16 Disember 2012
GEORGETOWN - Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung semalam.
Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi.
Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.
Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor,Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).
Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.
"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.
"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang melahirkan kekecewaan kerana tidak ada wakil kaum Melayu yang dipilih meskipun lapon calon bertanding bagi merebut tempat dalam CEC.
"Saya kecewa dengan keputusan ini, Zairil Khir Johari dan Ariffin S.M. Omar tidak dipilih. Ini bukan kerana DAP anti-Melayu tetapi 20 kerusi dalam CEC
amat kecil," katanya kepada pemberita selepas keputusan diumumkan.

Kit Siang turut berterima kasih kepada perwakilan atas keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap anggota CEC yang baharu dilantik yang akan menjadi pendorong kepada perjuangan parti itu untuk merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Karpal Singh pula berkata, keputusan itu menunjukkan generasi baru DAP masih mahukan pemimpin veteran seperti beliau dan Lim untuk bersama mereka yang lebih muda meneruskan perjuangan parti.
"Perwakilan sudah bersuara dan keputusannya adalah gabungan kebolehan yang bagus dalam CEC," katanya.
Karpal turut terkejut apabila Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Profesor P. Ramasamy gagal meraih sokongan daripada perwakilan.
Guan Eng berkata, keputusan mengetepikan calon Melayu untuk menganggotai CEC akan dibincang dalam mesyuarat CEC hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan perwakilan itu perlu dihormati dan berharap calon yang gagal terus berjuang bersama parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/pemilihan-kesemua-calon-melayu-dap-gagal-1.112883)
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
1 comment:
tu pun masih ada melayu yg x sedar diri...
Post a Comment