk di mana tidak ada satu majoriti kaum, kata Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong (gambar) di Dewan Rakyat pada jam 4.21 petang 16 Mac lalu.

Beliau menegaskan demikian ketika berucap menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Malaysia yang ke-12.

“Saya ingin Yang Berhormat juga memahami kerana negara kita adalah negara majmuk, di mana tidak ada satu majoriti kaum. Oleh itu, dari segi dana-dana semua perlu diagihkan dengan lebih adil…mungkin dari segi subsidi juga,” tegas beliau mengingatkan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye.

Kenyataan beliau adalah sangat bertentangan dengan pengumuman Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Wan Ramlah Wan Abd. Raof pada satu sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Negeri Selangor di Kajang, 21 Januari lalu.

Beliau berkata, jumlah penduduk tahun 2009 meningkat kepada 28.2 juta orang berbanding 27.7 juta pada tahun 2008.

''Orang Melayu kekal sebagai kaum paling banyak iaitu 66.7 peratus diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus. Kaum lain iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak adalah 1.3 peratus,” kata Wan Ramlah.

(Untuk fakta lanjut sila kunjungi: Jumlah penduduk Malaysia kini menghampiri 30 juta orang)

Terdahulu, pada hari bersejarah 16 Mac 2010 persidangan Parlimen itu, Perdana Menteri. Mohd. Najib Tun Razak berucap menjawab soalan lisan Ahli Parlimen dari Kapit, Alexander Nanta Linggi yang meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana Gagasan 1Malaysia telah berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama buat masa sekarang.

Hampir semua Ahli Parlimen dari Kerajaan Barisan Nasional juga menghadiri sesi bersejarah Parlimen yang menerima fakta baru daripada Chua Tee Yong itu.

Turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dengan Chua Tee Yong pada hari bersejarah itu ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.

Ucapan penuh keberanian oleh Chua Tee Yong boleh dihayati dalam hansard rasmi Parlimen (Parlimen-Kaum.pdf) ini terutama pada muka surat 108 yang ditandakan bulat dan diterangkan.

Sementara itu, menurut angka populasi di Malaysia di laman web rasmi Tourism Malaysia di bawah Menteri Pelancongan, Dr. Ng Yen Yen, kaum Melayu ialah 57% daripada sejumlah 27.17 juta penduduk Malaysia. (Untuk fakta lanjut sila kunjungi: Fast Facts About Malaysia).

- ABDUL RAHIM LAJIS

(sumber;http://www.merdeka-online.net/artikel.php#kami_berkabung_44_hari_terkilan_isu_chua_tee_yong)

Ahli Parlimen BN "diserang" di Parlimen...???

Ahli Parlimen BN "diserang" di Parlimen...???
09 June 2010


Aku dapat berita Ahli Parlimen Tangga Batu, Idris Haron diserang dengan kata-kata caci maki dan hina dina oleh segerombolan NGO pro-pembangkang yang mewakili kaum India di bilik rehat wakil rakyat di Parlimen hari ini. Berita mengenainya ada dicatatkan oleh Putra Merdeka di sini...!!

Aku belum peroleh cerita sebenar kejadian tetapi apa yang aku difahamkan dari catatan Putra Merdeka dan SMS rakan-rakan dari Parlimen menyatakan Idris telah diherdik, dimaki hamun ketika cuba menegur sebuah pertubuhan terbabit yang mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen pembangkang yang menjadikan pertemuan itu sebagai medan menghentam kerajaan. Lebih parah mereka membangkitkan isu perkauman.

Tapi paling sedih apabila tiada Ahli Parlimen BN yang berada di belakang Idris ketika kejadian menyebabkan beliau keseorangan berhadapan dengan belasan ahli pertubuhan itu dan wakil2 rakyat pembangkang.

Wah nampaknya pertubuhan yang wakili kaum India kini semakin berani. Sebelum ini mereka hanya berani berdemo dijalanan tetapi kini sudah berani masuk kat lobi Parlimen dan membantai kerajaan (terutama UMNO) terang-terangan di depan batang hidung Ahli Parlimen BN. Ayoyo... Apa sudah jadi?

Mereka datang sebagai tetamu di Parlimen tetapi berani menghalau keluar seorang Ahli Parlimen di dalam Parlimen....!!!

Aku harap Speaker membuat siasatan berhubung kejadian ini dan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab terutama yang membawa masuk pertubuhan "haram jadah" ini masuk Parlimen untuk serang kerajaan.



Label: Barisan Nasional, Pakatan Rakyat

(sumber;http://mesintaipburuk.blogspot.com/2010/06/ahli-parlimen-bn-diserang-di-parlimen.html)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rabu, 2010 Jun 09
NGOs Pembangkang Tolak MP BN Di Parlimen!!!


Kecoh! Tolak menolak berlaku di Parlimen!!! YB Tangga Batu Dato Idris Haron telah ditolak oleh beberapa orang yang menamakan diri mereka sebagai NGO yang mewakili kaum tertentu tengah hari tadi.

Kecoh ini bermula apabila lounge Dewan Negara yang menjadi tempat rehat Ahli-Ahli Dewan ketika persidangan sedang berjalan telah ditempah untuk digunakan oleh YB Kulasugaran MP Ipoh Barat untuk berjumpa dengan beberapa NGOs.

Pertemuan ini juga dihadiri sama oleh MP Kapar, MP Ipoh Timur, MP Bukit Gantang dan beberapa lagi MP dari pembangang. Pertemuan yang sepatutnya berlangsung dalam suasana aman dan damai telah menjadi medan berkempen ahli-ahli MP Pembangkang untuk menghentam dan membantai UMNO, BN dan Kerajaan dengan caci maki celaka! bulshit dan sebagainya...

Beberapa Ahli parlimen BN yang ada di luar lounge juga sedang berehat dan berbincang, antaranya YB Dato Idris yang ada disitu telah masuk kedalam lounge dan menasihatkan mereka agar tidak menggunakan Parlimen untuk berkempen dan lebih teruk lagi mengutuk pihak kerajaan.

Nasihat ini telah ditemplak dan diherdik oleh MP-MP NGOs yang hadir dengan pekikkan MP kerajaan bodoh! menindas rakyat India! maka tercetuslah pertengkaran yang akhirnya tolak menolak telah berlaku...

