Wednesday, April 24, 2013

Calon BN, PAS Buloh Kasap Bertembung Ketika Berkempen



Norshida (kiri) bertembung dengan Mohd Firdaus (kanan) Masod apabila bertembung ketika sama-sama berkempen di pekan Buloh Kasap, Selasa.
SEGAMAT: Ketua Puteri Umno Johor, Norshida Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Segamat, Mohd. Firdaus Masod yang kedua-duanya calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap 'terkejut' apabila bertembung ketika sama-sama berkempen di pekan Buloh Kasap, di sini, Selasa.
Pertemuan secara tidak sengaja di sebuah kedai makan itu turut menarik perhatian orang ramai serta masing-masing bertegur sapa dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira lima minit itu sebelum mereka beredar untuk meneruskan kempen.
Noshida yang juga Ketua Puteri Umno Segamat berkata, beliau kini bekerja keras untuk memperkenalkan dirinya kepada pengundi kerana pertama kali bertanding sebagai wakil rakyat yang di kerusi yang sebelum ini diwakili Datuk Othman Jais.
"Setakat ini sambutan amat baik. Apa yang dijanjikan kepada penduduk ialah pembangunan Barisan Nasional (BN) yang berterusan. Bagi pengundi Cina pula, saya tidak ada masalah, yang penting yakinkan mereka untuk saya berkhidmat kepada semua.
"Disebabkan ini adalah pengalaman pertama bertemu rakyat secara bersemuka di akar umbi, pelbagai karenah rakyat dapat disaksikan. Saya perlu menguatkan mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab ini," katanya.
Beliau yang merupakan adik kepada penyandang kerusi DUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Ai, berkata, dalam tempoh singkat ini beliau akan menemui seberapa ramai pengundi bagi memastikan BN terus diterima di kawasan itu.
Sementara itu, Mohd. Firdaus berkata, pihaknya percaya akan berlaku kejutan di DUN Buloh Kasap terutama isu atau masalah di Felda Palong Timur yang akan memihak kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
Katanya yang bertanding bagi kali kedua di Buloh Kasap, kesempatan tersebut akan digunakan pembangkang untuk menang di kawasan berkenaan yang merupakan kubu kuat BN.

Friday, April 19, 2013

Mesti Baca..!! Rencana Sulit Yahudi Melalui Negara Jiran...



Ahad, 3 Mac 2013


Mesti Baca..!! Rencana Sulit Yahudi Melalui Negara Jiran...





(Kisah ini hasil perbualan dengan seorang yang bertaraf  Doktor, tetapi bukan doktor 
perubatan dan juga seorang yang selalu mengkaji tentang Freemason yang sempat 
kami temui di satu seminar) 

Kami rumuskan dan singkat kan. Semua nya bermula dari ayat ini dari kitab lama:

Genesis.
But unto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts,

 and sent them away from Isaac his son, while he yet lived, eastward, 
unto the east country.

East - Negara Timur.

Ketika Nabi Musa as membelah laut menguna kan tongkat nya, laut itu terbelah tetapi
ada 12 lorongan untuk setiap puak yahudi.Lalu mereka melintas ikut lorongan
 masing masing.Malah ketika sampai dengan selamat dan mereka membuat
perkampungan , juga ada 12 perigi untuk setiap puak.

Ketika terbentuk negara Israel, 10 puak telah di panggil pulang termasuk 
yang ada di Soviet Union, Iran, England dan merata rata di dunia, hanya 
satu puak sahaja tidak di panggil pulang kerana bertaraf rendah dari kalangan 
mereka.Maka jumlah kesemua yang di panggil menjadi 10.Satu tidak di jemput
, maka menjadi 11.Mana pergi lagi satu puak? Jawap nya tidak dapat di kesan.

Kenapa negara jiran amat ambil berat terhadap negara kita? Saya bertanya,
 lalu Dr menjawap negara jiran bukan mewakili diri nya tetapi mewakili Yahudi ,
 mereka hanya proxy yang memilki kepentingan yang sama.

Lihat sahaja lah projek Lynas dan puak yang anti Lynas di biayai negara jiran dan
di penuhi oleh orang cina, dan melayu nya hanya badut badut yang ikut kata ketua yang jahil.

