Sunday, October 6, 2013

Zairil Khir Johari Agenda DAP Untuk Kuasai Tanah Melayu Dengan Memperbodohkan Melayu







03/10/13 – Pengunjung laman ini yang bernama ‘anak tiri’ mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil memberi penjelasan berkenaan status ‘Zairil Khir Johari’. 

Menurutnya, banyak kekeliruan daripada penggunaan nama ‘Zairil Khir Johari’ yang seolah-olah merujuk kepada anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari. 

“Zairil anak tiri Khir Johari. Ibu bapa dia berbangsa China. Bila emak dia kahwin dengan Khir Johari dia guna nama Zairil Khir Johari bin Abdullah tetapi telah ditukar kepada Zairil Khir Johari saja dalam kad pengenalan dia. 

“Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah nama dia dalam surat beranak dia pun sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan? 

“Nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad pengenalan,”katanya ketika mengulas artikel “Status Melayu Zairil Terus Dipertikai.” 

Status Zairil 

Seorang lagi pengunjung yang bernama ‘bunga’ kerkata nama Zairil diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan Rose Christine Lim (Setiausaha Tan Sri Khir) pada tahun 1996. 

“Zairil dilahirkan pada 17.10.1982 di Hawaii. Bapa beliau Howard Lim. Zairil berusia 13 tahun semasa ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari. 


Zairil pemegang Kad Pengenalan No 821017-71-5183 (kod 71 menunjukkan dia bukan dilahirkan di dalam Malaysia). Nama asal dia Christopher Ross Lim,”katanya. 

Menurutnya, penjelasan lanjut tentang latar belakang Zairil boleh dibaca ditunkuaisha.blogspot.com


Biologi Cina 

Menurut blog itu Zairil bukan seorang Melayu seperti didakwa sama ada dari segi biologi ataupun jiwa. 

“Pada dasarnya, orang Melayu akan menerima mana-mana kaum sebagai seorang Melayu jika mereka mempunyai jiwa Melayu, selain daripada menjadi seorang Muslim. 

“Melayu, terutama yang berasal dari Alor Setar, termasuk diri saya sendiri, tahu tentang keluarga Tan Sri Khir Johari yang tinggal di tempat yang sama. 

“Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom) pada tahun 1943 dan mempunyai 7 orang anak. Selepas Che Tom meninggal dunia pada 20 September 1994, Tan Sri Khir kemudian berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada Februari 1998. 

“Puan Seri Christine adalah seorang janda dan beliau mempunyai dua orang anak daripada perkahwinannya sebelum ini dengan seorang Cina. Salah seorang daripada anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, nama Islam, mengambil nama suami barunya. 

“Zairil berusia 13 apabila ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir. Ini memberitahu kita bahawa Zairi adalah seratus peratus Cina. Tan Sri Khir meninggal dunia pada tahun 2006 apabila Zairil berusia 23 tahun, ketika sedang belajar di luar negara,” dedah blog tunkuaisha. - AIDCNews


Realitinya DAP akan terus cuba untuk memperbodohkan orang Melayu agar parti Chauvenist ini dapat diterima oleh orang Melayu dan melayakkan DAP untuk mentadbir negara kelak atas ehsan dan undi orang Melayu. Mungkin ada yang sudah sedar permainan DAP namun banyak lagi sebenarnya orang Melayu yang tidak peka dalam pekara ini. Harapan saya agar orang Melayu sampai menyampai bahawa DAP adalah musuh Islam dan juga orang Melayu.

- Malay Rights

2 comments:

Anonymous said...

Aku Melayu dan aku bukan Cina. Perlukah aku mengaku aku ni Cina sebab nak tackle perempuan Cina? Aku malu untuk mengaku aku Cina sebab aku bukan Cina. Aku Melayu.

Anonymous said...

Apa sekalipun yang diperkatakan yang benar tetap benar, kenyataan tetap kenyataan. Buatlah apa pun kenyataan itu adalah kebenaran. Fact is always a fact. Semua orang tidak boleh lari dari kebenaran.