Inilah biadapnya puak-puak pembangkang! menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk menunjukkan kebiadapan dan kurang ajarnya kepada kehormatan dewan dan Ahli Parlimen BN!

YB Kinabatangan telah membawa usul 26P yang meminta Speaker Dewan menyisat bagaimana perkara ini boleh berlaku! bagaimana kemuliaan Parlimen telah disalah guna untuk membawa penyokong dan berkempen yang jelas menimbulkan rasa sakit hati Ahli Dewan yang lain!

Binatang punya pembangkang!!!
Posted by PUTRA MERDEKA at 15:48
Labels: Parlimen

(sumber;http://politikputramerdeka.blogspot.com/2010/06/ngos-pembangkang-tolak-mp-bn-di.html)

PM guna analogi pasukan bola jika Malaysia mahu maju

PM guna analogi pasukan bola jika Malaysia mahu maju
10/06/2010 3:08pm

KUALA LUMPUR 10 Jun – Merujuk semangat Piala Dunia yang akan bermula esok, Perdana Menteri berkata, kerajaan bolehlah mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi sebuah pasukan bola yang berjaya.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan.

Jika tidak, mereka bukan sahaja tidak mungkin menang malahan boleh kalah teruk, jelas beliau.

Katanya, setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya.

Bagaimana hebat pun pemain secara individu namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan, katanya lagi.

“Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensinya bagi mencapai kejayaan.

“Jika sekalipun setiap pemain adalah sebaik Rooney, Messi atau Ronaldo yang umum mengetahui sebagai antara penyerang terulung dunia, akan tetapi jika pemain pertahanan dan penjaga golnya lemah maka pasukan tersebut berkemungkinan kalah kerana jumlah gol yang dijaringkan mungkin tidak akan dapat mengatasi jumlah gol yang dibolos lawan.

“Maka yang demikian, untuk berjaya, kita perlu bekerja sebagai pasukan 1Malaysia yang seia, sekata, sebaris, sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dan satu citra, mempersembahkan yang terbaik kepada Malaysia dengan segala kudrat yang termampu,” pinta Najib.

Perdana Menteri berkata demikian semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, orang Kadazan Dusun, orang Melanau, orang Murut, orang Sikh, orang Asli, orang Serani, orang Siam, pendek kata setiap etnik di bumi tercinta ini telah menyumbang kepada terbangunnya sebuah negara bangsa Malaysia yang aman dan makmur seperti mana hari ini.

Namun harus barang diingat, ujar beliau, ia tidak dapat menandingi potensi sumbangan yang mampu dihasilkan oleh mereka seandai dan sekiranya dilakukan secara kolektif.

“Lantaran itulah, saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, anutan agama dan fahaman politik supaya bersama-sama dengan kerajaan untuk mencipta sebuah Malaysia yang lebih baik, Malaysia di mana semua mempunyai rasa kepunyaan, Malaysia di mana semua bakat dihargai dan digunakan sebaik-baiknya, Malaysia di mana yang mengehadkan adalah hanya, sejauh mana kesanggupan individu untuk bekerja keras bagi

mencapai cita-cita.

“Suka tidak suka negara hari ini berada di persimpangan antara masa depan yang gemilang atau masa depan yang suram. Pilihan kini terletak di tangan setiap rakyat Malaysia.

“Hari ini ibarat kita berada pada pusingan akhir lumba larian berganti-ganti dengan baton sudah berada di tangan hanya menanti tekad untuk

menggapai kejuaraan.

“Bermula detik ini bersamalah kita memulakan perjalanan, perjalanan yang bukan mengambil masa sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun tetapi perjalanan yang bertali arus, sambung menyambung diwarisi pula dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

“Berusaha dan bertawakallah mudah-mudahan kita bertemu jaya, Insya-Allah,” doa Najib. – Utusan

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm)

zmsegamat kata; Sudah tiba masanya mana-mana pemain utama yang tidak mampu lagi jadi striker yang baik dan berbisa, eloklah mereka berundur. kita memerlukan striker yang mantap dan berkesan. asyik-asyik gol kita sahaja yang terjerumus. diserang bertubi-tubi dengan tidak ...berhenti-henti. gol keeper kita pun sudah letih menjaga gol sendiri.

jangan sampai rakyat turun padang angkat dan ubah tiang gol ketempat lain. masa permainan sudah tinggal tidak lama lagi dan sudah masuk 2nd half.inilah yang merisaukan.

Wednesday, June 9, 2010

Lesen judi: Dr Awang Adek nafi PM tipu Dewan Rakyat

Lesen judi: Dr Awang Adek nafi PM tipu Dewan Rakyat

Oleh: ROSLAN BIAN

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sepatutnya antara orang yang pasti cemas jika ia betul.

Manakan tidak apabila pembangkang sudah bising mendakwa kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin, bahawa kerajaan belum luluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sport bercanggah dengan notis laporan oleh Berjaya Corporation Bhd, kepada Bursa Malaysia.

Pagi Selasa, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Tony Pua telah mengedarkan di Parlimen salinan notis berkenaan bertarikh 12 Mei lalu, di mana Berjaya memaklumkan: 'Kementerian Kewangan telah meluluskan pengeluaran semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan mengikut syarat yang ditetapkan.'

Beliau mempersoalkan bagaimana satu kata belum lulus dan satu lagi kata sudah lulus. Sepintas lalu bunyinya macam betul bagai didakwa.

Namun Dr Awang nampak relaks sahaja ketika ditemui Agendadaily di lobi Parlimen untuk bertanya apa cerita sebenar hal ini.

Katanya, kerajaan memang belum meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sport seperti dinyatakan Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya kepada soalan daripada Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua.


“Belum muktamad lagi. Macam Perdana Menteri kata semalam...belum muktamad,” katanya.

Katanya, Kementerian Kewangan memang setuju untuk memberi lesen tetapi ia PERSETUJUAN BERSYARAT.

“ Mereka (syarikat Ascot) tak setuju beberapa syarat yang ditetapkan dan masih merayu. Sebab itu belum muktamad. Maka sehingga sekarang lesen untuk membolehkan mereka memulakan operasi belum dikeluarkan lagi,” ujarnya.

Dr. Awang Adek bagaimanapun enggan menghuraikan syarat-syarat yang syarikat itu tidak bersetuju.