  Mereka juga berjaya membarai kan ISA negara Melayu menguna kan parti proxy mereka
 kerana menguna kan peguam dan hakim yang condong kepada mereka lebih mudah dari penangkapan tanpa perbicaraan walapun penangkapan itu perlu menguna kan risikan
yang lama dan banyak tipu helah.

Mereka jika boleh mahu setiap kes di bawa ke mahkamah lalu pegawai Polis dan
anggota SB terpaksa hurai kan cara mereka menyamar dan membuat risikan ,
bogel kan cara operasi Polis biar semua orang tahu rahsia Polis Malaysia.Tetapi
amat jahat apabila ISA mereka sendiri tidak di usik oleh parti di negara kita ini.Erti kata
 ISA kita dia musnah kan, tapi ISA mereka intact dan kekal.Siapa yang mereka ambil dari
rumah malam tadi siapa pun tidak tahu kerana di sana tiada suara Keadilan, Harakah atau SUARAM, jika ada yang di bunuh secara senyap dan esok nya di kabar kan mati kena
kejutan eletrik, maka semua nya percaya belaka. 

Lihat juga cara mereka kacau AES dan pelbagai kerana apa yang negara mereka
tidak boleh buat mereka mahu buat nya di sini, bebas langgar had laju dan sebagai nya,
 oleh sebab pembangkang kita dalam keadaan parah berlawan dengan parti yang
banyak jasa, dan , mereka pula perintah 4 negeri tanpa jasa, maka kena lah lawan
dengan benda benda sebegini.

Mereka tidak boleh laku kan apa yang BN laku kan kerana ada sebuah parti dari
kalangan mereka yang amat anti kepada kebajikan jika kebajikan itu penerima nya
majoriti Islam.

Doktor sambung lagi, pihak Yahudi juga membaca apa yang kita baca, malah bacaan
mereka lebih mendalam dari segala ulama politik yang ada di dalam Malaysia.

Yahudi tidak akan datang dengan watak sendiri atau pun watak asal kerana menyedari
umat Islam tidak menyukai mereka.Maka Yahudi menguna kan proxy dari kaum itu sendiri.
Misal nya mereka menguna kan Tsvangisrai orang Afrika untuk Afrika, atau pun
 di Malaysia watak yang paling terkenal seperti orang “itu” yang kini sangat
 di bantu untuk menjadi pemimpin negara ini.

Yahudi juga mengetahui amat sukar untuk menawan negara ini yang mereka sudah
 kenal pasti sebagai tempat “yang di maksudkan” tempat kebangkitan.Yahudi
 mahu tanam kan sifat memuja arab dan negara arab sebagai logo suci dan Islam
 kerana ia lebih mudah mengeliru kan,Maka jika ada rakyat Malaysia menjadi arab ,
itu satu kejayaan Yahudi biar rupa bentuk dan pakaian arab asal kan tidak berjiwa Islam.
Lebih kurang begitu .10 negara arab tidak boleh lawan 1 negara Yahudi kerana sudah
 di tanam proxy Yahudi.

Mengikut kajian Yahudi “puak” yang di maksud kan akan mewakili puak yang
bakal melawan Yahudi di akhir zaman ada lah datang dari sebelah sini.Dan bukan
dari puak yang ada di timur tengah.tetapi ketua nya sahaja bakal lahir dari sana.

Jadi rantau ini harus di pantau terutama nya bumi melayu. 

Jika dahulu kala , orang melayu amat taat dan setia kepada sultan dan raja,
 maka British yang juga berperut Yahudi hanya perlu mencengkam Sultan dan
 Raja Melayu dan cukup lah dengan itu mereka dapat menguasai orang melayu Islam ini.
Tetapi kaedah nya sudah bertukar, jika yahudi dapat mencengkam orang bergelar ulama ,
tidak kira lah ulama palsu atau betul, maka umat Islam akan berdiri setia bersama ulama
 yang sudah di cengkam ini.

Maka atas kesedaran ini Yahudi mengenal pasti ada 2 pihak Islam yang terbesar
 di Malaysia ini.Satu UMNO dan PAS.Mustahil boleh lawan kedua dua nya sekali.

