KARISME DAN DAYA TARIK TERSENDIRI: JAGA-JAGA JANGAN TERPEDAYA...!
PRU ke-13 akan melahirkan ahli-ahli politik yang penuh karisme dan daya
tarik masing-masing. Karisme merupakan sesuatu yang dimileki oleh
seseorang calon PRU, ahli politik, tukang kempen dan sebagainya, yang
dapat tampil di hadapan orang ramai dengan penuh gaya kerana susuk badan
dan pakaiannya yang unik, pidatonya yang menawan hati dan perasaan
orang yang mendengarnya, kebolehannya meniupkan semangat ramai yang
penuh dengan permainan kata-kata atau pengucapan yang berapi-api, malah
sekali-sekali membuat gaya kelakar yang menggelikan hati, penuh makna,
sinikal dan menghiburkan.
Ahli politik yang akan bermati-matian berkempen pula adalah terdiri dari
orang bijak, berilmu, segala ilmu termasuk ilmu agama, glamour, artis,
bekas pegawai tinggi, seleberiti, jaguh "realiti TV" dan sebagainya yang
semuanya , atau hampir semuanya, telah menempah nama dan terkenal di
dalam masyarakat tanah air, terutamanya yang dipopularkan oleh TV dalam
berbagai saluran, termasuk juga program termasyur, Forum Perdana, Imam
Muda, Ustazah Pilihan, Solehah, dan lain-lain...!
Inilah kumpulan orang yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat moden
pada hari ini, iaitu yang memiliki karisme, terkenal, mempunyai daya
tarik tersendiri, dan mereka inilah yang mendapat perhatian umum, lalu
mereka inilah yang digunakan untuk mempengaruhi pengundi. Mereka
mempunyai nama tersendiri, penampilan yang mungkin merupakan luaran dan
kulit, sedangkan hakikat kebenaran dan isinya tidaklah seperti yang
ditampilkan di hadapan umum, malah dalam dunia yang penuh dengan
kepalsuan dan sandiwara ini, maka orang yang pandai berlakon dan
berlagak itulah yang sering berjaya mempengaruhi orang ramai, sehingga
orang-orang yang terpengaruh dengan mereka akan mendapat persepsi yang
salah dari hakikatnya yang sebenar.
Inilah kesimpulan yang saya dapat ambil ketika orang ramai berseronok
dengan kempen palsu orang-orang yang tertentu, yang berusaha mencari
pengaruh, yang kadang-kadang lahir sebagai ulamak besar, pemimpin agung,
personaliti suci dan asli, berilmu tinggi dan
sebagainya.,,,,terutamanya ketika berusaha merebut kuasa politik untuk
memerintah negara, sedangkan imej sebenarnya pihak itu telah diketahui
umum, iaitu oleh orang-orang yang mahu berfikir, teman-teman lamanya
yang melarikan diri dari orang atau kumulan itu...dan sebagainya.
Oleh itu kita amat memerlukan para pengundi yang akan mengundi di dalam
PRU ke-13 ini, mestilah terdiri dari orang-orang yang boleh berfikir
dengan baik, melihat segala seesuatu kenyataan yang berada di dalam
masyarakat secara rasional, mempelajari dari sejarah dan peristiwa lalu
dengan pemikiran dan akal, mencerminkan kejayaan diri, keluarga dan umat
seluruhnya dengan ikhlas dan jujur.
Hal ini amat perlu dilakukan oleh orang Melayu dan Islam, supaya Melayu
dan Islam akan tetap bertahan dengan baik, gagah dan masih utuh
menghadapi segala cabaran untuk meruntuhkannya dengan kenyataan palsu
dan penuh retorik
.
.
Ketika mendengar kempen, janganlah terpengaruh dengan retorika dan
permainan kata-kata, malah jangan lah terpengaruh dengan karisme dan
daya tarikan yang palsu, tetapi sebagai manusia yang dikurniakan akal
fikiran oleh Allah SWT, kita haruslah berfikir dengan baik, bijak dan
mempunyai visi yang jauh untuk kepentingan agama bangsa dan keturunan
anak cucu kita yang selama ini telah terbukti mendapat jaminan yang
baik...
No comments:
Post a Comment