Beliau mengesahkan lesen tersebut pernah dikeluarkan sejak 1980-an tetapi tidak diaktifkan.

Mengenai notis Berjaya kepada Bursa Malaysia, Dr Awang Adek berkata beliau perlu periksa dahuluu untuk mengetahui kedudukan sebenar hal berkenaan.

Beliau menegaskan apa keadaan sekalipun hakikatnya syarikat berkenaan tidak boleh mulakan operasi judi pertaruhan kerana lesen kebenaran operasi belum diluluskan.

Menurutnya ia adalah dua perkara yang berbeza.

Katanya, adalah tidak betul mana-mana pihak menuduh Najib menipu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Tian Chua di Parlimen semalam.

Tony Pua berkata jika benar Perdana Menteri menipu Dewan Rakyat maka beliau perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Katanya, jika Berjaya beri maklumat salah kepada Bursa Malaysia maka ia harus berdepan dengan hukuman.

Dr Awang Adek berkata ,“macam mana nak kata Perdana Menteri menipu, sebab lesen memang belum lulus.”

Baginya pembangkang akan meneruskan lakonannya macam semua orang tidak tahu judi pertaruhan haram melibatkan wang berjuta wujud selama ini dan sebaliknya akan berusaha cari peluang untuk menghentam kerajaan.

Beliau turut mengulangi kenyataan Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan sedang menerima dan mendengar pandangan semua pihak berhubung kelulusan lesen tersebut.

Sementara itu, satu sumber memberitahu Agendadaily, antara syarat ditetapkan kerajaan bagi meluluskan lesen judi sukan itu adalah tidak membenarkan orang Islam mengambil bahagian dan bekerja di premis ia beroperasi.

Syarat lain mestilah beroperasi di premis sedia ada selain bilangan terhad dan syarikat itu diwajibkan membayar sejumlah cukai yang tinggi kepada kerajaan.-8/6/2010

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de 0b0-d08a5a1a)

zmsegamat: harap JANGAN di luluskan. tak kan lah nak beri "tongkat subsidi" lagi pada mereka.

BAIK-BAIK MENERIMA ORANG

BAIK-BAIK MENERIMA ORANG


Mula-mula kita bersembang,
dia naik duduk di tangga,
kita senyum dia ketawa,
esoknya beralih ke serambi,
kita senyum lagi.

Esoknya lagi sudah ke anjung,
bercakap bersenda dan tersenyum,
esoknya sudah masuk ke dalam,
rumah kita dinaiki semalaman,
apabila sudah dia ke dapur,
jauhlah hak kita,
ditendang keluar rumah tersungkur.

Ingat-ingat berkawan berbaik,
jangan terlalu percaya orang.


-MUHAMMAD FAISAL MAT ZAWI
Kuala Krai, Kelantan.

(mingguan malaysia 06.06.2010)

Tuesday, June 8, 2010

BN/UMNO TIDAK HIPOKRIT BENTANG USUL KUTUK ISRAEL


08 June, 2010
YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan:BN/UMNO TIDAK HIPOKRIT BENTANG USUL KUTUK ISRAEL

1.0 Azmin nyatakan di Dwn Rakyat petang ini bahawa BN/UMNO hipokrit bentang usul kutuk Israel kerana telah lantik APCO yang dia sebut kononnya milik Yahudi Israel.

2.0 Wahai Azmin, buka www.apcoworldwide.com... disebut APCO adalah salah sebuah syarikat perunding komunikasi terbesar di dunia dimiliki secara independent/private/persendirian, ditubuh 1984 beribu pejabat di Washington DC, bukan di Israel. APCO kini adalah sebagai "one of the largest independently-owned communication consultancies in major business & media capitals throughout the world". Margery Kraus, President & CEO APCO Worldwide, adalah seorang wanita berkulit putih, rakyat Amerika Syarikat, bukan rakyat Israel. Sebagai satu strategi perniagaan, maka APCO mempunyai apa yang disebut sebagai International Advisory Council (IAC) yang bukan pemilik APCO, sekadar menjadi penasihat bila diperlukan.

3.0 Daripada 53 orang ahli IAC yang berasal dari pelbagai negara terdapat 3 orang daripada mereka Israel, 50 org lagi bukan dari Israel. 3 penasihat dari 50 orang ini tidak menjadikan Israel sebagai pemilik APCO.

4.0 Teramat cetek pandangan jika 3 drpd 50 boleh menguasai nasihat. Pejabat APCO di 29 tempat termasuk di KL. Staff mereka di KL tidak ada seorang pun orang Yahudi Israel & bertindak sebagai cawangan yg bebas.

5.0 APCO bukan menasihat dasar negara tetapi hanya menjadi perunding komunikasi kepada dasar yang telah diputuskan agar Malaysia dikenali dengan baik di seluruh dunia. APCO bukan anak syarikat kerajaan Israel, tiada kaitan dengan agenda Israel, hanya sebuah syarikat berorientasi perniagaan dan bukan organisasi politik. Mereka pakar dalam komunikasi strategik dan menasihat agar komunikasi Malaysia bertaraf dunia dan mengguna "the world best practices in strategic communication".

6.0 Tuduhan pembangkang menyebut APCO adalah syarikat Yahudi adalah agenda jahat mereka yang kecewa dengan kejayaan Malaysia berada di tempat ke 10 antara negara paling berdaya saing di dunia bagi tahun 2010 di kalangan 58 negara utama dunia. Mereka kecewa kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah 10.1% dalam suku pertama tahun ini.. [ABM]

Posted by YB Hj. Ahmad bin Hj. Maslan at 1:05 AM

(sumber;http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/06/bnumno-tidak-hipokrit-bentang-usul.html)

Saturday, June 5, 2010

Tan Sri Sanusi Junid; PILIHANRAYA UMUM KE 13 SISTEM 'REWARD AND PUNISHMENT' SEBAGAI FAKTOR DALAM KEPIMPINAN RUMAH-TANGGA DAN NEGARA

Sunday, May 23, 2010
PILIHANRAYA UMUM KE 13
SISTEM 'REWARD AND PUNISHMENT' SEBAGAI FAKTOR DALAM KEPIMPINAN RUMAH-TANGGA DAN NEGARA

TAHUN 2013

1. Pada tahun 2013 Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan. Perdana Menteri boleh menasihatkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sebelum tarikh terakhir Pilihanraya Umum wajib diadakan. Dari sekarang hingga ke tarikh Pilihanraya Umum diadakan maka semua parti akan mempersiapkan diri masing-masing untuk mencapai kemenangan kerusi bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebanyak mungkin untuk membolehkan penubuhan kerajaan. Oleh itu semua pilihanraya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri atau kawasan Parlimen yang diadakan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 menjadi ukuran dan bahan kajian untuk semua parti membuat perhitungan atas strategi dan taktik yang perlu diikuti untuk mencapai kemenangan.dalam Pilihanraya Umum ke 13.