Jadi apa cara nya? Lalu kaedah menawan satu puak (PAS) untuk lawan kan dengan
 puak lagi satu (UMNO).Maka DAP telah di arah untuk menawan PAS dan PAS di arah
untuk melawan apa sahaja yang di buat oleh UMNO secara membabi buta tidak kira lah
 jika yang di buat oleh UMNO itu menguntung kan PAS juga.Kini kita boleh lihat hasil nya
 PAS telah mengugur kan semua nya dari Hudud , negara Islam malah sudah hampir
menyerah nama Tuhan nya,sambil DAP pula tidak perlu serah sehelai bulu roma pun.Itu
 kejayaan awal untuk puak yahudi.

Mereka senang menunggang PAS kerana ulama nya terdiri dari ulama yang bukan
 dari jenis pembacaan nya luas selain ulama haram dan halal sahaja.Merka tidak arif
geo politik Islam dengan peredaran dunia serta gerakan freemason dan iluminati.

Musuh berbahasa Inggeris sedang ulama bebahasa melayu tentu sukar mengesan
musuh yang sedang merangkak ini.Amat mudah untuk pedaya umat Islam dengan logo
agama dan tambahan pula UMNO berbaju sekular walau pun tindak tanduk UMNO lebih
 Islamik dari yang berbaju Agama.

Yahudi juga percaya apabila kedatangan Isa as. atau pun Imam Mahdi nanti ,
mereka akan menghadapi krisis kepercayaan , malah mereka amat sukar dipercayai
sehingga apabila bersumpah nabi Isa dan Imam Mahdi pun akan di ragui.

Yahudi sudah menanam kan sifat tidak percaya kepada orang yang bersumpah guna
 nama Allah seawal sekarang.Sehingga sumpah kebenaran di ejek dan di caci.Ini
 ada lah latihan awal puak Dajal melalui yahudi supaya nanti jika bersumpah
 menguna kan nama Allah pun umat akhir zaman sudah di didik tidak mempercayai nya
 malah mengejek nya pula wal hal ia bukan terkategori orang suka main main sumpah
 tetapi sumpah untuk kebenaran.Untuk kebenaran pun di kategori kan sebagai
main main sumpah, sudah tidak dapat membeza kan nya hasil didikan Yahudi
kepada proxy nya.

Jadi apa kan perancangan jiran kepada negara kita? Mereka mahu negara ini
 menjadi negara yang tunduk di bawah panji Yahudi.Awal - awal lagi mereka sudah
tanam sifat dan ideoloji, dari UMNO baik PAS atau pun dari UMNO baik DAP
, malah orang bukan Islam menyamar sebagai melayu membuat pelbagai
singkatan acnym Asal Bukan UMNO dan pelbagai suara agar membenci parti
 yang sebenar nya pertahan kan Islam.

Mereka berjaya membodoh kan umat islam dengan kata kata yang mudah
sepertiUMNO Tolak Islam dan UMNO Tolak Hudud dengan menyokong pihak
yang sama menolak Islam dan Hudud ia itu parti yang ada dalam kelompok
mereka.Mereka umpama benci bau busuk tetapi memeluk cium bau busuk dari kalangan mereka.Begitu mudah di tipu hidup - hidup.

Malah kejahilan lebih terserlah apabila puak yang mereka sokong ini juga
ada lah juaraLBGT ., Pluralism dan Liberalsm habis semua Islam mereka terhapus
 dengan menyokong dan memeluk puak ini.Tetapi akibat kejayaan memesong kan
akidah dan puja logo, maka umat Islam terus terpedaya tambahan di sogok dengan
kebencian sedalam dalam lalu apa sahaja yang bukan dari puak mereka akan
di tolak, walau pun kebenaran.

Negara jiran tidak boleh survive dengan sendiri dalam masa 20 tahun lagi ,
mereka ada banyak wang tetapi tiada tanah.Mereka mahu tanah tetapi mahu
menguasai pemilik tanah itu juga.Negara yang di kenal pasti akan lahir kan umat
keturunan Qeturah ini yang bakal menjadi musuh yahudi harus di tawan, jadi negara
 Jiran berkongsi minat dengan yahudi untuk menawan negara ini.

