Monday, April 15, 2013

YANG TERGOLEK DOG DI JOHOR TU BUKAN NIK AZIZ... TU KLON DIA... TU PELAKON UPAHAN UMNO!!!



Monday, April 15, 2013
Lakonan mantap pelakon upahan UMNO berjaya dimanipulasikan oleh pecacai PAS

Jahat sungguh UMNO nih...

Sampaikan begitu terdesak sanggup mengupah seorang pelakon yang telah disolek menyerupai Nik Aziz untuk BERLAKON JATUH dan CEDERA ketika berceramah di Batu Pahat semata-mata untuk memberikan persepsi buruk dan negatif terhadap PAS serta Nik Abdul Aziz.

Jahat sungguh UMNO nih...

Takkanlah Nik Aziz yang sudah tua renta dan sekali dengar guruh berdentum, tiga kali tertungging makan tanah tu, sanggup pergi ke Batu Pahat semata-mata nak berceramah. Sudah tentulah yang pergi ke Batu Pahat itu, adalah PELAKON yang telah diupah oleh UMNO untuk menunjukkan kepada para penyokong PAS tentang keburukan dan keserakahan nafsu Nik Aziz.

Tetapi akhirnya, perancangan jahat UMNO tidak laku. Allah Taala tidak kabulkan. Sebaliknya yang berlaku ialah Nik Aziz jadi-jadian upahan UMNO itu tumbang dan cedera.

Mujurlah para pemmpin dan pecacai PAS dari jenis yang bijak laksana. Kesempatan itu telah dipergunakan dengan sepenuh-penuhnya bagi mendapatkan simpati daripada para pembaca dan penyokong mereka yang sebelum ini telah menyarankan agar Nik Aziz bersara dan berehat selain bertaubat nasuha atas segala sifat-sifat jahatnya.

Dengan segera para pecacai PAS telah menjadikan berita 'kemalangan' tersebut sebagai cara untuk menunjukkan betapa Nik Aziz amat disayangi dan dikasihi oleh sekalian makhluk di muka bumi ini, sehinggakan para kafirin yang tidak percayakan Islam turut mendoakan kepada Tuhan masing-masing agar Nik Aziz selamat dan sejahtera.

Kesian UMNO... setelah mengatur skrip dengan sebaik-baiknya, tetapi akhirnya para pecacai dan pemimpin PAS pula yang berjaya mengambilalih cerita.

Lain yang diharap, lain pula yang jadi. Kesudahannya, PAS juga yang berjaya menggunakan lakonan dan khidmat pelakon upahan UMNO untuk mendapatkan simpati daripada orang ramai terutama sekali ketika PAS begitu bercita-cita untuk mendapatkan Johor sebagai pangkalan mereka yang baru, menyaingi DAP dengan Lim Kit Siang di Gelang Patah.

Anda percaya yang jatuh dan cedera itu Nik Aziz?

Jangan percaya kerana itu semua HANYALAH SANDIWARA semata-mata!!!

(terima kasihsumber:http://theflyingkick.blogspot.com/2013/04/yang-tergolek-dog-di-johor-tu-bukan-nik.html)

1 comment:

tebing tinggi said...


Nik Aziz biasanya berkopiah tinggi dan beserban ,mungkin direktor UMNO tidak cukup meniliki watak.