SIKAP YANG MENANG DAN KALAH DALAM SATU-SATU PEMILIHAN

2. Apabila keputusan satu-satu pilihanraya umum atau kecil diumumkan maka berbagai-bagai alasan diberi oleh pihak yang menang apatahlagi yang kalah mengenai prestasi masing-masing. Yang menang sudah pasti memuji-muji diri, samaada parti, dasar, kepimpinan dan peribadi calon yang bertanding mengikut siapa yang membuat ulasan dan kenapa ulasan itu dibuat. Yang kalah, jika ianya dari kalangan pembangkang kepada Barisan Nasional, sudah tentu menyalahkan daftar pengundi, sistem pengundian dan, jika ada pergaduhan, sudah tentu pihak polis disalahkan. Tidak nampak langsung penerimaan keputusan dalam satu-satu pertandingan dalam sistem demokrasi sebagaimana yang dinyatakan oleh pengasas syarikat National Encik Matsushita supaya yang mengamalkan demokrasi hendaklah mempunyai dua sikap iaitu - susyi dan sunao.

3. Susyi bererti menerima keputusan kalah atau menang walau dengan satu undi sekali pun dan yang menang hendaklah dianggap sebagai mewakili semua yang mengundi sehinggalah pemilihan yang akan datang. Sunao pula bererti seseorang yang menang atau kalah hendaklah mampu melihat kebaikan yang ada pada lawannya supaya dapat bekerjasama membangun organisasi, negeri atau negara.

BUDI, JANJI, INGATAN DAN KEYAKINAN

4. Perkara pokok di dalam membuat keputusan untuk mengundi tersangat bergantung kepada budi, janji, ingatan dan keyakinan.

BUDI

5. Bagi kerajaan yang memerintah mahunya ialah supaya rakyat senantiasa mengenang budi yang telah ditabur sepanjang pemerintahannya. Yang menentang kerajaan pula akan berusaha supaya rakyat melupakan budi yang telah ditabur dan, jika mampu, mencemarkan atau menidakkan budi itu. Atau pun sekurang-kurangnya memperkecil-kecilkan sesuatu budi itu dengan mengatakan bahawa ianya ialah satu tanggungjawab yang akan dilaksanakan oleh sesiapa sahaja yang memerintah. Pihak pemerintah pula akan mengingatkan bahawa bukan semua pihak yang memerintah mampu melaksana apa yang telah dilaksanakan oleh mereka.

6. Calon yang bertanding pula mempunyai peluang untuk mengingatkan pengundi kepada khidmatnya selama menjadi wakil, apatahlagi jika calon itu pernah memegang jawatan dalam kerajaan. Apakah ada budi atau jasa calon kepada pengundi setempat, kepada kawasan, negeri atau negara?

7. Begitu juga di dalam keluarga. Masyarakat yang ingin bersatu itu hendaklah dianggotai oleh banyak keluarga dari kalangan masyarakat itu yang bersatu-padu dan tidak purak-puranda. Untuk bersatu syarat utama yang wajib wujud di antara anggota keluarga ialah sikap mengenang budi. Hubungan ibu dan bapa dalam keluarga akan aman damai jika dari sejak mereka muda remaja mereka berbudi antara satu sama lain dan budi itu kekal dalam ingatan sehingga jika ada sengketa antara mereka berdua ikatan budi itu cukup kuat sebagai benteng yang kukuh yang dapat mengembalikan mereka menjadi harmonis.

8. Anak-anak pula hendaklah mengingati dan sentiasa mengenang budi ibu dan bapa kepada mereka. Dengan adanya ingatan inilah maka ibu bapa akan berbangga dengan adanya anak sedemikian. Sementara itu pula antara adik beradik akan terjalin ikan yang bertambah harmonis dengan adanya ingatan ke atas budi antara sesama mereka.

9. Di hari tua, apabila wajah ibu sudah kerdut dan bapa tidak bermaya lagi ingatan kepada budilah yang akan mengekalkan hubungan yang mesra antara mereka. Ibu bapa akan merasa bahagia apabila menerima kiriman dari anak yang jauh dan akan terus terhibur apabila anak-anak balik untuk berhari raya.

10. Tanpa budi tidak ada kebahagiaan dalam keluarga.

11. Tanpa mengenang budi calon oleh pengundi tidak adalah undi baginya.
JANJI

12. Bagi parti yang belum memerintah atau calon yang belum pernah berkhidmat maka usaha gigih ialah dalam mengetengahkan janji-janji murni dan suci. Kerja ini agak mudah jika calon itu berlatarbelakang agama.
13. Jika tidak, adalah penting bagi calon itu mempunyai kelulusan dan watak yang lebih memberi harapan kepada pengundi. Agak mudah bagi calon yang belum pernah menang untuk mengetengahkan dan membesarkan rekod buruk samaada benar atau rekaan mengenai lawannya.

14. Janji parti juga penting. Parti yang cuba mengalahkan parti yang memerintah mempunyai kelebihan dari segi membuat janji kerana belum diuji dan janji itu pun belum pasti atau perlu dilaksanakan. Memang janji dalam pilihanraya, mengikut bekas Perdana Menteri Britain, Mr. Harold Wilson, 'janji dalam pilihanraya itu hanyalah janji sahaja'.

15. Seorang bekas Timbalan Perdana Menteri telah menjanjikan Islam sebagai wadah perjuangan sebelum beliau menjadi Menteri sehingga beliau begitu popular dan dipilih menjadi pemimpin di peringkat atasan. Apabila beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan beliau menjanjikan pula kekayaan dan kemewahan kepada penyokong-penyokongnya. Ternyata wang lebih popular dari agama sebagai hadiah untuk mendapat sokongan. Apabila ditakdirkan hilang kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau terpaksa merobah janjinya untuk memperjuangkan keadilan untuk rakyat jelata. Keadilan yang mempunyai berbagai wajah ini pula ditafsirkan oleh yang bukan Melayu dan Bumiputra sebagai usaha menghapuskan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu dan Islam.