Negara ini memilki primary dan secondary, selain kewangan juga hasil bumi,
sedang kan negara jiran Cuma ada secondary sahaja , perniagaan kewangan
 tanpa hasil bumi.Jadi keperluan menawan negara ini menjadi priority.

Apa kah yang di ketahui oleh ulama dari parti PAS tentang ini? Saya bertanya
 Jawap Dokor “Nil” they have no knowledge on this matter kata doktor
” tambah lagi “all they know is how to hate UMNO”.Malah mereka tidak tahu
 pun siapa yahudi moden dan proxy nya dan turut menjadi pembantu yahudi 
melalui proxy nya.Mereka dekat dengan Quran dan ayat “ya bani Israel” 
yang di ulang banyak kali tetapi mereka gagal mengenali siapa bani Israel 
moden dan proxy nya. 
 

Dan bagaimana pula dengan UMNO pemimpin nya tahu kah hal ini? 
“erm some of them do know but they arent the highest ranking, but our former prime minister Tun does know all this” 



Kata nya Jambatan bengkok ada lah salah satu strategi untuk melambat kan
 hasrat Singapura.Kamu tahu kah kereta kebal mereka agak sukar mahu naik 
jambatan bengkok itu jika ia terhasil? Kerana main battle tank mereka agak berat
 untuk mendaki nya dan makan masa lama.tetapi mereka berjaya membatal kan nya menguna kan proxy dari dalam negara kita.

Singapura memilki niat mahu menawan Johor Baru dalam masa 30 minit.
Rancangan mereka ada lah mahu supaya Malaysia tertumpu untuk menawan
 kembai JB dan tidak menyerang Singapura bila berperang.Apa tujaun nya 
Singapura membeli kereta Tank Offensive jika jiran bertanah nya hanya 
Malaysia? Kerana mereka menyimpan satu niat sulit.Malah Singapura juga
 menyimpan berpuluh jet pejuang nya di negara lain terutama nya Taiwan 
, supaya jika lapangan terbang nya di serang mereka mampu menyerang dari sana.

Tetapi Singapura berjaya menguna kan segala barua yang ada di dalam negara
kita untuk membongkar kan kekuatan tentera kita , dari soal kapal selam, helikopter
dan bajet ketenteraan, malah kesiapsiagaan tentera menjadi bualan awam dan
parlimen sedang kan rahsia ketenteraan kerajaan cina PAP amat di jaga sehinga
memilki AWAC pun kita tidak tahu.

Kita memiki tentera yang hebat terutama nya komando kita , mereka pernah
membuat kerja sulit yang amat unik malah salah seorang bekas general kita ada lah
dari pasukan Gerak Khas dan dia pernah menjadi anggota membuat kerja sulit
merampas sesuatu dari Sulu satu masa dahulu.


Perbualan amat panjang dari selepas solat Isyak sehinga mencecah pukul 3 pagi,
tetapi cukup sekadar ini buat masa ini untuk renungan sesama kita.Yang penting nya
ia lah yahudi sedang mencari puak mereka yang hilang yang bakal wujud menentang
mereka , kerana puak ini membawa kebenaran. 

”there have many kings and palaces and they will select one pamos and gives
him divine name” Negara mana kah yang ramai raja? Dan ketua raja nya bernama
 mulia? DYMM ?

Kami sekadar berkongsi.

Kulit Manifesto PR - 25 Februari 2013


 Lambang Freemason


  Lambang Gereja / Salib

Dimanakah Negara Islam dan 
Undang- 
undang Hudud PAS..??













(terimakasih sumber:http://pejuangbangsa31.blogspot.com/2013/03/mesti-baca-rencana-sulit-yahudi-melalui.html)

Monday, April 15, 2013

Pihak asing bantu DAP menang PRU-13?



ANTARA kereta bernombor pendaftaran negara jiran yang tertera cogan kata 'Ubah' dijangka masuk ke negara ini pada hari mengundi 5 Mei depan.

