INDIA TETAK MELAYU DENGAN PEDANG SAMURAI DI SUNGAI PETANI!!!
Malam tadi, berita tentang pergaduhan antara dua kumpulan yang membabitkan remaja Melayu dan India telah sampai ke pengetahuan ramai orang. Boleh dikatakan, berita berkenaan menyemarakkan sentimen perkauman sehingga penjelasan daripada Ketua Polis Kuala Muda diperlukan untuk menenangkan keadaan.
Kali pertama penulis menerima berita berkenaan adalah pada jam 10:16 malam.
"Info Paling Terkini: Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan dicampak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Taman Ria apabila motosikal dibakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Taman Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg. Lalang, Sg. Petani Kedah... mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi Geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif.
"Sekarang, di Sg Petani, Kedah, sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock... ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid, bakar masjid & Surau serta mangsa dari orang Islam yang dicampak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ... perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU...
"Harap semua pejuang-pejuang -- 30 dalam mood 'Standby' kerana apa2 sahaja boleh berlaku... buat masa sekarang, biarkan pihak polis & FRU jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang... kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & membahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain... yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu, mood standby & jangan bertindak terlalu membabi buta... tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga, BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku... umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi... ///--
(Sumber Maklumat: Ayahanda-Ayahanda Sg)
Jam 11:24 pm, satu lagi 'nota' diterima. Kali ini nadanya lain pula:
"Kes betul memang ada berlaku beberapa hari cuma tak seperti yang saudara2 terima... Jangan mudah termakan hasutan musuh sebab itu yang mereka harap... ketidakstabilan politik akan memudahkan agenda mereka... waspada...
"Saya dah hubungi rakan di Kedah dan beberapa pihak tertentu. Kita bertindak bijak bukan bermakna rela dipijak."
Jam 11:39 malam, satu lagi 'nota' diterima.
"Ayuh, berfikir secara bijak... Najib tidak bodoh nak bagi jalan mudah kepada musuh untuk buat hal..."
Kemudian, jam 12:30 pagi, mungkin kerana 'nota-nota' yang sebelum ini, berjaya meyakinkan banyak pihak bahawa insiden pergaduhan di Sungai Petani itu, merupakan insiden biasa pergaduhan 'budak-budak', penulis menerima 'nota' seperti berikut, kononnya daripada remaja yang terlibat secara langsung dalam pergaduhan berkenaan;
"Semalam kami praktis utk show harini dekat kawasan flat payanahu ada studio baru bukak invite kami gig harini tetiba ada pergaduhan dekat bawah studio jaming antara kaum india dengan melayu pastu tokey kedai nak tutup sbb kereta dia kena pecah akibat pergaduhan katanya. Polis nak mai juga. Kami ingat da settle sebb dah reda tapi malangnya masa kami nak balik ada geng2 India lebih kurang 10 biji moto datang melulu ngan 2 biji keta mai serang kami pakai samurai, parang kayu, besbol time tu hanya kami shj tgah nak pack, barang music kat kereta remy xda sapa2. Aku kena kejar 4 orang india dengan samurai kit ngan remy pun lari hekal xselamat sebab terjatuh. So geng2 india 3 orang takek dia masa tu kami dah bertempiaran lari xsempat nak selamat2 sapa massa pergaduhan tu aku sempat kol remy. Dia angkat kit ada ngan remy tapi remy tya aku mana hekal? Aku pun xtau semua cari dia pastu time kami cari dia... ada budak bwk dia p hospital disebbkan dia cedera parah di tangan benda jadi sekelip mata kami xtau apa punca dan kami mangsa keadaan aku harap angpa doa bgi dia selamat sbb dia harini operation haihhh."
Setelah diselidiki, ternyata kes berkenaan hanyalah kes membabitkan kecurian motosikal, bukannya pergaduhan kaum sepertimana yang cuba digembar-gemburkan oleh pihak-pihak yang mahu melihat wujudnya pergaduhan antara masyarakat India dengan masyarakat Melayu.
Ternyata ada pihak yang sangat berharap, sentimen kemarahan antara orang India dan Melayu meluap-luap menjelang PRU13. Apatah lagi, masyarakat India di Sungai Petani sebelum ini telah menyatakan penolakan mereka terhadap PKR setelah Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din menyatakan UNDI INDIA TIDAK PENTING UNTUK PKR pada PRU13.
Berikut adalah KENYATAAN MEDIA dari PDRM:
PERHATIAN :
PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB . KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) , MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .
PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA
YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB BERSAMA MASYARAKAT INDIA BERSALAMAN SELEPAS TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM
YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB BERSAMA MASYARAKAT MELAYU BERSALAMAN SELEPAS TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM
ANTARA MASYARAKAT INDIA DAN MELAYU YANG HADIR
KETUA KETUA MASYARAKAT DAN NGO YANG HADIR TAKLIMAT PADA 16/12/2012
PESANAN OLEH YDH DATO' ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB SELAKU TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH
Sumber Gambar & Kenyataan: http://www.facebook.com/HeaIpdKualaMuda
(zmsegamat kata: terimakasih sumber :http://theflyingkick.blogspot.com/2012/12/india-tetak-melayu-dengan-pedang.html)
No comments:
Post a Comment