16. Sebagai sahutan kepada janji pihak pembangkang untuk memperjuangkan keadilan dalam erti tersebut maka kelihatan pihak kerajaan di zaman Perdana Menteri sebelum ini juga membuktikan kesanggupan untuk menidakkan hak dan keistimewaan Melayu sehingga baru-baru ini pun beliau mengulangi di luar jawatan, bahawa 'tongkat' Melayu itu hendaklah dibuang.

INGATAN

17. Manusia, sebagai insan, adalah pelupa. Apatahlagi bangsa Melayu kita. Betullah yang Tun Dr. Mahathir katakan bahawa bangsa Melayu cepat lupa. Oleh kerana sifat pelupa ini sudah lumrah maka budi, yang biasanya menjadi modal besar, sebagaimana semestinya, sebagai simen, yang mengikat batu bata hubungan antara manusia, malahan juga sebahagian besar haiwan, tanpa haiwan menyedari erti budi, sudah hilang kekuatan atau kuasanya sebagai modal untuk mendapat sokongan dalam satu-satu pilihanraya kecil atau umum.

18. Jelas sekali ramai dari antara generasi muda sudah lupa kepada budi yang mereka nikmati dari Hak Istimewa Orang-Orang Melayu yang terukir dalam Perlembagaan dan tunjangan pelaksanaannya dalam Dasar Ekonomi Baru. Sementara generasi muda tidak menganggap biasiswa itu satu hak bagi mereka, sebaliknya sebagai satu 'tongkat' yang melambangkan penghinaan, dari antara yang angkuh, demikian pula kita dapati ada mereka yang mengamalkan rasuah politik secara tidak malu sedangkan 'rasuah' itu sendiri adalah 'tongkat' yang bukan hak tetapi haram dan memalukan bangsa.

19. Sudah terlalu ramai pula dari kaum China yang bangga dengan ke Chinaannya, tetapi anti sikap 'racist' yang ada pada Melayu, turut marah jika diingatkan sifat imigran yang ada padanya, tetapi lupa untuk berterima kasih kepada pemimpin mereka yang terdahulu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan yang tidak lupa berterima kasih kepada pemimpin Melayu yang dengan rela dan senang hati menerima nenek moyang imigran mereka untuk menjadi rakan senegera dengan pemberian kerakyatan.

20. Dalam konteks sikap ingat dan lupa inilah politik dalam negara bergolak.

KEYAKINAN

21. Pemilih dalam pilihanraya tersangat susah memilih antara calon yang dicurigakan kemampuannya. Dia calon dicurigakan bagaimana dengan pemimpin atas parti masing-masing. Melayu sudah tentu tidak yakin kepada pemimpin yang menghantar menterinya untuk minta maaf kepada negara China apabila seorang wanita yang berwajah China disuruh ketok ketampi dalam tahanan penjara didedahkan di dalam media. Apabila ternyata yang ketok ketampi itu ialah wanita Melayu tersipu-sipulah pemimpin Melayu yang meminta maaf kerana tak tahulah kepada siapa pula nak minta maaf.

22. Orang Melayu 'embarrassed' apabila pemimpin muda Melayu terpaksa minta maaf kerana menghunus keris tanda bersemangat Melayu semata-mata kerana hendak menawan entah hati siapa. Kaum China pula kecewa kerana Presiden Perkasa telah mengulangi menghunus keris tetapi Tok Him Perkasa pula tidak mahu minta maaf.

23. Apabila di dalam sesuatu pilihanraya itu ternampak turut berkempen tokoh-tokoh yang berpalit dengan imej rasuah politik maka walau segak rupa atau pakaian, selangit kelulusan dan hebat hubungan keluarga, selain pandai mengeksploitasi isu yang boleh mengharumkan nama atau terlibat dalam kegiatan sukan dan olahraga yang popular, tetapi selama imej rasuah itu belum dilupakan selama itulah pemimpin sedemikian merugikan partinya. Lebih-lebih lagi jika kemenangan itu kemenangan minoriti kerana jumlah undi kedua saingannya lebih dari undi yang diperolehinya.

24. Begitu juga keadaannya dengan pemimpin parti China yang mempunyai rekod moral yang rendah selain menang secara minoriti dengan hanya satu pertiga jumlah undi yang diperolehi. Walau pun usaha untuk mencari populariti begitu hebat dengan menimbulkan isu-isu perkauman yang sensitif tetapi masyarakatnya tidak dapat melupakan seorang pemimpin wanita dari partinya sanggup meletakkan jawatannya sebagai Menteri kerana malu mendapat pemimpin yang tidak bermoral.

25. Bagi parti India dalam kerajaan pula ahli-ahli atau kaumnya sudah keletihan mendengar janjinya untuk meletakkan jawatan untuk beberapa kali tetapi tidak pernah termakbul. Sudahlah tidak ada kawasan yang majoriti pengundi terdiri dari kaum India tetapi fakta ini tidak memberi kesedaran malah menjadi sebab untuk bersikap angkuh seolah-olah pengundi Melayu dan China akan mengundi jika pengundi India tidak menyokong sekali pun.

ANTARA KAWAN DAN PRINSIP
26. Apakah yang sebenarnya perlu ditawarkan oleh seorang calon, pemimpin atau parti di dalam sesebuah pertandingan. Berbagai. Yang perlu diingat ialah, apabila seseorang itu perlu memilih antara prinsip dan kawan rata-rata kita dapati orang Melayu malahan orang-orang Islam jua mendahului kawan dari prinsip.
Marilah bersama-sama kita mempelajari di alam haiwan dan ikan semoga kita dapat melihat kebodohan dan kebijakan kita dalam mengendali masalah dan penghidupan yang bersifat sementara ini.

IKAN DALAM KOLAM HO CHI MINH

27. Di waktu saya menjadi Menteri Pertanian dahulu saya telah menghadiri satu mesyuarat CIRDAP (Center for Integrated Rural Development Programme) di Hanoi, Vietnam dari 7 hingga 9hb Disember, 1989. Di waktu lapang, di sebelah petang, saya telah meminta pengiring yang membawa saya dan beberapa orang para perwakilan untuk melawat rumah Ho Chi Minh sebagai bapa kemerdekaan dan perpaduan Vietnam. Di sana saya dapati ada sebuah kolam yang agak besar yang ada ikan di dalamnya.