KUALA LUMPUR 14 April - Sebuah parti politik dari sebuah negara jiran didakwa membantu secara dekat untuk memberi kemenangan kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yong berkata, menurut sumber yang juga seorang kenalan beliau yang bekerja di negara berkenaan, terdapat satu perancangan besar sedang giat dijalankan untuk membantu membawa pulang pekerja Malaysia membuang undi pada 5 Mei ini dengan tawaran cuti dan elaun khas.

Kata beliau, sebanyak 100 buah kereta dengan nombor pendaftaran negara itu yang tertera cogan kata 'Ubah' dijangka memasuki negara ini pada hari pengundian.

"Kerajaan negara itu melalui parti tersebut akan menanggung segala perbelanjaan rakyat Malaysia yang akan balik mengundi termasuk mereka yang tinggal di negeri berdekatan dan membayar tiket penerbangan jika mereka mengundi di negeri lain.

"Mereka turut diberikan cuti khas dua hari tanpa dikenakan pemotongan gaji iaitu pada 3 dan 6 Mei nanti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta membuat siasatan berhubung dakwaan serius tersebut kerana membabitkan campur tangan kuasa asing dalam pilihan raya umum negara.
"Nampaknya hubungan antara parti berkenaan dan DAP semakin erat dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

"Bersungguh-sungguh parti dari negara jiran itu untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan parti itu di Malaysia,'' katanya lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_08/Pihak-asing-bantu-DAP-menang-PRU-13#ixzz2QXI9ZCE2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

(terimakasih sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_08/Pihak-asing-bantu-DAP-menang-PRU-13)

YANG TERGOLEK DOG DI JOHOR TU BUKAN NIK AZIZ... TU KLON DIA... TU PELAKON UPAHAN UMNO!!!



Monday, April 15, 2013
Lakonan mantap pelakon upahan UMNO berjaya dimanipulasikan oleh pecacai PAS

Jahat sungguh UMNO nih...

Sampaikan begitu terdesak sanggup mengupah seorang pelakon yang telah disolek menyerupai Nik Aziz untuk BERLAKON JATUH dan CEDERA ketika berceramah di Batu Pahat semata-mata untuk memberikan persepsi buruk dan negatif terhadap PAS serta Nik Abdul Aziz.

Jahat sungguh UMNO nih...

Takkanlah Nik Aziz yang sudah tua renta dan sekali dengar guruh berdentum, tiga kali tertungging makan tanah tu, sanggup pergi ke Batu Pahat semata-mata nak berceramah. Sudah tentulah yang pergi ke Batu Pahat itu, adalah PELAKON yang telah diupah oleh UMNO untuk menunjukkan kepada para penyokong PAS tentang keburukan dan keserakahan nafsu Nik Aziz.

Tetapi akhirnya, perancangan jahat UMNO tidak laku. Allah Taala tidak kabulkan. Sebaliknya yang berlaku ialah Nik Aziz jadi-jadian upahan UMNO itu tumbang dan cedera.

Mujurlah para pemmpin dan pecacai PAS dari jenis yang bijak laksana. Kesempatan itu telah dipergunakan dengan sepenuh-penuhnya bagi mendapatkan simpati daripada para pembaca dan penyokong mereka yang sebelum ini telah menyarankan agar Nik Aziz bersara dan berehat selain bertaubat nasuha atas segala sifat-sifat jahatnya.

Dengan segera para pecacai PAS telah menjadikan berita 'kemalangan' tersebut sebagai cara untuk menunjukkan betapa Nik Aziz amat disayangi dan dikasihi oleh sekalian makhluk di muka bumi ini, sehinggakan para kafirin yang tidak percayakan Islam turut mendoakan kepada Tuhan masing-masing agar Nik Aziz selamat dan sejahtera.

Kesian UMNO... setelah mengatur skrip dengan sebaik-baiknya, tetapi akhirnya para pecacai dan pemimpin PAS pula yang berjaya mengambilalih cerita.

Lain yang diharap, lain pula yang jadi. Kesudahannya, PAS juga yang berjaya menggunakan lakonan dan khidmat pelakon upahan UMNO untuk mendapatkan simpati daripada orang ramai terutama sekali ketika PAS begitu bercita-cita untuk mendapatkan Johor sebagai pangkalan mereka yang baru, menyaingi DAP dengan Lim Kit Siang di Gelang Patah.

Anda percaya yang jatuh dan cedera itu Nik Aziz?

Jangan percaya kerana itu semua HANYALAH SANDIWARA semata-mata!!!

(terima kasihsumber:http://theflyingkick.blogspot.com/2013/04/yang-tergolek-dog-di-johor-tu-bukan-nik.html)

Tuesday, April 9, 2013

"Over my dead body" kata Karpal Singh bila mengutuk PAS


By Aziz Kaprawi
"Over my dead body" kata Karpal Singh bila mengutuk PAS kerana mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Maka bertempiklah para mujahidin dan bakal syuhada di dalam PAS menghentam dan memaki hamun Karpal Singh & DAP sehingga nak terbalik si punjabi tak berturban tu! Malah ada yang sanggup mati syahid untuk menentang Pengerusi DAP ini!

Belum pun mati si Karpal Singh, tau-tau Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS mengisytiharkan pada hari Ahad 03 Rejab/ 06 Jun 2011 bahawa PAS tidak akan memperjuangkan lagi penubuhan Negara Islam dengan fatwa "negara Islam tidak ada dalam Al Quran!!!".
Tentu tidur Karpal Singh nyenyak penuh dengkuran puas, pasti Kitsiang tersengeh meleret macam Anwar tengok China-doll melihat pendirian PAS yang terkulai kini. Tidak cukup dengan pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati mempertahankan Karpal, kini PAS sudah sanggup mematikan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islamiyyah. Ini tidak ada bukti lain selain membuktikan bahawa cengkaman DAP sudah lengkap bukan sahaja keatas PKR, malah kini keatas PAS!!!

Apa yang menyedihkan ialah fatwa terbaru Ustadz Hadi ini sangat menghina para syuhada', mujahidin dan pejuang-pejuang PAS terdahulu yang bukan sahaja berkorban harta benda dan keringat peluh, malah ada yang membayar dengan nyawa demi mencapai impian Amanat Hadi untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Ramai yang terpengaruh dengan Amanat Hadi sehingga ada yang mengkafirkan UMNO dan orang Melayu yang didakwa kononnya menolak penubuhan sebuah Negara Islam.
Akibat daripada Amanat Negara Islam Hadi ini, maka muncullah isu solat jemaah dua imam, pemboikotan kenduri walaupun di kalangan sanak-saudara, putus hubungan ahli keluarga, suami isteri ada yang bercerai berai, anak-anak kehilangan ibu bapa akibat dirasuk fahaman penubuhan Negara Islam melalui Amanat Hadi ini. Melihat sendiri orang kampung yang walaupun hidup kais pagi makan semalam, kais petang makan minggu lepas, tapi sanggup belanja duit untuk buat frame Amanat Hadi yang nak menubuhkan sebuah negara Islam. Rupanya 30 tahun pengorbanan mereka semua selama ini sia-sia, perjuangan yang mereka sokong selama ini tidak ada dalam Al Quran pun!!!

Dan persoalan besar ialah: adakah perjuangan orang saperti Ustadz Ibrahim Libya selama ini sia-sia; sedangkan beliau difatwakan mati syahid kerana memperjuangkan sebuah Negara Islam, demi memenuhi Amanat Hadi tersebut. Fatwa terbaru bahawa "perjuangan menubuhkan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran" adalah satu penghinaan besar terhadap ‘Assyahid’ Ustadz Ibrahim Libya dan ‘para syuhada' yang lain!!!

Kalau ikut logik fatwa terbaru Ustadz Hadi itu, maka Negara Islam Madinah yang ditubuh oleh Rasulullah saw juga tidak ikut Al Quran lah jugak agaknya! Malah kalau ikut fatwa terbaru ini, PAS perlu ubah namanya kerana nama Parti Islam SeMalaysia pun tiada dalam Al Quran!

Padanlah Rasulullah saw berpesan kepada kita, kelak kamu nanti akan diratah oleh kafir kerana walaupun kamu besar dan ramai, tetapi kamu terkenapenyakit hubbud dunya wakarohiyatul maut - terlalu cintakan dunia, dan takut mati!!! Na'uzubillah min zalik!