28. Si pengiring telah meminta para pelawat supaya berdiri di pinggir kolam dan beliau telah menepuk tangannya dengan kuat dan secara tiba-tiba kami yang berada di pinggir kolam melihat ikan-ikan yang ada di dalam kolam itu melompat keluar dari dalam air sebagai ombak yang bermula dari dalam kolam tepi kaki tempat kami berdiri sehingga ke hujung kolam.

29. Kami diberitahu bahawa bertepuk di tepi kolam itu telah dimulakan oleh Ho Chi Minh dari mula dia memasukkan ikan ke dalam kolam. Setiap kali dia hendak mencampak makanan kepada ikan di dalam kolam itu dia tepuk dulu tangannya dan selepas itu barulah dia membuang makanan untuk dimakan oleh ikan di dalam air itu. Setelah Ho Chi Minh beramal demikian untuk beberapa lama dia melihat bagaimana ikan mula timbul ke atas air setiap kali dia menepuk tangan sehingga akhirnya ikan itu melompat keluar dari air. Semakin lama semakin hebat kelihatan respon ikan yang melompat setiap kali tangan ditepuk. Lama kelamaan Ho Chi Minh tidak perlu mencampak makanan lagi kepada ikan itu; dengan hanya menepuk tangan ikan sudah melompat dan terus melompat beberapa kali walaupun makanan sudah tidak diberikan lagi berikutan dengan tepukan itu.

30. Keadaan ini berterusan untuk beberapa tahun dan seterusnya walau pun ikan di dalam kolam itu telah silih berganti kerana yang lebih tua sudah ditangkap, dibawa keluar, samaada untuk dimakan atau sudah mati. Kini Ho Chi Minh sudah puluhan tahun meninggal dunia tetapi anak cucu, cicit, piut ikan seterusnya kekal dengan perangai melompat apabila mendengar tepukan dari pendatang di tepi kolam walaupun ikan-ikan yang ada sekarang tidak pun tahu sebab nenek moyang mereka melompat apabila mendengar tepukan. Melompat apabila mendengar tepukan sudah menjadi satu tabiat dan budaya kepada ikan di dalam kolam Ho Chi Minh.

31. Begitu sifat ikan begitu jugalah perangai manusia. Jika wang terus dicampak ke dalam kawasan mengundi dalam satu-satu pilihanraya dan sipengundi sudah biasa, maka yang tidak memberi wang juga akan diundi. Tetapi, lama kelamaan pengundi akan sedar, tabiat pengundi akan berubah dan tidak akan mengundi yang memberi wang kepada mereka kerana itu politik wang namanya.

TUKUN TIRUAN DARI TAYAR TERPAKAI

32. Berkaitan dengan ikan juga, tetapi di lautan Malaysia, saya telah difahamkan oleh Ketua Pengarah Perikanan di waktu itu, Dato' Shaharom Majid bahawa, pihak penyelidikan ikan telah mendapati bahawa ada beberapa jenis ikan di laut yang memberi reaksi apabila mendengar lagu dari debaran ombak apabila air mencerobohi tukun di bumi laut. Sebagai percubaan pihak jabatan perikanan dengan membuat tukun dari 50,000 tayar yang sudah terpakai yang apabila diikat mengikut teknik tertentu dan dicampak ke dalam laut ianya dapat menarik sotong dan ikan kerapu yang suka mendengar dengungan dan merasai debaran ombak apabila air mengalir menerusi tayar-tayar yang terikat rapat di dasar lautan.

33. Lantaran penemuan teknologi baru ini pihak Kementerian Pertanian telah membuat gerakan mengumpul tayar-tayar yang sudah terpakai di seluruh Malaysia dan beberapa puluh buah tukun telah ditenggelamkan ke dasar laut sehingga berjuta ringgit nilai ikan telah dapat ditangkap dan meningkatkan hasil tangkapan ikan di dalam negara.

34. Dalam kes ikan dan tukun ini kita dapati ikan terperangkap dengan dengung, getaran, debaran dan lagu kerana air laut melintasi kumpulan tayar-tayar buruk atau terpakai yang terikat rapi secara berseni sebanyak 50,000 tayar setiap satu tukun di dasar laut.

35. Di dalam pilihanraya kita dapati banyak undi yang akan lari kepada satu-satu pihak hanya dengan janji-janji kosong parti pembangkang, yang sedap didengar, walau pun tidak menguntungkan pengundi yang akhirnya pengundi, laksana ikan yang terpesona dengan alunan bunyian sekitar tukun telah terperangkap dengan membuat pengundian yang salah.

MONYET THAILAND DIKALAHKAN OLEH PEMANJAT SRI LANKA

36. Lebih awal dalam blog ini dalam usaha menambahkan pemanjat pokok kelapa kerana harga kelapa sudah mula meningkat saya telah mengisahkan perangai monyet yang merupakan juara memanjat pokok kelapa dari Thailand yang telah dikalahkan oleh juara pemanjat pokok kelapa, dari Sri Lanka, dalam pertandingan memanjat pokok kelapa peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian di Pulau Langkawi di satu masa dulu.

37. Setelah wisel dibunyikan oleh pengadil, dan di peringkat permulaan acara terakhir pertandingan memanjat pokok kelapa penonton melihat betapa pantasnya monyet mendahului juara dari Sri Lanka. Tiba-tiba apabila penonton memberi tepukan yang gemuruh kepada monyet maka monyet pun berhenti untuk melambai tangan kepada para penonton yang meminatinya. Akhirnya, tanpa disedari oleh monyet tepukan lebih gemuruh yang diberikan oleh penonton ialah kerana pemanjat dari Sri Langka itu telah memotong sang monyet, yang lalai gembira, dan memenangi pertandingan. Dengan sendirinya terhapuslah mitos yang menganggap monyet lebih handal dari manusia dalam kegiatan memanjat pokok kelapa.

38. Begitu juga di dalam pilihanraya. Kadangkala kekalahan itu menyinggah, seperti di Sibu, kerana kawasan itu dianggap kawasan Barisan Nasional, sehingga pihak yang bertanding bagi pihak Barisan Nasional telah dikalahkan dengan majoriti yang hanya sedikit semata-mata kerana lalai seperti monyet yang sudah biasa dengan kemenangan.

BURUNG MENYANYI WAKTU CUACA DINGIN

39. Dalam satu peristiwa lain di waktu saya menjadi Menteri Pertanian berlaku di Taman Pertanian di Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam, Selangor. Dalam satu lawatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor telah dibawa ke kawasan di mana terdapat banyak burung di dalam sangkar yang terikat di sebelah atas pohon kayu di sana. Tuanku Sultan Sallehuddin begitu gembira mendengar burung menyanyi dan apabila burung-burung itu berhenti menyanyi Tuanku Sultan telah bertitah menanyakan sebab secara tiba-tiba burung itu berhenti menyanyi. Ketua Pengarah Haiwan Tan Sri Ahmad Mustapha Babjee menjelaskan bahawa burung dengan sendirinya akan berhenti menyanyi apabila cuaca sudah panas, kerana burung menyanyi hanya di waktu pagi atau petang apabila cuaca sudah dingin, kadangkala selepas hujan turun dengan lebat sehingga cuaca menjadi sejuk.

40. Pada lawatan yang kedua ke Taman Pertanian untuk melihat apa-apa yang ada yang Ke Bawah Duli Tuanku belum melihat pada lawatan pertama Ke Bawah Duli telah datang agak lewat dan terus masuk ke pedalaman. Apabila sampai ke kawasan tanaman pertanian tiba-tiba Ke Bawah Duli Tuanku terdengar bunyi burung menyanyi. Ke Bawah Duli telah membuat keputusan untuk beristirahat di situ untuk beberapa lama. Tiba-tiba burung yang sudah berhenti menyanyi tadi telah mula menyanyi lagu yang sama. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus tersenyum dan menyatakan terima kasih kepada Ketua Pengarah Pertanian Dato' Bakar Mahmud.

41. Waktu akhir lawatan Ke Bawah Duli Tuanku telah mengucap terima kasih kepada Dato' Bakar ' for your initiative'. Saya agak terpegun dengan kata-kata 'for your initiative' itu. Di waktu saya melawat Istana Selangor beberapa hari selepas lawatan itu Ke Bawah Duli Tuanku telah mengucapkan ribuan terima kasih kerana Kementerian Pertanian telah memberi satu projek yang begitu bermakna bagi negeri Selangor, kerana Taman Pertanian itu ialah yang pertama seperti itu di dunia.

42. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah bertanya dua soalan lain kepada saya. Pertama apa sebabnya saya namakan taman di Bukit Cahaya Seri Alam itu Taman Pertanian dan bukan Taman Botani. Saya menjelaskan bahawa di taman itu ada lebih dari projek tanaman dan kerana itu tidak boleh disebut botanical. Jika taman itu taman botani maka ia bukan yang pertama di dunia kerana beribu taman botani sudah ada di dunia. Taman Pertanian pula sebagaimana Kementerian Pertanian ada aspek perikanan dan haiwan selain kegiatan pertanian. Itulah sebabnya dipanggil Taman Pertanian dan bukan Taman Botani. Soalan kedua lebih merupakan kenyataan iaitu 'Dato' Bakar tu budak kolej ya? ... Saya kenal dia'. Lantas saya bertanya kepada Ke Bawah Duli Tuanku apa maksud titah Tuanku ' thank you for your initiative'. Jawab Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ' saya tahu bunyi burung itu ialah daripada tape-recorder dan bukan nyanyian asli. Mana boleh burung menyanyi bila suhu sudah panas. Tan Sri Babjee beritahu macam tu. Lagi pun macam mana burung boleh menyanyi lagu yang betul-betul sama dua kali.' Titah Tuanku ' Budak MCKK memang nakal .. tapi tak apa ... it was very nice of him .... he tried to please me.' Taman Pertanian adalah kebanggaan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor.

43. Kita perlu berhati-hati apabila kita memberitahu sesuatu kepada pengundi sebelum dan sesudah pilihanraya kerana rakyat adalah seperti raja di dalam pilihanraya.

PENUTUP

44. Barisan Nasional, yang dahulunya Perikatan, mempunyai rekod yang cemerlang membangun negara dalam aman selama lebih 50 tahun. Malangnya sejarah tidak dijadikan mata pelajaran wajib dalam negara kita. Kalau diwajibkan sekali pun terlalu ramai pelajar yang memulakan dan menamatkan pelajaran mereka di luar negara. Rakyat juga mempunyai sekolah dalam bahasa ibunda masing-masing dan kebanyakan rakyat tidak mempunyai kawan dari kalangan kaum yang selain dari kaumnya sendiri. Kesempatan untuk mengenali satu sama lain kurang sekali. Pergaulan di peringkat atasan dalam kegiatan politik dan ekonomi tidak mempunyai asas budi yang murni dan sekadar untuk kepentingan semasa sahaja.

45. Jika rakyat tidak mengetahui sejarah maka pemimpinlah yang perlu membawa dan memimpin mereka. Tetapi, bagaimana pula jika terlalu banyak yang berada di depan, sebagai pemimpin, yang jahil dari segi sejarah dan rakyat yang mengetahui sejarah, yang merasakan sejarah tidak menguntungkan mereka? Dalam keadaan demikianlah kita perlu belajar dari yang selain manusia.

46. Seterusnya, jika kita rujuk kepada keadaan keluarga sebagai asas kepada keharmonian dalam masyarakat dan negara tidakkah kita merasa bimbang, gundah dan gelisah, apabila mendengar begitu ramai yang membuang atau membunuh anak, kisah cerai berai menjadi-jadi, anggota Parlimen, sebagai penggubal undang-undang, yang sepatutnya menjadi contoh dan teladan, tersenyum lebar menerima hukuman penjara, kerana berpoligami, tanpa mengikut undang-undang; pemimpin terus merebut jawatan tertinggi dalam parti walau pun terdedah dengan skandal seksnya, pemimpin parti dari satu agama yang mempunyai dua orang isteri dari dua agama yang berbeza, pemimpin yang mengharapkan kesalahannya, jika terbukti nanti, terampun dengan popularitinya, pemimpin yang terus mempertahankan kedudukannya sebagai pemimpin walaupun disahkan mengamalkan rasuah politik, dan akhir-akhir ini kita terbaca dalam Mingguan Warta Perdana seorang isteri Menteri menyerang seorang pelakon yang jelita. Sudah tentu keluarga yang terlibat berada dalam sengsara. Mampukah mereka yang keluarganya dalam sengsara mengamankan negara, dan membahagiakan rakyat jelata? Kita juga letih mendengar nasihat dari mereka yang pernah menjadi pemimpin, yang mengecewakan, tidak berhenti-henti turut memberi nasihat dalam berbagai perkara pula. Bolehkah, sebagai rakyat, kita katakan kepada mereka, dalam bahasa yang mereka mudah faham - 'please leave us alone.'