Cukup diyakini ramai ahli akar umbi PAS yang tidak bersetuju dengan perubahan dasar perjuangan PAS ini. Ramai juga yang melahirkan perasaan sedih dan dukacita mereka. Kepada para ahli akar umbi PAS, inilah harga yang perlu dibayar oleh PAS demi memenuhi nafsu seorang manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan. PAS berterusan mahu bergayut kepada Anwar, PAS akan terpaksa membayar harga yang mahal.

Dalam keadaan DAP bukan sahaja masih kekal dengan prinsip perjuangannya Malaysian Malaysia, perjuangan mahu menyamatarafkan semua agama dan kaum dalam negara ini, malah makin bertambah cauvinis, rasis dan biaDAP; tau-tau PAS pulak yang bukan sahaja tumPAS dan gagal mempertahankan prinsip perjuangannya untuk mendaulatkan sebuah Daulah Islamiyyah; malah menghalalkan tindakan mematikan perjuangan menubuhkan sebuah Negara Islam atas fatwa "ianya tidak ada dalam Al Quran!!!". Na'uzubillah min zalik! Moga ALLAH mengampuni kita semua.

Mungkin selepas ini para kuffar dan muysrik akan berebut mengundi PAS. Mungkin selepas ini para kaafirun dan musyrikun akan berasak-asak memangkah calon-calon PAS menjadi Yang Berhormat. Mungkin selepas ini para penghalal khinzir ini akan menobatkan kepimpinan PAS ke Putrajaya bersama Anwar, Karpal & Kitsiang. Mungkin selepas ini para taukeh judi & arak akan turut sama memenuhi tabung jihad PAS demi membiayai perjuangan negara kebajikan PAS. Tetapi apa guna itu semua jika prinsip tergadai, aqidah berkecai, perjuangan bersepai!!! Bolehkah para kuffar, musyrik, penghalal khinzir ini membantu kita di hadapan ALLAH nanti?!

Pesan kepada para ahli akar umbi PAS, Janganlah dikorbankan perjuangan PAS semata-mata kerana kilauan palsu Putrajaya. Kalau dahulu UMNO dikafirkan kerana kononnya tidak menerima Negara Islam, bagaimana pula dengan dakwaan pemimpin PAS sendiri yang memfatwakan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing .
Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Semoga ALLAH memberikan kita semua hidayah dan istiqamah, dan memberi petunjuk kepada kaum yang perlu diberikan petunjuk.
Amin.

(TERIMAKASIH SUMBER:http://www.facebook.com/azizkpw)

Jawapan Kepada Tuduhan BN Ciplak Manifesto Pakatan Pembangkang



Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.
Seperti yang dijangka sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17  perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat.
Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang.  Membawa tema “Menepati Janji, Membawa Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut:
1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi
Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihat www.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka.
Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.
Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:

Dakwaan 1
Harga kereta
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BN :
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
FAKTA:
Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)
Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

Dakwaan 2
Dasar Perumahan
Manifesto Pakatan Pembangkang :
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
Manifesto BN :
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
FAKTA:
Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.
Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012.
PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00.
Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?
Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?

Dakwaan 3
Keretapi laju
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BN :
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar
Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.
Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.

Dakwaan 4
Lebuhraya Sabah dan Sarawak
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat
Manifesto BN :
Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
FAKTA :
Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny.
Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula)
Dakwaan 5
Royalti Petroleum
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.
Manifesto BN :
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
FAKTA :
Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat.  (Lihat berita harakahdaily:
PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal).
Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.
 Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Dakwaan 6
Permit Teksi
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN :
Meningkatkan jumlah permit teksi individu
Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.
Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.
Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?
Sekarang siapa tiru siapa?

Dakwaan 7
“Pengkalan” data
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.
Manifesto BN :
Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.
Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).
Jadi siapa tiru siapa lagi?

Dakwaan 8
Tanah wakaf
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat
Manifesto BN :
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.
Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal?

Dakwaan 9
Pakej penggajian baru
Manifesto Pakatan Pembangkang :
Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan
Manifesto BN :
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji
FAKTA :
Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.

Kesimpulan
Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?
Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.
Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang “menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan.
Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

(terima kasih sumber:http://www.umno-online.my/?p=81006)

Monday, April 8, 2013

PRU13: Jangan terpedaya karisme dan tarikan palsu

 
KARISME DAN DAYA TARIK TERSENDIRI: JAGA-JAGA JANGAN TERPEDAYA...!

PRU ke-13 akan melahirkan ahli-ahli politik yang penuh karisme dan daya tarik masing-masing. Karisme merupakan sesuatu yang dimileki oleh seseorang calon PRU, ahli politik, tukang kempen dan sebagainya, yang dapat tampil di hadapan orang ramai dengan penuh gaya kerana susuk badan dan pakaiannya yang unik, pidatonya yang menawan hati dan perasaan orang yang mendengarnya, kebolehannya meniupkan semangat ramai yang penuh dengan permainan kata-kata atau pengucapan yang berapi-api, malah sekali-sekali membuat gaya kelakar yang menggelikan hati, penuh makna, sinikal dan menghiburkan.


Ahli politik yang akan bermati-matian berkempen pula adalah terdiri dari orang bijak, berilmu, segala ilmu termasuk ilmu agama, glamour, artis, bekas pegawai tinggi, seleberiti, jaguh "realiti TV" dan sebagainya yang semuanya , atau hampir semuanya, telah menempah nama dan terkenal di dalam masyarakat tanah air, terutamanya yang dipopularkan oleh TV dalam berbagai saluran, termasuk juga program termasyur, Forum Perdana, Imam Muda, Ustazah Pilihan, Solehah, dan lain-lain...!


Inilah kumpulan orang yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat moden pada hari ini, iaitu yang memiliki karisme, terkenal, mempunyai daya tarik tersendiri, dan mereka inilah yang mendapat perhatian umum, lalu mereka inilah yang digunakan untuk mempengaruhi pengundi. Mereka mempunyai nama tersendiri, penampilan yang mungkin merupakan luaran dan kulit, sedangkan hakikat kebenaran dan isinya tidaklah seperti yang ditampilkan di hadapan umum, malah dalam dunia yang penuh dengan kepalsuan dan sandiwara ini, maka orang yang pandai berlakon dan berlagak itulah yang sering berjaya mempengaruhi orang ramai, sehingga orang-orang yang terpengaruh dengan mereka akan mendapat persepsi yang salah dari hakikatnya yang sebenar.


Inilah kesimpulan yang saya dapat ambil ketika orang ramai berseronok dengan kempen palsu orang-orang yang tertentu, yang berusaha mencari pengaruh, yang kadang-kadang lahir sebagai ulamak besar, pemimpin agung, personaliti suci dan asli, berilmu tinggi dan sebagainya.,,,,terutamanya ketika berusaha merebut kuasa politik untuk memerintah negara, sedangkan imej sebenarnya pihak itu telah diketahui umum, iaitu oleh orang-orang yang mahu berfikir, teman-teman lamanya yang melarikan diri dari orang atau kumulan itu...dan sebagainya.


Oleh itu kita amat memerlukan para pengundi yang akan mengundi di dalam PRU ke-13 ini, mestilah terdiri dari orang-orang yang boleh berfikir dengan baik, melihat segala seesuatu kenyataan yang berada di dalam masyarakat secara rasional, mempelajari dari sejarah dan peristiwa lalu dengan pemikiran dan akal, mencerminkan kejayaan diri, keluarga dan umat seluruhnya dengan ikhlas dan jujur.


Hal ini amat perlu dilakukan oleh orang Melayu dan Islam, supaya Melayu dan Islam akan tetap bertahan dengan baik, gagah dan masih utuh menghadapi segala cabaran untuk meruntuhkannya dengan kenyataan palsu dan penuh retorik
.

Ketika mendengar kempen, janganlah terpengaruh dengan retorika dan permainan kata-kata, malah jangan lah terpengaruh dengan karisme dan daya tarikan yang palsu, tetapi sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah SWT, kita haruslah berfikir dengan baik, bijak dan mempunyai visi yang jauh untuk kepentingan agama bangsa dan keturunan anak cucu kita yang selama ini telah terbukti mendapat jaminan yang baik...