Posted by Sanusi Junid at 2:34 PM

(sumber;http://sanusijunid.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-umum-ke-13.html)

Nukilan Husin Lempoyang: Sibu: Kenapa kita kalah (Bhg 2)?

Isnin, Mei 24, 2010
Kenapa kita kalah (Bhg 2)?



Bilik 1301 Hotel Katarina kini salah satu tarikan pelancungan Batu Pahat

Chua Soi Lek salahkan Perkasa

KUALA LUMPUR Mei 19 - Presiden MCA, Dato Dr Chua Soi Lek menyalahkan Perkasa atas kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil di Sibu.

Dr Chua yang pernah menuduh Perkasa atas keengganan pengundi Cina di Hulu Selangor mengundi BN diberitahu wartawan bahawa antara timbal balas yang diterima adalah pengundi Cina suka calun muda BN, P Kamalanathan tapi enggan memberi undi kepada BN kerana mahu mengajar MCA.

Beliau menafikan maklumat tersebut dan menganggapnya tidak tepat kerana pengundi tersebut berada dalam keadaan kurang jelas kerana diberi terlebih minuman bir oleh Perkasa.

Wartawan turut bertanya pula mengenai khabar bahawa ada sabotaj antara pengikutnya dan ADUN MCA di Batang Kali. Dr Chua turut menafikan bahawa ini adalah khabar angin yang disebarkan oleh Perkasa.

Ditanya berkenaan peranan Perkasa di Sibu yang menyebabkan beliau menyalahkan Perkasa atas kekalahan BN di Sibu, Dr Chua memperakui Perkasa tidak terlibat dalam PRK Sibu tapi menyalahkan kewujudan Perkasa di Semenanjung.

Katanya sebagai Presiden MCA, beliau berhak menuduh sesiapa yang beliau suka. Beliau perlu bersikap arrogan dan menolak kenyataan untuk menunjukkan MCA masih releven.

Bila diberitahu wartawan bahawa 12 dari 15 kerusi Parlimen yang dipegang MCA adalah kerusi ehsan yang diberi oleh UMNO, Dr Chua akhirnya mengaku MCA tidak ada sokongan dari kaum Cina.

Namun begitu, Dr Chua masih bertegas menyeru UMNO yang berubah dan bkan MCA, kerana beliau menganggap dirinya sama taraf dengan Dato Seri Najib, Presiden UMNO.

Tan Sri Muhyiddin yang merupakan Timbalan Pengerusi BN pun bawah dia kerana dia perlu bersikap angkuh untuk mengekalkan releven MCA.

Akhir katanya, "Saya telah buktikan keupayaan kejantanan saya berbanding dengan semua pemimpin-pemimpin UMNO." - Agensi Husin Lempoyang
Nukilan Husin Lempoyang Pada 11:30 AM

(sumber;http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2010/05/kenapa-kita-kalah-bhg-2.html)

terselamat daripada nahas


AZLINA Khazali, 18, pelajar STAR dari Alor Setar, menghubungi rakannya untuk meminta bantuan selepas terselamat daripada nahas apabila kereta dinaiki bersama temannya terbabas dan merempuh pokok sebelum terjunam ke terusan di pinggir Jalan Alor Setar-Kangar, Kangar, pagi tadi. - Foto Adha Ghazali
Jun 5, 2010 1:06 pm (berita harian)

(sumber;http://www.bharian.com.my/#)

Sophos keluarkan amaran pengguna laman Facebook

Sophos keluarkan amaran pengguna laman Facebook


2010/06/03

FIRMA keselamatan internet, Sophos memberi amaran kepada pengguna Facebook supaya berwaspada dengan komplot penipuan yang menghantar mesej spam kepada rakan-rakan mereka di rangkaian sosial itu.

Sophos, menerusi blog yang disiarkannya lewat Isnin lalu, berkata ratusan ribu pengguna Facebook telah menjadi mangsa penipuan yang digelarnya sebagai ‘likejacking’.
Katanya, sesetengah pengguna Facebook menerima mesej seperti This man takes a picture of himself EVERYDAY for 8 YEARS dan ia telah mempengaruhi mereka untuk klik pada pautan yang disertakan.

Sophos berkata, apabila pengguna Facebook klik pada pautan berkenaan, ia akan muncul satu ruang kosong yang mengarahkan mereka untuk meneruskan klik ke bahagian mesej yang tertera ‘Klik di sini untuk seterusnya’.

Katanya, dengan meneruskan klik pada ruang yang menerbitkan mesej pertama pada Facebook itu, ia adalah sama seperti mencadangkannya kepada semua kenalan di rangkaian Facebook.

“Menerusinya, sudah tentu ia adalah seperti menghantar satu mesej, apabila kenalan anda melihat dan klik kepadanya, ia seterusnya akan merebak,” kata Sophos.

Minggu lalu, syarikat itu memberi amaran mengenai satu penipuan di Facebook yang memperdayakan pengguna untuk memuat turun satu perisian iklan, iaitu pakej perisian yang berkebolehan untuk memainkan secara automatik, memaparkan atau memuat turun iklan ke dalam komputer pengguna.

Ia juga adalah satu penipuan sama yang merebak di Facebook pada minggu sebelumnya yang membabitkan penghantaran tanda palsu tertera sexiest video ever, kata Sophos – AFP

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SophoskeluarkanamaranpenggunalamanFacebook/Article/index_html)

Tuesday, June 1, 2010

kerja-kerja merobohkan kafe Do Re Mi di tepi pantai Tanjung Bungah, Pulau Pinang


BEBERAPA anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan kerja-kerja merobohkan kafe Do Re Mi di tepi pantai Tanjung Bungah, Pulau Pinang, 31 Mei. - Utusan/SAZALI CHE DIN